bab 6 - seni pengucapan awam komunikasi spontan

Upload: arbaiah-daklan

Post on 07-Jul-2018

354 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Bab 6 - Seni Pengucapan Awam Komunikasi Spontan

    1/5

    1  Kemahiran Komunikasi| FS1010

    Pengucapan Awam

    Jika anda pernah mengikuti siri syarahan perdana termasuk syarahan di sekolah atau di

    masjid dengan kehadiran audien yang besar maka anda pernah mengikuti aktiviti

    pengucapan awam.

    Pengucapan awam bermaskud aktiviti komunikasi antara seorang pengucap dengan

    sekumpulan pendengar. Proses komunikasi ini melibatkan penghantaran mesej sama ada

    melalui lisan bukan lisan ataupun bahasa isyarat.

    Di Malaysia, aktiviti pengucapan awam mudah untuk diperhatikan ketika berlangsung

    kempen politik. Kebiasaanya seorang ahli politik akan berada di atas sebuah pentas dengan

    dikelilingi oleh puluhan malah puluhan ribu penyokongnya yang menumpukan perhatian

    kepada butiran percakapannya. Mereka kadangkala bersorak dan bertepuk tangan sebagai

    tanda setuju dan menyokong calon mereka.

    Ianya nampak menyeronokkan. Namun tahukah anda bahawa bukanlah mudah untuk

    berdiri tegak di hadapan puluhan ribu penonton dan bercakap tanpa wujudnya perasaan

    gemuruh atau takut.

    Pernahkah anda memebri pengucapan awam?

    Bab 6 – Seni Pengucapan Awam & Komunikasi Spontan

  • 8/18/2019 Bab 6 - Seni Pengucapan Awam Komunikasi Spontan

    2/5

    2  Kemahiran Komunikasi| FS1010

    Jujurnya, pengucapan awam tidaklah begitu asing pada kita semua. Jika anada seorang guru,

    anada sebenarnya melakasanakan aktiviti ini saban hari. Bezanya, anda berkomunikasi

    dengan golongan kanak-kanak atau awal remaja dan status anda sebagai guru mungkin

    memeberi sedikit kelebihan buat anda untuk mengawal situasi.

    Bagi mereka yang asing dengan pengucapan awam, terdapat tujuh perkara yang perlu anda

    kuasai untuk membolehkan anda berani tampil ke depan:

    1.  Kuasai tajuk syarahan anda   –   Jangan sesekali tampil di khalayak ramai dengan

    pengetahuan yang sedikit tentang apa yang ingin anda ketengahkan. Ianya kelak akan

    memerangkap anda sekiranya anda gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh

    audien. Penyampai professional bukan sahaja petah berkata-kata, mereka juga

    melakukan kajian mendalam tentang tajuk yang ingin disyarahkan. Anda perlu

    menjangkakan persoalan yang mungkin timbul di benak pendengar dan terlebih dahulu

    menyelesaikan persoalan tersebut sebelum ianya sempat diajukan.

    2.  Tangani rasa gemuruh anda  –   Bagaimana mengetahui yang anada sedang merasa

    gemuruh?

    a.  Jantung anda berdegup labih laju dari biasa

    b.  Tapak tangan dan kaki anda berpeluh

    c.  Pernafasan menjadi semakin laju

    d.  Mulut menjadi kering

    Jika anda merasai mana-mana atau kesemua gejala di atas, maka ketahuilah bahawa

    anda sedang gugup. Bagaimana pula mengatasi perasaan gugup yang boleh

    menyebabkan anda stress? Terdapat sembilan (9) cadangan dari pengarang buku

    Everything Public Speaking Book ; Scott S. Smith (2008), tentang bagaimana mengawal

    tindak balas tubuh yang berhadapan dengan situasi yang memberi tekanan:

    1)  Pilih makanan yang berkhasiat   –  sumber makanan juga mempengaruhi kesihatan

    anada terutama gula dalam darah yang mampu menaikkan stamina atau

    sebaliknya.

