Download - Bab 9 Percukaian Di Malaysia
BAB 9
PERCUKAIAN DI MALAYSIA
9.1 Cukai : Milikan Tunggal Dan Perkongsian
9.1.1 Pengenalan
Pendapatan atau keuntungan hasil daripada aktiviti perniagaan layak
dikenakan cukai pendapatan atas individu yang memiliki perniagaan tersebut.
Pendapatan kasar perniagaan termasuklah : -
93
Penerimaan tunai bagi barang yang dijual dan perkhidmatan yang
ditawarkan.
Semua hutang yang diterbit bagi barang-barang yang dijual atau
perkhidmatan yang diberikan.
Pendapatan dan penerimaan berupa barangan. Nilai pasaran barang
tersebut dianggap pendapatan kasar perniagaan.
Hutang lapuk perniagaan yang pulih. Hutang ini telah dihapukira dan
diperolehi kembali.
Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan.
9.1.2 Perbelanjaan Perniagaan dibenarkan
Perbelanjaan perniagaan dibenarkan merupakan perbelanjaan yang
berhubung terus dengan perniagaan secara langsung. Antara perbelanjaan yang
dibenarkan adalah seperti berikit : -
Upah dan gaji pekerja. Di dalam Enterprise, upah dan gaji kepada pemilik
merupakan perbelanjaan yang tidak dibenarkan.
Faedah atas pinjaman atau overdraf bagi tujuan perniagaan.
Sewa yang kena bayar ke atas premis perniagaan.
Perbelanjaan pembaikan ke atas premis, kenderaan, loji atau peralatan lain
bagi kegunaan perniagaan.
KWSP dan PERKESO dan sebagainya.
94
9.1.3 Perbelanjaan Perniagaan Tidak Dibenarkan
Perbelanjaan perniagaan tidak dibenarkan merupakan perbelanjaan yang
berbentuk peribadi dan perbelanjaan modal di dalam perniagaan milikan tunggal
dan perkongsian. Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan adalah : -
Perbelanjaan untuk peribadi – contoh manfaat kediaman dan perbelanjaan
peribadi yang lain-lain.
Perbelanjaan pembelian asset peribadi.
9.1.4 Borang Cukai Bagi Milikan Tunggal Dan Perkongsian
Borang cukai bagi perniagaan milikan tunggal ialah Borang B manakala bagi
perniagaan perkongsian ialah Borang P. Borang EA adalah diberikan kepada
pekerja. Merujuk Lampiran 15A, Lampiran 15B dan Lampiran 15C.
9.2 Cukai : Syarikat Sendirian Berhad
9.2.1 Pengenalan
95
Sistem percukaian Malaysia telah memasuki era sistem taksiran bagi syrikat
bermula pada tahun 2001. Di bawah sistem ini, pembayar perlu memahami polisi-
polisi dan peraturan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah ditetapkan.
Antaranya pembayar cukai perlu bertanggungjawab terhadap cukai syarikat yang
ditaksirkan sendiri, pembayaran ansuran cukai dan sebagainya. Pihak LHDN pula
telah mewujudkan satu sistem polisi yang memantau perjalanan sistem tersebut.
Dengan perlaksaaan sistem cukai audit (Tax audit) dan penyiasatan audit
(investigation audit) oleh LHDN. Ini akan membantu dalam menjayakan sistem
yang diperkenalkan di dalam Malaysia ini.
Bagi para pengarah atau pegawai utama syarikat pula perlu memastikan
bahawa pengiraan cukai syarikat yang disediakan dan dihantar adalah bersesuaian
dan berlandaskan dengan undang-undang dan polisi-polisi yang ditetapkan oleh
LHDN.
9.2.2 Borang Cukai Bagi Syarikat
Setiap tahun sesebuah syarikat perlulah menghantar boring-borang cukai
seperti di bawah atau mengisinya secara e-failing di laman web LHDN.
Borang C – Borang cukai pendapatan syarikat.
Borang R – Penyata Seksyen 108 ( Perkara dividen syarikat).
Borang CP204 – Anggaran cukai kena bayar bagi tahun hadapan.
Borang CP204A – Pindaan anggaran cukai.
Borang CP204B – Pindaan tempoh perakaunan.
96
Bagi sesebuah syarikat yang baru mula operasi dalam suatu tahun taksiran,
Borang CP204 hendaklah dikemukakan kepada LHDN dalam tempoh tiga bulan dari
tarikh bermula operasi. Bagi syarikat yang sedia ada, perlulah mengemukakan
Borang CP204, 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas perniagaan yang baru.
Merujuk Lampiran 16A dan Lampiran 16B untuk melihat contoh borang C dan
Borang E.
9.3 Pengiraan Cukai
9.3.1 Pengiraan Cukai Pendapatan Individu
Sebelum mambuat pengiraan cukai pendapatan individu, dikehendaki
membuat pengiraan pelarasan pendapatan perniagaan.
Tatacara mengira pelarasan pendapatan perniagaan adalah seperti berikut : -
RM RM
Untung Bersih -
Perbelanjaan tidak dibenarkan :Susutnilai aset tetap - Belanja am - Yuran lesen (bagi tahun pertama) -
-
PENDAPATAN LARASAN -
97
Tolak :ELAUN MODAL
Kenderaan - Mesin - Lengkapan & lekapan - Perabot - Komputer & alatan IT - -
PENDAPATAN BERKANUN -
Tatacata mengira cukai pendapatan individu seperti berikut : -
RM RM
PENDAPATAN PERNIAGAAN
KEDAI ABC 101,162
Tolak : TANGGUNGAN
Sendiri 8,000.00
Isteri -
Anak 4,000.00
Insurans 4,525.00
Perubatan dan Pendidikan 2,800.00
19,325
Pendapatan Dikenakan Cukai 81,837
98
CUKAI PENDAPATAN
Pada RM 70,000 yang pertama 7,275.00
Pada RM 11,837 yang seterusnya (RM 11,837 X 24%)
2,840.88 10,115.88
Tolak : Rebat - Cukai yang perlu dibayar pada tahun taksiran 2008
10,115.88
9.3.2 Pengiraan Cukai Bagi Syarikat
Pengiraan cukai bagi syarikat tidak sama seperti perniagaan milikan tunggal
dan perkongsian. Ini bermakna sebelum membuat pengiraan cukai bagi syarikat
tidak perlu membuat pelarasan pendapatan perniagaan.
Tatacara mengiraan cukai bagi syarikat adalah seperti berikut :
RM RM
Net profit -
Perbelanjaan tidak dibenarkan :Susutnilai aset tetap - Derma - Belanja am -
-
PENDAPATAN LARASAN -
99
Tolak :
Elaun modal
Lengkapan & lekapan - Loji - Perabot - Kenderaan - Komputer & alatan IT -
-
PENDAPATAN BERCUKAI 560,000
PENDAPATAN BERCUKAI
Pada RM 500,000 yang pertama (RM500,000 x 20%) 100,000.00
Pada RM 60,000 yang seterusnya (RM 60,000 x 28%) 16,800.00 116,800.00
Less: Rebate -
CUKAI KENA BAYAR 116,800.00
100