bab 7-persekitaran teknologi, org

Upload: mohamad-ridzuan-malik

Post on 14-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    1/10

    7.0 Sinopsis

    Tajuk ini membincangkan tiga sub-topik iaitu persekitaran teknologi, persekitaran organisasi danekonomi, dan persekitaran pengguna

    7.1 Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:7.1.1 Mengintegrasi dan menilai persekitaran e-dagang; teknologi, organisasi dan

    ekonomi dan pengguna7.1.2 Mendefinisikan dan memberi contoh perlakuan-perlakuan oportunistik7.1.3 Menerangkan empat fasa urusniaga ekonomik dari perspektif pembeli dan penjual

    7.2 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

    7.3 Persekitaran Teknologi

    Pada masa lampau kemajuan dalam bidang telekomunikasi dan pengkomputeran berlaku secara

    berasingan. Pada masa kini, kedua-dua bidang ini saling bergantung antara satu sama lain

    dalam rangkaian komputer. Semua teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem

    komunikasi yang menghubung perniagaan, individu dan agensi kerajaan.

    TAJUK 7 Persekitaran Teknologi, Ekonomi dan Organisasi Dan Pengguna

    PersekitaranPerdagangan

    Elektronik

    sTeknologi

    sEkonomidan

    Organisasi

    Pengguna

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    2/10

    Kini kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Maklumatyang amat banyak dengan implikasi ekonomik dan kerahsiaan boleh dilihat melalui rangkaiankomputer. Maklumat ini juga perlu disimpan dan dijaga(protect) mengikut tempoh masa yangberbeza-beza. Contoh pelbagai tempoh masa adalah seperti berikut :

    Pemindahan dana elektronik berjumlah berjuta dan berbillion, dimanakeselamatan jangka pendek diperlukan dalam tempoh masa yang

    singkat

    Perancangan strategik sesebuah syarikat dimana ia perlu disimpan dankerahsiaan dijaga untuk beberapa tahun

    Kunci-kunci untuk tandatangan digital yang ada implikasi perundanganmesti disimpan dandijaga supaya tidak berlaku salahguna semasa ianyamasih sah.

    Hakmilik resipe sesuatu produk atau rumus tertentu yang perlu disimpandan dijaga selagi ianya berguna, kadang-kadang sehingga berpuluh

    tahun

    Maklumat peribadi sesaorng individu ( keadaan perubatan, penilaianprestasi pekerjaan)perlu disimpan dan dijaga sepanjang hayat individutersebut

    Rumusannya adalah dalam perdagangan elektronik :-

    Keperluan untuk mengurus maklumat dengan berhati-hati (management ofinformation)

    Pilihan yang mesti dibuat tentang teknologi rangkaian (network technology)

    Quality of service"the collective effect of service performance which determine the degree of satisfactionofa user of the service"

    Infrastruktur dan Prestasi RangkaianPerkara penting tentang rangkaian komunikasi (communication networks)

    1. Kenal pasti secara unik2. Ada Sistem Kumpulan (Contoh: Kod negara, negeri dan nombor sebenar)3. Direktori yang merekod nombor untuk individu4. Telefon peribadi boleh berhubung dengan sistem swis pengantaraan (intermediate

    switching sys)5. Perhubungan boleh sementara atau kekal (Telefon awam / rumah)

    Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network)WAN adalah rangkaian pelanggan dengan pelayan (client/server). Dimana satu komputerberperanan sebagai pelanggan dan satu lagi sebagai pelayan. Pelayan (server) meawarkanperkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah datayang disimpan, pemerosesan atau akses kepada peranti lain seperti pencetak.

    Pelayan dengan pelanggan berhubung mengguna mesej melalui hubungan fizikal. Internetmenggunakan sistem telefon untuk berhubung.

    Rangkaian lain seperti VAN menggunakan sistem lain iaitu sistem pendawaian khas, komunikasisatelit, atau kombinasi beberapa kaedah.

