mahawangsa - fbmk.upm.edu.my2)_novem… · pengucapan awam, retorik dan komunikasi politik...

160
VOL. 1 (2) NOV. 2014 Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

66 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

MA

HAW

AN

GSA

Vol. 1 (2) Nov. 2014

Penerbit UPM

, Malaysia

VOL. 1 (2) NOV. 2014

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanMalaysia

http://www.mahawangsa.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8947 1621 / 1619

http://www.penerbit.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8946 8855

MAHAWANGSA

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Vol. 1 (2) Nov. 2014

Kandungan

Ulasan BukuMemoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu 147

Mohd. Fauzi Haji Ramlan dan Hashim Haji Musa

MakalahStrategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu 155

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin 165Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

181

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

197

Banyan, S. dan Tamam, E.

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

207

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu 219Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

229

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

247

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia 257Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

273

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

Page 2: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

MAHAWANGSA, Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

Latar BelakangPertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST) sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia

MatlamatMenyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

Kualiti Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

Indeks PetikanPengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.

VisiPertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

Skop dan MatlamatMatlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan RedaksiPertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.

Pert

anik

a M

ahaw

angsa

P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A P

ert

anik

a M

AH

AW

AN

GS

A

Page 3: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Sidang Editorial2013-2015

Ketua EditorProf. Madya Dr. Abdul Mua’ti@ Zamri Ahmad

Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu IDr. Hajah Nor Azuwan Yaakob

Penulisan Kewartawanan Melayu dan Penerbitan Universiti Putra Malaysia

Editor Bersekutu IIDr. Muhd Zulkifli Ismail

Bahasa dan Kesusasteraan Arab Universiti Putra Malaysia

Anggota Sidang Editorial

Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam.Profesor Dr. Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany.Profesor Dr. Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA.Profesor Dr. Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.Profesor Dr. Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.Profesor Dr. Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.Profesor Dr. Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China.Profesor Dr. Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.Profesor Madya Dr. Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.Profesor Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani, Teori dan Kritikan Sastera, Universiti Putra Malaysia.Profesor Madya Dr. Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore.

Ketua EditorPertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu),

Pejabat Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: +603-8946 8661 / 8326 / 8723 / 8753 • Faks: +603 8943 9951

E-mel: [email protected] ; [email protected]

Laman Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my

PenerbitPenerbit Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172

E-mel: [email protected]

Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my

© 2014 Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Page 4: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Keterangan Warna Emas : Mercu KegemilanganUngu : Warisan Peradaban Melayu

Corak dasar : PUCUK REBUNGVariasi : PUCUK REBUNG BUAH PADIFilosofi : Pucuk rebung buah padi Tanda hidup mengenang budi Sebarang kerja akan menjadi Ilmu banyak dada berisi

Adaptasi daripada:

Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau

Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus dan Auzar ThaherTerbitan: BKPBM dan Adicita, Yogjakarta Indonesia

Page 5: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Vol. 1 (2) Nov. 2014

Kandungan

Ulasan BukuMemoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu 147

Mohd. Fauzi Haji Ramlan dan Hashim Haji Musa

MakalahStrategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu 155

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin 165Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

181

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

197

Banyan, S. dan Tamam, E.

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

207

Raja Masittah Raja Ariffin

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu 219Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

229

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

247

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia 257Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

273

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

Page 6: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 7: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 147 - 153 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Ulasan Buku

Memoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu. 2014: Serdang: Penerbit UPM

Mohd. Fauzi Haji Ramlan1 dan Hashim Haji Musa2

Amanat atau mesej utama yang paling menonjol, yang hendak disampaikan oleh YBhg. Arwah Prof. Dato Dr. Radin Omar Radin Sohadi dalam Memoir beliau ialah “penyempurnaan amanah” yang dianggapnya anugerah Ilahi, iaitu tepat dengan tema bukunya “Aku dan amanah-Mu”.

Bagi arwah Prof. Dato Dr Radin Omar, sememangnya segala amanah itu akan diaudit oleh Yang Maha Pengaudit Allah subhanahu wata’ala. Keputusan audit sama ada lulus atau gagal adalah muktamad, dan tiada lagi peluang untuk membaikinya. Itulah keputusan muktamad, yang natijah dan akibahnya akan kekal selama-lamanya. Ini yang menjadi “benchmark” ukur tara segala tugas yang diberikan kepadanya tanpa dipinta, yang disempurnakannya sebaik mungkin dengan “merayu kepada rakan-rakan supaya memanfaatkan apa yang sedia terbentang (daripadanya)”, dan dengan iringan doa “Aku mohon kemaafan atas segala kesilapanku. Aku telah melakukan apa yang terbaik dan semoga Allah menjadi saksi apa-apa yang aku lakukan.” (Memoir: xi-xii).

Buku ini hasil cetusan dan daya usaha penulisnya sendiri, iaitu bermula pada Ogos 2013, sesudah berbincang dengan seorang sahabat lama beliau Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O. K. Rahmat. Pada ketika itu, arwah Prof. Dato Dr. Radin Omar amat sedar bahawa masa beliau untuk menemui Penciptanya semakin hampir dan hayatnya semakin pupus:

“…aku terlantar di katil rumahku, dalam keadaan serba uzur, tidak bermaya. Namun, ini mungkin penulisan dan bukuku yang terakhir sebelum bertemu dengan-

1 Prof. Dato Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan ([email protected]) ialah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia2 Prof. Emeritus Dr. Hashim Hj. Musa ([email protected]) ialah Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Nya. Jadi aku mesti usahakan juga. Kuluahkan isi hatiku untuk tatapan semua, semoga yang baik boleh dimanfaatkan.” (Memoir: ix).

Oleh sebab keuzuran beliau, maka buku ini dihasilkan melalui ucapan lisan beliau yang dirakamkan dan seterusnya ditranskripsikan dan diedit oleh beberapa

Page 8: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mohd. Fauzi Haji Ramlan dan Hashim Haji Musa

148 Mahawangsa (2): 147 - 153 (2014)

orang sukarelawan yang mencurahkan sumbang bakti mereka secara amal jariah, sehingga menjadi sebuah bentuk buku yang sangat indah dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan lancar. Di samping memerihalkan pelaksanaan segala amanah yang ditugaskan, beliau juga menyelit di celah penceritaan itu, akan penderitaan penyakit kansernya sehingga saat akhir apabila kanser melarat ke tulang pahanya dengan penderitaan kesakitannya yang amat sangat. Namun, jelas ternyata bahawa bukan sakitnya yang hendak ditonjolkan dalam Memoir ini, tetapi pelaksanaan tugas dan amanahnya yang hendak disampaikan agar dapat dimanfaatkan oleh mereka yang menyusuli beliau kelak. Oleh itu, iringan doa beliau ialah:

“Ya Allah matikan aku dalam iman, matikan aku dengan dosaku yang terampun, amal diterima, sedekah jariah dipanjangkan, ilmu dimanfaatkan dan doa anak soleh yang berterusan. Kurniakan kepadaku Syurga Firdaus-Mu tanpa hisab, dan tempatkan aku bersama al-Rasul SAW, para sahabat dan syuhada solihin. Amin!” (Memoir: 11).

Dalam pelaksanaan segala tugas yang diberikan kepada beliau misalnya untuk memacu UPM ke arah pencapaian kecemer langan da lam pengajaran , pembelajaran dan penyelidikan, beliau juga sentiasa prihatin agar dilakukannya dengan penuh hikmah, kerana:

“ A k u b i m b a n g j u g a a k a n menyebabkan semua orang akan marah padaku. Aku teringat hadis Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu cintai

dan mereka mencintai kamu. Mereka mendoakan kamu, dan kamu pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin ialah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu, maka kamu mengutuk mereka, dan mereka pun mengutuk kamu” (Riwayat Muslim).

Mesej yang hendak disampaikan beliau kepada para pemimpin dan ketua ialah kasihilah mereka yang di bawah anda, doa untuk mereka, agar mereka akan mengasihi anda dan mendoakan anda. Beliau telah menggariskan empat kriteria bagi pemimpin yang baik, terutamanya di universiti, iaitu:a. Kepemimpinan akademik: dihormati

oleh rakan akademikb. Kemahiran insaniah: ketrampilan

mengurus manusia dan sumber sebaik mungkin

c. Track records: mempunyai rekod cemerlang dan telah melalui pengalaman memimpin akademik sama ada sebagai ketua jabatan, dekan, TNC, dan sebagainya

d. Integriti: kriteria yang tidak kurang pentingnya ialah calon tersebut hendaklah tidak terikat dengan tekanan politik atau dicucuk hidungnya untuk membuat keputusan

Prof. Dato Dr. Radin Omar telah berkhidmat selama 28 tahun, dan telah menerajui tiga institusi yang utama sepanjang karya“highprofile”beliau, iaitusebagaiKetua Pengarah-Pengasas Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan Naib Canselor UPM. Di setiap tempat beliau bertugas itu beliau melaksanakan

Page 9: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Memoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu

149Mahawangsa 1 (2): 147 - 153 (2014)

segala tugas sebaik mungkin. Di MIROS, beliau berpeluang untuk membina daripada kosong dan membuat “banyak intervensi yang mampu dijalankan, semoga semua itu akan berterusan. MIROS telah dihormati dan terus dihormati sekiranya mempunyai integriti, kepercayaan dan content yang ingin dimajukan… aku yakin bahawa beberapa peneraju di MIROS mampu melaksananakannya. Ini sedekah jariahku, jangan dihancurkan.” (Memoir: x).

Di Jabatan Pengajian Tinggi, beliau telah berpeluang untuk membangunkan dasar dan sistem bagi pemajuan pengajian tinggi negara. “Kutitipkan rasional polisi tersebut supaya generasi kemudian dapat menghayati dan memahaminya. Semoga polisi tersebut dilestarikan.” Sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, beliau membuat iltizam bahawa “Satu perkara yang aku fikirkan amat penting untuk dilakukan dan ia merupakan peluang (sekali) seumur hidup ialah tugas mengoperasikan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)” (Memoir: 174). Satu perkara yang merupakan Critical Agenda Projects (CAPS) yang diberi prioriti oleh beliau ialah penetapan kriteria kepemimpinan IPT, khususnya Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, iaitu empat kriteria yang tertera di atas: kepemimpinan akademik yang dihormati rakan akademik, kemahiran insaniah yang baik, track records yang cemerlang, dan integriti. Kriteria ini telah dipersetujui oleh Menteri dan dilaksanakan melalui perakuan sebuah jawatankuasa pemilih, dan beliau mengatakan bahawa selama dua tahun beliau berkhidmat di situ, sebanyak 90% daripada calon yang diperakukan jawatankuasa berdasarkan kriteria itu telah mendapat persetujuan Menteri. Di Jabatan Pendidikan Tinggi, beliau juga telah memberi tumpuan utama

kepada usaha mentransformasikan universiti naik ke taraf Unversiti Penyelidikan dengan menggunakan kriteria Malaysian Research Assessment Instrument I & II (MYRA I dan MYRA II). Melalui kriteria itu, lima universiti tempatan telah memperoleh status Universiti Penyelidikan, iaitu UM, USM, UKM, UPM dan seterusnya UTM. Di samping itu, beliau juga memberi perhatian dalam usaha untuk menubuhkan Top Business School (TBS) di dua universiti yang terpilih, iaitu di UKM dan di UPM. Beliau juga telah menumpukan penubuhan Malaysian Board of Technologies (MBOT) untuk graduan universiti-universiti teknikal Malaysia (MTUN). Seterusnya beliau menumpukan perhatian kepada kurikulum kursus universiti yang berasaskan outcome-based education (OBE), iaitu sesuai dengan kehendak Malaysian Qualification Agency (MQA) yang menggariskan lapan domain hasil pembelajaran. Enam daripadanya merupakan domain Kemahiran Insaniah (KI). Berdasarkan kurikulum OBE ini dan juga aras taksonomi kursus, maka kurikulum semua universiti telah dibentangkan untuk diselaraskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi. Beliau juga telah menumpukan perhatian dan daya usaha untuk meningkatkan kualiti dan kewibawaan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan menarik lesen mana yang buruk dan meningkatkan mana yang baik ke taraf Universiti dan Universiti Kolej. Seterusnya ada program untuk mengsasarkan pengeluaran pemegang Ph.D. sebanyak 60,000 – 100,000 menjelang tahun 2020 melalui biasiswa MyBrain15 dan pengeluaran pakar sains tulen melalui Bisasiwa MyScience.

Institusi terakhir yang diterajui beliau ialah UPM. Bagi Prof. Dato Dr Radin, UPM merupakan tempat letak lubuk hatinya:

Page 10: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mohd. Fauzi Haji Ramlan dan Hashim Haji Musa

150 Mahawangsa (2): 147 - 153 (2014)

“Universiti yang telah menawarkan aku kerja serta merta (setelah melamarnya), yang membangunkan kerjayaku dan membawa banyak tuah kepadaku… kini aku kembali sebagai Profesor di UPM untuk bercuti atas sebab penyakit kanser. Ke mana lagi aku patut pergi, hati dan jiwaku ada pada universiti yang bertuah ini.” (Memoir: 8).

Di UPM, tanggungjawab pengurusan pentadbiran akademik yang pertama beliau dalam menerajui sebuah institusi ialah sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan. Beberapa lunas pembangunan fakulti telah diupayakan oleh beliau. Antaranya membangunkan tenaga akademik yang berkaliber dengan penghantaran 65 orang calon Ph.D ke universiti terkemuka di dunia, membina bangunan dan infrastruktur dan seterusnya meningkatkan mutu taraf akademik program dan kursus melalui pencapaian ISO 900, meningkatkan penerbitan makalah dalam jurnal berwasit dan daya usaha lain yang membawa kepada beberapa anugerah dan pengiktirafan bagi Fakulti Kejuruteraan UPM. Yang terpenting ialah sebagai penerima anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara pada 2004. Seterusnya beliau diangkat menjadi TNC Hal Ehwal Akademik UPM, dan beliau mengemukakan kaedah pembelajaran berasaskan hasil yang meliputi pencapaian kognitif, psikomotor, dan nilai afektif berasaskan nilai taksonomi Bloom pada taraf yang seimbang. Maka diadakanlah proses penilaian dan penambahbaikan atau perekayasaan kurikulum yang mesti diterajui oleh dekan fakulti sendiri dan dibentangkan oleh mereka sendiri dalam Senat. Ini membuatkan beliau tidak begitu popular,

tetapi tegas beliau “Aku tidak peduli, aku ada misi untuk membentuk generasi akan datang dan akan dipertanggungjwabkan di depan Allah selepas aku mati”. (Memoir: 101).

Semasa menjawat TNC akademik UPM beliau juga telah diundang oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menganggotai jawatankuasa membentuk Universiti Penyelidikan. Melalui suatu kaedah aras penilaian yang dibina oleh jawatankuasa itu, mereka telah menaksirkan universiti tempatan, dan hasilnya menyedihkan, iaitu 20% - 30% pensyarah sahaja yang membuat penyelidikan, yang lain menumpang dan tiada penerbitan, dan kedudukan universiti tempatan berbanding dengan universiti luar negara amatlah rendah. Maka gagasan universiti penyelidikan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Tinggi pada masa itu untuk mempertingkatkan prestasi universiti tempatan dan juga untuk menghasilkan faedah yang lain lagi. Setelah gagasan itu diluluskan oleh Kabinet Menteri, maka audit dilakukan ke atas universiti tempatan. Di UPM, beliau sendiri yang terlibat dalam audit itu. Audit ini berjaya menyemai budaya penyelidikan dan penerbitan di UPM yang menaikkan prestasinya ke taraf yang kedua selepas USM. Semasa berkhidmat sebagai TNC Akademik UPM, beliau juga ditugaskan dengan bantuan satu pasukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggubal sistem penilaian hasil pembelajaran yang dapat dirumuskan kepada tujuh bahagian. Setiap satu mencakupi tiga tahap pencapaian, iaitu “the must have, the good to have, and the nice to have”. Kaedah penilaian hasil pembelajaran ini telah dibukukan, dan sesudah diterima oleh Kementerian Pangajian Tinggi, telah dijadikan panduan dalam mereka bentuk kurikulum pengajian tinggi di Malaysia.

Page 11: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Memoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu

151Mahawangsa 1 (2): 147 - 153 (2014)

Prof Dato Dr Radin Omar telah ditugaskan kembali ke UPM pada awal 2011 untuk menerajuinya sebagai Naib Canselor, yang telah memberikannya peluang untuk melaksanakan beberapa perkara pokok yang menjadi “core-business” universiti. Pertamanya, ialah pengajaran-pembelajaran yang bermatlamat melahirkan graduan yang berfungsi, iaitu mendapat pekerjaan ataubekerjasendiridengancaraberfikiryang mantap dan cekap bekerja. Kedua, penyelidikan yang cemerlang berdasarkan instrumen ukur tara yang berwibawa, iaitu MyRA (Malaysian Research Assessment Instrument) yang mengukur aras universiti penyelidikan, HiCoE (Higher Instituiton Center of Excellence) untuk menilai prestasi pusat kecemerlangan, dan TBS (Top Business School) yang menilai Top Business School. Melalui mekanisme yang telah wujud semasa beliau menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, beliau berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi UPM. Sesudah setahun bertungkus lumus, beliau menyatakan:

“Alhamdulillah tahun 2011 tahun yang baik untuk UPM walaupun aku sakit. Laporan tahunan telah membuktikan pencapaian UPM yang memberangsangkan. Semua petunjuk asas bertambah baik dan semua bahagian UPM telah berfungsi dengan lebih cekap. Semua angka petunjuk telah menunjukkan bahawa UPM telah setaraf dengan universiti penyelidikan yang telah matang… Aku ingin berkongsi bagaimana aku menggerakkan organisasi yang besar dalam masa aku tenat. 2011 ialah tahun yang sangat mencabar. Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan baik dan laporan

tahunan telah menjadi saksi pencapaian yang membanggakan dalam pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta jaringan masyarakat dan industri. Alhamdulillah aku persembahkan amalku kepada Allah Azza wa Jalla.” (Memoir: 276)

Selain itu, ada empat isu atau masalah lapuk yang telah membebani UPM yang cuba diatasi beliau, iaitu isu Hospital Serdang yang sepatutnya menjadi hospital pendidikan perubatan UPM, masalah kontrak makanan dengan Dewina Food Industries, isu MTDC dan isu ERL (Express Rail Link). Setelah berusaha seboleh-bolehnya, maka tiga daripada isu dapat diatasi dalam masa hayat beliau, iaitu tentang hospital pendidikan UPM, telah dipersetujui oleh kerajaan supaya sebuah hospital baharu sebanyak 400 katil sebagai hospital pendidikan UPM akan dibina di sebelah Hospital Serdang yang sedia ada. Seterusnya, isu tentang penyediaan makanan oleh Dewina Food Industries, kontrak dengannya ditamatkan tanpa sebarang tuntutan oleh kedua-dua pihak dan semua penyediaan makanan telah dikembalikan kepada UPM dan operasinya diserahkan kepada UPM Holdings yang telah berjaya menurunkan harga makanan. Tentang MTDC yang telah diberikan 80 ekar tanah oleh UPM dengan bangunan dan ladang, satu perjanjian baharu telah ditandatangani yang membenarkan MTDC berada di tapak UPM tetapi memulangkan tanah 80 ekar dan mengecualikan UPM daripada pembayaran sewa bangunan berkenaan. Tentang ERL pula yang telah diberikan tanah untuk membuat laluan landasannya tetapi tidak dibangunkan sebuah stesen di situ, beliau telah mencadangkan satu idea

Page 12: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mohd. Fauzi Haji Ramlan dan Hashim Haji Musa

152 Mahawangsa (2): 147 - 153 (2014)

supaya dibangunkan satu Projek Kampung Antarabangsa UPM di tapak berhampiran dengan Putra Business School dan dibina sebuah stesen ERL di situ yang seterusnya dapat mencetuskan pembangunan Bandar Raya Pendidikan di kawasan itu. Kata beliau:

“Rangka bentuk konsep (Projek Kampung Antrabangsa dan Bandar Raya Pendidikan) dan kerangka model perniagaan telah disiapkan dan aku sangat berharap Dato Fauzi (Naib Canselor UPM sekarang) dan pengurusan UPM boleh menguruskannya sehingga s tesen ERL menjadi real i t i . (Memoir: 261)

Satu lagi projek beliau yang berjaya dilakukan ialah mewujudkan Putra Cockpit UPM, iaitu satu mekanisme pengukuran untuk menilai bagaimana enjin pengurusan dan prestasi UPM berkenaan kualiti graduan, penyelidikan, tadbir urus dan perkara penting yang lain, bergerak dan cara mengoptimumkannya. Hasil pengukuran ini dibentangkan setiap tiga bulan sekali dan bengkel yang melibatkan semua pegawai dan pengurus kanan diadakan untuk mengatasi sebarang kelemahan dengan kadar segera. Semua pusat tanggungjawab mesti memberi jawapan jika terdapat kelemahan. Kata beliau “Aku tidak mahu wujud suasana tiada siapa yang ambil tahu terhadap kelemahan.” (Memoir: 278).

Projek baharu yang dicetuskan oleh beliau ialah Wakaf Ilmu UPM yang menggalakkan staf, individu perseorangan dan mana-mana badan menyumbang kepada dana wakaf ini. Satu lagi idea beliau ialah agenda inovasi yang menggalakkan

penyelidik di UPM memberi tumpuan kepada “usaha mencipta nilai kepada apa juga yang diberikan untuk mengelak daripada berlakunya “hasil penyelidikan berakhir dalam lembah maut”, iaitu tidak dapat dikomersilkan. Tegas beliau:

“Aku mengharapkan supaya beberapa produk penyelidikan UPM dapat bertapak di Silicon Valley di California atau sekurang-kurangnya dapat memenangi hati venture capitalists. Jika UPM dapat melakukannya ia merupakan sumbangan UPM kepada Malaysia” (Memoir: 295)

Demikianlah daya usaha arwah Prof. Dato Dr. Radin Omar untuk meningkatkan lagi prestasi UPM dan menyelesaikan sebarang isu dan masalah besar yang membebani UPM. Kata beliau:

“Aku telah mengukuhkan asas dan telah meningkatkan prestasi UPM. UPM telah memenangi beberapa pertandingan dan telah menunjukkan prestasi yang tinggi dalam beberapa audit penting. Apa yang penting ialah aku dapat melihat asas UPM telah bertambah dengan ketara. Pasukan pengurusnya dapat bergerak sederap sekata untuk menggerakkan momentum yang telah kumulakan. Aku rasa inilah masa yang baik untuk meletakkan jawatan ketika aku masih berdiri.” (Memoir: 306)

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor UPM pada bulan Disember 2012.

Page 13: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Memoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu

153Mahawangsa 1 (2): 147 - 153 (2014)

Bab terakhir Memoir beliau ialah “Hari-hari Terakhirku”, yang menceritakan dengan penuh tragis, keperitan dan keharuan pemerebakan penyakit kanser yang menyerang tulangnya dan anggota badannya yang lain dan matanya mulai menjadi kuning yang menunjukkan hatinya tidak berfungsi lagi. Tenaganya menjadi semakin lemah dan beliau sedar bahawa beliau akan meninggal dunia tidak lama lagi. Pada akhir September 2013, beliau menjadi sangat lemah dan keluarganya telah bersama-samanya sehingga saa terakhir hayatnya.

Penutup Memoirnya ialah “Aku sangat berharap buku ini menjadi sedekah jariahku dan hadiah untuk pelajar serta kawanku yang akan menyambung perjuanganku.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN. AL-FATIHAH.

Page 14: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 15: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 155 - 163 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 18 November 2013Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Abdul Rasid Jamian), [email protected] (Shamsudin Othman), [email protected] (Nur Farah Athirah Khuzaini)

*Penulis penghubung

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian*, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah KhuzainiJabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKStrategi guru untuk mempelbagaikan bahan dan aktiviti pengajaran dapat membantu murid terhadap proses pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting yang perlu dipelajari serta dikuasai oleh seseorang murid. Kajian ini dijalankan untuk meninjau strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu terhadap murid sekolah menengah. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa strategi pengajaran tatabahasa guru bahasa Melayu menunjukkan min 3.04 (SP = 0.38). Manakala min keseluruhan dapatan strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu berdasarkan komponen persepsi murid terhadap gaya penyampaian guru dalam mengajarkan tatabahasa bahasa Melayu menunjukkan min 3.15 (SP = 0.45). Kesimpulannya, dicadangkan agar strategi pengajaran guru bahasa Melayu perlu ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa bersesuaian dengan keperluan dan kemudahan yang sedia ada. Justeru, strategi yang berkesan amat dititikberatkan selari dengan peredaran situasi yang dialami pada masa ini dengan adanya pelbagai bentuk bahan mengajar.

Kata kunci: Bahasa Melayu, pembelajaran, pengajaran, persepsi, strategi, tatabahasa

Teaching and Learning Strategy of Malay Language Grammar

ABSTRACTStrategies for diversification of teaching materials and activities can help pupils in the learning of Malay language grammar. This is because the grammatical aspect is one of the key elements that need to be learnt and mastered by a student. This study is to survey the strategy of teaching

Malay language grammar to high school students. Overall, findings show that the Malay teachers’ strategies showed mean of 3.04 (SD = 0.38). Mean overall findings Malay grammar teaching strategy based on students’ perceptions of component delivery style in teaching Malay grammar showed the mean 3.15 (SD = 0.45). Based on this research, the Malaylanguage teaching strategies need to be upgraded from

Page 16: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

156 Mahawangsa (2): 155 - 163 (2014)

time to time in accordance with the needs and existing facilities. Hence, effective strategies must be emphasized with the current changes and development as especially in the presence of various teaching material.

Keywords: Malay language, learning, teaching, perception, strategy, grammar

PENDAHULUANDalam b idang penga ja ran bahasa Melayu, aspek tatabahasa merupakan salah satu unsur penting. Aspek ini perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid untuk membolehkannya menguasai bahasa dengan cekap. Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkatkan dan memperkembang potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seseorang. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah, dan kemajuan dalam kehidupannya. Untuk mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksanakan, dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tatabahasa perlu diajar kepada murid kerana dapat membantu seseorang murid itu membentuk frasa atau ayat sendiri. Cara perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Di samping itu, guru mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid dapat diperkembang semaksimum yang mungkin. Kejayaan sesuatu pengajaran bahasa banyak bergantung pada peranan yang dimainkan oleh guru.

Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa model pengajaran yang berkaitan dengan pengajaran yang boleh dijadikan sebagai panduan. Dalam kajian ini, pengkaji

telah menerapkan model pengajaran Slavin (1994) secara tidak langsung. Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan mereka. Selain itu, Slavin (1994) juga telah mengemukakan dua cara untuk meningkatkan motivasi agar murid terus berupaya mengekalkan minatnya untuk belajar. Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan murid dengan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar. Kedua, guru boleh memberikan pujian atau ganjaran apabila murid telah berjaya mencapai objektif pengajaran yang diharapkan. Aspek masa yang dirujuk oleh Slavin (1994) ialah masa pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi murid menguasai sesuatu konsep dan kemahiran. Pada kebiasaannya, masa pengajaran guru dipengaruhi oleh dua faktor masa, iaitu masa yang diperuntukan oleh pihak sekolah kepada guru untuk mengajar suatu mata pelajaran dan masa tugasan, iaitu masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa yang murid gunakan untuk menguasai kemahiran dan konsep.

PERNYATAAN MASALAHPengajaran bahasa tentunya memerlukan guru yang kreatif dan berdedikasi. Peranan guru bahasa Melayu di sekolah begitu penting untuk memberi peluang kepada murid menguasai pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai konteks. Strategi guru untuk mempelbagaikan bahan dan aktiviti pengajaran dapat membantu murid tertarik dan berminat terhadap proses pembelajaran aspek tatabahasa bahasa Melayu. Menurut Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013), guru berfikiran positif, iaitu mahu meningkatkan kemahiran pedagogi

Page 17: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

157Mahawangsa 1 (2): 155 - 163 (2014)

dengan mengikuti kursus peningkatan profesionalisme berkaitan pembelajaran menyeronokkan min 3.65, (SP= 0.48). Ini menunjukkan bahawa para guru sentiasa mahu meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap murid untuk lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehubungan itu, murid perlu diberi pendedahan tentang kepentingan mata pelajaran Bahasa Melayu, terutamanya aspek tatabahasa. Pendedahan yang sedalam-dalamnya tentang aspek tatabahasa dapat membantu mereka membaiki kesalahan bahasa ibunda mereka sendiri. Kini, guru bahasa lebih gemar menyediakan pelajaran kefahaman, penulisan karangan, puisi dan isi pelajaran, dan bukannya aspek tatabahasa. Pelaksanaan kurikulum bergantung pada keupayaan guru melaksanakannya dengan berkesan. Pengajaran yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan serta dapat memotivasikan murid mereka supaya terus belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Guru harus memahami perubahan yang berlaku dan sekali gus bersedia melaksanakan tuntutan daripada perubahan tersebut. Oleh hal yang demikian, keupayaan mengajar guru amat penting dalam melaksanakan kurikulum dan pengajaran yang berkesan. Walau bagaimanapun, menghasilkan pengajaran bahasa Melayu yang berkesan amat bergantung pada pendekatan pengajaran seseorang guru. Umpamanya, guru tersebut seharusnya mahir isi kandungan pelajaran, konsep, fakta berhubung ilmu yang disampaikan.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk melihat strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu yang diajarkan guru di sekolah menengah. Kajian yang dijalankan adalah untuk mencapai objektif khusus berikut:i. Mengenal pasti strategi pengajaran

tatabahasa guru bahasa Melayu terhadap murid sekolah menengah

ii. Mengenal pasti persepsi murid terhadap strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu oleh guru bahasa Melayu

PERSOALAN KAJIANBerikut ialah persoalan kajian yang dibina berdasarkan objektif, iaitu:i. Apakah strategi pengajaran tatabahasa

guru bahasa Melayu terhadap murid sekolah menengah?

ii. Apakah persepsi murid terhadap strategi pengajaran tatabahasa bahasa dalam kalangan guru bahasa Melayu?

METODOLOGI KAJIAN

Reka BentukReka bentuk kajian ini ialah tinjauan deskriptif. Menurut Mohd Majid (2005), kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang berlaku. Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan guru bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk meninjau strategi pengajaran tatabahasa guru bahasa Melayu di sekolah menengah.

Page 18: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

158 Mahawangsa (2): 155 - 163 (2014)

Sampel KajianKajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan T6 Kluang, Johor. Sebanyak 190 orang murid tingkatan dua sekolah tersebut dijadikan sebagai populasi kajian. Sampel kajian diambil berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang telah ditetapkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan kiraan, jumlah saiz sampel bagi populasi tersebut ialah sebanyak 123. Oleh itu, sampel bagi kajian yang dijalankan ini ialah sebanyak 150 orang murid yang berada di tingkatan dua. Teknik persampelan yang dipilih ialah rawak mudah.

Instrumen KajianSoal selidik merupakan instrumen untuk mengumpulkan data bagi kajian ini. Soal selidik digubal berasaskan objektif yang dinyatakan. Soal selidik ini kemudian diberi kepada responden untuk dijawab. Menurut Mohd Majid (2005), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat berkaitan faktor yang ingin dikaji. Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian, iaitu:

Bahagian A: Latar Belakang atau DemografiRespondenBahagian B: Pengajaran GuruBahagian C: Persepsi Murid terhadap Penyampaian Pengajaran Guru

DAPATAN KAJIAN

Strategi Pengajaran Tatabahasa Guru Bahasa Melayu terhadap Murid Sekolah MenengahObjektif pertama kajian adalah untuk mengenal pasti strategi pengajaran tatabahasa guru bahasa Melayu terhadap murid sekolah menengah. Min keseluruhan

dapatan bagi pengajaran tatabahasa tingkatan dua sekolah menengah menunjukkan min 3.04 (SP = 0.38) dan berada pada tahap tinggi. Berdasarkan Jadual 1, item latihan tatabahasa yang dipetik daripada buku kerja bahasa Melayu menunjukkan min tertinggi 3.34, iaitu (SP = 0.69) dan berada pada tahap tinggi. Pengajaran tatabahasa bersama-sama dengan kemahiran bertutur, membaca dan menulis menunjukkan min 3.33 (SP=0.82), menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti penulisan menunjukkan min 3.32 (SP=0.72), menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti kefahaman menunjukkan min 3.24 (SP=0.79). Ini diikuti pula menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti bacaan menunjukkan min 3.24 (0.71), pengajaran tatabahasa secara bersepadu membolehkan guru saya mengenal pasti kelemahan saya menguasai struktur bahasa menunjukkan min 3.22 (SP=0.76), pengajaran tatabahasa secara bersepadu menyebabkan saya dapat mengetahui sendiri tentang kelainan struktur bahasa yang digunakan dalam konteks yang berbeza menunjukkan min 3.22 (SP=0.74).

Selain itu, melalui pengajaran tatabahasa secara bersepadu yang dijalankan oleh guru, menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik menunjukkan min 3.13 (SP=0.71), pengajaran tatabahasa yang berkesan menunjukkan min 3.10 (SP=0.61), pengajaran tatabahasa menggunakan bahan sastera menjadikan pelajaran tatabahasa lebih bermakna dan menarik menunjukkan min 2.99 (SP=0.78), latihan tatabahasa yang dipetik daripada buku kerja bahasa Melayu menunjukkan min 2.98 (SP=0.90), penggunaan bahan sastera semasa mengajar tatabahasa menunjukkan min 2.96 (SP=0.84), aktiviti lisan, bacaan dan tulisan sebagai pengetahuan tentang aspek tatabahasa dalam situasi sebenar menunjukkan min 2.33 (SP=0.76). Manakala item sering

Page 19: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

159Mahawangsa 1 (2): 155 - 163 (2014)

mengabaikan pengajaran tatabahasa menunjukkan min terendah, iaitu 1.98 (SP = 0.91 ) dan berada pada tahap rendah.

Persepsi Murid terhadap Penyampaian Pengajaran GuruSeterusnya objektif kedua kajian ini adalah mengenal pasti persepsi murid terhadap strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan guru bahasa Melayu berdasarkan komponen kejelasan pengajaran. Min keseluruhan persepsi murid terhadap strategi pengajaran tatabahasa

bahasa Melayu dalam kalangan guru bahasa Melayu menunjukkan min 3.15 (SP=0.45).

Berdasarkan jadual 2, komponen kejelasan pengajaran menunjukkan min 3.14 (SP = 0.50) dan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian guru menggunakan bahasa yang jelas semasa menyampaikan isi pelajaran menunjukkan min tertinggi 3.49, iaitu (SP = 0.71) dan guru menggunakan istilah yang tepat semasa menyampaikan sesuatu is i pelajaran menunjukkan min 3.37 (SP=0.77). Ini diikuti guru menggunakan bahasa yang lengkap semasa menyampaikan isi pelajaran menunjukkan

JADUAL 1 Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Strategi Pengajaran Tatabahasa Guru Bahasa Melayu.

Item Pengajaran Tatabahasa Min Sisihan PiawaiKefahaman saya dalam pengajaran tatabahasa 3.15 0.60Pengajaran tatabahasa yang berkesan 3.10 0.61Sering mengabaikan pengajaran tatabahasa 1.98 0.91Latihan tatabahasa yang dipetik daripada buku teks bahasa Melayu 2.98 0.90Latihan tatabahasa yang dipetik daripada buku kerja bahasa Melayu 3.34 0.69Penggunaan bahan sastera semasa mengajar tatabahasa 2.96 0.84Aktiviti lisan, bacaan dan tulisan sebagai pengetahuan tentang aspek tatabahasa dalam situasi sebenar

2.33 0.76

Pengajaran tatabahasa menggunakan bahan sastera menjadikan pelajaran tatabahasa lebih bermakna dan menarik

2.99 0.78

Penekanan aspek tatabahasa yang banyak menyebabkan saya tidak dapat menguasai aspek tatabahasa dengan sempurna

3.22 0.87

Pengajaran tatabahasa secara bersepadu menyebabkan saya dapat mengetahui sendiri tentang kelainan struktur bahasa yang digunakan dalam konteks yang berbeza

3.22 0.74

Melalui pengajaran tatabahasa secara bersepadu yang dijalankan oleh guru, menyebabkan saya dapat menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik

3.13 0.71

Pengajaran tatabahasa secara sepadu membolehkan guru saya mengenal pasti kelemahan saya menguasai struktur bahasa

3.22 0.76

Menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti lisan 3.13 0.75Menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti penulisan 3.32 0.72Menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti bacaan 3.24 0.71Menyerapkan aspek tatabahasa dalam aktiviti kefahaman 3.24 0.79Pengajaran tatabahasa bersama-sama dengan kemahiran bertutur, membaca dan menulis

3.33 0.82

Min Keseluruhan 3.04 0.38

Page 20: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

160 Mahawangsa (2): 155 - 163 (2014)

min 3.35 (SP=0.78), menggunakan contoh semasa pengajaran menunjukkan min 3.27 (SP=0.83), mengulang isi penting semasa pelajaran semasa pengajaran menunjukkan min 3.27 (SP=0.76), mengaitkan isi pelajaran dengan isi pelajaran yang lain secara teratur dan berurutan menunjukkan min 3.12 (SP=0.68), memberikan isyarat apabila ingin beralih kepada tajuk yang lain semasa pengajaran menunjukkan min 3.01 (SP=0.81), manakala guru menggunakan

bantuan alat pandang dengar, iaitu dengan menggunakan contohnya video, filem, komputer, dan slaid menunjukkan min terendah, iaitu 2.21 (SP = 1.11 ).

