9.0 kajian penilaian tahap penggunaan teknologi bagi...

27
160 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: IAT KUIH TRADISIONAL NIK RAHIMAH NIK OMAR 9.1 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan tradisi dan di antaranya ialah makanan. Kuih tradisional merupakan salah satu makanan tradisional yang menjadi kebanggaan kita kerana mempunyai keunikkan yang tersendiri. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka kuih bermaksud juadah manakala tardisonal bermaksud bersifat atau bercorak tradisi serta didefinisikan sebagai kuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun. Lazimnya dimakan sebagai snek dalam pelbagai aktiviti sosial serta berfungsi sebagai makanan sampingan, contohnya sebagai hidangan pada waktu pagi/petang malah sesuai juga dihidangkan di majlis-majlis keramaian. Kuih tradisional terbahagi kepada dua jenis iaitu kuih tradisional basah dan kuih tradisional kering. Kebiasaannya kuih tradisional basah merupakan kuih jenis manis dan kuih tradisional kering adalah jenis savouri. Kebanyakkan kuih tradisional ini dimasak dengan cara mengukus, membakar, menggoreng, merebus, dikacau terus di atas api sehingga masak dan sebagainya. Kebanyakkan kuih tradisional basah tidak boleh disimpan lama kerana sifatnya yang mudah basi dan berkulat kerana mempunyai kandungan lemak yang tinggi manakala kuih tradisional kering pula sering dijadikan kuih sejuk beku dan mempunyai jangka hayat lebih lama jika di simpan dengan cara yang betul. Kuih tradisional sentiasa digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mudah didapati di gerai-gerai dan juga kedai makan. Kuih-muih ini adalah warisan turun-temurun daripada nenek moyang kita dan sehingga kini cara dan bahan pembuatan yang diguna masih lagi sama untuk mendapatkan hasil yang asli dan sedap. Pasaran kuih tradisonal sentiasa ada kerana ramai golongan muda yang tidak berminat membuat kuih-muih ini memandangkan proses pembuatannya yang memakan masa dan renyah selain terdapat beberapa pantang larang (Sholina, 2011). Amnya, terdapat lebih dari 70 jenis kuih tradisional yang ada di Malaysia contohnya dodol, wajik, kuih bahulu, kuih ros, tepung talam, apam, karipap, cucur, onde-onde, kuih lopes dan banyak lagi (Sharina, Rozhan, Nizam, & Suwardi, 2014). Di negeri-negeri pula terdapat kuih tradisional mereka yng tersendiri, contohnya akok di Kelantan. Selain dari kuih tradisional kaum Melayu, kaum India dan Cina juga tidak ketinggalan dengan kuih tradisional mereka. Kaum India sangat terkenal dengan marukku yang juga turut dinikmati oleh setiap kaum di Malaysia selain vadai dan sebagainya. Kaum

Upload: others

Post on 04-Oct-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

160

9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR

PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: IAT KUIH

TRADISIONAL

NIK RAHIMAH NIK OMAR

9.1 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan tradisi dan di antaranya

ialah makanan. Kuih tradisional merupakan salah satu makanan tradisional yang

menjadi kebanggaan kita kerana mempunyai keunikkan yang tersendiri.

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka kuih bermaksud juadah manakala

tardisonal bermaksud bersifat atau bercorak tradisi serta didefinisikan sebagai

kuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun. Lazimnya

dimakan sebagai snek dalam pelbagai aktiviti sosial serta berfungsi sebagai

makanan sampingan, contohnya sebagai hidangan pada waktu pagi/petang

malah sesuai juga dihidangkan di majlis-majlis keramaian.

Kuih tradisional terbahagi kepada dua jenis iaitu kuih tradisional basah

dan kuih tradisional kering. Kebiasaannya kuih tradisional basah merupakan

kuih jenis manis dan kuih tradisional kering adalah jenis savouri. Kebanyakkan

kuih tradisional ini dimasak dengan cara mengukus, membakar, menggoreng,

merebus, dikacau terus di atas api sehingga masak dan sebagainya. Kebanyakkan

kuih tradisional basah tidak boleh disimpan lama kerana sifatnya yang mudah

basi dan berkulat kerana mempunyai kandungan lemak yang tinggi manakala

kuih tradisional kering pula sering dijadikan kuih sejuk beku dan mempunyai

jangka hayat lebih lama jika di simpan dengan cara yang betul.

Kuih tradisional sentiasa digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum dan mudah didapati di gerai-gerai dan juga kedai makan. Kuih-muih ini

adalah warisan turun-temurun daripada nenek moyang kita dan sehingga kini

cara dan bahan pembuatan yang diguna masih lagi sama untuk mendapatkan

hasil yang asli dan sedap. Pasaran kuih tradisonal sentiasa ada kerana ramai

golongan muda yang tidak berminat membuat kuih-muih ini memandangkan

proses pembuatannya yang memakan masa dan renyah selain terdapat

beberapa pantang larang (Sholina, 2011). Amnya, terdapat lebih dari 70 jenis

kuih tradisional yang ada di Malaysia contohnya dodol, wajik, kuih bahulu, kuih

ros, tepung talam, apam, karipap, cucur, onde-onde, kuih lopes dan banyak lagi

(Sharina, Rozhan, Nizam, & Suwardi, 2014). Di negeri-negeri pula terdapat kuih

tradisional mereka yng tersendiri, contohnya akok di Kelantan. Selain dari kuih

tradisional kaum Melayu, kaum India dan Cina juga tidak ketinggalan dengan

kuih tradisional mereka. Kaum India sangat terkenal dengan marukku yang juga

turut dinikmati oleh setiap kaum di Malaysia selain vadai dan sebagainya. Kaum

Page 2: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

161

Cina pula popular dengan kuih bulan dan ang ku yang menjadi menu wajib pada

waktuperayaan mereka.

