tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

30
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM MENJAGA KESELAMATAN NEGARA MUHAMMAD ARIF AIMRAN MUHAMMAD LUQMAN HAKIM MOHAMMAD ISHRAUF ILYAS MUHAMMAD IZZAT ABD RAHMAN MUHAMMAD FAKHRULLAH MUHAMMAD HILMIE NADIA HANAFIAH KHAIRUNIZA BAKRI NOR AIN AZMAN NUR ZAKIAH HANIM

Upload: rauf-ilyas

Post on 14-Jun-2015

10.652 views

Category:

Entertainment & Humor


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM MENJAGA

KESELAMATAN NEGARA

• MUHAMMAD ARIF AIMRAN • MUHAMMAD LUQMAN HAKIM• MOHAMMAD ISHRAUF ILYAS• MUHAMMAD IZZAT ABD RAHMAN• MUHAMMAD FAKHRULLAH• MUHAMMAD HILMIE• NADIA HANAFIAH• KHAIRUNIZA BAKRI• NOR AIN AZMAN• NUR ZAKIAH HANIM

Page 2: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

DEFINISI KESELAMATAN NEGARA

Keselamatan negara merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan nilai teras negara tersebut.

Walter Lipmann menganggap “ a nation is secure to the extent to which it is not in danger of having to sacrifice core values if it wishes to avoid war, and is able if challenged to maintain them by victory in such a war”

Page 3: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Arnold Wolfers pula menyatakan bahawa “ security rises and falls with the ability of a nation to deter an attack.” Argumentasi seperti ini menunjukkan aliran pemikiran Realist yang tertumpu.

Page 4: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

OBJEKTIF KAJIAN Menerapkan sifat kerjasama diantara satu sama

lain dalam menjaga keselamatan negara. Memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap

individu betapa pentingnya menjaga keselamatan negara.

Mewujudkan masyarakat yang peka dengan isu-isu semasa dan masalah dalam negara.

Menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah negara.

Page 5: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

PENGENALAN Tanggungjawab memelihara keamanan,

keselamatan dan mengisi kemerdekaan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pemimpin tetapi kerjasama seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Keselamatan negara ini amat besar nilai dan ertinya. Kita harus berusaha untuk memastikan bahawa masa depan Malaysia hanya akan dicorak dan diwarnakan oleh setiap individu warganya dan bukan orang lain.

Page 6: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Peranan rakyat dalam erti mempertahankan kedaulatan negara amat penting kerana ia akan membawa implikasi terhadap memperkasa soal ketaatan yang tak berbelah demi menjamin keselamatan terhadap negara.

Peranan ini penting dalam usaha membawa konsep perpaduan yang lebih jitu ke arah pembentukan sebuah negarabangsa yang benar-benar utuh.

Page 7: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

KEPENTINGAN MENGETAHUI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Mengenal Diri Dan Mencintai Warisan Bangsa Kita mestilah mempunyai jati dii yang kuat, tahu asal

usul dan sentiasa mengekalkan identiti diri walau di mana kita berada.

Individu yang mempunyai jati diri yang kukuh akan sentiasa menyanjung tinggi warisan tanah air. Oleh itu warisan tanah air perlu dijaga dan dipelihara supaya generasi akan datang kenal dan tahu pembinaan sejarah bangsa dan menghormati warisan yang ditinggalkan untuk mereka.

Page 8: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Mempunyai Perasaan Cinta / Bangga Terhadap Bangsa Dan Negara Seorang individu warganegara bukan sahaja

bertanggungjawab kepada diri dan keluarganya malah mereka turut bertanggungjawab terhadap negara.

Hal ini termasuklah perasaan untuk memajukan negara, mempertahankan dan membela kedaulatan negara dalam apa jua keadaan.

Page 9: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Bersemangat Kekitaan, Berdisiplin dan Hidup Bermasyarakat Secara Harmonis. Setiap warganegara mestilah mempunyai sikap

prihatin, tolak ansur serta bekerjasama di antara satu sama lain

Masyarakat juga mestilah menerima dan menghormati perbezaan budaya dan kehidupan yang merupakan teras kepada pembentukan integrasi nasional.

Page 10: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

PERANAN ORANG AWAM DALAM MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

Mewujudkan Rukun Tetangga di kawasan-kawasan perumahan untuk menjaga keselamatan dan keamanan sekitar perumahan.

Page 11: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.

Page 12: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Janganlah terjebak dan terikut-ikut dengan mereka yang tidak menyedari asal usul serta tidak memahami adat istiadat latar belakang penduduk dan agama di negara ini dan mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu demi kepentingan peribadi dan politik mereka.

Page 13: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Masyarakat haruslah bersatu-padu dan bekerjasama dalam mempertahankan keselamatan dan keamanan negara.

