3.2 pusat bandar 3.2.1 profil - ugisp.com teknikal/bahagian 1/bab 3/3.2 p…terbiar dan tidak...

12
Pusat Bandar 3.2-1 3.2 PUSAT BANDAR Pusat bandar adalah salah satu daripada komponen penting bagi pembentukan sebuah daerah. Pembangunan pusat bandar adalah bagi memastikan keperluan kawasan sekitar di sokong dengan menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan kemudahan. Corak perkembangan pusat bandar adalah penting bagi memastikan had sempadan pembangunan masa hadapan. Bahkan, perancangan pusat bandar yang baik dapat membantu keseimbangan keperluan fizikal, ekonomi, dan sosial di dalam pusat bandar dan juga kawasan sekitarnya. 3.2.1 Profil Pusat Bandar Machang yang dikenal pasti adalah Bandar Machang, Pekan Temangan dan Pekan Pulai Chondong. Bandar Machang berfungsi sebagai Pusat Petempatan Utama manakala Pekan Temangan dan Pulai Chondong berfungsi sebagai Pusat Petempatan Kecil yang menyokong keperluan Jajahan. Fungsi utama Bandar Machang adalah sebagai pusat perniagaan, pentadbiran daerah, pendidikan, dan perumahan. Aspek utama aktiviti guna tanah di Bandar Machang adalah menjurus kepada aktiviti pentadbiran dan perniagaan. Bangunan pejabat daerah, dan mahkamah adalah ditempatkan di bandar ini. Kemudahan lain yang boleh didapati di bandar ini adalah seperti balai bomba, dewan Majlis Daerah Machang, Masjid Sultan Yahya, sekolah, jabatan kesihatan, stesen bas dan kawasan lapang. Bandar ini merupakan bandar lama dimana corak pembangunannya adalah berkelompok atau berpusat. Akses utama ke Bandar Machang adalah melalui Lebuh raya persekutuan 8 (LP8) dari Kota Bharu (dari arah utara), Jalan LP 8 dari Kuala Krai dan Gua Musang (dari arah selatan), Jalan Masjid dari Pasir Puteh (dari arah timur) dan Jalan Tanah Merah Lama menghala ke persimpangan LP8 (arah barat). Aktiviti yang terdapat di Pekan Pulai Chondong adalah perniagaaan, perumahan dan pendidikan dimana perniagaan adalah merupakan aktiviti penting dan utama bagi pekan ini. Kebanyakkan bangunan adalah bangunan lama era 50an dimana struktur bangunan perniagaanya adalah tidak kukuh kerana kebanyakkannya adalah daripada kayu. Purata ketinggian bangunan di pekan ini adalah satu tingkat. Corak pembangunannya adalah berkelompok dan tidak berkembang. Akses utama ke Pekan Pulai Chondong adalah melalui jalan LP8 dari Kota Bharu (dari arah utara) jalan LP8 dari Bandar Machang dan Kuala Krai. Manakala di Pekan Temangan aktiviti yang dijalankan adalah perniagaan, perumahan, dan pendidikan. Aktiviti utama pekan ini adalah perniagaan dan disokong oleh kemudahan pengangkutan keretapi dan pengangkutan air. Bandar ini merupakan bandar pelabuhan lama namun setelah beberapa tahun, aktiviti ini tidak lagi kelihatan malah, jeti sedia ada kelihatan terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan lama dimana majoriti ketinggian bangunan adalah satu tingkat sahaja. Corak pembangunan pekan ini adalah berpusat dan tidak berkembang. Pekan Temangan boleh dilalui dengan tiga jenis pengangkutan iaitu jalan darat, air dan keretapi.

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-1

3.2 PUSAT BANDAR

Pusat bandar adalah salah satu daripada komponen penting bagi pembentukan sebuah

daerah. Pembangunan pusat bandar adalah bagi memastikan keperluan kawasan sekitar di

sokong dengan menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan kemudahan. Corak perkembangan

pusat bandar adalah penting bagi memastikan had sempadan pembangunan masa hadapan.

Bahkan, perancangan pusat bandar yang baik dapat membantu keseimbangan keperluan

fizikal, ekonomi, dan sosial di dalam pusat bandar dan juga kawasan sekitarnya.