Berdasarkan Jadual 2 juga, komponen penggunaan soalan menunjukkan min 3.19 (SP = 0.55) dan berada pada tahap tinggi. Berdasarkan komponen penggunaan soalan, iaitu elemen mengemukakan soalan yang memerlukan murid memberikan pendapat sendiri menunjukkan min 3.24 (SP = 0.73),

JADUAL 2 Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Murid terhadap Pengajaran Tatabahasa Guru Bahasa Melayu

Item Persepsi Murid terhadap Penyampaian Pengajaran Guru Min SisihanPiawai

Kejelasan Pengajaran Min = 3.14Sisihan Piawai = 0.50

Menggunakan bahasa yang jelas semasa menyampaikan isi pelajaran. 3.49 0.71Menggunakan istilah yang tepat semasa menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

3.37 0.77

Menggunakan bahasa yang lengkap semasa menyampaikan isi pelajaran.

3.35 0.78

Mengaitkan isi pelajaran dengan isi pelajaran yang lain secara teratur dan berurutan.

3.12 0.68

Memberikan isyarat apabila ingin beralih kepada tajuk yang lain semasa pengajaran.

3.01 0.81

Mengulang isi penting semasa pelajaran semasa pengajaran. 3.27 0.76Menggunakan contoh semasa pengajaran. 3.27 0.83MenggunakanbantuanalatpandangdengarContoh:video,filem,komputer, dan slaid.

2.21 1.11

Penggunaan Soalan Min: 3.19 Sisihan Piawai 0.55

Mengemukakan pelbagai soalan daripada mudah 3.09 0.91kepada sukarMengemukakan soalan yang memerlukan murid memberikan pendapat sendiri

3.24 0.73

Memberikanmasaberfikirsekurang-kurangnya5saatselepasmenanyakan soalan.

2.99 0.91

Membimbing murid memberikan jawapan betul apabila jawapan murid tidak tepat atau lengkap.

3.14 0.76

Min keseluruhan : 3.15Sisihan Piawai (SP) : 0.45

Page 21: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

161Mahawangsa 1 (2): 155 - 163 (2014)

iaitu berada pada tahap tinggi. Ini diikuti guru membimbing murid memberikan jawapan betul apabila jawapan murid tidak tepat atau lengkap menunjukkan min 3.14 (SP=0.76), mengemukakan pelbagai soalan daripada mudah ke sukar menunjukkan min 3.09 (SP=0.91), manakala elemen memberikan masaberfikirsekurang-kurangnya5saatselepas menanyakan soalan pula sendiri mempunyai skor min 2.99 (SP = 0.91), iaitu berada pada tahap sederhana.

PERBINCANGANTahap strategi pengajaran tatabahasa dalam kalangan murid di sekolah menengah yang dikaji adalah tinggi. Ini jelas khususnya dalam penggunaan bahan bantu mengajar semasa mengajarkan tatabahasa dilihat lebih kerap digunakan oleh guru berbanding dengan pengajaran yang tidak menggunakan bahan bantu mengajar. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan Zamri (2004), iaitu pengajaran guru banyak bergantung pada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik. Beliau mengatakan bahawa semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah, guru lebih gemar menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran yang utama. Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan dalam kalangan murid, terutamanya murid yang cergas. Oleh itu, guru mestilah merancang kaedah, bahan, dan aktiviti yang sesuai untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya tertumpu kepada buku teks semata-mata. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat Adenan (2012) yang mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar meningkatkan keseronokan pembelajaran murid. Melalui kajian yang

telah dilakukan, beliau mendapati bahawa 70% guru bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar juga membantu guru dalam menyampaikan isi penerangan dengan lebih jelas dan tepat. Kajian juga mendapati sebanyak 58% orang guru bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menimbulkan suasana belajar yang baik antara guru dengan murid.

Manakala persepsi murid terhadap strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu, bagi komponen keje lasan pengajaran, menggunakan bahasa yang jelas semasa menyampaikan isi pelajaran menunjukkan min tertinggi. Ini menunjukkan bahawa bahasa yang jelas sememangnya mempengaruhi keberkesanan penyampaian isi pelajaran. Hal ini selari dengan dapatan kajian Slavin (1997) terhadap pengajaran, terdapat tujuh penentu utama guru yang berkesan, iaitu dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi, mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam, penerangan yang jelas dan rinci. Di samping itu, menjadi model dan melatih murid untuk memproses maklumat, membetulkan salah faham pemahaman fakta dalam kalangan murid dan memperkembang pengalaman murid serta mendambakan diri sebagaiseorangguruyangreflektif.

Justeru, dicadangkan agar strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu perlu ditingkatkan lagi. Antaranya adalah melalui kaedah yang lebih sistematik dan seragam. Disarankan juga agar pengajaran aspek tatabahasa di sekolah dipertingkatkan agar murid lebih menguasai aspek tatabahasa bahasa Melayu. Tambahan lagi, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan

Page 22: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

162 Mahawangsa (2): 155 - 163 (2014)

bahan bantu mengajar lebih menjadikan suasana pembelajaran lebih seronok. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat berfungsi sebagai pemudah cara kepada pengajaran guru selain dapat menunjukkan variasi pengajaran guru untuk mengajarkan tatabahasa bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks tidak lagi menarik perhatian dan pemahaman murid, sebaliknya, pembelajaran di samping penggunaan buku latihan yang dapat menguji pemahaman murid terhadap ilmu tatabahasa secara pelbagai lebih menarik perhatian.

Kesimpulannya, strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu murid sekolah menengah adalah pelbagai dari aspek kaedah, teknik dan pendekatannya. Hal ini dapat dibuktikan daripada pelbagai kajian yang telah dibuat oleh pengkaji sama ada di luar mahupun di dalam negara termasuklah kajian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri. Sehubungan dengan itu, pihak yang berkenaan, terutamanya golongan pendidik seharusnya mengikuti dan menilai perkembangan murid dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dan keperluan serta strategi pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, terutamanya dari aspek tatabahasa itu sendiri, para pendidik harus menggunakan pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu.

KESIMPULANSecara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid perempuan lebih banyak memberi tanggapan kepada strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di sekolah menengah berbanding

dengan murid lelaki yang majoritinya berbangsa Melayu. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar untuk mengajarkan tatabahasa dilihat lebih kerap digunakan oleh guru berbanding dengan pengajaran yang tidak menggunakan bahan bantu mengajar. Seterusnya, dapatan menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap pengajaran tatabahasa guru bahasa Melayu terarah pada dua komponen, iaitu pertama, kejelasan pengajaran dan kedua, penggunaan soalan. Item penggunaan bahasa yang jelas menunjukkan kekerapan yang tinggi berbanding dengan yang lain manakala item mengemukakan soalan yang memerlukan murid memberikan pendapat sendiri dilihat sebagai elemen yang tinggi kekerapannya dalam komponen penggunaan soalan. Seterusnya, bagi faktor status sosioekonomi murid yang mempengaruhi strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di sekolah menengah pula menunjukkan bahawa ibu bapa memberikan perhatian dengan menyemak buku dan latihan tatabahasa berada pada min yang tinggi, manakala ibu bapa memberikan galakan tuisyen untuk pemahaman yang lebih dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan min terendah.

BIBLIOGRAFIAbdul Rasid Jamian, & Hasmah Ismail. (2013).

Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran Bahasa”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63.

Adenan Ayob. (2012). Siri pendidikan guru: Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 23: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu

163Mahawangsa 1 (2): 155 - 163 (2014)

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitif pelajar remaja terhadap bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10(3), 67-87.

NurahimahMohdYusoff&RafisahOsman.(2010).Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 25, 53-71.

Rahil Mahyudin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Siri Pendidikan Guru: Amalan Pengajaran Berkesan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Shahbuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2006). Pedagogi strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. New Jersey: Erlbaun.

Zamri Mahamood. (2004). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu sekolah menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 24: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 25: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 25 Jun 2014Diterima: 3 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Arba’ie Sujud), [email protected] (Siti Rabiatul Adawiah Jaffar), [email protected] (Salihahs Razak)

*Penulis penghubung

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

Arba’ie Sujud*, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs RazakJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKArtikel ini merupakan usaha untuk meneroka peranan senjata pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan meneliti karya agung Melayu, Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Artikel ini bermula dengan pengenalan berkenaan kedinamikan senjata di alam Melayu, iaitu perkembangan dansejarahpenggunaannya.Kemudianditeruskandenganpendefinisiansenjataitusendiri.Halini termasuklah peranan senjata dalam kehidupan masyarakat Melayu. Oleh sebab penelitian ini bersumberkan bahan yang ampuh dari aspek sejarahnya, maka pemilihan bahan haruslah berkisar kepadabahansasterabergenrehistoriografi.Artikeliniberfokuskepadaperanansenjatadalamkalangan masyarakat Melayu, di samping meneliti falsafah penggunaan senjata dalam kalangan masyarakat tersebut. Penerokaan peranan senjata ini dibuat berdasarkan beberapa pecahan iaitu peranan senjata sebagai alat mempertahankan diri dan menyerang musuh, peranan senjata sebagai alatan adat-istiadat, peranan senjata sebagai alat komunikasi, peranan senjata sebagai lambang status sosial, dan peranan senjata sebagai perhiasan diri. Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan senjata dalam masyarakat Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu sejak dahulu mempunyai teknologi setanding negara maju yang lain. Tambahan pula, penggunaan senjata ini menggambarkan kebijaksanaan dalam melahirkan identiti mereka.

Kata kunci: Adat-istiadat, mempertahankan diri, perhiasan diri, senjata, status sosial

Role of Weapons in Sulalatus Salatin

ABSTRACTThis article is an attempt to explore the roles of weapons among the Malay society during the time of the Malacca Malay Sultanate to examine Sultanate Malay masterpiece by examining one of the Malay Great Literary Works the Sulalatus Salatin or Sejarah Melayu. This article begins with the introduction about the dynamics of

Page 26: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

166 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

the weapons in the Malay world; namely their development and history of use. Then it with the definition of a weapon itself. That includes with and the roles of weapons in the Malay. Since the intention of this study is to produce a strong historical impact, the selection of the material for the study, the Sulalatus Salatin, a historiography literary genre, is specifically chosen. Because of this study should sourced from the material that have the powerful historical aspects, the selection of materials should be centered on the literary genre of historiography. This article focuses on the role of weapons in the Malay community as well as examines the philosophy of the use of weapons in that community. Exploration of the roles of these weapons are based on the following themes: on some from fraction weapons as a tool of self-defense and attack against the enemy, tools, weapons as a communication tool, weapons as a symbol of social status and weapons as personal ornaments. This study found that on the use of weapons among the Malays proves that Malay community over the level of technology comparable to that of other developed countries socieites. Furthermore, the use of these weapons in reality represents the epitome of the Malay wisdom as well as expressing their unique cultural identity through the use of such weapons.

Keywords: Customs, self-defense, personal ornaments, weapons, social status

PENDAHULUANDalam sesebuah tamadun, pasti mempunyai keunikan dan dekad kegemilangannya yang tersendiri. Begitu juga halnya dengan tamadun Melayu. Selain pencapaian dalam bidang perkapalan, pembinaan, dan perubatan, tamadun Melayu turut mencapai kegemilangan dalam bidang persenjataan. Bagi masyarakat Melayu, bidang persenjataan merupakan bidang yang melibatkan segala alat kelengkapan

senjata yang digunakan oleh masyarakat Melayu dan telah dikuasai sejak berzaman lagi. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Hanizah Jonoh (1997: 20), penggunaan senjata dalam kalangan masyarakat Melayu merupakan satu tradisi yang diwarisi secara turun-temurun.

Senjata bagi masyarakat Melayu dikesan bermula sejak zaman prasejarah lagi dan dibuktikan dengan jumpaan artifak seperti peralatan batu. Senjata tersebut kemudian berevolusi mengikut zaman, berkembang ke zaman pra-Islam, klasik kemudian ke zaman sebelum penjajahan Eropah. Hal ini membuktikan bahawa bidang persenjataan dalam masyarakat Melayu wujud sejak dahulu lagi dan berkembang seiring dengan peredaran zaman. Bidang ini turut diakui oleh sarjana tempatan seperti Shahrum bin Yub (1967), A. Samad Ahmad (1984), Wan Ramli Wan Daud (1993), Shaharir Mohammad Zin (2003) Wan Abdul Kadir Wan Yusof et al. (2004), dan Alex Teoh (2005). Malahan sarjana dari luar juga turut sama memperakukan hal tersebut. Antaranya ialah de Eredia (Terj, J. V Mills) (1930), Raffles (1965), Sheppard (1980, 1972), Amir Mortonosedono (1987), dan Hardy Waluyo (ed., 1990). Kajian berkaitan senjata dalam kalangan masyarakat Melayu ini bukan sahaja mencakupi teknologi perbuatan senjata, malah turut menyentuh perihal asal terciptanya sesuatu senjata tersebut.

Senjata secara umum didefinisikan sebagai alat yang digunakan untuk berperang atau berkelahi seperti keris, lembing dan tombak manakala senjata api pula dikatakan sebagai alatan yang menggunakan ubat peledak seperti senapang, meriam dan bom. Hal ini diakui Mohd Zainudin Haji Abdullah dan Mohd Shahrin Senik (2007: xiii) yang mengatakan bahawa senjata merupakan

Page 27: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

167Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

alatan yang digunakan manusia untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh, sama ada serangan binatang atau manusia, di samping penggunaannya dalam menjalankan kerja harian. Berdasarkan pandangan yang diberikan, jelas bahawa pendefinisiansenjataamatbergantungpadafungsi atau tujuan penciptaan alatan senjata tersebut yang ketara berlegar, sama ada sebagai alatan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh, untuk menyerang musuh atau kegunaan dalam kehidupan harian.

Berdasarkan definisi yang telah diutarakan, jelas bahawa senjata memainkan peranan yang penting dalam bidang persenjataan Melayu. Bagi masyarakat di Alam Melayu, senjata bukan sahaja sebagai alat untuk berperang, malah berperanan dalam segenap kehidupan dan tradisi masyarakatnya. Fungsi senjata ini jelas dinyatakan melalui penggunaannya dalam teks Melayu. Sebagaimana yang dikatakan, ilmu sesuatu bangsa itu juga terdapat dalam ilmu bertulis yang dihasilkan oleh seseorang dalam bahasa bangsa tersebut, yang turut mempamerkan kosmologi, pandangan dan sistem nilainya sendiri sebagai unsur asli (Shaharir Mohammad Zin, 2009: 1).

Apabila meneliti fungsi senjata di alam Melayu, peranan sejarah bangsa amat penting. Sejarah iaitu peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau, menjadi sumber utama dalam hal ini. Oleh itu, karya agung Melayu seperti Sulalatus Salatin yang diketahui umum mempunyai unsur sejarah dapat dijadikan sumber terbaik dalam pengkajian ini. Menurut Salmah Jan Noor Muhammad (2012: 23), Sulalatus Salatin atau turut dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan sebuah karya sastera sejarah dan menjadi asas kepada persejarahan karya Melayu yang lain. Tambahan pula,

Sulalatus Salatin dikatakan sebagai sumber yang membicarakan sejarah masyarakat Melayu dan turut menampilkan kebudayaan masyarakat tersebut. Hal ini diakui oleh Mohd Taib Othman (1974: 1) dan Zahrah Ibrahim (1986: xi) yang mengatakan bahawa Sulalatus Salatin sebagai sumber teks yang melukiskan kebudayaan masyarakat Melayu dan diakui sebagai teks yang benar-benar menggambarkan masyarakat Melayu dengan jelas dan baik pada zaman tersebut.

Walaupun kajian tentang senjata telah dijalankan sebelum ini, namun artikel ini hanya berfokus kepada penggunaan senjata dalam teks Sulalatus Salatin. Artikel ini akan mengupas penggunaan senjata dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Penelitian ini secara tidak langsung memperlihatkan ketamadunan masyarakat Melayu melalui penggunaan senjata dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, penggunaan senjata tersebut juga membuktikan bahawa kehebatan masyarakat tersebut bukan sahaja dalam penciptaan senjata, malah dari sudut ilmu penggunaan senjata tersebut.

Senjata dalam Masyarakat MelayuSenjata dalam masyarakat Melayu dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu senjata pendek atau senjata jarak dekat, senjata panjang atau senjata jarak jauh tidak berapi dan senjata api (Hanizah Jonoh, 1997: 20, Wan Ramli Wan Daud, 1993: 156, Hardy Waluyo ed., 1990: 32, de Eredia, (Terj J.V Mills) 1930: 1-225). Senjata pendek atau senjata jarak dekat yang turut dikenali juga dengan senjata tikam merupakan senjata yang digunakan sebagai senjata peribadi. Senjata dalam kelompok kumpulan ini digunakan sebagai alatan untuk membela diri, tetapi tertumpu pada perkelahian yang melibatkan jarak dekat. Senjata jenis ini

Page 28: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

168 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

termasuklah keris, sundang, pedang, tumbuk lada, sewar, rencong, badik, lawi ayam, beladau, jambiah dan lading.

Senjata bagi kumpulan kedua ialah / seperti senjata panjang atau senjata jarak jauh tidak berapi. Senjata jenis ini bukan sahaja digunakan dalam urusan membela diri, namun, turut digunakan dalam aktiviti berburu. Senjata tersebut terdiri daripada jenis lembing atau tombak, panah dan sumpitan. Manakala bagi senjata jenis kumpulan ketiga, iaitu senjata api turut digunakan dalam peperangan, malah meliputi pelbagai aspek kegunaan harian. Senjata jenis ini terdiri daripada meriam, bedil, dan senapang (Hanizah Jonoh, 1997: 20, Wan Ramli Wan Daud, 1993: 156, Hardy Waluyo ed., 1990: 32, de Eredia, 1930: 1-225, Amir Mortosedono, 1987:

12). Dalam teks Sulalatus Salatin, senjata kerap dinyatakan melalui peristiwa yang terdapat dalam teks tersebut. Senjata yang dinyatakan dapat dikelaskan berdasarkan tiga pecahan tersebut, iaitu senjata pendek atau senjata jarak dekat, senjata panjang atau senjata jarak jauh tidak berapi dan senjata api. Hal ini dapat dilihat dalam Jadual 1.

Jadual tersebut memaparkan bilangan kekerapan penyebutan senjata yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin mengikut kumpulan dan jenis senjata. Berdasarkan Jadual 1, bagi senjata pendek atau senjata jarak dekat, keris merupakan senjata yang paling kerap dinyatakan dalam teks tersebut, iaitu sebanyak 58 kali. Hal ini jelas dapat dilihat dalam muka surat 98,108, 112 dan 113. Manakala bagi senjata panjang atau senjata jarak jauh, panah merupakan senjata

JADUAL 1 Bilangan Kekerapan Penyebutan Senjata Mengikut Kumpulan

Bil Kumpulan Jenis Senjata Kekerapan1.

Senjata Pendek/ Senjata Jarak dekat

Beladau 72. Beliung 53. Golok 44. Keris 585. Pedang 266. Perisai 37. Pisau 18. Cipan (Kapak) 19. Sikin/Sekin 1

10.

Senjata Panjang/ Senjata Jarak Jauh

Sumpit 211. Tombak 1312. Lembing 2113. Panah 2414.

Senjata Api

Senapang 115. Bedil 1216. Istinggar 617. Mercun 118. Meriam/ Rentaka 1119. Periuk Api 1

Page 29: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

169Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

yang kerap dinyatakan dalam teks Sulalatus Salatin iaitu sebanyak 24 kali. Hal ini dapat dilihat di dalam muka surat 89, 139 dan 141. Bagi senjata api, bedil merupakan senjata api yang kerap disebut dalam teks tersebut iaitu sebanyak 12 kali . Hal ini dapat dilihat dalam muka surat 253, 252 dan 258. Keseluruhan jadual menunjukkan bahawa senjata keris merupakan senjata yang paling banyak digunakan dalam teks in i . Bacaan in i membukt ikan bahawa keris merupakan senjata warisan kebudayaan Melayu yang berdaulat dan menjadi ‘pakaian’ orang Melayu pada zaman silam (Zakaria Abdullah, 2007: 9). Melalui jadual tersebut juga, menunjukkan bahawa adanya penggunaan senjata dalam kalangan masyarakat tradisional terutamanya masyarakat Melayu dalam teks tersebut. Malah, dengan pemaparan Jadual 1, menunjukkan bahawa masyarakat Melayu tradisional telah menggunakan senjata tersebut secara meluas bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka.

Peranan Senjata dalam Sulalatus SalatinPenciptaan senjata dalam masyarakat Melayu sememangnya membawa kepada peranan yang tersendiri. Sebagaimana alatan lain, senjata dihasilkan agar dapat memudahkan segala urusan kehidupan seharian. Hasil penelitian, didapati bahawa dalam kalangan masyarakat Melayu, senjata memainkan peranan yang penting dalam segenap kehidupan masyarakat nya (Azah Aziz, 2006: 263). Peranan ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu alatan mempertahankan diri dan menyerang musuh, alat dalam adat istiadat, alat komunikasi, lambang status sosial, dan alat perhiasan diri. Hal ini turut dinyatakan dalam teks Sulalatus Salatin. Senjata yang dinyatakan dalam teks ini juga turut

membawa peranan tersendiri berdasarkan pembahagian tersebut. Hal ini jelas dalam Jadual 2.

Jadual tersebut memaparkan bilangan kekerapan penyebutan senjata mengikut kelas peranan masing-masing. Jadual 2 menjelaskan bahawa dalam teks Sulalatus Salatin, senjata banyak digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri dan menyerang musuh, iaitu sebanyak 112 kali. Manakala, peranan senjata sebagai alat perhiasan adalah paling kurang, iaitu sebanyak 3 kali dan hanya melibatkan senjata jenis keris. Bacaan ini menunjukkan bahawa, dengan keadaan dan situasi penduduk zaman dahulu yang sering terancam dengan kuasa luar dan dalam, penggunaan senjata sebagai alat untuk mempertahankan diri dan menyerang musuh amat diperlukan. Tambahan pula, penggunaan keris sebagai alat pakaian Melayu turut sama digunakan juga sebagai alatan pelindungan diri. Hal ini juga membuktikan bahawa dalam teks Sulalatus Salatin, senjata yang dipaparkan bukan hanya digunakan secara meluas malah mempunyai peranan tersendiri untuk memudahkan urusan seharian masyarakat Melayu tradisional. Tambahan pula, pemaparan jadual tersebut, membuktikan bahawa masyarakat Melayu tradisional menggunakan senjata sebagai manifestasi pembinaan tamadun bangsa Melayu.

i. Alat mempertahankan diri dan menyerang musuh

Alatan senjata merupakan medium yang terpenting dalam setiap peperangan atau perlawanan. Sebagaimana fungsi utama senjatayangdinyatakandalampendefinisiansebelum ini, senjata juga memainkan peranan dalam usaha memenuhi tujuan perlawanan atau peperangan iaitu untuk

Page 30: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

170 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

memenangi perlawanan atau peperangan tersebut. Dalam teks Sulalatus Salatin, penggunaan senjata sebagai alat untuk mempertahankan diri dan menyerang musuh sangat meluas. Kadang kala, senjata untuk menyerang tersebut merupakan senjata kurniaan raja untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan raja atau pemerintah. Hal ini jelas dalam petikan berikut:

“Setelah Sultan Mansur Syah mel ihat Hang Tuah datang, maka dianugerahi pada Hang Tuah ayapan. Setelah sudah Hang Tuah makan, maka oleh Sultan Mansur Syah diambilnya keris dari pinggang baginda, dianugerahi pada Hang Tuah; maka titah baginda, “Basuhlah arang di muka

JADUAL 2 Bilangan Kekerapan Penyebutan Senjata Mengikut Peranan

Jenis Senjata

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin @ Sejarah MelayuAlat pertahanan diri dan menyerang musuh

Alat dalam adat istiadat

Alat komunikasi

Lambang status sosial

Alat perhiasan diri

Beladau - - - 7 -

Beliung - - - 6 -

Golok 3 - 1 - -

Keris 18 3 - 35 3

Pedang 6 11 - 8 -

Perisai 2 - 1 -Pisau 1 3 - - -

Sikin/Sekin - - 1 - -

Sumpit 2 - - - -

Tombak 5 2 - 8 -

Lembing 14 1 - 6 -

Panah 27 - 1 - -

Senapang 1 - - - -

Bedil 12 2 - -Istinggar 4 - - - -

Mercun - 1 - - -

Meriam/ Rentaka 4 6 1 - -

Periuk Api - 1 - - -

Parang 6 - - - -

Curik 2 - 2 - -

Cipan (kapak) 1 - - - -

Sumpit 2 - - - -

Jenawi 1 - - - -

Kusa (Tongkat) 1 - - - -

Jumlah 112 30 7 70 3

Page 31: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

171Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

aku”…Maka bertikam pula ia dengan Hang Jebat, dua tiga kali keris Hang Tuah tertikam pada tiang dan dinding. Disuruh oleh Hang Jebat tanggalkan. Moga-moga dengan takdir Allah Taala maka Hang Jebat pun tertikam pada dinding pintu, lekat kerisnya. Maka segera ditikam oleh Hang Tuah dari belakang terus ke hulu hati.” (A. Samad Ahmad, 2008: 132)

P e t i k a n d i a t a s m e n u n j u k k a n pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Sultan Mansur Syah menyerahkan keris baginda kepada Hang Tuah sebagai tanda perkenan supaya Hang Tuah dapat mempertahankan maruah baginda. Semasa perlawanan tersebut, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat menggunakan keris kurniaan sultan. Keris merupakan salah satu senjata yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Keris diangkat menjadi salah satu simbol yang memberi sumbangan besar dalam segenap kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini menjelaskan bahawa senjata seperti keris sememangnya diakui sebagai alatan untuk berlawan dan digunakan secara meluas dalam mempertahankan diri (Wan Ramli Wan Daud, 1993: 156, Khamis Mohammad et al., 2012: 110). Keris juga berfungsi sebagai senjata genggam paling ampuh kerana kemampuannya menyebabkan kecederaan parah kepada pihak lawan apabila terkena tikaman (Mohd Azam Shah Yaacob et al, 2013: 32-33 ).

Selain itu, dalam menghadapi siri peperangan yang melibatkan dua kuasa besar, penggunaan alatan senjata juga haruslah lebih meluas. Masyarakat Melayu tidak lagi bergantung pada senjata tikam

sahaja, malah turut menggunakan senjata yang lebih moden seperti meriam dan bedil. Hal ini membuktikan bahawa pasukan ketenteraan Melayu dahulu turut dilengkapi dengan pelbagai alat senjata yang lebih moden (Alex Teoh E.K, 2005: 25, A. Samad Ahmad, 1984: XVI, Shepard, 1972: 137). Keadaan ini jelas dalam petikan di bawah:

“…maka berperanglah Temenggung Seri Udani dengan Peringgi, terlalu azamat bertembak-tembakkan, bunyi meriam seperti halilintar membelah; bunyi pelurunya seperti kumbang dijolok; maka yang mati terlalu banyak sebelah menyebelah. Sehari semalam lamanya perang itu, maka ubat bedil pun habis, maka Ser i Udani menyuruh memohonkan ubat bedil serta bantu. Maka disuruh ubat bedil sehabis-habisnya, hanya empat tempayan…” (A. Samad Ahmad, 2008: 280)

Semasa serangan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, digambarkan kecanggihan senjata Melayu pada ketika itu. Penggunaan senjata moden seperti meriam, istinggar serta peti besi berisi serbuk peluru diakui menjadi kelengkapan perang untuk mempertahankan bumi Melaka (Yusof Haji Hashim, 2006: 43). Penggunaan senjata moden yang berfungsi sebagai alatan peperangan turut meluas ke seluruh tanah Melayu. Bird (1990: 24) mengatakan bahawa pada zaman dahulu, selain menggunakan senjata t radis ional sepert i parang, lembing, keris dan senjata tikam yang lain, masyarakat Melayu juga mempunyai senjata api tersendiri. Masyarakat Melayu dahulu juga mempunyai teknologi membuat peluru yang dihasilkan daripada rotan. Hal

Page 32: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

172 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

ini membuktikan bahawa, di samping kaya dengan kepakaran dalam membina senjata tradisional, masyarakat Melayu dahulu juga mampu membina teknologi senjata api tersendiri.

ii. Alatan Adat-IstiadatMasyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat menyanjung adat dan kebudayaan. Selain agama Islam, kebudayaan menjadi salah satu tunjang utama dalam kehidupan khalayaknya. Begitu juga dengan senjata yang turut membawa peranan yang penting dalam kebudayaan Melayu, terutamanya dalam adat-istiadat Melayu. Penggunaan senjata dalam adat istiadat Melayu digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin seperti adat berjalan, adat menyembah, adat-istiadat pertabalan, dan adat menyambut kelahiran Hal ini jelas digambarkan dalam petikan di bawah:

“…setelah genap bulannya, maka Tun Fatimah pun beranaklah lelaki. Maka Sultan Mahmud Syah terlalu sukacita melihat anakanda baginda lelaki, lalu baginda menyuruh memalu gendang kesukaan; bedil pun dipasang oranglah, terlalu azamat bunyinya, kerana ketika itu bunyi meriam dua belas pucuk dan gendang terlalu gemuruh…” (A. Samad Ahmad, 2008: 273)

Petikan di atas menunjukkan bahawa Su l tan Mahmud Syah menyambut kelahiran putera baginda dan meraikannya menggunakan bunyi-bunyian meriam dan gendang. Dalam adat-istiadat Diraja Melayu, apabila lahirnya bayi diraja, bedilan meriam akan dibunyikan sebanyak 16 kali sebagai tanda lahirnya putera atau puteri tersebut (A.F Yaasin et al, 2002: 100).

Bedilan meriam tersebut bukan sahaja menjadi alat komunikasi untuk menyatakan kelahiran putera atau puteri baginda, tetapi turut berperanan sebagai alatan dalam adat istiadat kelahiran bayi Diraja (Alex Teoh E.K, 2005: 13).

iii. Alat Komunikasi Senjata turut mempunyai pengaruh dalam komunikasi politik, terutamanya yang melibatkan pemerintahan dan kerajaan. Senjata sering kali menjadi tanda atau alat iringan dalam menjalin hubungan antara dua buah kerajaan. Dalam teks Sulalatus Salatin, senjata digunakan sebagai bingkisan atau iringan untuk menjalinkan hubungan antara dua buah kerajaan. Hal ini jelas dalam hubungan antara kerajaan Melaka dengan Kerajaan Pasai sebagaimana dalam petikan di bawah:

“Hatta maka Sultan Mahmud Syah hendak menyuruh ke Pasai, bertanyakan masalah perkataan antara Ulama Mawara’l Hartar, dan Ulama Khurasan, dan Ulama benua Irak…Maka surat pun diaraklah ke perahu, bingkisannya golok perbuatan Pahang sebilah, bertatahkan emas berpermata; kakaktua putih seekor, kakaktua ungu seekor. Maka Orang kaya Tun Muhammad pun pergilah; maka surat itu dihafazkannya selama di laut itu.” (A. Samad Ahmad, 2008: 247)

Petikan tersebut menjelaskan kegunaan golok sebagai bingkisan hadiah kepada Raja Pasai. Di samping itu, Sultan Mahmud Syah memohon agar keraguan dan persoalan tentang agama Islam dapat diselesaikan oleh Raja Pasai. Pemberian golok juga menjadi

Page 33: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

173Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

lambang hubungan antara dua kerajaan besar di Nusantara, iaitu antara Melaka dengan Pasai. Pada zaman Kesultanan Melayu, senjata sememangnya berperanan sebagai wakil diri pemiliknya dalam menyelesaikan sebarang urusan, sama ada hal agama atau adat istiadat. Komunikasi politik tersebut diperkukuh dengan bingkisan balasan yang juga merupakan alatan senjata. Hal ini jelas dalam petikan di bawah:

“Maka orang kaya Tun Muhammad pun bermohonlah kepada Sultan Pasai. Maka raja Pasai membalas surat raja Melaka , bingkisan sekin Jenawi bertumit, bertatah sebilah; panah dua rahin dengan anaknya dua terkas. Maka surat pun diaraklah ke perahu, maka orang kaya Tun Muhammad dan Menteri Sura Dipa pun dipersalin oleh Sultan Pasai. Setelah itu maka orang kaya Tun Muhammad pun kembalilah ke Melaka. (A. Samad Ahmad, 2008: 249)

Dalam petikan tersebut, sekin jenawi merupakan sejenis pedang panjang, digambarkan secara zahir sebagai wakil pemiliknya untuk menyelesaikan sesuatu urusan Hal ini pernah disentuh oleh Yazid Mat dan Othman Yatim (2012: 38), iaitu senjata juga dapat secara zahir berperanan sebagai wakil diri pemiliknya dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Sekin jenawi dalam petikan ini merupakan alatan senjata yang diberi oleh raja Pasai sebagai bingkisan yang disertakan dengan surat balasan kepada raja Melaka yang bertanyakan beberapa permasalahan berkaitan agama.

Senjata sebagai alat komunikasi bukan hanya terbatas kepada komunikasi dua hala antara dua buah kerajaan, malah meliputi

alatan komunikasi dalam menyampaikan arahan atau mesej kepada rakyat. Hal ini dapat dilihat dalam petikan di bawah:

“ M a k a Tu n H a m z a h p u n b e r b a l i k l a h , l e m b i n g n y a dilambung-lambungnya, dan perisainya bergenta dikirap-kirapnya. Maka Tun Hamzah pun bertempik melambung-lambung dirinya, katanya, “Tahanlah amuk Hamzah akhir zaman ini!” Maka lalu ditempuhnya ke dalam rakyat Pasai yang seperti laut itu, habis pecah; barang yang bertemu habis dibunuhnya” (A. Samad Ahmad, 2008: 168)

Petikan di atas menunjukkan bahawa dalam sesebuah peperangan, perisai turut berperanan sebagai alat komunikasi antara ketua panglima dengan anak buah (Yazid Mat et al., 2012: 46). Genta yang dipasang pada perisai dibunyikan melalui hanyunan atau layaman sebagai isyarat supaya sekalian bala tentera di bawah pimpinan ketua panglima bersedia atau terus mara untuk menyerang musuh. Tun Hamzah selaku ketua panglima perang mengayun dan melambung dirinya yang memakai perisai bergenta. Bunyi genta pada perisai sebagai satu bentuk komunikasi kepada bala tentera untuk berperang.

iv. Status SosialSenjata dalam masyarakat Melayu turut berperanan sebagai alat yang melambangkan status sosial seseorang. Hal ini dilihat apabila seseorang pegawai atau pembesar menerima pelantikannya, sultan akan menganugerahinya dengan pelbagai anugerah termasuklah senjata sebagai

Page 34: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

174 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

lambang kuasa. Hal ini jelas tergambar dalam petikan teks Sulalatus Salatin berikut:

“Adapun akan adat dahulu kala, apabila orang jadi Bendahara atau jadi Penghulu Bendahari, atau Temenggung, akan jadi Menteri, dianugerahi baju sakhlat selengkap alatnya. Tetapi Penghulu Bendahari dan Temenggung dan para Menteri tiada berkebak, akan Bendahara berkebak dan buli-buli dawat; jikalau jadi Temenggung dianugerahi tombak bertetempan.” (A. Samad Ahmad, 2008: 206)

Senjata yang dianugerahkan kepada pegawai atau pembesar kerajaan merupakan lambang kedudukan dan pangkat pembesar tersebut. Hal ini selaras dengan pandangan yang diutarakan oleh Yazid Mat dan Othman Yatim (2012: 40) iaitu, senjata juga digunakan sebagai lambang kuasa oleh seseorang pemerintah dalam sesebuah kerajaan apabila alat senjata tersebut dianugerahkan kepada seseorang pembesar negeri yang baru dilantik.

