bab 7 potensi dan halangan bentuk muka bumi

Upload: lampu-suluh

Post on 15-Oct-2015

153 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

geografi tingkatan 3

TRANSCRIPT

BAB 7: POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Potensi Bentuk Muka Bumi di Malaysia

1. Tanah Tinggi

-Tanah tinggi di Malaysia berpotensi sebagaia)Pusat peranginan / pelancongani.kawasan tanah tinggi yang indah dengan pemandangan dan udara yang segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan.ii.Contoh kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat pelancongan ialahTanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Larut, Bukit Bendera dan Gunung Kinabalu.iii.Gua batu kapur yang indah juga dimajukan sebagai pusat pelancongan. Misalnya,Gua Niah (Sarawak), Gua Mulu (Sarawak), Gua Sam Poh (Perak) dan Batu Caves (Selangor).iv.Kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan dapatmenambahkan peluang pekerjaandalam bidang perhotelan, agensi pelancongan dan perniagaan cenderahati.

b)Kawasan tadahani.kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang menjadi punca sungai kerana menerima hujan yang lebat.ii.Contoh sungai yang berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialahSungai Pahang (Banjaran Titiwangsa), Sungai Perak (Banjaran Bintang), Sungai Kinabatangan (Banjaran Brassey) dan Sungai Rajang (Banjaran Iran).iii.Kawasan tanah tinggi penting dalammenjamin sumber bekalan airuntuk kegiatan domestic, pertanian, perindustrian dan perlombongan.

c)Kawasan penjanaan kuasa hidroelektriki.kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yangderasdapat dimajukan untukmenjana kuasa hidroelektrik.ii.Antara empangan yang dibina di kawasan tanah tinggi untuk menjana kuasa hidroelektrik di negara kita ialahEmpangan Temenggor, Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.iii.Penjanaan kuasa hidroelektrik menjaminsumber bekalan kuasake rumah, pejabat dan kilang dalam negara.

d)Kawasan penanaman tanaman hawa sederhanai.kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman hawa sederhana kerana kawasan tersebut mempunyaicerun bukit yang landai dan bersaliran baik serta mengalami iklim sederhana dengan min suhu 18oC.ii.kawasan Tanah Tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di Malaysia ialahTanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Kundasang.iii.Tanaman-tanaman utama yangh ditanam adalah teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.

2. Tanah Pamah

-Tanah pamah di Malaysia berpotensi sebagai kawasana)Pertaniani.kawasandataran yang rendahdan ditimbunitanih aluviumsesuai untuk penanaman padi.ii.Kawasan tanah pamah yang ditanami dengan padi di Malaysia ialah Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang.iii.Kawasan kaki bukit yang landai dan beralun pula menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit.iv.Kawasan kaki bukit yang merupakan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia ialah di Pantai barat Semenanjung Malaysia, Dataran Johor dan Pantai barat Sarawak.

b)Perlombongan / Perindustriani.kawasan tanah pamah juga sesuai untuk kegiatan perlombongan.ii.Kawasan tanah pamah yang kaya dengan mineral ialah Lembah Kinta dan Kuala Langat (bijih timah), Mamut (kuprum), Teluk Ramunia (bauksit) dan Lubuk Mandi dan Bau (emas).iii.Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perindustrian.iv.Kawasan perindustrian yang terletak di kawasan tanah pamah adalah seperrti Lembah Klang, Peri, Bintulu, Bayan Lepas dan Inanam.

c)Pengangkutani.kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jalinan pengangkutan.ii.Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana:tidak perlu meratakan tanah tinggitidak perlu menebus guna kawasan payatidak perlu membina jambatan

d)Petempatan dan Bandar Utamai.Kawasan tanah pamah penting sebagai kawasan petempatan kerana kebanyakan kegiatan ekonomi bertumpu di kawasan tanah pamah.ii.Bandar-bandar utama dalam negara juga bertumpu di kawasan tanah pamah sepertiKuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kelantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

