kad paparan(bab 7)

23
Pengenalan Kad Paparan Perkembangan teknologi computer yang pesat telah menjadikan kad paparan bagi sesebuah computer turut bertambah penting. Kualiti kad paparan dapat mempengaruhi kecekapan computer. Tambahan pula, permintaan perisian produksi dan permainan computer terhadap kad paparan juga semakin meningkat. Jika kualiti kad paparan yang digunakan adalah amat lemah, maka lebih baik jika ia dinaik taraf. Terdapat pelbagai jenis kad paparan. Untuk memilih kad paparan yang benar-benar memenuhui permintaan kegunaan individu, adalah penting untuk memahami spesifikasi kad paparan terlebih dahulu. Cip 3D Cip 3D merujuk kepada cip paparan. Disebabkan kebanyakan kad paparan yang terdapat di pasaran kini adalah 3D, maka penerangan di sini akan ditegaskan pada kad paparan 3D sahaja. Kini, kad paparan yang terdapat dalam pasaran adalah dihasilkan oleh nVidia, ATI, SIS dan S3. Cip kad paparan juga digelar sebagai GPU, fungsinya adalah seperti peranan CPU dalam sesebuah computer, di mana fungsi GPU adalah untuk mengendalikan maklumat grafik dan menghasilkan imej berdasarkan maklumat yang diperolehi. nVidia TNT2 dan Geforce adalah jenama dihasilkan oleh nVidia. Kini, Geforce merupakan kad paparan utama dalam pasaran. Ia membekalkan sokongan yang amat baik terhadap pelbagai perisian permainan komputer dan kelajuan yang amat memuaskan dalam pengendalian maklumat grafik. Ciri-ciri ini telah menjadikan Geforce kesukaan ramai, terutamanya bagi peminat permainan 3D. Boleh melayari laman web rasminya untuk maklumat yang lebih lanjut. Laman web Nvidia: http://www.nvidia.com

Upload: fads

Post on 06-Jun-2015

827 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kad Paparan(bab 7)

Pengenalan Kad Paparan

Perkembangan teknologi computer yang pesat telah menjadikan kad paparan bagi sesebuah computer turut bertambah penting. Kualiti kad paparan dapat mempengaruhi kecekapan computer. Tambahan pula, permintaan perisian produksi dan permainan computer terhadap kad paparan juga semakin meningkat. Jika kualiti kad paparan yang digunakan adalah amat lemah, maka lebih baik jika ia dinaik taraf. Terdapat pelbagai jenis kad paparan. Untuk memilih kad paparan yang benar-benar memenuhui permintaan kegunaan individu, adalah penting untuk memahami spesifikasi kad paparan terlebih dahulu.

Cip 3D

Cip 3D merujuk kepada cip paparan. Disebabkan kebanyakan kad paparan yang terdapat di pasaran kini adalah 3D, maka penerangan di sini akan ditegaskan pada kad paparan 3D sahaja. Kini, kad paparan yang terdapat dalam pasaran adalah dihasilkan oleh nVidia, ATI, SIS dan S3. Cip kad paparan juga digelar sebagai GPU, fungsinya adalah seperti peranan CPU dalam sesebuah computer, di mana fungsi GPU adalah untuk mengendalikan maklumat grafik dan menghasilkan imej berdasarkan maklumat yang diperolehi.

nVidia

TNT2 dan Geforce adalah jenama dihasilkan oleh nVidia. Kini, Geforce merupakan kad paparan utama dalam pasaran. Ia membekalkan sokongan yang amat baik terhadap pelbagai perisian permainan komputer dan kelajuan yang amat memuaskan dalam pengendalian maklumat grafik. Ciri-ciri ini telah menjadikan Geforce kesukaan ramai, terutamanya bagi peminat permainan 3D. Boleh melayari laman web rasminya untuk maklumat yang lebih lanjut. Laman web Nvidia: http://www.nvidia.com

Laman web nVidia

Page 2: Kad Paparan(bab 7)

Kad paparan Geforce 3D telah berkembang ke Geforce 4 Ti 4600.

