bahagian 1.docx

19
BAHAGIAN 1 KAEDAH-KAEDAH YANG SESUAI DAN BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT-AYAT HAFAZAN SERTA CARA-CARA MENERAPKANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & P HAFAZAN AL-QURAN 18

Upload: faid-kemi

Post on 24-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN 1.docx

BAHAGIAN 1KAEDAH-KAEDAH YANG SESUAI

DAN BERKESAN DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AYAT-AYAT HAFAZAN SERTA CARA-

CARA MENERAPKANNYA DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

1

Page 2: BAHAGIAN 1.docx

Kaedah-Kaedah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ayat-Ayat Hafazan

Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat elemen-elemen yang digunakan

guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Elemen-elemen ini dikenali

sebagai Pendekatan, Kaedah dan Teknik.

Pendekatan bermaksud mendekatkan sesuatu sesuatu dalam bidang pendidikan

dan setiap pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat

satu pelajaran. Menurut Edward M Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set

andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta

mempunyai unsur aksiomatik. Rumusan dari itu, kita dapat menyenaraikan beberapa

jenis pendekatan seperti konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan

kepada bahagian, deduktif, induktif dan sebagainya. (Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum,

Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam Edisi Kedua)

Kaedah pula merupakan suatu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan

sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah terdiri dari langkah-

langkah dan peringkat-peringkat pelajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang

harus dituruti dengan saksama bagi mencapat objektif sesuatu pelajaran. (Ahmad Mohd

Salleh, Kurikulum, Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam Edisi Kedua)

Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah .

Teknik itu merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam

pengajaran. Teknik juga menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya

dalam kaedah bercerita, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu lebih

bermakna dan menyeronokkan seperti teknik timbul minat (motivasi), teknik menyoal

untuk menguji kefahaman murid-murid, hentian sejenak dan sebagainya teknik yang

ada.

Dalam menggunakan dan memastikan kaedah yang sesuai digunakan dalam

sesuatu pengajaran, guru mesti mengenal pasti bidang yang akan diajar dan

rasionalisasi kaedah yang bakal digunakan. Contohnya, kaedah bercerita, lakonan

sesuai untuk bidang sirah, simulasi untuk bidang akhlak dan ibadah. Bagi bidang tilawah

al-Quran pula, kaedah yang terkenal dan biasa digunakan ialah kaedah Talaqqi

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

2

Page 3: BAHAGIAN 1.docx

Musyafahah (mengikut sebutan guru perkataan demi perkataan), Tasmi’, Latih Tubi dan

Tikrar (Pengulangan).

Pengajaran hafazan Al-Quran tidak banyak bezanya pengajaran dengan Tilawah

dan kefahaman.  Semuanya harus bermula dengan bacaan guru,  kerana bacaan guru

merupakan bacaan contoh.  Dengan demikian guru mesti membaca dengan baik, betul

dan fasih sebutan huruf dan kalimahnya, kerana ia akan diikut dan ditiru oleh pelajar. 

Jika baik dan betul bacaan guru, maka akan baiklah bacaan pelajar.  Demikianlah

sebaliknya.

Selepas bacaan guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan pembetulan

jika ada, maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan pegajaran ayat.  Selepas itu

guru ceritakan kelebihan ayat berkenaan dan minta pelajar menghafaznya. 

Sehubungan dengan ini guru haruslah menerangkan cara menghafaz Al-Quran setiap

kali bertembung dengan ayat hafazan.1

Seterusnya, kita meneroka lebih dalam mengenai fakta dan teori yang berkaitan

dengan pembelajaran hafazan. Saya merujuk kepada artikel tulisan Ustaz Hj Mohd

Asraff Bin Ayob Al-Hafiz2. Beliau menyatakan bahawa “menurut kajian pakar psikologi

ingatan & pembelajaran, terdapat 3 jenis teknik pembelajaran yang selalu manusia

gunakan untuk memahami & merakam apa yang dipelajari. Ia adalah : 

i) Pembelajaran Visual 

Mereka yang cenderung belajar secara visual secara umumnya adalah

individu yang memahami sesuatu idea, fakta, konsep & informasi secara visual,

fotografik, gambaran atau imej. Mereka mudah mengingati apa yang mereka lihat,

tetapi sukar mengingati apa yang mereka dengar.