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    3/10

    Bandwidth (Kelebaran Jalur)Adalah keupayaan saluran komunkasi dan ianya diukur berdasarkan jumlah maklumat yangdapat dipindahkan dalam masa tertentu (bits per second)

    Pertukaran maklumat antara pelayan dengan pelanggan mempunyai pelbagai saiz ada yangkecil dan ada yang besar. Bagaimana maklumat ini di pindahkan (transported) daripada sumberke destinasinya bergantung kepada:

    infrastrukut rangkaian (network infrastructure)intermediate switching pointsinterconnections between service provider

    Kewujudan internet memisahkan perkhidmatan perkhidmatan daripada kemudahanSebagai satu rangkain umum dan terbuka internet dapat menyediakan saluran komunikasi yangmudahantara rangkaian. Ia memberikan sedikit jaminan QoS.

    Tiga ciri utama yang membezakan internet dengan jenis WAN yang lain adalah :-

    Connectionless

    Tiada perhubungan yang berterusan antara pelayan dengan pelangganMaklumat dipecahkan kepada kumpulan kecil dikenali sebagai packets.Mesej ini mengandungi alamat perjalanan (routing address) Rangkaianlain berorientasikan hubungan iaitu ia akan berhubung sehingga andatamatkan perhubungan

    StatelessSetiap mesej berdiri sendiri.Kedua-duanya iaitu pelanggan dan pelayanmemasukan maklumat dalam rangkaian dan tunggu tindakabalas.Mereka tidak ada cara untuk mengetahui sama ada mesej sampai atautidak.Tindakan mengawasi siri mesej yang menjadi perbualan bukantanggungjawab internet.Internet hanya mengawal dan mengawasi siri

    paket-paket yang membentuk satu mesej dan menyusun semula apabilasemua bahagian tiba

    Best-EffortSistem tidak memberi jaminan bahawa mesej akan disampaikan-ia akanmembuat yang terbaikSekiranya pelanggan / pelayan tidak dapatdihubungi, paket akan dibuang

    Istilah global untuk rangkaian yang connectionless, stateless dan best-effort adalah unreliable(tidak boleh dipercayai). Jenis WAN lain adalah lebih baik seperti VPN (Virtual Private Network)menyediakan teknologi perjalanan yang kompleks untuk memastikan hubungan yang baik danstabil

    Rangkaian VAN (Value Added Network) pula mempunyai keyakinan dan pengalaman untukmemastikan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi mengikut jadual dan selamat (intact).Syarikat yang mengharapkan perkhidmatan berkualiti risau bahawa internet tidak dapat memberijaminan yang diharapkan

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    4/10

    Mission Critical NetworkSyarikat akan memilih rangkaian yang mampu memberikan perkhidmatan yang memberijaminan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi, tepat pada waktu dan selamat. Selain iturangkaian juga boleh mengawal dan memberi keutamaan kepada maklumat penting yang perludisampaikan dahulu.

    Rangkaian menjadi lebuhraya elektronik untuk mengangkut maklumat pergi dan balik di antara

    organisasidengan pihak yang berkepentingan seperti penjual, pembeli, pembekal dan rakan kongsi.Pertukaran maklumat merangkumi pesanan, pertanyaan, pembayaran, perkhidmatan dansokongan, reka bentuk, pelan-pelan dan lain-lain maklumat.

    Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi menyediakan akses kepada maklumat gudanguntuk sokongan pemasaran pada masa sebenar (real time) ; sokongan kepada wakilperkhidmatan pelanggan ; membekalkan maklumat video kepada kepada pedagang kewanganuntuk membaiki keputusan pelaburan ; dan berkongsi gambar/imej perubatan untuk kolaborasidalam diagnosisyang kompleks

    Dalam keadaan tertentu prestasi rangkaian akan menentukan kejayaan atau kegagalan syarikat.Prestasirangkaian mempengaruhi operasi sesuatu syarikat. Pertalian antara pihak yangberkepentingan (stakeholders) akan menjadi lebih baik melalui hubungan(connection) yangberprestasi baik dan sebaliknya akan tergugat dengan prestasi yang kurang baik

