bab 5 5.3 landskap - ugisp.com awal rtdl lipis/bab 5_5.3 landskap.pdf · dan perabot jalan yang...

11
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N 5 - 56 LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020 TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI 5.3 LANDSKAP Perancangan kawasan landskap merupakan keperluan yang penting di dalam setiap perancangan sesebuah kawasan bagi mengimbangi keperluan pembangunan fizikal dan pembangunan rohani. Perancangan landskap adalah satu aktiviti yang memfokuskan kepada integrasi yang memberi faedah dan manfaat di antara keperluan manusia dan alam sekitar untuk mewujudkan suasana yang seimbang di antara kedua duanya. Pembangunan kawasan landskap yang dicadangkan kelak akan dapat membantu pihak berkuasa tempatan dalam merangka hala tuju perancangan mereka. Di antara objektif dan tujuan utama kajian kawasan landskap dijalankan adalah:- Mengkaji serta menganalisis kawasan landskap sedia ada dengan menyediakan unjuran dan potensi pembangunan. Mengenalpasti jenis, ciri dan status sumberjaya landskap sedia ada di kawasan kajian berasaskan kajian penanda aras. Membuat kajian penilaian landskap (landscape assesment) untuk mengenalpasti potensi dan keperluan pembangunan landskap di kawasan kajian. Menjalankan kajian gunatanah semasa bagi mengenalpasti zon gunatanah dan zon landskap yang mempunyai potensi serta menjadi fokus pembangunan. Mengenalpasti ‘Landscape Character’ sumberjaya landskap di kawasan kajian. Membentuk satu konsep dan imej landskap yang dapat membentuk identiti yang tersendiri dan bersesuaian dengan fungsi kawasan RTD Lipis. Memberi panduan kepada pihak berkuasa tempatan dalam merangka program pembangunan landskap yang komprehensif dan terancang. 5.3.1 Analisis Kualiti Landskap Mengikut Gunatanah Utama Kemudahan landskap dikategorikan kepada 2 elemen iaitu landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut adalah unsur-unsur yang bercirikan alam semulajadi mengikut hierarki dan karektor tanaman seperti pokok teduhan, pokok palma, tumbuhan renek dan tumbuhan penutup bumi. Landskap kejur pula merupakan unsur buatan manusia seperti tempat duduk, laluan pejalan kaki, wakaf/gazebo, bollard, tong sampah dan lain-lain perabot landskap . Bagi kajian sektor landskap analisis akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut seperti: i. Landskap Pintu Masuk ii. Landskap Pinggiran Jalan iii. Landskap Perkampungan Tradisi iv. Landskap kawasan Perniagaan dan Perkhidmatan v. Landskap kawasan Industri vi. Landskap kawasan institusi 5.3.1.1 Analisa Semasa Landskap Pintu Masuk Landskap di pintu masuk di kawasan RTD Lipis ini masih ditahap yang minima. Elemen landskap di pintu masuk hendaklah menyeluruh dengan mewujudkan ‘sense of welcoming’ dan nilai estetik di kawasan pintu masuk serta dapat mewujudkan sebuah imej mercutanda ke kawasan kajian. Analisa landskap bagi pintu masuk ke kawasan RTD Lipis adalah seperti berikut: i. Sempadan Negeri yang melibatkan sempadan Negeri Perak dan Negeri Kelantan (Pintu Masuk Merapoh). ii. Sempadan Daerah yang melibatkan pintu masuk daerah yang melibatkan sempadan daerah dengan Jerantut (Pintu Masuk Mela) dan Raub (Pintu Masuk Benta). iii. Sempadan Bandar di mana kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti Bandar Baru Lipis (Jalan Utama Kechau) dari arah Felda Kechau dan Simpang Tempoyang (dari arah Benta). Foto 5.3.1 :Keadaan semasa sempadan Daerah Lipis yang tiada identiti pintu masuk.

Upload: phamthu

Post on 26-Jul-2019

261 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 56

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

5.3 LANDSKAP

Perancangan kawasan landskap merupakan

keperluan yang penting di dalam setiap

perancangan sesebuah kawasan bagi

mengimbangi keperluan pembangunan fizikal dan

pembangunan rohani. Perancangan landskap

adalah satu aktiviti yang memfokuskan kepada

integrasi yang memberi faedah dan manfaat di

antara keperluan manusia dan alam sekitar untuk

mewujudkan suasana yang seimbang di antara

kedua duanya. Pembangunan kawasan landskap

yang dicadangkan kelak akan dapat membantu

pihak berkuasa tempatan dalam merangka hala

tuju perancangan mereka.

Di antara objektif dan tujuan utama kajian kawasan

landskap dijalankan adalah:-

• Mengkaji serta menganalisis kawasan

landskap sedia ada dengan menyediakan

unjuran dan potensi pembangunan.

• Mengenalpasti jenis, ciri dan status

sumberjaya landskap sedia ada di kawasan

kajian berasaskan kajian penanda aras.

• Membuat kajian penilaian landskap

(landscape assesment) untuk mengenalpasti

potensi dan keperluan pembangunan

landskap di kawasan kajian.