ATI

Kualiti imej yang cemerlang telah menjadikan produkATI mendapat sambutan yang baik di kalangan pengguna. Bagaimanapun, disebabkan hasil grafik yang begitu halus dan teliti, kelajuan pengendaliannya adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan nVidia. Faktor ini telah menyebabkan kebanyakan peminat permainan computer cenderung menggunakan kad paparan yang dapat membekalkan kelajuan pengendalian yang lebih cepat. Boleh melayari laman web rasminya untuk maklumat yang lebih lanjut.

Laman web ATI: http://www.ati.com

Lamn web rasmi ATI

Page 3: Kad Paparan(bab 7)

SIS

Syarikat SIS telah mencipta kad paparan Xabie, iaitu kad paparan pertama di dunia yang dapat menyokong fungsi [8x8]. Fungsi [8x8] bermakna kad paparan ini dapat menyokong fungsi AGP8X dan DirectX 8.1. Kad paparan Xabie mempunyai frekuensi 250 MHz,dan kelajuan pengisiannya (fill) adalah lebih cepat berbanding Geforce MX. Boleh melayari laman web rasminya untuk maklumat lanjut. Laman web SIS: http://www.sis.com

Kad paparan Xabie

S3

Pada suatu ketika, kad paparan S3 adalah amat cemerlang, terutamanya ketika zaman 2D. Namun begitu, ketibaan zaman 3D dan kemunculan syarikat nVidia telah menjadikan S3 semakin lenyap di pasaran. Kini, ia telah diambil alih oleh syarikat VIA. Kad paparan seperti Savage 4 dan Savage 2000 kini sukar didapati di pasaran.

Page 4: Kad Paparan(bab 7)

Kapasiti memori kad paparan

Kebanyakan kad paparan yang terdapat di pasaran mempunyai memori sekurang-kurangnya 32 M. Kapasiti ini merupakan saiz piawai bagi kebanyakan permainan komputer. Walaupun semakin besar kapasiti memori kad paparan dan semakin baik prestasi computer, harga kad paparan berkapasiti 32 M dan 64 M adalah tidak sama, di mana harga kad paparan berkapasiti 64 M adalah lebih tinggi berbanding 32 M.

Memori yang terdapat pada kad paparan

Spesifikasi AGP: 4X / 8X

Frekuensi kerja kad paparan yang memenuhi spesifikasi AGP 4X adalah 266 MHz, Ddi mana lebar jalur (band width) ialah 1 GHz. Manakala frekuensi kerja kad paparan spesifikasi AGP 8X adalah 533 MHz, di mana lebar jalurnya ialah 2.1 GHz. Ini bermakna bahawa, kelajuan kad paparan yang memenuhi spesifikasi AGP 8X adalah dua kali ganda kelajuan kad paparan AGP 4X.

Page 5: Kad Paparan(bab 7)

Saluran output D-Sub, DVI

Perbezaan utama bagi penggunaan saluran output D-Sub dan DVI adalah signal output dan monitor yang digunakan. Saluran output D-Sub akan menghasilkan isyarat analog. Biasanya, ia digunakan pada system komputer desktop. Ia boleh bersambung ke monitor RCT yang umum, juga boleh disambung ke monitor LCD yang mempunyai antara muka D-Sub. Namun demikian, memandangkan output merupakan isyarat analog, oleh itu monitor LCD perlu menukarkannya menjadi isyarat digital sebaik saja ia menerima isyarat analog dari saluran output D-Sub. Proses penukaran ini akan menyebabkan sesetengah maklumat imej hilang, menjadikan kualiti output LCD kurang memuaskan.

Saluran output D-Sub yang terdapat pada kad paparan

Saluran output DVI akan menghasilkan isyarat digital. Monitor CRT yang umum akan gagal menggunakan saluran output ini. Biasanya, ia digunakan pada monitor LCD. Memandangkan isyarat yang dihasilkannya adalah isyarat digital, oleh itu kualiti imej yang dihasilkan adalah lebih baik.