Penganugerahan senjata tidak terbatas dalam urusan pelantikan pembesar semata. Hal ini turut dilakukan apabila terdapat individu yang berjasa kepada kerajaan dan sultan. Penganugerahan ini terdapat dalam petikan Sulalatus Salatin sebagaimana yang dinyatakan dalam petikan di bawah:

“Setelah hari malam, maka Hang Nadim pun masuk mengadap Sultan Mahmud Syah persembahkan Tun Teja Ratna Menggala; maka baginda pun ter la lu hairan melihat rupa Tun Teja itu maka diucapkan baginda Subhanallah ‘amma yasifun; dan beberapa puji baginda akan Hang Nadim,

dan diberi persalin dengan seperti adat pakaian anak raja-raja dan dianugerahi emas, dan perak, dan harta tiada terkira banyaknya. Maka Nakhoda Saiyid Ahmad pun dianugerahi baginda persalin dengan sepertinya, dan digelar baginda Syah Andeka Menteri, dianugerahi keris bersalut dan pedang berikat emas…” (A. Samad Ahmad, 2008: 230-231)

Hang Nadim dan Nakhoda Saiyid yang berjaya membawa Tun Teja, puteri Bendahara Pahang kepada Sultan Mahmud Syah, telah dianugerah dengan pelbagai anugerah termasuklah alatan senjata. Nakhoda Saiyid juga dilantik menjadi pembesar Melaka dengan gelaran Syah Andeka Menteri. Hal ini, membuktikan bahawa penganugerahan senjata kepada individu yang berjasa menjadi lambang kuasa dan status seseorang individu. Tambahan pula, senjata yang dianugerahkan menjadi lambang tingkat status seseorang daripada seorang rakyat biasa menjadi seorang yang berpangkat dalam sesebuah kerajaan sebagaimana yang berlaku kepada watak Nakhoda Saiyid Ahmad. Di samping itu, senjata juga turut berfungsi sebagai satu tanda atau lambang penganugerahan yang berharga kepada seseorang individu yang dikasihi Raja atau pemerintah (Khamis Mohammad et al., 2012: 110). Hal ini berlaku kepada Hang Tuah, kanak-kanak dibawa dari Goa sebagai tanda persembahan pemerintah Goa kepada sultan Melaka. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut:

“ M a k a D a e n g M e m p a w a h itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda

Page 35: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

175Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris tempa Melaka dengan selengkap perhiasan.” (A. Samad Ahmad, 2008: 105)

Petikan di atas menunjukkan bahawa Hang Tuah dikurniai keris oleh Sultan Mansur Syah yang bernama Keris Tempa Melaka. Keris tersebut dikurniakan kepada Hang Tuah bukan sahaja sebagai hadiah malah menjadi lambang kuasa dan kewibawaan Hang Tuah sebagai orang besar di Melaka. Keris Tempa Melaka merupakan keris kedua Hang Tuah selepas Keris Taming Sari dan dibawa ke mana-mana sahaja walhal apabila Hang Tuah tidur atau mandi (Mohd Shukri Mohd Arif, 2009: 35). Tambahan pula, bentuk keris-keris yang ditempa di semenanjung tanah Melayu dikatakan berilhamkan bentuk Keris Tempa Melaka (Khamis Mohammad et al., 2012: 112). Hal ini menunjukkan bahawa Keris tersebut merupakan keris yang utama dan terpenting dalam sejarah kerajaan Melaka.

Lambang dan status sosial yang dilambangkan melalui senjata tidak hanya terbatas pada individu. Senjata juga berfungsi sebagai lambang status ,kebesaran dan kehebatan sesebuah kerajaan Melayu. Hal ini bertepatan dengan pandangan yang diutarakan Yazid Mat dan Othman Yatim (2012: 40-41) yang mengatakan bahawa senjata juga berperanan sebagai lambang kebesaran dan kekuasaan sesebuah kerajaan untuk melambangkan status dan kehebatan sesebuah kerajaan Melayu pada zaman silam. Dalam Sulalatus Salatin, jelas digambarkan pernyataan tersebut sebagaimana dalam petikan berikut:

“Ada sepohon pinang hampir istana raja Cempa itu. Pinang itu bermayang, terlalu besar

mayangnya; dinantikan mengurai, tiada juga mengurai. Maka kata raja Cempa kepada seorang hambanya, “Panjat olehmu pinang itu, lihat apa dalam mayang itu.” Maka dipanjatkan oleh budak itu, lalu diambilnya mayang pinang itu, dibawanya turun. Maka oleh raja Cempa, dibelahnya mayang pinang itu; dilihat baginda dalam mayang itu seorang budak lelaki, terlalu baik parasnya. Maka seludang mayang itu menjadi ‘gong jebang’ namanya, dan bidang seludang itu menjadi sebilah pedang beladau, i tulah pedang kerajaan raja Cempa.” (A. Samad Ahmad, 2008: 162)

Melalui petikan di atas, diperlihatkan peranan beladau sebagai lambang status dan kebesaran kerajaan Cempa atau Campa. Champa merupakan sebuah kerajaan awal Melayu yang terletak di timur sehingga selatan Vietnam. Menurut Po Dharma (http://www.cip-tvn.org) , kerajaan Champa merupakan kerajaan awal yang wujud di Nusantara malahan dalam catatan China, kerajaan Champa wujud sejak lewat abad kedua dengan merujuk kepada penduduk asli yang tinggal di daerah Je Nan atau kini dikenali dengan nama Hue, Vietnam. Petikan di atas menunjukkan bahawa kerajaan Champa telah menjadikan pedang beladau sebagai pedang kerajaan. Penelitian yang dijalankan terhadap senjata tinggalan kerajaan Cempa, memperlihatkan kesahihan, iaitu pedang kerajaan Cempa sebelum kedatangan Islam mirip kepada beladau apabila diteliti berdasarkan bentuk fizikalnya.HalinidapatdilihatdalamRajah1.

Page 36: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

176 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

Selain itu, dalam pelbagai upacara rasmi kerajaan, senjata rasmi kerajaan turut memainkan peranan yang penting. Senjata kerajaan tersebut banyak diutarakan penggunaannya dalam karya tradisional dan dinyatakan penggunaannya dalam satu-satu acara rasmi. Hal ini jelas dalam petikan di bawah:

“ Syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida-sida yang duduk di seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar-besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya d i s e lang - se lang duduknya ; melainkan puan dan pedang dikelek-kelekan kiri dan kanan; pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikulnya.” (A. Samad Ahmad, 2008: 75)

Petikan di atas memperlihatkan penggunaan senjata sebagai alat kebesaran

kerajaan Melaka. Kedudukan senjata kebesaran kerajaan juga perlu diambil kira untuk memenuhi adat dan lambang kekuasaan sesebuah kerajaan. Hal ini membuktikan bahawa, senjata kebesaran kerajaan menjadi simbol atau ikon kebesaran sesebuah kerajaan dan pemerintah.

Selain itu, senjata sebagai lambang status dan kekuasaan turut digunakan sebagai tanda arahan daripada pemerintah. Senjata juga berperanan sebagai lambang kuasa untuk memberi arahan hukuman terhadap seseorang. Hal ini jelas dalam teks Sulalatus Salatin apabila Sultan Mahmud Syah menurunkan titah agar membunuh Bendahara Seri Maharaja sebagaimana dikesan dalam petikan berikut:

“Maka Run Sura Diraja dan Tun Indera Segara pun masuklah membawa keris Sultan Mahmud Syah, dibubuhnya di atas ceper perak, ditudungi dengan tetampan, dikeluarkan di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Maka kata Tun Sura Diraja, “Salam doa anakanda, bahawa takdir Allah taala telah datanglah pada hari ini.” Maka sahut Bendahara Seri Maharaja dan Seri Nara Diraja, “Barang

Rajah 1: Pedang kerajaan Champa sebelum kedatangan Islam

Sumber dari http://tabutjawi.blogspot.com/2011/12/champa-tumbangnya-kerajaan-melayu.html

Page 37: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

177Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

yang telah berlaku, pada hukum Allah itu, hamba pun redalah.” (A. Samad Ahmad, 2008: 243)

Petikan di atas menunjukkan bahawa senjata, iaitu keris digunakan sebagai lambang kuasa Sultan Mahmud Syah untuk menurunkan titah hukuman ke atas Bendahara Seri Maharaja, Tun Sura Diraja, Tun Ali dan Tun Hassan Temenggung. Hal ini membuktikan bahawa senjata berperanan menjadi lambang kuasa dan wakil raja dalam menyampaikan arahan atau titah.

v. Perhiasan DiriSelain itu, masyarakat Melayu turut menjadikan senjata sebagai alat perhiasan diri dan digunakan sebagai salah satu komponen penting dalam persalinan masyarakat Melayu tradisional. Tambahan pula, senjata yang berfungsi sebagai alat perhiasan diri sering dibawa ke mana sahaja. Menurut Zakaria Abdullah (2007: 9), masyarakat Melayu menganggap senjata seperti keris sebagai salah satu senjata pakaian orang Melayu. Malahan, masyarakat Melayu Jawa menganggap keris sebagai “jangkepe tiyang gesang” iaitu pelengkap hidup (Hardy Waluyo ed., 1990: 128). Hal ini membuktikan bahawa senjata menjadi salah satu item penting dalam pelengkap busana Melayu. Sulalatus Salatin menggambarkan perihal tersebut dalam petikan di bawah:

“ Apab i la Bendahar a Se r i Maharaja sudah berkain, berbaju, berkeris, dan bersebai, lalu naik duduk di buaian. Maka Bendahara Seri Maharaja bertanya kepada isterinya, katanya “Tuan, tuan, destar mana yang patut dengan

kain baju beta ini?” Maka kata Bendahara perempuan, “Destar anu itulah yang patut.” Maka barang yang dikata oleh Bendahara perempuan itulah yang dipakai oleh Bendahara Seri Maharaja.” (A. Samad Ahmad, 2008: 207)

P e t i k a n d i a t a s m e m a p a r k a n penggunaan senjata iaitu keris sebagai alat perhiasan diri atau pelengkap busana. Dalam adat dan kebudayaan Melayu, senjata menjadi pelengkap bagi busana Melayu pada zaman dahulu (Azah Aziz, 2006: 260). Namun begitu, penggunaan senjata sebagai perhiasan diri bukan hanya sebagai perhiasan semata, malah turut mempunyai falsafah tersendiri. Menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu, sebelum keluar akan berbekalkan alatan senjata walau ke mana sahaja dengan pelbagai tujuan, sama ada sebagai persediaan untuk mempertahankan diri atau hanya sebagai penguat semangat diri semasa dalam perjalanan. Menurut Zakaria Abdullah (2007: 9), senjata menjadi lambang kekuatan dan semangat bagi masyarakat Melayu kerana senjata seperti keris diperbuat daripada besi terpilih, diambil dari tempat yang baik dan mempunyai petua tertentu agar senjata yang dihasilkan keramat dan berhikmah.

Hal ini turut diakui sarjana barat seperti Newbold (1971: 108-109) dan Bird (1990: 24) yang berpendapat bahawa dalam cara pemakaian Melayu, senjata merupakan item terpenting malah lebih berperanan sebagai alat perhiasan berbanding dengan fungsi yang lain. Pandangan ini, membuktikan bahawa senjata dalam masyarakat Melayu berperanan besar sebagai perhiasan diri atau pelengkap busana.

Page 38: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

178 Mahawangsa (2): 165 - 179 (2014)

KESIMPULANSenjata merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Senjata bukan sahaja berperanan dalam mempertahankan kedudukan, kedaulatan dan maruah masyarakat Melayu, namun turut berfungsi dalam segenap kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya dari aspek kebudayaan dan adat. Dalam penelitian ini, dikenal pasti bahawa senjata masyarakat Melayu sejak dahulu mengalami pelbagai transformasi dan penambahbaikkan iaitu dimulakan dengan senjata tikaman dan kemudian berubah kepada senjata yang lebih moden yang melibatkan bahan api. Proses transformasi ini berlaku akibat adanya pengaruh luaran dan dalaman, terutamanya permintaan terhadap senjata tersebut dalam memenuhi keperluan kehidupan masyarakat Melayu ketika itu. Hal ini membawa konotasi bahawa penggunaan senjata dalam kalangan masyarakat Melayu sangat meluas malah senjata dapat ditafsirkan sebagai darah daging masyarakat Melayu itu sendiri. Senjata Melayu juga dikenal pasti berperanan meningkatkan kedudukan masyarakat Melayu. Hal ini bukan sahaja dilihat daripada peranannya terhadap kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu, malah dilihat daripada ketamadunan perkembangan teknologi senjata itu sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah, senjata dalam masyarakat Melayu diangkat menjadi lambang jata dan simbol jata kerajaan Melayu sebagai tanda tata tingkat kedudukan sesebuah kerajaan. Hal ini menjelaskan bahawa senjata dalam masyarakat Melayu bukan melihat senjata sebagai alatan semata, malah senjata membawa pengetahuan dalam membina identiti masyarakat Melayu.

RUJUKANA. F Yassin, & Zam Ismail. (2002). Sejarah Adat-

Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855). Johor: Yayasan Warisan Johor.

A. Samad Ahmad. (1984). Peluru Petunang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad. (2008). Sulalatus Salatin . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Ghafar Latip. (1997 ). Pandai Besi dan Kesenian Persenjataan Melayu. Dewan Budaya, 20(3), 30-31.

Alex Teoh, E. K. (2005). The Might of the Miniature Cannon: A Treassure of Borneo and the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Amir Marsetosedono. (1987). Mengenal Senjata Tradisional Kita. Semarang: Dahara Prize.

Azah Aziz. (2006). Rupa dan Gaya Busana Melayu. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

De Eredia, E. G. (Terj J.V Mills). (1930). Declaracam de Malaca e India Meridionne com o Cathay. JMBRAS VIII, part 1, 1-225.

Hanizah Jonoh. (1997). Senjata-Senjata pada zaman Kesultanan Melayu Johor. Johor: Yayasan Warisan Johor.

Champa: Tumbangnya Kerajaan Melayu Terawal (n.d.). Dicapai dari http://tabutjawi.blogspot.com/2011/12/champa-tumbangnya-kerajaan-melayu.html pada 29 Disember 2013.

Irdasyamsi. (n.d.). Kebudayaan Melayu Riau. Mei, 2012. http://www.WordPress.com dicapai pada 21 November 2013.

Isabella Bird. (1990). The Golden Chersonese: The Malayan Travel of a Victorian Lady. Singapore: Oxford University Press.

Khamis Mohamd, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Abdul Latif Samian. (2012 ). Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu. Iman, 30(1), 105-119.

MohdAzamShahYaacob,ZolkulfliHamzah,NorSalim Mohamed Dawam & Rasul Azli Samad. (2013). Kehebatan Keris Melayu. Harian Metro. 15 September, ms.32-33.

Page 39: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin

179Mahawangsa 1 (2): 165 - 179 (2014)

Mohd Shukri Mohd Ariff. (2009). Khazanah Melayu Belum Terbongkar. Dewan Masyarakat, 47(11), 34-43.

Mohd Taib Othman. (1974). Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publication.

Mohd Zainudin Haji Abdullah & Mohd Shahrin Senik.( 2007). Senjata Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mubin, Sheppard. (1972). Taman Indera: Malay Decorative Arts and Pastimes. Kuala Lumpur: Oxford Press.

Mubin, Sheppard. (1980). Mekarnya Seni Pertukangan Malaysia. Kuala Lumpur: Eastern Universities Press (M) Sdn Bhd.

Newbold, T. J. (1971). Political and Statistical Account Of The British Settlementsin The Straits Of Malacca. London: Oxford University Press.

Po Dharma. (n.d.). The History of Champa. www.cip.tvn.org dicapai pada 25 September 2014.

Salmah Jan Noor Muhammad. (2012). Ilmu Diplomatik Melayu Dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. (Tesis Ph.D.). Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Shaharir bin Mohamd Zain. (2009). “SAKTI Melayu Pra-Islam dan Awal Islam”, dalam Mohd Hazim Shah Abdul Murad. (Penye) Sains Agama dan Kebudayaan di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms.1-71.

Shaharir Mohamad Zain. (2003). Sains dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan Eropah. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 1(2), 157-204.

Sumintarsih, Suratmin, Salamun, Emiliana, Isyanti, Poliman, Nur Sulistyobudi & Suwarno. (1990). Senjata Tradisional daerah Istimewa Yogyakarta. Ed. Harry Waluyo. Jakarta: Penerbit Pendidikan dan Kebudayaan.

T. S. G. Mulia & K. A. H. Hidding. (n.d.). Ensiklopedia Indonesia. Bandung: Penerbitan W. Van Hoeve.

Wan Ramli Wan Daud. (1993). Sejarah Teknologi Melayu pada Zaman Islam. Sari, 11(7), 127-168.

Yazid Mat & Othman Yatim. (2012). “Warisan Senjata dalam Kebudayaan dan tamadun Melayu: Penggunaan dan Pelestarian”. Jurnal Arkeologi Malaysia. 25, 37-48.

Zahrah Ibrahim. (1986). Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Abdullah. (2007). Rahsia Keris Dan Senjata Warisan Melayu. Kota Baharu, Kelantan: D Warisan Darul Naim.

Page 40: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 41: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 3 Januari 2014Diterima: 3 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Che Ibrahim Salleh), [email protected] (Yong Chyn Chye), [email protected] (Vijayaletchumy Subramaniam)

*Penulis penghubung

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Che Ibrahim Salleh1*, Yong Chyn Chye2 dan Vijayaletchumy Subramaniam1

1Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia2Multimedia University (Cyberja), Jalan Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk meneliti strategi yang digunakan oleh pelajar antarabangsa dalam mempelajari bahasa Melayu. Model Strategi Pembelajaran Bahasa oleh Mohamed Amin (2000) telah diubah suai dan digunakan untuk memenuhi objektif kajian. Sampel kajian meliputi pelajar tahun pertama di Multimedia University, Cyberjaya. Kesemua peserta kajian ini telah mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan (B) selama 14 minggu. Sebanyak 79 kertas soal selidik telah dianalisis secara kuantitatif. Perisian Excel 2007 digunakan untuk memproses data dan SPSS versi ke-17 digunakan bagi tujuan analisis kuantitatif, khasnya untuk menentukan hubungan antara strategi pemelajaran dengan faktor pendorong dalam menguasai bahasa Melayu. Strategi pemelajaran bahasa Melayu dikenal pasti melalui perhitungan nilai min (purata) empat skala penilaian. Secara perbandingan, pelajar asing didapati lebih gemar menggunakan strategi belajar secara formal berbanding dengan kaedah tidak formal. Tinjauan seterusnya mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikanantarastrategipemelajaran dengan faktor pendorong dalam menguasai bahasa Melayu. Secara keseluruhan, pelajar antarabangsa pasif dalam pemelajaran bahasa Melayu dan banyak bergantung pada bahan yang disediakan.

Kata kunci: Bahasa Melayu, pelajar antarabangsa, penguasaan bahasa Melayu, strategi pemelajaran bahasa

Page 42: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

182 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

Application of Learning Strategies for the Learning of Malay Language Among International Students at Private Institutions of Higher Learning

ABSTRACTThis study aims to investigate leaning application strategies used by international students when learning the Malay Language. The Learning Strategy Model proposed by Mohamed Amin (2000) was adapted and used to fulfill the objective of the study. The sample population of the study comprised first year students at Multimedia University, Cyberjaya. Participants in the study were enrolled in the National Language (B) course for 14 weeks: A total of 79 questionnaires were analyzed quantitatively. The software Excel 2007 was used to process data and SPSS version 17 was also used for quantitative analysis, specifically to determine the relationship between learning strategies were and the motivating factors for acquiring Malay language. The learning strategies were also calculated and determined using means on a 4-point scale. The international students showed that they favored using formal learning strategies as compared to less formal ones. Findings also showed that there was a positive relationship between learning strategies and motivating factors for acquiring Malay language. On the whole, it can be said that the international students were passive in their leaning of bahasa Melayu and theair responsiveness to the leaning depended a lot on learning materials

Keywords: Malay language, international students, acquiring Malay language, The learning language strategy

LATAR BELAKANGBersempena tuntutan era globalisasi ini, manusia dengan bebasnya melanjutkan pengajian di negara yang diingini . Antaranya, Malaysia menawarkan ramuan yang menarik untuk menjadi peneraju pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik. Demi merealisasikan Malaysia sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau ini, amat di alu-alukan pelajar dari luar negara. Dengan adanya sokongan dasar kerajaan yang propendidikan, persekitaran politik stabil dan demokrasi yang relatifnya semakin mendewasa telah menjadi lokasi bersulam kemajuan pelbagai bidang. Demi menampung keperluan dalam pelbagai bidang pengkhususan, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Untuk memastikan bahawa mahasiswa keluaran Malaysia berkualiti, pada 21 Disember 2005, kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK, KPT) menjadi sebuah entiti baharu yang bertanggungjawab terhadap jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta. Pada 1 November 2007, peranan LAN telah diambil alih oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA). MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Di Malaysia, terdapat sebanyak 20 buah universiti swasta yang berdaftar. Untuk mengatasi masalah komunikasi pelajar antarabangsa di Malaysia, sukatan mata pelajaran Bahasa Kebangsaan (B), iaitu bahasa Melayu telah digubal khusus untuk pelajar bukan warganegara Malaysia

Page 43: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

183Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

yang berminat. Bahasa Kebangsaan (B) ialah mata pelajaran yang wajib diajar di IPTS yang menggunakan bahasa pengantar selain bahasa Melayu. Pengajaran dan pemelajaran bahasa kebangsaan ini lebih menekankan aspek komunikasi dan kaedah penggunaan bahasa yang mudah. Matlamatnya bukan sahaja dapat membantu pelajar antarabangsa menggunakan bahasa Melayu dalam aktiviti kehidupan harian, malahan dapat membantu mereka apabila membuat rujukan bahan akademik dalam bahasa Melayu. Namun, fenomena kini memperlihatkan bahawa bahasa telah dilihat sebagai barang perkilangan yang diukur daripada manfaat yang dapat diperoleh oleh seseorang yang mempelajari dan kemudian menguasai bahasa itu. Bahasa ini ‘dibeli’ oleh orang (bangsa) lain, bahasa itu haruslah memiliki keunggulan persaingan (Zawawi Ismail, Mohd Sukki Othman dan et. al 2005). Dari persepsi penutur bukan natif, kesanggupan mereka mengaplikasikan Strategi Pemelajaran Bahasa (SPB) untuk mempelajari sesuatu bahasa sasaran adalah demi memenuhi keperluan atau kemahuannya. Kajian ini difikirkan perlu atas sebab kajian lepas gagal memberikan gambaran yang tekal dan sesuai untuk aplikasi SPB dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di IPTS Malaysia. Menurut Abu Talib (1998), strategi pemelajaran ialah langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepat proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat untuk membantu dalam menghasilkan pemelajaran yang berkesan. Pengetahuan tentang strategi belajar yang berkesan akan membantu pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang. Menurut O’Malley dan Chamot (1990) pula, SPB merupakan

‘fikiran khusus atau perilaku seseorang untuk memahami, belajar, atau untuk mengekalkan maklumat baharu’. Oleh itu, tidakdapatdinafikanbahawakonsepyangpaling asas tentang strategi dalam proses belajar, terutamanya dalam bahasa ialah tindakan secara sengaja dan keadaan sedar untuk meningkatkan proses belajar bahasa.

Tidak ketinggalan juga, masalah yang seterusnya agak rumit disebabkan faktor pendorong pelajar antarabangsa dalam pemelajaran bahasa Melayu amat berbeza berbanding dengan warga tempatan. Hal ini disebabkan bahawa bukannya kesemua kemahiran bahasa diperlukan oleh pelajar antarabangsa. Jadi, usaha membina kaedah pengajaran yang efektif terbatas kepada kekurangan kajian komprehensif yang berfokus kepada pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing, khasnya bagi pelajar antarabangsa yang menuntut di IPTS. Sekiranya, peranan dan fungsi bahasa Melayu dapat direalisasikan dalam kalangan penutur asing, senario ini akan menjadi ‘batu loncatan’ untuk memperkembangkan bahasa Melayu ke seantaro dunia.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk meneliti strategi yang digunakan oleh pelajar antarabangsa secara formal dan tidak formal dalam mempelajari bahasa Melayu

ii. Untuk menentukan hubungan antara strategi pemelajaran dengan faktor pendorongnya dalam menguasai bahasa Melayu.

KEPENTINGAN KAJIANDalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan yang berorientasikan konteks Malaysia, pengenalpastian SPB yang paling kerap diaplikasikan oleh pelajar

Page 44: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

184 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

antarabangsa adalah amat penting agar pensyarah dapat merancang sesi pengajaran dan pemelajaran lebih efektif. Golongan tenaga pengajar ini termasuklah mereka yang ‘akan’ ataupun ‘telah’ berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Pengajaran bahasa Melayu bukan lagi dimartabatkan tetapi diperkembang ke seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga dengan mengenal pasti pendorong pemelajaran dalam tahap asas dapat merangsang minat dan memudahkan pemelajaran bahasa ketiga dalam kalangan pelajar antarabangsa. Mereka akan lebih bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam bahasa tersebut.

SOROTAN KAJIANFokus utama kajian ini tertumpu pada strategi pelajar antarabangsa dalam menguasai BM. Peluasan sorotan kajian tentang strategi pemelajaran dikesan sejak beberapa tahun yang lalu. Berdasarkan kajian lepas, beberapa kajian membuktikan bahawa terdapat beberapa strategi yang telah diaplikasikan oleh pelajar untuk menguasai ilmu bahasa. Antara kajian SPB terhadap bahasa asing di Malaysia ialah Anida Abdul Rahim (2003) – bahasa Arab, Kang, Hyeok (1999) – bahasa Korea, Neo Swee Leng (2005) – bahasa Sepanyol, Roslina Mamat (1999) dan Suzana Ismail (2005) – bahasa Jepun.

Selain usaha yang telah dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis SPB untuk bahasa asing, kajian tentang SPB dalam pemelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu turut mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik. Kajian ini umumnya dijalankan untuk melihat perkaitan antara penggunaan SPB dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar dalam pemelajaran

bahasa, dan untuk mencadangkan satu model cara belajar bahasa berdasarkan dapatan kajian. Antara kajian yang releven ialah kajian oleh Abu Talib (1998), Mohamed Amin (1996), Mohd Nazali (1999), Zamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah (2002), Supian (2003) dan lain lagi.

Kajian Mohamed Amin pada 1996 merupakan kajian terawal yang mengkaji SPB dalam konteks pendidikan di Malaysia (Zamri, 2004). Beliau mengkaji penggunaan SPB dalam kalangan pelajar sekolah menengah ketika belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kaedah yang digunakan ialah soal selidik, pemerhatian di bilik darjah dan temu bual. Tujuan kajian beliau ialah melihat SPB yang digunakan oleh pelajar ketika di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Beliau mendapati bahawa sebahagian besar proses belajar berlaku di luar kelas melalui inisiatif pelajar sendiri. Pelajar perempuan didapati lebih banyak menggunakan SPB. Dari segi etnik pula, pelajar India lebih banyak menggunakan SPB berbanding dengan Cina dan Melayu dalam ketiga-tiga SPB yang digunakan.

Berikutan kajian yang dilakukan t e r s e b u t , b e b e r a p a k a j i a n t e l a h dijalankan dengan mengaplikasikan dan mengadaptasikan soal selidik Mohamed Amin (1996). Antaranya ialah Che Suriyati (2000), Azlin Mazniwati (2000), Faizahani (2002) yang mengkaji SPB dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada peringkat universiti. Manakala Mohd Nazali (1999), Zuriyati (1999), Yong Zaharah (1999), Rahani (1999), Norzizah (1999), Supian (2003) dan Zamri (2004) menjalankan kajian SPB dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama sama ada pada peringkat menengah atau universiti. Aplikasi SPB dalam mempelajari bahasa Melayu dalam

Page 45: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

185Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

kalangan pelajar antarabangsa masih belum dikaji.

METODOLOGIKaedah kuantitatif melalui soal selidik digunakan untuk merealisasikan objektif kajian. Sebanyak 80 borang telah diberikan kepada pelajar antarabangsa semasa di dalam kelas pada minggu akhir semester. Seorang pelajar tidak hadir pada masa kajian dijalankan menyebabkan hanya 79 borang soal selidik dikembalikan dan dijalankan analisis. Mereka merupakan pelajar tahun pertama di universiti. Subjek kajian ini ialah pelajar daripada pelbagai bidang pengajian seperti kejuruteraan, pengurusan, teknologi maklumat dan multimedia kreatif. Oleh sebab bilangan pelajar yang banyak (80 orang pelajar), mereka telah dibahagikan kepada dua kelas yang berasingan. Sungguhpun mereka belajar dalam kelas yang berlainan, akan tetapi mereka diajar oleh seorang pensyarah dengan menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Kelainan tersebut hanyalah dari segi masa dan tempat belajar.

Subjek kajian diwajibkan mengikuti Bahasa Kebangsaan (B) - pelajaran asas berbahasa Melayu berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA-Malaysian Qualifications Agency) dalam satu semester, iaitu 3 jam kuliah secara bersemuka selama 14 minggu. Mereka mengikuti pelajaran di dalam kelas yang dilengkapi alat pendingin hawa, komputer dan keperluan asas lain seperti kerusi, meja dan papan putih. Buku Basic Malay (2009) dijadikan buku teks sebagai panduan dan latihan selain penggunaan ‘power point’ semasa kelas dijalankan. Bahasa Inggeris ialah medium pengajaran dalam mata pelajaran wajib Bahasa Kebangsaan (B) ini.

Soal selidik mengandungi 40 soalan tentang strategi yang digunakan oleh pelajar semasa belajar BM di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan berpandukan model Mohamed Amin (2000). Pengubahsuaian dilakukan dengan melihat kesesuaiannya dengan subjek dan jenis kajian ini yang berfokus pada strategi belajar BM secara formal dan tidak formal. Pengubahsuaian tersebut telah memenuhi keperluan serta memberi ruangan kepada subjek agar menghujahkan pendapat sendiri dalam mempelajari BM. Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, data telah dikumpulkan dan dianalisis untuk menepati objektif kajian.

BATASAN KAJIANPenyelidikan ini terbatas pada strategi belajar BM dalam golongan pelajar antarabangsa yang mengikuti pelajaran Bahasa Kebangsaan (B) di Multimedia University. Sampel kajian merupakan pelajar yang berasal dari 7 buah negara, iaitu Iran, Bangladesh, Arab Saudi, Mauritius, China, Bostwana dan Jerman. Lingkungan umur mereka antara 21 hingga 25 tahun. BM merupakan bahasa asing mereka selepas bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Dalam penyelidikan ini, pelajar diminta menilai 40 strategi pemelajaran yang telah disenaraikan dalam borang soal selidik. Strategi pemelajaran bahasa ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu strategi yang diaplikasikan oleh pelajar dalam keadaan pemelajaran secara formal (strategi pemelajaran BM di dalam kelas dan persediaan menghadapi peperiksaan) dan tidak formal (strategi pemelajaran BM di luar kelas). Penyelidik mengandaikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah homogenus. Subjek kajian ini dipilih kerana mereka

Page 46: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

186 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

dapat mewakili populasi pelajar asing yang mempelajari BM di IPTS. Dalam penyelidikan ini, pelajar diminta menilai 40 strategi yang telah disenaraikan, iaitu 26 strategi pemelajaran bahasa di dalam kelas secara formal, manakala 14 strategi lagi diaplikasikan secara tidak formal semasa belajar BM.

KAEDAH KAJIAN

i. Kepustakaan: Kaedah ini digunakan kerana terdapat buku, jurnal, tesis dan majalah yang dijadikan bahan rujukan tambahan untuk memperkuat hujahan.

ii. Soal selidik: Pengedaran soal selidik yang berpandukan Model Mohamed Amin (2000) . Pengubahsua ian dilakukan sedikit dengan melihat kesesuaiannya dengan subjek dan jenis kajian. Pengubahsuaian tersebut termasuk kaitan, keperluan dan pendapat subjek dalam mempelajari bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa.

iii. Pemerhatian: Penyelidik meneliti gelagat pelajar dalam kuliah selama satu semester.

ALAT KAJIANSoal selidik merupakan punca utama untuk memperoleh data dalam penyelidikan ini. Pernyataan dalam soal selidik dibahagikan kepada dua seksyen. Seksyen Pertama terdiri daripada empat bahagian, iaitu A, B, C dan D. Seksyen Kedua terdiri daripada 8 soalandemografikyangberkaitandenganjantina, umur, negara, fakulti, program, tahun pengajian, bahasa ibunda dan BM sebagai bahasa ke berapa bagi subjek kajian.

Pernyataan dalam Seksyen Pertama adalah seperti yang berikut:

i. Bahagian A merangkumi 20 soalan tentang strategi yang digunakan di dalam kelas (SPB secara formal).

ii. Bahagian B merangkumi 6 soalan tentang strategi yang digunakan semasa persediaan untuk menghadapi peperiksaan (SPB secara formal).

iii. Bahagian C merangkumi 14 soalan tentang strategi yang digunakan di luar kelas (SPB secara tidak formal).

iv. Bahagian D merangkumi 10 soalan tentang faktor pendorong pemelajaran BM.

Bagi setiap pernyataan dalam Seksyen Pertama, terdapat empat skala penilaian yang boleh dipilih oleh subjek kajian berdasarkan strategi pemelajaran mereka. Setiap angka tersebut membawa maksud seperti berikut:i. Angka 1 ialah amat tidak setuju ii. Angka 2 ialah tidak setujuiii. Angka 3 ialah setujuiv. Angka 4 ialah amat setuju

PENGANALISISAN DATAData yang diperoleh daripada soal selidik kemudian dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan Excel dan perisisan SPSS. Nilai purata (min) dan sisihan piawai telah dinyatakan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 untuk menentukan strategi yang paling gemar diaplikasi dalam kalangan pelajar antarabangsa secara formal dan tidak formal. Di samping itu, untuk menganalisis hubungan antara SPB dengan faktor pendorongnya, ujian korelasi telah dikendalikan. Khasnya, ujian korelasi Spearman digunakan untuk mengkaji hubungan antara dua pihak, iaitu kategori strategi pemelajaran (secara

Page 47: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

187Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

formal dan tidak formal) dengan faktor pendorong. Untuk mengesahkan kesahihan ujian Spearman, dua ujian korelasi yang setara, iaitu ujian Pearson dan Kendall’s Tau turut diaplikasikan1. Formula Korelasi Pearson adalah seperti yang berikut:

Pekali Korelasi Pearson,

XY

XX YY

SrS S

=

di mana

( )2

2XX

XS X

N= − ∑∑ ,

( )2

2YY

YS Y

N= − ∑∑ ,

XY

X YS XY

N= −∑ ∑∑

dan hipotesis yang berkenaan diberi oleh

H0: r = 0 (tidak terdapat hubungan antara strategi pemelajaran dengan faktor pendorong dalam pemelajaran BM)HA:r≠0 (terdapat hubungan antara strategi pemelajaran dengan faktor pendorong dalam pemelajaran BM)

1 Dengan ruangan yang terhad, hanya dapatan ujian Spearman dilaporkan. Dapatan ujian Pearson dan Kendall’s Tau adalah tersedia atas permintaan.

DAPATAN KAJIAN

Strategi yang digunakan oleh pelajar antarabangsa secara formal dan tidak formal dalam mempelajari BM. Soal selidik telah diedarkan kepada 79 subjek kajian di MMU. Jadual berikut merupakan dapatan kajian yang berdasarkan analisis daripada 26 strategi pemelajaran BM secara formal di dalam kelas dan persediaan semasa menghadapi peperiksaan telah disusun mengikut tahap nilai purata (min).

Menurut dapatan kajian dalam Jadual 1, pelajar antarabangsa lebih gemar atau suka mempelajari BM menerusi pengajaran guru di dalam kelas. Strategi pemelajaran BM utama yang paling kerap diaplikasikan adalah memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Strategi formal ini mencapai nilai purata yang paling tinggi, iaitu sebanyak 3.38. Nilai purata yang kedua tinggi dalam strategi pemelajaran secara formal, iaitu sebanyak 3.22. Strategi ini menunjukkan bahawa pelajar antarabangsa meminta pengulangan daripada guru apabila mereka tidak faham akan penerangannya. Strategi yang ketiga (3.21) adalah mendengar dengan teliti cara guru bercakap dalam bahasa Melayu.

Sebaliknya, strategi yang jarang sekali diaplikasikan semasa mempelajari BM secara formal adalah merujuk kamus apabila mereka tidak memahami makna perkataan yang digunakan dalam pelajaran. Nilai puratanya 2.21 sahaja. Manakala strategi berikutnya adalah membuat latihan (2.28) dan membaca buku teks sebelum pelajaran (2.35). Jelaslah bahawa pelajar antarabangsa yang mempelajari BM tidak gemar atau jarang menggunakan bahan bacaan atau buku rujukan di dalam kelas. Justeru, pemelajaran kendiri (self study)

Page 48: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

188 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

tanpa bantuan atau tunjuk ajar daripada tenaga pengajar adalah jarang diaplikasikan oleh mereka.