• Menjalankan kajian gunatanah semasa bagi

mengenalpasti zon gunatanah dan zon

landskap yang mempunyai potensi serta

menjadi fokus pembangunan.

• Mengenalpasti ‘Landscape Character’

sumberjaya landskap di kawasan kajian.

• Membentuk satu konsep dan imej landskap

yang dapat membentuk identiti yang

tersendiri dan bersesuaian dengan fungsi

kawasan RTD Lipis.

• Memberi panduan kepada pihak berkuasa

tempatan dalam merangka program

pembangunan landskap yang komprehensif

dan terancang.

5.3.1 Analisis Kualiti Landskap Mengikut Gunatanah Utama

Kemudahan landskap dikategorikan kepada 2 elemen iaitu landskap lembut dan landskap kejur.

Landskap lembut adalah unsur-unsur yang bercirikan alam semulajadi mengikut hierarki dan karektor

tanaman seperti pokok teduhan, pokok palma, tumbuhan renek dan tumbuhan penutup bumi. Landskap

kejur pula merupakan unsur buatan manusia seperti tempat duduk, laluan pejalan kaki, wakaf/gazebo,

bollard, tong sampah dan lain-lain perabot landskap .

Bagi kajian sektor landskap analisis akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut seperti:

i. Landskap Pintu Masuk

ii. Landskap Pinggiran Jalan

iii. Landskap Perkampungan Tradisi

iv. Landskap kawasan Perniagaan dan Perkhidmatan

v. Landskap kawasan Industri

vi. Landskap kawasan institusi

5.3.1.1 Analisa Semasa Landskap Pintu Masuk

Landskap di pintu masuk di kawasan RTD Lipis ini masih ditahap yang minima. Elemen landskap di pintu

masuk hendaklah menyeluruh dengan mewujudkan ‘sense of welcoming’ dan nilai estetik di kawasan

pintu masuk serta dapat mewujudkan sebuah imej mercutanda ke kawasan kajian. Analisa landskap bagi

pintu masuk ke kawasan RTD Lipis adalah seperti berikut:

i. Sempadan Negeri yang melibatkan sempadan Negeri Perak dan Negeri Kelantan (Pintu Masuk

Merapoh).

ii. Sempadan Daerah yang melibatkan pintu masuk daerah yang melibatkan sempadan daerah dengan

Jerantut (Pintu Masuk Mela) dan Raub (Pintu Masuk Benta).

iii. Sempadan Bandar di mana kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti Bandar Baru Lipis (Jalan

Utama Kechau) dari arah Felda Kechau dan Simpang Tempoyang (dari arah Benta).

Foto 5.3.1 :Keadaan semasa sempadan Daerah Lipis yang tiada identiti pintu masuk.

Page 2: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 57

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

Jadual 5.3.1: Analisis Landskap di Pintu Masuk Daerah

Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010

Jadual 5.3.2: Analisis Landskap di Pintu Masuk Bandar

Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010

5.3.1.2 Analisa Semasa Landskap Pinggiran Jalan

Pembangunan landskap di seluruh pinggiran jalan telah dijalankan pada masa kini namun ianya tidak

menyeluruh dan masih belum memenuhi tahap atau piawaian landskap yang berkualiti. Elemen landskap

di kawasan pinggiran jalan hendaklah menyeluruh di mana ianya tidak hanya tertumpu kepada landskap

lembut semata mata, malah ianya perlu diseimbangkan dengan penerapan elemen landskap kejur bagi

mewujudkan keseimbangan dan unity dalam persekitaran.

Berdasarkan kajian di kawasan RTD Lipis, kebanyakan jalan raya utama tidak dapat mewujudkan ‘sense of

welcoming‘ apabila tiba atau masuk ke kebanyakan pusat bandar dan kawasan petempatan. Ini kerana

kawasan ini tidak dapat menonjolkan imej landskapnya yang jelas melalui penanaman pokok utama di

sepanjang jalan masuk ke kawasannya. Walaupun bagi sesetengah kawasan terdapat beberapa pokok

utama yang ditanam tetapi tidak menyeluruh dan berkesinambungan kerana penanaman hanya dibuat

di sebahagian kecil jalan sahaja.

Landskap pinggiran jalan di kawasan RTD Lipis secara keseluruhan kurang menunjukkan hierarki jalan

kecuali pada sesetengah kawasan sahaja. Ini kerana, landskap di bahu jalan bagi sesetengah kawasan

tidak jelas dan hanya dapat dibezakan hierarkinya melalui lorong jalan. Tiada sebarang ciri-ciri landskap

tertentu di bahu jalan dan untuk kegunaan pejalan kaki.