    Pergantungan kepada rangkaian semakin meningkat untuk menjalankan perniagaan. Kita perlumemastikan keutamaan dalam aliran trafik rangkaian. Ini memerlukan keupayaan untukmenentukan kelas-kelas trafik dan pengguna serta teknologi untuk mengenakan keutamaan danperaturan dalam trafik maklumat. Adalah diandaikan bahawa semua trafik mesti disampaikankepada destinasinya, dalam keadaan sesak trafik kritikal perlu diutamakan berbanding dengantrafik lain

    Rangkaian yang dapat memberikan jaminan mutu perkhidmatan (Quality of Service) mempunyaimekanisme untuk membuat peraturan dan keputusan aliran trafik rangkaian.

    Pengurusan dan Pemilihan Rangkaian (Network Management and Network Choice)Syarikat perlu mendapat jaminan bahawa data mereka sentiasa selamat. Berikut adalah kategorimaklumat :-

    Data Awam (Public Data)Data jenis ini tiada sekatan keselamatan dan boleh digunakan oleh sesiapasahaja.Data ini perlu dijaga (protect) daripada diubahsuai oleh pihak yang tidakdiberikan kuasa

    Data Hak Cipta (Copyright Data)Data jenis ini telah didaftarkan sebagai hakcipta sesaorang atau pihak tertentutetapi bukan rahsia.Pemilik membenarkan ianya digunakan tetapi dibayarapabila digunakan. Untuk mendapatkanhasil yang maksmum, keselamatanmesti ketat / rapi

    Data Sulit (Confidential Data)Data ini kandungannya adalah rahsia, tetapi kewujudannya tidak. Contoh dataadalah nombor akaun bank dan fail peribadi

    Data Rahsia (Secret Data)Kewujudan data ini adalah rahsia dan mesti sentiasa dirahsiakan. Adalahpenting mengawal akses kepada maklumat ini. Ia perlu dipantau dan merekod(log) semua akses dan percubaan untuk mengakses data rahsia

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    5/10

    Rangkaian yang selamat mempunyai mekanisme untuk mengawal akses kepada data. Produkenkripsi yang canggih dan firewalls digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatanurusniaga internet

    Lain-lan syarikat pula bergabung untuk menyediakan VAN yang selamat. Contoh ANX bagiindustri automotif menyediakan satu rangkaian untuk e-dagang dan pemindahan data bagisemua rakan perniagaan. Pemimpin industri memutuskan struktur pengurusan dan peraturan

    perniagaan bagi memastikan rangkaian memenuhi keperluan-keperluan prestasi,kebolehpercayaan dan keselamatan.

    Perancangan Luar Jangkaan (Contingency Planning)Business Impact Analysis dilaksanakan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi penting perniagaan.Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

    Kenal pasti aktiviti-aktiviti penting perniagaan serta pemilik aktiviti.Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan fungsi-fungsiutama pengeluaran yang menentukan perkhidmatan diberikan kepada

    pelanggan.Pemlik adalah orang yang bertanggungjawab terhadapoperasi harian.

    Kenal pasti sistem-sistem dan maklumat yang kritikal

    Menganggarkan satu tempoh masa henti yang munasabah

    Kenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenalpasti perlindungan.

    7.4 Persekitaran Ekonomi dan Organisasi

    Kitaran pengeluaran (production cycle) melibatkan pemerolehan bahan mentah atau komponenuntuk menghasilkan produk yang diterima oleh pelanggan. Setiap langkah dalam kitaranpengeluaranmenambahkan nilai kepada bahan asal. Menghuraikan pilihan yang dibuat olehsesuatu syarikat untuk membeli komponenatau perkhidmatan daripada pasaran terbuka, ataumembuat secara dalaman, adalah persoalan-persoalan untuk bidang ekonomik dan sosiologiorganisasi.