Merujuk kamus menjadi strategi yang paling tidak digemari semasa belajar di dalam kelas. Dapatan kajian ini juga

menunjukkan bahawa mereka lebih selesa untuk terus bertanya kepada guru apa-apa perkataan yang tidak difahami. Manakala persediaan sebelum kelas dengan merujuk buku teks turut menjadi strategi yang tidak digemari. Sebaliknya, didapati

JADUAL 1 Strategi Pemelajaran BM secara Formal

No. Strategi Belajar BM secara Formal Min Sisihan Piawai

A05 Saya memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar 3.38 0.707A06 Jika saya tidak faham penerangan guru, saya minta supaya diulang 3.22 0.915A15 Semasa pelajaran, saya mendengar dengan teliti cara guru bercakap dalam

bahasa Melayu3.21 0.833

B01 Saya membaca buku dan latihan yang telah diberikan oleh guru 3.15 0.886A16 Semasa pemelajaran, saya menterjemahkan apa-apa yang saya dengar dalam

bahasa ibunda3.09 0.923

A04 Saya duduk di baris hadapan untuk mendapat perhatian guru 3.05 0.932A19 Saya terlibat secara aktif dalam aktiviti kelas 3.04 0.839B02 Saya membaca buku teks ‘Basic Malay’ 3.01 0.966A09 Saya menjawab soalan secara sukarela apabila saya pasti dengan jawapannya 2.92 0.984A18 Saya cuba memberanikan diri untuk bercakap dalam BM di dalam kelas 2.91 0.942A17 Jika saya tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh guru, saya akan

cuba mendapatkan bantuan daripada kawan2.86 0.817

A07 Jika saya tidak memahami penerangan guru, saya minta kawan untuk menerangkannya

2.85 0.893

B03 Saya membuat semua latihan dalam buku teks ‘Basic Malay’ 2.80 0.973B05 Saya menghafalkan contoh karangan 2.80 0.965A13 Semasa pemelajaran BM, saya cuba bertutur dalam BM 2.79 0.998A20 Saya suka akan main peranan semasa kelas BM 2.77 0.947A12 Jika saya tidak faham sesuatu yang telah diajar dalam kelas, saya bertanya

kepada kawan selepas kelas2.72 0.952

A10 Saya cuba menjawab dalam hati apabila guru mengutarakan soalan kepada pelajar lain

2.71 1.088

A08 Saya menjawab soalan yang ditanya oleh guru secara sukarela 2.68 0.875A03 Saya duduk di sebelah rakan yang lebih fasih dalam bahasa Melayu 2.62 1.062B04 Saya membuat latihan soalan peperiksaan tahun lepas 2.49 1.241B06 Saya belajar dengan menyertai perbincangan dalam kumpulan 2.40 1.151A14 Saya mengulang kaji pelajaran selepas kelas 2.39 0.926A01 Saya membaca buku teks sebelum pelajaran 2.35 0.948A02 Saya membuat latihan di dalam buku teks 2.28 0.891A11 Jika saya tidak faham makna perkataan yang digunakan dalam pelajaran,

saya akan rujuk pada kamus2.21 1.085

Page 49: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

189Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

bahawa penggunaan buku teks merupakan strategi utama mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Dapat dikatakan bahawa tujuan utama mereka ialah untuk lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itu, mereka menggunakan segala strategi yang ada untuk memastikan bahawa mereka lulus.

Jadual 2 yang berikutnya pula tersenarai strategi yang diaplikasikan oleh pelajar antarabangsa berdasarkan tahap nilai purata (min). Mereka telah menggunakan strategi pemelajaran bahasa di luar kelas ataupun dikategori sebagai strategi belajar BM secara tidak formal.

Dalam keadaan tidak formal pula, nilai purata pemilihan strategi yang paling tinggi dalam kalangan pelajar antarabangsa ialah 2.88. Pelajar lebih gemar belajar BM dengan meminta pengulangan jika

mereka tidak memahami maksudnya dalam perbualan. Nilai purata yang kedua tinggi dalam strategi pemelajaran BM ialah 2.77. Strategi yang digunakan dalam keadaan tidak formal ini cuba meneka maksud perkataan sekiranya mereka tidak memahaminya. Di samping itu, pelajar juga akan membetulkan kesalahan sendiri jikalau mereka menyedarinya semasa perbualan (2.76). Justeru, pelajar antarabangsa lebih menunjukkan sifat agresif semasa belajar BM, terutamanya melalui perbualan.

Namun demikian, strategi yang jarang sekali diaplikasikan semasa mempelajari BM secara tidak formal adalah menghafalkan lirik lagu Melayu. Nilai puratanya 1.80 sahaja. Strategi ini merupakan strategi yang paling tidak digemari antara 40 strategi yang disenaraikan. Manakala strategi berikutnya

JADUAL 2 Strategi Pemelajaran BM secara Tidak Formal

No. Strategi Belajar BM secara Tidak Formal Min Sisihan Piawai

C04 Saya minta pengulangan dalam perbualan sekiranya saya tidak memahaminya 2.88 0.891C13 Saya akan cuba meneka maksud perkataan sekiranya saya tidak memahaminya 2.77 0.879C03 Semasa bertutur dalam BM, saya akan membetulkan kesalahan sendiri sekiranya

saya menyedarinya2.76 0.984

C06 Sayaberfikirdalambahasaibundaterlebihdahuluapa-apayangingindisampaikan sebelum saya bertutur dalam BM

2.74 1.073

C07 Untuk mempertingkat penguasaan sebutan BM, cara pembacaan dengan mengeluarkan suara telah saya gunakan

2.68 0.967

C02 Saya meminta bantuan daripada rakan untuk membetulkan kesalahan saya dalam perbualan

2.66 1.101

C08 Saya menonton rancangan Melayu/ mendengar berita Melayu 2.51 1.167C12 Jika saya tidak faham makna perkataan yang digunakan di luar kelas, saya akan

rujuk pada kamus BM-BI2.49 0.978

C14 Saya menggunakan laman web (Multimedia Learning System-MMLS) semasa belajar BM.

2.40 1.151

C05 SayabertuturBMtanpaberfikirdalambahasaibundaterlebihdahulu 2.23 1.074C01 Saya bertutur dalam BM dengan rakan di luar kelas 2.21 1.106C10 Saya mendengar lagu Melayu dan cuba memahami maksudnya 2.11 1.060C09 Saya mendengar program Melayu melalui siaran radio 1.88 1.127C11 Saya menghafalkan lirik lagu Melayu 1.80 1.053

Page 50: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

190 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

adalah mendengar program Melayu melalui siaran radio (1.88) dan mendengar lagu Melayu serta cuba memahami maksudnya (2.11). Jelaslah bahawa pelajar antarabangsa yang mempelajari BM tidak gemar atau jarang menggunakan kemahiran mendengar. Jadi, hobi atau aktiviti yang berunsurkan bahasa sasaran pada masa lapang tidak akan menjadi pilihan mereka.

Secara perbandingan, antara strategi belajar BM dalam keadaan formal dengan tidak formal pula boleh ditunjukkan seperti Rajah 1.

Skala 3 (setuju) dan 4 (amat setuju) dalam soal selidik mewakili kecenderungan pengamalan SPBM. Manakala strategi dalam skala 1 (amat tidak setuju) dan 2 (tidak setuju) ialah kecenderungan tidak mengaplikasikan SPBM. Melalui carta 1, didapati bahawa sebanyak 61.6% daripada pelajar antarabangsa menggunakan SPBM dalam pemelajaran formal, yakni semasa menghadiri kelas dan menghadapi peperiksaan. Sebaliknya, dalam situasi tidak

formal, kebanyakan pelajar antarabangsa adalah pasif dengan pengamalan SPBM (47.7%). Sebagai jangkaan, SPBM di luar kelas kurang dipraktiskan jika berbanding dengan situasi formal. Ini mungkin disebabkan BM yang dipelajari secara formal dalam kelas hanya memadai untuk persediaan peperiksaan, manakala bahasa pasar lebih kerap dipraktiskan dalam perbualan dan aktiviti sosial harian. Di sampingitu,faktorgeografiIPTS(MMU)yang terletak di kawasan MSC (Koridor Raya Multimedia)2 turut menyaksikan pendedahan pelajar asing terhadap bahasa Inggeris yang lebih ketara berbanding dengan BM.

2 MSC ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat yang menarik banyak syarikat gergasi asing berunsurkan ICT. MSC secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15X50 km2 dari KLCC hingga ke KLIA dan turut melibatkan Putrajaya dan Cyberjaya.

Carta 1: Perbandingan Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu Mengikut Situasi (%)

1 2 3 4

FORMAL(%) 11,8 26,7 31,7 29,9

TIDAK FORMAL(%) 25,7 26,6 26,1 21,6

0,0

5,0

10,0

15,0

20,0

25,0

30,0

35,0

Page 51: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

191Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

Hubungan antara strategi pemelajaran dengan faktor pendorong dalam menguasai BM.Dapatan kajian tentang hubungan antara SPBM (secara formal dan tidak formal) dengan faktor pendorongnya, iaitu faktor pertama hingga faktor kesepuluh yang telah dinyatakan dalam Jadual 3.

Secara keseluruhannya, didapati strategi pemelajaran secara formal dan tidak formal menunjukkkan korelasi positif yangsignifikan.Faktorpelajarantarabangsasuka menghadiri kelas BM (D8) menjadi faktor pendorong yang paling tinggi pekali korelasi semasa mengaplikasikan strategi pemelajaran di dalam kelas. Jelaslah bahawa tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha menyemaikan minat pelajar antarabangsa semasa mempelajari BM. Manakala nilai pekali korelasi yang paling tinggi antara pembelajaran tidak formal pula ialah minat mereka akan BM (D1). Didapati pelajar menggunakan segala strategi secara t idak formal untuk mempelajari BM. Fenomena ini menunjukkan bahawa penggunaan BM amat diperlukan semasa membeli-belah di Malaysia.

Namun demikian, hubungan korelasi antara SPBM dengan D2 (belajar BM boleh membantu saya berkomunikasi di Malaysia) adalah kurang meyakinkan. Jadual 3 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 faktor pendorongadalahsignifikantetapidenganpekali korelasi yang berbeza nilai daripada 0.2 hingga 0.4. Faktor pendorong ini memainkan peranan penting tetapi tidaklah sangat mempengaruhi. Faktor D2 pula gagal menunjukkan hubungan yang signifikan dengan strategi pemelajaran secara formal ataupun tidak formal. Ini menunjukkan bahawa segala SPBM tidak dipengaruhi oleh faktor pendorong, iaitu kemudahan berkomunikasi dalam persekitaran.

Hasil dapatan keseluruhan daripada Jadual 3, menunjukkan bahawa faktor pendorong berkomunikasi dengan penduduk tempatan ternyata pekali korelasi yang paling rendah dalam SPBM secara formal dan tidak formal (di dalam kelas, di luar kelas ataupun semasa menghadapi peperiksaan). Jelaslah bahawa faktor berkomunikasi dengan penduduk tempatan tidak menjadi pendorong atau punca utama mereka mempelajari BM.

Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan bahawa proses pemelajaran banyak berlaku di dalam kelas secara formal dan pergantungan kepada pensyarah menjadi strategi utama mereka. Hal ini disebabkan mereka berpeluang untuk belajar dan memahami BM hanya di dalam kelas. Peluang tersebut sukar diperoleh di luar kelas, terutamanya lokasi atau tempat pengajian yang terletak di bandar. Persekitaran secara tidak formal mendorong mereka lebih menggunakan bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai alat perhubungan antarabangsa. Tambahan pula, setiap generasi muda di Malaysia memang sudah menguasai bahasa kedua ini. Hal yang menjadi masalah, terutama bagi masyarakat tempatan apabila bertemu sahaja orang asing, mereka akan secara automatik terus bertutur menggunakan bahasa Inggeris (Maimunah dan Norizah Ardi, 2003). Fenomena ini, menyebabkan pe la ja r an ta rabangsa l eb ih se lesa menggunakan bahasa Inggeris berbanding dengan BM apabila berkomunikasi dengan warga Malaysia. Justeru, BM tidak dapat dipraktiskan dalam persekitaran atau dunia sebenar.

Hasil kajian ini dapat memberi sedikit rangsangan kepada pihak yang ingin merancang pengajaran dan pemelajaran BM dalam kalangan penutur asing. Ini turut menunjukkan satu persoalan agar kajian semula amat diperlukan, terutamanya

Page 52: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

192 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

dalam kaedah pengajaran dan pemelajaran, khususnya dalam usaha memperkembang BM ke seantero dunia.

KESIMPULAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah memainkan peranan penting dalam mendorong pelajar menggunakan SPB sepan jang mempe la j a r i BM. Menurut Mohamed Amin (2000), salah satu penyumbang kepada kejayaan dalam pemelajaran bahasa ialah mencari dan menggunakan pe luang un tuk mempraktikkan bahasa Inggeris dalam persekitaran sebenar. Walau bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lebih banyak bergantung kepada pensyarah dalam mempelajari BM. Oleh itu, pensyarah perlu menggunakan kaedah pengajaran melalui aktiviti di luar kelas agar pelajar terdedah pada persekitaran sebenar.

Cara yang boleh dilakukan oleh pensyarah untuk mendorong pelajar menggunakan strategi belajar dalam keadaan

tidak formal ialah dengan membanyakkan aktiviti yang melibatkan warga tempatan. Misalnya, pelajar antarabangsa diarah untuk membeli barangan yang telah d isenara ikan di pasar malam atau mengadakan aktiviti mencari harta karun. Untuk menambahbaikkan strategi belajar semasa peperiksaan, pelajar digalakkan untuk membuat latihan berdasarkan soalan peperiksaan lepas. Pensyarah perlu membincangkan jawapan dengan pelajar. Oleh itu, pelajar lebih memahami bentuk soalan dan jawapan yang dikehendaki.

Berdasarkan dapatan kajian, pelajar jarang mengulang kaji selepas kelas, membuat persediaan sebelum kelas serta menggunakan kamus. Untuk memastikan bahawa strategi pemelajaran ini diguna pakai, pensyarah perlu memberikan latihan untuk disiapkan selepas setiap pelajaran. Selain itu, pensyarah boleh memberikan tugasan kepada para pelajar berkaitan dengan topik yang akan dibincangkan dalam kelas seterusnya. Antara aktiviti yang boleh menggalakkan pelajar menggunakan

JADUAL 3 Statistik Korelasi antara Faktor Pendorong - Strategi Pemelajaran BM

Strategi Pemelajaran

Faktor PendorongD1 D2 D3 D4 D5 D6 D7 D8 D9 D10

FORMAL 0.433** 0.206 0.240* 0.319** 0.287* 0.461** 0.305** 0.476** 0.266* 0.421**(0.000) (0.076) (0.038) (0.005) (0.013) (0.000) (0.008) (0.000) (0.021) (0.000)

TIDAK FORMAL

0.464** 0.257* 0.308** 0.395** 0.305** 0.299** 0.407** 0.417** 0.279* 0.248*(0.000) (0.026) (0.007) (0.000) (0.008) (0.009) (0.000) (0.000) (0.015) (0.032)

Nota:*,**masing-masingmenandakankesignifikanpada95%dan99%paraskeyakinan.Nilaikebarangkalian ujian korelasi dilaporkan dalam kurungan ( ).

D1- Saya sangat berminat akan bahasa MelayuD2- Belajar bahasa Melayu boleh membantu saya berkomunikasi di MalaysiaD3- Semasa memesan makanan dan minumanD4- Bertanya arah ke sesuatu destinasiD5- Membaca papan tandaD6- Menawar harga baranganD7- Lebih mesra dengan rakyat MalaysiaD8- Saya suka ke kelas bahasa MelayuD9- Bahasa Melayu mudah untuk dipelajariD10-Bahan rujukan yang bersesuaian dengan tahap pemelajaran

Page 53: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

193Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

kamus ialah pelajar diberi beberapa huruf kemudian mereka dikehendaki membentuk perkataan berdasarkan huruf yang diberi. Untuk menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan, mereka boleh menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan dalam bentuk pertandingan.

Dengan mengenal pasti SPB yang dikuasai oleh pelajar, guru dapat merancang sesi pengajaran dan pemelajaran lebih baik. Pelajar akan menggunakan pelbagai kaedah, teknik, cara atau strategi belajar seperti yang digunakan oleh guru bahasa mereka. Haruslah ditegaskan bahawa SPBM dalam kalangan penutur asing yang terdiri daripada golongan dewasa adalah berbeza dengan kanak-kanak. Menurut Tyacke dan Mendelsohn (1986), pensyarah yang mengajarkan bahasa dengan baik akan mempengaruhi pelajarnya belajar bahasa dengan baik. Saban hari, didapati banyak pelajar antarabangsa telah memilih Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka di institusi pendidikan sama ada awam mahupun swasta. Kita harus menghargai peluang keemasan ini agar BM dapat dipasarkan dalam golongan pelajar antarabangsa yang belajar di negara kita. Akhir kata, perancangan pengajaran dan pemelajaran bahasa secara teratur dan berkesan perlu dilaksanakan di setiap institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana matlamat kita bukan saja memartabatkan BM bahkan memperkembang bahasa kebangsaan kita.

BIBLIOGRAFIAbu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan Strategi

Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4, Daerah Johor Bahru. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anida Abdul Rahim. (2003). Strategi pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu. Dissertation (M.M.L.S). Universiti Malaya.

Azlin Mazniwati Mohamed Azhari. (2000). English Language Learning Strategy Used by Form 4 Students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Che Suriyati Che Awang. (2000). Language Learning Strategies Employed by University Students: A Preliminary Study. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faizahani Ab. Rahman. (2002). Strategies Employed by Good and Weak English Learners and Factors Affecting the Choice of Strategies. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kang, H. (1999). Learning Style Preferences of Korean High School Students. Dissertation (M.E.S.L). Universiti Malaya.

Maimunah Haji Omar & Norizah Ardi. (2003). Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: Pengalaman Perancis dan Finland dalam Pengajar Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Amin Embi. (1996). Language Learning Strategies Employed by Secondary School Students Learning English as A Foreign Language in Malaysia. Tesis Ph.D. School of Education, University of Leeds.

Mohamed Amin Embi. (2000). Language Learning Strategies: A Malaysian Context. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (1999). ‘Hubungan antara Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dengan Pemboleh Ubah Jantina, Etnik, Pencapaian Bahasa dan Status Sosioekonomi Pelajar’. Jurnal Teknologi, 31, 43-62.

Neo, Swee Leng. (2005). Strategi pembelajaran bahasa : satu kajian di kalangan pelajar-pelajar Bahasa Sepanyol di Universiti Malaya. Dissertation (M.M.L.S.). Universiti Malaya.

Norzizah Yusof. (1999). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di Seri Kembangan: Kaedah Temu Bual. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

O’Malley, J.M. & Chamot, A. U. (1990). Learning Strategies in Second Language Acquisition. Cambridge: Cambridge University Press.

Page 54: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

194 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

Rahani Yusof. (1999). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Dua Buah Sekolah Menengah di Sekinchan, Selangor: Satu Tinjauan Awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roslina Mamat. (1999). Strategi komunikasi pertuturan dalam Bahasa Jepun di kalangan pelajar-pelajar Melayu di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Dissertat ion (M.M.L.S). Universiti Malaya.

Siti Saniah Abu Bakar. (2009). Basic Malay. Kuala Lumpur: Sarjana Press.

Supian Mohd Noor. (2003). Strategi Pemerolehan Ayat Satu Dasar. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Suzana Ismail. (2005). Communication Strategies in Japanese Language Interactions among Malay Students at the University of Malaya. Dissertation (M.M.L.S.). Universiti Malaya.

Tyacke, M. & Mendelson, D. (1986). ‘Students Need: Cognitive as well as Communicative’. TESL Canada Journal, 1, 171-183.

Yong Zaharah Mohd Taridi. (1999). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Tiga Buah Sekolah Menengah di Kawasan Taiping, Perak: Satu Tinjauan Awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak & Juriah Long. (2002). ‘Strategi Pembelajaran Bahasa dari Segi Jantina Pelajar Cemerlang: Satu Kajian Perbandingan’. Proceedings of the International Conferences on Education for All 2002. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zawawi Ismail, Mohd Sukki Othman, Alif Redzuan Abdullah & Sanimah Hussin. (2005). ‘Masalah Penggunaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Arab dan Jepun: Satu Kajian Perbandingan’,dalamKamisahAriffin,MohdRazaidi Ismail, Roslina Abdul Aziz, Mohd Zaki Abdul Latif & Ngo Kea Leng (Eds.). (2005). Pendidikan Bahasa di Malaysia: Isu, Amalan dan Cabaran. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA, ms. 131-150.

Zuriyati Haron. (1999). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4: Satu Tinjauan Awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 55: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

195Mahawangsa 1 (2): 181 - 196 (2014)

LA

MPI

RA

N 1

Des

crip

tive

Stat

istic

s and

Rel

iabi

lity

Test

(Cro

nbac

h’s A

lpha

= 0

.900

0)

Item

Des

crip

tive

Stat

istic

sR

elia

bilit

y Te

st

NM

ean

Std.

Dev

Skew

ness

Kur

tosi

sSc

ale

Mea

n if

Item

Del

eted

Scal

e Va

rianc

e if

Item

Del

eted

Cor

rect

ed It

em-T

otal

C

orre

latio

nC

ronb

ach'

s Alp

ha if

Ite

m D

elet

edA

179

2.35

0.95

0.34

-0.7

415

0.01

595.

770.

6179

0.89

60A

279

2.28

0.89

0.20

-0.6

815

0.08

598.

510.

5957

0.89

64A

373

2.62

1.02

-0.0

3-1

.09

149.

7459

7.99

0.52

550.

8967

A4

793.

050.

93-0

.69

-0.4

214

9.31

612.

550.

2566

0.89

93A

578

3.38

0.70

-0.9

40.

5414

8.98

613.

070.

3366

0.89

88A

679

3.22

0.92

-0.5

5-1

.34

149.

1560

7.31

0.37

940.

8983

A7

792.

850.

89-0

.36

-0.6

014

9.51

607.

730.

3802

0.89

83A

878

2.68

0.87

-0.1

5-0

.60

149.

6860

8.72

0.36

790.

8984

A9

772.

920.

97-0

.53

-0.6

914

9.44

607.

300.

3556

0.89

84A

1075

2.71

1.06

-0.1

7-1

.20

149.

6561

2.07

0.23

020.

8997

A11

782.

211.

080.

39-1

.11

150.

1660

4.81

0.36

360.

8983

A12

782.

720.

95-0

.33

-0.7

314

9.64

602.

690.

4668

0.89

74A

1378

2.79

0.99

-0.3

8-0

.87

149.

5760

9.13

0.30

950.

8989

A14

792.

390.

930.

22-0

.74

149.

9759

9.74

0.54

410.

8968

A15

773.

210.

82-0

.70

-0.3

614

9.15

607.

630.

4185

0.89

80A

1679

3.09

0.92

-0.6

8-0

.48

149.

2761

1.74

0.27

770.

8992

A17

782.

860.

81-0

.02

-0.8

814

9.50

612.

270.

3068

0.89

89A

1878

2.91

0.94

-0.2

0-1

.15

149.

4559

9.56

0.54

160.

8968

A19

793.

040.

84-0

.47

-0.5

014

9.32

604.

570.

4845

0.89

75A

2079

2.77

0.95

-0.2

7-0

.84

149.

5960

2.51

0.47

030.

8974

B1

743.

150.

86-0

.93

0.41

150.

4860

4.84

0.35

620.

8984

Page 56: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

196 Mahawangsa (2): 181 - 196 (2014)

Item

Des

crip

tive

Stat

istic

sR

elia

bilit

y Te

st

NM

ean

Std.

Dev

Skew

ness

Kur

tosi

sSc

ale

Mea

n if

Item

Del

eted

Scal

e Va

rianc

e if

Item

Del

eted

Cor

rect

ed It

em-T

otal

C

orre

latio

nC

ronb

ach'

s Alp

ha if

Ite

m D

elet

edB

275

3.01

0.94

-0.5

0-0

.81

150.

2560

8.73

0.30

370.

8989

B3

752.

800.

95-0

.13

-1.0

315

0.56

603.

590.

4094

0.89

79B

474

2.49

1.20

0.10

-1.5

214

9.87

599.

270.

5381

0.89

68B

574

2.80

0.93

-0.4

4-0

.56

149.

5960

7.51

0.40

340.

8981

B6

752.

401.

120.

09-1

.34

149.

9659

6.79

0.49

700.

8968

C1

752.

211.

080.

37-1

.12

149.

3560

5.07

0.46

290.

8976

C2

742.

661.

07-0

.18

-1.1

714

8.75

576.

780.

0970

0.93

48C

375

2.76

0.96

-0.2

9-0

.82

149.

4460

4.88

0.52

690.

8973

C4

742.

880.

86-0

.36

-0.4

814

9.80

605.

860.

4222

0.89

79C

573

2.23

1.03

0.36

-0.9

714

9.52

605.

610.

4720

0.89

76C

674

2.74

1.04

-0.3

6-0

.98

149.

7259

8.80

0.62

500.

8963

C7

742.

680.

94-0

.15

-0.8

015

0.15

593.

500.

5827

0.89

60C

875

2.51

1.14

0.01

-1.3

814

9.70

599.

190.

4782

0.89

71C

975

1.88

1.10

0.97

-0.4

714

9.60

601.

060.

4954

0.89

71C

1075

2.11

1.03

0.42

-1.0

314

9.48

605.

440.

4500

0.89

77C

1175

1.80

1.03

1.16

0.15

150.

1361

1.71

0.24

460.

8995

C12

752.

490.

95-0

.16

-0.8

614

9.62

602.

510.

4251

0.89

77C

1375

2.77

0.86

-0.0

3-0

.80

149.

6860

1.40

0.50

110.

8971

C14

752.

401.

120.

20-1

.30

149.

8559

8.71

0.45

420.

8973

LA

MPI

RA

N 1

(ber

sam

bung

)

Page 57: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 197 - 206 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 1 Julai 2014Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Banyan, S.), [email protected] (Tamam, E.)

*Penulis penghubung

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

Banyan, S.1 dan Tamam, E.2*1Faculty of Liberal Arts and Sciences, Taylor’s University, No. 1 Jalan Taylor’s, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia2Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKKajian ini meneliti tahap prejudis terhadap etnik lain dan kekerapan komunikasi antara etnik mengikut kumpulan etnik di universiti awam Malaysia. Data diperoleh daripada 300 borang soal selidik tadbir sendiri yang dipulangkan oleh responden yang dipilih secara rawak. Dapatan menunjukkan bahawa tahap prejudis pelajar terhadap pelajar etnik lain di universiti yang dikaji tidak membimbangkan. Namun, komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar tidak berlaku secara kerapdanmeluas.Terdapatperkaitannegatifyangsignifikanantarakekerapankomunikasiantaraetnik dengan tahap prejudis terhadap etnik lain bagi kelompok etnik Melayu dan etnik Cina tetapi tidak bagi etnik India. Kesimpulannya, perkaitan antara kekerapan komunikasi antara etnik dengan tahap prejudis terhadap etnik lain adalah tidak secara langsung tetapi dipengaruhi oleh faktor etnisiti.

Kata kunci: Identiti etnik, komunikasi antara etnik, pelajar, prejudis

Level of Prejudice and Interethnic Communication among Students of Public University

ABSTRACTThis study examines students’ levels of prejudice towards others of different ethnic and frequency of interethnic communication across ethnic groups in a Malaysian public university. The data came from 300 randomly selected respondents who returned the self-administered questionnaires. Results showed that the students’ levels of prejudice towards others of different ethnic are not worrying.

However, interethnic communication among the students are not frequent and not extensive. There was a significant negative relationship between frequency of interethnic communication and level of ethnic prejudice for the Malay and Chinese samples but not for the Indian sample. In conclusion, the relationship between

Page 58: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Banyan, S. dan Tamam, E.

198 Mahawangsa (2): 197 - 206 (2014)

interethnic communication and ethnic prejudice is not direct but moderated by ethnicity.

Keywords: Ethnic identi ty, interethnic communication, students, prejudice

LATAR BELAKANGKerajaan Malaysia mengambil berat akan hubungan antara etnik dalam kalangan pelajar universiti. Ini dibuktikan dengan ketetapan mewajibkan mata pelajaran Hubungan Etnik kepada semua pelajar di universiti awam. Mata pelajaran Hubungan Etnik memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepelbagaian budaya dan kepentingan keharmonian hubungan etnik. Interaksi antara etnik dalam kalangan pelajar ialah amalan penting kerana dapat memberi manfaat dari segi pembangunan diri pelajar. Di samping itu, masyarakat pelajar ialah microscm masyarakat Malaysia. Apa yang mereka pelajari dan alami tentang hubungan antara etnik di universiti akan mecorakkan sikap dan tingkah laku tentang etnisiti dan hubungan antara etnik di luar nanti apabila telah bergraduat. Interaksi antara etnik di universiti menyediakan peluang kepada pelajar mengetahui dan memahami perbezaan budaya dan membangunkan sikap positif terhadap etnik lain. Pengalaman sosial yang positif ketika di universiti akan membawa kejayaan kepada hubungan merentasi etnik di luar kampus dan dalam masyuarakat nyata (Denson & Chang, 2009; Gurin & Nagda, 2006).

Binder, Brown, Zagefka, Funke, Kessler dan Mummendey (2009) mendakwa bahawa kekerapan berkomunikasi antara etnik boleh mempengaruhi prejudis terhadap kumpulan etnik lain. Kekerapan komunikasi antara etnik yang tinggi boleh mengurangkan prejudis terhadap kumpulan etnik lain

dengan syarat komunikasi berlaku dalam suasana adil atau persamaan. Sebaliknya, kekerapan komunikasi antara etnik yang rendah memperkuat sikap prejudis terhadap kumpulan etnik lain.

Kajian Mustapha, Azman, Karim, Ahmad dan Lubis (2009) tentang komunikasi antara etnik di beberapa universiti tempatan mendapati bahawa interaksi antara pelajar berlaku pada tahap yang sederhana. Tamam, Idris dan Tien (2011) pula dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar bukan Melayu di universiti yang dikaji mempunyai komunikasi antara etnik yang lebih baik (dari segi kekerapan dan kualiti) berbanding dengan pelajar Melayu. Tamam (2006) juga mendapati bahawa interaksi antara etnik menyumbang kepada sikap yang positif terhadap pelajar daripada kumpulan etnik lain. Namun, kajian Tamam (2006) tidak mengambil kira faktor prejudis.

Peraman (1991) dalam kajiannya tentang masalah hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa universiti di Malaysia mendapati bahawa terdapat gejala prejudis dalam kehidupan seharian mahasiswa. Peraman juga melaporkan, Melayu sering kali menganggap bahawa mereka mempunyai hak yang lebih berbanding dengan pelajar kumpulan etnik Cina dan India. Sementara India pula sering diprasangka sebagai kaki gaduh dan pemabuk. Manakala Cina dianggap pandai berniaga dan kaya tetapi pengotor. Orang Melayu dianggap kuat beragama dan murah hati tetapi pemalas. Kajian Hadi (2003) melaporkan bahawa 80 peratus daripada responden kajiannya yang terdiri daripada pelajar masih memiliki perasaan prejudis terhadap pelajar kumpulan etnik yang lain. Walaupun pada dasarnya perhubungan mereka kelihatan baik, para pelajar didapati sukar bersama untuk melakukan aktiviti sosial seperti makan

Page 59: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

199Mahawangsa 1 (2): 197 - 206 (2014)

bersama dan belajar bersama. Kebanyakan responden tidak bersetuju berkongsi bilik dengan rakan berlainan etnik.

Prejudis sebagai Penghalang Komunikasi antara EtnikPettigrew dan Troop (2006) mengatakan bahawa prejudis boleh menyebabkan perasaan tidak menyukai kumpulan etnik lain. Prejudis juga turut mempengaruhi sikap terhadap kumpulan etnik lain (Stein, Post & Rinden, 2000). Ahli dalam kumpulan etnik yang memiliki sikap tidak menyukai kumpulan etnik lain akan cenderung untuk mengelak daripada mempunyai kontak dan interaksi dengan kumpulan etnik tersebut. Sebaliknya, ahli dalam kumpulan etnik yang memiliki sikap yang positif terhadap kumpulan etnik lain akan cenderung memiliki kontak dengan kumpulan etnik lain (Dixon & Rosenbaum, 2004). Menurut Pettigrew (1998) dan Pettigrew dan Tropp (2008), interaksi antara kumpulan etnik boleh mengurangkan sikap negatif terhadap kumpulan etnik yang lain.

P r e jud i s pada da sa rnya bo l eh mengurangkan kekerapan berkomunikasi antara etnik. Pettigrew dan Trop (2006) berdasarkan analisis meta yang dijalankan mendapati bahawa 95 peratus daripada 516 kajian yang disorot menunjukkan bahawa komunikasi antara entik mempunyai hubungan negatif dengan prejudis. Seseorang yang prejudis terhadap sesebuah kumpulan etnik akan mengelak untuk berinteraksi dengan ahli daripada kumpulan etnik tersebut. Sementara Eller dan Abrams (2003) dan Levin, Van dan Sidanius, (2003) pula mengatakan bahawa prejudis boleh mengurangkan interaksi dengan kumpulan etnik yang lain dan interaksi antara etnik boleh mengurangkan prejudis terhadap kumpulan etnik yang lain.

Individu yang memiliki prejudis akan mengalami masalah semasa berinteraksi dengan ahli kumpulan etnik yang lain, dan sebaliknya individu yang kurang prejudis tidak mengalami masalah semasa berinteraksi dengan ahli kumpulan etnik yang lain. Seseorang yang memiliki prejudis juga akan bertindak bias, memberi layanan yang tidak adil, sukar untuk memberikan maklumat peribadi dan akan mengalami masalah yang teruk dalam interaksi dengan ahli kumpulan etnik lain (Vorauer, 2008). Individu yang kurang prejudis cenderung untuk memperbaiki perhubungan yang terjalin dengan ahli kumpulan etnik lain. Ini bukan sahaja akan memperbaiki sikap terhadap kumpulan etnik lain tetapi juga memberikan perhubungan yang dinamik antara ahli kumpulan yang berbeza etnik. Dengan adanya perhubungan yang baik, maka interaksi antara etnik dapat ditingkatkan (Pettigrew &Tropp, 2006). Di samping itu, seseorang yang prejudis lebih cenderung untuk membina persahabatan dengan ahli kumpulan etnik sendiri berbanding dengan ahli kumpulan etnik lain. Prejudis akan mengurangkan perasaan positif terhadap kumpulan etnik lain dan ini akan menyebabkan interaksi antara etnik semakin berkurangan (Pettigrew &Tropp, 2006).

KOMUNIKASI DARIPADA TEORI KONTAKKebanyakan kajian lepas yang mengkaji komunikasi antara etnik dan prejudis banyak menggunakan Teori Kontak yang dikemukakan oleh Allport untuk menjelaskan perkaitan antara kekerapan komunikasi antara etnik dan prejudis terhadap etnik lain (Dovidio, Gaertner, & Kawakami, 2003). Dalam kajian ini, teori ini digunakan sebagai kerangka teoritikal

Page 60: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Banyan, S. dan Tamam, E.

200 Mahawangsa (2): 197 - 206 (2014)

kajian. Teori Kontak telah digunakan dengan meluas dalam kajian komunikasi antara etnik di negara barat. Banyak sarjana psikologi sosial telah membincangkan hubungan antara interaksi antara kumpulan dengan prejudis (Binder et al., 2009). Mereka juga turut membangunkan model kontak antara kumpulan yang telah diperkenalkan oleh Allport’s (Brown & Hewstone, 2005).

Teori Kontak mengatakan bahawa kontak antara kumpulan adalah sangat efektif untuk mengurangkan prejudis. Namun, kesan positif kontak antara kumpulan hanya berlaku sekiranya terdapat empat situasi berikut, iaitu mereka yang terlibat dalam interaksi memiliki status yang sama, matlamat yang sama, bekerjasama, dan interaksi disokong oleh pihak berkuasa (Pettigrew, 1998; Pettigrew & Tropp, 2006). Teori Kontak ini mengatakan bahawa kekerapan komunikasi antara etnik dan prejudis terhadap etnik lain mempunyai perkaitan yang terbalik. Semakin kerap komunikasi antara etnik, semakin kurang prejudis terhadap etnik lain.

PERSOALAN DAN OBJEKTIF KAJIANIsu berkaitan dengan etnik telah menjadi dilema dalam masyarakat Malaysia untuk sekian lama. Banyak penulis di media arus perdana mengatakan bahawa pihak universiti di Malaysia gagal untuk menyemai semangat integrasi etnik di universiti (Kamaruzaman Askandar, 2006). Banyak pihak yang menuding jari kepada pihak universiti kerana gagal menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka mengkritik dengan mengatakan bahawa terdapatnya etnosentrik, tiada toleransi dan adanya segregasi di kampus (Segawa, 2007).

Telah banyak kajian dijalankan oleh para sarjana tempatan tentang interaksi antara etnik dan prejudis antara etnik (Aziz, Salleh & Ribu, 2010; Hasan, Abu Samah & Silong, 2005; Hassan, Idris, Mohd. Awal, Ya’acob, & Mohd. Noor, 2010; Mohd Noor, 2000, 2005; Peraman, 1991; Zainal & Mohamad Salleh, 2010; Zainal et al., 2009). Namun, daripada banyak kajian ini tiada satu pun kajian yang mengkaji prejudis terhadap kumpulan etnik yang berbeza secaraspesifik.Kesemuakajiantempatanlepas hanya mengkaji prejudis terhadap kumpulan etnik yang berbeza secara umum (misalnya prejudis Melayu terhadap etnik lain tetapi tidak secara spesifik prejudis Melayu terhadap Cina dan India) dan tidak mengkaji adakah perkaitan antara kekerapan interaksi antara etnik dengan prejudis benar bagi semua kumpulan etnik. Di samping itu, kebanyakan kajian lepas yang dilakukan oleh penyelidik tempatan hanya melihat apakah kesan prejudis terhadap pergaulan seharian pelajar universiti.

Berdasarkan literatur dan perbincangan di atas, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap prejudis pelajar Melayu, Cina dan India terhadap etnik lain, mengenal pasti kekerapan berkomunikasi antara etnik pelajar Melayu, Cina dan India, dan perkaitan kekerapan berkomunikasi antara etnik dengan prejudis terhadap etnik lain mengikut kumpulan etnik.

