bkal1013 bab2 konsep2 perakaunan

45
BAB 2 KONSEP & AMALAN PERAKAUNAN 1

Upload: amaluzzaman-abu-hassan

Post on 21-Oct-2015

126 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

BAB 2

KONSEP & AMALAN PERAKAUNAN

BAB 2

KONSEP & AMALAN PERAKAUNAN

1

Page 2: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Prinsip Perakaunan Diterima Umum

Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi.

Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard

Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama oleh akauntan

TUJUAN Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata

Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan

2

Page 3: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Andaian Perakaunan• (i) Andaian Entiti Ekonomi atau Entiti

Perniagaan atau Entiti Berasingan• (ii) Andaian Usaha Berterusan• (iii) Andaian Unit Kewangan• (iv) Andaian Tempoh Perakaunan

3

Page 4: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

ENTITI BERASINGAN (SEPARATE ENTITY)

Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza

Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekodperniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untukkereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.

Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan.Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalahperbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya.

4

Page 5: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

USAHA BERTERUSAN

(GOING CONCERN)

Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan

Tidak dibubarkan dalam jangka pendek

Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan

Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM 20,000 dengan anggaran jangkahayatnya selama10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM 25,000.Adalah dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.

5

Page 6: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep entiti berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM 20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan

6

Page 7: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

TEMPOH PERAKAUNAN

(ACCOUNTING PERIOD)

Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur

Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000.Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat.

Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

7

Page 8: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP-PRINSIP

PERAKAUNAN

PRINSIP-PRINSIP

PERAKAUNAN

8

Page 9: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

9

• (I) Prinsip Keobjektifan

• (ii) Prinsip Kos sejarah

• (iii) Prinsip Pengiktirafan Hasil

• (iv) Prinsip Pemadanan

• (v) Prinsip Ketekalan

• (vi) Prinsip Pendedahan Penuh

Page 10: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP KEOBJEKTIFAN

(OBJECTIVITY)

Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga

Tujuan – elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat

Rekod boleh dipercayai benar dan tepat

Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga kredit tiada sebarang dokumen diperlukan. Beri pendapat anda.

10

Page 11: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu samada urusniaga tunai atau kredit. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat

11

Page 12: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP KOS SEJARAH

(HISTORICAL COST)

Aset direkod pada harga kos atau belian

Sebab – objektif dan boleh dibuktikan

Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan hargaRM20,000 pada 21 Ogos 2002. Harga pasaran meningkat kepada RM 25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa?

Penyelesaian: Nilai yang direkod adalah RM 20,000 , kerana nilainya telah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian

12

Page 13: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP PENGIKTIRAFAN HASIL

• Memberi panduan dalam menentukan tempoh masa dan amaun hasil yang perlu direkodkan

• Hasil perlu diiktiraf/direkod dalam tempoh ia diperoleh

• Kaedah yang diguna utk mengiktiraf hasil Kaedah pada titik jualan Kaedah peratusan siap Kaedah ansuran

13

Page 14: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP KETEKALAN

(CONSISTENCY)

Kekalkan semua kaedah yang digunakan

Tujuan – mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain

Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan

Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilaisusutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan, huraikan.

14

Page 15: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.

15

Page 16: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP PEMADANAN (MATCHING)

Belanja – direkod dalam tempoh perakaunan bagi perolehi hasil perniagaan.Tujuan – ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan

Contoh: En AA mendapati perniagaannya akan mengalami kerugian. Maka beliau mengarahkan akauntan mengurangkan pelaporan perbelanjaan syarikat dengan mengurangkan pelaporan nilai belanja elektrik dan tidak melaporkan belanja susutnilai bagi tempoh tahun tersebut. Adakah akauntan perlu mematuhi arahannya, berikan pendapat anda.

16

Page 17: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyelesaian: Tidak kerana bercanggah dengan konsep pemadanan. Pelaporan belanja elektrik dan belanja susutnilai adalah perbelanjaan yang berlaku dalam tahun kewangan tersebut dan ia berkaitan dengan hasil yang diperolehi dalam tempoh itu. Oleh itu perbelanjaan perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukan kewangan sebenar syarikat

17

Page 18: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PRINSIP PENDEDAHAN PENUH

(FULL DISCLOSURE)

Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi

Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.

Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

18

Page 19: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Kekangan Perakaunan

• Konsevatisme• Materialiti atau Kematerialan

19

Page 20: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

KONSERVATISMA (CONSERVATISM)

Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.

Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

Contoh: Perniagaan AA telah berkontrak dengan syarikat dari Mexico. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 1 juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan melaporkan keuntungan tersebut? Apa pendapat anda.

.

20

Page 21: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku

21

Page 22: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

MATERIALITI (MATERIALITY)

Dianggap material atau tidak dari segi nilainya (angka) jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat keputusan.Penentuan materialiti:-a) perlu buat bandinganb) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat

Contoh: 2 peralatan telah dibeli pada harga RM 10 dan RM 10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda.

22

Page 23: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM 10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM 10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun

23

Page 24: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

RUMUSANKonsep-konsep asas dalam perakaunan menjadi garispanduan yang diterima umum dan dipraktiskan sebagai satu standard yang universal.

Konsep-konsep ini penting bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang standard kepada pengguna maklumat perakaunan.

24

Page 25: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

URUS NIAGA & PERSAMAAN PERAKAUNAN

• Urus Niaga Perniagaan – sebarang aktiviti ekonomi yang boleh diukur dlm bentuk kewangan antara 2 pihak

• Persamaan Perakaunan – alat perakaunan yg paling asas digunakan utk menganalis & merekod urus niaga perniagaan

• Sumber yang dimiliki (kiri) & tuntutan (kanan)

25

Page 26: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PERSAMAAN PERAKAUNAN

Tanpa Hasil Dan Belanja

Tanpa Hasil Dan Belanja

Mengambilkira Hasil Dan Belanja

26

Page 27: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Persamaan Perakaunan

Tanpa Hasil dan Belanja

ASET = LABILITI + EKUITI PEMILIK

27

Page 28: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Contoh:-

1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000

Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah

2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya

Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang 28

ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Modal+1000 +1000

ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Ambilan-100 -100

Page 29: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

3. Perniagaan meminjam dengan En. Jj sebanyak RM 3,000 dan diberikan cek

Kesannya: Aset bertambah : Liabiliti bertambah

4. Perniagaan membayar hutang RM 100 secara tunai

Kesannya: Aset berkurang : Liabiliti berkurang

29

ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Pinjaman+3000 +3000

ASET = LIABILITI + EKUITI

Tunai Pinjaman-100 -100

Page 30: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Persamaan Perakaunan dengan

Mengambilkira Hasil & Belanja

ASET = LIABILITI + MODAL + HASIL - BELANJA

30

Page 31: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Contoh:1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada AA

Agensi bernilai RM 2,000

Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah (Peningkatan

HASIL)

2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM 90

Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang (Peningkatan BELANJA)

31

ASET = LIABILITI + EKUITI

Penghutang Jualan+2000 +2000

ASET = LIABILITI + EKUITI

Bil telefon Belanja telefon+90 -90

Page 32: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

32 ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

SOALAN 1 Razlan merupakan akauntan awam bertauliah dan memiliki firma audit iaitu Razlan & Associates. Firma ini telah beroperasi semenjak tahun 2010 dengan menawarkan perkhidmatan audit, perakaunan, pencukaian dan kesetiausahaan syarikat. Berikut merupakan asset dan liabiliti firma tersebut pada 1 Januari 2010: Tunai = RM105,000, Akaun Belum Terima = RM37,500, Bekalan Pejabat = RM15,000, dan Akaun Belum Bayar = RM12,000.

Urusniaga yang berlaku dalam bulan Januari diringkaskan seperti berikut:1.Membayar hutang kepada pemiutang, RM3,000.2.Razlan mengambil tunai dari firma sebanyak RM7,500 untuk kegunaan peribadi.3.Membeli bekalan pejabat secara kredit, RM1275.4.Mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan, dan menerima tunai, RM12,000.5.Melibatkan belanja sewa sebanyak RM4,500, separuh daripadanya dibayar secara tunai dan baki secara hutang.6.Menandatangai kontrak dengan pekerja baru, Mat Ali yang akan memulakan tugas pada bulan hadapan. 7.Syarikat akan membayar kepadanya RM1,800 sebulan. 8.Membilkan pelanggan untuk perkhidmatan yang diberikan, RM6,750.

