babanyonya titas

19

Click here to load reader

Upload: izzuddin-jefary

Post on 17-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

BABA NYONYA DI MELAKA

TRANSCRIPT

KAJIAN ETNIK MASYARAKAT BABA NYONYA DI MELAKA

Nama Ahli Kumpulan : 1. Ahmah Izzuddin Jefari (AEU 140002)

Amar Shazri Bin Azizan (AET 140003)

Imran Nawawi Bin Mohammad Yusoff (AEY 140003)

Khairul Faizi Bin Mohammad (AET 140007)

Nur Azmida Binti Maarup (AED 140033)

Nur Hafizah Binti Awang (AED 140031)

Norsaliza Binti Mohd Yusof (AED 140029)

Siti Aisyasuzilawati Binti Mat Safien (AED 140040)

AS

AS

1.0PENGENALAN

Dalam kalangan negara yang pernah dijajah, khususnya kepulauan Melayu. Kedatangan etnik Cina merupakan antara penyumbang penting kepada pembentukan kebudayaan baharu. Kebudayaan tersebut terhasil daripada usaha etnik Cina yang cuba mengadaptasi kebudayaan asal dengan kebudayaan pribumi di dunia Melayu. Dalam konteks percampuran sosial ini, terbentuklah istilah Baba dan Peranakan yang popular pada zaman kolonial.

Menurut Frank Swettenham, istilah Baba merujuk anak lelaki Negeri-negeri Selat tanpa mengira sama ada anak tersebut Cina, Inggeris, Hindustani mahupun campuran Eropah . Baba bermaksud lelaki atau bapa menurut pengertian orang Melayu. Seorang Baba bermakna seorang lelaki yang lazimnya menjadi ketua keluarga. Keturunan Baba bermaksud keturunan campuran Cina di Negeri Selat.

Menurut Tan Chee-Beng, Baba ialah masyarakat Cina yang mengaitkan diri mereka sebagai penutur bahasa Melayu dan beridentitikan budaya Melayu. Beliau percaya kewujudan Baba ini terhasil daripada imigran Cina yang berkahwin dengan wanita tempatan dan mempelajari bahasa Melayu serta menjadikannya sebagai bahasa ibunda mereka. Inilah usaha terawal masyarakat Cina dalam menyesuaikan diri dengan budaya tempatan.

Ada yang mengatakan bahawa istilah Baba berasal dari Indonesia, yang bermaksud bapak atau tuan, dan digunakan sebagai tanda hormat terhadap status seseorang itu dalam masyarakat. Variasi daripada penggunaan istilah bapak bertukar menjadi Baba setelah zaman-berzaman. Hal ini menunjukkan bahawa istilah Baba sudah lama wujud di kepulauan Melayu.

Sebenarnya, Baba merupakan kata pinjaman daripada bahasa Parsi untuk panggilan sapaan sebagai tanda hormat bagi datuk dan nenek. Baba juga merujuk lelaki kelahiran negeri Selat. Istilah ini pada mulanya dipopularkan oleh penutur Hindustani dan kemudian menjadi rujukan khusus kepada kelompok lain. Begitu juga dengan istilah Nyonya yang sangat popular pada zaman kolonial.

Nyonya bermaksud wanita atau mevrouw dalam bahasa Belanda. Menurut Joo Ee Khoo, etimologi Nyonya dipercayai daripada ungkapan Jawa sebagai kata hormat. Makna Nyonya dalam masyarakat kolonial Belanda di Indonesia ialah wanita asing yang sudah berkahwin. Masyarakat Jawa pada dahulu kala cenderung menyebut Nyonya terhadap warga asing dan yang menyerupai warga asing. Lazimnya, Nyonya merupakan gelaran wanita kelas tinggi dalam masyarakat kolonial di Indonesia.SEJARAH KEWUJUDAN

Baba dan Nyonya merupakan sebahagian daripada subetnik di dalam kaum Cina di Malaysia. Masyarakat Baba dan Nyonya merupakan subetnik yang unik di dalam masyarakat Cina dan golongan ini hanya boleh di dapati di Negeri-Negeri Selat sahaja khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Baba merupakan gelaran yang digunakan kepada golongan lelaki manakala Nyonya merupakan gelaran bagi golongan wanita. Masyarakat Baba dan Nyonya juga turut di gelar sebagai golongan Cina Selat iaitu kaum Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat. Hal ini bagi membezakan di antara Orang Cina yang datang dari Tanah Besar China dan mereka yang lahir di Tanah Melayu pada ketika itu. Masyarakat Baba dan Nyonya pada umumnya menolak untuk di klasifikasikan sebagai sebahagian masyarakat Cina kerana di atas faktor budaya, tradisi dan bahasa yang unik hasil pencampuran budaya tempatan dan budaya Cina.