Pasaran sedia ada serta permintaan yang tinggi terutamanya pada

musim perayaan, industri berteraskan kuih tradisional ini mampu menyumbang

kepada peningkatan ekonomi Malaysia dalam sektor makanan. Kuih tradisional

berbentuk kering seperti kuih karas, kuih buah rotan, kuih bangkit, kuih bahulu

dan kuih ros mempunyai jangka hayat yang agak lama sehingga boleh mencecah

6 bulan jika menggunakan sistem pembungkusan kedap udara. Kuih tradisional

seperti karipap, pau dan cucur badak pula biasanya akan disejuk

bekukan(frozen) serta dibungkus dengan kemas sebelum dipasarkan bagi

mengelakkan kuih cepat rosak. Permintaan kuih frozen kini telah meningkat

terutama sekali di kawasan bandar bersesuaian dengan taraf hidup modenisasi

pada masa ini. Bagi produk kering, selain cara pembungkusan yang kedap

udara bagi mengelakkan kuih menjadi lemau pengusaha juga boleh

menggunakan bahan pengawet atau preservatif bagi melambatkan lagi tarikh

luput produk mereka. Bahan pengawet atau preservatif yang mereka gunakan

perlulah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1995, program satu kampung satu industri telah

diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar

bandar dan pada masa yang sama dapat memperkenalkan kuih tradisional di

Malaysia kepada golongan muda serta pelancong asing sebagai tarikan di sektor

makanan kepada sektor pelancongan. Kaedah pembuatan yang rumit dan hasil

produk yang kurang memuaskan, MARDI melalui aktiviti Program

Pembangunan Usahawan telah memberikan perkhidmatan bantuan teknikal

kepada pengusaha yang memerlukan. Sejajar dengan perkembangan teknologi

semasa, mesin-mesin dan juga peralatan yang moden telah dicipta bagi

membantu usahawan mengeluarkan produk mereka dengan hasil, mutu dan

kualiti yang lebih baik selain dapat mempertingkan jumlah pengeluaran produk

mereka. Hasil dari teknologi ini juga dapat mengurangkan kos upah pekerja

disamping dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan produk mereka.

Setiap mesin atau peralatan moden ini bukan hanya mampu memproses satu

jenis produk sahaja malah boleh digunakan untuk pelbagai jenis kuih. Kursus ini

bukan sahaja disediakan kepada pengusaha sahaja malah terbuka untuk sesiapa

sahaja yang berminat untuk menceburi industri ini selain dapat

mengembangkan lagi warisan Malaysia kepada generasi muda.

9.2 LATAR BELAKANG

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan makanan tradisional terutamanya

kuih-muih yang dihasilkan secara tradisional dan digemari oleh masyarakat

Page 3: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

162

setempat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain untuk pasaran setempat, kuih

tradisional dilihat sebagai entiti perniagaan baru yang mampu menembusi

pasaran tempatan dan juga global. Secara amnya, kuih tradisional mempunyai

pelbagai rupa, warna, harga dan rasa yang berbeza setiap kuih. Dahulunya,

kebanyakan kuih tradisional di jual di pinggir bandar dalam kuantiti dan jenis

yang kecil. Namun, setelah melalui proses promosi, pembungkusan dan

peningkatan teknologi oleh pelbagai pihak yang terlibat, ia mampu membina

satu identiti korporat yang baru supaya dapat bersaing dalam pasaran.

Pada hari ini, industri kuih tradisional dilihat satu industri yang agak

penting dan memberi sumbangan dan impak yang besar kepada negara. Ia

merupakan industri makanan yang tertinggi dalam senarai maklumat industri

asas tani yang diceburi oleh para usahawan tempatan daripada tahun 2009

sehingga tahun 2014 (Rajah 9.1). Peningkatan bilangan pengusaha didapati

meningkat daripada 960 pengusaha pada tahun2009 meningkat kepada 2800

pengusaha pada tahun 2014 iaitu meningkat hampir 3 kali ganda dalam masa 5

tahun. Manakala nilai jualan pula turut meningkat daripada RM54 juta pada

tahun 2009 kepada RM130 juta pada tahun 2014. Peningkatan yang mendadak

ini merupakan satu petanda positif dimana masyarakat masa kini sudah mula

menyukai kuih tradisional dan permintaan yang tinggi menyebabkan ramai

usahawan mula untuk menceburi industri ini. Walau bagaimanapun, kuih

tradisional ini perlu diberi suntikan teknologi yang lebih moden disamping

mengekalkan rasa kuih muih yang sedap dan asli bagi menjamin kuih yang

dihasilkan lebih berkualiti dan mempunyai elemen kesihatan. Peningkatan

penggunaan teknologi dalam industri kuih tradisional di lihat sangat membantu

para pengusaha dalam meningkatkan hasil dan kualiti produk. Justeru itu kajian

ini memberi tumpuan kepada penilaian tahap penggunaan teknologi bakeri

secara amnya di samping untuk mengenalpasti hubungan antara faktor-faktor

sosioekonomi dengan tahap penggunaan teknologi.

Rajah 9.1: Bilangan pengusaha dan jumlah jualan kuih tradisinal (2009 – 2014)

Page 4: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

163

Sumber: Perangkaan Agromakanan, 2014

9.3 METODOLOGI KAJIAN

9.3.1 Pengumpulan data

Kajian ini menggunakan dua jenis sumber data iaitu data primer dan sekunder. Data sekunder diperolehi daripada buku, data statistik, laman sesawang artikel dan jurnal. Manakala data primer pula diperoleh melalui kaedah temubual secara bersemuka. Kaedah persampelan yang digunakan adalah kaedah persampelan tertuju melibatkan 281 responden yang mempunyai latar belakang dan menjalankan perusahaan kuih tradisional di pelbagai skala. Pemilihan responden adalah berdasarkan pecahan sampel mengikut zon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Proses bancian dibantu oleh pegawai agensi seperti MARDI Negeri, FAMA, KADA, dan DOF. Wakil pegwai disetiap agensi dilantik sebagai pembanci dan mereka diberikan taklimat mengenai objektif kajian dan memahami kehendak di dalam borang soal selidik tersebut.

9.3.2 Kaedah analisis

Semua data yang diperolehi kemudian dimasukkan ke dalam aplikasi SPSS adn Excel untuk dianalisis. Kaedah analisis yang digunakan adalah seperti berikut:

9.3.2.1 Fuzzy Logic

Analisis Fuzzy Logic digunakan untuk menjawab objektif yang pertama iaitu bagi mendapatkan nilai indeks tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha bakeri. Terdapat enam parameter teknologi yang digunakan termasuklah Formulasi, Pengawetan, Jaminan Kualiti, Pembungkusan dan Pelabelan, Penyimpanan dan Logistik. Setiap parameter ini telah ditetapkan nilai pengiraan di antara 0 sehingga 1 yang ditentukan melalui kaedah kualitatif berdasarkan ciri-ciri tahap teknologi yang digunakan. Kemudian setiap parameter akan dikelaskan kepada 3 kelas iaitu:

i. Tahap Teknologi terbaik : x ≥ 0.5 ii. Tahap Teknologi sederhana : 0.4 < x < 0.5

iii. Tahap Teknologi rendah : x ≤ 0.4

9.3.2.2 Analisis faktor Analisis faktor merujuk kepada satu kaedah statistik yang digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor

Page 5: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

164

yang mempengaruhi penggunaan teknologi di kalangan usahawan kuih tradisional. Ia merupakan suatu proses di mana nilai data yang diperolehi dinyatakan sebagai fungsi untuk mendapatkan faktor yang paling penting mempengaruhi sesuatu perkara.