3.2.1 Profil

Pusat Bandar Machang yang dikenal pasti adalah Bandar Machang, Pekan Temangan dan

Pekan Pulai Chondong. Bandar Machang berfungsi sebagai Pusat Petempatan Utama

manakala Pekan Temangan dan Pulai Chondong berfungsi sebagai Pusat Petempatan Kecil

yang menyokong keperluan Jajahan.

Fungsi utama Bandar Machang adalah sebagai pusat perniagaan, pentadbiran daerah,

pendidikan, dan perumahan. Aspek utama aktiviti guna tanah di Bandar Machang adalah

menjurus kepada aktiviti pentadbiran dan perniagaan. Bangunan pejabat daerah, dan

mahkamah adalah ditempatkan di bandar ini. Kemudahan lain yang boleh didapati di bandar

ini adalah seperti balai bomba, dewan Majlis Daerah Machang, Masjid Sultan Yahya, sekolah,

jabatan kesihatan, stesen bas dan kawasan lapang. Bandar ini merupakan bandar lama

dimana corak pembangunannya adalah berkelompok atau berpusat. Akses utama ke Bandar

Machang adalah melalui Lebuh raya persekutuan 8 (LP8) dari Kota Bharu (dari arah utara),

Jalan LP 8 dari Kuala Krai dan Gua Musang (dari arah selatan), Jalan Masjid dari Pasir Puteh

(dari arah timur) dan Jalan Tanah Merah Lama menghala ke persimpangan LP8 (arah barat).

Aktiviti yang terdapat di Pekan Pulai Chondong adalah perniagaaan, perumahan dan

pendidikan dimana perniagaan adalah merupakan aktiviti penting dan utama bagi pekan ini.

Kebanyakkan bangunan adalah bangunan lama era 50an dimana struktur bangunan

perniagaanya adalah tidak kukuh kerana kebanyakkannya adalah daripada kayu. Purata

ketinggian bangunan di pekan ini adalah satu tingkat. Corak pembangunannya adalah

berkelompok dan tidak berkembang. Akses utama ke Pekan Pulai Chondong adalah melalui

jalan LP8 dari Kota Bharu (dari arah utara) jalan LP8 dari Bandar Machang dan Kuala Krai.

Manakala di Pekan Temangan aktiviti yang dijalankan adalah perniagaan, perumahan, dan

pendidikan. Aktiviti utama pekan ini adalah perniagaan dan disokong oleh kemudahan

pengangkutan keretapi dan pengangkutan air. Bandar ini merupakan bandar pelabuhan lama

namun setelah beberapa tahun, aktiviti ini tidak lagi kelihatan malah, jeti sedia ada kelihatan

terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri

daripada bangunan lama dimana majoriti ketinggian bangunan adalah satu tingkat sahaja.

Corak pembangunan pekan ini adalah berpusat dan tidak berkembang. Pekan Temangan

boleh dilalui dengan tiga jenis pengangkutan iaitu jalan darat, air dan keretapi.

Page 2: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-2

3.2.2 Hierarki Bandar Jajahan Machang 2010

Hierarki bandar adalah penting bagi mempengaruhi imej dan identiti sesebuah bandar. Jadual

3.2.1 adalah cadangan hierarki bandar pusat-pusat petempatan Negeri Kelantan pada tahun

2020 bagi Jajahan Machang. Cadangan ini adalah penting dan perlu diambil kira di dalam

kajian RT Jajahan Machang 2010.

Kemudahan-kemudahan seperti, pejabat Majlis Daerah, pusat membeli-belah, pembekal-

pembekal borong untuk perladangan, sekolah, bank, hospital atau klinik daerah, pejabat pos,

masjid, mahkamah, balai bomba, dan taman bandaran adalah kemudahan yang perlu ada

pada hierarki pusat petempatan.

Manakala Pekan Labok, Pulai Chondong, Temangan dan Bukit Tiu mengikut analisa keadaan

semasa, bandar ini merupakan Pusat Petempatan Kecil yang menyokong keperluan

petempatan di sekitarnya. Komponen yang perlu ada bagi Pusat Petempatan Kecil juga

terdapat di Pekan Labok, Pulai Chondong, Temangan dan Bukit Tiu seperti sekolah,

perniagaan, pejabat pos dan balai polis.