Page 14: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Generasi muda haruslah menanam sifat cintakan negara. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 15: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Berkongsi maklumat tentang keselamatan di laman sosial.

Page 16: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MAHASISWA DALAM MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

Memupuk sikap dan nilai dalam diri. Memupuk sikap dan nilai dalam diri untuk

menjadi warganegara dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air. Semangat cintakan negara dan rasa taat setia perlu disemai dalam diri setiap individu kerana ia akan mewujudkan rakyat yang bukan sahaja bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara malah bertanggungjawab demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Page 17: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Menghormati perbezaan keturunan, kebudayaan dan agama. Setiap individu mestilah bertolak ansur antara satu sama

lain, serta menghormati cara hidup, pegangan, adat resam, budaya serta keturunan kumpulan etnik. Soal perbezaan, perasaan prasangka dan perkauman antara kaum hendaklah diketepikan bagi menjamin suasana yang harmoni.

Semangat persefahaman dan toleransi akan kekal sekiranya perkara-perkara sensitif tidak diungkit atau dibahaskan. Setiap warganegara yang berlainan kaum perlu menerima dan mengakui kepentingan kaum lain dalam menjalani kehidupan seharian. Sistem nilai yang positif harus diamalkan tidak mengira kaum.

Page 18: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu Tanpa perpaduan yang mantap, kesejahteraan tidak

akan dapat dicapai walaupun negara mencapai status negara maju.

Perpaduan yang hendak dicapai mestilah melalui cara hidup demokratik akan menjadi tunjang kepada jaminan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan bersama.

Page 19: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

PERANAN WARGANERAGARA DALAM KONTEKS AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR.

 

Islam mewajibkan umatnya memelihara hubungan sesama insan dan juga hubungan dengan Allah.

Islam juga menitik beratkan soal keselamatan, keamanan dan kedamaian.

Setiap insan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran yang berlaku.

Page 20: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama.

Begitu juga dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah, menghasut dan memburuk-burukkan keburukan orang lain. Semua ini, boleh membawa kepada permusuhan dan menganggu keharmonian dalam masyarakat.

 

Page 21: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Masyarakat hendaklah sama-sama membantu pihak berkuasa melalui berbagai kaedah seperti dengan menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP, laman web PDRM, talian 999 menghubungi pusat-pusat kawalan PDRM di daerah dan negeri masing-masing atau menghubungi balai-balai polis berhampiran.

Page 22: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

CABARAN DAN HALANGAN

Ancaman komunis. Ancaman pengganas komunis semasa

darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militan seperti kumpulan tentera sabilillah, kumpulan  Nasir  Ismail, al-Maunah dan lain lain lagi yang  kesemuanya menuntut berlakunya peperangan dan pertumpahan darah serta nyawa.

Page 23: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian: Melayu  : 86 orang Cina  : 342 orang Lain-lain  : 3 orang

Page 24: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Perhimpunan bersih

Perhimpunan Bersih 2012 atau Bersih 3.0 (juga dipanggil Duduk Bantah) ialah suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur. Himpunan ini merupakan lanjutan kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan Perhimpunan Bersih 2011. Ia dianjurkan NGO BERSIH dengan sokongan Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Page 25: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Lahad Datu, Sabah

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.

Page 26: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Statistik Nahas Jumlah Korban

Tarikh LokasiPengikut

Kesultanan Sulu

Pihak berkuasaMalaysia

Orang awam Jumlah

1 MacLahad Datu

12 2 1 15

3 Mac Semporna 7 6 0 13

6–7 Mac

Kampung Tanjung

Batu31 0 0 31

Kampung Tanduo

1 0 0 1

12 MacSungai

Nyamuk2 1 0 1

Jumlah 53 9 1 63

Page 27: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

PENYELESAIAN CABARAN DAN HALANGAN

Penubuhan Majlis Keselamatan Negara Insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada

pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan tersebut telah memberi kuasa kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan.

Page 28: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Akta Keselamatan Dalam NegeriLazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act, merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad. Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.

Page 29: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

RUMUSAN

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan rasai sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan pejuang tanahair yang mempunyai semangat patriotik yagn tinggi dan kental. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap isi warganegara untuk bersama-bersama mengekalkan keamanan,kesejahteraan,keharmonian dan keselamatan negara.

Page 30: Tanggungjawab org awam dlm menjaga keselamatan negara

Setiap masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjwab yang perlu dilaksanakan dalam menjaga keselamatan negara. Walau apa jua bidang yang diceburi, laksanakanlah tugas sebagai rakyat Malaysia dengan penuh tanggungjawab,jujur dan saling bekerjasama.

Persefahaman antara setiap individu tanpa mengira agama,kaum dan bangsa adalah penting demi membentuk negara yang aman dan makmur.