9.3.2.3 Korelasi

Dalam kajian ini analisis korelasi turut dijalankan untuk melihat hubungan yang wujud di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks penggunaan teknologi. Korelasi adalah satu teknik statistik yang dapat menunjukkan berapa kuat pemboleh ubah tak bersandar berhubung denagn pemeboleh ubah bersandar.

9.3.2.4 Regresi berbilang

Bagi mengukuhkan lagi dapatan hubungan yang wujud di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks tahap penggunaan teknologi analisis regresi berbilang turut dijalankan. Ia adalah untuk memodelkan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah tak bersandar dengan pembolehubah bersandar dengan merujuk kepada persamaan data linear yang diperhatikan. Persamaan regrasi berbilang bagi kajian ini adalah seperti berikut:

• : Indeks Teknologi • : Pintasan-Y • : Pekali bagi ... (i=1…n) • : Jantina • : Umur • : Pendidikan • : Pengalaman • : Entiti • : Margin

• : Pekerja • : Usahawan • : Sokongan • : Latihan • : Produk • : Infra • : Pasaran • : Error

Page 6: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

165

9.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

9.4.1 Dapatan keseluruhan

Dapatan kajian telah dibahagikan kepada beberapa bahagian

untuk menjawab objektif kajian. Pertama, analisis deskriptif

adalah untuk menerangkan latar belakang responden secara

amnya dan sedikit maklumat berkaitan dengan perusahaan

mereka. Manakala bahagian kedua menerangkan dapatan kajian

berkaitan dengan hasil analisis Fuzzy Logic yang mana analisis ini

dapat menjawab kepada objektif utama kajian iaitu penilaian

terhadap tahap penggunaan teknologi kalangan pengusaha bakeri

di Malaysia. Seterusnya bagi menjawab kepada objektif yang kedua

iaitu mengenalpasti hubungan faktor-faktor sosioekonomi dengan

tahap penggunaan teknologi beberapa analisis lain telah

dijalankan antaranya analisis Faktor, Korelasi dan Regrasi

Berbilang.

9.4.1.1 Deskriptif

Jadual 9.1 menunjukkan latar belakang usahawan

dalam bidang kuih tradisional di Malaysia. Majoriti

daripada 281 responden yang terlibat dalam sektor

ini adalah berusia lingkungan 40 tahun hingga 50

tahun iaitu sebanyak 38.5% dan penglibatan oleh

usahawan muda yang berusia bawah 30 tahun

hanyalah 11.6%. Peratusan kaum perempuan adalah

tinggi iaitu 70.8% berbanding lelaki yang hanya

29.2% sahaja. Usahawan yang terlibat dalam sektor

ini dilihat kebanyakannya mempunyai tahap

pendidikan SPM seramai 129 (52%) diikuti

SRP/PMR (14.9%), diploma/STP (12.5%), sekolah

rendah (10.7%), ijazah dan ke atas (7.5%) dan lain-

lain (2.5%). Kebanyakan usahawan dilihat

mempunyai pengalaman kurang dari 5 tahun

(40.5%) dan sebanyak 35.1% mempunyai

pengalaman antara 5 tahun hingga 10 tahun.

Sebanyak 92.8% responden menjalankan

perniagaan jenis enterprise dan selebihnya jenis

sendirian berhad.

Page 7: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

166

Jadual 9.1: Profil sosioekonomi

Profil Usahawan (N=281) %

Umur

< 30 tahun 11.6

30 - 40 tahun 18.5

40 - 50 tahun 38.5

> 50 tahun 31.3

Jantina

Lelaki 29.2

Perempuan 70.8

Pendidikan

Sekolah Rendah 10.7

Sekolah Menengah (SRP/PMR) 14.9

Sekolah Menengah (SPM) 52.0

Diploma/STP 12.5

Ijazah dan ke atas 7.5

Lain-lain 2.5

Pengalaman

< 5 tahun 40.5

5 - 10 tahun 35.1

10 - 15 tahun 4.1

15 - 20 tahun 4.1

> 20 tahun 16.2

Jenis Entiti Perniagaan

Enterprise 92.8

Sdn Bhd 7.2

9.4.1.2 Analisis Fuzzy Logic

Rajah 9.2 menunjukkan taburan keseluruhan nilai

indeks Fuzzy Logic bagi tahap penggunaan teknologi

di kalangan usahawan kuih tradisional di Malaysia.

Taburan indeks ini merangkumi kesemua parameter

teknologi yang digunakan. Daripada rajah didapati

taburan indeks adalah berada pada skala 0.2-0.5.

Walaubagaimanapun, 65.5% taburan nilai indeks

lebih tertumpu pada skala bawah daripada 0.4 iaitu

pada tahap rendah manakala 34.2% berada pada

tahap sederhana dan hanya 0.4% berada pada tahap

tinggi (Rajah 9.3).

Dapat disimpulkan di sini bahawa majoriti

usahawan kuih tradisional di Malaysia berada pada

tahap rendah dalam penggunaan teknologi. Walau

Page 8: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

167

bagaimanapun terdapat segelintir usahawan berada

pada tahap tinggi dalam penggunaan teknologi

walaupun peratusannya adalah kecil. Ini boleh

dianggap satu kejayaan besar memandangkan

industri kuih tradisional secara amnya adalah satu

industri yang berasaskan tradisi dan kurang diceburi

oleh golongan masa kini. Hal ini dapat dijadikan satu

penanda aras bagi usahawan-usahawan lain yang

baru atau sudah berada dalam industri untuk lebih

maju dalam penggunaan teknologi dalam

perusahaan ini.

Rajah 9.2: Indeks Fuzzy Logic tahap penggunaan teknologi usahawan kuih tradisional

Rajah 9.3: Tahap penggunaan teknologi usahawan kuih tradisonal

Lakaran spider chart pada Rajah 9.4 di bawah

menunjukkan taburan nilai indeks Fuzzy Logic bagi

kesemua parameter teknologi yang terlibat. Nilai

Page 9: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

168

indeks menghampiri 1 menunjukkan parameter

penggunaan teknologi pada tahap yang tinggi

manakala jika nilai indeks menghampiri 0

penggunaan teknologi adalah rendah.

Hasil analisis menunjukkan parameter

jaminan kualiti mempunyai nilai indeks yang paling

tingg diikuti oleh pemprosesan, penyimpanan,

pembungkusan dan pelabelan, logistik dan yang

terendah adalah pengawetan (rujuk Rajah 9.5).

Penggunaan teknologi dalam parameter jaminan

kualiti dilihat sangat dititikberatkan oleh pengusaha

dalam pengeluaran produk. Ia merupakan langkah

utama bagi memastikan produk yang dihasilkan

mencapai tahap yang telah ditetapkan bagi

menjamin kualiti dan menepati citarasa pengguna.

