bab 9.0 pengurusan pelaksanaan - ugisp.com awal rtdl lipis/bab 9.0 pengurusan... · dan pihak...

22
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N 9 - 1 LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020 S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N 9.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN 9.1 Pendahuluan Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan Rancangan Tempatan Daerah Lipis bergantung kepada keupayaan agensi pelaksana dan sumber kewangannya. Setiap agensi yang terlibat terutamanya pihak Majlis Daerah Lipis (MD Lipis) yang menjadi nadi utama dalam menjayakan usaha memajukan Daerah Lipis perlu mempunyai struktur organisasi yang mantap dan terurus di samping pengurusan yang efisien, berkesan serta disokong oleh sumber kewangan yang mencukupi untuk memastikan segala dasar, perancangan dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. 9.1.1 Objektif Kajian Objektif kajian bagi sektor pengurusan dan pelaksanaan ialah; “Meningkatkan sistem pencapaian serta keupayaan MD Lipis sebagai institusi pelaksana” 9.1.2 Skop Kajian i. Menganalisis peranan MD Lipis dan cadangan memperkasakan MD Lipis sebagai pihak berkuasa perancang tempatan. ii. Mengkaji sistem organisasi dan perjawatan semasa MD Lipis. iii. Mengenalpasti sumber kewangan serta meningkatkan pendapatan untuk menampung keperluan pembangunan. iv. Menyenaraikan projek-projek dan program Rancangan Tempatan mengikut anggaran kos, tempoh pelaksanaan, pihak pelaksana dan kaedah pelaksanaan melalui peningkatan kemahiran, latihan dan pendedahan. v. Mengkaji satu mekanisme untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh dan erat antara kerajaan tempatan dan swasta. vi. Memperkukuhkan institusi dan jentera pelaksanaan melalui peningkatan kemahiran, latihan dan pendedahan. vii. Membuat pemantauan secara berkala bagi tujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan. viii. Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan secara menyeluruh bagi memastikan pematuhan secara berkesan. ix. Menyediakan kaedah atau sistem “E-Submission” bagi mempercepatkan sistem penyampaian kerajaaan. x. Menggunakan indikator MURNInet sebagai sasaran kemampanan. 9.2 Keadaan Semasa dan Analisis 9.2.1 Latar Belakang Majlis Daerah Lipis Majlis Daerah Lipis iaitu MD Lipis telah ditubuhkan pada 1 hb.Mac,1982 berikutan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah peruntukan Akta 171 (1976) yang menggabungkan penguasa-penguasa tempatan sedia ada iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom,serta beberapa pecan kecil iaitu Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh. Sejarah penubuhan Majlis Daerah Lipis bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Kuala Lipis yang pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau “Sanitary Board” sehingga tamat perang dunia kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan sehinggalah pada 1 Mac 1982 tertubuhlah Majlis Daerah yang menggantikan Majlis Bandaran tersebut. Slogan BERSIH yang terdapat pada logo Majlis Daerah Lipis membawa maksud bersih dalam pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan. Dalam erti kata lain, Majlis Daerah Lipis merupakan organisasi yang bersih, Bandar dan persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bersih. Perluasan kawasan Majlis Daerah Lipis adalah seluruh Daerah Lipis iaitu dengan keluasan 5,198 km persegi dan telah diwartakan pada 22 November 2007. Nombor warta tersebut adalah 1279. Kawasan Majlis Daerah Lipis ini telah dibahagikan kepada dua bahagian kawasan iaitu kawasan operasi seluas 19,679.84 hektar dan kawasan kawalan adalah seluas 160,096.16 hektar. Kawasan kawalan meliputi keseluruhan Daerah Lipis kecuali kawasan hutan simpan. Keluasan kawasan hutan simpan adalah 361,002.00 hektar. Pihak MD Lipis telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan selebihnya tidak diberi perkhidmatan tetapi dikawal dari segi pembangunan. Pembahagian kawasan MD Lipis hanya meliputi beberapa kawasan tertentu sahaja seperti mana Jadual 9.1. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan jumlah keluasan yang telah diwartakan dengan jumlah di Jadual 9.1 yang berkemungkinan jumlah tersebut adalah cadangan perluasan kawasan operasi dan jumlah ini akan dimuktamadkan kelak.

Upload: voanh

Post on 29-Aug-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 1

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

9.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

9.1 Pendahuluan

Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan

Rancangan Tempatan Daerah Lipis bergantung

kepada keupayaan agensi pelaksana dan sumber

kewangannya. Setiap agensi yang terlibat

terutamanya pihak Majlis Daerah Lipis (MD Lipis)

yang menjadi nadi utama dalam menjayakan usaha

memajukan Daerah Lipis perlu mempunyai struktur

organisasi yang mantap dan terurus di samping

pengurusan yang efisien, berkesan serta disokong

oleh sumber kewangan yang mencukupi untuk

memastikan segala dasar, perancangan dan

program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

9.1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian bagi sektor pengurusan dan

pelaksanaan ialah;

“Meningkatkan sistem pencapaian serta keupayaan

MD Lipis sebagai institusi pelaksana”

9.1.2 Skop Kajian

i. Menganalisis peranan MD Lipis dan cadangan

memperkasakan MD Lipis sebagai pihak

berkuasa perancang tempatan.

ii. Mengkaji sistem organisasi dan perjawatan

semasa MD Lipis.

iii. Mengenalpasti sumber kewangan serta

meningkatkan pendapatan untuk menampung

keperluan pembangunan.

iv. Menyenaraikan projek-projek dan program

Rancangan Tempatan mengikut anggaran kos,

tempoh pelaksanaan, pihak pelaksana dan

kaedah pelaksanaan melalui peningkatan

kemahiran, latihan dan pendedahan.

v. Mengkaji satu mekanisme untuk mewujudkan

kerjasama yang kukuh dan erat antara

kerajaan tempatan dan swasta.

vi. Memperkukuhkan institusi dan jentera

pelaksanaan melalui peningkatan kemahiran,

latihan dan pendedahan.

vii. Membuat pemantauan secara berkala bagi tujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan.

viii. Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan secara menyeluruh bagi memastikan pematuhan secara

berkesan.

ix. Menyediakan kaedah atau sistem “E-Submission” bagi mempercepatkan sistem penyampaian

kerajaaan.

x. Menggunakan indikator MURNInet sebagai sasaran kemampanan.

9.2 Keadaan Semasa dan Analisis

9.2.1 Latar Belakang Majlis Daerah Lipis

Majlis Daerah Lipis iaitu MD Lipis telah ditubuhkan pada 1 hb.Mac,1982 berikutan penyusunan semula

penguasa-penguasa tempatan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah peruntukan Akta 171 (1976) yang

menggabungkan penguasa-penguasa tempatan sedia ada iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis

Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom,serta beberapa pecan kecil iaitu Padang Tengku, Bukit Betong,

Mela dan Merapoh.

Sejarah penubuhan Majlis Daerah Lipis bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Kuala Lipis yang

pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau “Sanitary Board” sehingga tamat

perang dunia kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959.

Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir

Penguasa Tempatan sehinggalah pada 1 Mac 1982 tertubuhlah Majlis Daerah yang menggantikan Majlis

Bandaran tersebut.

Slogan BERSIH yang terdapat pada logo Majlis Daerah Lipis membawa maksud bersih dalam pengurusan

pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan.

Dalam erti kata lain, Majlis Daerah Lipis merupakan organisasi yang bersih, Bandar dan persekitaran yang

bersih dan masyarakat yang bersih.

Perluasan kawasan Majlis Daerah Lipis adalah seluruh Daerah Lipis iaitu dengan keluasan 5,198 km persegi

dan telah diwartakan pada 22 November 2007. Nombor warta tersebut adalah 1279. Kawasan Majlis

Daerah Lipis ini telah dibahagikan kepada dua bahagian kawasan iaitu kawasan operasi seluas 19,679.84

hektar dan kawasan kawalan adalah seluas 160,096.16 hektar. Kawasan kawalan meliputi keseluruhan

Daerah Lipis kecuali kawasan hutan simpan. Keluasan kawasan hutan simpan adalah 361,002.00 hektar.

Pihak MD Lipis telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan

operasi. Kawasan selebihnya tidak diberi perkhidmatan tetapi dikawal dari segi pembangunan.

Pembahagian kawasan MD Lipis hanya meliputi beberapa kawasan tertentu sahaja seperti mana Jadual

9.1. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan jumlah keluasan yang telah diwartakan dengan jumlah di

Jadual 9.1 yang berkemungkinan jumlah tersebut adalah cadangan perluasan kawasan operasi dan

jumlah ini akan dimuktamadkan kelak.

