sejarah bab 7

23
DEMOKRASI BERPARLIMEN Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir drpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi. Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat Rakyat berpeluang membentuk kerajaan Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Konsep Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. 1

Upload: moshinemo

Post on 25-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

target sejarah spm 2014

TRANSCRIPT

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah

diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan

sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir drpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi. Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai

pemerintah tertinggi negara dan negeri Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak

merdeka pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan

negara Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat Rakyat berpeluang membentuk kerajaan Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada

melalui pilihanraya Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi

berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan

perkembangan politik semasa. Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan

stabil.

Konsep Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk

melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang

terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183

perkara. Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan,

kerajaan negeri dan senarai bersama. Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan

dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan

tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri

1

Keluhuran perlembagaan Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong,

kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah

Menteri, dan mahkamah Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah

tidak sah

Sebab-sebab pindaan Perlembagaan

Melindungi kepentingan rakyat.

Menjaga keselamatan Negara.

Melicinkan urusan.

Supaya sentiasa releven.

Sesuai dengan keperluan semasa.

Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.

Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Melarang perkara sensitif  dipersoalkan secara terbuka.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang

individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.

Mengelakkan perbalahan kaum.

Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

2

Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat

negeri atau persekutuan.

Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.

Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.

Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis

Raja-Raja Melayu.

Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas

tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.

Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,

menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya

umum atau pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan Raya

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan

Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan

Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan

Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan

jawatan dan perlucutan jawatan.

Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan

90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu

Proses Pilihan Raya di Malaysia

3

Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penamaan calon.

Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.

Pelancaran kempen pilihan raya.

Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.

Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada

pengundi di tempat pengundian.

Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas

tersebut ke dalam peti undi.

Pembuangan undi.

Pengiraan undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan Calon

Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang

mereka gemari.

Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.

Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia,

berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis,

tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu

kesalahan oleh mahkamah.

Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan

Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak

kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama

individu sebagai calon bebas.

Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Kelayakan Pengundi

4

Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam

Senarai Daftar Pemilih.

Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21

tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya

Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.

Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.

Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan

pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat

nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya

Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum

atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan

berkempen.

Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.

SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang

berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.

Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.

Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.

Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

Kepentingan Pilihan Raya

Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.

Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik

semasa.

Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan 

bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia

5

Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.

Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.

Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.

Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.

Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.

Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.

Ekonomi negara akan berkembang maju.

Mengekalkan kestabilan politik negara.

Kebaikan Amalan Demokrasi

Mengekalkan kedaulatan kerajaan.

Kerajaan dipilih oleh rakyat.

Berpeluang menentukan kepimpinan negara.

Menentukan masa depan negara.

Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.

Kecekapan pentadbiran negara.

Kestabilan negara aman.

Memudahkan perancangan kerajaan.

Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Menjamin hak rakyat.

Mengurangkan tekanan antarabangsa.

Memperkukuhkan perpaduan.

Mengekalkan perkongsian kuasa.

Kerajaan stabil.

Kemajuan ekonomi.

Menarik pelaburan asing.

Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan

6

Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.

Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.

Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.

Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.

Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat sekolah.

Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.

Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.

Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.

Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.

Mengutamakan kepentingan negara.

Kebaikan Sistem Pemerintahan Demokrasi

Rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan.

Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.

Pemimpin tidak berkuasa mutlak.

Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya.

Menjamin hak asasi rakyat.

Memastlkan keamanan.

Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.

Kedaulatan di tangan rakyat.

Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara

Menjaga nama baik negara.

Mewujudkan kerjasama.

Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.

Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.

Bertolak ansur dalam politik.

Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.

Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.

Menghormati lambang-lambang negara.

PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH

7

Badan kehakiman

Menentukan kesahihan undang-undang Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman. Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang

disaksikan oleh seorang peguam). Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.

Sistem mahkamah

Berkuasa mentafsir perlembagaan negara. Mentfsir undang-undang. Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi  undang-undang. Melaksanakan undang-undang Tidak boleh meminda undang-undang.

CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen. Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara

8

Merupakan dewan tertinggi Mengandungi 69 orang ahli. Mewakili setiap negeri. Ahli digelar Senator. Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen. Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman. Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan,

perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan. Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan

Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah

berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting. Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli. Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya. Tempoh keanggotaannya lima tahun. Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

9

Jemaah Menteri

Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. Pembuat dasar tertinggi negara. Diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa

kementerian.

Kementerian

Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.

Menteri

Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

Menteri yang  tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.

Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam                                     

Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN). Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK). KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.

Badan Berkanun

10

Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan. Mempunyai kuasa autonomi tertentu. Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang

berkenaan.

Suruhanjaya

Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin. Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan

Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.

Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian. Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. Pembacaan pertama di Dewan Negara dan Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan. Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa

di Dewan Rakyat. Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke

Dewan Negara. Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan Rakyat Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang

di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor. Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran

11

Menjamin kesejahteraan hidup rakyat Pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku. Berperanan untuk mengimbangi check and balance dalam pentadbiran. Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat. Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi. Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran. Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik. Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas. Dapat membantu pembangunan negara yang pantas. Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran. Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.