Perkara ini sangat penting dalam industri makanan

dimana ia melibatkan aspek kesihatan dan

keselamatan pengguna. Manakala parameter

pengawetan pula mendapat nilai indeks yang paling

rendah dalam kajian ini. Hal ini kerana dalam

industri kuih tradisional kebanyakan kuih yang

dijual di pasaran adalah terdiri daripada kategori

kuih yang dimakan segera yang mempunyai jangka

hayat yang singkat terutama kuih tradisional basah.

Justeru itu parameter ini mendapat nilai indeks yang

rendah dalam analisis kajian ini berbanding

parameter lain. Penggunaan bahan pengawet di

dalam pembuatan kuih tradisional dilihat tidak

begitu penting dan digemari oleh pengusaha kerana

sifat kuih itu sendiri yang tidak memerlukan jangka

hayat yang panjang.

Page 10: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

169

Rajah 9.4: Indeks Fuzzy Logic bagi setiap parameter teknologi

Rajah 9.5: Tahap penggunaan teknologi mengikut urutan

Rajah 9.6 menunjukkan jurang penggunaan

teknologi bagi pengusaha kuih tradisional mengikut

parameter teknologi. Jurang teknologi adalah

perbezaan indeks penggunaan teknologi yang

tertinggi dengan indeks penggunaan teknologi yang

terendah. Nilai indeks penggunaan teknologi yang

tinggi bagi sesuatu parameter tidak semestinya

jurang yang terhasil adalah kecil. Ini terbukti dimana

parameter jaminan kualiti yang mempunyai nilai

Page 11: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

170

indeks penggunaan teknologi yang paling tinggi

tetapi mempunyai jurang yang paling besar iaitu

menghampiri 1. Hal ini terjadi kerana ada pengusaha

yang menggunakan teknologi terlalu tinggi dan ada

pengusaha yang langsung tidak menggunakan

teknologi. Oleh sebab itu wujud perbezaan

penggunaan teknologi yang sangat ketara dan ini

menunjukkan penggunaan teknologi di kalanagn

usahawan kuih tradisional tidak seragam. Manakala

parameter pengawetan pula memberi nilai jurang

yang paling rendah berbanding keenam-enam

parameter yang lain dengan nilai 0.5. Nilai jurang ini

dikategorikan pada tahap sederhana dengan erti

kata lain penggunaan teknologi adalah seragam.

Namun begitu, secara keseluruhan jurang

penggunaan teknologi bagi usahawan kuih

tradisional adalah rendah iaitu 0.28 (<0.5) dengan

purata tahap penggunaan teknologi adalah rendah

0.37 (<0.4). ini dapat dirujuk pada Rajah 9.7. Di sini

boleh disimpulkan bahawa tahap penggunaan

teknologi bagi industri kuih tradisional secara

keseluruhan adalah berada pada tahap rendah dan

seragam.

0 0.5 0.51 0.75 0.8 0.82 1

PENGAWETAN: 0.13 (0.50)

KUALITI: 0.49 (1.0)

P. & PERLEBELAN: 0.26 (0.75)

PENYIMPANAN: 0.14 (0.80)

LOGISTIK: 0.09 (0.51)

PEMPROSESAN: 0.29 (0.74)

Rajah 9.6: Jurang penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisonal mengikut

parameter

Page 12: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

171

0.28 0.55

Mean: 0.37GAP: 0.28

Rajah 9.7: Jurang penggunaan teknologi bagi keseluruhan pengusaha kuih tradisonal

9.4.1.3 Analisis faktor

Dalam kajian ini analisis faktor turut dilakukan

untuk menjawab kepada objektif objektif yang

seterusnya iaitu hubungan tahap penggunaan

teknologi dengan faktor-faktor sosio ekonomi.

Analisis faktor merupakan satu kaedah statistik

untuk menggambarkan kebolehubahan di kalangan

pemboleh ubah yang diperhatikan, pemboleh ubah

berkorelasi dari segi faktor yang berpotensi

menurunkan pemboleh ubah yang tidak dapat

diperhatikan yang dipanggil faktor. Soalam

berkaitan dengan masalah dan faktor-faktoor yang

mempengaruhi responden untuk menggunakan

teknologi berkaitan telah dimasukkan dalam borang

soal selidik. Soalan ini mempunyai empat pilihan

jawapan (skala Likert) iaitu 1= sangat tidak setuju,

2=tidak setuju, 3=setuju dan 4=sangat setuju. Pilihan

jawapan ini adalah untuk melihat sejauh mana

sesuatu masalah itu mendorong pengusaha dalam

penggunaan teknologi.

Dua ujian iaitu Reliability Test dan KMO and

Barlett’s Test perlu dijalankan terlebih dahulu

sebelum faktor analisis dijalankan. Ini adalah untuk

bagi memastikan data boleh dipercayai, sesuai dan

sah dilakukan analisis faktor. Nilai Cronbach’s Alpha

dalam ujian Reliability adalah ukuran konsistensi

dalaman, iaitu, berapa rapat satu set item sebagai

kumpulan. Ia dianggap sebagai ukuran

kebolehpercayaan skala. Dalam kajian ini nilai

Cronbach’s Alpha adalah 0.889 (Jadual 9.2) iaitu

Page 13: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

172

melebihi 0.5 yang membawa maksud set data adalah

boleh dipercayai dan boleh diteruskan dengan

analisis faktor. Manakala ujian Kaiser-Meyer-Olkin

(KMO) pula untuk melihat kesuaian data di mana ia

mengukur kecukupan sampel bagi setiap pemboleh

ubah dalam model serta melengkapkan model.

Merujuk kepada jadual 9.3 nilai KMO adalah 0.860 (>

0.5) dan ujian Barlett’s adalah signifikan (p<0.05).

Ini membawa maksud data set ini boleh dan sesuai

dijalankan ujian analisis faktor.

Jadual 9.2: Ujian Realibility

Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

0.889 24

Jadual 9.3: Ujian KMO dan Barlett’s

KMO and Bartlett's Test

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. 0.860

Bartlett's Test of Sphericity

Approx. Chi-Square 3774.793

df 276

Sig. 0.000

Setelah melalui beberapa ujian pengesahan,

kesemua 24 pernyataan faktor dan masalah ini

kemudian di analisis dengan menggunakan ujian

faktor. Daripada analisis didapati lima faktor yang

mendorong pengusaha menggunakan teknologi

dalam industri kuih tradisional di Malaysia. Nilai

kumulatif varian adalah 70.81% dan ini dapat

dibuktikan dengan merujuk kepada Jadual 9.4.

Kesemua faktor ini diringkaskan nama mengikut

tema dan kata kunci berdasarkan kenyataan

masalah yang telah dikenal pasti yang mana

menggambarkan semua kenyataaan bagi setiap

kumpulan.

