kajian geografi tempatan tingktan 1 2010 potensi bentuk muka bumi (smk aminuddin baki)

32
2.0 SENARAI KANDUNGAN 3.0 Penghargaan 1 4.0 Pendahuluhan 3 5.0 Objektif Kajian 4 6.0 Kawasan Kajian 5 7.0 Kaedah Kajian 10 8.0 Dapatan Kajian 11 9.0 Rumusan 21 10.0 Lampiran 22 11.0 Rujukan 23

Upload: nurulsakinah97

Post on 23-Jun-2015

2.208 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2.0 SENARAI KANDUNGAN3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluhan 5.0 Objektif Kajian 6.0 Kawasan Kajian 7.0 Kaedah Kajian 8.0 Dapatan Kajian 9.0 Rumusan 10.0 Lampiran 11.0 Rujukan 1 3 4 5 10 11 21 22 233.0 PENGHARGAANPertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua sekolah saya, Smk Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Pn Latifah bt Haji Mahfod yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.Seterusnya, setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

2.0 SENARAI KANDUNGAN

3.0 Penghargaan 1

4.0 Pendahuluhan 3

5.0 Objektif Kajian 4

6.0 Kawasan Kajian 5

7.0 Kaedah Kajian 10

8.0 Dapatan Kajian 11

9.0 Rumusan 21

10.0 Lampiran 22

11.0 Rujukan 23

Page 2: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

3.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua

sekolah saya, Smk Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Pn Latifah bt Haji Mahfod yang telah

memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Seterusnya, setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan

Norhidayah Bt Mohd Daud kerana telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan

sepanjang masa kajian ini telah dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya

yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk

menyiapkan folio Geografi saya ini.

Kepada rakan-rakan saya, iaitu Ryhanna dan Sarah, saya ingin mengucapkan

terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea

bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini.

Tidak ketinggalan, saya mengucapkan penghargaan kepada 20 orang responden

kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang penting untuk kajian

saya. Bersama-sama ini, saya sertakan serangkap pantun sebagai tanda ikhlas dari saya.

Page 3: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga.

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

4.0 PENDAHULUAN

Nama saya Nurul Sakinah Bt Mohd Fauzi. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Budi di

SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran

Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan. Saya telah

mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan kajian ini.

Saya telah memilih kajian yang bertajuk “Potensi dan halangan bentuk muka

bumi di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor”. Taman Bukit

Utama di Bukit Antarabangsa di Ampang telah saya pilih sebagai kawasan kajian kerana

saya telah tinggal selama 5 tahun di sini, maka terdapat ramai orang yang saya kenal

bagi memudahkan saya memperolehi beberapa maklumat penting dalam kajian ini di

samping kawasan ini mempunyai pelbagai potensi dan halangan.

Kajian ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi

saya terutama sekali semasa proses pengumpulan data serta maklumat untuk

menyiapkan dengan sempurna kajian ini.

Page 5: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenal pasti bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa dan

ciri-cirinya.

Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama kepada kegiatan

manusia.

Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama kepada kegiatan

manusia.

Mengenal pasti kesan kegiatan manusia di Taman Bukit Utama terhadap alam

sekitar.

Mengenal pasti langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia di Taman Bukit

Utama terhadap alam sekitar.

Menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan berbangga terhadap Taman

Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa yang masih selamat dan harmoni

bersama berbilang kaum.

Page 6: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

6.0 KAWASAN KAJIAN

Keseluruhan daerah Hulu Langat berkeluasan 82,620 hektar dan merangkumi

tujuh buah mukim iaitu Mukim Kajang, Mukim Hulu Langat, Mukim Ampang, Mukim

Cheras, Mukim Semenyih, Mukim Hulu Semenyih dan Mukim Beranang. Daerah Hulu

Langat merupakan daerah kelima terbesar di antara daerah-daerah lain di Negeri

Selangor dan terletak dalam Wilayah Lembah Klang. Ia bersempadanan dengan Kuala

Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat Laut, Daerah Petaling di sebelah Barat,

Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Daerah Sepang di sebelah Barat Daya, Negeri Pahang

di sebelah Timur Laut dan Negeri Sembilan di sebelah Selatan dan Timur. Kawasan

kajian saya iaitu Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa terletak di Mukim Ampang di

dalam daerah Hulu Langat. Kawasan ini terletak kira-kira 21 km dari pusat bandar

Damansara, Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur.