Saluran output DVI yang terdapat pada kad paparan

Clock memori

Memori merupakan salah satu aset penting kad paparan. Bagaimanapun, jika saiz mempri kad paparan adalah besar, tetapi clock operasinya perlahan, maka bukan sahaja kualiti paparan tersebut kurang memuaskan,malah turut akan menjejaskan kecekapan perlaksanaan computer. Kebanyakan clock operasi memori kad paparan yang terdapat di pasang adalah di antara 400MHz, atau lebih tinggi.

Page 6: Kad Paparan(bab 7)

Clock cip

Clock cip merujuk kepada clock operasi bagi kad paparan. Semakin cepat clock, semakin hebat pengendalian kad paparan tersebut, maka semakin singkat kitar pengendalian maklumat. Clock cip adalah lebih perlahan daripada clock memori kad paparan. Biasanya, clock cip bagi kad paparan adalah lebih kurang 300 MHz. Berikut merupakan beberapa senarai pengilang kad paparan yang terkenal dan model kad paparan yang dihasilkan.

Abit: Siluro Geforce Ti 4400Asus: Geforce 4 Ti 4400 dan 4600Chaintech: Geforce Ti 4600 edisi khasGainward: Geforce 4 PowerPack Ultra/750 XPLeadtek: WinFast A250 TDMSI: Geforce 4 Ti 4400 dan 4600PNY: Verto GeForce Ti 4600

Page 7: Kad Paparan(bab 7)

Proses penaikan taraf kad paparan.

Seperti penaikan taraf bagi komponen komputer yang lain, adalah penting dan lebih selamat untuk memahami proses panaikan taraf kad paparan sebelum sebarang tindakan diambil. Ini dapat membantu proses penaikan taraf dilakukan dengan lancar dan Berjaya.

Singkirkan aturcara driver kad paparan dan matikan komputer

Tanggalkan casing

Tanggalkan kad paparan

Singkirkan CMOS

Pasangkan kad paparan

Selaraskan kedudukan kad paparan

Pemeriksaan sendiri ketika but

Pasangkan casing

Tetapkan BIOS

Log on system dan pemasangan drive kad paparan

Hidupkan semula komputer

Proses penaikan taraf kad paparan

Page 8: Kad Paparan(bab 7)

Ketika menaikan taraf kad paparan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Sebelum menaikan taraf kad paparan, singkirkan aturcara driver kad paparan yang lama terlebih dahulu untuk mengelakkan konflik di antara aturcara driver kad paparan yang baru dengan yang lama.

2. Pastikan bekalan kuasa telah dimatikan sebelum menanggalkan casing komputer.3. Sebelum menanggalkan kad paparan, pastikan talian signal yang bersambung ke

monitor telah ditanggalkan.4. Sebelum menanggalkan kad paparan, longgarkan pegetat kad paparan terlebih

dahulu. Jangan menarik kad paparan dengan kasar, kerana ini mungkin akan merosakkan kad paparan atau papan induk.

5. Berhati-hati dengan komponen yang terdapat di sekeliling kad paparan semasa menanggalkannya.

6. Ketika menarik kad paparan keluar dari kedudukannya, tarik dengan tegak agar soket dan pin pada kad paparan tidak rosak.

7. Singkirkan CMOS pada papan induk sebelum memasang kad paparan yang baru. Ini adalah untuk mengelakkan konflik dan kegagalan yang disebabkan oleh penetapan BIOS yang tidak tepat.

8. Ketika memasang kad paparan yang baru, palamkannya ke dalam kedudukan secara menegak.

9. Jika bunyi amaran kedengaran ketika komputer dihidupkan semula, jangan panik, hanya perlu mematikan komputer dan selaraskan keduduakan kad paparan semula.

10. Ketika memasang aturcara driver kad paparan, ikuti arahan pemasangan aturcara yang dipaparkan bagi mengelakkan kesilapan pemasangan.