3. Pinggir Laut

-Kawasan pinggir laut di Malaysia berpotensi sebagai kawasana)Pusat Perikanani.Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung sesuai dibangunkan sebagai tapak pelabuhan perikanan, tapak kampong nelayan dan kawasan perikanan.ii.Contoh tapak dan kawasan perikanan di Malaysia ialah Kuala Besut, Kemaman, Pulau Ketam, Mersing, Tawau dan Mukah.iii.Pembangunan kawasan pinggir laut sebagai pusat perikanan dapatMenyediakan peluang pekerjaanMenambahkan bekalan makanan protein tempatanMenambahkan eksport ikanMenggalakkan industri sampingan seperti membuat keropok ikan, membuat jala dan jaring serta kapal menangkap ikan dan industri memproses dan mengetin ikan.

b)Tapak Pelabuhani.Kawasan pinggir laut yang panjang dan berteluk sesuai dimajukan sebagai tapak pelabuhan.ii.Kawasan pinggir laut yang dijadikan tapak pelabuhan di Malaysia ialah Pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Kuantan. Kawasan pelabuhan di kawasan ini mempunyai air yang dalam dan terlindung daripada angina kencang.

c)Pusat Pelancongani.Kawasan pinggir laut yang bersih dan berpasir sesuai dimajukan sebagai pusat pelancongan.ii.Contoh pusat pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah Port Dickson, Teluk Chempedak, Batu Feringghi dan Pantai Cahaya Abang.iii.Selain itu, pulau-pulau yang terdapat di pinggir laut juga menjadi daya tarikan pelancong seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Gaya.

4. Saliran

-Sistem saliran di Malaysia penting sebagai kawasana)Tapak tamadun dan pusat perdagangan awali.Lembah dan muara sungai yang luas sesuai dijadikan sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal sepertikuala Sungai Muda di Kedah, muara Sungai Melaka di Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.ii.Pembangunan tapak tamadun dan pusat perdagangan awal di muara sungai telah menggalakkan perkembangan bandar-bandar utama dan menggalakkan perdagangan antarabangsa.

b)Sumber tenaga dan bekalan airi.Empangan dibina di peringkat hulu sungai yang beraliran deras untuk menjana kuasa hidroelektrik dan membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik.ii.Contoh empangan yang menjana kuasa hidroelektrik ialah Empangan Chenderoh, Empangan Temnggor, Empangan Kenyir dan Empangan Batang Ai.

c)Kawasan pertaniani.Sungai di Malaysia memendapkan kelodak dan membentuk dataran aluvium yang subur untuk pertanian. Contohnya di Dataran Kedah di Sungai Kedah, Dataran Kelantan di Sungai Kelantan dan Delta Rajang di Sungai Rajang.ii.Sungai juga dijadikan sumber pengairan untuk penanaman padi. Contoh rancangan pengairan di Malaysia ialah Projek Pengairan Muda, Projek Pengairan Kemubu dan Projek Pengairan Tanjung Karang.

d)Jalan Pengangkutani.Kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak menggunakan sungai sebagai jalan pengangkutan. Sungai yang sering digunakan sebagai jalan pengangkutan di Malaysia ialah Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sarawak).ii.Sungai juga membantu dalam menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman ke kilang. Contohnya ialah Sungai Kinabatangan.

e)Kawasan pelancongani.Sungai juga menjadi kawasan pelancongan, rekreasi dan perkelahan.ii.Contohnya ialah Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.

f)Kawasan perikanani.Sungai dan tasik di Malaysia merupakan sumber ikan air tawar.ii.Contohnya Sungai Endau, Sungai Juru, Sungai Bera dan Sungai Kenyir.

g)Sempadan semula jadii.Sungai juga dijadikan sempadan antarabangsa dan sempadan negeri.ii.Sungai Golok di Kelantan memisahkan Negara kita dengan Thailand manakala Sungai Muda memisahkan negeri Kedah dengan Pulau Pinang.iii.Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dengan negeri Selangor manakala Sungai Endau memisahkan negeri Pahang dengan Johor.

Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara lain

Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland

1. Switzerland merupakan sebuah negara yangbergunung-gunungdan terletakdi benua Eropah.2. Di bahagianbarat lautnyaterdapatPergunungan Juradan di bahagianselatan dan timurpula terdapatBanjaran Alps.3. Banjaran Alpsadalahgunung lipat muda yang tinggi.4. Negara inimempunyai gunung-gunung dan tasik-tasikyang sangat indah.5. Switzerland memajukankawasan tanah tinggisebagaikawasan pelancongan kerana mempunyai potensi yang baik.6. Kegiatan utamanegara Switzerland ialahpelancongan. Kegiatan ini banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi pendudukan tempatan.7. Pemandangan gunung-ganang dengan kemuncak yang bersalji, tasik-tasik, ciri fizikal yang telah dihakis oleh glasier (ais) menjadi tarikan pelancong.8. Tanah tinggi di Malaysia dengan suhu yang nyaman juga dijadikan pusat-pusat peranginan yang menarik.9. Pusat-pusat peranginan di Switzerland seperti juga di Malaysia dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara sepanjang tahun.10. Switzerland menerima ramai pelancong dari Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis.11. Suhu musim panas yang sederhana panas 14oC di Switzerland, menarik ramai pelancong terutamanya untuk mendaki gunung.12. Gunung Matterhorn sering dikunjungi pendaki13. Pada musim ini, kawasan di luar bandar Interlaken yang terletakdi antara Tasik Brienz dengan Tasik Thun di Pergunungan Alps menjadi tapak perkhemahan14. Tasik Brienz dan Tasik Thun mempunyai kemudahan berperahu15. Mata air panas yang mempunyai nilai perubatan menarik pelancongan di pusat peranginan kesihatan di St. Moritz.16. Pelancong dapat menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur di Lembah Thine.17. Di Malaysia, ramai pelancong melawat kawasan penanaman teh, bunga, dan sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron.18. Air Terjun seperti Staubbach Falls di Switzerland dan Air Terjun Parit di Tanah Tinggi Cameron juga menarik ramai pelancong.19. Suhu musim sejuk adalah di antara 0oC hingga 5oC menarik pelancong ke pusat meluncur salji di kawasan pergunungan seperti di Gstaad dan Zermatt.20. Kereta kabel dan landasan kereta api membawa pelancong ke pusat-pusat meluncur salji untuk bermain ski seperti di Gunung Titlis.21. Gunung Titlis diliputi salji sepanjang tahun.22. Tanah Tinggi Genting juga mempunyai kemudahan kereta kabel bagi pelancongan.23. Semua pusat peranginan di Switzerland mempunyai sistem pengangkutan darat dan udara yang baik.24. Kawasan ini dapat dihubungi melalui jalan raya dan lebuh raya.25. Terowong untuk laluan kereta dibina melalui kawasan pergunungan.