Sebelum dijadikan kawasan petempatan, kawasan Bukit Antarabangsa (Taman

Bukit Utama) merupakan suatu kawasan hutan belantara. Sampai sekarang juga,

sesetengah kawasan Bukit Antarabangsa masih diliputi hutan belantara. Taman Bukit

Utama mempunyai keluasan lebih kurang 1 000 000 meter persegi. Lokasi kawasan ini

adalah di timur laut Mukim Ampang. Taman Bukit Utama terletak berhampiran dengan

kawasan yang lain seperti Taman Bukit Jaya dan Taman Bukit Mewah.

Bilangan penduduk yang dianggarkan tinggal di kawasan ini adalah seramai 280

orang sahaja yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat

Page 7: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Melayu, diikuti oleh masyarakat Cina dan masyarakat India. Kawasan ini mempunyai

bentuk muka bumi tanah tinggi namun begitu, kawasan ini juga sesuai untuk kawasan

petempatan.

Page 8: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

6.1 PETA KAJIAN

PETA DAERAH HULU LANGAT IAITU DI MANA KAWASAN KAJIAN TERLETAK

Daerah Hulu Langat

Ampang

Page 9: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

PETA BENTUK MUKA BUMI TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA

Taman Bukit

Page 10: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)
Page 11: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN IAITU TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA

7.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah berikut untuk menjalankan kajian ini:

a) Pemerhatian

Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi di kawasan Taman Bukit Utama. Saya

mendapati, pada keseluruhannya permukaan bumi kawasan kajian saya adalah berbukit

bukau dan tidak rata.

b) Soal Selidik

Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat yang tidak dapat dicari dari buku

atau internet. Saya telah meminta 20 orang responden iaitu penduduk di kawasan

kajian mengisi borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berikut:

Apakah potensi bentuk muka bumi di kawasan ini?

Apakah halangan bentuk muka bumi yang dihadapi di kawasan ini?

Apakah kesan daripada kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan

ini?

c) Rujukan

Saya telah melakukan beberapa rujukan untuk menjalankan kajian ini. Saya telah

merujuk beberapa buah buku dan melawati laman sesawang untuk mendapatkan

maklumat untuk menyiapkan kajian ini.

Page 12: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Bentuk muka bumi dan cirinya

Daripada pemerhatian saya, saya dapati bahawa sebahagian besar daripada

keadaan bentuk muka bumi di Taman Bukit Utama terdiri daripada tanah tinggi dan

berbukit-bukau yang membolehkan kegiatan pembalakan dijalankan. Selain itu,

kawasan ini juga sesuai untuk pembinaan perumahan dan kawasan yang sesuai untuk

menjalankan perniagaan. Jenis perumahan yang terdapat di Taman Bukit Utama ialah

rumah banglo, semi-d dan teres tiga tingkat. Terdapat sebuah kedai atau pasaraya iaitu

Pasaraya Giant berhampiran Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa.

Namun begitu, Taman Bukit Utama juga menghadapi beberapa halangan bentuk

muka bumi. Antaranya ialah cerun di kawasan ini curam. Selain itu, kawasan ini juga

pernah mengalami tanah runtuh pada 6hb Disember 2008. Kawasan ini juga mudah

banjir kerana system peparitannya yang kecil.

Kesimpulannya, Taman Bukit Utama ini mempunyai banyak potensi dan

halangan. Walaupun begitu, penduduk di taman perumahan ini tetap bersyukur kerana

dapat tinggal dalam kawasan yang aman walaupun berbeza kaum dan bangsa.

Page 13: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

8.2 POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA

DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN

Setelah meneliti borang soal selidik daripada 20 orang responden, saya

mendapati bahawa Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa mempunyai tiga potensi

bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian.

Menurut 12 orang responden yang terdiri darpada 6 orang yang berbangsa Cina,

3 orang yang berbangsa Melayu dan 3 orang yang berbangsa India, kawasan Taman

Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini sesuai untuk kegiatan

pembalakan. Sesetengah kawasan ini diliputi hutan belantara yang membolehkan

kawasan ini sesuai untuk menjalankan kegiatan pembalakan.