    Sebagai contoh, kita ambil sebuah syarikat yang membuat dan menjual majalah.Langkah-langkah dalam kitaran pengeluaran adalah :-

    Laporan Reporting Kertas Paper

    Menulis Writing Cetakan Printing

    Menyunting Editing Perkhidmatanlangganan

    Subscriptionservices

    Fotografi Photography Pelabelan surat Mailing label

    Tipografi Typography Agihan fizikal Physicaldistribution

    Reka bentuk Layout

    Syarikat perlu membuat keputusan sama ada hendak menghasilkan setiap barangan atauperkhidmatan secara sendirian atau membelinya daripada pembekal tertentu. Kebanyakkan

    syarikat majalah tidak mempunyai kilang kertas dan kilang percetakan sendiri. Merekamengupah penyunting (editor) dan pekerja lain. Syarikat akan mengarah pasukan pemberita(reporters) untuk menulis cerita atau menulis semula cerita daripada syarikat berita atau

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    6/10

    mengupah daripada pemberita sambilan. Gambar pula boleh datang daripada jurugambarsendiri atau dibeli daripada syarikat lain (stock house).

    Faktor-faktor sosial seperti nepotism, protectionism dan affirmative action akan mempengaruhisama adauntuk membuat sendiri atau membeli daripada pihak luar. Dua faktor penting yangmempengaruhi keputusan "buat-atau-beli" adalah :

    pengaruh perlakuan oportunistik syarikat-syarikat lain

    kos urusniaga (transaction costs)

    Penjual akan berkelakuan oportunistik (iaitu meminta harga yang lebih tinggi daripadasepatutnya) apabila pembeli bergantung kepada mereka dan tidak mudah memperolehi apayang diperlukan di tempat lain.

    Firma akan dipengaruhi oleh oportunisma dalam keadaan-keadaan berikut :-Pengkhususan lokasi (site specificity)Produk contohnya bahan mentah hanya ada pada lokasi tertentu sahaja

    Pengkhususan aset fizikal (Physical asset specificity)Produk tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, maka ia hanya berguna untuksatu pelanggan sahaja

    Pengkhususan aset manusia (Human asset specificity)Kemahiran-kemahiran tertentu diperlukan untuk mengguna atau menghasilkansesuatu produk

    Pengkhususan Masa (Time Specificity)Produk boleh digunakan pada masa tertentu sahaja (contoh: bahan mudahrosak/busuk)

    Produk yang kompleks (Product complexity)Maklumat tentang produk adalah kompleks.Pelanggan menghadapi masalahuntuk menjelaskan apa yang dikehendaki dan terpaksa mencari pelbagai alternatifuntuk mendapatkan pembekal terbaik.

    7.4.1 Pasaran dan Hierarki ( Markets and Hierarchies)

    Pasaran bertujuan untuk memudahkan urusniaga antara pelbagai pembeli dengan pelbagaipembekal.Manakala hieraki pula adalah perhubungan jangka panjang antara pembekal dengan pelanggan,diuruskan oleh pihak pengurusan bukannya kuasa pasaran.

    Kriteria Pasaran Hieraki

    Sifat Bebas Bergantung

    SkopSatuurusniaga

    Satu siriurusniaga

    Komunikasi Perundingan Rutin

    Darjahkeluwesan

    Tinggi Rendah

    TahapPerhubungan

    RendahPertengahan -Tinggi

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    7/10

    Pasaran Hierarki

    Pasaran bertujuan untuk memudahkanurusniaga di antara pelbagai pembelidengan pelbagai pembekal

    Hierarki adalah perhubungan jangkapanjang di antara pembeli denganpembekal, diuruskan oleh pengurusandan bukannya pengaruh pasaran.

    Mekanisma pasaran adalah dimanapembeli membeli daripada pembekalyang dapat memberikan tawaran yangterbaik.(harga, kuantiti, standardkualiti, jadual penyampaian)

    Mekanisma hierarki, pembeli tidakmemilih daripada pelbagai pembekalyang berpotensi. Firma membelibarangan/perkhidmatan daripadapembekal yang telah ditetapkan. Firmamembuat urusniaga berterusan.Perhubungan ditentukan olehperjanjian

    Keadaan pasaran dimana pelangganboleh memilih kombinasi terbaik dari

    segi harga, kualiti dan lain-lain kriteriayg dikehendaki. Persaingan antarapembekal menghasilkan pelbagaipilihan, maka pembeli tidak terikatdengan sifat oportunistik pembekal.