    2)  Senaman secara berterusan   –   senaman secara saintifik dibuktikan mampu

    mengurangkan kadar kebimbangan seseorang apatah lagi apabila ia dilakukan di

    kawasan taman terbuka di mana anda bersemuka dengan khalayak di kawasan

    awam. Perkaitan antara minda dan tubuh adalah rapat di mana ia saling

    bertindak balas. Senaman tidak semestinya yang sukar, anda boleh mulakan

    dengan yang mudah dengan minimum 30 minit setiap kali.

    3)  Rehat yang cukup  –   Rehat yang cukup bererti anda akan dapat mengelakkan

    ‘keletihan tubuh dan minda

    ’. Kajian turut membuktikan bahawa kurangnya rehat

    turut memberi kesan terhadap mental, stamina, usia dan seksual. Tidur seketika

  • 8/18/2019 Bab 6 - Seni Pengucapan Awam Komunikasi Spontan

    3/5

    3  Kemahiran Komunikasi| FS1010

    (nap) juga sangat membantu dalam menyegarkan semula minda anda selain

    memberi ruang kepada tubuh untuk dikoordinasikan semula.

    4)   Jaga suara anda  –   Sebagaimana anda memerlukannya untuk berkomunikasi,

    anda juga perlu memastikan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu prestasikesihatan terutama suara anda dihentikan. Perbuatan merokok, meminum

    alkohol atau air sejuk (ais) dan bergas akan hanya memudaratkan kesihatan dan

    suara anda. Lebihkan meminum air mineral atau air yang dimasak serta

    kurangkan kebergantungan terhadap gula. Makanan berminyak juga sewajarnya

    dielakkan.

    3.  Kenali khalayak anda   –   Ianya akan sentiasa memebri kelebihan pada anda sekiranya

    anda tahu siapa atau kumpulan pendengar yang manakah yang bakal menghadiri majlis

    pengucapan awam anda. Jenis pendengar akan membantu anda menentukankandungan syarahan, salutasi, etika berpakaian dan sensitiviti yang boleh anda elakkan

    dalam syarahan anda.

    4.  Kuasai Peralatan Anda  –   Jika anda ada menggunakan peralatan bantuan ketika

    menyampaikan syarahan seperti komputer, video atau sebagainya, sila buat

    latihan/raptai beberapa kali sbeleum acara bagi memastikan anda tahu cara

    mengendalikannya dan bagi mengelakkan kesulitan ketika syarahan berlangsung. Dari

    masa ke masa, kurangkan kebergantungan terhadap nota mahupun peralatan

    tambahan, anda sewajarnya boleh menguasai khalayak hanya dengan diri dan ilmu yang

    anda ada di dada dan minda.

    5.  Latih, latih dan latih  –   Jangan terlalu yakin bahawa anda boleh melakukannya

    sebagaimana biasa. Anda tidak rugi apa-apapun sekiranya anda cuba untuk terus

    berlatih mempraktikkan syarahan anda termasuk menggayakannya di hadapan cermin

    untuk melihat bahasa tubuh dan ekspressi wajah anda. Latihan kerap memperolekkan

    persembahan.

    6.  Kenakan pakaian yang sesuai  –   Pilih pakaian yang bertepatan dengan tajuk

    syarahan/sesuai dengan majlis. Anda semestinya tidak ingin dilihat dangkal kerana

    memilih berpakaian sukan di majlis rasmi bukan!

    7. 

    Tiba di lokasi lebih awal –   Sentiasa memilih untuk tiba lebih awal di lokasi.  Dengan

    lebihan masa yang ada, anda akan dapat memebiasakan diri dengan pentas,

    menyediakan peralatan lebih awal, berlatih dan seterusnya membuat mana-mana

    pembetulan yang perlu sebelum audien tiba.

    8.  Kuasai pentas anda –   Jika anda tidak diarahkan untuk tetap duduk pada mana-mana

    kerusi atau sudut, anda sewajarnya bergerak secara signifikan ke hampir seluruh pentas

    bagi menunjukkan tenaga dan memotivasikan audien anda untuk kekal berjaga dengan

    anda. Pergerakan anda juga akan menyebabkan berlakunya pergerakan minimum

    sekurang-kurangnya pergerakan kepada kepada audien yang menunjukkan bahawa

    mereka menumpukan perhatian pada anda.