Selain itu, 6 orang responden yang terdiri daripada 4 orang responden yang

berbangsa Melayu, seorang responden yang berbangsa Cina, dan seorang responden

yang berbangsa India, kawasan ini berpotensi sebagai kawasan petempatan. Hal ini

demikian kerana kawasan Bukit Antarabangsa kebanyakannya meliputi kawasan

perumahan.

Akhir sekali, dua orang responden yang berbangsa Melayu berpendapat bahawa

kawasan ini sesuai sebagai kawasan perniagaan. Terdapat sebuah Pasaraya Giant di sini

dan tidak lama lagi, sederet rumah kedai akan dibina dikawasan ini yang menjadikan

kawasan ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjalankan kegiatan perniagaan.

Sebagai konklusi, sebahagian besar penduduk Taman Bukit Utama di Bukit

Antarabangsa berpendapat bahawa kawasan ini sesuai untuk kegiatan pembalakan.

Page 14: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Namun demikian, ada juga yang berpendapat kawasan ini sesuai untuk menjalankan

kegiatan perniagaan dan menjadi kawasan petempatan. Penduduk di sini merasa

sungguh bertuah kerana mereka dapat hidup di Bumi Malaysia yang mempunyai

pelbagai potensi yang membolehkan mereka menjalankan pelbagai kegiatan yang sihat

seperti biasa.

Page 15: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

8.2.1 BAHAN GRAFIK (JADUAL DAN CARTA PAI)

POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEKERAPAN

Pembalakan

Perniagaan

Petempatan

Jumlah 20

Sumber: Responden- responden yang ditemu ramah.

JADUAL 1: JADUAL KEKERAPAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUKIT

UTAMA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

POTENSI BENTUK MUKA BUMI JUMLAH RESPONDEN

Pembalakan 12

Perniagaan 2

Petempatan 6

Jumlah 20

Sumber: Responden- responden yang ditemu ramah.

JADUAL 2: JADUAL YANG MENUNJUKKAN POTENSI DI TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT

ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

Page 16: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)
Page 17: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

8.3 HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN

MANUSIA

Setelah meneliti borang soal selidik daripada 20 orang responden, saya

mendapati bahawa Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa mempunyai tiga halangan

bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.

Menurut 10 orang responden yang terdiri darpada 5 orang yang berbangsa

Melayu, 4 orang yang berbangsa Cina dan seorang yang berbangsa India, kawasan

Taman Bukit Utama yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini mempunyai halangan

tanah runtuh. Pembinaan rumah di tanah tinggi bukan seratus peratus selamat kerana

pada waktu hujan, tanah runtuh mungkin akan berlaku. Pada 6 Disember 2006, tanah

runtuh pernah berlaku di sini lalu menyebabkan beberapa orang mati dan ada yang

cedera.

Selain itu, 8 orang responden yang terdiri daripada 4 orang responden yang

berbangsa Melayu, 2 orang responden yang berbangsa Cina, dan 2 orang responden

yang berbangsa India, kawasan ini mempunyai halangan cerun curam. Pembinaan

petempatan di kaki cerun bukit boleh membahayakan keselamatan. Hakisan tanah

boleh berlaku terutamanya ketika musim hujan.

Akhir sekali, seorang responden yang berbangsa Melayu dan seorang responden

yang berbangsa India berpendapat bahawa kawasan ini mudah banjir. Hal ini demikian

kerana sistem perparitannya yang kecil lalu mengakibatkan banjir dan menyusahkan

penduduk di sini.

Page 18: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Walaupun mempunyai beberapa halangan di Taman Bukit Utama ini, penduduk

di sini cuba mengatasi halangan-halangan ini bersama-sama agar dapat hidup dengan

lebih baik dan aman di Malaysia yang rakyatnya hidup berbilang kaum.