Pintu

Masuk

Keadaan

Semasa dan

Analisis

Landskap

Isu dan

Masalah

Potensi dan

cadangan

Pintu

Masuk dari

sempadan

Daerah

Jerantut

• Papan tanda

berada

dalam

keadaan

usang

• Terdapat

papan tanda

JKR

• Kurang susun

atur

landskap

yang

menarik

• Perlu ada

identiti

landskap

bagi

memberi

kesan ’sense

of

welcoming’

• Membangun

kan

landskap

pintu masuk

agar

mampu

menonjolkan

lagi identiti

dan

kawasan

Daerah Lipis

Pintu

Masuk dari

sempadan

Daerah

Raub dan

Cameron

Highland

• Papan tanda

berada

dalam

keadaan

usang

• Terdapat

papan tanda

JKR

• Tiada papan

tanda dari

arah

Cameron

Highlands

• Kurang susun

atur

landskap

yang

menarik

• Perlu ada

identiti

landskap

bagi

memberi

kesan ’sense

of

welcoming’

• Membangun

kan

landskap

pintu masuk

agar

mampu

menonjolkan

lagi identiti

dan

kawasan

Daerah Lipis

Pintu Masuk Keadaan Semasa dan Analisis

Landskap

Isu dan Masalah Potensi dan cadangan

Bandar Baru Lipis

(Jalan Utama Kechau

dari arah Felda

Kechau)

• Tiada elemen pintu masuk

• Kurang susun atur

tambahan

landskap yang

menarik

• Membangunkan

landskap persekitaran

agar mampu

menonjolkan lagi

identiti dan kawasan

Bandar Lipis bermula

dari pintu masuk

utama ke bandar

Simpang Tempoyang

(Dari arah Kuala

Lumpur ke Kuala Lipis)

• Papan tanda pintu masuk yang tidak

jelas

• Kurang susun atur

tambahan

landskap yang

menarik

• Membangunkan

landskap persekitaran

agar mampu

menonjolkan lagi

identiti dan kawasan

bermula dari pintu

masuk utama ke

bandar

• Sistem pencahayaan

digunakan untuk

menonjolkan keunikan

pintu gerbang

Page 3: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 58

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

Namun begitu, karektor landskap di jalan-jalan

utama, terutamanya di Bandar Lipis dapat

dikenalpasti melalui hiasan lampu jalan, jenis pokok

dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL.

Walau bagaimanapun, menyediakan ruang

landskap di sepanjang jalan adalah perlu

terutamanya kawasan bandar seperti Bandar Kuala

Lipis, Benta dan Padang Tengku memandangkan

kurangnya penyediaan lingkaran hijau di pinggir

jalan.

Sementara itu keadaan semasa landskap pinggir

jalan negeri adalah berada pada penilaian antara

kurang memuaskan sehingga memuaskan. Ini

kerana sesetengah kawasan terutamanya ke arah

Kampung Kuala Medang, Kampung Budu, Kampung

Binjai yang jalan- jalannya dipenuhi oleh najis lembu

dengan haiwan ternakan tersebut sering berkeliaran

mengganggu laluan pengguna. Walau

bagaimanapun kebanyakan jalan-jalan kampung

berada dalam keadaan yang elok dan mempunyai

karektor pemandangan landskap sama ada

semulajadi mahupun kawasan pertanian. Walaupun

tiada tanaman pokok secara formal atau konsisten

di pinggiran jalan namun kepelbagaian ini

mewujudkan keunikan dan pemandangan landskap

budaya yang menarik. Terdapat kawasan di jalan

negeri ditanam dengan pohon-pohon hiasan secara

konsisten terutama di hadapan bangunan institusi.

Foto : 5.3.2 : Keadaan jalan utama di Pusat Bandar Lipis (Bandar Lama) yang panas terutamanya pada waktu

tengahari disebabkan oleh kurangnya pokok teduhan di pinggiran jalan

Foto : 5.3.3 : Usaha ke arah pengindahan Bandar Baru Lipis telah dijalankan namun keadaan pokok yang masih

baru ditanam dan tidak matang tidak memberikan kesan teduhan yang baik kepada pengguna jalan

Page 4: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 59

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

Jadual 5.3.3: Analisis Landskap Pinggiran Jalan

Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010

Nama

Jalan

Analisis Keadaan Semasa Landskap

Spesies Pokok Sedia Ada

Isu Dan Masalah

Potensi Dan Cadangan

Nama

Tempatan Nama Botani

Jalan

Bandar

Lipis

� Kebanyakan pohon yang tumbuh

adalah ditanam oleh penduduk

berdekatan atau spesies tempatan

yang tumbuh liar

� Terdapat visual menarik menghadap

bukit dari arah Bandar Baru Lipis

Ketapang

Semambu

Kelapa

Palma

raja

Mangga

Akasia

Catappa spp

Melia indica

Cocos nucifera

Roystonia regia

Mangifera

indica

Acasia

mangium

� Tidak dapat membezakan

kawasan kerana tiada identiti

� Keadaan jalan yang sangat

panas terutama pada waktu

tengahari kerana tiada pokok

teduhan

� Jalan ini merupakan laluan masuk utama ke bandar Kuala Lipis

� Membangunkan landskap untuk menunjukkan identiti kawasan

Jalan

Benta

� Sepanjang bahu jalan,tidak

dilandskap dengan pokok teduhan

� Hanya di pusat bandar di sepanjang

bahu kiri dan kanan jalan ditanam

dengan palma

� Pokok tumbuh secara rawak dan

kebanyakan tidak matang

� Di tengah pembahagi jalan terdapat

landskap dengan Dataran Kuala Lipis

terletak di tepi jalan

Palma

raja

Hujan-

hujan

Angsana

Kelat

paya

Kelapa

pandan

Roystonia regia

Samanea

saman

Pterocarpus

indica

Eugenia spp

Cocos nucifera

“dwarf”