Golongan ini lebih mudah memahami sesuatu dalam bentuk gambar, graf,

carta,  ilustrasi, corak serta bentuk berbanding suara atau bunyi. Mereka secara

umumnya lebih kreatif, sukakan teknologi baru dan gemar menyelesaikan masalah

matematik yang rumit.

1 http://pendislami.tripod.com/2 http://asraffayob.com/

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

3

Page 4: BAHAGIAN 1.docx

Secara ringkasnya, cara belajar & ingatan mereka lebih berbentuk :

visual, filem & gambaran.

memiliki penglihatan dan daya mengecam lebih kuat.

pintar dalam perkara berkaitan ruang.

gemar mempelajari sesuatu secara keseluruhan.

lebih mudah memahami sesuatu dengan ‘tunjukkan kepada saya, nanti

saya akan faham’.

ii) Pembelajaran Audio

Manusia yang cenderung memahami & mengingati sesuatu secara audio

secara umumnya mudah menangkap pembelajaran dalam bentuk bunyi dan suara.

Mereka mudah mengingati apa yang mereka dengar, berbanding apa yang mereka

lihat.

Secara mudahnya, mereka ini :

lebih cenderung mengingati irama, lagu & suara.

memiliki pendengaran tajam.

pintar dalam pengurusan masa.

gemar mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah

belajar sesuatu secara bertahap dari mudah ke sukar.

  

iii) Pembelajaran Kinestatik 

Golongan yang cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik ialah

mereka yang suka memahami & mengingati sesuatu jika ia melibatkan pergerakan.

Bagi mereka, pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal lebih seronok serta lebih

mudah difahami dari pembelajaran yang dilakukan secara mendengar atau

menonton sahaja. Mereka mahu ‘dilibatkan sekali’ dalam proses, bukannya

sekadar  menjadi ‘pemerhati’ proses pembelajaran berlangsung. 

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

4

Page 5: BAHAGIAN 1.docx

Secara ringkasnya, mereka ini :

gemar terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran.

menghadapi masalah dalam pembelajaran jika ia dilakukan secara

mendengar & menonton sahaja.

muda faham jika ia melibatkan praktikal, simulasi, eksperimen &

demonstrasi.

bagus dalam aktiviti luaran yang melibatkan penggunaan anggota badan.

lebih mudah memahami sesuatu dengan cara ‘biar saya buat dahulu

perkara itu’.

Disebalik 3 teknik pembelajaran yang diterangkan di atas, sebenarnya masih ada

3 lagi teknik pembelajaran lain iaitu :

Pembelajaran Logikal :  banyak menggunakan logik, sebab-akibat dan sistem

dalam memahami sesuatu.

Pembelajaran Sosial : Mudah menguasai pelajaran melalui perbincangan dengan

orang lain atau secara kumpulan.

Pembelajaran bersendirian : Suka memahami sesuatu secara sendirian.

Selepas mempelajari fakta tentang jenis-jenis teknik pembelajaran yang

semulajadi atau menjadi kebiasaan manusia, kita teruskan kepada pelbagai kaedah

pembelajaran bagi pengajaran hafazan al-Quran dalam bidang Tilawah pendidikan

Islam. Secara umumnya, pengajaran bidang tilawah al-Quran sekolah rendah di

Malaysia menggunakan kaedah-kaedah popular yang digemari secara tradisional dalam

pengajaran al-Quran.

Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:

1) Talaqqi Musyafahah

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s

kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

5

Page 6: BAHAGIAN 1.docx

membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut

dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal

ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para

sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta

dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.3

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti

berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan

supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-

hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf

dan lain-lain hukum tajwid.

2) Kaedah Tikrar (Ulangan)

Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih

tubi.Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat

secara berulangkali. Berhubung kaedah tikrar ini, Saidatina A’isyah r.a

meriwayatkan bahawa: ‘Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara

kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.’4

3) Kaedah Tasmik

Kaedah tasmik seperti namanya ialah kaedah mendengar. Disini guru akan

memeriksa ayat-ayat yang telah dihafaz den seterusnya membetulkan bacaan-

bacaan yang salah dan kurang tepat. Kaedah menggunakan kaedah ini ialah:

I. murid akan diminta membaca surah surah yang ditetapkan di hadapan

guru.

II. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan.

III. Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum hukum bacaan atau

tajwid dan maksud tanda tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

3 http://bicarahamba.blogspot.com/2011/01/kaedah-talaqqi-musyafahah.html4 http://suhana-sulaiman.blogspot.com/2008/10/kaedah-tikrar-ulangan.html

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

6

Page 7: BAHAGIAN 1.docx

Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan

meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara

bergilir gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. 5

Cara-Cara Menerapkan Kaedah Pengajaran Ayat Hafazan Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Secara Berkesan

Cara-cara menerapkan kaedah pengajaran ayat hafazan merujuk rapat kepada

perancangan guru khusunya dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

serta pelaksanaan rancangan yang telah ditulis. Bagi pengajaran ayat hafazan, guru

boleh memilih kaedah Talaqqi Musyafahah, kaedah Tikrar (pengulangan), atau Tasmik

atau cara yang lebih baik adalah bertukar-tukar kaedah yang digunakan agar murid

tidak merasa bosan atau menggunakan ketiga-tiga kaedah ini sekaligus dalam satu

pengajaran yang panjang agar murid dapat merasai ketiga-tiga langkah ini seterusnya

meningkatkan keberkesanan pengajaran yang dirancang.

Contohnya saya diberikan dua sesi pengajaran pendidikan Islam pada hari Isnin

untuk tahun 4 dari pukul 10.50 hingga 11.20 dan disambung 11.20 hingga 11,50

menjadikan masa keseluruhan pengajaran pendidikan Islam saya pada hari tersebut

berjumlah satu jam. Saya memilih untuk menggunakan tiga kaedah dalam mengajarkan

hafazan bagi surah al-Qari’ah yang mempunyai sebelas ayat.

Saya memulakan pengajaran dengan set induksi berbentuk video atau gambar

yang memaparkan kedahsyatan hari kiamat. Seterusnya saya akan bersoal jawab

dengan pelajar dan mengaitkan hasil perbincangan tersebut kepada tajuk pengajaran

ayat hafazan iaitu Surah al-Qari’ah.

Pada langkah yang pertama, saya menggunakan kad-kad perkataan untuk

menunjukkan kalimah-kalimah yang terdapat didalam Surah al-Qariah. Saya

menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah dan menyebut terlebih dahulu kalimah-

kalimah yang ditunjukkan seterusnya barulah murid-murid mengikut bacaan yang telah

5 http://smilegivechance.blogspot.com/2011/06/kaedah-tasmi-kaedah-tikrar-dan-talaqqi.html

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

7

Page 8: BAHAGIAN 1.docx

saya tunjukkan. Guru yang menggunakan kaedah ini mestilah betul dan jelas makhraj

dan sebutan huruf al-Quran, mahir dan betul tajwid ketika membacanya, serta tartil.

Guru yang tidak memenuhi kriteria ini dinasihatkan menggunakan bantuan audio atau

video qari-qari al-Quran terkemuka untuk pengajaran melalui kaedah ini.

Langkah kedua pula, saya akan memaparkan keseluruhan surah dihadapan

kelas. Saya akan membaca dan berhenti ayat demi ayat agar pelajar dapat mengikuti

bacaan saya secara Talaqqi Musyafahah. Saya akan mengulang-ulang langkah ini

beberapa kali sebelum saya menyerahkan kepada murid untuk membaca secara

berkumpulan. Dalam kumpulan yang dibahagikan, terdapat ketua kumpulan yang akan

menyelia dan mengetuai bacaan dan kaedah yang digunakan ialah Tikrar atau

pengulangan atau turut dikenali sebagai latih tubi.

Pada langkah ketiga pula, saya akan memeriksa bacaan murid hasil dari latihan

pengulangan dari Kaedah Tikrar di langkah kedua itu tadi. Saya memeriksa bacaan

murid secara kumpulan. Kumpulan yang lain diminta senya dan menghormati bacaan

al-Quran yang dibaca oleh kumpulan yang sedang diperiksa. Sekkiranya terdapat

kesalahan, maka saya akan memperbetulkan bacaan mereka. Perkara yang sama

diteruskan untuk kumpulan-kumpulan yang lain. Jika terdapat masa yang masih berbaki,

maka saya memilih beberapa orang murid yang terdiri dari yang cemerlang, sederhana

dan yang lemah untuk membaca secara individu untuk menjadi panduan kepada pelajar

yang ainnya. Pada langkah ketiga ini, murid mestilah membaca berdasarkan hafalan

dan tidak boleh lagi melihat buku.