Page 19: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

8.3.1 BAHAN GRAFIK (JADUAL DAN CARTA PAI)

HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KEKERAPAN

Tanah Runtuh

Cerun Curam

Mudah Banjir

Jumlah 20

Sumber: Responden-responden yang ditemu ramah

JADUAL 3: JADUAL KEKERAPAN MENGENAI HALANGAN BENTUK MUKA BUMI DI

TAMAN BUKIT UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

HALANGAN BENTUK MUKA BUMI BILANGAN RESPONDEN

Tanah Runtuh 10

Cerun Curam 8

Mudah Banjir 2

Jumlah 20

Sumber: Responden-responden yang ditemu ramah

Page 20: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

JADUAL 4: JADUAL MENGENAI HALANGAN BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUKIT

UTAMA DI BUKIT ANTARABANGSA MENURUT 20 ORANG RESPONDEN

8.4 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Page 21: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Kegiatan manusia boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Disebabkan

aktiviti pembalakan dijalankan, hakisan tanih telah berlaku. Jika kegiatan pembalakan

yang tidak terkawal berlaku berterusan, ia boleh menyebabkan hakisan tanih

bertambah. Aktiviti pembalakan juga menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

Tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang ini akan kehilangan habitat mereka jika

pembalakan dan penebangan pokok dijalankan secara berleluasa. Kerana inilah, di

negara kita semakin banyak flora dan fauna akan pupus. Akhir sekali, pembinaan jalan

raya di kawasan tanah tinggi dan berhutan seperti di Taman Bukit Utama ini

menyebabkan berlakunya perubahan landskap. Untuk membina jalan raya, pokok-pokok

akan ditebang, tanah ditarah dan diratakan atau dibina terowong.Kegiatan sebegini

menggangu bentuk muka bumi di kawasan asalnya dan menjejaskan kestabilan alam

sekitar. Kita sepatutnya menjaga alam sekitar dengan baik supaya kita dapat

mengelakkan perkara-perkara negatif berlaku.

8.5 LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA

TERHADAP ALAM SEKITAR

Page 22: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Untuk mengelakkan hakisan tanah daripada berlaku, kita perlulah mengambil

langkah melakukan penghutanan semula. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam

semula hutan di kawasan hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang terpilih.

Pokok yang ditanam semula biasanya terdiri daripada spesies yang sama dengan pokok

yang telah ditebang. Kita boleh mengelakkan kepupusan flora dan fauna dengan

mengekalkan habitat mereka atau menyediakan hutan simpan. Akhir sekali, kita boleh

melakukan peneresan cerun dan penanaman tutup bumi untuk memulihara perubahan

landskap. Peneresan cerun dan penanaman rumput di cerun bukit boleh mengatasi

masalah tanah runtuh. Kita mestilah prihatin terhadap alam sekitar dan mengambil

langkah yang betul untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

9.0 RUMUSAN

Page 23: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui

kajian ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di

kawasan kajian iaitu Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa. Kajian ini juga memberi

saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman

Bukit Utama kepada kegiatan manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui

halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Bukit Utama di Bukit

Antarabngsa kepada kegiatan manusia . Akhir sekali, saya juga dapat mengenal pasti

kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Taman Bukit Utama di Bukit

Antarabangsa dan langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal

di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan

infrastruktur yang lengkap. Kita sepatutnya bersyukur dan merasa bertuah kerana

mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta

penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai apa yang ada

dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.

10.0 LAMPIRAN

Dengan ini, saya sertakan lima lampiran seperti berikut:

Page 24: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

a) Surat pengenalan diri murid

b) Surat kebenaran membuat kajian

c) Surat maklumat kepada ibu/bapa/penjaga

d) Borang soal selidik

e) Gambar foto

GAMBAR FOTO

Page 25: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Taman Bukit Utama

Giant Bukit Antarabangsa

11.0 RUJUKAN

Page 26: Kajian Geografi Tempatan Tingktan 1 2010 Potensi Bentuk Muka Bumi (SMK Aminuddin Baki)

Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Arus Intelek Sdn Bhd (2006) Rape’ah Bt

Ahamed, Khalijah Bt Maimon, Aziah Bt Ismail dan Foo Ho Loke

Exploring Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Oxford Fajar (2008) Mohd Ismail

http://degis.selangor.gov.my

www.streetdirectory.com

maps.google.com.my