� Keadaan jalan yang sangat

panas terutama pada waktu

tengahari kerana tiada pokok

teduhan

� Landskap di tengah jalan

seringkali rosak kerana dipijak

oleh pelintas jalan

� Menanam lebih banyak pokok teduhan untuk keceriaan bandar

� Bandar mempunyai visual kualiti yang baik seperti vista amat sesuai

ditonjolkan melalui penataan landskap

Jalan

Padang

Tengku

� Di sesetengah kawasan ditanam

dengan spesies pokok yang sama di

bahu jalan

� Kebanyakan pokok yang tumbuh

meliar di bahu jalan adalah dari

spesies hutan

� Terdapat banyak kampung di

sepanjang jalan (landskap desa),

terdapat juga pokok yang ditanam di

sepanjang jalan

� Visual pengguna jalan yang agak

terbatas disebabkan sepanjang jalan

masih dikelilingi oleh kawasan hijau

dan belukar

Ketapang

Pisang

Kelapa

Mangga

Betik

Golden

Penda

Catappa spp

Musa sapiens

Cocos nucifera

Mangifera

indica

Carica papaya

Xanthostemon

chrysanthus

� Keadaan jalan agak suram

tanpa pencahayaan lampu

� Banyak najis-najis binatang

ternakan di jalan

� Tiada identiti landskap dan

juga kurang papan tanda

penunjuk arah

� Sepanjang bahu dan atas jalan dipelihara kebersihannya

� Kepelbagaian rupabentuk dan suasana desa sesuai sebagai “scenic

routes”

Page 5: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 60

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

5.3.1.3 Analisa Semasa Landskap Perkampungan

a. Perkampungan Tradisi

Penilaian keadaan landskap dan rekreasi semasa di

kawasan perkampungan tradisi di kawasan RTD Lipis

adalah sederhana sehingga memuaskan. Isu utama

ialah kurang penyelarasan tanaman landskap bagi

mewujudkan identiti landskap seperti landskap dan

pokok hiasan yang seragam di pinggir jalan

kampung, lorong dan bangunan awam seperti

dewan dan masjid. Ciri-ciri landskap persekitaran

turut dipengaruhi oleh sosio-budaya masyarakat

seperti landskap pertanian, tumbuhan nadir serta

edible landscape.

Pada dasarnya keadaan elemen landskap lembut

sedia ada di kawasan perkampungan tradisi tidak

mempunyai rancangan susun atur landskap yang

khusus. Penilaian ke atas kebanyakan

perkampungan tradisi mempunyai elemen landskap

lembut yang tidak terancang dan tidak mempunyai

sistem penyelenggaraan yang baik. Ini adalah

kerana elemen landskap lembut yang ada adalah

sama ada ditanam oleh penduduk untuk tujuan sara

diri ataupun yang tumbuh meliar di kawasan

berkenaan.

Analisa mendapati landskap halaman rumah

tradisional di kawasan RTD ini banyak ditanam

dengan pokok-pokok herba dan buah-buahan.

Terdapat gelanggang pelbagai guna atau padang

bagi kemudahan rekreasi sukan penduduk kampung

untuk bermain bola sepak, sepak raga, belajar silat

atau mengadakan aktiviti ceramah agama.

Namun begitu terdapat kampung yang berpotensi

untuk dibangunkan bagi tujuan penambahan

kawasan tarikan pelancongan di Lipis disebabkan

oleh kesan sejarah dan juga kecantikkan kampung

tersebut. Analisa ringkas bagi landskap di kawasan

kampung tradisi terpilih kawasan RTD Lipis adalah

seperti berikut:-

i. Kampung Kuala Medang

Kampung Kuala Medang terletak kira-kira 49 km dari Bandar Lipis dan 56 km dari Bandar Raub. Ia

dihubungi oleh jaringan jalan raya melalui kedua-dua bandar tersebut. Kampung ini juga turut

bersempadan dengan Felda Sungai Koyan dan Kampung Kuala Serau. Kuala Medang merupakan sebuah

kampung tradisional yang terletak di kawasan pedalaman, jauh dari pusat bandar di mana

perjalanannya akan melalui sungai, jeram-jeram dan kehijauan pokok bakau dan majoriti penduduk

kampung bekerja sebagai petani.

Homestay Kuala Medang menawarkan tempat penginapan yang unik untuk para pelancong yang

mengimpikan pengalaman yang berbeza. Penginapan yang disediakan di sini adalah sangat selesa,

murah dan lengkap dengan pakej menarik. Antara aktiviti yang ditawarkan seperti persembahan dan

aktiviti kebudayaan masyarakat melayu dan orang asli, permainan tradisional, masakan tradisional dan

kenduri. Selain aktiviti menganyam tikar, mengemping padi, membuat nira kelapa, permainan gasing,

mengerau dan memancing ikan, menoreh getah, tarian pelanduk dan tarian sewang iaitu tarian

tradisional Orang Asli. Selain itu juga aktiviti berakit dan berkayak di Jeram Changkah Pasir dan Air Terjun

Jeram Tema, demonstrasi membuat kraftangan, pengalaman hidup sebagai penoreh getah, penuai

kelapa sawit dan relai padi, melawat kampung tradisi, meneroka gua, mempelajari permainan tradisional

seperti gasing dan sebagainya. Homestay Kuala Medang menawarkan pakej yang menarik dan lengkap

untuk mempelajari budaya Melayu dan Orang Asli.