DIKEHENDAKI:Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan kesan ke atas setiap urusniaga terhadap persamaan perakaunan yang ditunjukkan di bawah dan tentukan baki akhir pada 31 Januari 2010 bagi setiap akaun yang terlibat.

Page 33: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

RUMUSANRUMUSANPersamaan Perakaunan adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan.

Semua catatan urusniaga di dalam rekod-rekod perakaunan perlu mengekalkan keseimbangan Persamaan Perakaunan ini.

33MENU

Page 34: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Jenis-jenis Penyata Kewangan

Penyata PendapatanPenyata Ekuiti PemilikLembaran ImbanganPenyata Aliran Tunai

34

Page 35: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyata Pendapatan

• Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.

• Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

35

Page 36: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Format Penyata Pendapatan bagi perniagaan tunggal

XYZ EnterprisePenyata Pendapatan

Bagi Bulan / Tahun Berakhir 31 Disember 20XXHasil :

Hasil perkhidmatan RMXXXTolak: BelanjaBelanja gaji RMXXBelanja sewa XXBelanja bekalan XXBelanja utiliti XXBelanja pelbagai XXJumlah Belanja (XX)Untung /( Rugi Bersih)

XX========

36

Page 37: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyata Ekuiti Pemilik• Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang

dimiliki oleh sesuatu perniagaan.• Contoh:

Penyata Ekuiti PemilikBagi Tahun Berakhir 30 Jun 2009

Ekuiti Pemilik:Modal Saham

40,000Pendapatan Tertahan

36,760Jumlah ekuiti pemilik

76,760

37

Page 38: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

XYZ EnterprisePenyata Ekuiti Pemilik

Bagi Bulan / Tahun Berakhir 31 Disember 20XX

Modal pemilik pada 1 Disember / 1 Januari RMXXXCampur : Pelaburan pemilik RMXXUntung bersih XX

XX

XXXTolak : Ambilan

(XX)Modal pemilik 31 Disember XXX

======38

Page 39: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Lembaran Imbangan (balance sheet)

• Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.

• Menunjukkan sumber yang dimiliki oleh perniagaan, hutang perniagaan kpd entiti lain dan hak pemilik pada tarikh berkenaan

• Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

• Dua bentuk lembaran imbangan, iaitu bentuk akaun dan bentuk penyata atau laporan

39

Page 40: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyata Aliran Tunai

• Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

40

Page 41: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

41

XYZ EnterpriseLembaran Imbangan31 Disember 20XX

AsetAset Semasa:

Tunai RMXXAkaun belum terima XXBekalan XXBelanja prabayar XXJumlah aset semasa RMXX

Aset Tetap:Tanah XXBangunan RM XXTolak: Susut nilai terkumpul (XX) XXPeralatan pejabat XXTolak: Susut nilai terkumpul (XX) XXJumlah aset tetap XX

Jumlah Aset XX======

Page 42: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

42

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

Liabiliti Semasa:

Akaun belum bayar RMXXNota belum bayar XXBelanja belum bayar XXJumlah liabiliti semasa RMXX

Liabiliti Jangka panjang:Gadaijanji belum bayar XXBon belum bayar XXJumlah liabiliti jangka panjang XX

Jumlah Liabiliti XX

Ekuiti PemilikModal Pemilik XX

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik XX

======

Page 43: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

PENYATA ALIRAN TUNAI

43

Melaporkan penerimaan dan pembayaran tunai

Melaporkan aliran tunaimasuk bersih dan aliran

tunai keluar bersih bagi setiapaktiviti perniagaansecara keseluruhan

Page 44: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

Penyata Aliran TunaiBagi Tahun Berakhir 30 Jun

2009• Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi:

Tunai diterima untuk hasil xx Tunai dibayar untuk belanja xx

xx• Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan:

Belian aset xx Jualan aset xx xx

• Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan: Terbitan saham xx Bayaran dividen xx

xx• Pertambahan dalam Tunai Bersih xx• Baki Tunai Awal xx• Baki Tunai Akhir xx

44

Page 45: BKAL1013 BAB2 Konsep2 Perakaunan

45

Terima Kasih.