Tambahan pula kewujudan masyarakat ini adalah lebih lama di kepulauan Melayu di percayai sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di era pemerintahan Sultan Mansur Syah apabila Laksmana Cheng Ho bersama armadanya datang singgah ke pelabuhan Melaka pada 1459. Persinggahan ini membawa bersama seorang puteri dari Dinasti Ming iaitu Puteri Hang Li Po bersama-sama pengikutnya ke Melaka untuk di kahwinkan bersama Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah telah memberi kawasan di Bukit Cina untuk di diami oleh Puteri Hang Li Poh dan pengikutnya. Oleh kerana golongan wanita tidak di benarkan berimigrasi keluar daripada China para pengikutnya yang terdiri daripada golongan lelaki telah berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur ini membawa kepada kewujudan satu identiti masyarakat yang unik dengan campuran budaya tempatan dan juga budaya Cina yang di kenali sebagai Peranakan di kalangan masyarakat tempatan. Namun yang demikian ramai sejarawan yang menyanggah teori ini dan berpendapat bahawa kedatangan Puteri Hang Li Po dan pengikutnya adalah sebagai mitos. Walaubagaimanapun, tidak di nafikan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya telah pun wujud ketika penubuhan Negeri-Negeri Selat pada 1826.

Satu hal yang membezakan masyarakat Baba dan Nyonya dan golongan imgrian Cina yang datang lebih lewat adalah kebanyakan daripada masyarakat Baba dan Nyonya merupakan golongan yang berpendidikan inggeris. Hal ini bagi menaikan status mereka berbanding Orang Cina yang lain. Pihak British juga lebih senang berurusan dengan masyarakat Baba dan Nyonya kerana atas faktor pendidikan dan keupayaan berbahasa inggeris. Oleh yang demikian tidak hairanlah bahawa kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya pada ketika itu telah di berikan kepercayaan untuk menjadi penghubung antara masyarakat Cina setempat dan pihak British. Di atas faktor didikan dan kebudayaan Barat, masyarakat Baba dan Nyonya lebih suka berpakaian seperti orang barat. Mereka mengenakan pakaian formal Inggeris dan mengamalkan gaya hidup barat. Namun yang demikian tradisi asal nenek moyang mereka turut tidak di lupai seperti upacara penyembahan nenek moyang dan upacara menhidang teh.

AGAMA

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha. Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam. Jenazah dimandikan,dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan.Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambutTahun Baru CinadanPerayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

Demikian, aspek agama dan kepercayaan barangkali banyak dipengaruhi oleh kedominanan ketua keluarga. Maka, Baba-Nyonya sering kali dikaitkan dengan warisan agama Buddha, dan kepercayaan lain lazim masyarakat di China. Masyarakat Chetti merupakan penganut agama Hindu yang teguh. Sementara masyarakat Portugis mewarisi Kristian sebagai pegangan mereka. Dalam hal ini, segala amalan dan praktik agama masih dipertahankan sebagaimana asalnya, bahkan ada yang menggunakan bahasa Melayu. Adab budaya masyarakat dilestarikan dengan penuh keprihatinan. Betapa indahnya amalan Baba-Nyonya, demikianlah indahnya masyarakat Chetti dan Portugis di Melaka, pada umumnya.

HASIL KAJIAN

PERKHAWINAN

Saudagar China di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi. Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.

Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemarichin choayatau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri. Lamaran memerlukan buah tanganpinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya.Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

ADAT PERKHAWINAN Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan merekaiaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu.Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesuciangadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Chia N LangChia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

Chiu ThauChiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.

Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

Chim PangChim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.

Choon TokUpacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

Chian SiaUpacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.

Dua Belas HariHari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

Chian Ching Kay, Che UmmIa merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.

Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik

RUJUKAN

1) BUKU

Jabatan Muzium Negara (1986), Warisan Baba dan Nyonya di Muzium Negara.

Thanabalan V.C.Karan(1994), Tradisional dan moden : adat istiadat perkahwinan Baba dan Nyonya di Melaka dan Singapura.

Chee Mei Lin(1988), Sistem kekeluargaan masyarakat Cina di Melaka : kes kajian orang-orang Baba dan Nyonya.

2)INTERNEThttp://gotomelaka.blogspot.com/2012/12/muzium-warisan-baba-dan-nyonya.html#ixzz3KddbA3lWhttp://gogomelaka.com/see&do/BABA-NYONYA-HERITAGE-MUSEUM.html)

dan unik.