Hierarki perbandaran bagi, Kampung Pek, Kampung Joh, Kampung Kerilla, Kampung Paloh

Rawa adalah Pusat Pertumbuhan Desa. Daripada permerhatian yang dijalankan, kampung-

kampung ini boleh dikategorikan sebagai Pusat Pertumbuhan Desa. (Rajah 3.2.1)

Di dalam laporan ini, penempuan pusat petempatan yang akan dibincangkan adalah Bandar

Machang, Pulai Chondong dan Temangan

Jadual 3.2.1: Cadangan-Cadangan Hierarki Pusat-Pusat Petempatan Negeri Kelantan Pada

Tahun 2020

Fungsi

Hierarki

Taraf BANDAR/PUSAT

PETEMPATAN

(Semasa)

Pusat Petempatan Hierarki

Petempatan

Pusat

Petempatan

Utama

Taraf 2 Pusat Bandar Machang Machang Pusat

Petempatan

Utama

Pusat

Petempatan

Kecil

Taraf 3 i. Labok

ii. Pulai Chondong

iii. Temangan

iv. Bukit Tiu

i. Labok

ii. Pulai Chondong

iii. Temangan

Pusat

Petempatan

Kecil

Taraf 4 iv. Bukit Tiu

Pusat

Pertumbuhan

Desa(PPD)

PPD i. Kampung.Pek

ii. Kampung.Joh

iii. Kampung.Kerilla

iv. Kampung.Paloh

Rawa

v. Kampung.Labok

vi. Kampung.Banggol

Judah

vii. Kampung.Pek

viii. Kampung.Joh

ix. Kampung.Kerilla

x. Kampung.Paloh

Rawa

Pusat

Pertumbuhan

Desa

Sumber: Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2020

Page 3: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-3

Page 4: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-4

3.2.3 Elemen Perbandaran Jajahan Machang 2010

Sesuatu kawasan yang dibangunkan sebagai pusat bandar perlu mempunyai kriteria-kriteria

yang tertentu. Berikut merupakan kriteria atau elemen-elemen perbandaran yang diperlukan

mengikut hierarki pusat bandar di Jajahan Machang:

Jadual 3.2.2: Senarai Elemen Perbandaran Yang Diperlukan Bagi Bandar-Bandar Di

Jajahan Machang

Hierarki Bandar Elemen Perbandaran(Dasar Perbandaran Negara)

Pusat Petempatan Utama

Pentadbiran • Pejabat Daerah

• Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Daerah

Perkhimatan Kewangan • Bank Tempatan

• Syarikat/Broker Insuran Tempatan

• Syarikat Stok / Sekuriti Tempatan (kiosk)

• Perkhidmatan Kewangan Tempatan(Agen)

Perniagaan dan perdagangan

• Pejabat Tempatan(Pejabat Wakil dan cawangan)

• Pasaraya tempatan

• Kedai Runcit Tempatan

• Jual Runcit tempatan secara ‘Informal

• Perkhimatan tempatan membaiki barangan persendirian dan isi rumah

• Jualan Langsung

Kemudahan Masyarakat

• Perpustakaan

• Sekolah menengah dan sekolah rendah

• Hospital Kerajaan

• Klinik Kesihatan

• Klinik Swasta

• Dewan Serbaguna

• Stadium/Padang

• Taman Bandar

• Masjid

• Lain-lain tempat ibadat

• Ibu Pejabat Polis Daerah

• Balai Polis

• Balai Bomba

• Pejabat Pos

Pengangkutan

• Stesen Bas / Teksi

• Stesen Keretapi

• Teksi

• Bas

Pusat Petempatan Kecil

Pentadbiran • Pejabat Daerah

• Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Daerah

Perkhimatan Kewangan • Bank Tempatan

• Syarikat/Broker Insuran Tempatan

• Syarikat Stok / Sekuriti Tempatan (kiosk)

• Perkhidmatan Kewangan

Page 5: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-5

Hierarki Bandar Elemen Perbandaran(Dasar Perbandaran Negara)

Tempatan(Agen)

Perniagaan dan perdagangan

• Pejabat Tempatan(Pejabat Wakil)

• Pasaraya tempatan

• Kedai Runcit Tempatan

• Jual Runcit tempatan secara ‘Informal

• Perkhimatan tempatan membaiki barangan persendirian dan isi rumah

• Jualan Langsung

Kemudahan Masyarakat

• Perpustakaan bergerak

• Sekolah menengah dan sekolah rendah

• Klinik Kesihatan

• Klinik Desa

• Dewan Serbaguna

• Padang

• Taman Tempatan

• Masjid

• Lain-lain tempat ibadat

• Balai Polis

• Balai Bomba

• Pejabat Pos

Pengangkutan

• Teksi

• Bas

Sumber: Dasar Perbandaran Negara

Jadual 3.2.3: Hierarki Dan Kemudahan Perbandaran Bagi Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil Jajahan Machang