KAEDAH KAJIANKaedah tinjauan berpandukan borang soal selidik tadbir sendiri digunakan untuk mengumpul data. Responden terdiri daripada pelajar ijazah bacelor di Universiti Putra Malaysia yang dipilih secara rawak. Sebanyak 300 responden telah terlibat dalam tinjauan ini yang terditi daripada 150 pelajar

Page 61: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

201Mahawangsa 1 (2): 197 - 206 (2014)

Melayu (50%), 100 pelajar Cina (33.3%) dan 50 pelajar India (16.7%). Lebih separuh (51.3%) ialah perempuan dan selebihnya (48.7%) lelaki. Lebih separuh (57.3%) dibesarkan di kawasan luar bandar, dan selebihnya (42.7%) dibesarkan di kawasan bandar. Majoriti daripada responden (53.7%) berumur dalam lingkungan 20 hingga 21 tahun. Hampir setengah (48.0%) responden berasal dari kawasan kediaman yang rata-rata terdiri daripada kumpulan etnik sendiri, sementara 44.7% berasal dari kawasan kediaman yang terdiri daripada pelbagai etnik. Sampel kajian terdiri daripada pelajar dari empat kolej kediaman di universiti yang dikaji.

Angkubah tahap prejudis terhadap etnik lain diukur berdasarkan lima belas pernyataan berbentuk skala Likert 5-mata. Item tersebut meliputi tema seperti emosi, kesukaan atau kecenderungan, stereotaip dan kepercayaan. Instrumen ini diadaptasi daripada instrument Linda dan Thomas (2005). Responden menyatakan persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan dengan opsyen respons berikut: 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju, dan 5 = amat setuju.

Kekerapan berkomunikasi antara etnik diukur berdasarkan lapan pernyataan berbentuk skala Likert 5-mata yang berkisar tentang interaksi antara etnik dalam kehidupan seharian pelajar dalam kampus. Pernyataan tersebut menyentuh kekerapan pelajar berkomunikasi dengan etnik lain di kawasan universiti seperti fakulti, kolej kediaman, perpustakaan dan kantin, dengan opsyen respons berikut: 1 = sangat tidak kerap, 2 = tidak kerap, 3 = sederhana kerap, 4 = kerap, dan 5 = sangat kerap.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Prejudis terhadap Kumpulan Etnik LainObjektif pertama kajian ialah untuk mengenal pasti tahap prejudis terhadap etnik lain. Jadual 1 merumuskan dapatan kajian tentang tahap prejudis pelajar terhadap pelajar kumpulan etnik lain. Skor teoretikal tahap prejudis berjulat 1 hingga 5. Skor yang lebih tinggi bermaksud lebih prejudis. Tiada kumpulan etnik yang mempunyai min skor 3 dan ke atas. Ini menggambarkan situasi yang baik dan prejudis tidak menjadi isu serius dalam kalangan pelajar di universiti yang dikaji. Namun, ketiga-tiga kelompok etnik yang dikaji mempunyai tahap prejudis yang berbeza terhadap etnik lain. Pelajar etnik Melayu mempunyai tahap prejudis yang sederhana terhadap etnik Cina (M = 2.41, S.P = 0.70) dan rendah terhadap etnik India (M = 2.33, S.P = 0.69). Pelajar etnik Cina pula mempunyai tahap prejudis yang sederhana terhadap etnik Melayu (M = 2.39, S.P = 0.55) dan rendah terhadap etnik India (M = 2.32, S.P = 0.55). Manakala pelajar etnik India mempunyai tahap prejudis yang rendah terhadap etnik Melayu (M = 1.92, S.P = 0.71) dan terhadap etnik Cina (M = 1.83, S.P = 0.54). Dapatan jelas menunjukkan bahawa kumpulan pelajar India lebih baik berbanding dengan kelompok etnik lain kerana mereka kurang prejudis terhadap etnik Melayu dan Cina. Sementara kumpulan pelajar Melayu dan Cina, masing-masing masih agak bersikap prejudis antara satu dengan lain.

Kekerapan Komunikasi antara EtnikObjektif kedua kajian ialah mengenal pasti kekerapan berkomunikasi antara etnik mengikut kumpulan etnik. Jadual 2 merumuskan dapatan kajian tentang

Page 62: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Banyan, S. dan Tamam, E.

202 Mahawangsa (2): 197 - 206 (2014)

kekerapan komunikasi antara etnik mengikut item pengukuran, dan Jadual 3 merumuskan data tentang tahap kekerapan terlibat dalam komunikasi antara etnik. Seperti yang dipapar dalam Jadual 3, komunikasi antara etnik tidak hanya tertumpu di dalam kelas, tetapi turut berlaku di luar kelas, iaitu di kawasan kampus seperti kolej kediaman,

dewan makan, dan perhentian bus. Namun, komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar universiti lebih kepada perkara yang berkaitan dengan akademik.

Jadual 3 menunjukkan tahap kekerapan pelajar berkomunikasi antara etnik mengikut kumpulan etnik. Jelas didapati bahawa lebih separuh daripada etnik Melayu, Cina

JADUAL 1 Tahap Prejudis terhadap Etnik lain Mengikut Kelompok Etnik (n= 300)

Tahap Perjudis1 (Peratus)Etnik rujukan Etnik sasaran Rendah Serdahana Tinggi Min (SP)

MelayuCina 47.3 49.3 3.3 2.41 (.700)India 50.7 46.0 3.3 2.32 (.690)

CinaMelayu 48.0 52.0 - 2.39 (.550)India 51.0 49.0 - 2.32 (.550)

IndiaMelayu 78.0 20.0 2.0 1.92 (.710)

Cina 82.0 18.0 - 1.83 (.540)

Nota. 1 Tahap rendah= skor 1-2.33, tahap sederhana= skor 2.34-3.66, tahap tinggi= skor 3.67-5.0

JADUAL 2 Kekerapan Komunikasi antara Etnik (n=300)

Kekerapan1 (Peratusan)Item 1 2 3 4 5 Min (SD)Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain di fakulti.

1.7 7.0 7.9 40.7 43.0 4.16(.950)

Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain semasa melakukan tugasan berkumpulan.

3.7 7.3 11.0 42.3 35.7 3.99(1.040)

Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain semasa melakukan aktiviti kokurikulum.

6.0 8.7 15.3 42.7 27.3 3.76(1.120)

Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain di kolej kediaman.

4.3 13.7 17.3 35.3 29.3 3.71(1.150)

Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain semasa menyertai aktiviti anjuran universiti.

5.3 11.7 20.7 42.0 20.3 3.60(1.090)

Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain di kafeteria/kantin.

6.3 16.7 18.0 36.7 22.3 3.52(1.180)

Saya berinteraksi dengan pelajar daripada etnik lain di perhentian bus.

5.0 18.7 19.0 37.7 19.7 3.48(1.140)

Nota. 1 Item skala 5-mata: 1= sangat tidak kerap, 2= tidak kerap, 3= sederhana kerap, 4= kerap, 5= sangat kerap

Page 63: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

203Mahawangsa 1 (2): 197 - 206 (2014)

dan India memiliki tahap prejudis yang sederhana (Melayu sebanyak 54.7 peratus, Cina sebanyak 53.0 peratus dan India sebanyak 59.0 peratus). Dapat disimpulkan bahawa komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar tidak berlaku secara kerap dan meluas. Majoriti daripada responden hanya memiliki tahap komunikasi antara etnik yang sederhana.

Hubungan Kekerapan Komunikasi antara Etnik dengan Tahap Prejudis terhadap Etnik LainJadual 4 memaparkan dapatan tentang analisis perkaitan kekerapan berkomunikasi antara etnik dengan prejudis terhadap pelajar kumpulan etnik lain mengikut subsampel (Melayu, Cina dan India). Bagi sampel etnik Melayu, didapati bahawa kekerapan komunikasi antara etnik mempunyai hubungansignifikanyangnegatif(r=-.140,p = .047) dengan tahap prejudis terhadap etnik Cina dan juga negatif (r = -.160, p

= .050) dengan tahap prejudis terhadap etnik India. Ini bermakna, dalam kalangan pelajar Melayu, semakin kerap mereka berkomunikasi dengan pelajar Cina dan India, maka semakin rendah tahap prejudis meraka terhadap dua kumpulan etnik ini.

Bagi sampel etnik Cina pula, nilai r adalah lebih tinggi. Jadual 4 menunjukkan, bagi etnik Cina, kekerapan berkomunikasi antaraetnikmempunyaiperkaitansignifikanyang negatif dengan tahap prejudis terhadap pelajar Melayu (r = -.221, p = .027) dan tahap prejudis terhadap pelajar India (r = -.200, p = .046). Ini bermakna, semakin kerap pelajar etnik Cina berkomunikasi dengan pelajar Melayu dan pelajar India, semakin kurang prejudis mereka terhadap pelajar etnik Melayu dan India. Bagi sampel etnik India pula, didapati bahawa tidak ada perkaitan signifikanantarakekerapanberkomunikasiantara etnik dengan tahap prejudis terhadap pelajar Melayu (r = -.023, p = .107) dan tahap prejudis terhadap pelajar Cina (r = -.027, p = .057). Ketiadaan perkaitan

JADUAL 3 Tahap Kekerapan Komunikasi antara Etnik (n=300)

Tahap Kekerapan1 (Peratusan)Etnik Rendah Sederhana Tinggi Min (SD)Melayu (n=150) 3.3 54.7 42.0 2.83Cina (n=100) 7.0 53.0 40.0 2.76India (n=50) 4.0 59.0 37.0 2.92

Nota. 1 Skor berjulat 1-5; tahap rendah= 1-2.33, tahap sederhana= 2.34-3.66, tahap tinggi= 3.67-5.0

JADUAL 4 Nilai r bagi Perkaitan Kekerapan Komunikasi antara Etnik dengan Tahap Prejudis terhadap Etnik Lain Mengikut Etnik

EtnikTahap perjudis terhadap etnik

Melayu Cina IndiaMelayu - -.140 (.047) -.160 (.050)Cina -.221 (.027) - -.200 (.046)India -.023 (.107) -.027 (.057) -

Nota.Angkadalamkurunganadalahnilaisignifikan(p).

Page 64: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Banyan, S. dan Tamam, E.

204 Mahawangsa (2): 197 - 206 (2014)

signifikanbermungkinandisebabkanpelajarIndia memang kurang prejudis terhadap pelajar Melayu dan Cina. Peningkatan dalam kekerapan komunikasi dengan pelajar Melayu dan Cina tidak mengurangkan tahap prejudis mereka yang sememang sudah rendah.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULANKajian ini telah meneliti tahap prejudis terhadap etnik la in dan kekerapan komunikasi antara etnik di universiti awam di Malaysia. Dapatan jelas mengambarkan komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar tidak meluas dan kurang kerap. Keadaan ini masih sama jika dibandingkan dengan keadaan lima, sepuluh tahun dahulu, seperti yang ditemukan oleh pengkaji terdahulu (antaranya, Hassan, Abu Samah & Silong, 2005; Peraman, 1991; Hadi, 2001; Mustapha et al., 2009). Dapatan ini mengukuhkan pandangan Askandar (2006) bahawa pihak universiti belum berjaya mengintegrasikan pelajar pelbagai etnik dalam universiti secara menyeluruh. Pihak universiti harus meneliti dengan mendalam beberapa perkara yang boleh menghalang integrasi etnik seperti penempatan pelajar di kolej kediaman yang berdasarkan kumpulan etnik atau agama.

Dalam isu prejudis, prejudis pelajar Melayu terhadap pelajar Cina dan pelajar Cina terhadap Melayu berada pada tahap sederhana. Etnik Melayu dan Cina, kedua-duanya, memiliki tahap prejudis yang rendah terhadap etnik India dan dalam masa yang sama, pelajar etnik India menunjukkan tahap prejudis yang rendah terhadap pelajar etnik Melayu dan Cina. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa prejudis masih berlaku dalam kalangan pelajar di universiti di Malaysia. Walaupun keadaan ini tidak

membimbangkan atau serius, namun, masih merupakan isu yang perlu diberi perhatian.

Penglibatan dalam komunikasi antara etnik belum meluas. Namun, keterlibatan dalam komunikasi antara etnik di universiti yang dikaji didapati lebih baik jika dibandingkan dengan dapatan kajian lepas tentang kekerapan komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar universiti, seperti dapatan kajian Sanusi Osman (1989) dan Morsin Peraman (1991). Walaupun ada peningkatan dalam kekerapan berkomunikasi antara etnik, dua perkara perlu diberikan perhatian. Pertama, komunikasi antara etnik yang berlaku dalam kalangan pelajar universiti lebih bersifat personal, iaitu untuk memenuhi keperluan sebagai seorang pelajar. Kedua, komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar universiti hanya pada tahap sederhana dan belum sampai ke tahap dibanggakan, iaitu interaksi antara etnik yang kerap menjadi norma dalam kampus. Walaupun belum menjadi norma, komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar universiti dilihat bertambah baik dan usaha yang berterusan harus dijalankan untuk memperbaiki tahap komunikasi antara etnik dalam kalangan pelajar universiti.

Perkaitan kekerapan komunikasi antara etnik dan tahap prejudis terhadap etnik lain tidak benar bagi setiap kelompok etnik. Bagi kelompok etnik Melayu dan Cina, sikap prejudis terhadap etnik lain mempunyai perkaitan signifikan dengan kekerapan komunikasi antara etnik. Semakin kerap berkomunikasi antara etnik, maka semakin kurang prejudis terhadap etnik lain. Tetapi bagi kelompok etnik India, kekerapan komunikasi antara etnik tidak mempunyai perkaitansignifikandengantahapprejudisterhadap etnik lain. Ini kemungkinan etnik India bersifat lebih toleran berbanding dengan etnik Melayu dan Cina. Tambahan

Page 65: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

205Mahawangsa 1 (2): 197 - 206 (2014)

pula etnik India merupakan kelompok etnik minoriti yang tidak dominan. Mereka perlu lebih terbuka dan menerima kelompok majoriti atau dominan. Dapatan kajian ini tidak menyokong sepenuhnya Teori Kontak yang mengatakan bahawa semakin kerap kontak semakin rendah prejudis. Faktor etnisiti perlu diambil kira dalam memperkaitkan hubungan antara kekerapan komunikasi dengan tahap prejudis terhadap etnik lain. Dalam kajian ini, perkaitan ini terpakai bagi sampel Melayu dan Cina tetapi tidak India. Maka, dapatan kajian ini membawa kepada kesimpulan bahawa perkaitan kekerapan komunikasi antara etnik dengan tahap prejudis terhadap etnik lain bukan generalisasi umum. Perkaitan ini nampaknya dimoderasikan oleh faktor etnisiti.

Dari sudut teoritikal, dapatan kajian menjelaskan bahawa perkaitan kekerapan komunikasi antara etnik dengan tahap prejudis terhadap etnik lain tidak semestinya perkaitan langsung. Perkaitan antara dua pemboleh ubah ini dimoderasikan oleh pemboleh ubah lain. Antaranya etnisiti seperti yang didapati dalam kajian ini. Sementara dari sudut praktis, dapatan kajian boleh dijadikan input dalam usaha meningkatkan hubungan etnik dalam kampus. Bagi kelompok pelajar Melayu dan Cina, komunikasi antara etnik dapat mengurangkan tahap prejudis terhadap pelajar etnik lain. Ruang dan peluang komunikasi antara etnik perlu dipertingkatkan, khususnya bagi pelajar Melayu dan Cina kerana cara ini dapat mengurangkan sikap prejudis terhadap etnik lain. Aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak universiti haruslah menyeluruh dan melibatkan semua kumpulan etnik. Selain aktiviti seperti hari keluarga, pesta sukan dan aktiviti lintas budaya, pihak Hal

Ehwal Pelajar UPM harus mengenakan pendekatan yang efektif dalam usaha menarik semua pelajar untuk terlibat dalam persatuan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan projek khidmat masyarakat merentas etnik dan melibatkan pelbagai etnik.

RUJUKANAllport, G. W. (1954). The Nature of Prejudice.

Maddison: Wesley.

Askandar, K. (2006). “Perpaduan & pendamaian etnik”, Utusan Malaysia Online, dapatan 20 Nov 2012 dari, http://www.utusan.com.my

Aziz, Z., Salleh, A., & Ribu, H. E. (2010). “A study of national integration: Impact of multicultural values”. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 9, 691-700.

Binder, J., Brown, R., Zagefka, H., Funke, F., Kessler, T., & Mummendey, A. (2009). Does contact reduce prejudice or does prejudice reduce contact? A longitudinal test of the contact hypothesis among majority and minority groups in three European countries. Journal of Personality and Social Psychology, 1(4), 843-856.

Brown, R., & Hewstone, M. (2005). An integrative theory of intergroup contact. Dlm. M. P. Zanna (Ed.), Advances in experimental social psychology (ms. 255–343). California: Elsevier Academic Press.

Denson, N., & Chang, M. J. (2009). “Racial diversity matters: The impact of diversity-related student engagement and institutional context”. American Educational Research Journal, 46(2), 322-35. doi: 10.3102/0002831208323278

Dixon, J. C., & Rosenbaum, M. S. (2004). “Nice to know you? Testing contact, cultural, and group threat theories of anti-black and anti-hispanic stereotypes”. Social Science Quarterly, 85, 257–280.

Dovidio, J. F., Gaertner, S. L., & Kawakami, K. (2003). “Intergroup contact: The past, present, and the future”. Group Processes & Intergroup Relations, 6(1), 5-21. doi: 10.1177/1368430203006001009

Page 66: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Banyan, S. dan Tamam, E.

206 Mahawangsa (2): 197 - 206 (2014)

Eller, A. L. & Abrams, D. (2003). ‘Gringos’ in Mexico: Cross-sectional and longitudinal effects of language school-promoted contact on intergroup bias. Group Processes & Intergroup Relations, 6, 55–75.

Gurin, P., & Nagda B. A. (2006). “Getting to the what, how and why of diversity on campus”. Educational Researcher, 35(1), 20-24.

Hadi, A. S. (2003). Senario Semasa Pelajar Melayu di IPTA. Kertas kerja dibentangkan di Kolokium Pemajuan Akademik Pelajar Melayu di IPT, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan, Z., Abu Samah, B., & Silong, A. B. (2005). Persepsi pelajar university terhadap perpaduan negara. Prosiding seminar Perpaduan dan Integrasi Nasional, Malaysia, Putrajaya, 223-263.

Hassan, Z., Idris, F., Mohd. Awal, N. A., Ya’acob, A., & Mohd. Noor, M. (2010). Contribution of Education to Enchancing Unity: Malaysian Experience. The International Journal of Learning, 17(9), 197-206.

Levin, S., Van. L. C., & Sidanius, J. (2003). The effects of ingroup and outgroup friendships on ethnic attitudes in college: A longitudinal study. Group Processes & Intergroup Relations, 6, 76–92.

MohdNoor,M.(2000).SocialconflictsinIndonesiaand Malaysia: Could the cause be religious?” Journal Kajian Malaysia, 1&2, 188-206.

Mohd Noor, M. (2005). Unity the Malaysian Way: Some Empirical Evidences. In: Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (Eds.), Readings on Ethnic Relations in a Multicultural Society (ms. 31-44). Kuala Lumpur: COLLA Research Group.

Mustapha, R., Azman, N., Karim, F., Ahmad, A. R., & Lubis, M. A. (2009). Social integration among multi-ethnic students at selected Malaysian University in Peninsular Malaysia: A survey of campus social climate. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 1, 35-44.

Peraman. M. (1991). Masalah Hubungan Etnik dalam Kalangan Mahasiswa Universiti di Malaysia. Tesis Phd (Tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pettigrew, T. F. (1998). Intergroup contact theory. Annual Review of Psychology, 49, 65-85.

Pettigrew, T. F. & Tropp, L. ( 2006). A meta-analytic test of intergroup contact theory. Journal of Personality and Social Psychology, 90, 751–783.

Pettigrew, T. F. & Tropp, L. (2008). How does intergroup contact reduce prejudice? Meta analytic tests of three mediators. European Journal of Social Psychology, 38, 922–934.

Segawa, N. (2007). Malaysia 1996 Education Act: The impact of a multiculturalism, type approach on national integration. Journal of Social Issues in Southeast Asia, 22(1), 30-56.

Stein, R. M., Post, S. S. & Rinden, A. L. (2000). Reconciling context and contact effects on racial attitudes. Political Research Quarterly, 53, 285–303.

Tamam,E.(2006).Influenceofinterethniccontacton interethnic attitudes of Malay and Chinese-Malaysia university students in Malaysia. Human Communication, 12(1), 53-66.

Tamam, E., Idris, F. & Tien, W. Y. M. (2011). Interracial communication and perception of the compatibility of different races among Malay and non-Malay students in a public university in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 15, 703-707.

Vorauer, J. (2008). Unprejudiced and self-focused: When intergroup contact is experienced as being about the ingroup rather than the outgroup. Journal of Experimental Social Psychology, 44, 912–919.

Zainal, K., Abu, T., & Mohamad, Z. (2010). The effect of ethnic relationship course on the students perceptions toward ethnic relationship among first year students of one public university in Malaysia. Procedia Social and Behaviour Sciences, 2, 3596-3599.

Zainal, K., & Mohamad Salleh, N. (2010). Ethnic relation among the youth in Malaysia: toward fulfillingtheconceptofoneMalaysia.Procedia Social and Behavioral Sciences, 9, 855–858. doi:10.1016/j.sbspro.2010.12.248

Page 67: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 207 - 218 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 5 Jun 2014Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected](RajaMasittahRajaAriffin)

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

Raja Masittah Raja AriffinJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKPerkataan etimologi berasal daripada bahasa Yunani Kuno yang bermaksud “mencari kebenaran”. Parasarjanamendefinisikanetimologisebagaikajiantentangasalusulkatadandalamperkembangansejarahnya, makna perkataannya telah berubah. Bahasa Melayu milik keluarga bahasa Austronesia, dan lebih daripada 1000 bahasa Austronesia tersebar dari Taiwan di bahagian utara dan sebahagian tanah besar Asia Tenggara sehingga ke Madagaskar di sebelah barat, New Zealand di bahagian barat daya, dan Pulau Easter di sebelah tenggara. Melayu juga tergolong dalam Melayu-Polinesia Barat cabang keluarga bahasa Austronesia, termasuklah Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi dan lain-lain. Labuan ialah salah sebuah wilayah Kerajaan Persekutuan yang terletak di pesisiran pantai di negeri Sabah. Objektif kajian ini untuk menjejak sejarah dan asal usul kata Labuan di Sabah. Data dikumpulkan melalui temu bual berstruktur dan soalan yang dikemukakan secara lisan kepada sejarawan di Labuan, dan respons yang diperoleh ditranskripsikan dalam bentuk tulisan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dianalisis berdasarkan konsep linguistik Perbandingan bahasa serumpun. Dapatan kajian menjelaskan bahawa nama Labuan berasal daripada perkataan Melayu labuhan yang bermakna pelabuhan. Kata Labuan ini didapati berasal daripada kata dasar labuh dalam bahasa Melayu yang pasti merupakan kata jati Melayu, bukan kata pinjaman daripada bahasa Belanda ataupun mana-mana bahasa Barat.

Kata kunci: Asal usul kata, Etimologi, Labuan (Sabah), linguistik perbandingan, sejarah kata Labuan, toponim

Page 68: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Raja Masittah Raja Ariffin

208 Mahawangsa (2): 207 - 218 (2014)

Etymology of Name and Meaning of Labuan (Sabah) Based on Comparative Linguistic Concept

ABSTRACTThe word etymology originated from the old Greek language which means “to find the truth”. Scholars defined etymology as a study of word origins, and the way in which their meaning have changed throughout history. Malay language belongs to the Austronesian language family and more than 1000 Austronesian languages are scattered from Taiwan in the north and portions of mainland Southeast Asia to Madagascar in the west, New Zealand in the southwest and the Easter Island in the southeast. Malay also belongs to the Western Malayo-Polynesian branch of the Austronesian language family which includes Borneo, Sumatera, Java, Sulawesi, and others. Labuan is one of the federal government territories which is located off the coast of the state of Sabah. Thus, the objective of this study is to trace the history of how the name Labuan in Sabah being derived. Data were collected by means of structural interviews with historian in Labuan, and the questions were orally asked and the responses were recorded through the written mode. This study utilised qualitative approach and the data analysed was based on comparative linguistic concept of cognate languages. The findings revealed that the name Labuan derived from the Malay word labuhan means harbour. It appears that the word labuan from the the Malay basic word labuh almost certainly is a native Malay word, not loans from Dutch or any other western languages.

Keywords: The history of word, Etymology, Comparative linguistic, Labuan (Sabah), Toponym

PENGENALANEtimologi berasal daripada kata Latin ‘etinos’ dan ‘logos’ (ilmu), manakala ‘etmos’ dan ‘etymon’ ialah bentuk yang menurunkan beberapa bentuk dalam beberapa bahasa turunan (Ngajenan, 198: 19). Dalam konteks hari ini, etimologi merupakan satu bidang atau disiplin yang mengkaji asal usul kata sesuatu bahasa atau susur galur sesuatu perkataan yang melibatkan penyelidikan tentang persejarahan sesuatu bahasa. Kajian etimologi meneliti asal usul sesuatu kata dan perkembangannya, termasuklah perubahannya dalam bentuk dan makna. Untuk membuktikan ketulenan dan keaslian sesuatukataitu,penyelidikansecarasaintifikdan sistematik perlu dijalankan, seperti pendekatan periodisasi, semantik, linguistik bandingan dan etimologi kolektif untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat dan diterima umum” (Chong, 1997: iv)

Pelbagai definisi dan takrifan telah diberikan oleh para sarjana berhubung dengan perkataan etimologi. Antaranya termasuklah Winer (1992), Crowley (1992), Matthews (1997), Hartman dan Gregory (1998), Crystal (1997), dan Collins (2003). Etimologi merangkum juga etimologi rakyat (folk etymology) yang juga disebut etimologi popular. Winer (1992) mentakrifkan etimologi sebagai satu hipotesis popular tetapi sebenarnya palsu tentang asal usul sesuatu kata apabila berdasarkan kesamaan fonologi atau makna kata yang melibatkan dua perkataan atau lebih perkataan. Matthew (1997) pula menjelaskan bahawa etimologi popular ialah satu proses yang berlaku apabila kata-kata dibentuk semula untuk menyerupai bentuk lain yang sudah sedia ada dalam sesuatu bahasa, iaitu menggantikan sesuatu kata yang tidak dikenal kepada yang lebih dikenal.

Page 69: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

209Mahawangsa 1 (2): 207 - 218 (2014)

Demikian juga dengan Crowley (1992) yang merujuk etimologi rakyat sebagai amalan masyarakat yang kerap membuat andaian tentang sejarah sesuatu perkataan dengan berdasarkan kesamaan yang wujud dengan perkataan lain dalam bahasa mereka. Etimologi rakyat lebih cenderung terjadi kepada perkataan yang panjang, yang dianggap luar biasa dalam bahasa tersebut. Pengguna atau penutur bahasa tersebut kemudian mengubah perkataan itu supaya sebutannya selaras dengan pemikiran penutur sebagai asal usul kata tersebut. Sebagai contoh, asparagos (Yunani) < asparagus (Latin) > sparrow grass (The Random House Dictionary, 2010, http://www. Oxford Dictionaries.com).

Crystal (1997) juga mendefinisikan etimologi rakyat sebagai suatu proses yang menggambarkan kebiasaan dan kelaziman pengguna atau penutur sesuatu bahasa itu membuat andaian yang salah terhadap sesuatu kata. Menurutnya lagi, apabila pertama kali seseorang itu mendengar sesuatu perkataan asing atau yang begitu asing, mereka akan mencuba mengaitkannnya dengan kata-kata yang diketahui mereka dan lazimnya akan membuat andaian berhubung dengan makna atau maksud perkataan tersebut, tetapi ternyata andaian tersebut adalah salah. Kesilapan tersebut akan dipercayai benar dan kemudian akan menjadi pula sebahagian daripada bahasa tersebut. Etimologi rakyat yang dikemukakan oleh Hartmann dan Gregory (1998) mengemukakan satu tafsiran secara hipotesis yang tidak ilmiah sifatnya tentang asal usul sesuatu perkataan atau rangkaian kata dengan penyesuaian morfologi dan fonologi, contohnya:

Banca rotta (Itali) < bank rupt (bank robbed) (Latin) > bankrupt (Inggeris) (Online Etymological Dictionary, 2001-2014).

Menurut Collins (2003), etimologi rakyat merupakan usaha memberikan pengertian baharu kepada sesuatu kata yang merujuk kepada kata atau morfem yang sudah lazim dikenal. Dari sudut anggota masyarakat, kegemaran mereka mencipta etimologi rakyat untuk sesuatu perkataan berlaku dengan cara mereka-reka sejarah dan mempercayai persamaan yang sebenarnya palsu.

Berdasarkan definisi dan keterangan yang diberikan oleh para sarjana yang tersebut di atas, dapat dirumuskan bahawa etimologi rakyat merupakan satu fenomena linguistik yang merujuk kepada perkataan atau rangkai kata yang dipinjam dan ditafsirkan berdasarkan analogi kata atau rangkaian kata umum yang ada dalam sesuatu bahasa. Lazimnya etimologi rakyat memperlihatkan ciri popular yang berkaitan dengan asal usul, bentuk dan makna item leksikal dan ganti nama yang sebelumnya tidak dikenal, membawa kepada yang lebih dikenal. Antaranya termasuklah golongan kata nama, seperti nama tempat dan nama benda atau objek. Etimologi rakyat juga meliputi sesuatu kata yang dianggap aneh, kurang atau tidak logik sifatnya, berbanding dengan asal usul sebenarkatatersebut.Tidakdapatdinafikanbahawa istilah etimologi rakyat telah wujud dalam masyarakat bahasa sejak dahulu lagi, yang bertujuan untuk menjelaskan asal usul kata, walaupun penjelasan tersebut tidak didasarkan kepada penyelidikan yang teratur, dan menyebabkan hasilnya atau kenyataan yang dibuat kurang diyakini dan kurang dipercayai. Oleh sebab itu, dengan mempelajari dan mengenal etimologi, kita akan mengetahui sejarah “suara kata” dan “arti aslinya” (Ngajenan, 1987: 19).

Kajian tentang asal usul kata atau etimologi ini lazimnya dikaitkan juga dengan toponimi, iaitu satu cabang bidang

Page 70: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Raja Masittah Raja Ariffin

210 Mahawangsa (2): 207 - 218 (2014)

onomastik yang mengkaji nama tempat, termasuklah bidang kajian asal usul nama-nama tempat di dunia. Collins (2003: 51, 69) mengatakan bahawa “penelitian tentang asal usul kata atau etimologi Melayu sangatlah ketinggalan.” Bagaimanapun, terdapat sarjana luar negara yang menyumbang kepada penulisan etimologi Melayu, antaranya termasuklah Nothofer (1975, 1984, 1996, Adelaar (1983, 1985, 1992, 1995) dan Collins (1996, 2003). Kenyataan ini menyebabkan pengkaji berusaha untuk meneliti asal usul nama Labuan yang kini bertaraf Wilayah Persekutuan yang terletak di Sabah. Hasil penelitian yang amat sederhana ini diharapkan dapat membantu generasi muda, peminat bahasa dan sejarah di Malaysia mengetahui dan memahami asal usul sebenar nama Labuan. Hal ini demikian kerana Menurut Collins (2003: 52), ilmu etimologi tidak hanya mencatatkan asal usul kata, malah memaparkan sejarah perkembangan kata tersebut, di samping menghubungkaitkannya dengan perkembangan bahasa dan masyarakat pada umumnya.

LATAR BELAKANG SEJARAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUANPulau Labuan adalah antara pulau terbesar dalam lingkungan segugus pulau-pulau kecil dan rendah di Teluk Brunei (Jaludin, 2003: 22). Labuan terletak di pesisiran pantai negeri Sabah, dan kini Labuan dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Labuan, yang telah diisytiharkan pada tahun 1984 apabila Labuan diserahkan kepada kerajaan Persekutuan oleh negeri Sabah pada 16 April 1984. Wilayah Persekutuan Labuan juga diisytiharkan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa pada 1 Oktober 1990 (Laman Web Rasmi Perbadanan Labuan, Information Malaysia Yearbook, 2000, ms.

905-906). Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada bandar Labuan sebagai ibu kota dan wilayah ini juga meliputi 27 buah kampung.

Dari sudut sejarah, Labuan pernah menjadi sebahagian daripada wilayah pemerintahan kesultanan Brunei sejak tahun 1880 (Information Malaysia Yearbook, 2001: 939), dan Labuan pada waktu itu menjadi tempat kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun. Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu Brunei amat mempengaruhi iklim dan suasana masyarakat di Labuan dari dahulu sehingga kini.

Dengan keluasan Labuan 21,626.430 ekar (87.52 km²) (http://www.pl.gov.my), Labuan mempunyai komposisi penduduk yang terdiri daripada bumiputera 77.72% dan bukan buniputera 22.28% (Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Labuan, 2006), dan berdasarkan perangkaan penduduk mengikut etnik sehingga tahun 2005, iaitu Bumiputera 30,300 orang, Dusun/Kadazan 5,500 orang, Bajau 4,800 orang, Murut 700 orang, dan lain-lain 10,400 orang; manakala bukan bumiputera terdiri daripada Cina 10,300 orang dan lain-lain 2,900 orang.

Walau bagaimanapun, penduduk di Labuan pernah mengalami suasana kehidupan pada zaman pemerintahan Inggeris (1846) apabila Labuan diserahkan secara rasmi kepada Inggeris dan Labuan telah diisytihar sebagai sebuah pelabuhan bebas. Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali dengan nama The Chartered Company pada tahun 1888 (Information Malaysia Yearbook, 2000, ms. 909). Penduduk Labuan juga pernah mengalami kehidupan pada zaman pendudukan Jepun di Labuan pada tahun 1942 sehingga nama Labuan ditukar kepada nama baharu, iaitu

Page 71: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

211Mahawangsa 1 (2): 207 - 218 (2014)

Pulau Maida (Maeda-shima). Setelah Jepun berundur pada 9 September 1945, nama lamanya dikekalkan, iaitu Labuan, dan kemudian Labuan bercantum dengan British North Borneo pada tahun 1946 dan menjadi sebahagian daripada Malaysia dalam negeri Sabah pada tahun 1963 (Sitti Rabia, 2012), lihat Laman Web Perbadanan Labuan).

OBJEKTIF DAN METODOLOGI KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan etimologi kata Labuan, khususnya yang melibatkan asal usul nama Pulau Labuan. Pada umumnya, para sarjana yang membincangkan asal usul sesuatu kata itu, lazimnya membabitkan etimologi rakyat, seperti pengertiannya yang telah dijelaskan sebelum ini. Adakah pembentukan dan pewujudan kata Labuan itu ada hubungkaitnya dengan etimologi rakyat, baik dalam kalangan masyarakat penuturnya di Sabah mahupun masyarakat di Nusantara, atau bagaimana?

Untuk menjawab persoalan ini, pengkaji berusaha turun padang untuk memperoleh data mentah di lapangan. Pengkaji telah menemu bual Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Lamudin, tokoh sejarah yang terlibat secara langsung semasa penubuhan Sabah pada 16 September 1963 (yang diwawancara di rumahnya di Kampung Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan. Seorang lagi informan yang dapat diwawancara ialah Puan Sitti Rabia binti Abd Rahman (Pengarah di Jabatan Muzium Chimney, Pulau Labuan). Teknik tinjauan dan pemerhatian di lapangan turut membantu pengkaji dalam penganalisisan data. Maklumat penting juga diperoleh daripada kajian kepustakaan, dengan membuat rujukan khusus terhadap kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus etimologi dan kamus dialek yang diterbitkan

di Malaysia dan Indonesia yang dapat dimanfaatkan untuk kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Etimologi LabuanAntara penduduk bumiputera yang banyak tinggal di Labuan ialah suku kaum Kedayan, dan Melayu Brunei yang berasal dari Brunei. Hal ini dijelaskan oleh Abdul Rahman (2012) melalui pengalaman hidup di Labuan sejak dilahirkan. Menurutnya, pada suatu ketika dahulu, Labuan merupakan sebuah pelabuhan yang gah dan hebat apabila semua kapal perdagangan, baik dari Eropah, Singapura, Pelabuhan Kelang mahupun dari Brunei, semua bertumpu dan berlabuh di Labuan. Demikian juga dengan kapal kecil dan sampan dari Sabah, Sarawak dan Brunei akan melalui kawasan ini untuk mendapatkan bekalan makanan, iaitu sebagai tempat persinggahan sebentar untuk berehat, mereka akan berlabuh di pelabuhan ini. Labuan juga merupakan pelabuhan yang meriah dan gemilang dengan kedatangan pelawat-pelawat dari Acheh dan wilayah Nusantara yang lain.

Menurut Collins (2003: 175) sekurang-kurangnya enam keluarga bahasa yang asli, iaitu bahasa yang dituturkan oleh penutur natif terdapat di Asia Tenggara, iaitu antaranya termasuklah rumpun Austronesia (Melayu-Polinesia). Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa turunan daripada bahasa Austronesia purba, dan bahasa Melayu sebagai bahasa yang aglutinatif sifatnya, yang cenderung menggunakan imbuhan atau penambahan, baik pada awalan, akhiran dan sisipan, termasuklah bahasa di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ahli perbandingan bahasa Austronesia, Proto-Austronesia atau Austronesia purba, antaranya seperti

Page 72: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Raja Masittah Raja Ariffin

212 Mahawangsa (2): 207 - 218 (2014)

Dahl (lihat Asmah, 1995) melalui kajian rekonstruksinya menunjukkan bahawa bahasa ini mempunyai empat vokal, iaitu i. e, a, u, sedang bahasa Melayu yang ada sekarang ini mempunyai enam vokal, iaitu i. e, ĕ, a, u, o dan menurut Asmah (1995: 48) dua vokal yang lebih itu merupakan hasil daripada pemecahan fonemik. Walaupun dalam kebanyakan dialek di Semenanjung terdiri daripada sistem enam vokal, tujuh vokal dan lapan vokal, tetapi dialek Brunei mempunyai sistem tiga vokal, iaitu i. a, u. Vokal ini telah mengalami pelbagai peringkat perkembangan dalam peredaran masa yang cukup lama dan menyebabkan berlakunya peneutralan pertentangan, iaitu i dan e, ĕ dan a serta u dan o. Proses ini menyebabkan berlakunya pengguguran e, ĕ dan o.