Keadaan landskap semasa kampung serta kemudahan landskap adalah memuaskan dan berpotensi

dibangunkan lagi bagi tujuan pengekalan dan menaiktaraf keindahan landskap budaya yang secara

tidak lansung dapat memberikan manfaat kepada sektor ekonomi dan pelancongan di kampung

tersebut. Landskap di kampung ini adalah landskap kampung yang lebih semulajadi selain pokok buah-

buahan yang menghijau dan juga elemen landskap kejur seperti jeti, papan tanda yang perlu dinaiktaraf,

wakaf dan sebagainya. Malahan faktor alam semulajadi inilah yang telah menyumbang kepada nama

Kuala Medang yang mana Pokok Medang telah tumbang merentasi sungai lalu menamakan Sungai

Medang. Pokok ini dijadikan titi oleh penduduk kampung dan akhirnya kampung ini dinamakan dengan

nama Kampung Kuala Medang.

Foto : 5.3.4 : Keadaan semasa sedia ada di Kampung Kuala Medang yang terkenal dengan perkampungan

Homestay

Page 6: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 61

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

ii. Kampung Budu

Kampung Budu terletak di kawasan BP 3 Mukim Budu

di Benta dan mempunyai keunikan landskap yang

tersendiri seperti rumah tradisional yang menarik

serta landskap yang diusahakan oleh penduduk

kampung sendiri. Kawasan perkampungan yang

menarik perlu dikekalkan sebagai aset warisan

budaya yang terdapat di Daerah Lipis serta

berpotensi sebagai kawasan pelancongan

homestay selain terkenal dengan aktiviti pembuatan

dodol dan gula kabung. Kampung ini juga

mempunyai tempat sejarah iaitu Kubu Mat Kliau

yang perlu dipelihara dan mempertingkatkan lagi

kemudahan landskap di kawasan sekitarnya.

Selain Kampung Kuala Medang dan Kampung Budu, terdapat juga beberapa perkampungan tradisi yang

mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kampung tradisi seperti Kampung Binjai dan

Kampung Kechau / Kampung Melaka dijadikan sebagai agro-tourism kerana banyak gerai-gerai kecil

menjual hasil pertanian seperti jagung, keladi, keledek dan sebagainya. Kampung Pantos, Kampung Kuala

Koyan, Kampung Betau dan kampung Kuala Medang telah terlibat dengan Projek Inap Desa (Homestay)

dan secara tidak lansung telah mewujudkan sebuah konsep agro-tourism Daerah Lipis.

b. Perkampungan Orang Asli

Bagi penempatan orang asli di Pos Lanai dan Pos Titum, Kampung Harong dan Kampung Nyentil, landskap

penempatannya dikelilingi dengan landskap hutan semulajadi dan terdapat juga landskap sara diri seperti

pokok-pokok pisang yang di tanam di hadapan rumah-rumah mereka. Keadaan semasa landskap di jalan

utama ke penempatan orang asli iaitu di Pos Lanai lebih menampilkan karektor landskap semulajadi. Di kiri

kanan jalan dipenuhi dengan belukar dan hutan semulajadi. Walaupun pengekalan dan pemeliharaan

landskap semulajadi ini dilihat penting namun di dalam usaha untuk menjadikan kawasan penempatan

orang asli ini sebagai salah satu tarikan Pelancongan Warisan Budaya dan ianya perlu dilaksanakan

dengan sebuah perancangan landskap yang lebih teratur serta menarik.

5.3.1.4 Landskap kawasan Perniagaan dan Perkhidmatan

Kebanyakan urusan perniagaan atau komersial adalah dijalankan di kawasan pusat bandar. Oleh itu

landskap di kawasan perniagaan atau kawasan komersial ini adalah tertumpu di kawasan pusat bandar

dan pekan seperti Bandar Kuala Lipis, Pekan Benta, Kerambit, Merapoh dan Padang Tengku.

Secara keseluruhannya, penilaian landskap bagi kawasan-kawasan perniagaan adalah sederhana

hingga kurang memuaskan kerana aspek penanaman dan penyediaan landskap tidak dititikberatkan. Isu

dan masalah utama ialah landskap di kawasan komersial merupakan sebahagian dari landskap bandar

serta menjadi tempat persinggahan pengunjung luar. Kawasan hadapan kedai misalnya adalah terhad

untuk landskap lembut. Namun begitu, terdapat usaha pengindahan kawasan perniagaan di setiap

pusat bandar/pekan. Hiasan pokok renek, palma, kotak bunga dan lampu adalah contoh elemen

landskap yang disediakan dalam landskap kawasan perniagaan.

