bab 9 percukaian di malaysia

12

Click here to load reader

Upload: chris

Post on 18-Jun-2015

4.042 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

BAB 9PERCUKAIAN DI MALAYSIA9.1Cukai : Milikan Tunggal Dan Perkongsian9.1.1PengenalanPendapatan atau keuntungan hasil daripada aktiviti perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan atas individu yang memiliki perniagaan tersebut. Pendapatan kasar perniagaan termasuklah : -93•Penerimaan tunai bagi barang yang dijual dan perkhidmatan yang ditawarkan.•Semua hutang yang diterbit bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan.•Pendapatan dan penerimaan berupa

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

BAB 9

PERCUKAIAN DI MALAYSIA

9.1 Cukai : Milikan Tunggal Dan Perkongsian

9.1.1 Pengenalan

Pendapatan atau keuntungan hasil daripada aktiviti perniagaan layak

dikenakan cukai pendapatan atas individu yang memiliki perniagaan tersebut.

Pendapatan kasar perniagaan termasuklah : -

93

Page 2: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

Penerimaan tunai bagi barang yang dijual dan perkhidmatan yang

ditawarkan.

Semua hutang yang diterbit bagi barang-barang yang dijual atau

perkhidmatan yang diberikan.

Pendapatan dan penerimaan berupa barangan. Nilai pasaran barang

tersebut dianggap pendapatan kasar perniagaan.

Hutang lapuk perniagaan yang pulih. Hutang ini telah dihapukira dan

diperolehi kembali.

Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan.

9.1.2 Perbelanjaan Perniagaan dibenarkan

Perbelanjaan perniagaan dibenarkan merupakan perbelanjaan yang

berhubung terus dengan perniagaan secara langsung. Antara perbelanjaan yang

dibenarkan adalah seperti berikit : -

Upah dan gaji pekerja. Di dalam Enterprise, upah dan gaji kepada pemilik

merupakan perbelanjaan yang tidak dibenarkan.

Faedah atas pinjaman atau overdraf bagi tujuan perniagaan.

Sewa yang kena bayar ke atas premis perniagaan.

Perbelanjaan pembaikan ke atas premis, kenderaan, loji atau peralatan lain

bagi kegunaan perniagaan.

KWSP dan PERKESO dan sebagainya.

94

Page 3: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

9.1.3 Perbelanjaan Perniagaan Tidak Dibenarkan

Perbelanjaan perniagaan tidak dibenarkan merupakan perbelanjaan yang

berbentuk peribadi dan perbelanjaan modal di dalam perniagaan milikan tunggal

dan perkongsian. Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan adalah : -

Perbelanjaan untuk peribadi – contoh manfaat kediaman dan perbelanjaan

peribadi yang lain-lain.

Perbelanjaan pembelian asset peribadi.

9.1.4 Borang Cukai Bagi Milikan Tunggal Dan Perkongsian

Borang cukai bagi perniagaan milikan tunggal ialah Borang B manakala bagi

perniagaan perkongsian ialah Borang P. Borang EA adalah diberikan kepada

pekerja. Merujuk Lampiran 15A, Lampiran 15B dan Lampiran 15C.

9.2 Cukai : Syarikat Sendirian Berhad

9.2.1 Pengenalan

95

Page 4: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

Sistem percukaian Malaysia telah memasuki era sistem taksiran bagi syrikat

bermula pada tahun 2001. Di bawah sistem ini, pembayar perlu memahami polisi-

polisi dan peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah ditetapkan.

Antaranya pembayar cukai perlu bertanggungjawab terhadap cukai syarikat yang

ditaksirkan sendiri, pembayaran ansuran cukai dan sebagainya. Pihak LHDN pula

telah mewujudkan satu sistem polisi yang memantau perjalanan sistem tersebut.

Dengan perlaksaaan sistem cukai audit (Tax audit) dan penyiasatan audit

(investigation audit) oleh LHDN. Ini akan membantu dalam menjayakan sistem

yang diperkenalkan di dalam Malaysia ini.