Dibawah ini adalah ringkasan bagi aplikasi penggunaan kaedah Talaqqi

Musyafahah, Tikrar dan Tasmik.6

i) Kaedah Talaqqi Musyafahah

a) Guru membaca dan bacaan itu dijadikan contoh untuk diikuti oleh

murid secara individu secara berdepan dengan guru

b) Murid mendengar dan memerhati gerakan mulut dan bibir,

kemudian membaca seperti yang mereka dengar dan lihat

6 http://mu2akk1r.wordpress.com/page/2/

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

8

Page 9: BAHAGIAN 1.docx

c) Pembetulan dibuat menyentuh tentang hukum tajwid serta sebutan

huruf mengikut makhraj.

ii) Kaedah Tikrar (kaedah latih tubi)

a) Guru memperdengarkan bacaan ayat alQuran satu persatu

b) Murid mengikut bacaan guru (juga satu persatu) secara kelas

c) Murid membaca secara bersama mengikut kumpulan kecil.

Kumpulan yang tidak membaca akan mendengar.

d) Kumpulan lain pula diminta membaca dan didengari leh kumpulan

yang tidak membaca.

e) Seorang murid diminta membaca dan murid lain mendengar

iii) Kaedah Tasmik

a) Murid membaca Al Quran di hadapan guru yang mendengar

b) Kesalahan diperbetulkan

c) Guru mengemukakan soalan berkaitan hukum tajwid dan maksud

tanda bacaan yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

Rumusan

Bidang Tilawah bagi mata pelajaran pendidikan Islam terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu bidang Tilawah al-Quran, Kefahaman al-Quran dan Hafazan al-Quran.

Kaedah-kaedah bagi tujuan mengajarkan bidang ini pula luas dan berbagai-bagai.

Namun begitu, perlu diingatkan, sebaik manapun atau secanggih manapun

teknik, kaedah, pendekatan mahupun bahan sumber yang digunakan, guru mestilah

memastikan dirinya sendiri dapat menjadi contoh kepada pelajar, terutamanya dari segi

kefasihan dan bagus bacaan al-Quran yang terdiri dari makhraj yang betul, tajwid yang

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

9

Page 10: BAHAGIAN 1.docx

betul serta tartil. Jika tidak, maka perlulah bagi seorang guru mengemukakan bahan

bantu yang dapat mengetengahkan kriteria-kriteria ini.

Bidang hafazan adalah bidang yang penting, dikhususkan didalam pelajaran

pendidikan Islam agar murid-murid dapat menyimpan sebahagian kecil dari isi

kandungan Kalamullah (al-Quran) yang luas hikmahnya didalam jiwa dan hati mereka.

Tujuannya agar dengan adanya surah-surah yang dihafaz ini di kemudiannya akan

diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian.

Dalam sebuah hadis dari Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a : Saya mendengar

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

�ه. اِب ْص�َح�� ِف�يًع�ا َأل �اَم�ِة� َش� �ِق�ي �ْو�َم� اْل �ى َي �ِت �ْأ �ه� َي �َّن آَن� َف�ِإ �ِق�ْر� ُء�وا اْل اْق�ْر�

“Bacalah kamu semua akan Al-Qur`an. Kerana ia (Al-Qur`an) akan datang pada

Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.”

(Riwayat Muslim).7

7 http://alhaaq.wordpress.com/artikel/hadits-hadist-tentang-keutamaan-membaca-al-quran/

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

10

Page 11: BAHAGIAN 1.docx

BAHAGIAN 2PENGANJURAN MAJLIS HAFAZAN

AL-QURAN

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

11

Page 12: BAHAGIAN 1.docx

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

12

Page 13: BAHAGIAN 1.docx

PENULISAN

REFLEKSI

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

13

Page 14: BAHAGIAN 1.docx

REFLEKSI – FAID BIN KEMI

Saya Faid Bin Kemi dari Pengajian Pendidikan Islam (SK) Kumpulan 3

mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadhrat Allah Subahanahu wa Taala diatas

nikmat-nikmat yang telah saya kecapi selama ini. Nikmat yang Allah turunkan kepada

kita itu luas banyaknya, melebihi bilangan rambut – maka wajib kita syukuri.

Tugasan kerja kursus ini berjaya disiapkan dan disempurnakan dengan izin Allah

SWT selepas melalui bermacam-macam dugaan dan rintangan sebagai sebuah ujian

yang wajib kita sebagai hambanya melalui dengan penuh rasa keimanan dan

kesabaran. Ramai antara kami yang mendapati kesukaran mencari ruang masa yang

berkualiti untuk memberi komitmen seratus peratus terhadap kerja kursus ini.