Dalam suku kata akhir, baik dalam suku kata tertutup mahupun terbuka *a mempunyai pelbagai diafon. Bagi dialek Brunei dan Kedayan, kata-kata yang mempunyai suku kata akhir terbuka diucapkan sebagai bunyi a#. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan Labuan yang disebut oleh masyarakat Melayu dipulau ini sebagai [labuən].Sekiranyaterdapat kata-kata yang mempunyai vokal pepet dalam lingkungan pada akhir kata, kata tersebut ialah kata pinjaman, iaitu daripada bahasa Jawa (Asmah, 1995: 61) kerana menurutnya selain dialek Kedah, Kelantan, Patani dan Sarawak, dialek Kedayan mempunyai vokal pepet hanya dalam lingkungan awal dan tengah kata.

Dalam konteks kajian ini, terangkum juga dialek Kedayan dan Melayu Brunei. Darjat aglutinatif ini biasanya dapat diaplikasikan dalam dialek, yang dapat dilihat dari aspek pembentukan kata dan morfologi (Asmah (1995: 35) yang menjelaskan bahawa dalam dialek Melayu, jumlah fonem yang terlibat

dalam perangkapan atau penggabungan dua atau lebih fonem segmental, konsonan atau vokal tidak lebih daripada dua. Pada kelazimannya, jenis perangkapan yang merupakan perubahan bunyi dalam evolusi dialek Melayu lebih kerap merupakan perangkapan vokal berbanding dengan perangkapan konsonan. Secara diakronik, perangkapan vokal berlaku, melalui pengguguran salah satu konsonan antara vokal, contohnya: labuhan labuan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa perkataan ‘labuan’ berasal daripada perkataan ‘labuhan’ (yang bermaksud berhenti atau singgah kapal, perahu, dan sebagainya. atau menurunkan sauh kapal, dan lain-lain (Kamus Dewan, 2007: 863). Pelabuhan tempat kapal berlabuh dan pelabuhan yang menjadi pusat perdagangan untuk eksport, import, pengumpulan dan pengagihan barang-barang) menunjukkan tidak ada rangkap vokal, tetapi dalam peredaran waktu, berlaku pengguguran h dan terbit pula labuan yang memperlihatkan adanya rangkap vokal ua. Kewujudan kata ini bukan hasil daripada etimologi warisan seperti yang banyak berlaku kepada nama negeri-negeri lain di Malaysia. Labuan berasal daripada perkataan “labuhan”, iaitu daripadakatadasarlabuh[labuh].SebutanmasyarakatKedayan ialah [labuh]danwujud kata terbitan sebutan asalnya, iaitu “palabuhan” /pʌlabuhan/ (= pelabuhan) (Kamus Kedayan-Melayu, 2006: 88) apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran. Kewujudan perkataan labuan itu menurut dialek atau sebutan lidah penutur tempatan, khususnya etnik Kedayan dan lain-lain juga. Menurut Abdul Rahman (2012), dari sudut bahasa Melayu, khususnya upaya menyebut sesuatu kata yang mempunyai huruf ‘r’ agak sukar bagi orang Kedayan. Sebagai contoh kering akan disebut keling (seperti Sungai

Page 73: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

213Mahawangsa 1 (2): 207 - 218 (2014)

Keling); sekarang – karang kaang, dan sebagainya.

Banyak sar jana dan penyel idik mengkaji pusaka dialek Melayu Brunei, dialek Melayu di Sabah, Sarawak dan Pulau Labuan juga. (Jaludin, 2003: 22, 24). Berdasarkan kajian Nothofer (1991) yang dipetik dalam Jaludin, 2003, terdapat enam bahasa Austronesia yang dituturkan di Brunei ialah bahasa Belait,Tutong, Kedayan-Brunei, Murut, Bisaya-Dusun dan Iban. Dalam pendahuluan Kamus Tutong-Melayu,Melayu-Tutong (1998: xi) ada dinyatakan bahawa perkataan labuan sering diucapkan oleh penutur di beberapa buah kampung di daerah Tutong, Brunei Darussalam. Bahasa Tutong merupakan salah satu bahasa Austronesia yang terdapat di Brunei Darussalam. Bahasa Melayu dialek Kedayan juga dituturkan di bahagian timur daerah Tutong. Negara Brunei Darussaalam menggunakan dialek dan bahasa Austronesia sebagai bahasa ibunda bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga dialek, iaitu Kedayan, Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer. Di sebelah barat, bahasa Tutong digunakan, bahasa Dusun di bahagian selatan, bahasa Iban di bahagian timur dan juga bahasa Melayu dialek Kedayan. Antara catatan Nothofer dalam Kamus Tutong-Melayu (1998, ms. xix), iaitu konsonan geseran dalam dialek Tutong lemah sekali, iaitu [ ʰ ].Bagikatayangmelibatkan[ʰ ]yangdiikuti dengan kata lain, konsonan tersebut didapati hilang, misalnya [guɤuʰ].Demikianjuga dengan penutur dialek Kedayan yang tinggal di daerah Brunei dan Muara yang berhampiran dengan pekan Tutong, (Kamus Kedayan-Melayu, 2006, ms.197, 211) ) seperti perkataan yang berikut:

sedih - sedi [sədiʰ] ; tingkah–tingka[tiŋkaʰ]

Kedayan terletak berhampiran dengan daerah Brunei dan Muara dengan pekan Tutong, dan dialek Kedayan yang dituturkan oleh penutur-penutur Kedayan merupakan salah satu dialek bahasa Melayu yang sama seperti dialek Kampong Ayer, dialek Bandar Seri Begawan dan dialek Melayu standard. Kamus Kedayan-Melayu (2006: xi) merakamkan bahawa peratus kekerabatan antara dialek ini, iaitu ‘cakap’ Kedayan, dialek Kampong Ayer dan bahasa Melayu standard ini mempunyai hubungan yang rapat. Dalam pengenalan Kamus Kedayan-Melayu (2006: xi-xii) juga menjelaskan bahawa jumlah penutur asli ‘cakap’ Kedayan ialah sekitar 30,000 orang, terutamanya di daerah Brunei dan Muara serta bahagian timur daerah Tutong. Dari aspek fonologi, dialek Kedayan ini melibatkan huruf dialek Kedayan dengan penjelasan sebutannya, iaitu huruf ‘a’ yang sebutannya adalah seperti contoh yang dipetik dalam Kamus Kedayan-Melayu (2006: 255):

Kadaya [kʌdayan]‘kedayan’(huruf‘a’ disebut ʌ)labuh [labuʰ]-labuhpalabuhan [pʌlabuhan]–pelabuhan

Dalam Kamus Tutong-Melayu, Melayu-Tutong (1998: 52) ada dicatatkan seperti yang berikut:

labu [labuʰ]–labu]guru [guruʰ]–guru(ms.31)labu - labu [labuʰ](ms.164)

Dapatan kajian Jaludin Chuchu (2003: 239, 243-244) menunjukkan terdapat penghilangan ‘h’ pada akhir kata dalam kosa kata varian dialek Berau seperti berikut:

Page 74: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Raja Masittah Raja Ariffin

214 Mahawangsa (2): 207 - 218 (2014)

tumbuh - tumbu (Teluk Bayur, Gunung Tabur, Inaran, Gurindam, Gunung Sari)penuh - panu (Teluk Bayur) pannu (Gunung Tabur, Inaran, Gurindam, Gunung Sari)tujuh - tuju (Teluk Bayur) tujju (Gunung Tabur, Inaran, Gurindam, Gunung Sari)sepuluh - sapulu (Teluk Bayur) sapullu (Gunung Tabur, Inaran, Gurindam, Gunung Sari)

Antara contoh lain, termasuklah perkataan yang ditemui dalam daftar kata Maluku, Bajo Sangkuang (Collins, 1996: 12)

dua puluh satu - duampulu dakaidua puluh - duam pulu

Demikian juga dalam bahasa Bacan (Collins, 1974: 153, 155) terdapat kata yang berikut:

pənuh (Bahasa Melayu) - ponu (bahasa Bacan)təduh (bahasa Melayu) - todu (bahasa Bacan)səpuluh (bahasa Melayu) - sapulu (bahasa Bacan)

Perubahanbunyi [h]menjadibunyi[ø] ditemui juga dalambahasaBiatahsubkeluarga Bidayuh yang dituturkan di Kuap yang terletak tidak jauh dari Kuching (Asmah, 1983: 463), contohnya:

tujuh[tujuh](BahasaMelayu) - ju [juʔ]

Kaj ian S i t i Hawa (1993 : 112) menunjukkan bahawa ada perkataan yang ditulis dan dieja mengikut penyebutan dialek yang hilang pada akhir kata ,yang ditemui dalam puisi yang pada akhir kata tidak dibunyikan, iaitu dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT), seperti yang berikut:

HMM HHT jodoh disebut [jɔdɔ]suluhdisebutsulu

bomoh - [bɔmɔ]contoh - [cɔntɔ]bodoh - [bɔdɔ]

Kekerabatan bahasa Austronesia lazimnya ditandai dengan kesamaan atau mirip dalam aspek kosa kata, tatabahasa dan fonologi, contohnya perkataan labuh seperti yang dijelaskan oleh Ngajenan (1987: 108), iaitu dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan /labuh/ ialah kata kerja yang bermaksud akhir, henti, iaitu berkaitan dengan maksud pelabuhan sebagai tempat berhenti kapal. Kapal, perahu dan seumpamanya berhenti menurunkan sauh untuk berteduh, berdiam dan memberhentikan semua kegiatan; manakala pelabuhan merupakan tempat berlabuh. Penjelasan yang sama juga terakam dalam Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau (1997: 221), iaitu labuh yang bermakna singgah, berhenti, tempat singgah kapal, manakala ‘labuhan’ merujuk kepada upacara lama adat keraton yang dilakukan di tepi pantai.

Dari sudut pemaknaan bagi perkataan labuh, dalam Kamus Besar Bahasa

Page 75: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

215Mahawangsa 1 (2): 207 - 218 (2014)

Indonesia (1988: 550; 2007: 518) perkataan ini bermaksud “turun atau tergelantung ke bawah seperti tali jangkar, tirai atau layar panggung” Dalam bahasa Jawa Kuno terdapat tiga suku kata, iaitu ‘la.buh.an’ yang bermakna satu upacara tradisional keraton yang dilaksanakan di tepi laut, di selatan Yogyakarta, dan lazimnya diadakan pada setiap tahun bersempena dengan ulang tahun Sri Sultan Hamengku Buwono yang berkuasa menurut perhitungan tahun saka, iaitu pada setiap 30 Rejab dalam kalendar Jawa (Kamus Indonesia-Jawa, 1991: 172). Perkataan ‘labuhan’ juga digunakan di Acheh Selatan, Indonesia, iaitu ‘labuhan haji’ yang dikenal sebagai “Pantai Labuhan Haji”. Pantai ini menjadi pangkalan orang-orang Islam di Lombok pada zaman Belanda dan Jepun berangkat ke Mekah menunaikan ibadah haji. Selain menjadi pusat perdagangan dalam kalangan peniaga Cina, pantai ini juga menjadi pelabuhan dan digunakan untuk upacara tabur bunga pada peringatan Hari Pahlawan Nasional Indonesia pada 10 November setiap tahun. Walau bagaimanapun, sejak awal abad ke-20 sudah ada terakam dalam kamus Belanda perkataan‘laboeh’‘bĕ(r)laboeh’(cf.sakaön)–laboehön(Hazell,1907:427).

Kamus Besar.com ada membuat pemerian tentang perkataan labuh seperti yang berikut:

Adjektif (keadaan turun / tergantung ke bawah)

labuh Penggolongan benda (bagi tirai)

Jawa – labuhan (la.buh.an)

Demikian juga makna perkataan labuh dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm) dan entri labuh (me)labuh dalam Kamus Dewan (2007: 863) yang bermaksud menurunkan sauh kapal, manakala dalam bahasa Minangkabau, (me)labuh bermaksud

(ber)anak (merujuk kepada kerbau dan lembu) yang mungkin memperlihatkan keadaan menurunkan atau melahirkan anak yang baharu. Di samping, itu dikaitkan juga dengan perkataan labu-labu yang merupakan “bakul bulat yang digantung pada tiang di pelabuhan bagi menandakan kapal sudah boleh masuk untuk berlabuh”. Kini sudah ada perkataan entrepot yang digunakan dalam bahasa Melayu baku sebagai pelabuhan yang menjadi pusat perdagangan untuk eksport-import, pengumpulan dan pengagihan barang-barang; manakala pelabuhan sebagai tempat kapal berlabuh atau singgah, iaitu pangkalan kapal.

Kata labuh dan labuan juga ada terakam dalam Kamus Bahasa Iban-bahasa Malaysia (1989: 169-170). Perkataan labuh dengan imbuhan awalan be- (be)labuh bermaksud memulakan sesuatu pekerjaan dan perbuatan menuruni jeram dengan menggunakan perahu, manakala imbuhan awalan ber- berlabuh bermaksud menurunkan sauh atau bersauh. Bagi (nge)laboh pula bermakna memungut buah yang gugur, manakala (nge)laboh(ka) bermaksud menjatuhkan. (penge)laboh bermaksud keguguran atau kejatuhan dan pelaboh pula bermakna serambi depan rumah yang ditambah kemudian. Dalam kamus ini, kata labuan membawa pengertian yang berbeza, iaitu penjodoh bilangan untuk alat seperti jala, gong, tikar dan sebagainya.

Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat refleks Labuan dalam beberapa varian Melayu seperti Jadual 1.

KESIMPULANPerkataan labuan daripada kata dasarnya labuh ialah kata yang diwariskan oleh leluhur bangsa Melayu, iaitu bahasa Austronesia purba kepada bahasa Melayu. Hal ini didasarkan kepada penjelasan dan huraian yang telah dibuat terhadap perbandingan

Page 76: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Raja Masittah Raja Ariffin

216 Mahawangsa (2): 207 - 218 (2014)

bahasa serumpun. Pewujudan kata Labuan tidak langsung melibatkan etimologi rakyat seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan pengkaji apabila menceritakan asal-usul nama sesuatu negeri, tempat dan sebagainya. Penerapan kaedah etimologi kepada sumber yang ditemui yang diwariskan sejak ribuan tahun lalu ialah daripada bahasa leluhur, iaitu bahasa Austronesia purba, yang asal usul kata Labuan dapat dinyatakan seperti yang berikut:

labuh < labuh > labuh (-an) > labuanBahasa Jawa Kuno < bahasa Indonesia > bahasa Kedayan

Tidakdapatdinafikanbahawabahasadaerah Nusantara saling mempengaruhi kerana adanya hubungan yang erat antara budaya melalui perdagangan, penjajahan dan lain-lain. Hal ini demikian kerana wilayah penyebaran keluarga bahasa Austronesia

JADUAL 1 RefleksLabuandalambeberapavarianMelayu

Kamus /Dialek Melayu Leksem MaknaGajÕsch-Nederlandsch Woordenboek met Nederlandsch-GajÕsch Register

laboehbĕ(r)laboehlaboehön

-

Kamus Indonesia-Jawa(Jawa Kuno)

labuh (KK)la.buh.an (KN)

Bermaksud akhir, henti (kapal).Upacara tradisional keraton di tepi laut.

Kamus Kedayan-Melayu labuh - labuhpʌlabuhan (KT)

Singgah, berhenti, tempat persinggahan kapal, dan lain-lain.

Kamus Tutong-MelayuMelayu-Tutong

labuh – labuanlabu - [labuH]labu-labu [labuH]

Singgah, berhenti, tempat persinggahan kapal, dan sebagainya.

Kamus Bahasa Indonesia-Melayu-Riau

labuhlabuhan

Singgah, berhenti, tempat persinggahan kapal.Upacara lama adat keraton yang dibuat di tepi pantai.

Kamus Besar Bahasa Indonesia

labuh Turun atau tergelantung ke bawah seperti tali jangkar, tirai atau layar panggung.

Kamus Dewan(Bahasa Melayu Baku)

labuh, berlabuh, melabuhkan, pelabuhan

Turun atau tergantung ke bawah seperti sauh.Berhenti/ singgah (kapal, dan lain-lain.)Menurunkan sauh ketika belayar kematian angin.

Kamus Bahasa Iban-bahasa Malaysia

laboh(be)labuh

ber(labuh)(nge)laboh(nge)laboh(ka)pelaboh(penge)labohlabuan

Jatuh, gugur, turun (hujan).Mulai (kerja dan sebagainya). Menuruni jeram (dengan perahu).Menurunkan sauh, bersauh.Memungut (buah yang gugur).Menjatuhkan.Serambi depan (yang ditambah kemudian)Keguguran, kejatuhan.Penjodoh bilangan untuk alat (jala,gong, tikar, dan sebagainya).

Page 77: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

217Mahawangsa 1 (2): 207 - 218 (2014)

terbentangluasdiAsiaTenggaradanPasifik(lihat Raja Masittah, 2010: 22-26), seperti juga kenyataan Collins (2003: 51) bahawa rumpun Austronesia diakui sebagai rumpun terbesar di dunia kerana penyebaran bahasa-bahasanya begitu luas, dan bahasa Melayu merupakan cabang bahasa Austronesia yang paling ramai penuturnya.

Untuk memahami dan menghayati sejarah negara bangsa, harus juga mengenali dan menghayati bukan sahaja sejarah negara malah sejarah kata juga, terutamanya yang berkaitan dengan negara. Apabila generasi muda hari ini sudah berada dalam zon selesa, mereka tidak menghiraukan lagi tentang sejarah, khususnya sejarah negeri dan negara. Sebaliknya, dengan mengetahui asal-usul nama negeri-negeri di Malaysia khususnya, penghayatan dan kecintaan mereka terhadap negara dan semangat patriotism dapat ditingkatkan. Menurut Abdul Rahman (2012), semangat cinta akan negara lebih menebal pada zamannya walaupun terpaksa melalui kehidupan yang lebih sukar berbanding dengan generasi hari ini yang lebih senang dan mewah. Generasi Y pada hari ini perlu dididik supaya mereka sedar bahawa mereka mempunyai bahasa, budaya dan bangsa Melayu yang harus dipelihara. Menurutnya lagi, “Sesiapa yang tidak tahu sejarah, dia tidak cinta akan negaranya.”

Rumusannya, etimologi nama Labuan adalah jelas dan nyata apabila diteliti secara ilmiah kerana sejarah kata ini tidak melibatkan sebarang unsur mitologi atau cerita rakyat. Kajian yang amat sederhana ini diharapkan dapat menyoroti sejarah kata Melayu yang selama ini agak kabur. Oleh sebab itu dikatakan bahawa etimologi tidak dapat dipisahkan daripada sejarah, dan nilai tambah kepada kajian ini ialah usaha yang

dibuat bukan sahaja upaya menjejaki asal usul kata Labuan melalui sejarah, tetapi juga penelitian berdasarkan semantik malah morfologinya juga.

BIBLIOGRAFIAbdul Rahman bin Haji Lamudin (Temu bual penulis

dengan tokoh sejarah Labuan) di Kampung Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan (30 November 2012).

Asmah Haji Omar (1983). The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bynon, T. (1977). Historical Linguistics. Cambridge: Cambridge University Press.

Chong Mun Wah (1997). Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Collins, J. T. (1974). Catatan Ringkas tentang Bahasa Ambon. Jurnal Dewan Bahasa, 18, 151-162.

Collins, J. T. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1996). Bajo Sangkuang: Laporan Awal. Jurnal Dewan Bahasa, 40(1) Januari, 12.

Collins, J. T.(2003). Mukadimah Ilmu Etimologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Crystal, David (1997). A Dictionary of Linguistics and Phonetic. 5th Edition. Oxford, Cambridge: Blackwell.

Hartmann, R. R. K , Gregory, J. (1998) Dictionary of Lexicography. London: Routledge.

Hazell, G.A.J. (1907) GajÕsch-Nederlandsch Woordenboek met Nederlandsch-GajÕsch Register. s’-Gravenhage: Martinus Nijhoff.

http:// www.guidance-research.org/new-approach/djim/refs/crowley (dicapai pada 20 Julai 2014)

Jaludin Chuchu (2003). Dialek Melayu Brunei dalam Salasilah Bahasa Melayu Purba. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 78: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Raja Masittah Raja Ariffin

218 Mahawangsa (2): 207 - 218 (2014)

Kamus Bahasa Iban-Bahasa Malaysia (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau (1997) Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.

Kamus Besar Bahasa Indonesia. Edisi Baru (1988, 2007). Disusun oleh Tim Pustaka Phoenix. Jakarta: Pustaka Phoenix.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Indonesia-Jawa (1991). Penyunting Sudaryanto, dkk. Yogyakarta: Duta Wacana University Press.

Kamus Kedayan-Melayu, Melayu-Kedayan (2006). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Kamus Tutong-Melayu, Melayu-Tutong (1991, 1998). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Matthews, P.H. (1997). The Concise Oxford Dictionary of Linguistics. Oxford: Oxford University Press.

Ngajenan, Mohamad (1987). Kamus Etimologi Bahasa Indonesia. Semarang: Dahara Prize.

Raja Masittah Raja Ariffin (2010). Cendekiawan Bahasa Melayu dalam Tradisi Kesarjanaan Barat. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sitti Rabia (temu bual penulis dengan Pengarah di Jabatan Muzium Chimney Pulau Labuan,Wilayah Persekutuan Labuan (1 Disember 2012).

Winer, L. (1992). Folk Etymology in Trinidad and Tobago Lexicography. New York: Garland Publishing Inc.

Page 79: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 219 - 228 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 19 Mei 2014Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Sabariah Mohamed Salleh), [email protected] (Thomas A. Bauer)

*Penulis penghubung

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu

Sabariah Mohamed Salleh1* dan Thomas A. Bauer2

1Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia2Institut fur Publizistik und Kommunikationwissenschaft, University of Vienna, Austria

ABSTRAKKertas ini memberi fokus kepada pembinaan persepsi remaja tentang identiti budaya pelbagai kaum diMalaysia.Secaraspesifiknya,kajianinimelihatbagaimanaremajaMelayu‘membaca’ataumentafsir pemaparan kaum India dan Cina di kaca televisyen dan membuat hubung kait dengan identiti kaum tersebut dalam kehidupan sebenar. Suatu kajian telah dijalankan di Selangor. Pengkaji telah membuat temu bual kumpulan fokus bersama remaja Melayu berumur antara 16 hingga 19 tahun yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Persoalan yang diajukan adalah berkisar tentang sikap menonton televisyen, pendapat mereka tentang identiti dan budaya kaum Cina dan India dan interaksi mereka bersama individu atau kumpulan daripada kaum tersebut. Didapati, perbualan dan gosip serta interaksi dan sosialisasi menyumbang kepada proses pembentukan persepsi remaja Melayu terhadap identiti budaya kaum Cina dan India. Proses sosialisasi menggalakkan kepelbagaian budaya dan membolehkan remaja untuk menyangkal ideologi hegemonik yang dipaparkan dalam program televisyen. Hal ini terbukti apabila kumpulan remaja dari bandar menyangkal dan menolak cara kaum Cina dipaparkan dalam rancangan televisyen tempatan dan melalui cara remaja luar bandar membentuk persepsi tentang kaum Cina dan India.

Kata kunci: Identiti budaya, persepsi, remaja, televisyen

Television Viewing and Perception of Cultural Identity of Various Ethnicities among Malay Adolescents

ABSTRACTThis paper focuses on the construction of perception amongst adolescents on cultural identity of the various ethnicities in Malaysia. Specifically, it looks at how Malay adolescents read and interpret the portrayal of Chinese and Indian on television and its relation to real life experiences. Focus group discussions were

Page 80: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

220 Mahawangsa (2): 219 - 228 (2014)

held with Malay adolescents between 16 and 19 years old, living in urban and rural areas. Questions raised during the discussion include their television watching habit, their opinion on Chinese and Indian’s cultural identity and their interaction with Chinese and Indian. It was discovered that audiences are able to build their perception on the various races, from conversations and gossips, in which they gain information from the conversation and not from what they watch. This promotes cultural diversity and enables them to resist centralisation and the ideological hegemony, which is exemplified when the urban groups resisted the stereotypical roles Chinese played in local television programmes and from how adolescents living in rural areas build their perception about Chinese and Indians.

Keywords: Cultural identity, perception, adolescents, television

PENGENALANPenyelidikan dan kajian tentang remaja dan media lazimnya berkisar tentang kesan dan pengaruh media dalam kehidupan seharian. Livingstone (2007) dan Kapur (1999) berpendapat bahawa wujud dua kelompok pemikiran apabila membincangkan kesan media terhadap remaja, iaitu: Frankfurt School dan kajian budaya (cultural studies). Sarjana Frankfurt School percaya bahawa televisyen boleh diumpamakan seperti dadah, iaitu alat yang melemahkan kebolehan remajauntukberfikirdanberimaginasi.Iamembayangkan remaja sebagai khalayak yang pasif dan bertanggapan bahawa mereka mener ima maklumat yang disampaikan melalui televisyen dengan tidak mempersoalkan kandungan maklumat tersebut dan seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk remaja meniru watak televisyen, terutamanya yang bersifat negatif seperti bertindak ganas dan rasis.

Pe rspek t i f ka j i an budaya pu la memperlihatkan remaja sebagai khalayak yang aktif dan berupaya untuk menolak atau bernegosiasi dengan teks televisyen. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mesej yang disampaikan oleh televisyen. Sebaliknya, mereka dikatakan bebas bersetuju, menolak atau separa setuju dengan mesej atau maklumat yang mereka dapati melalui penontonan televisyen (Hall, 1980).

Menurut Bramlett-Solomen dan Roeder (2008: 56), televisyen ialah bentuk media yang paling digemari oleh anak muda dan mereka menghabiskan banyak masa dengan televisyen berbanding dengan berbual secara bersemuka dengan orang lain. Oleh itu, televisyen mempunyai potensi yang besar dalam mempengaruhi corak pemikiran dan persepsi anak-anak muda. Dalam kajian mereka tentang pemaparan karakter mengikut kaum dalam iklan Nickelodeon, mereka mendapati bahawa sesetengah kaum dipaparkan secara stereotaip. Orang Amerika berketurunan Asia dan Afrika masih diberikan watak yang kurang penting berbanding dengan orang kulit putih. Bagaimanakah pemaparan kaum secara stereotaip mempengaruhi pemikiran dan persepsi remaja?

Televisyen dan Pembentukan Persepsi dalam Kalangan RemajaRivadeneyra et al . (2007, ms.262) berpendapat bahawa kurangnya representasi daripada pelbagai golongan sosial dan kaum boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap remaja. Hal ini kerana, televisyen bukan sahaja mendidik melalui perkara yang dipaparkan, tetapi juga secara tidak langsung memberikan informasi atau maklumat melalui perkara yang dengan sengaja tidak dipaparkan. Penyelidikan mereka tentang pemaparan kaum Latino dan impaknya

Page 81: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu

221Mahawangsa 1 (2): 219 - 228 (2014)

terhadap konsep kendiri remaja Latino menunjukkan bahawa remaja daripada etnik minoriti lebih berkemungkinan untuk terpengaruh secara negatif. Hal ini kerana, apabila mereka tidak terdedah kepada kepelbagaian atribut yang boleh dikaitkan dengan etnik mereka, mereka lebih mudah akan mempercayai watak stereotaip yang dipaparkan di televisyen sebagai realiti dan benar. Tambahan pula, bagi remaja, mereka sedang menghadapi tahap kritikal dalam membuatpenilaiankendiridandefinisidiri(Erikson, 1968) dan pendedahan kepada televisyen menjadi panduan bagi mereka untuk menerokai identiti yang berbeza, seperti yang diutarakan oleh McMillin dan Fisherkeller (2008).

Rivadneya et al. (2007) dan Bramlett-Solomen dan Roeder (2008) juga berpendapat bahawa televisyen mempengaruhi corak pemikiran remaja tentang kaum dan etnik. Menurut mereka “children are more likely than adult to believe what they see and hear on television” (Bramlett-Solomen dan Roeder, 2008: 1). Hal ini kerana mereka masih kurang pengalaman dalam kehidupan dan berkecenderungan untuk mempercayai cerita yang dipaparkan dalam televisyen sebagai sesuatu yang pernah berlaku dalam kehidupan sebenar dan merupakan realiti kehidupan yang sebenar.

Bramlett-Solomen dan Roeder (2008) percaya bahawa anak muda lebih berpotensi untuk menerima pengaruh televisyen kerana mereka berada dalam fasa pembentukan identiti dan perkembangan kognitif formatif. Walau bagaimanapun, kajian tersebut bersifat kuantitatif dan hanya melihat representasi kaum dalam watak di televisyen. Oleh itu, bukti empirikal, melalui kajian secara kualitatif, tentang bagaimana representasi watak berdasarkan kaum atau etnik dapat mempengaruhi pemikiran dan persepsi remaja, masih berkurangan.

Berbekalkan kajian literasi yang telah dibuat, pengkaji berminat untuk mengenal pasti persepsi remaja tentang identiti budaya diMalaysia,secaraspesifiknyabagaimanaremaja Melayu melihat atau mentafsir pemaparan kaum India dan Cina di kaca televisyen. Adakah mereka percaya dengan perkara yang dipaparkan? Apakah persepsi mereka tentang kaum tersebut?

METODOLOGISuatu kajian telah dijalankan di Selangor. Pengkaji telah membuat temu bual kumpulan fokus bersama remaja berumur antara 16 hingga 19 tahun yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Secara keseluruhannya, sebanyak 4 kumpulan telah terlibat dalam temu bual kumpulan fokus ini dan setiap kumpulan terdiri daripada lima remaja lelaki dan perempuan. Pemilihan responden remaja dari bandar telah dilakukan berdasarkan persampelan bola salju, iaitu melalui hebahan daripada kenalan dan setiap kumpulan terdiri daripada remaja yang mengenali antara satu sama lain dan pergi ke sekolah yang sama di Petaling Jaya. Sementara itu, remaja luar bandar pula berasal daripada sebuah bandar kecil, iaitu Kuala Kubu Bharu.

Jumlah responden yang terlibat sesuai seperti dicadangkan oleh Morgan (1996: 144), iaitu empat hingga enam kumpulan. Hal ini demikian kerana maklumat yang diperoleh pada satu tahap akan tepu dan sama dan tiada maklumat baharu dapat diperoleh. Walaupun sarjana seperti Merton, Fiske dan Kendall (1956) menyarankan bahawa kumpulan fokus lazimnya terdiri daripada lapan hingga dua belas responden, pengkaji telah mengehadkan jumlah individu kepada lima sahaja kerana kumpulan yang kecil lebih senang diurus dan disediakan suasana yang lebih selesa bagi para remaja untuk

Page 82: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

222 Mahawangsa (2): 219 - 228 (2014)

bersuara. Tambahan pula, Morgan (1996: 146) mengatakan bahawa kumpulan yang kecil akan menggalakkan peserta untuk berbual dan mengeluarkan pendapat.

Persoalan yang diajukan adalah berkisar tentang sikap menonton televisyen, pendapat mereka tentang identiti dan budaya kaum Cina dan India dan interaksi mereka bersama individu atau kumpulan daripada kaum tersebut. Hasil daripada temu bual tersebut telah dianalisis dan dikelaskan mengikut tema yang kerap kali muncul di sepanjang perbincangan, iaitu persepsi remaja di bandar dan persepsi remaja luar bandar tentang kaum Cina dan India di Malaysia.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Persepsi remaja di bandar: orang Cina tidak pernah miskinPerkara pertama yang dikaitkan dengan kaum Cina, oleh remaja yang telah ditemu bual ialah Kung Fu. Remaja Melayu yang ditemu bual menyatakan minat mereka terhadap aksi pergaduhan yang melibatkan Kung Fu dalam cerita Cina yang ditonton oleh mereka. Walau bagaimanapun, perlu diketahui, rancangan yang memaparkan aksi Kung Fu lazimnya diimport dari China atau Hong Kong dan bukanlah hasil produksi dan pernerbitan tempatan. Apa pula pendapat mereka tentang pemaparan kaum Cina dalam drama atau cerita tempatan? Rancangan yang kerap ditonton oleh remaja Melayu ialah rancangan berbahasa Melayu (Sabariah Mohamed Salleh, 2012). Oleh yang sedemikian, adalah penting bagi penulis untuk mencungkil pendapat mereka tentang pemaparan kaum Cina dalam drama dan rancangan tempatan. Menurut responden, dalam cerita tempatan, kaum Cina lazimnya memegang watak pengutip

hutang (Along) dan ganas. Suatu lagi karakteristik kaum Cina ialah mereka tidak pernah digambarkan sebagai kaum yang miskin.

Moderator : Ok, bila awak tengok televisyen, bagaimana mereka dipaparkan?Izza : Selalunya jadi Along. Gaduh dengan orang. Kutip hutang. Ganas.Lili : Kaya sangat-sangat. Tak pernah tengok Cina miskin.

(Kumpulan 1, October 2010)

Pendapat mereka tentang pemaparan kaum Cina di televisyen dan realiti adalah jauh berbeza. Dalam kehidupan seharian, mereka melihat kaum Cina sebagai berjimat cermat, mementingkan ikatan kekeluargaan, tidak semestinya kaya dan hidup senang, seperti yang lazimnya ditonton di televisyen.

Pendapat mereka tentang kaum India pula agak terhad. Hal ini sedemikian, mungkin kerana mereka jarang sekali menonton rancangan India dan kaum India juga amat jarang sekali memegang sebarang watak dalam cerita Melayu. Walau bagaimanapun, melalui pendedahan yang terhad terhadap kaum India, mereka sebulat suara bersetuju bahawa kaum India selalunya digambarkan sebagai agresif, ganas, pemabuk dan pekerja bawahan dan pekerja estet.

Moderator : Bagaimana pula (pendapat anda) dengan (kaum) India?Lili : Ha..kuat bergaduh! Pemabuk.Aizat : Kerja estet.

(Kumpulan 1, Oktober 2010)

Page 83: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu

223Mahawangsa 1 (2): 219 - 228 (2014)

Apa pula pendapat mereka tentang kaum India, dalam realiti kehidupan? Walaupun pendedahan mereka terhadap kaum India melalui rancangan televisyen adalah terhad, mereka mempunyai pelbagai pendapat tentang identiti budaya kaum India, yang mereka rasakan adalah realiti sebenar. Mereka berpendapat bahawa kaum India panas baran dan bercakap dengan tidak memikirkan baik buruk butir perbualan tersebut, ganas dan agresif. Pendapat mereka ini sejajar dengan pendapat mereka tentang bagaimana kaum India dipaparkan di televisyen.

Melalui temu bual di atas, didapati proses mendekod mesej adalah polisemik. Misalnya, kita dapat melihat bagaimana responden da lam kumpulan fokus mendekod mesej secara bertentangan dan hegemonik. Contohnya, pendapat mereka tentang bagaimana kaum Cina dipaparkan di televisyen dan sifat dan identiti budaya kaum Cina dalam kehidupan sebenar adalah berbeza. Dalam senario ini, bolehlah dikatakan bahawa remaja yang terlibat dalam kumpulan fokus di atas mendekod mesej secara bertentangan kerana pendedahan yang mereka dapat tentang kaum Cina, rancangan televisyen tidak mempengaruhi pendapat mereka tentang identiti budaya kaum Cina dalam kehidupan sebenar. Jadi, bagaimanakah mereka mencipta makna dan membentuk persepsi dalam kehidupan seharian?

Mel iha t kepada la ta r be lakang remaja tersebut, didapati bahawa mereka mempunyai banyak rakan berbangsa Cina dan Melayu berbanding dengan kaum India. Ini dapat merungkai cara mereka mendekod mesej dan membentuk pendapat tentang kaum tersebut. Misalnya, pendapat mereka tentang identiti budaya kaum India dalam realiti adalah sama dengan bacaan mereka

tentang bagaimana kaum tersebut dipaparkan dan digambarkan di televisyen. Hal ini, pada pendapat pengkaji, berlaku kerana remaja tersebut kurang bergaul dengan kaum India, maka sebarang maklumat yang mereka dapati tentang identiti budaya kaum India adalah berdasarkan daripada apa yang ditonton di televisyen. Berlainan pula dengan kaum Cina. Pendapat mereka tentang identiti budaya kaum tersebut jauh berbeza daripada apa yang mereka perhatikan di kaca televisyen. Pengkaji percaya, konstruksi persepsi tentang budaya, berkaitan dengan kaum Cina, banyak bersandar kepada sosialisasi dan interaksi mereka dengan individu kaum tersebut, yang membolehkan mereka mengenal pasti sebarang bentuk stereotaip dan ketidaksahihan representasi kaum tersebut dalam rancangan televisyen.