    Hierarki terbentuk akibat kosurusniaga yang tinggi. Pembekalan

    mesti di sediakan dan/atau pembekaltidak begitu kompetitif untukmenghalang oportunisme.Mengekalkan perhubungan jangkapanjang dan stabil antara pembelidengan pembekal akanmengurangkan kos urusniaga

    7.4.2 Pasaran ElektronikDalam pasaran pembeli mencari penjual. Mengguna rangkaian elektronik akan mengurangkan

    kos mencari barangan dan perkhidmatan. Proses ini dikenali sebagai "the electronic brokerageeffect".Dalam pasaran elektronik wujud perkhidmatan yang menghubungkan antara pembelidengan pembekal melalui sumber maklumat berkongsi (shared information resource). Sumber inimenyediakan alat untuk mencari data. Ia membantu pembeli untuk mencari tawaran daripadapelbagai pembekal dengan cepat,mudah dan murah.

    Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengenalpastibilangan yang menjelaskan tentang sesuatu buku. Firma membentuk perhubungan pasarandengan rakan niaga apabila mengguna rangkaian untuk mengurangkan kos. Teknologimemudahkan syarikat untuk mencari pelbagai pilihan. Mereka menggunakan rangkaian untukmembentuk satu kumpulan pembekal yang besar. Ini mengakibatkan pembeli tidak perlu setiakepada mana-mana pembekal kerana pilihan yang banyak untuk berurusniaga.

    7.4.3 Hierarki ElektronikFirma menggunakan rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membentuk perhubunganhierarki jangka panjang dengan rakan perniagaan. Perhubungan hierarki menggunakan sistemmaklumat dan rangkaian tele-komunikasi untuk integrasi antara pembeli dengan pembekal.

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    8/10

    Pelbagai cara mengintegrasi hubungan antara pembekal dan pembeli dalam perhubunganhierarki adalah seperti berikut :

    Electronic DataInterchange

    Sistem ini menghubungkan terminal jualan pembelidengansistem penyampaian pembekal supaya tidakberlaku kekurangan stok pembeli

    Just In Time InventoryManagement System

    Sistem ini membentuk perhubungan denganpembekal dan pelanggan untuk memberi danmenerima pesanan melalui dokumen pesananpembelian, invois dan maklumat perkapalan dengancekap dan berkesan.

    7.4.4 Urusniaga Perdagangan (Commercial Transaction)

    Model Empat Fasa untuk urusniaga perdagangan adalah berikut :-Penerokaan Sebelum Membeli Prepurchase Discovery

    Pemilihan dan Keputusan Membeli Selection and CommitmentProses Pembelian Purchase ConsummationInteraksi Selepas Pembelian Post Purchase Interaction

    Penerokaan Sebelum MembeliPersediaan Sebelum Membeli adalah penting untuk pasaran dan hierarki. Keperluan pelangganditentukan dari segi produk, masa dan kehendak ; pembekal yang dapat memenuhi keperluan inidicari. Maklumat tentang produk dan syarat serta terma urusniaga dicari, tetapi tiada komitmendiminta atau diberi.

    Pada peringkat ini proses pengumpulan maklumat dan penilaian dijalankan. Pelanggan tidakbergantung kepada pembekal sahaja. Mereka akan meminta pendapat daripada mereka yang

    pernah membeli produk.

    Proses membuat keputusan akan menjadi panjang apabila produk adalah rumit atau maklumattentang produk susah untuk ditafsirkan.