Diantara faktor kelemahan kami ialah pertembungan tarikh tugasan ini dengan

tugasan praktikum. Ketika praktikum, secara peribadinya saya berpendapat kami kini

berkhidmat untuk dua pihak yang berbeza iaitu Institut dan sekolah. Pihak sekolah

mengharapkan komitmen kami dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas serta

program-progran yang dirancang mereka, sementara apabila kami pulang ke IPG, kami

perlu menyiapkan tugasan kerja kursus disamping rancangan mengajar serta ban bantu

pengajaran.

Namun disebalik tekanan dari dua pihak tersebut, saya mendapati, kami sedikit-

demi sedikit menjadi patuh pada masa, lebih berdisiplin serta tidak menangguhkan

kerja-kerja yang telah diberikan.

Disamping itu, antara kekurangan sepanjang kami menjalankan kajian, ialah

kurangnya minat dari murid itu sendiri dalam mata pelajaran pendidikan Islam.

Sesungguhnya isi kandungan kurikulum pendidikan Islam membina akidah dan rohani

pelajar disamping kemahiran berfikir intelek, serta nilai adab-adab yang murni.

Seharusnya murid-murid ditanam rasa penting dalam belajar Pendidikan Islam kerana ia

satu-satunya mata pelajaran yang fokus dalam memberikan murid perasaan

mempunyai perasaan ‘bertuhan’ didalam diri.

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

14

Page 15: BAHAGIAN 1.docx

Kekuatan yang saya dapati sepanjang menjalankan tugasan ini pula ialah

kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat. Kesuntukan masa dan kesibukan

dalam menjalankan tugas sebagai guru pelatih dalam tempoh praktikum menghadkan

pergerakan kami untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan di

perpustakaan institut. Mujur dengan adanya kemudahan internet pada zaman kini

memudahkan pencarian maklumat kami semudah menaip apa yang dikehendaki di

laman enjin carian dan maklumat yang spesifik dapat dijumpai.

Harapan saya, agar kita semua mensyukuri nikmat yang ada dan seterusnya

mengamalkan ilmu yang telah kita pelajari. Untungnya kita dizaman moden ini,

pencarian ilmu begitu mudah kerana ranjau dan rimba payahnya menuntut ilmu telah

dirintis oleh para ilmuan dan ulama zaman silam. Penemuan mereka pula melibatkan

pengorbanan tenaga, jiwa, harta, masa sehingga ada diantara mereka mengabadikan

seluruh hidup mereka demi untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Kita pula menggunakan

ilmu mereka semudah carian yang tidak sampai beberapa saat di laman internet.

Semoga, tugasan berkaitan ilmu hafazan ini dapat kita manfaatkan dan ambil

iktibar dan panduan dalam mendidik generasi baru kita ini cintakan al-Quran ilmu-ilmu

yang terdapat didalamnya.

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

15

Page 16: BAHAGIAN 1.docx

RUJUKAN

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

16

Page 17: BAHAGIAN 1.docx

RUJUKAN

1. Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian

Islam, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2. Ustaz Hj Mohd Asraff Bin Ayob Al-Hafiz (2010), Tip Stail Hafazan ‘Advance’ –

Untuk Mereka Yang Benar-Benar Serius Sahaja, artikel dipetik dari

http://asraffayob.com/ (Dilayari pada 9 Ogos 2010).

3. http://pendislami.tripod.com/ (Dilayari pada 9 Ogos 2014).

4. http://bicarahamba.blogspot.com/2011/01/kaedah-talaqqi-musyafahah.html

(Dilayari pada 10 Ogos 2014).

5. http://suhana-sulaiman.blogspot.com/2008/10/kaedah-tikrar-ulangan.html

(Dilayari pada 10 Ogos 2014).

6. http://smilegivechance.blogspot.com/2011/06/kaedah-tasmi-kaedah-tikrar-dan-

talaqqi.html (Dilayari pada 10 Ogos 2014).

7. http://mu2akk1r.wordpress.com/page/2/ (Dilayari pada 10 Ogos 2014)

8. http://alhaaq.wordpress.com/artikel/hadits-hadist-tentang-keutamaan-membaca-

al-quran/ (Dilayari pada 10 Ogos 2014)

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

17

Page 18: BAHAGIAN 1.docx

LAMPIRAN

KKBI PQE 3034- KAEDAH-KAEDAH DALAM P & p hAFAZAN AL-QURAN

18