Kajian Kes di Pulau Jawa - Pentingnya Cerun Bukit untuk Pertanian

Pulau Jawa1. Pertanian adalah kegiatan ekonomi yang penting di Malaysia dan di Indonesia.2. Di Pulau Jawa, pertanian dijalankan di tanah pamah dan cerun bukit.3. Pertanian dijalankan di cerun bukit kerana penduduk di Pulau Jawa sangat padat.4. Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk dan banyak digunakan untuk pembinaan petempatan, pertanian dan kegiatan lain.5. Kekurangan tanah pamah memaksa petani-petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit.6. Letusan gunung berapi meninggalkan lapisan tanih jenis lava bes di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa.7. Pulau ini mempunyai satu siri gunung berapi yang terbentang dari timur ke barat yang mempunyai gunung berapi hidup seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi.8. Lava bes daripada gunung berapi menyuburkan tanah dan cerun teres dibina.9. cerun-cerun dipotong untuk membentuk rangkaian teres untuk penanaman padi sawah.10. Di tepi teres terdapat dinding luar untuk menahan air untuk memperlahankan aliran air hujan di lereng bukit tersebut.11. Penanaman di teres-teres cerun bukit dapat mengatasi masalah hakisan tanah.12. Penanaman padi di teres cerun bukit banyak dijalankan di kawasan ke selatan Surabaya.13. Di Malaysia, kebanyakkan pertanian dijalankan di tanah pamah kerana negara kita tidak mengalami kekurangan pertanian di tanah rendah.14. Terdapat pertanian yang dijalankan di cerun bukit yang ditereskan juga seperti di Tanah Tinggi Cameron yang ditanami teh dan sayur-sayuran.15. Tanah di cerun bukit Malaysia bukanlah terdiri daripada tanih lava bes yang subur.16. Pokok kelapa sawit dan getah ditanam di teres-teres bukit. Pokok-pokok ini juga dapat menghalang hakisan air di cerun-cerun bukit.

Peta Pulau Jawa

Kajian Kes di Thailand - Pentingnya Sungai untuk Pengangkutan

Menam Chao Phraya1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand.2. Jenis pengangkutan ini penting kerana pengangkutan darat adalah terhad dan kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran dengan sungai.3. Sungai utamaialahMenam Chao Phrayayang merupakan jalan air yang paling penting.4. Sungai ini dimudiki oleh kapal-kapal sederhana besar sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.5. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, iaitu Me Ping, Me Wang, Me Yom dan Me Nam menghubungkan kawasan pedalaman di utara dengan bandar utama, iaitu Bangkok di muara sungai.6. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, merupakan jalan pengangkutan yang murah dan mudah digunakan.7. Sungai ini digunakan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal.8. Kayu jati dari Pergunungan Utara dihanyutkan melalui cawangan-cawangan Menam Chao Phraya ke Nakhon Sawan.9. Dari sini kayu jati masuk ke Menam Chao Phraya dan dibawa ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.10. Nam mun dan Nam Chi di Dataran Tinggi Korat digunakan untuk pengangkutan.11. Sungai-sungai ini mengalir ke timur sebelum bercantum dengan Sungai Mekong di Kampuchea12. Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai kurang penting13. Pengangkutan sungai masih penting di sabah dan Sarawak kerana masih kekurangan pengangkutan darat.14. Di Sarawak, sungai-sungai utama seperti Sungai Rajang dan Sungai Baram merupakan jalan pengangkutan yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar utama di dataran pantai.15. Di Sabah, Sungai Kinabatangan memainkan peranan yang sama penting dengan Sungai Rajang dan Menam Chao Phraya.16. Sungai-sungai di Sabah dan Sarawak digunakan untuk pengangkutan penumpang, barangan pukal seperti kayu balak dan padi ke bandar utama di muara sungai.17. Sungai Rajang digunakan untuk mengangkut arang batu dan batu kelikir ke bandar Sibu dan Sarikei.