Faktor sokongan merupakan faktor utama

yang mendorong pengusaha kuih tradisional untuk

menggunakan teknologi yang mana dapat

diterangkan dengan 7 kenyataan yang melibatkan

sokongan daripada jabatan dan agensi. Jelas

Page 14: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

173

menunjukkan penggunaan teknologi di kalangan

pengusaha sangat dipengaruhi oleh bantuan dan

sokongan pihak berkuasa. Agensi dan jabatan perlu

memainkan peranan sebagai penyalur maklumat

dan sebagai badan utama penyampaian segala

bentuk teknologi terkini. Para pengusaha lebih

mempercayai dan mengharapkan bantuan dan

sokongan daripada badan kerajaan untuk membantu

mereka ke arah lebih berteknologi.

Faktor kedua yang mendorong penggunaan

teknologi di kalangan pengusaha adalah faktor

latihan dengan nilai loading yang paling tinggi

adalah 0.874. Penggunaan teknologi moden bukan

sekadar penggunaan mesin yang berteknologi tinggi,

malah memerlukan latihan dan tenaga pekerja yang

mahir untuk mengendalikannya. Pekerja perlu

diberikan latihan yang berterusan untuk

memastikan penggunaan teknologi moden mengikut

tatacara yang betul bagi meningkatkan kecekapan

pengeluaran.

Selain itu faktor produk juga perlu diambil

kira oleh pengusaha. Produk yang dikeluarkan

mestilah berkuaiti dan sentiasa memenuhi citarasa

pelanggan. Hal ini kerana dalam industri

pemakanan, kualiti dan rasa merupakan aspek yang

paling utama menentukan penerimaan daripada

pelanggan.

Penggunaan teknologi bukan sekadar

menggunakan peralatan moden malah kemudahan

infra mesti diberi perhatian. Infra merupakan faktor

yang keempat yang mendorong pengusaha kuih

tradisional menggunakan teknologi. Kawasan dan

keadaan premis mestilah mengikut spesifikasi

tertentu untuk memastikan peralatan moden sesuai

ditempatkan. Premis mungkin perlu dilakukan

pengubahsuaian jika premis atau kawasan tidak

sesuai untuk penggunaan peralatan moden dan ini

secara tidak langsung turut melibatkan kos yang

tinggi.

Page 15: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

174

Faktor yang terakhir adalah berkaitan dengan

pasaran. Penggunaan teknologi moden dalam

penghasilan kuih tradisonal boleh meningkatkan

kuantiti dan kualiti pengeluaran. Namun

peningkatan ini haruslah selari dengan permintaan

dan pasaran semasa. Oleh itu pengusaha perlu

pandai mencari peluang dan ruang untuk

menembusi pasaran yang pelbagai bagi menjamin

pulangan yang setimpal dengan apa yang telah

dilaburkan.

Jadual 9.4: Analisis faktor

Faktor Item Keterangan Loading

Sokongan 9 Pemantauan yang baik dari Jabatan/Agensi 0.854

10 Wujud program berkaitan yang berterusan 0.842

11 Wujud persatuan/NGO menjaga kebajikan 0.822

8 Khidmat nasihat dari Jabatan/Agensi 0.818

5 Akses kepada maklumat teknologi baru 0.662

4 Manual teknologi yang mudah 0.510

13 Bantuan teknologi baru mudah diperolehi 0.507

Latihan 19 Pengetahuan yang tinggi diperlukan 0.874

20 Memerlukan tenaga pekerja yang mahir 0.833

18 Masa yang lama belajar teknologi baru 0.809

17 Memerlukan latihan yang berterusan 0.775

Produk 15 Mengurangkan kos pengeluaran 0.800

14 Untuk meningkatkan kualiti produk 0.778

Infra 1 Peralatan sedia ada sesuai dan mencukupi 0.867

2 Saiz kilang/kawasan sesuai dan mencukupi 0.861

Pasaran 3 Permintaan dan pasaran menggalakkan 0.632

7 Berani mengambil risiko 0.615

Initial Eigenvalues (% Cummulatives) 70.81

9.4.1.4 Analisis korelasi

Analisis korelasi dijalankan untuk melihat kekuatan

hubungan di antara faktor-faktor sosioekonomi

dengan indeks penggunaan teknologi. Korelasi

adalah satu teknik statistik yang dapat menunjukkan

sama ada dan seberapa kuat pasangan pemboleh

ubah berkaitan antara satu sama lain. Keputusan

ujian korelasi dapat dilihat pada Jadual 9.5 di mana

ia telah dijalankan terhadap tiga belas pemboleh

Page 16: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

175

ubah faktor sosioekonomi sebagai pemboleh ubah

tidak bersandar manakala indeks penggunaan

teknologi pula sebagai pemboleh ubah bersandar.

Terdapat 6 pemboleh ubah yang mempunyai

korelasi dan menunjukkan keputusan yang

signifikan dengan indeks penggunaan teknologi.

Antaranya ialah faktor jantina, margin, pekerja,

usahawan, sokongan dan juga latihan. Faktor

pekerja dan usahawan didapati signifikan pada aras

1% manakala lain-lain faktor signifikan pada aras

5%. Tahap penggunaan teknologi di kalangan

usahawan kuih tradisional di malaysia sama ada

tinggi atau rendah boleh dikatakan dipengaruhi oleh

beberapa faktor ini.

Jadual 9.5: Analisis korelasi di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks

teknologi

Jantina Umur Pendidikan Pengalaman Entiti Margin Pekerja

Pearson

Correlation -0.142 -0.028 0.094 0.011 0.128 0.130 0.277

Sig. (2-tailed) 0.017** 0.638 0.114 0.858 0.065 0.029** 0.000***

N 281 275 281 278 208 281 280

Usahawan Sokongan Latihan Produk Infra Latihan

Pearson

Correlation 0.282 0.125 0.045 0.053 0.013 0.131

Sig. (2-tailed) 0.000*** 0.037** 0.454 0.378 0.829 0.028**

N 281.000 281.000 281.000 281.000 281.000 281.000

***, **, signifikan pada aras 1% dan 5%

9.4.1.5 Analisis regresi berbilang

Namun bagi mengesahkan lagi faktor-faktor yang

mempengaruhi tahap penggunaan teknologi di

kalangan pengusaha kuih tradisional analisis regrasi

telah dijalankan. Analisis ini dijalankan bagi

memodelkan hubungan antara dua atau lebih

pembolehubah tak bersandar dengan pembolehubah

bersandar merujuk persamaan data linear yang

diperhatikan. Ia dijalankan untuk melihat sejauh

mana hubungan faktor-faktor yang mempunyai

korelasi dengan indeks penggunaan teknologi

berhubung. Daripada ujian korelasi enam

Page 17: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

176

pembolehubah yang signifikan dengan indeks

penggunaan teknologi dijalankan ujian regrasi

berbilang.