Page 2: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 2

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Jadual 9.1:Kawasan Operasi Majlis Daerah Lipis

Bil. Kawasan Operasi Keluasan

(Km Persegi)

1. Kuala Lipis 42.952

2. Kuala Lanar 9.507

3. Empang Jaleh 11.063

4. Penjom 7.011

5. Batu 10 6.457

6. Benta Estate 7.700

7. Benta 10.739

8. Jerkoh 6.351

9. Simpang Jerangsang 1.093

10. Kerambit 8.251

11. Mela 7.997

12. Padang Tengku 9.444

13. Berchang/Relong/Bapong 8.725

14. Bukit Betong/Kg. Keledek 5.711

15. Sungai Koyan 7.682

16. Kechau Tui 10.568

17. Pagar Sasak 2.783

18. Merapoh 1508.404

Jumlah 1,672.438 Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010

*Disuaikan oleh Kajian RT Daerah Lipis,2010

Page 3: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 1

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Rajah 9.1:Pelan Kawasan Operasi dan Kawalan

Page 4: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 2

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Daerah Lipis mempunyai 10 buah Mukim seperti ditunjukkan di jadual berikut;

Jadual 9.2: Maklumat Mukim Daerah Lipis

Bil. Mukim Keluasan

(Hektar)

1. Ulu Jelai 205,838.77

2. Batu Yon 122,786.19

3. Kechau 77,289.03

4. Gua 7,679.50

5. Cheka 44,549.00

6. Kuala Lipis 9,719.35

7. Penjom 17,315.50

8. Telang 30,923.89

9. Tg. Besar 17,634

10. Budu 7,042.29

Jumlah 540,778.00

Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, 2010

Majlis Daerah Lipis merupakan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas keseluruhan Daerah Lipis. Keluasan

Daerah Lipis yang telah diwartakan ialah 527,861 hektar. Walaubagaimanapun, maklumat terkini yang

diperolehi daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, keluasan terbaru Daerah Lipis termasuk hutan

simpan adalah 540,778 hektar. Keluasan terbaru ini telah menjadikan Daerah Lipis sebagai daerah kedua

terbesar di Negeri Pahang selepas Daerah Jerantut. Jumlah keluasan tersebut masih belum diwartakan

dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut.

Selain dari itu juga, pihak JUPEM telah membuat pengukuran semula titik tengah Semenanjung Malaysia

menggunakan ArcGIS Centroid dan mendapati titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Kampung

Kerambit, Mukim Cheka, Kuala Lipis, Pahang.

A. Visi

Visi Majlis Daerah Lipis ialah menjadikan KUALA LIPIS SEBUAH TAMAN BERSEJARAH YANG MAJU, BERSIH,

INDAH, BERCAHAYA DAN PUSAT PELANCONGAN YANG MENARIK.

B. Misi

Misi utama MD Lipis adalah BAGI MEWUJUDKAN BANDAR DAN PERSEKITARAN YANG BERSIH, INDAH DAN

BERCAHAYA SERTA PEMBANGUNAN YANG TERANCANG DI SAMPING MENGEKALKAN WARISAN SEJARAH.

C. Objektif MD Lipis

Page 5: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 3

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Majlis Daerah Lipis adalah merupakan sebuah Pihak

Berkuasa Tempatan utama yang mentadbir dan

menguruskan Daerah Lipis. Oleh itu, terdapat

beberapa objektif telah disediakan bagi

memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik.

Antara-antara objektif tersebut adalah seperti

berikut:-

� Mentadbir dan membangunkan

kawasan Majlis Daerah Lipis bagi

membolehkan penduduk mendapat

perkhidmatan yang terbaik.

� Memastikan mencapai taraf hidup

yang sempurna, selesa dan aman

damai selaras dengan penyusunan

semula penguasa tempatan dengan

tujuan perpaduan nasional,

pentadbiran yang lebih cekap,

pembangunan ekonomi dan sosial,

berotonomi kewangan dan berbentuk

demokrasi.

D. Fungsi MD Lipis

Antara fungsi-fungsi utama MD Lipis pula adalah

seperti berikut:-

� Mewujudkan sistem pentadbiran dan

pengurusan yang cekap dan berkesan

selaras dengan kehendak kerajaan

untuk menerapkan etika kerja yang

terpuji.

� Meningkatkan dan memperluaskan

perkhidmatan kesihatan dan

pembersihan.

� Aktif dalam mencapai matlamat Dasar

Ekonomi Baru dalam menyusun

masyarakat dan membasmi kemiskinan.

� Menjamin perancangan dan

pembangunan fizikal, sosial dan mental

untuk kesejahteraan penduduk dan

kawasan persekitaran.

9.2.2 Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah

Lipis

Majlis Daerah Lipis merupakan organisasi yang kecil tapi tersusun dari pembahagian jabatan dan unit-unit

di dalamnya. Pada masa kini, Majlis Daerah Lipis (MD Lipis) mempunyai seorang Yang DiPertua (M54),

dibantu oleh Setiausaha (N44) dan mempunyai dua puluh empat (24) orang Ahli Majlis yang membantu

pihak MD Lipis melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan perbandaran.

MD Lipis juga menerima seorang Pegawai Perancang Bandar Unit Pusat Setempat (OSC) dan seorang

Pegawai E-PBT yang dipinjamkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan

kategori pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, MD Lipis terletak di

dalam kategori empat.

Secara keseluruhannya, Majlis Daerah Lipis mempunyai enam jabatan iaitu Jabatan Khidmat Pengurusan,

Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan

Perancangan Pembangunan dan Landskap, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Perlesenan dan

satu Unit Undang-Undang. Unit Pusat Setempat (OSC) diletakkan dibawah Jabatan Kejuruteraan

berdasarkan kakitangan sokongan yang telah diserap secara tetap ke Majlis Daerah Lipis.

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

YANG DIPERTUA

SETIAUSAHA

Ahli Majli(24 Orang

JABATAN PERBENDAHARAAN

JABATAN KEJURUTERAAN PER

PEM&

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN

HARTA

UNIT OSC & E-PBT

� BHGN. PUNGUTAN

CUKAI � BHGN.

PENGURUSAN

HARTA

� BHGN.

AKAUN/BELANJAWAN

� BHGN. KEWANGAN AM

� BHGN. LETAK KERETA

� BHGN. PERNIAGAAN

RUMAH REHAT

� BHGN.

PENTADBIRAN &

SUMBER MANUSIA � BHGN. TEKNOLOGI

MAKLUMAT � BHGN.

PENGUATKUASAAN

� BHGN. KAWALAN

PEMBANGUNAN

� BHGN. PENGURUSAN/PROJE

PENYELENGGARAAN

� BHGN.

PEMBINAAN/PENYELENGGA

(KUMP 1)

� BHGN.

PEMBINAAN/PENYELENGGA

(KUMP 2)

� BGHN. ELEKTRIK/MEKANIKAL

(KUMP 111)

� 0SC

� BHGN.

PERANC

� LANDSK

TAMAN

SEMAIA

Rajah 9. 2: Carta Organisasi MD LIPIS

Page 6: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 4

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Pada masa kini Majlis Daerah Lipis mempunyai seratus tujuh puluh dua (172) perjawatan yang mana hanya

seratus enam puluh enam (166) sahaja telah diisi dan masih terdapat tujuh (7) kekosongan jawatan.

Kekosongan jawatan tersebut ialah tiga di Jabatan Kejuruteraan iaitu Pembantu Teknik J29, satu di

Jabatan Pengurusan (Pembantu Am Pejabat N1), Pemandu Kenderaan (R6), Tukang K2(R11) dan dua di

Jabatan khidmatan Perbandaran dan Perlesanan iaitu, untuk jawatan Pembantu Pegawai Kesihatan dan

Persekitaran (PPKP U32) dan U17.

Analisis mendapati kekosongan pejawatan tersebut tidak kritikal dan masih mempunyai ruang dan masa

untuk diisi. Sekiranya MD Lipis dapat mengisi keseluruhan kekosongan tersebut ditambah dengan enam

puluh lapan (68) orang kakitangan sambilan, kontrak dan khidmat singkat jumlah keseluruhan kakitangan

MD Lipis ialah seratus enam puluh enam (166) orang. Jumlah tersebut dilihat mampu memberikan

perkhidmatan perbandaran yang baik kepada penduduk Daerah Lipis.

Berdasarkan kepada organisasi sedia ada (Rajah 9.2), MD Lipis tidak mempunyai kakitangan profesional

kecuali seorang Pegawai Tadbir N44 (Setiausaha). Jawatan profesional yang seharusnya ada pada

sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Jurutera, Akauntan, Pegawai Perancang Bandar,

Pegawai Penilaian, Arkitek, Arkitek Landskap, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Undang-

Undang tidak diperuntukkan di MDL bagi melicinkan pentadbiran di jabatan masing-masing.

Bagi kakitangan separa profesional, MD Lipis hanya mempunyai Penolong Jurutera J36, Penolong Pegawai

Tadbir N27, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, Penolong Pegawai Penilian W27, Penolong

Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan Penolong

Akauntan (W27 dan W17).