    Pemilihan dan Keputusan MembeliPemilihan tentang pembekal dan keputusan untuk membeli memerlukan perundingan tentangterma dan keperluan yang tidak diketahui semasa proses pencarian. Pembekal ingin menjualdan mengadakan beberapa urusniaga atau menjual stok yang berlebihan. Manakala pembelipula meletakan keutamaan pada syarat penyampaian dan kualliti.

    Proses PembelianProses Pembelian melibatkan pihak-pihak lain selain daripada pembeli dan penjual. Produk(barangan atauperkhidmatan) perlu diagihkan kepada pembeli/penjual yang melibatkanpengangkutan diuruskan oleh pihak lain. Proses pembayaran juga melibatkan pihak ketiga darisegi pengurusan pembayaran dan pengesahan instrumen pembayaran.

    Akhir sekali pembeli dan penjual mesti bersetuju tentang syarat-syarat urusniaga yang sudahdipersetujui.Kuantiti, kualiti dan masa penyerahan sudah dipenuhi atau gantirugi diminta.Penjual mahu menggalakkan pembeli membeli barangannya lagi. Ini memerlukan perhubunganpemasaran untuk mewujudkan kesetiaan jenama.

    Interaksi Selepas PembelianInteraksi melibatkan perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk mengurus aduan pelanggan,pemulangan barangan dan kecacatan barangan.

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    9/10

    7.4.5 Aliran Kerja (Work flow)Mengguna teknologi dalam perdagangan memerlukan strukur yang jelas dan tetap. Komputerdan rangkaianmesti diselaraskan serta tugas-tugas dibahagikan antara pembeli, penjual danpemberi perkhidmatan sokongan. Perspektif ekonomi dan pasaran adalah abstrak, makaperspektif dan pengurusan teknologi mesti konkrit (jelas dan tetap)

    Dalam teori sistem pengurusan pengkalan data (Database Management System) memberikan

    definisikhusus tentang urusniaga. Definisi ini yang membuatkan mesin teler automatik( ATM)dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta dapat bekerja dengan sistem-sistem laindalam sesuatu bank.

    Definisi ini menyatakan sesuatu urusniaga mesti mempunyai prosedur berikut:-

    Mempunyai proses permulaan dan tamat yang berstruktur dan jelas

    Mengikut proses yang ditetapkan (Satu siri langkah-langkah)

    Peringkat akhir adalah berjaya atau gagal

    Boleh silap dengan pelbagai cara, tetapi betul/berjaya dengan hanya satu carasahaja

    Ubah data dalam pengkalan data sekiranya berjaya, dan tidak berubah datasekiranya gagal/silap

    7.5 Pengguna

    Industri-industri besar mengguna pengkomputeran untuk memajukan aspek-aspek kualiti perkhidmatan inovasi kepantasan

    Perniagaan melabur dalam teknologi maklumat dan perdagangan elektronik untuk

    meningkatkan produktiviti

    mengurangkan kos, dan

    memajukan perkhidmatan pelanggan

    Pengguna suka membeli atas talian (online) kerana dapat mencari pelbagai produk berbandingkedai tradisional. Mutu perkhidmatan pelanggan juga dapat ditingkatkan. Pengguna yang sibukdapat menjimatkan masa dan rasa lebih mudah kerana penjual dapat memenuhi keperluanindividu. Pengguna boleh peroleh pelbagai maklumat apabila membuat keputusan pembelian.

    Maklumat yang baik (better information) dan pilihan yang pelbagai (greater selection) serta kosoperasi yang rendah membantu perniagaan internet untuk menurunkan harga atau membaikikualiti

    7.5.1 Perkhidmatan Pelanggan

    Jurujual hanya mampu menjaga akaun pelanggan yang mampu mereka berjumpa danmenghubungi melalui telefon. Apabila jumlah pelanggan (akaun) meningkat maka bilanganjurujual juga meningkat. Malah syarikat jualan langsung juga perlu meningkatkan pekerjaapabila pesanan melalui telefon meningkat.