Terdapat 2 faktor yang mempunyai hubungan

yang signifikan iaitu faktor pekerja dan usahawan

(Jadual 9.6). Faktor pekerja berhubung secara

songsang dengan indeks penggunaan teknologi dan

signifikan pada aras 5% manakala faktor usahawan

berhubung secara langsung dengan indeks

penggunaan teknologi dan signifikan pada aras 1%.

Faktor pekerja menerangkan semakin kurang

penggunaan tenaga pekerja semakin tinggi tahap

penggunaan teknologi moden di kalangan

pengusaha. Manakala bagi faktor usahawan pula,

jenis usahawan akan mendorong penggunaan

teknologi. Jenis usahawan dalam kajian ini

melibatkan usahawan MARDI dan usahawan bukan

MARDI. Dalam kes ini, usahawan MARDI lebih

cenderung untuk menggunakan teknologi moden

berbanding usahawan bukan MARDI.

Jadual 9.6: Analisis regresi berbilang di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan

indeks teknologi

Jantina Entiti Margin Pekerja Usahawan Sokongan Latihan

SE 0.008 0.016 0.000 0.001 0.008 0.008 0.010

Standardized

Coefficients -0.101 0.064 -0.007 -0.171 0.241 -0.059 0.105

T-stat -1.514 0.851 -0.091 2.163 3.558 -0.785 1.406

Sig 0.132 0.396 0.928 0.032** 0.000*** 0.434 0.161

Nilai F 4.111

Sig 0.000

R Square 0.126

Adjusted R

Square 0.096

***, **, signifikan pada aras 1% dan 5%

Page 18: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

177

9.4.2 Impak kepada MARDI

9.4.2.1 Deskriptif

Kajian ini turut melibatkan usahawan MARDI dan

usahawan bukan MARDI sebagai responden.

Beberapa analisis telah dilakukan untuk melihat

perbandingan tahap penggunaan teknologi di antara

usahawan MARDI dan bukan MARDI. Daripada

keseluruhan jumlah responden, 24% merupakan

usahawan kuih tradisional MARDI manakala 76%

adalah usahawan kuih tradisional bukan MARDI

(Rajah 9.8). Bilangan usahawan lelaki MARDI lebih

ramai iaitu 34.9% berbanding usahawan lelaki

bukan MARDI 27.5%. Majoriti usahawan adalah

berumur di antara 40-50 tahun bagi kedua-dua

usahawan. Walaubagaimanapun peratus bilangan

usahawan MARDI yang berumur kurang 40 tahun

adalah melebihi usahawan bukan MARDI iaitu

36.1% dan 28.5% masing-masing. Manakala dari

segi taraf pendidikan pula didapati usahawan

MARDI terdiri daripada usahawan yang mempunyai

pendidikan tahap diploma (23.8%) dan ijazah

(15.9%) melebihi usahawan bukan MARDI. Majoriti

kedua-dua usahawan mempunyai pengalaman di

antara 5-10 tahun dan kebanyakan mereka tidak

mendaftar perniagaan mereka. Namun di kalangan

mereka yang mendaftar perniagaan, sebanyak 8.9%

usahawan MARDI mempunyai syarikat SDN BHD

melebihi usahawan bukan MARDI (Jadual 9.7).

Daripada analisis deskriptif ini dapat disimpulkan

bahawa usahawan MARDI terdiri daripada golongan

muda dan mempunyai latar belakang pendidikan

tinggi dan sebilangannya adalah usahawan yang

mempunyai syarikat yang besar.

Page 19: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

178

Rajah 9.8: Usahawan MARDI dan usahawan bukan MARDI

Page 20: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

179

Jadual 9.7: Deskriptif

Sosioekonomi Perincian MARDI Bukan MARDI

% %

Jantina Lelaki 34.9 27.5

Perempuan 65.1 72.5

Umur < 30 tahun 14.8 10.7

30 - 40 tahun 21.3 17.8

40 - 50 tahun 37.7 38.8

> 50 tahun 26.2 32.7

Pendidikan Sekolah Rendah 11.1 10.6

Sekolah Menengah

(SRP/PMR) 4.8 17.9

Sekolah Menengah

(SPM) 44.4 54.1

Diploma/STP 23.8 9.2

Ijazah dan ke atas 15.9 5.0

Lain-lain 0.0 3.2

Pengalaman < 5 tahun 33.5 31.5

5 - 10 tahun 34.2 34.7

10 - 15 tahun 12.9 13.9

15 - 20 tahun 9.0 8.8

> 20 tahun 10.4 11.1

Daftar Entiti Daftar 11.1 30.7

Tidak Daftar 88.9 69.3

Jenis Entiti Enterprise 91.1 93.4

Sdn Bhd 8.9 6.6

9.4.2.2 Analisis Fuzzy Logic

Seterusnya analisis Fuzzy Logic turut dijalankan

untuk melihat tahap penggunaan teknologi bagi

kedua-dua jenis usahawan. Rajah 9.9 dan 9.10

menunjukkan lakaran scatter plot bagi indeks fuzzy

logic tahap penggunaan teknologi bagi usahawan

kuih tradisional MARDI dan bukan MARDI. Taburan

indeks ini merangkumi kesemua parameter

teknologi yang digunakan. Merujuk kepada Rajah

9.9, taburan titik adalah tertumpu pada skala di

antara 0.4-0.5 yang membawa maksud majoriti

(54%) usahawan MARDI berada pada tahap

sederhana dalam penggunaan teknologi moden.

Terdapat juga sebilangan kecil (1.6%) usahawan

kuih tradisional MARDI telah mencapai tahap yang

tinggi dalam penggunaan teknologi walaupun

peratusannya tidaklah begitu besar. Tetapi berbeza

pula bagi usahawan bukan MARDI majoriti 71.6%

adalah berada pada skala di bawah 0.4 iaitu pada

Page 21: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

180

tahap rendah dan selebihnya 28.4% berada pada

tahap yang sederhana (Rajah 9.10). Namun tiada

usahawan yang berada pada tahap yang tinggi bagi

usahawan bukan MARDI. Jelas menunjukkan bahawa

usahawan MARDI lebih cenderung untuk

menggunakan teknologi berbanding usahawan

bukan MARDI. Perkara ini disebabkan oleh

usahawan MARDI banyak pendedahan kepada

teknologi terkini hasil daripada kursus yang dihadiri

oleh mereka serta khidmat nasihat daripada pakar

yang terdiri daripada pegawai MARDI khususnya.