Page 9: Kad Paparan(bab 7)

Menyediakan peralayan pemasangan

Sediakan perlatan yang diperlukan sebelum mula menaik taraf kad paparan. Ini akan dapat melancarkan proses penaikan taraf.

Pemutar skru berhujung T

Biasanya, skru yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kad paparan adalah skru berbentik T. Oleh itu, sediakan pemutar skru berhujung T bagi melonggarkan dan mengetatkan skru.

Pemutar skru berhujung T

Pemutar skru berhujung –

Sediakan pemutar skru berhujung -, ini dapat membantu ketika proses penanggalan casing.

Pelayar muncung tirus

Ia diperlukan untuk memudahkan penyelarasan Jumper ketika penyingkiran penetapan CMOS dilakukan.

Page 10: Kad Paparan(bab 7)

Skru

Sediakan skru ektra bagi mengelakkan kehilangan skru ketika penaikan taraf dilakukan.

Skru yang digunakan untuk mengetatkan Kedudukan kad paparan

Menaik Taraf Kad Paparan

Berikut lihat bagaimana menaikan taraf kad paparan.

Langkah 1

Mulakan senarai [Start], klik butang kanan tetikus pada [My Computer] dan opsyen [Properties]. Tetingkpa [System Properties] akan dipaparkan.

Langkah 2

Tukar ke tab [Hardware] dan klik butang [Device Manager] untuk memulakan tetingka [Device Manager].

Langkah 3

Pilih kad paparan yang hendak dinaik taraf, kemudian klik pada butang [Uninstall].

Page 11: Kad Paparan(bab 7)

Langkah 4

Klik pada butang [OK] untuk menyingkirkan driver kad paparan.

Langkah 5

Klik pada butang [NO], tutupkan tetingkap isyarat dan matikan komputer.

Langkah 6

Tanggalkan kabel monitor.

Langkah 8

Longgorkan skru kad paparan.

Langkah 9

Tanggalkan kad paparan.

Page 12: Kad Paparan(bab 7)

Langkah 10

Singkirkan CMOS.

Langkah 11

Palamkan kad paparan yang baru ke dalam soket. Ketatkan skru.

Langkah 12

Sambungkan kabel monitor dan hidupkan komputer.

Langkah 13

Jika komputer dapat menghidupkan tanpa, maka matikan bekalan kuasa komputer terlebih dahulu.

Langkah 14

Pasangkan semula casing.

Page 13: Kad Paparan(bab 7)

Penetapan Kad Paparan

Setelah selesai memasang kad paparan yang baru, perlu melakukan penetapan pada BIOS bagi mengoptimumkan prestasi kad paparan. Penatapn yang dilakukan adalah berbeza bagi papan induk yang berlainan. Untuk memasuki paparan penerapan BIOS, hendaklah tekan kekunci [Del] untuk memasuki paparan penetapan BIOS.

Setelah memasuki BIOS , boleh mula melakukan penetapan kad paparan yang berkaitan bagi mengoptimumkan prestasinya.

Menetapkan AGP Graphics Aperture Size

Opsyen ini adalah untuk menetapkan memori system yang boleh digunakan oleh kad paparan apabila memori kad paparan telah habis digunakan. Fungsi ini dapat mengelakkan komputer tergendala akibat daripada kapasiti memori yang tidak mencukupi. Nilai penetapan di sini adalh dari 4 hingga 256 M. Berikut merupakan nilai penetapan yang disyorkan:

Page 14: Kad Paparan(bab 7)

Menetapkan PnP OS Installed

Opsyen ini merujuk kepada adakah sistem operasi PnP (Plug and Play) dipasang atau tidak. Ketika system operasi yang digunakan dapat menyokong fungsi PnP, tetapkannya sebagai [Yes]. Dengan ini, sebaik menyokong fungsi PnP, tetapkannya sebagai [Yes]. Dengan ini, sebaik saja computer dihidupkan. BIOS akan mengkonfigurasikan sumber sisitem kepada komponen yang diperlukan bagi operasi but sahaja, misalnya kad paparan dan cakera keras, di mana komponen yang lain akan dikonfigurasi oleh sisitem operasi secara automatic. Fungsi ini dapat mengurangkan beban system dari segi pengendalian, malah turut dapat mengelakkan konflik di antara perkakasan.