Sektor Kriteria Perbandaran

Pusat Petempata

n Utama (Pusat Bandar

Machang)

Pusat Petempatan

Kecil (Temangan)

Pusat Petempatan Kecil (Pulai Chondong)

Pusat Petempatan

Kecil (Labok)

Pentadbiran • Majlis Daerah � • Jabatan-jabatan

Kerajaan Negeri dan Daerah

� � �

Perkhimatan Kewangan

• Bank Tempatan � • Syarikat/Broker

Insuran Tempatan �

• Syarikat Stok / Sekuriti Tempatan (kiosk)

• Perkhidmatan Kewangan Tempatan(Agen)

Perniagaan dan perdagangan

• Pejabat Tempatan(Pejabat Wakil dan cawangan)

• Pasaraya tempatan

Page 6: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-6

• Kedai Runcit Tempatan

� � � �

• Jual Runcit tempatan secara ‘Informal

� � � �

• Perkhimatan tempatan membaiki barangan persendirian dan isi rumah

� � � �

• Jualan Langsung � Hotel

• ‘Budget Hotel’ 4/2 bintang

• Rumah Tetamu Kemudahan Masyarakat

• Perpustakaan bergerak

• Sekolah menengah dan sekolah rendah

� � � �

• Hospital Kerajaan �

Tidak Berkaitan

Tidak Berkaitan

Tidak Berkaitan

• Klinik Kesihatan � � � � • Klinik Swasta � • Dewan

Serbaguna �

• Stadium/Padang � • Taman

Bandar/tempatan

• Masjid/Surau � � � � • Lain-lain tempat

ibadat �

• Ibu Pejabat Polis Daerah

� Tidak

Berkaitan Tidak

Berkaitan Tidak

Berkaitan • Balai

Polis/pondok polis � � � �

• Balai Bomba � • Pejabat Pos � � �

Pengangkutan • Stesen Bas / Teksi

� Tidak

Berkaitan Tidak

Berkaitan Tidak

Berkaitan • Stesen Keretapi

� Tidak Berkaitan

Tidak Berkaitan

• Teksi � � � � • Bas � � � �

Sumber: Kajian Lapangan Sektor Pusat Bandar, RT Jajahan Machang 2010

Petunjuk

Tidak disediakan

Pusat Bandar Machang mempunyai potensi untuk dipertingkatkan fungsinya sebagai Pusat

Petempatan Utama seperti yang dicadangkan di dalam RSN Kelantan 2020 memandangkan elemen

perbandaran sedia ada melebihi 50 peratus iaitu sebanyak 78 peratus sebagai Pusat Petempatan

Utama.(Rajah 3.2.2)

Namun Pekan Temangan, Pekan Pulai Chondong dan Pekan Labok masing-masing mempunyai

peratus tahap perbandaran yang kurang dari 50 peratus sebagai pusat petempatan kecil seperti yang di

Page 7: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

cadangkan di dalam RSN Kelantan 2020.

mencapai tahap perbandaran ya

pekan-pekan ini perlulah disediakan mengikut keperluan hierarki perbandaran

dewan serbaguna, taman tempatan, balai polis, pejabat pos, klinik swasta dan sebagainya.

Rajah 3.2.2: Peratus Kadar Perbandaran Pusat Bandar Machang, Pekan Temangan, Pekan

Sumber: Kajian Lapangan Sek

Pekan Pulai Chondong,

36%

Pekan Labok, 36%

cadangkan di dalam RSN Kelantan 2020. Pekan-pekan ini perlu diberi tumpuan yang lebih bagi

mencapai tahap perbandaran yang digariskan di dalam RSN Kelantan. Elemen

pekan ini perlulah disediakan mengikut keperluan hierarki perbandaran

guna, taman tempatan, balai polis, pejabat pos, klinik swasta dan sebagainya.