Rajah 9.9: Indeks Fuzzy Logic tahap penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisional MARDI

Rajah 9.10: Indeks Fuzzy Logic tahap penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisional bukan MARDI

Page 22: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

181

9.4.2.3 Analisis korelasi

Analisis korelasi telah dijalankan untuk

mengenalpasti hubungan di antara faktor

sosioekonomi dengan indeks tahap penggunaan

teknologi. Analisis ini untuk menentukan faktor

manakah yang mempunyai hubungan yang

signifikan dengan indeks teknologi. Keputusan

analisis telah dimasukkan ke dalam Jadual 9.8.

Terdapat dua faktor yang mempunyai hubungan

dengan indeks penggunaan teknologi bagi usahawan

MARDI iaitu margin dan infra dengan masing-

masing signifikan pada aras 1% dan 10%. Manakala

bagi usahawan bukan MARDI, tiga faktor yang

mempengaruhi indeks penggunaan teknologi iaitu

jantina, pekerja dan latihan. Faktor jantina dan

latihan adalah signifikan pada aras 5% manakala

faktor pekerja pula signifikan pada aras 1%.

Jadual 9.8: Analisis korelasi bagi pengusaha MARDI dan bukan MARDI

Jantina Umur Pendidikan Pengalaman Jenis Entiti

Margin

MARDI

Pearson Correlation

-0.054 0.090 0.121 0.091 0.126 0.380

Sig. (2-tailed) 0.674 0.490 0.344 0.481 0.355 0.002***

N 63 61 63 62 56 63

BUKAN MARDI

Pearson Correlation

-0.150 -0.033 0.038 0.010 0.122 0.089

Sig. (2-tailed) 0.027** 0.631 0.577 0.886 0.136 0.197

N 218 214 218 216 152 214

Pekerja Sokongan Latihan Produk Infra Latihan

MARDI

Pearson Correlation

0.185 0.001 0.088 0.004 -0.246 -0.076

Sig. (2-tailed) 0.146 0.992 0.493 0.975 0.052* 0.551

N 63 63 63 63 63 63

BUKAN MARDI

Pearson Correlation

0.271 0.101 0.064 0.043 0.076 0.171

Sig. (2-tailed) 0.000*** 0.137 0.347 0.529 0.262 0.011**

N 217 218 218 218 218 218

9.4.2.4 Analisis regresi berbilang

Page 23: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

182

Analisis regresi berbilang telah dijalankan bagi

mengukuhkan lagi analsis korelasi. Kaedah regrasi

berbilang adalah kombinasi serentak pelbagai faktor

untuk menilai bagaimana dan sejauh mana ia

memberi kesan kepada hasil tertentu. Oleh sebab itu

ia dijalankan untuk melihat sejauh mana hubungan

faktor-faktor sosioekonomi yang mempunyai

korelasi dengan indeks penggunaan teknologi

berhubung. Melalui analisis ini, hubungan sebenar di

antara faktor sosioekonomi dengan indeks tahap

penggunaan teknologi dapat dijelaskan.

Dua faktor daripada usahawan MARDI dan

tiga faktor daripada usahawan bukan MARDI yang

dikenalpasti mempunyai hubungan korelasi dengan

indeks penggunaan teknologi telah dijalankan ujian

regresi berbilang. Semua keputusan analisis telah

dimasukkan ke dalam Jadual 9.9. Faktor margin dan

infra bagi usahawan MARDI didapati mempunyai

hubungan yang positif dengan indeks penggunaan

teknologi dan signifikan pada aras 1% dan 5%

masing-masing. Ini menerangkan tahap penggunaan

teknologi di kalangan usahawan MARDI di

pengaruhi oleh kedua-dua faktor sosioekonomi ini.

Usahawan yang mempunyai margin kasar yang

tinggi lebih cenderung untuk menggunakan

teknologi berbanding usahawan yang mempunyai

margin kasar yang rendah. Begitu juga dengan faktor

infra. Usahawan yang mempunyai kemudahan infra

berpotensi untuk menggunakan teknologi

berbanding usahawan yang tidak mempunyai

kemudahan infra. Ini kerana kawasan dan keadaan

premis hendaklah bersesuaian dengan peralatan

teknologi moden yang akan digunakan.

Manakala bagi usahawan bukan MARDI pula,

daripada tiga faktor yang dijalankan analisis regrasi

berbilang, hanya dua faktor yang mempunyai

hubungan yang signifikan dengan indeks tahap

penggunaan teknologi iaitu faktor pekerja dan

latihan. Faktor pekerja signifikan pada aras 1% dan

berhubung secara songsang dengan indeks tahap

penggunaan teknologi. Ini membawa maksud

Page 24: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

183

usahawan yang menggunakan tenaga pekerja yang

kurang lebih berpotensi untuk menggunakan

teknologi moden berbanding usahawan banyak

menggunakan tenaga pekerja. Manakala faktor

latihan pula berhubung secara langsung dengan

indeks tahap penggunaan teknologi dan signifikan

pada aras 5%. Usahawan yang menghadiri lebih

banyak latihan dan kursus lebih cenderung

menggunakan teknologi jika dibandingkan dengan

usahawan yang kurang menghadiri latihan dan

kursus.

Jadual 9.9: Analisis regrasi berbilang bagi usahawan MARDI dan bukan MARDI

MARDI Bukan MARDI

Margin Infra Jantina Pekerja Latihan

SE 0.000 0.009 0.008 0.001 0.008

Coefficients 0.398 0.273 -0.124 -0.249 0.140

T-stat 3.482 -2.388 -1.915 3.830 2.158

Sig 0.001*** 0.020** 0.057 0.000*** 0.032**

Nilai F 8.393

8.775

Sig 0.001

0.000

R Square 0.219

0.110

Adjusted R Square 0.193

0.097

9.5 SARANAN

Hasil daripada kajian ini, beberapa saranan dapat dikemukakan iaitu:

Penyelidik/penjana teknologi boleh menggunapakai nilai indeks tahap

penggunaan teknologi dalam kajian ini untuk menambahbaik teknologi

yang sedia ada bagi meningkatkan penggunaan teknologi pada masa akan

datang.

Teknologi dan inovasi perlu dalam indusutri kuih tradisional namun

penggunaan teknologi dalam penghasilan produk kuih tradisional perlu

diberi perhatian terutama sekali bagi mengekalkan rasa tradisional tanpa

penggunaan bahan pengawet (preservation).

Perubahan gaya hidup dan cara pemakanan masyarakat pada masa kini

terutama di kawasan bandar yang mengutamakan rupa luaran produk,

pengusaha perlu kreatif dan berinovasi dengan menambah nilai-nilai estetik

dan seni persembahan bagi memenuhi citarasa pengguna.

Pengusaha yang mempunyai nilai indeks penggunaan teknologi yag terbaik

boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengusaha-pengusaha lain yang

ingin mengembangkan perusahaan mereka.