Keadaan ini menunjukkan MD Lipis mempunyai kakitangan separa profesional yang mencukupi bagi

menjalankan kerja-kerja berkaitan. Walau bagaimanapun bilangan ini perlu dikaji semula bagi

memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Satu kumpulan kakitangan yang

profesional dan separa profesional adalah penting untuk memastikan fungsi PBT dapat dilaksanakan

dengan baik.

Dari segi kumpulan sokongan, MD Lipis juga dilihat masih kekurangan kakitangan yang berkaitan

berdasarkan kekosongan jawatan yang meliputi Pembantu Teknik, Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran, Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan, Tukang dan Pembantu Kesihatan Awam.

Jumlah kekosongan jawatan adalah enam. Masalah pengisian kekosongan ini tidak dilihat kritikal tetapi

Page 7: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 5

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

dua jawatan separa profesional di Jabatan

Kejuruteraan dan Jabatan Perkhidmatan

Perbandaran dan Perlesenan dilihat perlu diisi segera

untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran

MD Lipis.

MD Lipis masih mempunyai sepuluh orang

kakitangan kontrak, lima puluh empat orang

kakitangan sambilan dan empat orang kakitangan

khidmat singkat. Jumlah keseluruhan untuk kategori

ini ialah enam puluh lapan orang. Kebanyakan

kakitangan sambilan adalah kakitangan sokongan.

Keadaan ini perlu diteliti semula bagi membolehkan

MD Lipis menjadi sebuah PBT yang mempunyai

organisasi mantap seterusnya dapat memberi

perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.

Jadual 9.3: Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian

dan Kekosongan Di MD Lipis Mengikut Skim

Perkhidmatan Tahun 2010 BIL SKIM PERKHIDMATAN GRED PERJAWATAN PENGISIAN (S/K/

SINGKAT)

KOSONG

PENTADBIRAN & SOKONGAN

1. Setiausaha N44 1 1 - 0

JUMLAH P & P 1 1 - 0

2. Penolong Pegawai Tadbir N27 1 1 - 0

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N22 2 2 - 0

4. Pembantu Penguatkuasa N22 1 1 - 0

5. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17 6 6 - 0

6. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi)-

HRMIS

N17 1 1 - 0

7. Pembantu Penguatkuasa N17 7 7 - 0

8. Pembantu Am Pejabat N4 1 1 - 0

9. Pembantu Am Pejabat

(Penghantar Notis)

N3 1 1 - 0

10. Pembantu Am Pejabat N1 3 2 2(S) 1

11. Pekerja Am & JAGA R4 1 1 - 0

12. Pekerja Am & JAGA R1 13 13 4 (S) 0

JUMLAH SOKONGAN 37 36 6 1

JUMLAH BESAR 38 37 6 1

KEJURUTERAAN

1. Pembantu Teknik J36 1 1 - 0

2. Pembantu Teknik J29 1 0 - 1

3. Pembantu Teknik OSC J29 1 1 - 0

MD Lipis juga mempunyai dua orang kakitangan OSC yang telah diserap menjadi kakitangan tetap di

bawah Jabatan Kejuruteraan. Terdapat sedikit isu perjawatan dan arahan kerja yang dapat diperhatikan

di sini kerana Unit OSC terletak di bawah Jabatan Kejuruteraan yang diketuai oleh Penolong Jurutera J36

manakala Pegawai Perancang Bandar OSC adalah pegawai J41 (Lantikan KPKT). Berkemungkinan akan

timbul beberapa isu, konflik dan pertindihan arahan kerja kerana Pegawai Perancang Bandar OSC dilihat

seperti entiti tersendiri dan tidak mempunyai kakitangan sokongan yang tetap dibawah penyeliaannya. Ini

kerana Pembantu Teknik Awam J29 dan Pembantu Tadbir N17 adalah kakitangan tetap MD Lipis di bawah

Jabatan Kejuruteraan. Isu tersebut perlu diberi perhatian oleh pentadbiran di semua peringkat iaitu

peringkat MD Lipis, Bahagian Kerajaan Tempatan (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang) dan

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) sendiri kerana

Unit OSC di bawah jabatan tersebut.

Jadual 9.3 Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan Di MD Lipis Mengikut Skim Perkhidmatan 2010

(samb)

4. Pembantu Tadbir N22 1 1 - 0

5. Juruteknik (Ukur Bahan) J17 1 1 - 0

6. Juruteknik (Awam) J17 1 1 - 0

7. Juruteknik (Pelukis Pelan) J17 1 1 - 0

8. Juruteknik (Elektrik) J17 1 1 1(K) 0

9. Pembantu Tadbir OSC N17 1 1 - 0

10. Tukang R11 1 0 - 1

11. Pemandu Kenderaan R6 3 2 - 1

12. Pekerja Am R4 4 4 - 0

13. Pemandu Kenderaan R3 5 5 2(S) 0

14. Pekerja Am R1 10 10 5(S) 0

Page 8: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 6

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

JUMLAH SOKONGAN 32 29 8 3

PERUBATAN DAN KESIHATAN

1. Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran

U32 1 0 - 1

2. Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran

U29 1 1 - 0

3. Pembantu Kesihatan Awam U17 5 4 4 (SINGKAT) 1

4. Pembantu Tadbir N22 1 1 -

5. Pembantu Tadbir N17 1 1 - 0

6. Pembantu Am Pejabat N1 1 1 1(S) 0

7. Pekerja Am R4 2 2 - 0

8. Pekerja Am R1 18 18 11(S) 0

JUMLAH SOKONGAN 30 28 16 2

TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat

F29 1 1 - 0

2. Juruteknik Komputer FT17 1 1 - 0

JUMLAH SOKONGAN 2 2 - 0

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

1. Pembantu Undang-Undang L29 1 0 - 1

JUMLAH SOKONGAN 1 0 - 1

PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN LANDSKAP

1. Pen. Pegawai Perancang Bandar J29 1 1 - 0

2. Juruteknik Landskap J17 1 1 - 0

3. Pembantu Tadbir N17 1 1 - 0

4. Pekerja Am R4 1 1 - 0

5. Pekerja Am R1 16 16 8(S) 0

JUMLAH SOKONGAN 20 20 8 0

PERBENDAHARAAN

1. Penolong Akauntan W27 1 1 - 0

2. Pembantu Tadbir Kewangan W22 2 2 - 0

3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 6 6 1(K) 0

4. Pembantu Am Pejabat N1 25 25 6(K)19(S) 0

Jadual 9.3: Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan Di MD Lipis Mengikut Skim

Perkhidmatan 2010 (samb) 5. Pekerja Am R1 6 6 2(S) 0

JUMLAH SOKONGAN 40 40 28 0

PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

1. Penolong Pegawai Penilai W27 1 1 - 0

2. Pembantu Penilai W17 3 3 1(K) 0

3. Pembantu Tadbir N17 2 2 - 0

4. Pembantu Am Pejabat N1 1 1 1(K) 0

JUMLAH SOKONGAN 7 7 1 0

LANTIKAN PERSEKUTUAN

1. Pegawai Perancang Bandar & Desa

(Unit OSC)

J41 1 1 - 0

Page 9: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 7

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

2. Pegawai Teknologi Maklumat

(Unit e-PBT)

F41 1 1 - 0

JUMLAH 2 2 - 0

JUMLAH KESELURUHAN

172 166 68 7

Sumber: Majlis Daerah Lipis,2010

Jadual 9.4: Permohonan Kebenaran Merancang

Melalui Unit OSC Majlis Daerah Lipis Perkara 2007 2008 2009 2010

Permohonan Kebenaran Merancang

12

4

7

3

Kelulusan

9

4

6

2

Baki (Proses/Tolak/

Tangguh)

3

0

1

1 Sumber: Majlis Daerah Lipis,2010

Berdasarkan permohonan kebenaran merancang

yang diterima oleh MD Lipis dari tahun 2007 hingga

2010, hanya 26 permohonan sahaja diterima.

Daripada jumlah permohonan tersebut pula hanya 5

permohonan diletakkan dalam kategori

tolak/tangguh dan batal. Berdasarkan keadaan

tersebut, unit ini dilihat boleh beroperasi dengan baik

dan mendapat kerjasama daripada Jabatan

Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan

Pembangunan dan Landskap yang berurusan

secara langsung dengan unit ini.

Secara amnya, unit ini diwujudkan bagi memastikan

pelaksanaan penambahbaikan sistem

penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih

efisyen dan komprehensif demi meningkatkan

kecekapan MD Lipis. Unit OSC akan memproses

permohonan kebenaran merancang dan pelan

pembangunan secara serentak untuk

memendekkan tempoh masa bagi permohonan

tersebut. Ianya dapat meningkatkan sistem

penyampaian prosedur dan proses cadangan

pembangunan di peringkat MD Lipis.