Peratus Kadar Perbandaran Pusat Bandar Machang, Pekan Temangan, Pekan

Pulai Chondong, Pekan Labok

Sumber: Kajian Lapangan Sektor Pusat Bandar, RT Jajahan Machang 2010

Pekan Temangan,

45%

Pusat Bandar

Machang, 78%

Pekan Labok, 36%

Pusat Bandar 3.2-7

pekan ini perlu diberi tumpuan yang lebih bagi

ng digariskan di dalam RSN Kelantan. Elemen-elemen perbandaran di

pekan ini perlulah disediakan mengikut keperluan hierarki perbandaran seperti penyediaan

guna, taman tempatan, balai polis, pejabat pos, klinik swasta dan sebagainya.

Peratus Kadar Perbandaran Pusat Bandar Machang, Pekan Temangan, Pekan

Pekan Temangan,

Page 8: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-8

3.2.4 Sempadan Bandar Dan Guna Tanah Pusat Bandar

Keluasan semasa kawasan Pusat Bandar Machang adalah 153.881 hektar, 72.89 hektar bagi

pekan Temangan dan 42.53 hektar bagi Pulai Chondong. Sempadan bandar ini adalah

merujuk kepada pelan pengkawasan yang digunapakai oleh Majlis Daerah Machang. (Rajah

3.2.2)

Corak guna tanah Bandar Machang adalah lebih tertumpu kepada kawasan perumahan yang

tidak terancang iaitu kawasan kampung. Aktiviti perniagaan di Bandar Machang mampu

memenuhi keperluan penduduk selaras dengan fungsinya sebagai bandar utama. Manakala

tiada aktiviti perindustrian didapati di Pusat Bandar Machang. Namun, masih juga terdapat

kawasan kosong yang masih belum dibangunkan seperti kawasan yang terletak berdekatan di

Jalan Kweng Umat.

Guna tanah utama Pekan Pulai Chondong adalah pertanian dan perumahan tidak terancang.

Pembangunan perniagaan didapati di dalam skala yang kecil dan kebanyakannya

menjalankan aktiviti peruncitan. (Rajah 3.2.3)

Aktiviti guna tanah utama di Pekan Temangan ialah pertanian. Kuantiti dan bilangan

bangunan perniagaan adalah sedikit dan kebanyakkannya sudah tidak lagi beroperasi.

Bangunannya kelihatan usang dan tidak terjaga. (Rajah 3.2.4)

Page 9: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-1

Page 10: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-1

Page 11: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-2

Page 12: 3.2 PUSAT BANDAR 3.2.1 Profil - ugisp.com TEKNIKAL/BAHAGIAN 1/BAB 3/3.2 P…terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri daripada bangunan

Pusat Bandar 3.2-3

3.2.5 Cadangan Awal

Beberapa cadangan bagi puat bandar adalah seperti berikut

i. Mengukuhkan fungsi Bandar Machang, Pekan Temangan, dan Pekan Pulai

Chondong mengikut hierarki yang telah ditetapkan dalam Rancangan Struktur Negeri

Kelantan 2020 seperti menjadikan Bandar Machang sebagai pusat petempatan

utama, pekan Temangan dan Pulai Chondong sebagai Pusat Petempatan Desa.

ii. Menggalakkan penumpuan prioriti pembangunan di dalam kawasan had bandar yang

telah dikenal pasti bagi mengelakkan pembangunan ’sprawl’ di samping membentuk

fizikal bandar yang padat di kawasan had perbandaran ini.

iii. Menaiktarafkan fungsi kawasan UiTM Machang sebagai Pusat Pertumbuhan Kecil

yang baru bagi menampung keperluan perbandaran kawasan Jajahan Machang di

sebelah Timur dan juga untuk kemudahan pelajar-pelajar di UiTM. Dengan kewujudan

kawasan UiTM sebagai Pusat Pertumbuhan Kecil yang baru, keseimbangan

perbandaran di jajahan ini dapat dicapai dan terbentuknya segitiga antara Pusat

Pertumbuhan Kecil sedia ada seperti pekan Temangan, Pulai Chondong dengan

kawasan UiTM. Ia juga dapat menggalakan pembangunan kemudahan yang

diperlukan di dalam kawasan segitiga ini.

iv. Meningkatkan kemudahan dalam bandar seperti mewujudkan aksesibiliti yang baik,

menyediakan sekolah dan institusi, kemudahan pentadbiran kerajaan, perkhidmatan

dan perindustrian bagi menyokong fungsi sesebuah bandar sebagai Pusat

Pertumbuhan Utama dan Pusat Pertumbuhan Kecil.