  • 8/18/2019 Bab 6 - Seni Pengucapan Awam Komunikasi Spontan

    4/5

    4  Kemahiran Komunikasi| FS1010

    9.  Gunakan intonasi yang betul   –  Intonasi yang tepat akan menjadikan syarahan itu ‘hidup’.

    Sekiranya terdapat kenyataan berbentuk penegasan, anda perlu menaikkan nada suara

    tegas dan sekiranya ianya berbetuk menyampaikan berita yang sedih, nada suara juga

    perlulah berada pada mod yang sama. Naik dan turun intonasi anda mampu

    mengekalkan momentum penonton terhadap anda.

    Siapakah individu yang anda kagumi dalam perihal pengucapan awam? Tahukah anda,

    bangsa Greek menamakan mereka yang petah/hebat berkata-kata dan mampu

    mempengaruhi minda orang lain sebagai ‘RETHOR’.

    Komunikasi Spontan (Impromptu)

    Komunikasi spontan bermaksud sesuatu yang tidak dirancang lebih awal. Sebagai contoh,

    anda dijemput sebagai jemputan ke sebuah majlis syarahan. Hanya apabila anda tiba di

    lokasi anda dimaklumkan pengacara majlis bahawa anda diminta memberi ucapanberkenaan topik yang sedang dibincangkan sedangkan anda tidak mempunyai sebarang teks

    berkaitan atau dengan kata lainnya belum bersedia. Bagaimana anda menyahut pelawaan

    tersebut?

    Menurut Dr. Dilip Abayasekara, terdapat enam langkah dalam melaksanakan komunikasi

    spontan dengan jayanya:

  • 8/18/2019 Bab 6 - Seni Pengucapan Awam Komunikasi Spontan

    5/5

    5  Kemahiran Komunikasi| FS1010

    1.  Dengar dengan teliti    –   Anda boleh meminta pengacara untuk mengulang tajuk

    ucapan dan dalam waktu yang sama memperhalusinya. Sekiranya maklumat kurang

     jelas, anda boleh meminta agar ia diperincikan lagi untuk memudahkan anda

    memahai konteks yang diperkatakan.

    2.  Fokus  –  Fokus pada tajuk yang diterima. Sila pastikan anda benar-benar jelas tentang

    apa yang dikehendaki.

    3.   Jangan terburu-buru menjawab soalan  –  Jangan terus menyampaikan ucapan tanpa

    memikirkan kandungan yang paling ideal untuknya. Anda boleh melengahkan waktu

    dengan bangun perlahan-lahan dan memperkenalkan diri anda serta bertanya

    khabar dengan hadirin terlebih dahulu. Berikan ruang untuk minda anda berfikir!

    4. 

    Pilih tema atau perkaitan yang boleh membantu anda menjawab  –  Jika anada masihkurang jelas akan kandungan ideal untuk ucapan anda, cuba kaitkan dengan satu

    tema yang boleh memberi idea bagaimana mengembangkannya untuk membantu

    anda menyampaikan ucapan yang bernas.

    5.  Bina struktur ucapan anda   –  Sebagaimana biasa, ucapan memerlukan pengenalan,

    badan dan penutup. Pastikan ianya turut dimasukkan dalam ucapan anda walau

    dalam situasi spontan. Di sinilah anda boleh memberi contoh, berkongsi cerita serta

    berkongsi fakta dan pandangan.

    6.  Simpulkan kenyataan anda dengan yakin   –   Berdirilah dengan yakin dan nyatakan

    kesimpulan anda terhadap kandungan uacapan anda tadi. Jika anda mengemukakan

    ucapan berkenaan situasi kritikal semasa, anda mungkin mahu khalayak menyahut

    cabaran anda untuk melaksanakannya.

    Terdapat ramai golongan professional yang mampu berkomunikasi secara spontan atas

    pengetahuan am mereka yang begitu luas serta pengalaman mereka yang berharga. Anda

     juga mampu menjadi sebahagian dari mereka dengan syarat anda tidak berhenti mencuba!