9.2.3 Kewangan MD Lipis

A. Kedudukan Kewangan MD Lipis

Perancangan dan pelaksanaan pembangunan di Daerah Lipis bukan sahaja tertumpu di bawah

tanggungjawab MD Lipis sepenuhnya. Pembangunan melibatkan pelbagai agensi pelaksana selain MD

Lipis yang bertindak sebagai agensi pelaksana utama. Walau bagaimanapun, asas kewangan yang kukuh

serta sumber kewangan yang mencukupi adalah penting bagi membolehkan MD Lipis melaksanakan

pelbagai projek dan program di dalam kawasan pentadbirannya. Analisis kewangan yang telah dilakukan

di dalam laporan penemuan ini bertujuan untuk mengetahui punca pendapatan dan jenis perbelanjaan

MD Lipis serta mengenalpasti isu yang menyumbang kepada lebihan atau kekurangan pendapatan

tersebut.

i. Pendapatan

Analisis mendapati kedudukan kewangan MD Lipis adalah kurang stabil kerana sepanjang tiga tahun dari

tahun 2005 hingga 2007, MD Lipis mengalami kadar peningkatan dan penurunan yang ketara. Tetapi

pada tahun 2007 hingga tahun 2009, MD Lipis telah memperolehi peningkatan yang memberansangkan

iaitu peningkatan 44.9% pada tahun 2008 dan meningkat ke 51.6% pada tahun 2009. Secara amnya, MD

Lipis memperoleh pendapatan daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

Jadual 9.5: Pendapatan Sebenar MD Lipis Dari Tahun 2005-2009.

Perkara Tahun

Pendapatan 2005 2006 2007 2008 2009

Hasil Cukai

Cukai Taksiran Am 1,545,188 1,712,947 1,616,754 1,709,663 1,740,469

Caruman Bantu Kadar 404,094 356,138 333,293 307,719 374,877

JUMLAH 1,949,282 2,069,085 1,950,047 2,017,382 2,115,346

Hasil Bukan Cukai

Lesen Dan Permit 443,574 473,844 565,109 483,072 569,710

Terimaan bagi Perkhidmatan 479,262 542,289 579,116 655,114 738,117

Page 10: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 8

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Perolehan daripada Jualan Barang 33,480 55,885 43,800 18,101 47,415

Sewaan 796,303 910,374 864,812 894,676 1,153,642

Faedah 20,093 21,579 24,665 21,352 27,752

Denda dan Hukuman 40,826 50,410 59,849 55,251 60,325

Pelbagai 69,109 132,534 148,096 395,349 3,547,617

JUMLAH 1,882,647 2,186,915 2,285,447 2,522,915 6,144,578

Terimaan Bukan Cukai

Pemberian Kerajaan 200,296 198,600 216,727 237,818 1,638,385

Geran Keseimbangan 645,000 540,320 1,692,195 2,642,630 1,538,093

Bantuan Kerajaan Tertunda

Direalisasikan 1,134,933 757,287 953,697 1,432,002 1,988,168

Pendapatan Pembangunan &

Kemudahan Awam 1,803,939 1,144,913 287,300 1,858,010 2,823,189

Keuntungan Daripada Pelupusan

Aset Tetap 0 0 6,298 0 0

JUMLAH 3,784,168 2,641,120 3,156,217 6,170,460 7,987,835

JUMLAH BESAR 7,616,097 6,897,120 7,391,711 10,710,757 16,247,759 Sumber; Majlis Daerah Lipis, 2010.

Rajah 9. 3: Sumber Pendapatan MD

Lipis Tahun 2005-2009

Analisis mendapati pendapatan MD Lipis yang terbesar adalah daripada Terimaan Bukan Hasil iaitu

sebanyak 48%. Jumlah tersebut diperolehi daripada pemberian kerajaan, geran keseimbangan, bantuan

kerajaan tertunda direalisasikan, pendapatan pembangunan dan kemudahan awam serta sedikit

keuntungan daripada pelupusan aset tetap.

Ini menunjukkan bahawa MD Lipis bergantung kepada bantuan kerajaan persekutuan dan negeri untuk

memperolehi pendapatan seterusnya digunakan untuk perbelanjaan pengurusan.

Pendapatan MD Lipis daripada Hasil Cukai dilihat hanya menyumbang kepada 21% daripada keseluruhan

pendapatan MD Lipis. Faktor ini dilihat adalah kerana Daerah Lipis tidak mempunyai jumlah hartanah yang

banyak dan berskala besar untuk dikenakan cukai taksiran. Berdasarkan kepada permohonan kebenaran

merancang pada tahun 2007 hingga tahun 2010 hanya 26 permohonan sahaja yang diterima oleh Unit

OSC dan ini membuktikan prospek pembangunan hartanah masih di tahap yang sederhana rendah.

Selain daripada itu, faktor kutipan cukai yang rendah dijangka berpunca daripada kekurangan

kakitangan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset yang berfungsi untuk menyerahkan notis cukai

taksiran dan menjalankan kerja-kerja kutipan cukai tersebut. Jika dilihat, jabatan tersebut hanya

mempunyai empat orang kakitangan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penilai (W27) dan dibantu

oleh Pembantu Penilai, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat sahaja. Jabatan ini perlu distruktur

semula dengan menambah kakitangan sokongan yang boleh digunakan untuk menghantar notis dan

membuat kutipan cukai.

Walau bagaimanapun, MD Lipis juga dilihat berusaha untuk menjana pendapatan daripada Hasil Bukan

Cukai dengan memperolehi sebanyak 31% yang menyumbang kepada jumlah pendapatannya. Hasil

Bukan Cukai yang dijana adalah daripada pengeluaran Lesen dan Permit, Terimaan bagi Perkhidmatan,

Perolehan Daripada Jualan Barang, Sewaan, Faedah, Denda dan Hukuman dan Pelbagai. Faktor

penguatkuasaan yang berkesan dilihat sebagai penyumbang kepada keadaan ini. Jika dilihat daripada

struktur organisasi, MD Lipis melaksanakan tindakan yang bijak dengan melantik Pembantu Undang-

Undang yang berfungsi untuk membolehkan penghantaran notis serta tindakan denda dan hukuman

yang menyumbang kepada pendapatan Hasil Bukan Cukai. MD Lipis juga mempunyai bilangan

penguatkuasa yang mencukupi untuk menjalankan tugasan kutipan denda tersebut. Selain itu, MD Lipis

Page 11: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 9

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

juga memperolehi hasil yang agak tinggi daripada

pengeluaran Lesen dan Permit dan Terimaan Atas

Perkhidmatan.

MD Lipis telah mewartakan kutipan bagi tempat

letak kereta berbayar. Walaubagaimanapun kadar

kutipan tersebut adalah terlalu rendah iaitu sejam

pertama RM0.30 sahaja diikuti dengan RM0.20 bagi

jam berikut dan seterusnya. Kadar tersebut perlu

dinaikkan untuk membantu MD Lipis memperolehi

pendapatan yang sewajarnya.

Menyedari pendapatan yang diperolehi adalah

rendah, MD Lipis cuba meningkatkan pendapatan

melalui sewaan Rumah Rehat, dewan, peralatan

dan kemudahan awam. Usaha tersebut dilihat

berhasil kerana analisis mendapati pendapatan

yang diperolehi daripada sewaan meningkat

sekurang-kurangnya 10% setiap tahun dan pernah

mencapai sehingga 29% pada tahun 2009.

ii. Perbelanjaan

Secara umumnya, MD Lipis memperuntukkan

perbelanjaan yang tinggi untuk perbelanjaan

mengurus diikuti dengan pembangunan

kemudahan awam. Analisis mendapati, sebahagian

besar perbelanjaan MD Lipis adalah diperuntukkan

untuk membayar emolumen kakitangannya.

Rajah 9.4: Pecahan Perbelanjaan MD Lipis Bagi

Tahun 2005-2009

Sumber; Majlis Daerah Lipis, 2010.

Sebanyak 31% daripada jumlah pendapatan MD Lipis digunakan untuk membayar emolumen kakitangan

MD Lipis, diikuti dengan perbelanjaan pembangunan dan penyediaan kemudahan awam sebanyak 21%.

Selain daripada itu, MD Lipis terpaksa menanggung perbelanjaan ke atas susut nilai aset iaitu sebanyak

Page 12: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 10

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

19%. Manakala 15% dibelanjakan untuk kerja-kerja

penyelenggaraan dan pembaikan seterusnya 13%

lagi perbelanjaan digunakan untuk bayaran

pengurusan Alam Flora.

B. Lebihan Atau Kekurangan

Seterusnya adalah perbandingan pendapatan dan

perbelanjaan MD Lipis untuk mengetahui prestasi

kewangan MD Lipis sepanjang tempoh lima tahun

kebelakangan ini. Jadual 9.7 menunjukkan

perbezaan tersebut.