Kajian Kes di Tonle Sap, Kampuchea- Pentingnya Tasik untuk Perikanan

Tasik Tonle Sap1. Tonle Sap yang juga dikenal sebagai Tasik Besar terletak di bahagian barat negara Kampuchea.2. Tasik ini adalah tasik air tawar semula jadi yang terbesar di rantau Asia Tenggara3. Tasik ini menjadi empangan semula jadi untuk Sunagi Mekong.4. Sungai Tonle Sap menghubungkan Sungaii Mekong ke tasik ini.5. Tonle Sap yang penting untuk perikanan menghasilkan lebih separuh daripada jumlah ikan yang ditangkap di Kampuchea.6. Penangkapan ikan di tasik-tasik di Malaysia tidak begitu penting berbanding dengan Tonle Sap kerana saiz tasik-tasik di Malaysia tidak begitu besar. Contohnya, saiz Tasik Bera ialah 61.5 km2, Tasik Chini 10 kn2 dan Loagan Bunut (Tasik Bunut) 9 km2.7. Kira-kira 68 tan ikan ditangkap di Tasik Kenyir setiap tahun dijual oleh petani yang menangkap ikan sebagai kerja sambilan.8. Isipadu air Tonle Sap berubah mengikut musim. Pada musim hujan, antara bulan Jun hingga November, saiznya menjadi kira-kira 4 700 km29. Kawasan hutan berhampiran tasik ini akan dibanjiri. Tasik ini akan mencapai 10 hingga 15 meter dalam dan ikan akan membiak.10. Pada musim kering, tasik ini akan menjadi kecil, iaitu kira-kira 1 600 km2 dan cetek, iaitu 1 hingga 3 meter sahaja dalamnya. Pada ketika inilah aktiviti menangkap ikan dijalankan di tasik ini.11. Kawasan tasik yang kering ditanam dengan padi.12. Jumlah ikan akan bertambah dengan banyaknya selepas musim hujan.13. Kebanyakkan penduduk yang menangkap ikan adalah petani. Seperti di Thailand penangkapan ikan juga adalah kerja sambilan bagi petani untuk menambahkan pendapatan di Malaysia.14. Di Malaysia, terdapat juga tasik yang berubah saiz mengikut musim.15. Loagan Bunut di Sarawak dengan ukuran diameter 1.6 km2pada musim hujan menjadi sebuah dataran lumpur yang rata pada musim kering.16. Selain untuk perikanan, tasik di Malaysia penting sebagai tempat pelancongan seperti Tasik Chini dan Tasik kenyir.17. Tasik di Empangan Pedu dan Empangan Muda membekalkan air untuk mengairi kawasan sawah padi.

BentukMuka Bumi sebagai Halangan Terhadap Kegiatan Manusia.

1. Bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi dan sungai menjadi penghalang kepada kegiatan manusia.(a)Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi. i- Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam sukar untuk dibina petempatan. ii- Kebanyakkan petempatan di Malaysia dibina di kawasan tanah yang rendah atau yang telah diratakan. iii- Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi dan kawasan kaki bukit melibatkan kerja-kerja pembinaan yang sukar dijalankan. iv- Di kawasan-kawasan tersebut terdapat cerun-cerunnya yang terlalu curam untuk dibanggunkan. v- Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan. vi- Gelongsoran tanah juga mudah berlaku di kawasan tersebut, terutamanya pada musim hujan. vii- Sebelum pembinaan dijalankan di cerun curam, kawasan tersebut perlu direndahkan dandiratakan untuk memudahkan pembinaan. viii- Cerun bukit yang sukar direndahkan dapat dipotong menjadi teres yang lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan curam. ix- Asas yang kukuh perlu dibina untuk memastikan rumah tidak runtuh. Contohnya membina tiang konkrit yang kukuh. x- Kajian yang teliti dan teknologi moden digunakan untuk membina kondominium atas bukit untuk memastikan bangunan selamat diduduki. Ini akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi. (b) Sungai penghalang terhadap pembinaan pengangkutan i- Sungai yang beraliran deras di bahagian hulunya menyukarkan perjalanan dan berbahaya untuk dijadikan sistem pengangkutan. ii- Di bahagian jeram sungai, hanya kano, bot kecil dan rakit dapat digunakan. iii- Kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk mengayuh bot yang kecil melalui bahagian jeram. iv- Keadaan ini dihadapi di petempatan di Long Panai, Long Terawan dan Long Pala yang terletak di sepanjang Sungai Tutoh dan Sungai Melinau yang merupakan cawangan Sungai Baram. v- Sebahagian sungai-sungai ini mempunyai jeram yang beraliran deras dan berbahaya. Untuk sampai ke pedalaman ini dengan melalui sungai akan memakan masa beberapa hari.