Persepsi remaja di luar bandar: Korea tidak sama dengan ChinaResponden dari luar bandar tinggal di kawasan yang majoritinya kaum Melayu. Oleh sebab itu, mereka banyak berkawan dan bergaul dengan remaja Melayu sahaja. Jadi, bagaimanakah mereka membina persepsi tentang kaum Cina dan India? Adakah pendedahan terhadap budaya kaum tersebut melalui program televisyen akan menggalakkan remaja untuk mengkonstruksi suatustereotaipyangspesifikuntukkaumtertentu?

Pertama sekali, melalui temu bual fokus yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa mereka menganggap kaum Cina dan Korea adalah sama. Apabila pengkaji memulakan perbualan tentang kaum Cina, perkara pertama yang diberitahu oleh mereka ialah mereka sangat meminati rancangan Cina. Namun demikian, selepas beberapa ketika,

Page 84: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

224 Mahawangsa (2): 219 - 228 (2014)

saya mendapat tahu rancangan Cina yang dimaksudkan adalah sebenarnya drama Korea.

Moderator : Katakan kita nak tahu lebih banyak tentang budaya kaum Cina, rasanya boleh tak (tahu) dengan menonton televisyen?Farah : Ya…mesti boleh punya. Saya suka tengok cerita Korea!!Zizi : Korea tu bukan Cina!!Farah : Tapi ada juga kan Cina…macam masa lawan-lawan?Amy : Bukan orang Korea sama dengan orang Cina ke?

(Kumpulan 2, September 2010)

Walau bagaimanapun, apabila mereka diajukan soalan tentang bagaimana kaum Cina digambarkan dalam rancangan tempatan, mereka berpendapat bahawa kaum Cina kaya dengan tradisi dan budaya. Namun demikian, jawapan mereka adalah agak kabur kerana mereka tidak berupaya untuk menerangkan apa yang dimaksudkan dengan tradisi dan budaya. Selain itu, mereka juga merasakan bahawa watak yang dipegang oleh kaum Cina di televisyen lazimnya bersifat negatif. Contohnya, mereka selalu dipaparkan sebagai pengutip hutang, Along dan penjual DVD haram.

Moderator : Bagaimanakah kaum Cina dipaparkan di televisyen?

Alisa : Cina...banyak tradisi.Moderator : Tradisi? Ada tak Cina dalam drama Melayu?Julia : AdaModerator : Watak apa yang selalu mereka pegang?Julia : Orang jahat.Azlan : Yea....macam Along, jual DVDMai : Ada juga Melayu kahwin dengan Cina.Azlan : Macam Talentime. Ada Melayu, Cina dan India, kan?Julia : Kalau Cina berlakon drama Melayu, dalam suasana kampung, dia akan jadi penjual ikan atau buah. Mesti ada perniagaan.

(Kumpulan 2, September 2010)

Salah seorang responden berpendapat bahawa budaya Cina tidak jauh bezanya daripada budaya Melayu kerana dia pernah menonton di televisyen, lelaki Cina pergi ke pengkebumian seorang pelakon Melayu. Namun, dia hairan kenapa pelajar Cina di sekolahnya pula tidak bergaul dengan kaum Melayu dan sebaliknya hanya berinteraksi dengan kaum Cina. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa responden keliru dan tidak pasti bagaimana untuk memahami sifat dan identiti budaya kaum tersebut kerana sifat mereka di televisyen dan dalam dunia sebenar adalah berbeza. Walau bagaimanapun, melalui dialog di atas, pemerhatian mereka akan kaum Cina di

Page 85: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu

225Mahawangsa 1 (2): 219 - 228 (2014)

televisyen menjadi titik referensi bagi sikap ‘sebenar’ kaum Cina. Rasa hairan dan keliru timbul apabila mereka merasakan orang Cina yang mereka kenal tidak berperangai atau berkelakuan seperti dalam televisyen, yang dianggap sebagai realiti. Mungkin ini terjadi kerana mereka tidak rapat dengan kaum lain.

Azlan : Saya kurang rapat dengan orang Cina di sekolah. Lagi pun mereka selalu bergaul sesama mereka sahaja.Julia : Yea...Cina selalu dengan Cina. India pun selalu dengan India.

(Kumpulan 2, September 2010)

Kaum India, sementara itu, dianggap sebagai warganegara kelas bawahan. Mereka dilihat sebagai pekerja buruh kasar dan juga pekerja di estet. Mereka dianggap ganas kerana lazimnya, watak kaum India dalam rancangan televisyen tempatan ialah mafiaataugangster.

Moderator : Ada tak India yang berlakon dalam drama?Mai : AdaAzlan : Mereka tu gangster!Julia : Tapi ada juga India jadi polis dalam Gerak Khas.1

Moderator : Kalau dekat Kampung, macam mana?Azlan : Jadi orang jahat. Tak pun, gila.Alisa : Pencuri.

1 Gerak Khas ialah sebuah drama tempatan.

Julia : Orang cuci longkang.

(Kumpulan 2, September 2010)

Adakah mereka menganggap kriteria tersebut – gangster, buruh kasar, penjahat – sebagai identiti budaya kaum India? Tidakdinafikan,adaahlikumpulanfokusyang tidak boleh memberi pendapat tentang persepsi mereka tentang kaum India, mungkin kerana kurangnya interaksi dengan kaum tersebut. Namun, banyak responden yang membayangkan kaum India memiliki ciri yang tersebut di atas. Sekali lagi, pengkaji melihat kurangnya interaksi dengan kaum India menyebabkan mereka membina persepsi tentang budaya India berdasarkan rancangan televisyen yang ditonton oleh mereka, dan secara tidak langsung memperkuat stereotaip ras yang wujud sejak zaman kolonial lagi. Pada zaman tersebut, pihak British telah mentadbir Malaya dengan menggunakan taktik pecah dan perintah (Mahathir, 2010: 15-16). Mereka telah membahagikan tugas antara tiga kaum utama di Malaya, iaitu Melayu, Cina dan India.

Kaum Melayu ialah petani yang seringkali dianggap sebagai kaum yang pemalas. Kaum Cina pula telah digalakkan untuk melibatkan diri dalam perniagaan dan India pula telah diberikan kerja sebagai buruh atau bekerja di estet dan ladang pertanian. Pemaparan ini nampaknya masih mendominasi cara watak kaum berkenaan dipaparkan dalam rancangan televisyen. Sungguhpun segregasi kaum ini berlaku pada zaman dahulu, namun, masih bermain-maindikotakfikiranremajadandianggapsebagai realiti (Sabariah, 2012).

Seperti kata de B’beri and Middlebrook (2009: 26), “television as with other mass media, has the power to represent and thus articulate a framework within which viewers

Page 86: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

226 Mahawangsa (2): 219 - 228 (2014)

consider the images they encounter. This very framework also provides the conditions for examining the ways in which practices of identity are being worked and reworked to become “invisible” or naturalised.” Dalam hal ini, watak yang dipaparkan secara stereotaip telah dianggap sebagai natural oleh remaja tersebut.

Ini juga boleh dikaitkan dengan apa yang Gonzales (2003: 299) katakan sebagai “subjek terlampir (appended subject)”.“[...]the appendage also characterises many of those material practices, objects, and signs that are said to construct forms of social and cultural identification. Signs grafted onto human subject such as clothing or names, projections of others based upon historical circumstances, location, and language enunciate both defining elements of that subject and part of an external, changing narrative into which that subject is drawn, voluntarily or involuntarily, as participant.” Watak kaum Cina dan India telah dipaparkan secara stereotaip dengan berterusan dan menyebabkan masyarakat mengaitkan identiti budaya yang dipaparkan ialah identiti sebenar masyarakat tersebut, walaupun sebenarnya tersasar jauh daripada realiti. Dalam hal ini, karekteristik dan sifat stereotaip ialah subjek terlampir apabila membicarakan kaum tertentu.

PENUTUPInteraksi antara media dengan audiens merupakan suatu perhubungan yang kompleks. Straubhaar (2008: 26) berpendapat bahawa budaya seringkali melalui proses transformasi dan menyebabkan “senses of identification can increase as forms of media bring them new and compelling cultural forms to identify”. Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Pertama sekali, untuk memahami bagaimana audiens melalui

proses transformasi budaya, adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana mereka mendekod teks media. Dalam kes ini, pengkaji melihat bagaimana audiens, dan secara khususnya audiens remaja, membina persepsi dan mencipta makna daripada rancangan televisyen yang ditonton oleh mereka, dan bagaimana makna tersebut menyumbang kepada pembentukan persepsi mereka tentang identiti budaya. Bagaimanakah mereka mendekod makna dan mengaplikasikan makna tersebut dalam kehidupan seharian mereka?

Remaja yang terlibat dalam temu bual kumpulan fokus ini berasal daripada dua latar belakang yang berbeza. Satu, dari kawasan luar bandar dengan status ekonomi yang rendah dan satu lagi dari kawasan bandar dengan status ekonomi yang tinggi. Daripada temu bual kumpulan fokus yang dijalankan, didapati akses kepada media, bagi kedua-dua kumpulan ini jauh berbeza. Kumpulan yang tinggal di kawasan bandar mendapat akses kepada pelbagai jenis media seperti televisyen satelit dan juga internet, manakala kumpulan dari luar bandar pula tidaklah terdedah kepada kemudahan tersebut. Adakah ini salah satu sebab mengapa cara mereka mendekod mesej daripada televisyen berbeza?

Morley (1980) dalam kajiannya mendapati bahawa ‘pembacaan’ teks televisyen berbeza-beza mengikut lokasi sosial, latar belakang dan status. Dia mengatakan: “It is always a question of how social position, as it is articulated through particular discourses, produces specific kinds of readings or decodings” (Morley, 1983, ms.113). Dengan kata lain, beliau berpendapat bahawa setiap individu menghasilkan makna dan persepsi yang berbeza, hasil daripada tontonan televisyen. Hasil dapatan kajian pengkaji selari dengan

Page 87: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu

227Mahawangsa 1 (2): 219 - 228 (2014)

pendapat Morley, iaitu, posisi sosial yang berbeza menghasilkan ‘pembacaan’ teks televisyen yang berbeza.

Interaksi dan sosialisasi bersama kaum lain juga memainkan peranan besar dalam membina persepsi remaja tentang kaum tersebut. Pendedahan kepada kaum India dan Cina melalui televisyen diterima bulat-bulat oleh remaja yang tidak selalu bergaul dengan kaum tersebut, sebagai suatu realiti. Ini menyebabkan mereka percaya kepada stereotaip yang dipaparkan di kaca televisyen sebagai benar.

Misalnya, remaja dari luar bandar pula kurang peka tentang kepelbagaian budaya, dan ini dapat dilihat apabila mereka membuat tanggapan bahawa kaum Cina dan Korea adalah sama. Stereotaip yang dipertonton di televisyen tentang kaum India dan Cina pula diterima sebagai realiti. Dalam hal ini, televisyen dapat dilihat sebagai titik rujukan bagi remaja luar bandar untuk mengenali kaum lain kerana tidak berpeluang untuk mengenali kaum Cina dan India dengan lebih rapat di sekolah atau kampung. Seperti yang dinyatakan oleh Hill (2005: 57-78), program televisyen mengkonstruksi realiti dan bagaimana penonton menghasilkan makna daripada representasi watak. Dalam kes ini, apa yang dilihat di kaca televisyen, iaitu tentang representasi watak kaum India dan Cina, dilihat sebagai benar, kerana mereka tidak berpeluang untuk mengenali kaum tersebut dalam kehidupan sebenar.

Hal ini berlainan dengan kumpulan remaja dari bandar. Mereka berinteraksi dan berkawan dengan remaja kaum Cina di sekolah. Secara tidak langsung, keadaan ini memberi kesan terhadap pembinaan persepsi mereka tentang kaum tersebut. Apabila ditanya tentang bagaimana kaum tersebut dipaparkan di televisyen, mereka sebulat suara berpendapat bahawa cara

kaum Cina dipaparkan di kaca televisyen adalah tidak benar dan tidak mencerminkan realiti. Namun, berlainan pula dengan kaum India. Bagi kaum tersebut, mereka berpendapat bahawa watak kaum India di televisyen mencerminkan realiti. Ini juga dapat dikaitkan dengan interkasi dan sosialisasi dengan kaum tersebut. Mereka jarang sekali bergaul dengan kaum India dan ini menyebabkan kesedaran dan kebolehfahaman mereka tentang kaum tersebut menjadi rendah dan menimbulkan persepsi yang stereotipikal.

Nyatanya, perbualan dan gosip serta interaksi dan sosialisasi menyumbang kepada proses pembentukan persepsi remaja Melayu terhadap identiti budaya kaum Cina dan India. Proses sosialisasi menggalakkan kepelbagaian budaya dan membolehkan remaja untuk menyangkal ideologi hegemonik (Fiske, 1987: 78) dan ini terbukti melalui cara kumpulan remaja dari bandar menyangkal dan menolak cara kaum Cina dipaparkan dalam rancangan televisyen tempatan dan melalui cara remaja luar bandar membina persepsi tentang kaum Cina dan India.

RUJUKANBramlett-Solomon, S., & Roeder, Y. (2008). Looking

at race in children’s television: Analysis of Nickelodeon commercials. Journal of Children and Media, 2(1), 56-66.

DeB’beri, E., & Middlebrook, R. (2009). The Paradox of National Identity: Region, Nation and Canadian Idol. Canadian Journal of Communication, 34, 25-40.

Durham, M. G., & Kellner, D. M. (2006). Media and Cultural Studies KeyWorks (Revised edition). UK: Blackwell Publishing.

Erikson, E. H. (1968). Identity, youth and crisis. New York: W.W Norton Company.

Fiske, John. (1987). Television Culture, London & New York: Methuan.

Page 88: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

228 Mahawangsa (2): 219 - 228 (2014)

Gonzales, Jennifer. (2003). The Appended Subject: Race and Identity as Digital Assemblage. Dalam Shohat, E. & R. Stam (Eds.). (2003). Multiculturalism, Postcoloniali ty, and Transnational Media (299-318). New Jersey: Rutgers UP.

Hall,Stuart ([1973]1980): ‘Encoding/decoding’.Dalam Durham, M. G & Kellner, D. M. (2006). Media and Cultural Studies KeyWorks (Revised edition) (163-173) UK: Blackwell Publishing.

Hill, A. (2005). Reality TV: Audiences and Popular Factual Television. USA: Routledge.

Kapur, J. (1999). Out of Control: Television and the Transformation of Childhood in Late Capitalism. Dalam Kinder, M. (Ed.). (1999). Kids Media Culture. Durham: Duke University Press.

Livingstone, Sonia. (2007). Do the media harm children?:ReflectionsonNewapproaches toan old problem. Journal of children and media, 1(1), 5-14.

Mahathir Mohamad. (2010). The Malay Dilemma (with a new preface) Singapore: Marshall Cavendish.

McMillin, D. C., & Fisherkeller, J. (2008). Teens, Television Characters and Identity. Kertas kerja dibentangkan dalam mesyuarat tahunan International Communication Association, TBA, Montreal, Quebec, Canada. Diakses daripada http://www.allacademic.com/meta/ p232608_index.html.

Merton, R. K, Fiske, M., & Kendall, P. (1956). The Focused Interview. Illinois: Free Press.

Morgan, David L. (1996). Focus Groups. Dalam Annual Review of Sociology, 22, 129-152.

Morley, D. (1980) The `Nationwide’ Audience: Structure and Decoding. London: British Film Institute.

Rivadeneyra, R., Ward, L. M., & Gordon, M. (2007). Distorted Reflections: Media Exposure and Latino Adolescents. Conceptions of Self. Media Psychology, 9, 261-290.

Sabariah Mohamed Salleh. (2012). Adolescents’ Engagement with the Media: A Process of Negotiating Meanings and Construction of Cultural Identity. (Doctoral Disertation). University of Vienna.

Straubhaar, J. (2008). Rethinking Cultural Proximity: Multiple Television Flows for Multilayered Cultural Identities. Kertas kerja dibentangkan dalam mesyuarat tahunan International Communication Association.

Straubhaar, J., & LaRose, R. (2004). Media Now: Understanding Media, Culture and Technology. New York: Wadsworth.

Straubhaar (2008). Global, Hybrid or Multiple: Cultural Identities in the Age of Satellite TV and the Internet in Nordicom Review 2/2008. Diakses daripada http://www.nordicom.gu. se/common/publ_pdf/ 269_straubhaar.pdf

Page 89: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 17 Julai 2014Diterima: 24 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Salmah Jan, N. M.), [email protected] (Hashim, M.)

*Penulis penghubung

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

Salmah Jan, N. M.* dan Hashim, M.Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKHubungan diplomatik merupakan hubungan dua hala antara sebuah kerajaan atau lebih dengan kerajaan lain.Kelangsunganhubungan inibanyakbergantungpadakemahiranberfikirketuanegara atau para diplomat (duta negara) dalam merangka strategi terbaik untuk melindungi kerajaan dan rakyatnya. Dari sudut lain pula, kejayaan sebuah negara dalam hubungan diplomatik akan meningkatkan martabat dan menaikkan imej di mata dunia. Hal ini dapat mewujudkan kebolehpercayaan negara lain untuk menjalinkan hubungan diplomatik. Namun, strategi tanpa mekanisme diplomatik yang tepat dan sesuai, sukar sesebuah kerajaan mencapai puncak kejayaan dalam hubungan tersebut. Artikel ini membincangkan mekanisme diplomatik dari sudut Islam yang digunakan oleh Rasullullah s.a.w. berdasarkan Teori Diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Wang Yang Boa (Ahmed Musa) sebagai pedoman kepada kerajaan Melayu Islam dalam mengaplikasikan mekanisme dalam naskhah Melayu tradisional.

Kata kunci: Diplomatik, Islam, kerajaan, mekanisme, Melayu, naskhah, sastera,

The Application of Islamic Diplomatic Mechanism in the Malay Traditional Manuscript

ABSTRACTDiplomatic relations is the bilateral relations of a government with one or more governments. The success of this relation heavily depends on the thinking skills of the Head of the government or diplomats (the country’s ambassador) in drafting the best strategy to protect the country and its

nations. From other perspectives, the success of a nation in diplomatic relations will elevate the dignity and reflect good impression in the eyes’s of the world. Hence, this will establish the country’s credibility, thus encourage other countries to foster diplomatic relationship. However, without accurate strategy and suitable diplomatic mechanism, it will not guarantee

Page 90: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

230 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

one’s government to achieve its greatest success of the relations. Therefore, this article will discuss the diplomatic mechanism from the Islamic perspective that was practised by The Prophet s.a.w. based on the Islamic Diplomacy Theory, which was introduced by Wang Yang Boa (Ahmed Musa) as a guidance to the Islamic Malay Government, to apply this mechanism in its traditional Malay manuscript.

Keywords: Diplomatic, Islam, government, mechanism, Malay, manuscript, literature

KONSEP UMUM HUBUNGAN DIPLOMATIKIstilah diplomatik sememangnya sangat s i n o n i m d a l a m b i d a n g h u b u n g a n antarabangsa. Apabila memperkatakan jalinan sesebuah hubungan, maka semua pihak akan tertumpu kepada istilah ini. Diplomatik, menurut Mokhtar Muhammad (2005: 18) ialah hubungan tersusun antara kerajaan dan merupakan rangka asas kepada perhubungan antara negara dengan menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara dalam perhubungan rasmi antara negara. Sesebuah hubungan diplomatik yang tersusun akan memudahkan terjalinnya hubungan kerjasama yang erat antara sesebuah kerajaan dengan kerajaan lain sama ada dari sudut hubungan sosial, budaya, agama, ekonomi ataupun politik. Sementara itu, Henderson (1998: 1) mentakrifkan diplomatik sebagai proses pembahagian kuasa antara negara pada peringkat antarabangsa.

Selain itu, Ensiklopedia Dunia (2005: 216) mendefinisikan diplomatik sebagai kaedah pengendalian perundingan antara negara. Ia melibatkan pembentukan dasar yang diikuti oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi negara lain, manakala Holsti (1983: 19) berpendapat bahawa diplomatik

merujuk kepada semua bentuk interaksi antara anggota pelbagai masyarakat (negara) sama ada disokong oleh kerajaan ataupun tidak. Di samping itu, Joshua S. Goldstein (1994: 1) mengatakan bahawa diplomatik merujuk kepada kajian tentang hubungan antara kerajaan. Di samping itu, beliau turut menekankan bahawa hubungan tersebut dipengaruhiolehfaktorgeografidansejarah.Terdapat pelbagai takrifan tentang istilah diplomatik yang diberikan oleh tokoh ilmuwan di atas namun dalam hal ini jelas menyatakan bahawa diplomatik merupakan hubungan yang terjalin antara dua atau lebih negara yang mempunyai matlamat dan kepentingan bersama. Apabila misi dan visi selari, hubungan diplomatik tersebut mudah terjalin. Oleh demikian, sesebuah negara dianggap perlu membentuk, mengatur, menyusun serta mengawal jalinan hubungan diplomatik dengan teliti agar hubungan yang terjalin itu tidak mudah terganggu dengan ancaman luar. Dengan perancangan yang sistematik, maka negara berkenaan berjaya membentuk pelbagai mekanisme diplomatik untuk digunakan sebagai penguat kepada sesuatu hubungan. Mekanisme diplomatik ini akan dibincangkan dalam topik berikutnya.

PRINSIP DAN MEKANISME DIPLOMATIK ISLAMPada zaman pra-Islam, hubungan diplomatik telah wujud di alam nusantara. Menurut Mohd Jamil Mukmin (2011: 71), kerajaan Melayu seperti Funan, Campa, Langkasuka dan Kedah Tua telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan besar seperti China, Arab dan India. Faktor utama hubungan tersebut terjalin ialah memperkembang aktiviti perdagangan, mengukuhkan agama Hindu-Buddha dan meluaskan pengaruh politik. Kesannya,

Page 91: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

231Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

kerajaan Melayu tersebut merupakan antara kerajaan Melayu yang kukuh dari segi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Kedatangan Islam ke nusantara telah berjaya membentuk pemerintahan sebuah kerajaan yang lebih sistematik. Di nusantara, Islam mula bertapak dianggarkan pada tahun 225 Hijrah bersamaan dengan 840M di Perlak (Hashim Musa, 2004: 40). Islam telah membawa perubahan besar dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya dalam hubungan diplomatik sehingga membentuk suatu tamadun bangsa yang kekal sehingga ke hari ini. Agama Islam menegaskan bahawa hubungan diplomatik perlu berdasarkan prinsip persaudaraan, persahabatan, dan perdamaian. Prinsip hubungan diplomatik menurut hukum Islam antara lain ialah menghargai manusia sebagai makhluk yang terbaik, menegakkan keadilan, persamaan, kemerdekaan, menepati janji, toleransi, mencegah kejahatan, dan bukannya mewujudkan peperangan dan permusuhan (H.A.Fuad Said, 2002: 409). Hal ini bertepatandenganfirmanAllahs.w.t.yangbermaksud :

Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi, dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

(al-Qasas: 83)

Walaubagaimanapun, terdapat tiga faktor yang membolehkan umat Islam dahulu melancarkan perang, iaitu membela dan mempertahankan diri atas serangan musuh terhadap negara Islam, menjaga keamanan, dan keselamatan negara daripada

serangan musuh, dan merosakkan akidah kaum Muslimin. Dengan kata lain, Islam tidak membenarkan umat Islam melakukan sebarang serangan terhadap musuh melainkan apabila mereka diperangi atau diceroboh terlebih dahulu. Meskipun perang lebih merupakan tindakan semula jadi tetapi peperangan dalam Islam bukanlah atas dorongan nafsu penaklukan dan peluasan wilayah. Tegasnya, Islam menggalakkan hubungan persaudaraan dan nilai moral serta prinsipnyayangberlandaskanal-Qur’ān(Golam W. Choudhury,1993: 171).

Muhammad Afifi Abdul Razak dan Azman Md Zain, (2003: 46) mengatakan bahawa Islam ialah suatu cara hidup berpolitik. Sebagai sebuah agama yang bersifat sejagat, menyeru ke arah pewujudan suatu bentuk hubungan antara manusia, bangsa dan negara merentasi sempadan nasional atau hubungan antarabangsa. Hubungan tersebut pula bukan hadir dalam bentuk kosong, malahan berpandukan prinsip khusus, iaitu prinsip diplomatik dalam hubungandiplomatik. ‘AbdulHamīdA.AbūSulaymān(1987)telahmembincangkanprinsip hubungan diplomatik yang menjadi pegangan kepada negara Islam untuk berhubungan dengan negara Islam lain dan dengan negara bukan Islam. Prinsip diplomatik Islam yang diketengahkan oleh ‘AbdulHamīdA.AbūSulaymān(AbdullahAbdul Majid, 1988: 119-128) adalah seperti yang berikut:a.) Berlandaskan Tauhid.b.) Berpegang kepada keadilan. c.) Keamanan, sokongan, dan kerjasama.

Ketiga-tiga aspek berkenaan ialah keperluan minimum bagi penyatuan Muslimin dalam arena perhubungan antarabangsa. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

Page 92: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

232 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

(Surah al-Hujurat: 10)

d.) Jihad. e.) Menghormati dan memenuhi iltizam.

Prinsip hubungan diplomatik Islam ini telah mengemukakan landasan yang dapat dicontohi oleh masyarakat Melayu Islam dalam mereka bentuk hubungan diplomatik dengan negara lain, sama ada negara Islam ataupun bukan Islam. Perkara ini menandakan bahawa konsep hubungan diplomatik yang dibawa oleh Islam bersifat global dan memperkembang horizon hubungan antara manusia. Tanpa berpaksikan prinsip ini, sesebuah negara khususnya negara Islam tidak akan mempunyai panduan atau cara yang betul untuk berdiplomatik dan begitu juga dengan negara bukan Islam. Negara bukan Islam tidak akan dapat memahami cara yang diaplikasikan oleh kerajaan Islam semasa kedua-dua negara berhubungan. Justeru, perkara ini akan membawa kesalahfahaman antara negara tersebut dan hal yang paling dikhuatiri sekiranya disebabkan perkara tersebut akan membawa negara tersebut ke kancah peperangan.

Selain prinsip hubungan diplomatik yangdiketengahkanoleh‘AbdulHamīdA.AbūSulaymān,WangYongBao(AhmedMusa) juga telah menyentuh prinsip yang hampir sama dalam teori yang diperkenalkan oleh beliau pada tahun 2009, iaitu Teori Diplomasi Islam. Menurut Wang Yong Bao (Ahmed Musa) (2009: 5), teori ini tercipta kesan daripada penyelidikan dan penelitian

beliau terhadap amalan dan corak diplomasi yang diaplikasikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat Baginda. Antara prinsip teori ini ialah a) agama universal (agama Islam), b) kebebasan beragama, c) keadilan, d) kesetaraan atau persamaan, e) Tasamuh (Toleransi ), dan f) hubungan damai dengan negara lain.

Dalam teori ini juga, Wang Yong Bao (Ahmed Musa) turut menekankan aspek mekanisme diplomatik Islam. Mekanisme ini menjurus kepada kaedah pengaplikasian pembentukan hubungan diplomatik. Selain itu, mekanisme ini turut menunjukkan kemahiran dan kebijaksanaan orang Islam dalammenyelesaikansesuatukonflikyangberlaku. Beliau yakin bahawa dengan penggunaan mekanisme diplomatik yang betul, keamanan dunia akan terus terpelihara. Antara mekanisme diplomatik Islam yang ditekankan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) ialah: a) mengirim surat, b) memberikan hadiah, dan c) menguasai bahasa asing.

Wang Yong Bao (Ahmed Musa) (2009: 29) mengatakan bahawa mekanisme diplomatik Islam ini berjaya kerana mementingkan unsur yang beretika, beradab, bersopan, dan berakhlak. Hal ini akan dapat mengelakkan perselisihan faham atau kekerasan berlaku. Dengan kata lain, mekanisme diplomatik ini digunakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara satu negara dengan negara lain, dan sebarang pertikaian yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya ia bukan didasari oleh rasa emosi dan iri hati. Oleh demikian, mekanisme diplomatik Islam yang diketengahkan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) ini akan dijadikan landasan utama dalam membincangkan topik seterusnya.

Page 93: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

233Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

MEKANISME DIPLOMATIK ISLAM DALAM NASKHAH MELAYU TRADISIONALSyed Muhammad Naquib a l -At tas (1972: 21) mengatakan bahawa Islam telah membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dalam kalangan istana tetapi juga sampai kepada akar umbinya; rakyat jelata. Sementara itu, Ali Ahmad, Siti Hajar Che Man dan Jelani Harun (2005: 37) menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib al-attas. Mereka mengatakan bahawa Islam mempunyai rasionaliti atau falsafah pemikiran yang tersendiri dalam mengasuh manusia menggunakan akalnya. Oleh itu, Islam bukan sahaja menggalakkan hubungan diplomatik yang rasional dan logik, tetapi Islam juga menggalakkan penyebaran ilmu secara meluasnya. Keadaan ini telah membantu para genius Melayu bergiat aktif dalam aktiviti penulisan manuskrip khususnya dalam bidang sastera tradisional, terutamanya dalam hubungan diplomatik kerajaan-kerajaan Melayu. Antara naskhah yang mengetengahkan tentang hal ini ialah Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Hang Tuah. Naskhah ini akan digunakan sebagai bahan perbincangan utama selain menggunakan beberapa contoh warkah Melayu yang berkaitan dengan hubungan diplomatik untuk mengukuhkan lagi perbincangan.

Naskhah di atas merupakan sumber penting yang menceritakan kegemilangan hubungan diplomatik orang Melayu, selain mencerminkan tahap keintelektualan Melayu dalam membentuk dan melaksanakan kaedah komprehensif agar sesebuah kerajaan itu berjaya mencapai objektif dalam menjalinkan hubungan diplomatik

dengan kerajaan lain. Menurut Hashim Musa (2008: 16-17), orang Melayu mempunyai kekuatan asasi yang membentuk hati budi mereka. Antaranya, kekuatan agama Islam sebagai anutannya. Islam telah menjalinkan kelompok Melayu dengan pan-Islam sejagat, menjadikan Melayu dahulu pendakwah Islam secara global. Di samping itu, penghayatan iman, ibadat, akhlak, ihsan, muamalat dan mu’asyarat yang bertunjangkan Islam menjadikan Melayu sentiasa berhubungan dengan kekuatan dan pertolongan Ilahi. Dengan elemen ini telah membantu orang Melayu terus gigih menebarkan hubungan diplomatiknya dengan kerajaan lain selain mengikut panduan diplomatik yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. khususnya dalam penggunaan mekanisme diplomatik Islam.

TATACARA MENGIRIM SURAT Surat merupakan salah satu medium atau alat yang digunakan untuk berhubung antara sesebuah negeri dengan negeri lain. Pada zaman awal perkembangan Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggunakan mekanisme jenis ini untuk berhubungan dengan negara luar. Ia merupakan diplomasi yang terkenal pada waktu itu. Pada mulanya, diplomasi jenis ini diaplikasikan dengan melantik seorang utusan atau diplomat untuk membawa surat ke negara asing dan kembali semula dengan membawa surat jawapan atau balasan daripada negara tersebut.

Merujuk kepada zaman moden, pada dasarnya menurut pendapat Wang Yong Bao (Ahmed Musa) (2009: 50), diplomatik dijalankan bergantung pada misi untuk menghantarkan dan menerima mesej atau surat, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Hal ini kerana, sememangnya diplomasi digunakan sebagai perantaraan

Page 94: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

234 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

atau untuk menghubungkan sebuah negara dengan negara lain. Walau bagaimanapun, orang Islam atau Muslim telah mengenal pasti dan menyedari kepentingan peranan diplomatik melalui surat dalam hubungan politik khususnya, dan dalam hubungan antarabangsa, pada amnya.

Berdasarkan kepentingan aspek tersebut, sebuah diwān (pejabat) yang khusus untuk menguruskan dokumen rasmi diplomatik telah ditubuhkan. Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah melantik beberapa orang kerani untuk menulis surat dan membalas surat raja dan ketua negara tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan sistem diwān berkembang giat di dalam negara Islam, apatah lagi sistem ini telah menjadi lebih maju daripada susunan kontemporari negeri lain. Selain itu, sebahagian ilmuwan Muslim seperti Al-QalqashandidanAl-Umarītelahmenulisbanyak risalah tentang panduan atau cara untuk membalas surat kepada negara asing(Al-Umarī,1312A.H,4-84).Segalausaha umat Islam dalam bidang ini boleh dirujukkepadakitabsucial-Qur’ān,denganmenekankan kepentingan membaca dan menulis(Al-Qur’ān,96:1-5).

Dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama yang telah menggunakan mekanisme diplomatik pertama ini. Buktinya, Baginda telah mengirim surat kepada Raja Heraclius (Rom), kepada Raja Khosrau II (Persia) dankepadaGabenorAl-MunzirbinSāwī(Bahrain). Salah satu contoh kandungan surat yang dikemukakan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) ialah surat kepada Al-Muqawqis (ketua negara Mesir). Dalam kandungan surat tersebut, Baginda telah memulakannya dengan tanda hormat dan menyeru ketua negara Mesir untuk memeluk agama Islam dan menjanjikan

ganjaran dua kali ganda daripada Allah s.w.t. untuk penerimaannya dan pengikutnya terhadap agama Islam serta memberi amaran kepadanya sekiranya dia menolak Islam, maka dia perlu bertanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk rakyatnya.

Selain itu, Wang Yong Bao (Ahmed Musa) (2009: 51) mengatakan bahawa kesemua surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada ketua negara berkenaan dimeterai dengan menurunkan cap mohor melalui cincin Baginda sendiri. Hal ini kerana, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan atau adat kepada mana-mana negara, sekiranya surat tersebut tidak dimeterai dengan cap mohor, raja atau ketua-ketua negara tidak akan membaca surat tersebut. Di samping itu, surat yang telah dicap mohor tidak akan dapat ditiru oleh sesiapapun. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. telah menggunakan cincin perak milik Baginda untuk menjadi tanda kepada surat dan dokumen yang dihantar oleh Baginda. Di samping itu, beliau juga mengatakan bahawa selepas kewafatan Baginda, pemimpin negara Islam terus menggunakan kaedah tersebut serta mereka bentuk cap rasmi untuk diri mereka sendiri. Kesan daripada peristiwa tersebut, kebanyakan negara moden pada hari ini telah mengaplikasikan cara Nabi Muhammad s.a.w. semasa mengirim surat kepada mana-mana negara, khususnya dalam penggunaan cap mohor.

Antara tatacara yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. semasa Baginda mengutus surat berdasarkan pendapat Wang Yong Bao (Ahmed Musa) (2009: 52) ialah:a.) Surat diplomatik tersebut dimulai

dengan nama Allahb.) Menyatakan nama penghantar dan

jawatannya

Page 95: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

235Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

c.) Menggunakan kata panggilan hormat kepada penerima

d.) Memberikan salame.) Menyampaikan mesej Islam dengan

menggunakanayatal-Qur’ānseperti:

“Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammd s.a.w. itu Pesuruh Allah.”

f.) Mengandungi mesej yang jelas dan lengkap

g.) Mengecap surat dengan menggunakan setem khas.

D a l a m k e s u s a s t e r a a n M e l a y u tradisional, surat atau warkah digunakan sebagai medium utama dan menjadi wahana komunikasi secara tulisan masyarakat Melayu pada zaman kesultanan Melayu. Ia menjadi salah satu medium perantaraan utama sebuah kerajaan untuk berhubung antara satu sama lain, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Menurut Siti Mariani S.M Omar (2001: 1), warkah Melayu lama merupakan manuskrip terawal yang dihasilkan oleh masyarakat zaman silam untuk pelbagai tujuan dan kepentingan. Ia digunakan sebagai saluran komunikasi dan sebagai saluran perhubungan ikatan silaturahim antara kerajaan, pembesar, antara pembesar dengan pemerintah Barat dan antara pembesar di Kepulauan Melayu. Oleh itu, warkah Melayu lama merupakan sumber sejarah yang amat penting bagi sesebuah negeri yang menggambarkan keadaan ekonomi, sosial, politik, dan sejarah pada zamannya.

Selain dijadikan sumber premium kepada jalinan hubungan, warkah Melayu menjadi medan tulisan untuk menyampaikan pendapat, cadangan, dan pemikiran orang Melayu. Menurut catatan sejarah, Sultan

Muzaffar Syah merupakan raja Islam pertama di Melaka yang telah memulakan tradisi mengirim warkah. Pemilihan warkah sebagai alat penghubung diplomatik disebabkan oleh peranannya yang dapat mewujudkan satu persembahan informasi yang menarik tentang pengirim warkah dan mampu memberi kesan, terutamanya untuk menarik minat kerajaan lain dalam menjalinkan hubungan diplomatik.

