bahagian c

10
BAHAGIAN C TOPIK 1 Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan. Penduduk Kampung Seri Alam hidup bagai aur dengan tebing. Jika ada majlis kenduri-kendara, mereka bermuafakat dan membantu tuan rumah yang mengadakan majlis tersebut. Ketika jambatan di kampung mereka roboh, merka bertungkus lumus membaiki jambatan tersebut. Mereka tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Mereka juga sentiasa mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampung. Mereka juga sedar bahawa rakyat yang sihat lahir daripada Negara yang bersih. Selain itu, penduduk Kampung Seri Alam juga menggunakan masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, mereka boleh menjualnya di pasar tani untuk menambah pendapatan keluarga.

Upload: mohd-khairuddin

Post on 13-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAHAGIAN C BAHASA MELAYU UPSR

TRANSCRIPT

BAHAGIAN CTOPIK 1Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.Penduduk Kampung Seri Alam hidup bagai aur dengan tebing. Jika ada majlis kenduri-kendara, mereka bermuafakat dan membantu tuan rumah yang mengadakan majlis tersebut. Ketika jambatan di kampung mereka roboh, merka bertungkus lumus membaiki jambatan tersebut. Mereka tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Mereka juga sentiasa mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampung. Mereka juga sedar bahawa rakyat yang sihat lahir daripada Negara yang bersih. Selain itu, penduduk Kampung Seri Alam juga menggunakan masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, mereka boleh menjualnya di pasar tani untuk menambah pendapatan keluarga.

TOPIK 2Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.Aisyah dan Salmah baru sahaja melaksanakan tugas mengemaskan Makmal Sains. Rakannya, Siti mendapati mreka agak kepenatan. Melihat keadaan itu, Siti segera ke kantin untuk membeli minuman. Kemudian, dia memberikan minuman itu kepada Aisyah dan Salmah. Aisyah dan Salmah amat berbesar hati menerima pemberian daripada rakannya itu. Justeru, mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Siti. Setelah meneguk air minuman, mereka menutup tingkap lantas mengunci makmal sains tersebut. Ketika pulang ke rumah, Aisyah terlihat Siti berjalan seorang diri. Aisyah meminta ayahnya memberhentikan kereta berhampiran Siti. Aisyah keluar daripada kereta bapanya lalu mengajak Siti menaiki kereta bapanya untuk pulang.

TOPIK 3Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan.Aku mengajak mereka masuk ke kelas. Aku memberikan ucapan salam mengucapkan terima kasih atas kehadiran rakanku itu. Kemudian, aku memberikan taklimat awal tentang aktiviti keceriaan yang bakal akan dilakukan. Aku telah melantik Ali sebagai ketua kumpulan untuk memudahkan mereka menjalankan tugas. Setelah itu, kami mulai bekerja dalam kumpulan. Hampir empat jam lamanya, barulah kerja siap. Kini, semua sampah sarap serta sisa aktiviti kami bersihkan. Hasilnya, kelas kami bertambah cantik dan ceria. Aku bersyukur dan gembira kerana rakan-rakanku begitu bersemangat membantu menceriakan kelas. Setelah mengucapkan terima kasih, aku membelanja mereka dengan juadah mi goreng yang dimasak oleh ibuku.

TOPIK 4Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan. Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ketika itu, dia terlihat seorang lelaki tua bertongkat hendak melintas jalan. Tanpa membuang masa, Halim menyapa dengan mesra dengan mengucapkan salam. Kemudian, Halim menuntun lelaki tua itu melintas jalan dengan berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan. Lelaki tua itu amat berbesar hati atas pertolongan Hassan. Dia menyeluk sakunya lalu menghulurkan wang RM5 kepada Halim. Akan tetapi, Halim menolaknya dengan sopan kerana dia tidak mengharapkan apa-apa balasan. Semasa menaiki bas, Halim mendapati seorang wanita terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempat duduk. Lantas, Halim segera bangun dan memberikan tempat duduknya kepada wanita itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Halim. Meskipun berdiri, Halim masih sempat berbual-bual mesra dengan wanita itu untuk bertanya khabar.