Jadual 9.7: Lebihan Atau Kekurangan MD Lipis Dari Tahun 2005-2009

Perkara Tahun

Perbelanjaan 2005 2006 2007 2008 2009

Jumlah

Besar

Emolumen 1,611,220 1,920,267 2,165,944 2,784,729 2,659,203 11,141,363

Perjalanan dan

Pengangkutan 112,279 57,855 78,640 86,106 180,641 515,521

Perhubungan dan Utiliti 506,232 452,093 450,008 495,398 706,610 2,610,341

Sewaan 7,196 35,432 57,168 150,986 46,152 296,934

Bahan Makan dan Minum 61,062 79,787 0 0 253,468 394,317

Bekalan Bahan Mentah dan

Penyelenggaraan 283,489 232,237 427,391 544,036 407,682 1,894,835

Bekalan Pejabat dan Bahan-

bahan Lain 319,944 216,035 290,948 414,875 452,888 1,694,690

Penyelenggaraan dan

Pembaikan 464,836 239,787 1,241,430 871,643 2,502,596 5,320,292

Perkhidmatan Iktisas dan

Hospitaliti 722,264 655,264 813,910 826,425 1,023,072 4,040,935

Yuran Audit 4,193 7,000 7,000 7,000 8,800 33,993

Belanja Pengurusan Alam

Flora 865,899 866,907 951,272 1,046,590 1,064,415 4,795,083

Perbelanjaan

Pembangunan/Kemudahan

Awam 1,803,939 1,144,913 287,300 1,858,010 2,823,189 7,917,351

Pemberian dan Kenaan

Bayaran Tetap 23,254 104,157 0 0 333,177 460,588

Susutnilai 1,239,731 871,766 1,060,999 1,539,663 2,200,842 6,913,001

Hapuskira 44,106 163,667 94,111 20,923 6,153 328,960

Perbelanjaan Lain 141,720 23,837 319,169 235,813 478,181 1,198,720

JUMLAH 8,211,364 7,071,004 8,245,290 10,882,197 15,147,069 49,556,924

Jadual 9.6: Perbelanjaan Sebenar MD Lipis Dari Tahun 2005-2009.

Sumber; Majlis Daerah Lipis, 2010.

Page 13: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 11

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010

Rajah 9.5: Perbandingan Hasil Dengan

Perbelanjaan MD Lipis Dari 2005-2009.

Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010

Berdasarkan Jadual 9.7 dan Rajah 9.5 di atas, analisis

mendapati pendapatan MD Lipis pada tahun 2006

telah menurun sebanyak -10.2% dari tahun 2005.

Manakala pada tahun 2007 pula pendapatan

sedikit meningkat 7.17% dari tahun sebelumnya dan

terus meningkat lagi sebanyak 44.9% pada tahun

2008. Manakala pada tahun 2009 pendapatan MD

Lipis telah meningkat sebanyak 51.7% lagi.

Peningkatan tersebut dilihat positif walaupun masih

mengalami defisit dari tahun 2005 hingga ke tahun

2008. Pendapatan MD Lipis yang mengembang

dianggarkan berpunca daripada penambahan

perunt

ukan

geran

tahun

an,

pening

katan

sewaa

n dan

penambahan punca pendapatan Majlis seperti pembukaan Kafe Warisan dan suntikan pembangunan

untuk kemudahan awam.

Pihak pentadbiran MD Lipis perlu lebih kreatif berusaha untuk menambah hasil cukai dan hasil bukan cukai

bagi meningkatkan sumber pendapatan. Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh MD Lipis ialah

dengan menguatkuasakan kadar penilaian semula cukai bagi meningkatkan hasil cukai, meluaskan

sempadan pentadbiran bagi meningkatkan jumlah cukai, mempertingkatkan sewaan dan

menguatkuasakan kompaun melalui penguatkuasaan akta tertentu yang berkaitan. Manakala purata

pendapatan MD Lipis dalam tempoh lima tahun tersebut ialah RM 9.7 juta.

C. Aset Tetap Dan Penghutang

Jadual 9.8 menunjukkan aset tetap yang menjadi pegangan MD Lipis sehingga tahun berakhir 2009.

Jumlah aset tetap tersebut ialah RM 34.98 juta dengan merujuk kepada jumlah kos. Jumlah pegangan

tersebut adalah agak kukuh dan dijangka bertambah lagi sebanyak RM 3.4 juta pada tahun 2010

berdasarkan kepada kerja dalam proses.

Perkara Tahun

2005 2006 2007 2008 2009

Pendapatan 7,616,097 6,897,120 7,391,711 10,710,757 16,247,759

Perbelanjaan 8,211,364 7,071,004 8,245,290 10,882,197 15,147,071

Lebihan/(Kurangan) (595,267) (173,884) (853,579) (171,441) 1,100,688

Page 14: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 12

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Jadual 9.8: Aset Tetap Dan Penghutang MD Lipis

Sehingga Tahun Berakhir 2009.

Harta Tetap Kos Susutnilai

Nilai Buku

Bersih

Aset Tetap

Tanah 215,068.00 0 215,068.00

Bangunan 18,552,967.33 3,434,365.71 15,118,601.62

Kenderaan/Jentera 1,693,201.76 1,671,760.20 21,441.56

Mesin dan Alatan 705,946.72 669,735.72 36,211.00

Perabot dan Lengkapan 1,252,297.49 1,149,109.39 103,188.10

Kemudahan Awam 12,561,614,.05 7,434,536.07 5,127,077.98

Jumlah 34,981,095.35 14,359,507.09 20,621,588.26

Kerja Dalam Proses Kos Susutnilai

1. Pembinaan Terminal Bas dan

Teksi Sg. Koyan 492,673.01

Pindah Ke Aset

Tetap 0

2. Menaiktaraf Pelancongan

Dalam Daerah Lipis 1,999,205.00

Pindah Ke Aset

Tetap 0

3. Membina dan Menyiapkan Pasar

Sg. Koyan 262,100.00

Pindah Ke Aset

Tetap 0

4. Membina dan Menyiapkan Gerai

Di Kg. Binjai 268,630.47

Pindah Ke Aset

Tetap 0

5. Menaiktaraf Jalan Lipis Benta Ke

Pusat Bandar 400,000.00 0.00 400,000.00

Jumlah 3,422,608.48 3,022,608.48 400,000.00

Penghutang

Cukai Taksiran 1,202,890.00 0 0

Sewaan 312,336.00 0 0

Pinjaman Komputer 12,077 0 0

Rumah Rehat 2,970.00 0 0

Jumlah 1,530,273.00 0 0

Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.

Purata pendapatan MD Lipis adalah sebanyak RM 9.7 juta. Pegangan aset sehingga tahun berakhir 2009

ialah RM34.98 juta dan jumlah ini dilihat agak kukuh kerana walaupun jumlah pendapatan daripada hasil

cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil agak rendah namun MD Lipis mempunyai senarai aset

tetap yang akan membantu menjana pendapatan kepadanya. Jumlah penghutang juga tidak terlalu

kritikal kerana berdasarkan semakan yang dibuat, penghutang daripada cukai taksiran adalah yang

tertinggi diikuti dengan penghutang sewaan. Manakala tunggakan hutang daripada Rumah Rehat juga

adalah pada kadar yang sama dari tahun 2006. Analisis dan penerangan terperinci berkenaan cukai

taksiran di bahagian seterusnya.

D. Cukai Taksiran

i. Kadar Cukai Taksiran

Kadar Cukai Taksiran bagi Daerah Lipis adalah mengikut kadar baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Pahang yang berkuatkuasa pada pertengahan tahun 2010. Kadar tersebut diluluskan mengikut seksyen

127,129 dan 163 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu untuk membolehkan MD Lipis menjalankan

kutipan cukai ke atas semua bangunan dan pegangan mengikut kadar tahunan yang disatukan.

Berikut merupakan kadar cukai taksiran tersebut.

Page 15: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 13

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Jadual 9.9: Kadar Cukai Taksiran Ke Atas

Nilaian Tahunan Bagi Kawasan Operasi MD Lipis,

2010.

Kawasan Bangunan

Kediaman

(%)

Bangunan

Perniagaan

(%)

Industri

(%)

Tanah

Bangunan

(%)

Tanah

Pertanian

(%)

Lipis 8.5 9.5 11.5 5.5 3.5

Benta 6.5 8.5 0 3.5 3.5

Jerkoh 6.5 8.5 0 3.5 3.5

Penjom 6.5 8.5 0 3.5 0

Mela 6.5 7.5 0 3.5 0

Kechau Tui 0 8.5 9.5 3.5 0

Padang

Tengku

6.5 8.5 9.5 3.5 0

Merapoh 5.5 7.5 0 3.5 0

Kerambit 6.5 7.5 0 3.5 0

Sungai

Koyan

6.5 7.5 0 3.5 0

Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.

ii. Kadar Kutipan Cukai

Manakala berikut ditunjukkan kadar kutipan MD Lipis

dari tahun 2005 hingga tahun 2009.