    Bagi syarikat yang menggunakan komputer (web-based), ia boleh menambah pelanggan baru

    dengan kos yang rendah atau tanpa kos langsung. Ini kerana urusan jualan dilakukan dalamkomputer (server), bukannya kedai secara fizikal atau jurujual. Pencapaian syarikat hanyadibatasi keupayaan komputer untuk melayan pertanyaan dan pesanan pelanggan.

  • 7/30/2019 Bab 7-Persekitaran Teknologi, Org

    10/10

    Internet juga boleh membuatkan syarikat jualan tradisional, jualan mengguna katalog danpengiklanan menjadi lebih cekap.Pesanan secara automatik melalui komputer membolehkan jurujual untuk memberi tumpuanterhadap pembinaan dan mengekalkan perhubungan dengan pelanggan. Tanpa komputer,jurujual terpaksa menghabiskan masa mengisi borang-borang pesanan pelanggan.Katalog elektronik dapat memberikan lebih banyak maklumat dan pilihan berbanding dengankatalog kertas.

    Jualan langsung atas talian (online) dapat memendekan masa pembelian semula yangmemudahkan untuk menambah barangan untuk dijual

    Dengan mengguna internet (perniagaan atas talian) sesebuah syarikat dapat mencipta pasaranbaru menguntungkan pada peringkat tempatan dan global.

    7.5.2 Kepelbagaian (Variety)Pembeli /pengguna memperoleh menafaat yang amat baik daripada internet dari segi pilihanproduk dan perkhidmatan berbanding dengan saluran tradisional. Sama ada di rumah ataupejabat, penggunaboleh akses beribu laman web untuk mendapat maklumat tentang berita,peristiwa, produk, penyelidikandan boleh membeli hampir apa sahaja.

    Pemilihan tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh disampaikan secara digital,malah laman web juga menjual alat elektronik, perkebunan, bekalan pejabat dan lain-lain produkfizikal. Ia juga menyediakan pilihan yang pelbagai berbanding jualan secara tradisional.

    Contoh, satu kedai buku yang besar menyediakan 150,000 pelbagai buku, manakala kedai mayaboleh menyediakan 2.5 juta tajuk merangkumi buku yang diterbitkan dan juga buku yang tidakditerbitkan.Selain kedai buku biasa, kedai buku khas menyediakan buku-buku tentang antik,buku dalam bahasa asing, edisi luar biasa, dan buku-buku lain yang mungkin memerlukanpanggilan telefon dan terpaksamelakukan perjalanan untuk mendapatkannya. Sebaliknyamengguna internet, pembaca hanya perlutaipkan kata kunci untuk mengenalpasti laman yangsesuai, lawat laman terpilih dan cari inventori, buat pemilihan dan lakukan proses pembelian.

    Buku akan sampai kepada anda dalam beberapa hari.

    7.5.3 Pilihan Berdasarkan Maklumat (informed Choice)Antara Kelebihan terbaik pasaran terbuka elektronik adalah kesediaan boleh dapat maklumatdan pembentangan maklumat. Pembelian yang memerlukan kajian latarbelakang yangmendalam atauperbandingan antara pilihan yang pelbagai menjadi mudah apabila kompleksitiditurunkan dan kesediaan maklumat meningkat.

    Membeli sebuah kereta adalah satu contoh yang memerlukan banyak dan pelbagai maklumatuntuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli. Antara maklumat yang perlu dipertimbang-kan adalah :-

    Pembuat kereta Pembiayaan kewangan

    Model Polisi insuran

    Aksesori Harga (perundingan)

    Prestasi

    Melalui internet semua maklumat yaang diperlukan untuk membeli sebuah kereta boleh di-perolehi. Rangkaian(web) memberikan peluang kepada pengguna dengan pelbagai maklumattentang harga dan pilihan yang boleh dibuat. Keputusan yang akan dibuat lebih tepatberdasarkan maklumat yang diperolehi.

    Rangkaian memberikan pengetahuan (maklumat) yang banyak dan terperinci tentang pilihan-pilihan serta harga yang wujud. Pengguna boleh membuat keputusan daripada pilihan yangtermaklum (informed choice) sebelum membeli sesuatu produk.