TOPIK 5Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan. Pagi itu, Rahim dan Borhan bertugas di pintu pagar sekolah. Mereka diarahkan oleh Cikgu Razak supaya mencatat nama murid-murid yang datang lewat ke sekolah. Sebaik sahaja loceng berbunyi, dari jauh kelihatan Sani berlari-lari menuju ke pagar sekolah. Hari ini Sani terlewat sampai di sekolah. Walaupun Sani rakan baik mereka, namun namanya tetap dicatatkan. Sani tidak berasa kecil hati kerana dia akur akan kesalahannya. Selepas itu, mereka meronda di kawasan tandas pula. Tiba-tiba mereka tercium akan bau asap rokok. Asap itu datang dari sebuah tandas yang tertutup. Rahim melarang Borhan mengetuk pintu tandas itu, sebaliknya meminta Borhan memanggil Cikgu Razak. Tidak lama kemudian, Cikgu Razak pun tiba. Dua orang murid itu telah ditangkap atas kesalahan merokok. Murid-murid tersebut telah mengerling Rahim dan Borhan apabila mengetahui bahawa mereka yang melaporkan kejadian itu kepada Cikgu Razak. Namun begitu, Rahim dan Borhan tidak gentar akan ancaman mereka malah berasa bangga menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah.

TOPIK 6Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan. Kalau hendak dikira,memang memenatkan badan kerana latihan sangat lasak. Akan tetapi, Azman tetap tekun dan gigih berlatih seni silat itu. Hanya inilah caranya dia dapat mengekalkan warisan bangsanya kerana seni mempertahankan diri ini merupakan satu-satunya jati diri bangsanya. Semenjak melibatkan diri dalam seni silat ini, perangai Azman turut berubah. Dia amat mematuhi arahan guru silatnya. Dia juga mulai bertegur sapa dengan rakan seperguruan serta orang lain. Dia tidak lagi bersikap sombong dan mulai menyanjungi rakannya. Perubahan sikapnya ini menyebabkan dia dilantik menjadi salah seorang pengawas sekolah. Namun begitu, dia tidak berasa bangga. Sebaliknya, dia sedaya upaya melaksanakan tugas dengan sempurna. Kadang-kadang, memang ada remaja nakal yang mencabar kesabaran dirinya. Walau bagaimanapun, dia tetap tenang dan bertindak bijak untuk mengelakkan sebarang pergaduhan.

TOPIK 7Senaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah. Kemudian, tulis nilai murni dan pengajaran tersebut dalam satu perenggan. Firdaus baru sahaja berhijrah kerana bertugas di bandar. Ketika duduk keseorangan begini, tiba-tiba dia teringat akan kampung halamannya. Masyarakat kampungnya sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Apa-apa sahaja tugas yang hendak dilakukan, hamper kesemuanya turun untuk membantu. Mereka juga tidak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk mengadakan kenduri kendara. Hal ini kerana masyarakat kampungnya akan menghulurkan sumbangan berupa wang dan tenaga. Mereka juga sering bertanya khabar dan mengambil tahu akan jiran-jirannya. Jika ada penduduk di kampungnya sakit, mereka pasti akan menziarahinya. Jadi kehidupan mereka sangat muhibah dan harmonis. Inilah cabaran Firdaus di Bandar. Mereka suka menyendiri dan mementingkan diri sendiri. Akan tetapi, Firdaus berazam dan bertekad untuk mengubah keadaan itu. Dia percaya, jika dia memulakan langkah untuk menyapa dan bermanis muka, pasti jirannya juga akan bersikap sedemikian. Lambat-laun, impiannya untuk mewujudkan masyarakat yang harmonis akan tercapai.