Foto : 5.3.5 : Keadaan semasa sedia

ada di Kampung Budu yang terkenal

dengan pembuatan dodol gula

kabung

Foto : 5.3.6 : Keadaan dan karektor landskap kawasan penempatan Orang Asli di Pos Lanai dan Pos Titum

Page 7: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 62

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

5.3.1.5 Landskap kawasan Industri

Perancangan landskap di kawasan industri adalah

penting bagi menyediakan dan mewujudkan satu

kawasan industri yang mesra alam dan tidak

memberi kesan kepada masyarakat setempat. Bagi

kawasan RTD Lipis, kebanyakan kawasan industri

adalah terletak di kawasan industri Tempoyang dan

industri Kechau Tui. Kawasan industri Tempoyang

melibatkan industri perkhidmatan seperti bengkel-

bengkel kereta dan perusahaan ringan telah

dirancang dan keadaan persekitaran landskapnya

adalah kurang memuaskan. Manakala kawasan

industri Kechau Tui yang berasaskan perusahaan

perkayuan mempunyai perancangan landskap

yang lebih baik.

Landskap utama di kawasan industri adalah meliputi

landskap pintu masuk ke kawasan industri, pinggiran

jalan dan zon penampan. Namun begitu, keadaan

semasa landskap kawasan industri di kawasan RTD

Lipis khususnya di kawasan Tempoyang dan Kechau

Tui dinilai sebagai kurang memuaskan pada

keadaan masa disebabkan tiada landskap yang

bersesuaian di samping zon penampan. Ini

ditambah oleh keadaan jalan yang tidak

memuaskan di kawasan tersebut menyebabkan

kawasan perindustrian tersebut agak terbuka tanpa kawasan hijau yang jelas.

Penaiktarafan landskap dari masa ke semasa adalah penting dalam mengekalkan fungsi, menambah

keindahan dan kekemasan di kawasan perindustrian tersebut. Selain itu, cadangan pengindahan

landskap di kawasan ini juga akan membantu mengurangkan pencemaran kawasan sekitar seperti

masalah pencemaran bunyi dan habuk kayu.

5.3.1.6 Landskap kawasan Institusi

Secara keseluruhannya, landskap di kawasan institusi di dalam kawasan RTD Lipis adalah pada tahap

yang memuaskan. Kebanyakan kawasan institusi terletak di pinggir jalan atau di kawasan bandar seperti

hospital, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan lain-lain lagi. Secara amnya, landskap di kawasan institusi

adalah bersih dan kemas disebabkan pengurusan dan penyelenggaraan yang baik bagi mewujudkan

persekitaran formal kawasan. Contoh institusi yang mempunyai landskap menarik di Pusat Bandar Lipis

ialah Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis dan Sekolah Menengah Clifford di Bandar Kuala Lipis. Terdapat

institusi yang berpotensi bagi pemuliharaan landskap atau dinaiktraf bagi meningkatkan imej kawasan

sedia ada terutamanya di dalam senibina bangunan bersejarah. Secara keseluruhannya kawasan

landskap di institusi terutama sekolah dan masjid lama di pinggir jalan adalah menarik dan sering manjadi

titik tumpu dan identiti kawasan. Kebanyakan bangunan- bangunan lama seperti pejabat pos, balai polis

dan sekolah telah dikekalkan fungsi bangunannya. Bangunan-bangunan lama ini mempunyai sejarahnya

yang tersendiri dan usaha ke arah pengindahan kawasan-kawasan di bangunan lama ini jelas dapat

dilihat.

Kebanyakan kawasan institusi telah menyediakan elemen landskap lembut tersendiri, namun kesannya

tidak begitu menonjol. Landskap kawasan institusi yang baik haruslah menunjukkan fungsi atau kegunaan

bangunan tersebut. Pemilihan pokok utama bagi kawasan institusi perlu sesuai bukan sahaja bagi tujuan

keindahan malah juga bagi tujuan keseimbangan skala bangunan dengan persekitarannya. Melalui kajian

Foto 5.3.7 : Pengindahan landskap di kawasan

komersial masih ditahap yang sederhana.

Foto 5.3.8 : Kebanyakan kawasan industri tidak terancang dari segi perancangan landskap

Page 8: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 63

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

yang dijalankan di kawasan kajian, pengamatan

dibuat keatas bangunan institusi seperti pejabat

kerajaan, sekolah, masjid dan hospital.

5.3.2 Kajian Habitat Daerah Lipis

Daerah Lipis kaya dengan kepelbagaian

(biodiversity) sumber habitat flora dan fauna seperti

hutan, bukit dan gunung juga badan air yang

menarik dan unik seperti Hutan Lipur Ulu Jerangsang

(Lata Serondong), Taman Rimba Kenong, Taman

Negara Merapoh, Rekreasi Sungai Yu, Taman Tasik

Burung Mandi, Gua Bama,Hutan Lipur Terenggun,

Tasik Empangan Jaleh dan lain-lain. Kajian habitat

bagi kawasan RTD Lipis ini adalah bertujuan mengkaji ekosistem kompleks alam semula jadi di daerah ini.

Kajian ringkas ini bertujuan mengenalpasti ekosistem semulajadi semasa, menilai potensi, isu dan masalah

yang berkaitan bagi pembangunan landskap dan rekreasi di kawasan semulajadi. Contohnya, keunikan

dan pemandangan yang merangkumi sungai dan jeram, gunung, tasik, air terjun serta gua adalah antara

lokasi berpotensi bagi tujuan rekreasi serta eko-pelancongan di kawasan kajian.