Usaha-usaha meningkatkan kecekapan  pentadbiran

Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan. Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelangan Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter perkhidmatan. Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas. Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.

Ciri-ciri pemimpin negara

Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial. Menggunakan sistem pentadbiran yang moden . Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran. Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran. Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan pentadbiran. Seorang yang profesional dalam tindakanya.

Peranan badan perlaksana

12

Pembuat dasar tertinggi Negara. Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri. Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian. Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan / merancang dan

menyelaras program pembangunan ekonomi dan social. Terdapat 26 kementerian. Kementerian diketuai seorang menteri. Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik. Menteri tak berpotfolio. Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara. Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara Dibantu oleh kakitangan kerajaan. Bertanggungjawab melaksanakan tugas. Jabatan diketuai oleh ketua pengarah. Jabatan di peringkat pusat/ daerah. Badan berkanun berkuasa autonomi. Mempunyai kewangan sendiri. Ditadbir lembaga pengarah. Penubuhan suruhanjaya.

Kebaikan sistem pemerintahan demokrasi  

Rakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan. Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandangan Pemimpin tidak  berkuasa mutlak Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya Menjamin hak asasi rakyat Memastikan keamanan Menjamin kerajaan yang adil/ stabil Kedaulatan di tangan rakyat

Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara

13

Mengekalkan kedaulatan negara. Kerajaan dipilih oleh rakyat. Berpeluang menentukan kepimpinana negara. Menentukan masa depan negara Berpeluang menentukan kepimpinan negara Menentukan masa depan negara. Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan. Kecekapan pentadbiran negara Kestabilan negara aman. Memudahkan perancangan kerajaan Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat. Menjamin hak rakyat. Mengurangkan tekanan antarabangsa. Memperkukuhkan perpaduan. Mengekalkan perkongsian kuasa. Kerajaan  stabil. Kemajuan ekonomi. Menarik pelaburan asing.

Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.

Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul. Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul. Mengelakkan campur tangan asing. Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum. Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah lagi. Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri. Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas. Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara. Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa. Mengutamakan kepentingan negara.

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.

14

Menganggotai mana-mana parti politik. Mendaftar sebagai pemilih. Menjadi calon pilihan raya. Bertanding atas parti atau calon bebas. Memilih pemimpin yang bertanggungjawab. Memilih pemimpin yang amanah. Memilih pemimpin berwawasan. Memilih pemimpin yang mesra rakyat. Tidak menyertai demonstrasi haram. Tidak menganggotai pertubuhan haram. Memilih pemimpin. Menghormati hak asasi manusia. Patuh pada undang-undang negara. Bertolak ansur. Bekerjasama. Hormat-menghormati

Kejayaan yang dicapai oleh negara kita

Pemodenan pertanian. Perkembangan teknologi. Pelaksanaan k-ekonomi. Tumpuan pelancong asing. Hubungan antarabangsa berkembang Kemajuan sistem pengangkutan. Kemajuan sistem komunikasi. Pembuatan automobil/ industri berat. Sektor perkilangan. Industri elektronik. Pembangunan wilayah. Koridor raya multimedia. Penganjuran sukan antarabangsa. Hub pendidikan bermutu. Pusat kecemerlangan pendidikan. Pusat kecemerlangan pendidikan. Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

15

Kemunculan golongan radikal. Masalah perpaduan. Kewujudan pelbagai kaum. Gejala sosial. Perlakuan jenayah. Kebanjiran pendatang asing. Peluang pekerjaan. Globalisasi. Masalah kemiskinan. Jurang ekonomi antara kaum.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

Memperkukuh perpaduan. Penguatkuasaan undang-undang. Mewujudkan konsep 1 Malaysia. Memastikan Wawasan 2020 tercapai. Menghayati Rukun Negara. Mewujudkan rakan cop. Menambah peluang pekerjaan Memperketatkan kawalan sempadan.

Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah

16

Memelihara perpaduan Mengekalkan keamanan Bersikap toleransi Bersedia menerima perubahan Saling memahami Bertanggungjawab Bersikap inovatif dan kreaktif. Patuh kepada undang-undang Menghormati pemimpin Semangat cintakan Negara Menghormati lambang Negara

Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara

Menjaga nama baik Negara Mewujudkan kerjasama Sanggup berkorban demi kebaikan bersama Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat Bertolak ansur dalam politik Merealisasikan dasar – dasar kerajaan Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara Menjayakan konsep 1 Malaysia Patuh kepada undang-undang Setia kepada pemimpin Menjaga kedaulatan negara

Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.

Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar Menghormati lambang-lambang kebesaran. Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di Pertuan

Agong dan raja. Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja Mencari maklumat berkaitan melalui internet Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

CADANGAN KESIMPULAN

17

Pengetahuan: Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan

pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.

Iktibar Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara. Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran

ekonomi. Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara. Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan

bangsa Malaysia. Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.

Harapan   Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan

Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia. Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi

kemakmuran negara.

18