Bagi para pengarah atau pegawai utama syarikat pula perlu memastikan

bahawa pengiraan cukai syarikat yang disediakan dan dihantar adalah bersesuaian

dan berlandaskan dengan undang-undang dan polisi-polisi yang ditetapkan oleh

LHDN.

9.2.2 Borang Cukai Bagi Syarikat

Setiap tahun sesebuah syarikat perlulah menghantar boring-borang cukai

seperti di bawah atau mengisinya secara e-failing di laman web LHDN.

Borang C – Borang cukai pendapatan syarikat.

Borang R – Penyata Seksyen 108 ( Perkara dividen syarikat).

Borang CP204 – Anggaran cukai kena bayar bagi tahun hadapan.

Borang CP204A – Pindaan anggaran cukai.

Borang CP204B – Pindaan tempoh perakaunan.

96

Page 5: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

Bagi sesebuah syarikat yang baru mula operasi dalam suatu tahun taksiran,

Borang CP204 hendaklah dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh tiga bulan dari

tarikh bermula operasi. Bagi syarikat yang sedia ada, perlulah mengemukakan

Borang CP204, 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas perniagaan yang baru.

Merujuk Lampiran 16A dan Lampiran 16B untuk melihat contoh borang C dan

Borang E.

9.3 Pengiraan Cukai

9.3.1 Pengiraan Cukai Pendapatan Individu

Sebelum mambuat pengiraan cukai pendapatan individu, dikehendaki

membuat pengiraan pelarasan pendapatan perniagaan.

Tatacara mengira pelarasan pendapatan perniagaan adalah seperti berikut : -

RM RM

Untung Bersih -

Perbelanjaan tidak dibenarkan :Susutnilai aset tetap - Belanja am - Yuran lesen (bagi tahun pertama) -

-

PENDAPATAN LARASAN -

97

Page 6: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

Tolak :ELAUN MODAL

Kenderaan - Mesin - Lengkapan & lekapan - Perabot - Komputer & alatan IT - -

PENDAPATAN BERKANUN -

Tatacata mengira cukai pendapatan individu seperti berikut : -

RM RM

PENDAPATAN PERNIAGAAN

KEDAI ABC 101,162

Tolak : TANGGUNGAN

Sendiri 8,000.00

Isteri -

Anak 4,000.00

Insurans 4,525.00

Perubatan dan Pendidikan 2,800.00

19,325

Pendapatan Dikenakan Cukai 81,837

98

Page 7: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

CUKAI PENDAPATAN

Pada RM 70,000 yang pertama 7,275.00

Pada RM 11,837 yang seterusnya (RM 11,837 X 24%)

2,840.88 10,115.88

Tolak : Rebat - Cukai yang perlu dibayar pada tahun taksiran 2008

10,115.88

9.3.2 Pengiraan Cukai Bagi Syarikat

Pengiraan cukai bagi syarikat tidak sama seperti perniagaan milikan tunggal

dan perkongsian. Ini bermakna sebelum membuat pengiraan cukai bagi syarikat

tidak perlu membuat pelarasan pendapatan perniagaan.

Tatacara mengiraan cukai bagi syarikat adalah seperti berikut :

RM RM

Net profit -

Perbelanjaan tidak dibenarkan :Susutnilai aset tetap - Derma - Belanja am -

-

PENDAPATAN LARASAN -

99

Page 8: Bab 9 Percukaian Di Malaysia

Tolak :

Elaun modal

Lengkapan & lekapan - Loji - Perabot - Kenderaan - Komputer & alatan IT -

-

PENDAPATAN BERCUKAI 560,000

PENDAPATAN BERCUKAI

Pada RM 500,000 yang pertama (RM500,000 x 20%) 100,000.00

Pada RM 60,000 yang seterusnya (RM 60,000 x 28%) 16,800.00 116,800.00

Less: Rebate -

CUKAI KENA BAYAR 116,800.00

100