5.3.2.1 Kajian Flora dan Fauna di Daerah Lipis

Definisi flora merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman",

khususnya bagi tumbuhan asli. Manakala fauna merujuk kepada binatang seperti mamalia, unggas,

serangga dan ikan.

Taman Rimba Kenong dan Hutan Simpan Bukit Taching merupakan satu kawasan rekreasi yang popular

dan menarik dengan kehadiran pelbagai spesis fauna dan flora dari kawasan hutan hijau tropika yang

berevolusi sejak 30 juta tahun dulu disamping kejernihan air sungai dan lagenda sejarahnya. Kawasan ini

telah dibangunkan seawal tahun 1990 dengan beberapa kemudahan asas dan telah mendapat

sambutan yang mengalakkan dari pelancong domestik dan antarabangsa.Ia juga merupakan kawasan

yang semakin popular terutama setelah penemuan Bunga Pakma (Refflesia) yang tercatat sebagai bunga

terbesar di Malaysia.

Selain daripada itu juga Taman Negara Merapoh terdapat santuari ikan Kelah di mana aktiviti melihat ikan

Kelah secara dekat di dalam habitatnya dan memberi makanan. Dengan menggunakan cahaya lampu

suluh untuk melihat hidupan liar yang aktif pada waktu malam menggunakan kenderaan pacuan empat

roda melalui jeep trak di taman ini. Selain itu terdapat 2 buah gua yang menarik untuk dijelajahi. Dari

Sungai Relau perjalanan ke Gua Gajah adalah sejauh 5.5km manakala Gua Peningat pula jauhnya 8.8km.

Terdapat lebih daripada 300 spesis burung yang telah dikenal pasti di Taman Negara Merapoh ini.

Foto 5.3.9 : Keadaan semasa landskap di

kawasan institusi yang kebanyakannya

tertumpu di kawasan Pusat Bandar Lipis

Foto : 5.3.10 : Keadaan semasa Taman Negara Merapoh yang terkenal dengan santuari ikan kelah dan

terdapat pelbagai spesis hutan di dalamnya.

Page 9: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 64

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

Pengkelasan hutan di Daerah Lipis dapat

dikategorikan sebagai henis hutan :

i. Hutan Ericaceous Gunung

Hutan ini terletak di ketinggian lebih dari 1,500 meter

a.p.l yang mengandungi spesis pokok bersaiz kecil

dan rendah seperti lumut, periuk kera, paku-pakis

dan buluh seperti di kawasan yang berdekatan

dengan Taman Negara Merapoh yang

berketinggian 2,080 meter a.p.l yang yang terdapat

123 spesis flora lumut natif di antaranya Acroporium

brevipes, Campylopus serratus, Gammiella

pterogonioides dan lain-lain. Gunung Bedung

terletak di ketinggian 1469 meter a.p.l di Daerah

Lipis.

ii. Hutan Dipterokarp Atas

Hutan ini terletak di ketinggian 1,300 meter a.p.l di

mana Bukit Condong yang berketinggian 1,199

meter a.p.l terletak di dalam pengelasan hutan

dipterokarp atas yang mempunyai spesis pokok

hutan yang bernilai seperti balau (Shorea

sumatrana), meranti (Shorea spp.) jenjulung

(Agrotistachys gaudichaudii) dan lain-lain.

iii. Spesis Flora Endemik di kawasan RTD Lipis

Spesis endemik merupakan spesis tumbuhan yang

jarang di jumpai namun terdapat di Hutan Rizab di

RTD Lipis. Di Taman Negara Merapoh misalnya

terdapat spesis endemik iaitu Etlingera Terengganuensis (Zingiberaceae) atau kantan hutan yang tumbuh

mendominasi di kawasan tersebut. Selain itu, terdapat spesis bunga pakma terbesar di dunia iaitu Rafflesia

cantleyi (Rafflesia) yang wujud di Hutan Lipur Ulu Jerangsang (Lata Serondong) dan Hutan Simpan Bukit

Taching sementara Rhizanthes sp. dari spesis yang sama telah di jumpai di Hutan Lipur Terunggun dan Tasik

Empangan Jaleh. Tumbuhan endemik ini mempunyai nilai yang tinggi serta perlu dipelihara dari

kepupusan. Di samping unik dan istimewa tumbuhan ini boleh dimanfaatkan sebagai sumber penyelidikan

dan pendidikan serta berpotensi menjadi salah satu tarikan eko-pelancongan di Daerah Lipis.

Jadual 5.3.4: Senarai Nama-nama Pokok Hutan yang Mendominasi di Kawasan Hutan dan Sungai di Daerah Lipis

Nama Botani Nama Tempatan Nama Famili

Agrostistachys gaudichaudii Jenjulong Euphorbiaceae

Etlingera Terengganuensis Kantan hutan Euphorbiaceae

Macaranga hypoleuca Pokok mahang puteh Euphorbiaceae

Shorea macroptera Meranti Dipterocarpaceae

Vatica scortechinii Resak langgong Dipterocarpaceae

Xanthophyllum affine Gading jantan Polygalaceae

Barringtonia sp Putat Lecythidaceae

Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010

Di kawasan RTD Lipis terdapat beberapa spesis rumpai parennial yang biasa dijumpai seperti spesis

Chromolaena odorata, Mimosa pudica, Urena lobata dan Sida ramiflora. Manakala tumbuhan akuatik

dan semi akuatik wujud di dalam kebanyakan sungai terutamanya spesis Cryptocoryne sp., Homalomena

sp., Alocasia sp., Pithospatha sp. dan Rhaphidophora sp.