Jadual 9.10: Jumlah Kutipan MD Lipis Dari Tahun

2005 Hingga Tahun 2009

Tahun Perlu Kutip (RM) Kutipan (RM) Baki (RM) Peratus Kutipan (%)

2005 1,404,653.70 1,139,108.59 265,545.11 81.10

2006 1,692,663.30 1,176,961.75 515,701.55 69.53

2007 1,616,986.13 1,387,345.16 229,640.97 85.80

2008 1,709,930.64 1,336,541.81 373,388.83 78.16

2009 1,737,836.94 1,646,249.67 91,587.27 94.73 Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.

Berdasarkan jadual tersebut, kadar kutipan cukai MD

Lipis untuk tempoh 2005 hingga 2009 adalah

sederhana di mana purata kutipan untuk tempoh lima tahun tersebut adalah 81.86% sahaja yang berjaya

dipungut bagi setiap tahun. Keadaan ini memerlukan penelitian semula dan menubuhkan satu task force

yang lebih bersepadu dan berkesan bagi membolehkan kadar kutipan cukai ditingkatkan semaksimum

mungkin kerana ia merupakan antara punca pendapatan utama bagi MD Lipis.

E. Bantuan Kerajaan Tertunda

Sungguhpun begitu, peranan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sememangnya banyak

membantu pihak pentadbiran MD Lipis menggerakkan aktiviti pembangunan di samping menjalankan

tanggungjawab sosial kepada penduduk di Daerah Lipis ini.

Jadual 9.11 di bawah menerangkan sumbangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pahang amnya di

dalam pembangunan Daerah Lipis.

Jadual 9.11: Bantuan Kerajaan Tertunda Kepada MD Lipis Pada Tahun 2009.

Bantuan Kerajaan Tertunda Jumlah

Kerja Dalam Kemajuan 400,000.00

Geran Pelancaran 93,483.64

Bantuan Kerajaan

Persekutuan

11,924,646.86

Bantuan Kerajaan Negeri 6,255,725.33

Jumlah 18,273,855.83 Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.

9.2.4 Projek-projek Pembangunan Daerah Lipis

MD Lipis masih belum melaksanakan beberapa cadangan yang dicadangkan oleh RT Lipis 2007-2010 dan

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Lipis. Antara projek yang dirancangkan adalah pembangunan

semula Medan Stesen, Pembangunan Jalan Silang, Pembinaan Replika Jongkong Emas dan Cadangan

Jambatan Gantung ke Bandar Baru Seberang Jelai khusus untuk pejalan kaki. Sekiranya dilaksanakan

projek tersebut akan memberikan imej baru kepada Daerah Lipis dan membawa kesejahteraan kepada

kemudahsampaian penduduk Daerah Lipis.

Jadual 9.12 menunjukkan senarai projek pembangunan baru bagi RMKe 10 di Daerah Lipis. Projek-projek

yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Lipis adalah terdiri daripada projek pembangunan untuk Daerah

Lipis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe 10). Ianya terdiri dari projek-projek pembangunan

yang melibatkan kerja-kerja pembinaan baru, naik taraf, pengindahan dan penyelenggaraan di dalam

kawasan pentadbiran MD Lipis di mana kos keseluruhan berjumlah RM 37.7 juta. Kemudahan yang dibina

tersebut bakal mempertingkatkan pendapatan kepada MD Lipis. Apabila projek ini siap kelak, MD Lipis

dijangka akan dapat memperolehi hasil dari sewaan ke atas kemudahan tersebut.

Jadual 9.12 Senarai Projek Pembangunan RMKe 10 Bagi Majlis Daerah Lipis.

Bil. Nama Projek Siling Projek (RM)

Page 16: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 14

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

1. Membina Bangunan Pejabat Majlis Daerah Lipis 10,500,000.00

2. Membina Papan Tanda Sempadan Pahang/Kelantan di Merapoh dan

Sempadan Daerah Lipis.

200,000.00

3. Membina Terminal Bas Benta 2,000,000.00

4. Membina Terminal Bas Padang Tengku 800,000.00

5. Membina Pasar Merapoh 200,000.00

6. Membina R&R Sg. Koyan 2,000,000.00

7. Membina R&R Tempoyang 1,500,000.00

8. Membina Gerai Di Jerkoh 200,000.00

9. Menaiktaraf Sistem Komputer Pejabat Majlis Daerah Lipis 300,000.00

10. Membina Dewan Dan Padang Benta 1,500,000.00

11. Membina Kompleks Sukan Di Bandar Baru Kuala Lipis 7,000,000.00

12. Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Padang Tengku 1,000,000.00

13. Menaiktaraf Sistem Perparitan Bandar Kuala Lipis 2,000,000.00

14. Pembesaran Kawasan Perindustrian Ringan Kuala Lipis 5,000,000.00

15. Menaiktaraf Kawasan Rekreasi Pahang Club 500,000.00

16. Menaiktaraf Sistem Perparitan Benta. 1,000,000.00

17. Membina Pusat Pembangunan Kesenian Dan Warisan Lipis 2,000,000.00

JUMLAH 37,700,00.00

Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010

Projek-projek yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Lipis (PDL) pula terdiri dari projek pembangunan

dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan berkaitan dan projek

pembangunan luar bandar terutamanya yang berkaitan dengan pembangunan serta infrastruktur awam

dan asas di Daerah Lipis. Secara umumnya, kebanyakan dari projek-projek tersebut diperuntukkan untuk

tujuan pembangunan bagi memastikan penduduk memperoleh perkhidmatan yang terbaik. Daerah Lipis

telah menerima sebanyak 21 projek yang mana kos keseluruhan projek adalah RM270,605,624.00. Tempoh

untuk melaksanakan projek tersebut adalah semasa peringkat Rolling Plan (2010-2012). Perincian projek

tersebut adalah seperti di Jadual 9.13 berikut.

Jadual 9.13: Senarai Projek Pembangunan RMKe 10

(Rolling Plan 2011-2012) Daerah Lipis

Page 17: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 15

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

..sambungan

Bil. Nama Projek/Kategori Agensi Pelaksana/Kementerian Siling Projek(RM)

1. Pembinaan Baru Sek. Men. Keb. (A) Kuala

Lipis. (B)

Bahagian Pelajaran Islam/Kem.

Pelajaran Malaysia(KPM)

41,407,683.00

2. Mengubahsuai Dan Menaiktaraf Serta

Perolehan Peralatan Bagi Makmal Bahasa

IPGK Tengku Ampuan Afzan. (B)

Bahagian Pendidikan Teknikal

Dan Vokasional/KPM

439,253.00

3. Membina Sebuah Kelas Pra Sekolah Di

Sekolah Kebangsaan Kerambit. (B)

Jabatan Pelajaran Negeri

Pahang/KPM

200,000.00

4. Membina Sebuah Kelas Pra Sekolah Di

Sekolah Kebangsaan Benta. (B)

Jabatan Pelajaran Negeri

Pahang/KPM

200,000.00

5. Pembinaan SK Tanjung Gahai (S) Bahagian Pembangunan 4,579,210.00

6. Pembinaan Sebuah Blok Baru 3 Tingkat Dan

PPD Lipis Dan Dewan SMK Setiawangsa. (S)

Jabatan Pelajaran Negeri

Pahang/KPM

2,831,417.00

7. Membina Dan Menyiapkan Dua Blok

Gantian Sekolah Kebangsaan Relong.(S)

2,712,917.00

JUMLAH 52,370,480.00

8. Central Spine Road Pakej 3: Gua Musang

Ke Kg. Relong. (B)

Kementerian Kerja Raya 100,000,000.00

9. Naiktaraf Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa

3 Segmen 1,2 &3. (S)

Kementerian Kerja Raya 10,000,000.00

JUMLAH 110,000,000.00

10. Naiktaraf Hospital Lipis (S) Jabatan Kesihatan Negeri

Pahang

30,000,000.00

11. Klinik Desa Dengan Kuarters Jeransang. (S) Jabatan Kesihatan Negeri

Pahang

10,000.00

JUMLAH 30,010,000.00

12. Jalan Dari Aur Gading Ke Kg. Chegar

Perah(B)

Bahagian Infrastruktur 35,000,000.00

13. Jalan Kg. Selingkong (B) Bahagian Infrastruktur 1,500,000.00

14. Jalan Kg Pantos (B) Bahagian Infrastruktur 1,200,000.00

15. Projek Agropolitan Gahai (S) Bahagian Kemajuan Tanah &

Wilayah

2,189.700.00

16. Jalan Dari Bkt. Betong ke Kg. Aur Gading

(S)

Bahagian Infrastruktur 15,140,444.00

17. Jambatan Kg. Rengai (S) Bahagian Infrastruktur 8,245,000.00

JUMLAH 63,275,144.00

Page 18: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 16

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

Sumber: Pejabat Daerah Lipis, 2010.