Menetapkan Assign IRQ for VGA

Fungsi opsyen ini adalh untuk menetapkan sumber sampukan yang dikekealkan oleh antara muka VGA. Hendaklah menekan kekunci [Pagedown] bagi menetapkannya sebagai [Enabled]. Dengan ini, konflik antara kad paparan dan kad antara muka yang lain akan dapat dikurangkan.

Menetapkan Resources Controlled By

Opsyen ini membolehkan memilih sama ada konfigurasi sumber bagi antara muka sampingan (misalnya I/O, IRQ, DMA dan lain-lain) dikendalikan oleh pengguna atau BIOS. Menyarankan supaya opsyen ini ditetapkan sebagai [AUTO].

Page 15: Kad Paparan(bab 7)

Menetapkan PCI/VGA Plalette Snoop

Opsyen ini adalah untuk menetapkan adakah antara muka PCI dan VGA dapat digunakan bersama dengan kad antara muka MPEGISA/ VESAVGA. Jika computer telah dipasang dengan kad antara muka PCI/ VGA, malah juga dipasang dengan kad antara muka MPEGISA/ VESAVGA, atau telah menggunakan kad paparan yang telah mengintergrasikan kad nyah-mampat, kad FAX dank ad visual, maka tetapkannya sebagai [Enabled]. Jika tidak, tetapkannya sebagai [Disabled].

Menetapkan Init Display First

Penetapan opsyen ini bergantung pada jenis antara muka kad paparan yang gunakan . Jika kad paparan yang digunakan merupakan antara muka AGP, maka tetapkan sebagai [AGP].

Page 16: Kad Paparan(bab 7)

Menetapkan AGP Fast Write

Jika opsyen ini diaktifkan, maka kecekapan kad paparan akan dapat dipertingkatkan. Ini adalah kerana opsyen ini akan membolehkan memori kad paparan mencapai sistem operasi secara langsung, tetapi tidak perlu melaui memori system. Dengan ini, masa permindahan maklumat antara CPU dan kad paparan akan dapat dikurangkan. Namun, fungsi ini memerlukan sokongan dari kad paparan dan papan induk, malah turut mempunyai permintaan yang tinggi terhadap perkakasan. Jika fungsi ini digunakan, berkemungkinan ia akan tergendala. Kami menyarankan supaya ua ditetapkan sebagai [Disabled].

Memasang Aturcara Drive Kad Paparan

Setelah memasuki sisitem operasi Windows, boleh mula memasang aturcara drive kad paparan. Sebelum memasang, masukkan CD driver yang diberi bersama dengan pembelian kad paparan ke dalam CD-ROM. Kemudian, mulakan tetingkap CD-ROM menerusi [My Computer]. Berikut menggunakan Geforce 2 MX 400 keluaran nVidia sebagai contoh.

Langkah 1

Dwiklik pada ikon [SETUP.EXE] untuk memulakan aturcara pemasangan driver.

Langkah 2 Klik butang [Next].

Page 17: Kad Paparan(bab 7)

Langkah 3

Komponen aturcara driver sedang dipasang.

Langkah 4

Setelah pemasangan selesai, aturcara akan memberi isyarat supaya komputer dihidupkan semula. Pilih opsyen [Yes, I want to restast my computer now.] dan klik butang [Finish] untuk menghidupkan semula komputer.

Langkah 5

Setelah computer dihidupkan semula, laksanakan [Start-Control Panel] untuk memulakan tetingkap [Control Panel].

Langkah 6

Dwiklik ikon [System] untuk memulakan tetingkap [System Properties].

Langkah 7

Tukar ke tab [Hardware] dan klik butang [Device Manager].

Page 18: Kad Paparan(bab 7)

Langkah 8

Dwiklik pada director [Display adapter] unutk mengenal pasti adakh pemasangan kad paparan tepat atau tidak.