Sebagai kesimpulan, jenis pokok dari kepelbagaian habitat semula jadi yang terdapat di Daerah Lipis

sangat penting sebagai asas perancangan landskap bagi mengekalkan identiti asal daerah yang kaya

dengan sumber alam semula jadi.

Rajah 5.3.1 :Pengelasan hutan serta habitat

Foto 5.3.11 : Antara Tumbuhan Endemik di kawasan RTD Lipis - Refflesia sp. , Etlingera Terengganuensis

(Zingiberaceae) Kantan Hutan dan Rhizanthes sp.

Page 10: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 65

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

5.3.2.2 Spesis Fauna di Kawasan RTD Lipis

Fauna terestrial di kawasan Lipis dikenalpasti

berdasarkan keadaan topografi dan jenis habitat.

Secara amnya, Hutan Simpan di Daerah Lipis

mempunyai fauna terestrial yang merangkumi

mamalia kecil dan besar seperti kelawar, burung,

monyet dan lain-lain. Misalnya, berdasarkan kajian

yang telah dijalankan terdapat lebih 28 spesis

mamalia besar mewakili 14 famili di kawasan Hutan

Lipur dengan enam spesis ungulata, 11 spesis

karnivor (kucing dan musang), dua spesis badak,

lapan spesis monyet dan satu spesis gajah.

Pelbagai spesis ikan jenis air tawar juga banyak

terdapat di habitat seperti sungai dan tasik di

kawasan RTD Lipis. Spesis seperti Kelah, Toman,

Kelisa, Baung dan Lampam Sungai merupakan

antara contoh spesis ikan yang banyak terdapat di

Tasik Empang Jaleh dan sungai-sungai sedia ada.

Kawasan Tasik Empangan Jaleh dan Taman Rimba Kenong yang mempunyai keindahan alam yang

belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan

keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.

Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu

Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau. Di samping itu pengunjung dapat

menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik, burung enggang dan spesis burung

burung serta unggas yang lain.

Spesis burung-burung ini berpotensi menarik minat golongan pelancong dengan keunikan di habitat

asalnya. Selain itu, terdapat haiwan mamalia besar seperti harimau dan tapir yang masih boleh ditemui di

kawasan hutan daerah ini. Ini disebabkan spesis tersebut gemar tinggal di kawasan yang agak lembab

dan sejuk disamping sumber makanan sedia ada. Bagi mamalia kecil terdapat 22 spesis fauna yang

mewakili 7 famili; antaranya spesis Demoptera (kubong), Pholidota (tenggiling), Scandentida (treeshaw)

dan 19 spesis Roden (tikus dan Tupai).

Spesis burung juga mempunyai kepelbagaian yang banyak iaitu sejumlah 285 spesis, mewakili 47 famili.

Komuniti burung di kawasan RTDL di dominasi oleh famili dikuti oleh Dicruridae, Muscicapidae,

Nectariniidae dan Pycnonotidae. Famili tersebut juga adalah famili yang biasa di jumpai di kawasan hutan

tidak terganggu .

Foto : 5.3.12 : Pelbagai spesis ikan yang terdapat di

daerah ini seperti ikan Kelah,ikan Lampam dan ikan

Kelisa

Foto : 5.3.13 : Contoh-contoh fauna yang terdapat di kawsan rizab hutan di Daerah Lipis

Page 11: BAB 5 5.3 Landskap - ugisp.com AWAL RTDL LIPIS/BAB 5_5.3 Landskap.pdf · dan perabot jalan yang disediakan oleh Pihak MDL. Walau bagaimanapun, menyediakan ruang landskap di sepanjang

D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N

5 - 66

LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020

TERAS 2 : PEMBANGUNAN PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA UNTUK DIDIAMI

Secara ringkasnya, kawasan RTDL masih menyimpan

pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar

di kawasan habitat semula jadinya seperti sungai,

tasik, bukit dan rizab hutan simpan yang juga

penting dari sudut sosial dan ekonomi, kebudayaan

serta alam sekitar.

Kesimpulannya, kawasan- kawasan semulajadi ini

merupakan warisan habitat semulajadi yang harus

dipelihara dan dipulihara secara agresif bagi

mengekalkan kesinambungan ekosistemnya. Ini bagi

memelihara habitat hidupan liar serta spesis-spesis

pokok yang sangat bernilai dan unik daripada

pupus, khususnya yang terdapat di kawasan RTD

Lipis ini. Pengusahasilan hasil hutan yang tidak

terkawal dan pengurusan alam semulajadi yang

kurang efektif akan memberi impak yang akan

mengancam landskap semulajadi sedia ada.

Warisan semulajadi di kawasan RTDL ini ternyata

merupakan antara khazanah terunggul bagi Negeri

Pahang.