(B): Baru, (S): Sambungan

9.2.5 Undang-Undang Digunapakai Majlis Daerah Lipis

Bil. Nama Projek/Kategori Agensi Pelaksana/Kementerian Siling Projek(RM)

18. ECER-Taman Herba dan Bioteknologi,

Chegar Perah(B)

Unit Kerjasama Awam Swasta

(UKAS)/Jabatan Perdana

Menteri

12,000,000.00

JUMLAH 12,000,000.00

19. Perintis Central Forest Spine (s) Jabatan Perhutanan sem.

Malaysia/Kem. Sumber Asli dan

Alam Sekitar.

300,000.00

JUMLAH 300,000.00

20. Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Lipis (B) Bahagian Kewangan dan

Pembangunan/Kem. Belia dan

Sukan

150,000.00

JUMLAH 150,000.00

21. Bekalan Air Jeransang. Jabatan Bekalan Air

Pahang/Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air

2,500,000.00

JUMLAH 2,500,000.00

JUMLAH BESAR 270.605,624.00

Page 19: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 17

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

MD Lipis telah mengguna pakai beberapa undang-

undang utama yang menjadi tunggak dan teras

kepada MD Lipis untuk menjalankan sebarang

pemajuan, kawalan pembangunan, perancangan

pembangunan, penguatkuasaan dan pungutan

cukai berdasarkan kuasa yang telah diberi. Walau

bagaimanapun, sesetengah akta masih lagi berada

pada tahap agak lemah penguatkuasaannya

berdasarkan hanya sebahagian akta diguna pakai

yang telah menyebabkan MD Lipis tidak dapat

menambahkan pendapatannya dalam hasil

pungutan cukai, kompaun (melalui Undang-Undang

Kecil) dan sebagainya. Antara akta, enakmen,

undang-undang kecil dan panduan yang diguna

pakai di MD Lipis adalah seperti di jadual berikut.

Jadual 9.14: Akta, Enakmen, Undang-undang Kecil dan

Panduan Yang Diguna Pakai MD Lipis

AKTA PANDUAN

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Garis Panduan Kementerian Perumahan

Dan Kerajaan Tempatan.

Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) Garis Panduan Jabatan Lanskap Negara

Siri Jln/GP001/2001.

Akta Perancang Bandar dan Desa 1976

( Akta 172)

Garis Panduan dan Piawaian

Perancangan, Jabatan Perancangan

Bandar Dan Desa.

Akta Makanan 1983 (Akta 281) Panduan Perbendaharaan dan Tatacara

Pengurusan Stor

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 ( Akta 341) Penentuan Kerja Dalam Projek

[Spesifikasi] Kerajaan Malaysia.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 Peruntukan Mengenai Tempat Letak

Kereta MD Lipis

ENAKMEN

Enakmen Hiburan 1993 dan (Pindaan 2006) Kaedah-Kaedah Hiburan 1996.

Enakmen Kawalan Kerbau-Lembu 2001 Arahan Keselamatan.

UNDANG-UNDANG KECIL

Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan

Pelupusan Sampah,

MD Lipis 1984

Undang-Undang Kecil Mengkompaun kesalahan-kesalahan

Kerajaan Tempatan, MD Lipis 1983

Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan, MD Lipis 1984

Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing, MD Lipis 1984

Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Tempat-

Tempat Makan, MD Lipis 1986

Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan

Pendandanan Rambut, MD Lipis 1987

Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian, MD

Lipis 1987

Undang-Undang Kecil Penjaja, MD Lipis 1988

Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya, MD Lipis 1990

Undang-Undang Kecil Tandas Awam, MD Lipis 1992

Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan dan Permit, MD Lipis 1983

Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-kesalahan

Jalan, Parit dan Bangunan, MD Lipis 1987

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, MD Lipis 1984

Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Daerah Lipis, Kelakuan dan

Tatatertib 2002

Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1983 Sumber : Majlis Daerah Lipis,2010

Page 20: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 18

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

MD Lipis mempunyai Pembantu Undang-Undang

dan dibantu oleh setiap ketua jabatan yang akan

bertanggungjawab di dalam melaksanakan

sebarang perkara yang berkaitan dengan undang-

undang di jabatan masing-masing. Oleh kerana itu,

MD Lipis dapat melaksanakan kompaun

sepenuhnya kerana mempunyai Pembantu Undang-

Undang yang akan menandatangani kompaun

yang dikeluarkan. Keadaan ini dapat membantu MD

Lipis meningkatkan hasil melalui kompaun tersebut.

9.3 Isu Dan Masalah

a. Urus tadbir bandar , pengurusan organisasi dan imej MD Lipis sebagai sebuah organisasi pihak

berkuasa tempatan masih di tahap sederhana

kerana masih belum mempunyai sebuah

bangunan pentadbiran sendiri yang terletak di

dalam kompleks perniagaan.

b. Keperluan untuk mengkaji projek yang berpotensi dan melaksanakan cadangan projek yang telah

dicadangkan oleh kajian terdahulu iaitu

Rancangan Tempatan Lipis 2007-2010 dan

Rancangan Kawasan Khas Bandar Lipis 2009-2020

bagi menambahkan kesinambungan

perancangan disamping menambahkan sumber

pendapatan Majlis Daerah Lipis (MD Lipis).

c. Struktur organisasi sediada masih kekurangan pengkhususan dan kekurangan jawatan

profesional untuk mengurus tadbir daerah dan

melaksanakan perancangan pembangunan di

kawasan perkhidmatan.

d. Keupayaan organisasi MD Lipis agak terhad bagi membolehkan ia menangani isu-isu

pembangunan secara berkesan di samping

memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.

e. Jumlah kutipan cukai harta adalah sederhana. MD Lipis perlu meningkatkan lagi kadar peratusan

ini melalui pelbagai cara untuk menambah

pendapatan sedia ada.

f. Daerah Lipis merupakan daerah yang masih aktif di Negeri Pahang di dalam aktiviti perlombongan

emas iaitu di Penjom dan Selinsing. Tetapi kesan pembangunan masih belum dinikmati sepenuhnya

oleh penduduk Daerah Lipis dari aspek pembangunan fizikal dan sosial.

g. Daerah Lipis telah mempunyai kesediaan tanah untuk pembangunan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Terenggun namun masih tiada tindakan susulan oleh kementerian yang terlibat untuk

menyegerakan pembangunan tersebut. Adalah wajar disegerakan pembangunan tersebut bagi

membolehkan serakan pembangunan di kawasan Terenggun menghala ke Padang Tengku dan

pinggiran Lipis/Tempoyang yang mana akan merancakkan lagi aktiviti pembangunan hartanah di

kawasan tersebut. secara tidak langsung MD Lipis akan memperolehi pendapatan ke atas

pembangunan hartanah tersebut.

h. MD Lipis dilihat membelanjakan jumlah yang agak besar iaitu 13% daripada pendapatannya untuk perbelanjaan pengurusan Alam Flora. Namun, tahap kepuasan dan mutu perkhidmatannya masih di

tahap yang sederhana rendah dan masih terdapat aduan oleh orang awam berkaitan

ketidakcekapan perkhidmatan mengutip sampah oleh pihak Alam Flora. Pandangan dan persepsi

negatif orang awam akan menjejaskan imej MD Lipis dan pihak berkaitan perlu mengambil tindakan

sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut.

i. Perluasan kawasan operasi memerlukan sebuah organisasi yang mantap dari aspek sumber manusia,

kelengkapan, peralatan dan sumber kewangan untuk memberikan perkhidmatan kepada pembayar

cukai. Terdapat kawasan kawalan yang masih belum mempunyai pejabat cawangan MD Lipis dan ini

menjarakkan kerjasama erat antara pengurusan daerah dengan orang awam.

j. Kekurangan kakitangan terutamanya kakitangan bertaraf profesional selain kakitangan sokongan.

Keadaan ini akan menyebabkan sesebuah organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan

mengurangkan keberkesanan penyampaian di dalam sesebuah PBT.

9.4 Potensi

a. Daerah Lipis mempunyai pintu ketiga ke Taman Negara iaitu di Hutan Simpan Relau, Merapoh.

Dengan kelebihan tersebut, Daerah Lipis berpotensi untuk mempromosi aktiviti pelancongan dan

MD Lipis perlu mengambil kesempatan tersebut dengan memperkemaskan kemudahan awam dan

menyediakan ruang perniagaan yang akan memberikan imbuhan ekonomi kepada MD Lipis.

b. Daerah Lipis juga terlibat di dalam cadangan Central Spine Road yang melalui Jerkoh hingga ke

Merapoh. Pelebaran jalan tersebut juga memberi impak kepada kemasukan lebih ramai pengguna

jalanraya tersebut untuk ke Kelantan dan ke Cameron Highlands. MD Lipis perlu memanfaatkan

cadangan tersebut dengan penambahan aktiviti ekonomi seperti pembinaan Kawasan Rehat dan

Rawat, Gerai dan kawasan perniagaan baru untuk menambahkan pendapatan MD Lipis.

c. MD Lipis memperolehi Star Rating 3 iaitu berpotensi untuk ditingkatkan melalui pemberian

perkhidmatan perbandaran yang lebih baik. MD Lipis perlu mempertingkatkan anugerah tersebut

dengan mengekalkan amalan murni dan mempunyai kerjasama yang erat dengan orang awam di

kawasan pentadbirannya dan menambahkan kualiti di dalam perkhidmatannya.