Page 25: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

184

9.6 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tahap pengunaan teknologi di kalangan pengusaha kuih

tradisional di seluruh Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap yang rendah

(65.5%) dengan purata indeks penggunaan teknologi adalah 0.37.

Walaubagaimanapun 34.2% pengusaha berada pada tahap sederhana dan 0.4%

berada pada tahap yang tinggi. Walaupun majoriti pengusaha berada pada tahap

yang rendah dalam penggunaan teknologi tetapi terdapat juga segelintir

pengusaha yang sudah berada pada tahap yang tinggi. Ini boleh dijadikan sebagai

penanda aras kepada pengusaha-pengusaha lain untuk lebih berdaya saing dan

maju dalam perusahaan kuih tradisional sekaligus sebagai tempat rujukan untuk

mendapatkan teknologi terkini. Manakala dari segi jurang penggunaan teknologi

pula, secara purata didapati rendah iaitu 0.28 yang membawa maksud

penggunaan teknologi di kalangan pengusaha kuih tradisional di Malaysia

adalah seragam dan tiada perbezaan yang ketara dalam penggunaan teknologi di

kalangan mereka.

Jaminan Kualiti merupakan parameter yang paling tinggi tahap

penggunaan teknologi berbanding parameter yang lain. Jelas menunjukkan

pengusaha kuih tradisional amat menitikberatkan tentang aspek kualiti yang

mana ia merupakan perkara yang paling penting dan utama dalam industri

pemakanan bagi memastikan kualiti dan tahap kebersihan makanan terjamin.

Manakala parameter yang paling rendah tahap penggunaan teknologi pula

adalah presevation. Penggunaan teknologi yang rendah dalam parameter

pengawetan dilihat bukanlah satu isu yang serius kerana industri kuih

tradisonal itu sendiri tidak menggunakan bahan pengawet yang tinggi dalam

penghasilan produk. Lazimnya, kuih tradisional adalah untuk di makan segar dan

proses pembuatannya tidak memerlukan bahan pengawet sebagai bahan

tambahan.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan teknologi di

kalangan pengusaha kuih tradisonal iaitu faktor pekerja dan jenis usahawan.

Faktor pekerja di dapati berhubung secara songsang dengan indeks tahap

penggunaan teknologi dimana semakin kurang bilangan pekerja semakin tinggi

tahap penggunaan teknologi. Manakala faktor jenis usahawan pula berhubung

secara terus dengan tahap penggunaan teknologi. Usahawan MARDI dilihat lebih

cenderung untuk menggunakan teknologi berbanding usahawan luar.

Bagi impak kepada MARDI pula, secara keseluruhan, tahap penggunaan

teknologi di kalangan usahawan kuih tradisonal MARDI adalah lebih tinggi

daripada tahap penggunaan teknologi usahawan bukan MARDI. Ini telah

dibuktikan dengan keputusan analisis Fuzzy Logic yang melibatkan kesemua

responden usahawan MARDI dan bukan MARDI.

Page 26: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

185

Majoriti 54% usahawan MARDI berada pada tahap sederhana

penggunaan teknologi tetapi majoriti 71.6% usahawan bukan MARDI berada

pada tahap yang rendah dalam penggunaan teknologi. Terdapat juga segelintir

usahawan MARDI telah mencapai tahap yang tinggi dalam penggunaan teknologi

moden walaupun peratusannya tidak begitu besar. Namun apa yang boleh

dikatakan di sini, usahawan MARDI lebih cenderung untuk menggunakan

teknologi moden berbanding usahawan bukan MARDI. Hal ini kerana

kebanyakan usahawan MARDI didedahkan dengan penggunaan teknologi

melalui kursus dan latihan yang dihadiri serta khidmat nasihat daripada pakar.

Berhubung faktor-faktor sosioekonomi pula, terdapat dua faktor yang

mempengaruhi tahap penggunaan teknologi bagi kedua-dua kategori usahawan.

Di kalangan usahawan MARDI tahap penggunaan teknologi moden dipengaruhi

oleh faktor margin dan infra. Margin kasar dan infra berhubung secara positif

dengan indeks tahap penggunaan teknologi. Kedua-dua faktor ini menerangkan

semakin besar margin kasar dan infra semakin tinggi penggunaan teknologi

moden di kalanagn usahawan.

Manakala bagi usahawan bukan MARDI pula faktor yang mempengaruhi

usahawan menggunakan teknologi adalah faktor pekerja dan latihan. Bilangan

pekerja yang sedikit akan mendorong usahawan untuk menggunakan teknologi

melebihi usahawan yang mempunyai pekerja yang ramai. Dari segi latihan pula,

usahawan yang mengikuti latihan atau kursus adalah lebih cenderung untuk

menggunakan teknologi berbanding usahawan yang tidak mengikuti latihan atau

kursus.

9.7 RUJUKAN

Afnan, H. (2017). Pikat Hati Pelanggan Dengan Promosi Jualan. Dimesi Koop(53),

44-51

Doolittle, A., Jones, A., Pope, L., Vorontsov, O., & Wray, J. (2013). Bakery Industry.

Euromonitor, I. (2011). Passport Baked Gooods in Malaysia. Euromonitor

Internationa, 9, 1-9

Industry, M.-G. C. O. C. a. (2016). Market Watch Report 2016 Bakery and

Confectionery Trends Malaysia. Kuala Lumpur: EU-Malaysia Chamber of

Commerce and Industry (EUMCCI)

Kiumarsi, S., Jayaraman, K., Salmi, & Varastegani, A. (2014). Marketing strategies

to improve the sales of bakery products of small-medium enterprise

(SMEs) in Malaysia. International Food Research Journal, 21(6), 2102-

2107

Page 27: 9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI ...etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 9-Nik Rahimah et al.pdfkuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun

186

Mohamad, R., & Noh, N. F. M. (Eds.). (2015). Pelaburan Dalam Industri Roti.

Serdang, Malaysia: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI)

A. Rosniyana, M.A. Hashifah, Z. Badriah & S.A. Shariffah Norin (2003). Penentuan

proksimat dan kajian penyimpanan kuih tradisional dari program Satu

Kampung Satu Industri di Kedah. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 31(2)(2003):

181-188

Siah Watt Moey, Mohd. Ariff Wahid dan Noor Azizah Ahmad (2012). Teknik

pembungkusan makanan terpilih. Buletin Teknologi MARDI, Bil.

2(2012): 119–125

Sharina Shamsudin, Rozhan Abu Dardak, Mohd Nizam Mohd Nizat & Suwardi

Afandi Ahmad (2014). Potensi Pasaran Kuih Muih Tradisonal Sejuk Beku

di Selangor. Economic & Technology Management Review, Vol.9b

(2014):164-170