Page 21: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 19

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

d. Mempelbagaikan sumber pendapatan MD

Lipis dengan cadangan kreatif menubuhkan

Muzium Tokoh, pembukaan Zoo di waktu

siang dan malam, pembukaan galeri dan

mempergiatkan promosi lawatan ke

Bangunan Warisan disamping menjalinkan

kerjasama yang erat dengan Jabatan

Perhilitan untuk mempromosi Daerah Lipis

sebagai pintu masuk ketiga ke Taman

Negara.

e. Mengenakan caj pemajuan kepada pemaju

yang tidak dapat menyediakan kemudahan

yang ditetapkan seperti kawasan lapang dan

rizab tertentu di dalam pembangunannya.

9.5 CADANGAN AWAL

a. Memperkasakan Urus Tadbir MD Lipis

MD Lipis perlu mempunyai pengurusan dan

pentadbiran yang baik serta cekap bagi

memastikan semua urus tadbir yang dilaksanakan

adalah berkesan dan efisyen serta dapat

meningkatkan taraf perkhidmatan MD Lipis kepada

orang ramai. Antaranya ialah melalui penstrukturan

semula organisasi dan penambahan kakitangan

profesional dan sokongan di sesetengah bahagian

selain menyerap kakitangan kontrak dan sambilan

ke jawatan tetap.

b. Penambahan Bahagian / Unit Baru

Jabatan Pelancongan, Alam Sekitar dan Warisan

dicadangkan diwujudkan di MD Lipis bagi

memantau persekitaran dan kelestarian

terutamanya bagi pengurusan Hutan Simpan dan

Taman Negara yang terdapat di Daerah Lipis

dengan penekanan kepada aspek pembangunan

pelancongan dan persekitaran. Sebarang aktiviti

yang berkaitan dengan pelancongan dan alam

sekitar akan diuruskan oleh jabatan baru ini dengan

kerjasama Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan

dan Penguasa Taman Negara. Jabatan ini juga

berperanan menguruskan 14 buah bangunan

warisan dan Muzium/Galeri Tokoh yang akan dilaksanakan kelak.

Selain itu, Jabatan Korporat dan Audit Dalaman juga dicadangkan untuk mengurusakan hal-hal yang

berkaitan dengan projek penswastaan, usahasama, pembangunan projek impak besar dan peluang-

peluang pelaburan baru di kawasan MD Lipis serta memastikan kewangan serta aset-aset MD Lipis diurus

dengan sebaik-baiknya.

c. Meningkatkan Sumber Kewangan

MD Lipis perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta tidak mempunyai masalah kewangan dan

berusaha untuk menambah sumber kewangan sediaada dengan meningkatkan pungutan cukai serta

menjalankan aktiviti, projek dan program yang mampu menjana sumber kewangan.

Contohnya MD Lipis terlibat dalam aktiviti ekonomi pemangkin dalam pelaburan dan aktiviti yang berdaya

maju dan memberi pulangan ekonomi dengan risiko sederhana melalui :-

� Pembangunan Pertanian

� Pembangunan Perniagaan, terutama dalam sektor pelancongan

� Pembangunan Sektor Perindustrian berasaskan perkayuan dan kilang minyak kelapa sawit.

� Pembangunan Hartanah

� Memperbanyakkan pembinaan rumah rehat, gerai, caj parking dan sebagainya kepada

pelancong yang datang ke Daerah Lipis melalui projek-projek penswastaan atau

menguruskannya sendiri sebagai alternatif menambah sumber pendapatan.

� Memanfaatkan perluasan kawasan pentadbiran bagi meningkatkan hasil cukai melalui

perluasan kawasan operasi MD Lipis.

� Menggunapakai peruntukkan MARRIS, yang merupakan salah satu sumber kewangan bagi

penyelenggaran jalan raya yang efektif.

� Mengenakan development charge kepada pemaju yang tidak dapat menyediakan

kemudahan tertentu dalam pembangunannya.

� Projek usahasama atau projek khas dengan pelabur lombong emas untuk penyediaan

kemudahan awam kepada penduduk Daerah Lipis.

d. Rebat Bagi OKU & Warga Emas

Langkah ini adalah sebagai insentif bagi strategi kesejahteraan sosial.

e. Meningkatkan Kutipan Cukai

Sasaran kutipan cukai harta yang dicadangkan adalah sehingga 90% melalui insentif tertentu seperti

pemberian hadiah kepada pembayar cukai terawal. Cara ini sudah banyak dipraktikkan dan hasilnya

sungguh memberangsangkan dalam menggalak penduduk untuk membayar cukai tersebut. Penilaian

semula dan pelarasan cukai harta dijalankan setiap 5 tahun.

f. Cadangan Projek Penswastaan Bagi Menjana Pendapatan MD Lipis

i. Kelab Golf Lipis Valley

ii. Penswastaaan Jalan Baru Dengan Kerjasama JKR

iii. Pembangunan Galeri dan Muzium Tokoh

iv. Pembangunan Homestay

Page 22: BAB 9.0 Pengurusan Pelaksanaan - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 9.0 Pengurusan... · dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

9 - 20

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N

v. Projek Rehat dan Rawat Di Sempadan

Daerah Lipis dengan Negeri Kelantan

dan Daerah Bersempadan.

g. Memperbaiki Mutu Perkhidmatan

Prestasi MD Lipis perlu ditingkatkan bagi

meninggikan mutu kerja supaya amalan budaya

kerja yang berorientasikan piagam perkhidmatan

kepada pelanggan dan persaingan sentiasa

diamalkan.

Antara langkah yang boleh dibuat adalah :

i. Perjalanan tugas mengikut prosedur

kerja yang ditetapkan oleh MS ISO

9001: 2008

ii. Menjalankan sistem penswastaan

kepada beberapa perkhidmatan PBT

supaya perjalanan kerja yang lebih

efektif dan berkesan.

iii. Pengawalan dan pelaksanaan

penguatkuasaan undang-undang

sepenuhnya.

iv. Kursus intensif berkaitan bidang kerja

dan pembinaan insan berterusan

sentiasa dijalankan kepada semua

peringkat kakitangan bagi memberikan

lebih banyak informasi terkini.

h. MD Lipis Sebagai Agensi Teras dan

Penyelaras Kesepaduan Pengurusan

Agensi

Majlis Daerah Lipis (MD Lipis) perlu bertindak sebagai

agensi teras dan badan koordinasi bagi pengurusan

pelbagai agensi yang terlibat di dalam

pembangunan di Daerah Lipis seperti cadangan

Kajian Daerah Lipis Sebagai Pintu Masuk Ketiga Ke

Taman Negara Pahang (aspek pembangunan

pelancongan, kawalan & penguatkuasaan) dan

sebagainya.

MD Lipis juga perlu menyelaras projek-projek yang dicadangkan dalam RTD dan projek yang dilaksanakan

sendiri atau jabatan yang berkaitan selain menyelaras projek-projek mengikut keutamaan dan mengikut

fasa-fasa perancangan yang sesuai bagi membolehkan projek yang penting dan memberi lebih manfaat

diutamakan.

9.6 Rumusan

MD Lipis mempunyai sumber yang belum diteroka sepenuhnya bagi membolehkannya menambah

sumber kewangan. Purata pendapatan MD Lipis dari tahun 2005 hingga 2009 ialah sebanyak RM 9.7 juta,

manakala purata perbelanjaannya ialah sebanyak RM 9.91 juta. Jelas di sini prestasi kewangan MD Lipis

adalah defisit. Purata peratusan kutipan cukai untuk tempoh tersebut juga hanya 81.86% dan meletakkan

MD Lipis sebagai sebuah PBT yang masih rendah prestasi kewangannya.

Usaha yang berterusan untuk menambahkan aset dan pegangan bagi meningkatkan pendapatan

perlulah dilaksanakan secara berterusan. Selain sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri,

pentadbiran MD Lipis juga perlu lebih proaktif dan kreatif dalam menggalak penduduk supaya mematuhi

bayaran cukai yang tertunggak memandangkan hasil cukai memberikan sumbangan besar kepada

pendapatan Majlis.

Selain itu, MD Lipis juga memerlukan susunan organisasi yang lebih mantap dan tersusun dengan

menubuhkan Jabatan atau Unit Pelancongan yang dapat mempertingkatkan imej Majlis Daerah Lipis

sebagai sebuah PBT yang mendapat manafaat daripada hub pelancongan di Taman Negara (Merapoh).

MD Lipis juga perlu mendapat kesan langsung daripada aktiviti perlombongan emas dan bijih besi supaya

sumbangannya kepada Negeri Pahang mendatangkan kesejahteraan kepada penduduk di Daerah Lipis

secara khususnya.