Tatacara pengutusan warkah orang Melayu kepada kerajaan luar sememangnya mengikut tatacara yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang dinyatakan sebelum ini. Warkah yang diutus akan menggunakan nama Allah s.w.t. di bahagian kepala surat. Kepala surat merupakan suatu ungkapan ringkas yang ditulis dalam bahasa Arab dan terletak di bahagian paling atas surat. la ditulis dengan tulisan yang cukup menarik dengan pelbagai bentuk seperti kapal, sampan, dan sebagainya. Dalam sesebuah warkah, kepala surat mempunyai konotasi tertentu yang cuba digambarkan oleh seseorang pengirim warkah (Ab Razak Ab Karim, 2005: 187). Kebiasaannya perkataan-perkataan seperti al-Haqq, al-Wahid, al-Karim, al-Aziz, al-Ghaffar, al-Fattah dan ar-Rahim sering dipilih dan digunakan. Contohnya, Surat Sultan Abu Hayat dari Ternate kepada Raja Portugal (1522) yang menggunakan istilah Al-Hamd li- ’llāh Rabb al- ‘Alamīn, Yā ‘Aziz Yā Ghaffār (Annabel Teh Gallop, 1994: 196), dan Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja Inggeris James I, AH 1024 (AD 1615) dengan perkataan Huwa ’llāh ta’ala (Annabel Teh Galop, 1994: 197).

Penggunaan nama Al lah s .w. t . bertujuan untuk memberitahu penerima bahawa kerajaan yang menghantarkan surat beragama Islam. Nama Allah s.w.t. digunakan adalah untuk menyatakan bahawa

Page 96: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

236 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

kehidupan orang Islam adalah hanya untuk Allah s.w.t. Tanpa izin dan redha-Nya, tidak mungkin akan berlaku sesuatu perkara yang dihajati oleh manusia, terutamanya dalam menjalinkan hubungan diplomatik. Selain itu, secara tersiratnya, hal ini adalah untuk mewujudkan perasaan ingin tahu orang bukan Islam tentang Islam dan bahasa Arab. Perkara ini merupakan dakwah kecil yang membawa makna besar kepada pihak pengirim.

Seterusnya, butir diri seperti nama dan jawatan, serta panggilan hormat kepada penerima akan ditemukan pada perenggan awal warkah tersebut. Perkara ini disatukan dalam satu perenggan dan diistilahkan sebagai kata puji-pujian. Menurut Abdul Razak Abdul Karim (2006: 26), kata puji-pujian merupakan perkara yang penting dalam struktur warkah Melayu lama. Beliau turut mengatakan bahawa kata puji-pujian merupakan lakuan bahasa, iaitu sebagai phatic communion atau pembuka komunikasi. Manakala, pujian yang paling indah menurut Annabel Teh Gallop (1994: 62), merupakan cerminan kecekapan seni surat-menyurat Melayu, yang membayangkan keagungan dan keunggulan tamadun istana kerajaan Melayu, tempat asal usul surat ini. Ia juga memperlihatkan bahawa peradaban Melayu sangat mahir dengan tatacara surat-menyurat Parsi, yang ternyata banyak mempengaruhi bentuk surat-menyurat Melayu.

Di samping itu, dari sudut perbincangan lain, kata puji-pujian ini merupakan perkara asas kepada pengenalan diri sesebuah kerajaan kepada pihak pengirim. Pengenalan diri menurut Koentjoro (1989) merupakan langkah yang diperlukan oleh seseorang untuk dapat menjalankan kehidupan secara efektif. Namun dalam hal ini, pengenalan diri merupakan langkah yang diambil oleh

sesebuah kerajaan untuk mempromosikan sultan dan kerajaannya secara efektif dan efisen, selain mengangkat martabat penerima warkah bagi mengikat tumpuan mereka untuk terus menerus membaca perbicaraan kandungan yang dibicarakan sehingga pengakhiran isi warkah. Hal ini penting kerana ‘pertemuan pertama secara tulisan’ itu akan memberikan cerminan kepada latar belakang secara keseluruhan dan niat pihak pengirim. Sebagai ‘tanda’ kepada pengenalan diri tersebut, masyarakat Melayu akan memilih perkataan yang baik dan bersopan untuk memulakan isi perbicaraan, iaitu dengan menekankan aspek puji-pujian kepada pihak penerima. Sudah menjadi lumrah manusia amat suka dengan puji-pujian. Hal ini kerana, dengan puji-pujian tersebut mereka merasakan diri lebih dihargai. Selain itu, bagi pihak pengirim pula, mereka lebih gemar menonjolkan sifat merendahkan hati seperti tidak sombong dan bongkak. Hal ini akan mewujudkan keakraban antara pengirim dan juga penerima warkah.

Raja Ali Haji (1892: 69-70) telah memberikan garis panduan tentang penggunaan kata pujian bahasa Melayu seperti kata beliau:

Kemudian, baharu le takkan perkataan yang menceraikan perkataan puji-pujian dengan perkataan yang dimaksudkan iaitulah “wa ba’ dahu” atau “amna ba’ duh”. Dan terlebih baik dan ter lebih sempurna daripada menyebutkan’’daripada kalam al-mazkur” dan terlebih nasihat daripada diberikan makna ‘’adapun kemudian daripada itu”, kerana makna “amma ba’duh” itu iaitu “adapun kemudian daripada itu”.

Page 97: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

237Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

Di bawah ini merupakan antara contoh isi kandungan warkah Melayu yang kaya dengan kata puji-pujian untuk tujuan diplomatik:

Contoh 1 : Surat Sultan Abdul Jalil Riayat Syah dari Johor dan Pahang kepada Perancis Louis XV, 1719 - (BN Mal.-Pol 223)

Cap: Sultan Abdul Jalil Riayat Syah ẓillAllāhfīal-‘ālamibnBendaharaSeri Maharaja Habib

Qawlah al-ḥaqqSurat kasih serta tulus dan ikhlas serta dengan suci hati selagi ada peridaran cakrawala matahari dan bulan menerang alam saadah ini, iaitu daripada Sultan Abdul Jalil Riayat ẓillAllāhfīal-‘ālamyangdi atas tahta kerajaan dalam negeri Johor dan Pahang serta dengan segala daerah takluknya sekalian datang kepada Louis Quinze setiawan yang meneguhkan setia muafakat dengan segala sahabatnya karib dan baid, ialah yang masyur wartanya kepada medan peperangan di laut dan di darat lagi dengan kemenangan dan kesenangan, maka beta pinta kepada Allah subhanahu wa taala Tuhan segala alam lanjut umur dan banyak beroleh untung kebajikanlagidalamsihatdanafiat.

(Annabel Teh Gallop, 1994: 198)

Kata puji-pujian di atas merupakan cara memuji yang berkesan dalam menarik hati penerima warkah dalam menerima warkah yang diutus oleh pengirim. Penerima

warkah bukan sahaja merasakan dirinya dihargai malahan kekuatan kerajaan serta pentadbirannya turut diperakui kehebatannya. Pengiktirafan tersebut tambah membanggakan diri penerima apatah lagi yang memberi kata puji-pujian tersebut ialah daripada pihak raja Melayu. Justeru, langkah ini bukan sahaja menyenangkan hati pihak penerima, malah turut menimbulkan rasa kekaguman kepada sikap kesederhanaan golongan raja yang tidak bongkak, walaupun mempunyai darjat dan daulat yang tinggi. Di samping itu, ia turut menyerlahkan sikap raja yang tidak kedekut dan tidak ego dengan memberikan kata puji-pujian kepada mereka. Sifat ini merupakan kelakuan bermoral yang ditunjukan oleh orang Islam dalam berhadapan dengan orang bukan Islam, khususnya dalam hubungan diplomatik.

Selain mesej yang jelas dan lengkap serta memberi salam, mengecap dengan menggunakan cap mohor peribadi sultan merupakan unsur Islam yang sangat nyata dalam hubungan diplomatik kerajaan Melayu. Nabi Muhammad seperti yang dinyatakan sebelum ini menggunakan cincin perak Baginda untuk dijadikan cap mohor. Cap mohor ini penting kerana ia merupakan lambang kepada keperibadian sultan khususnya dari segi kuasa dan kewibawaaan. Menurut Annabel Teh Gallop (1994: 44), masyarakat Melayu telah menggunakan cap mohor selama lebih daripada seribu tahun dan cap tulisan Sanskrit telah digunakan oleh raja Sriwijaya. Cap mohor pertama yang dapat dikesan telah digubahkan oleh Sultan Alauddin Syah (1589-1604) dari Aceh dan Baginda telah menggunakan cap mohor yang ditulis dalam bahasa Arab dalam warkah yang dihantar kepada Harry Middleton pada tahun 1602. Selepas itu, cap mohor kedua

Page 98: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

238 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

telah digunakan oleh Kimalaha Abdul Kadir dari Ambon apabila Baginda menghantar warkah kepada Gabenor Syarikat Hindia Timur pada 23 Mei 1658.

Cap sultan kebiasaannya mempunyai lapan kelopak bunga dan dalam kelopak tersebut tertera nama sultan, gelaran sultan dalam bahasa Arab dan tahun pemerintahan seseorang sultan itu. Selain itu, ungkapan Islam seperti al-wāthiq bi-’llāh,ẓill Allāh fī al- ‘Alām dan Allah Muhammad turut digunakan dalam cap mohor Melayu. Misalnya, dalam warkah Sultan Idris kepada Tengku Mahmud, Baginda menggunakan cap yang berbunyi: Paduka Seri Sultan Idris al-Azim yang Dipertuan Negeri Perak, 1300H. Dalam warkah Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah kepada Sultan Ahmad di Terengganu pula, cap yang digunakan berbunyi: Al-Malik Allah al-mannan al-muwafiq abdihi al-zaman Sultan Abdul Rahman Muazam Shah Ibnu Malik al-Hadi Raja Muhammad Yusuf Ahmad. Di antara dua garis bulatan cap ini tertulis van Ligga Riouw En Onderhoorigheden.

Mekanisme diplomatik Islam dengan menggunakan surat atau warkah sebagai interaksi secara tulisan yang utama dapat membina serta mengukuhkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain. Dengan kata lain, menerusi medium ini, masyarakat Melayu Islam berjaya mengembangkan hubungan dengan orang lain sehinggakan dapat merentasi sempadan sesebuah negara. Dengan menggunakan tatacara sistematik seperti amalan Rasulullah s.a.w., kebanyakan warkah yang dihantar oleh kerajaan Melayu Islam seperti Melaka, Johor, Kedah, Aceh diterima baik oleh kerajaan luar misalnya, British, Belanda dan Portugis. Penerimaan baik oleh kerajaan luar terhadap kerajaan Melayu Islam ini disebabkan oleh akal budi Melayu yang dapat dikaitkan dengan

pendapat Tenas Effendy (2008: 12) dalam rangkap puisi beliau, iaitu:

“Apa tanda Melayu yang bijak, berfikir dahulu sebelum bertindak, Apa tanda Melayu beradab, berfikir dahulu sebelum bercakap, Apa tanda Melayu bertuah, berfikir dahulu sebelum bermadah, Apa tanda Melayu berakal, berfikir dahulu sebelum berbual”.

PEMBERIAN HADIAH SEBAGAI PENGIKAT DIPLOMATIKDalam sejarah hubungan manusia, pertukaran hadiah antara ketua negara melalui wakil atau diplomat merupakan fungsi utama yang mana telah dilaksanakan dan dikekalkan untuk menunjukkan hubungan mesra antara negara. Tradisi yang baik ini, turut tidak diabaikan oleh Islam dan telah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad hingga ke hariini.Dalamal-Qur’ānadamenyebutkanbahawa hadiah daripada Balqis, iaitu permaisuri Sheba kepada Nabi Sulaiman merupakan antara contoh terbaik pertukaran hadiah dalam kalangan ketua khususnya sebelum kedatangan Islam, iaitu dalam surah al-Naml ayat ke 35 yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku akan mengirim kepada mereka suatu hadiah, dan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan itu.”

Page 99: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

239Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Bertukarlah hadiah, dan membawa bersama-sama hubungan yang baik” (Al-Ṣana‘ānī,1379:85). Malahan sebelum Baginda wafat, Baginda telah berpesan kepada orang Muslimin agar menggunakan mekanisme ini untuk melaksanakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbās bahawaNabi Muhammad s.a.w. berkata di hari terakhirnya, “...berikan (hadiah kepada) perwakilan sepertimana saya telah memberikan hadiah kepada mereka...”( Al-Bukhārī,1320A.H/1902M:121).Selainamalan Nabi Muhammad, raja dan ketua negara dan lain-lain suku juga telah memberi hadiah kepada Nabi Muhammad. Sebagai contoh seperti yang diriwayatkan oleh Imam ‘Alī:Kisra(rajaParsi)telahmenyampaikanhadiah kepada Rasulullah s.a.w. dan Baginda telah menerimanya; Qasyar (Rom) menyampaikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w. dan Baginda telah menerimanya; dan raja-raja lain menyampaikan hadiah dan Baginda menerimanya (Wang Yong Bao (Ahmed Musa), 2009: 53).

Pada zaman kesultanan Melayu, pemberian hadiah juga menjadi amalan dan suatu kemestian apabila bertandang ke kerajaan luar. Setiap kunjungan atau warkah yang diutus sudah pasti akan diiringi dengan hadiah yang beraneka ragam. Hadiah yang diberikan kepada kerajaan luar merupakan hadiah yang sangat bernilai, berkualiti, dan mahal harganya. Annabel Teh Gallop (1994: 78) mengatakan bahawa bingkisan atau hadiah selalunya dihantar pada peringkat permulaan hubungan mesra antara dua pihak. Sementara bagi hubungan diplomatik yang sedia terjalin, pemberian hadiah akan dijadikan sebagai pengukuh hubungan antara kerajaan. Misalnya, Sultan Iskandar

Muda Johan Pahlawan Mahkota Alam (1590-1636), iaitu pemerintah kerajaan Aceh Darussalam telah menghantar utusannya ke Turki (Rom) dengan membawa hadiah. Kunjungan tersebut diterima baik oleh Khalifah Turki Osmaniyah dan telah mengirim hadiah balasan berupa sebuah meriam dan penasihat militer untuk membantu memperkuatkan angkatan perang kerajaan Aceh (Fadhullah Jamil, 1984: 40).

Dalam kesusasteraan Melayu tradisional terdapat lima kategori barangan yang dijadikan hadiah kepada penerima, iaitu: a) barangan kemas, b) wang ringgit, c) hamba raja, d) haiwan, dan e) peralatan senjata. Antara bukti-bukti pemberian hadiah ini dalam naskhah Melayu tradisional ialah: a.) Semasa pemerintahan Sultan ‘Ala ad-

Din dalam kerajaan Aceh, Baginda telah menghadiahkan aksesori barangan kemas kepada kerajaan Sungai Ujong yang ditadbir oleh Raja Besar. Sebagai balasan, Raja Besar telah mengahwinkan anak perempuan dengan Sultan ‘Ala ad-Din. Peristiwa ini dapat ditemukan dalam Hikayat Aceh. Contoh petikan:

Maka Sultan ‘Ala ad-Din pun memeri titah kepada Penghulu Anbia serta membawa alangan daripada tutup sanggul mas dan subang mas dan gelang mas dan beberapa daripada pakaian.

(Teuku Iskandar, 2001: 22)

Tujuan utama pemberian hadiah tersebut ialah Sultan ‘Ala ad-Din ingin mengukuhkan kuasanya dalam kerajaan Aceh sebagai pemerintah yang baharu naik takhta.

b.) Pemberian hadiah berupa hamba raja merupakan hadiah yang tidak

Page 100: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

240 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

dapat dinilai dari sudut harga seperti pemberian hadiah ‘hamba raja.’ Hamba raja yang dipilih itu akan sedia berkhidmat dan mencurahkan taat setia mereka kepada ‘kerajaan baru’ tersebut. Hamba raja meliputi lelaki, wanita dan budak. Dalam Sulalatus Salatin, Raja Mansur Syah, iaitu sultan Melaka telah menghadiahkan ‘hamba’nya kepada Betara Majapahit untuk mengeratkan hubungan diplomatik. Contoh petikan di bawah ini merupakan hadiah ‘hamba raja’ kerajaan Melaka kepada Majapahit:

Maka Sultan Mansur Syah pun memilih Anak Tuan-tuan yang baik-baik empat puluh orang, dan “perawangan” yang asal empat puluh orang.

(A.Samad Ahmad, 2010: 118)

Tujuan baginda menghadiahkan hamba baginda kepada Betara Majapahit adalah untuk mengubah persepsi negatif Majapahit terhadap kerajaan Melaka. Sultan Mansur Syah ingin membuktikan bahawa niat baginda berkunjung ke Majapahit ialah menjalinkan hubungan diplomatik-sosial dan bukannya ingin menguasai kerajaan Majapahit. Segala tanggapan negatif Majapahit ini ada kaitannya dengan peristiwa ‘Majapahit menyerang Temasik’ semasa pemerintahan Raja Iskandar (A. Samad Ahmad, 2010: 69). Raja Iskandar ialah seketurunan dengan Sultan Mansur Syah.

c.) Raja Kedah dalam naskhah Tuhfat al-Nafis diceritakan oleh Raja Ali Haji selaku pengarang naskhah telah memberikan hadiah kepada opu-opu Bugis sebanyak lima belas bahara

emas kerana membantu baginda mempertahankan kerajaan Kedah. Buktinya:

Maka lalu berjanji Raja Kedah dengan opu-opu itu apabila hasil maksudnya (itu) maka ia/pun hendak/ memberi hadiah kepada opu-opu itu (yang membantunya) lima belas bahara wang. Maka jawab opu-opu itu, “Mana-mana suka Raja Kedah, kerana saya semua ini ke mari tiada lain hanyalah /akan/ menolong Raja Kedah jua adanya”. (Virginia Matheson Hooker, 1998: 83)

d.) Dalam Salinan Surat Raja Kedah kepada Lord Minto yang bertarikh 26 Zulkaedah 1225 (23 December 1810) (Annabel Teh Gallop,1994: 211) menyatakan bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ibn al-marhum Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah (sultan Kedah) telah mengirim hadiah atau bingkisan yang berupa senjata tradisional Melayu seperti badik dan tombak di samping sepasang sampak emas pakaian orang Melayu kepada Tuan Lord Minto yang pada masa itu mentadbir kerajaan negeri Benggala Darul Makmur.

Maka tiadalah sesuatu hadiah beta kepada sahabat beta yang patut jadi permainan mata, hanyalah badik berterapang sebilah dan tombak sepasang sampak emas pakaian orang Melayu, tiadalah dengan sepertinya seumpama sekuntum bunga adanya akan jadi barang gunanya, maka jangan kiranya diaibkan.

Page 101: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

241Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

(Annabel Teh Gallop,1994: 211)

e.) Paduka Seri Sultan Ismail Raja Bima telah menghadiahkan dua pasang kuda yang berwarna merah, sepasang kuda kembang ekor haiwan kepada Baron van der Capellen. Hadiah ini dinyatakan dalam Surat Sultan Bima kepada Baron van der Capellen, bertarikh 1 Safar 1239, bersamaan dengan 7 Oktober 1823.

Syahadan adalah Paduka Sultan dengan sekalian menteri akan mengzahirkan tanda tulus ikhlas beserta percintaan yang tiada berkeputusan, iaitu dua pasang kudah merah dan sepasang kudah kembang dua r-y-n dan satu bunggus lilin yang tiada dangan sepertinya.

(Annabel Teh Gallop,1994: 224)

Seruan Rasulul lah s .a .w. untuk memberikan hadiah kepada kerajaan luar telah diikuti oleh orang Melayu dalam usaha mereka menjalinkan hubungan diplomatik. Buktinya, orang Melayu sangat kreatif dalam memberikan hadiah kepada orang luar. Ia sememangnya menimbulkan kesan yang baik, yang mana penerima hadiah akan merasa gembira, rasa dihormati dan berpendapat bahawa orang Melayu ialah bangsa yang pemurah. Dari sudut tersiratnya, pemberian hadiah ini sebenarnya memperlihatkan kehidupan masyarakat Melayu yang kukuh dari segi ekonominya dan berpegang kepada ajaran agama Islam. Setiap tingkah laku dan tutur kata Nabi Muhammad s.a.w. akan sentiasa dijadikan pedoman dalam hidup mereka.

MENGUASAI BAHASA ASINGBahasa merupakan alat yang penting dan menjadi perantaraan dalam urusan diplomatik di peringkat antarabangsa. Dalamal-Qur’ān,terdapatbanyakayatyangmenekankan tentang aspek ini. Antaranya: Surah al-Nahl, ayat 33-34,yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami (Allah) mengetahui, bahawa mereka itu berkata: “Sebenarnya dia (Muhammad s.a.w....) diajar oleh seorang manusia.” (Padahal) lisan (bahasa) orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah lisan (bahasa) asing, sedang (al-Qur’ān) ini lisan (bahasa) Arab yang nyata.

Seterusnya, memetik kata Ibn Hajar al-’Asqalani yang menyatakan bahawa para ilmuwan Islam, “ adalah perlu sesebuah kerajaan untuk mempunyai penterjemah” [Wang Yong Bao (Ahmed Musa), 2009: 54].PadaawalkemunculanIslam,bahasaGreek merupakan bahasa perantaraan dalam pemahaman antara manusia, dan bahasa tersebut juga digunakan untuk mempelajari falsafah, logik, matematik, ilmu falak, sejarah, dan budaya. Bahasa Latin kemudiannya telah menggantikan bahasa Greek, setelah kejatuhan Tamadun Greek. Oleh itu, bahasa Latin telah menjadi bahasa diplomatik pertama dalam sejarah sebagaimana disahkan oleh beberapa keturunan Rom pada hari ini. Selepas agama Islam tersebar luas, bahasa Arab menjadi bahasa dominan dalam hubungan antarabangsa, lebih lagi pada kurun ke-9 SM. Manakala, pada zaman moden ini, terdapat banyak bahasa yang dianggap sebagai bahasa diplomatik yang utama dalam PBB, antaranya, bahasa Arab, bahasa

Page 102: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

242 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, dan bahasa Cina (Khalf, 1989: 48). Pada masa sekarang, bahasa Inggeris merupakan bahasa global dan bahasa yang berkuasa dalam urusan antarabangsa (Wang Yong Bao (Ahmed Musa), 2009: 55).

Dalam mekanisme ini, perwakilan dan diplomat perlu belajar bahasa asing dan menguasai bahasa tersebut kerana diplomasi memerlukan komunikasi dengan negara dan rakyat yang menggunakan bahasa yang berbeza. Dengan menguasai bahasa asing, diplomat akan dapat menambah ketepatan pemahamannya kepada pertukaran urusan dan memudahkan pencapaian utusan rasmi negara. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan para sahabat Baginda untuk belajar bahasa asing untuk membalas surat yang diterima oleh Baginda daripada raja dan ketua negara lain.

Seperti yang diriwayatkan oleh Al-Tarmidhī (1300 A.H /1882M:67-68) daripada Zayd bin Thābit: “Rasulullah mengarahkan saya untuk mempelajari bahasa Yahudi untuk Baginda; Baginda berkata, ‘Saya bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya saya tidak mempercayai surat yang bertulis daripada orang Yahudi’; dia (Zaid) berkata, “Saya telah menguasai untuk dia (bahasa Yahudi) dalam masa kurang daripada bulan setengah.’ Dia (Zayd) berkata, ‘apabila saya telah menguasai (bahasa Yahudi); apabila Baginda ingin menulis (surat) kepada orang Yahudi, saya menulis kepada mereka; dan apabila mereka (orang Yahudi) menulis surat kepada Baginda, saya menterjemahkan surat mereka untuk Baginda.

Hadis ini menekankan keperluan m e m p e l a j a r i b a h a s a a s i n g d a l a m menjalankan hal ehwal diplomatik (Wang Yong Bao (Ahmed Musa), 2009: 55). Kesannya, banyak daripada raja yang berlainan bahasa dan bukan beragama Islam telah menghantar surat kepada Rasulullah s.a.w. dengan menggunakan bahasa Arab. Hal ini kerana pada waktu itu, negara tersebut menghormati personaliti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, mereka berusaha mempelajari bahasa Arab untuk berhubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sehubungan dengan itu, di Tanah Melayu, golongan sultan menggunakan mekanisme diplomatik Islam ketiga ini sebagai salah satu strategi dalam menjayakan hubungan diplomatik mereka. Strategi tersebut ialah dengan menghantar utusan yang menguasai bahasa asing. Pengarang Hikayat Hang Tuah menceritakan bahawa Hang Tuah telah berjaya menguasai 12 bahasa, antaranya bahasa Nagaram (bahasa Keling), bahasa Siam, Cina, Jawa, Mesir, Arab, dan Rom atau Turki (Hassan Ahmad, 2005: 149). Hang Tuah merupakan Laksamana Melaka dan juga ditugaskan sebagai utusan kerajaan. Hang Tuah mengetahui bahawa dengan menguasai ilmu bahasa antarabangsa dapat membantu mempermudahkan urusan diplomatik kerajaan Melayu Melaka dengan kerajaan di sekitarnya. Selain itu juga, hal tersebut dilakukannya sebagai persiapan awal untuk bergaul dengan masyarakat sama ada di dalam atau di luar lingkungannya. Dengan mengetahui banyak bahasa, membolehkan wira budaya Melayu ini (Hang Tuah) menjadi diplomat Melayu yang berjaya dan berkesan di luar negeri. Menurut Lokman Abdul Samad (2001: 75), pengetahuan yang mantap dalam menguasai bahasa asing memberikan keyakinan diri kepada Hang

Page 103: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

243Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

Tuah, khususnya apabila berurusan dengan negara luar. Tambah beliau lagi, pemaparan pengetahuan Hang Tuah terhadap bahasa asing ini menjadikan beliau seorang diplomat yang disegani dan dikagumi manakala, Zainal Abidin Borhan (2010: 75), keupayaan Hang Tuah menguasai 12 bahasa asing pada masa itu berkaitan dengan kedudukan Melaka itu sendiri sebagai sebuah city-state, negara kota, emporium, sebuah kota perdagangan. Abu Hassan Sham (1980: 31) mengatakan bahawa berkat pengajian Hang Tuah yang diterimanya sejak kecil lagi telah membantunya mengecapi kejayaan tersebut.

Berikut beberapa contoh petikan yang menunjukkan Hang Tuah bertutur dalam bahasa asing.a.) Bahasa Nagaram (Benua Keling)

Mendengar sembah Laksamana dalam bahasa Nagaram itu, maka Kisna Rayan dan bendahara mangkabumi dan segala raja-raja dan menteri yang mengadap itu pun hairan tercengang-cengang, kerana melihat Laksamana tahu bahasa Nagaram itu, kerana segala raja-raja dan menteri yang banyak itu berpilih yang tahu akan bahasa Nagaram itu. Maka Kisna Rayan pun gemar melihat laku Laksamana berkata-kata itu dengan bahasa Keling itu fasih lidahnya dan manis mukanya dan dengan merdu suaranya, patut ia berkata-kata itu.

(Kassim Ahmad, 1997: 392-93)

b. Bahasa Rom

Maka Ibrahim Kakan pun kasih mesra rasanya, kerana melihat laku Laksamana berkata-kata dengan

bahasa Rom itu, terlalu manis mulutnya dan fasih lidahnya.

(Kassim Ahmad, 1997: 509)

Penguasaan bahasa asing sangat penting untuk seseorang itu mengetahui lebih mendalam serta memahami adat dan budaya sesebuah masyarakat. Hal ini akan merapatkan jurang tanpa sempadan yang terbina selama ini. Rasa hormat menghormati dan menghargai antara sesebuah kerajaan lebih tinggi berbanding kerajaan yang gagal menguasai lebih daripada satu bahasa dan hal ini akan membantu memudahkan hubungan diplomatik terjalin.

Kesan yang diperoleh daripada penguasaan bahasa asing yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai mekanisme diplomatik Islam ialah dapat :a.) merungkaikan ruang sempadan antara

sesebuah kerajaan dengan kerajaan lain, b.) melancarkan komunikasi, c.) mengakrabkan hubungan, d.) mempromosikan adat dan budaya

sesuatu bangsa, dane.) memperoleh ilmu pengetahuan bangsa

lain.

KESIMPULANMekanisme diplomatik Is lam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditekankan dalam pembinaan Teori Diplomasi Islam yang diulaskan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa), ternyata memberi kesan positif kepada mana-mana kerajaan, terutamanya kerajaan Melayu Islam yang mengamalkannya. Mekanisme ini bukan sahaja tertumpu kepada hubungan diplomatik semata malahan kekuatan ukuhwah terbina melaluinya. Hal ini merupakan motif

Page 104: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

244 Mahawangsa (2): 229 - 245 (2014)

sebenar wujudnya mekanisme ini dan ia menepati matlamat sebenar hubungan diplomatik, iaitu toleransi, keserataan dan hubungan damai antara negara (Wang Yong Bao (Ahmed Musa), 2009: 2). Selain itu, istimewanya mekanisme diplomatik Islam ini ialah ia sangat mementingkan etika, adab, sopan, dan akhlak. Hal ini dapat dilihat mekanisme melalui pengiriman surat. Ia dibentuk dengan tatacara yang mempunyai unsur sensitif kepada penerimanya. Di samping itu, pemberian hadiah sama ada kawan ataupun lawan sangat dituntut dalam Islam agar hubungan yang baik akan bertambah baik manakala hubungan permusuhan akan bertukar kepada hubungan persahabatan.

Tanpa penguasaan ilmu bahasa asing sukar untuk sesebuah kerajaan berjaya dalam aspek ini. Keterbatasan dalam mengetahui bahasa akan menyukarkan untuk sesebuah kerajaan berhubungan dengan pelbagai kerajaan. Rasulullah s.a.w. juga menuntut agar diplomat Baginda mempelajari bahasa asing untuk melancarkan komunikasi dan seterusnya mengetahui tentang adat dan budaya sesebuah bangsa itu. Dalam kerajaan Melayu terutamanya kerajaan Melaka telah menyahut seruan tersebut dengan menghantar utusan yang mengetahui pelbagai bahasa. Kesannya, hubungan diplomatik Melaka berkembang luas sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang berpengaruh di nusantara, sehinggakan Tome Pires pada tahun 1512 dalam Suma Oriental of Tome Pires (Armando Cortesao (ed.),1944: 287) menyatakan bahawa ‘Barang siapa menguasai Melaka, maka ia akan dapat menguasai Venice. Venice pada masa itu merupakan sebuah pelabuhan yang besar di Eropah bagi barang dagangan daripada Asia. Begitu gahnya kerajaan Melayu Islam pada masa itu.

BIBLIOGRAFIAb. Razak Ab. Karim. (2005). Warkah-Warkah

Kesultanan Melayu Lama Koleksi Perpustakaan Malaysia: Analisis Komponen dan Binaan warkah. Jurnal Pengajian Melayu,15, 183-201.

Ab. Razak Ab. Karim. (2006). Warkah Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A.Samad Ahmad (Penyl.). (2010). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu (Edisi Kesepuluh). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah bin Abdul Majid. (1988). Perhubungan Antarabangsa Menurut Teori Islam: Arah Baru Metodologi dan Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

AbdulHamīdA.AbūSulaymān.(1987).Towards an Islamic Theory of International Relations:New Directors for Methodology and Thought. Herndon, VA: International Institute of Islamic Thought.

Abu Hassan Sham. (1980). Diskusi Peristiwa-Peristiwa dari Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Al-Bukhārī,Abū‘AbdillahMuḥammadbinIsmāil.(1320 A.H). Al-Ṣaḥiḥ. Egypt: Al-Maṭba ‘ah al-Khayiriyyah.

Ali Ahmad, Siti Hajar Che Man & Jelani Harun. (2005). Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Al-Ṣana‘ānī,Muhammadbin Ismā‘īlbinṢalāḥ. (1379). Subl al-Salām Sharḥ Blūgh al-Marām min Adillah al-Aḥkām(4thed.)Beirut:DārIḥyā’al-‘Arabī.

Al-Tirmidhī,Muhammadbin‘IsậbinSūrah.(1300A.H). Jāmi ‘al- Al-Tirmidhī or Al-Sunnan (Vol 5.). India: Ṭūbi‘fīDahali.

Annabel Teh Gallop. (1994). Warisan Warkah Melayu. London: The British Library.

Armando Cortesao (ed.).(1944). The Suma Oriental of Tome Pires (Jilid Dua.). London: Kakluyat Society.

Choudhury, G.W. (1993). The Prophet Muhammad His Life And Eternal Message. Kuala Lumpur: WHS Publications Sdn. Bhd.

Ensiklopedia Dunia. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 105: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

245Mahawangsa 1 (2): 229 - 245 (2014)

Fadhulullah bin Jamil. (1984). Perhubungan antara Kerajaan Aceh dengan Semenanjung Tanah Melayu. Satu Tinjauan Sejarah di Sekitar Abad ke-16 hingga Abad ke-17 Masihi. Nusantara, 12, 37-58.

H.A.Fuad Said. (2002). Ketatanegaraan Menurut Syari‘at Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Musa. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya dan Pusat Dialog Peradaban.

Hashim Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hassan Ahmad. (2005). Minda Melayu dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dalam Anwar Ridhwan (Penyl.), Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henderson, C.W. (1998). International Relaction: Conflict and Cooperation at the Turn of the 21st Century. Boston: McGraw-Hill.

Holsti, K.J. (1983). International Politics:A Framework for Analysis. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Hooker, Virgina Matheson. (Penyl.). (1998). Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. (2007). Undang-undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Joshua S. Goldstein. (1994) International relations. New York: HarperCollins.

Kassim Ahmad (Penyl.). (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan.

Koentjoro. (1989). Konsep Pengenalan Diri dalam AMT. Yogyakarta: Fakulti Psikologi UGM.

Lokman Abdul Samad. (2001). Hikayat Hang Tuah: Suatu Pembicaraan Karya Agung dari Pelbagai Aspek. Kota Kinabalu:Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Jamil Mukmin. (2011). Sejarah Hubungan Diplomasi Kerajaan Melayu: Satu Tinjauan. Jurnal IKSEP, 2, 71-90.

Mokhtar Muhammad. (2005). Perhubungan Antarabangsa: Konsep dan Konteks. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.

MuhammadAfifiAbdulRazak&AzmanMdZain.(2003). Hubungan Antarabangsa dan Dunia Islam. Jurnal YADIM, 5, 46-71.

Raja Ali Haji. (1982). Bustan al-Katibin. Dalam Hashim Musa (Penyt.)(2005), Bustan al-katibin. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan

Siti Mariani S.M Omar. (2001). Warkah Raja-Raja Melayu di Pusat Manuskrip Melayu. Kertas Kerja dalam Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu. Hotel Quality, Kuala Lumpur. 2-5 Julai.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tenas Effendy. (22 Oktober 2008). Syarahan Raja Ali Haji. Berita Harian, ms.12.

Teuku Iskandar Teuku Ali Basyah (Penyl.). (2001). Hikayat Aceh . Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Wang Yong Bao (Ahmed Musa). (2009). Diplomacy: Theory and Practice in Islam. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa.

Wilkinson, R.J. (1985). Kamus-jawi-Melayu-Inggeris:A classic jawi-Malay-English. Melaka: Baharudinjoha.

Zainal Abidin Borhan. (2010). Peranan Hang Tuah dalam Memartabatkan Bahasa Melayu. Dalam Mohd Yusoff Hashim (Penyl.), Hang Tuah Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.

Page 106: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 107: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 247 - 256 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 2 Mei 2014Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Siti Nor Azhani Mohd Tohar), [email protected] (Adlina Ab. Halim), [email protected] (Ku Hasnita Ku Samsu), [email protected] (Hashim Musa)

*Penulis penghubung

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

Siti Nor Azhani Mohd Tohar1*, Adlina Ab. Halim1, Ku Hasnita Ku Samsu1 dan Hashim Musa2

1Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia2Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor

ABSTRAKIbnu Khaldun (1332-1406) dalam buku beliau, Mukadimah banyak membincangkan pengaruh semangat kekitaan dalam jatuh bangun sesebuah tamadun. Sehubungan itu, tujuan makalah ini adalah untuk membincangkan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam pembinaan tamadun Malaysia melalui pengaplikasian teori semangat kekitaan atau ‘assabiyyah yang diutarakan oleh Ibnu Khaldun. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan kerana ia merupakan wadah penting dalam membina perpaduan seluruh masyarakat multietnik. Pengukuhan tamadun Malaysia bergantung kepada kejituan perpaduan rakyat multietniknya dan penerapan semangat kekitaan yang kukuh.Antaranya melalui satu bahasa kebangsaan sebagai identiti yang dikongsi bersama. Namun, untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam situasi percampuran etnik ini bukan suatu yang mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuh. Justeru, pengaplikasian teori semangat kekitaan Ibnu Khaldun adalah penting dalam menangani cabaran ini.

Kata kunci: Bahasa Melayu, Ibnu Khaldun, multietnik, semangat kekitaan, tamadun Malaysia

Ibn Khaldun’s Theory of Sense Belonging and Enhancing the Malay Language in Malaysia

ABSTRACTIbn Khaldun (1332-1406) in his book, The Muqaddimah discussed the influence of sense belonging in the rise and fall of a civilization. Hence, the purpose of this paper is to discuss about enhancing Malay language as the national language in Malaysian civilization through the application of the theory of sense belonging or

Page 108: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

248 Mahawangsa (2): 247 - 256 (2014)

‘assabiyyah introduced by Ibn Khaldun. Malay language should be upheld because it is an important instrument in building multi ethnic society. To strengthen Malaysian civilization, it depends on the multi ethnic unity and the inculcation of the sense belonging through a national language as a shared identity. Yet, to uphold the Malay language in the situation of mixed-ethnic is not an easy task and many challenges need to be addressed. Thus, the application of Ibn Khaldun’s theory of sense belonging is important in addressing this challenges.

Keywords: Malay language, Ibn Khaldun, multi ethnic, sense of belonging, Malaysian civilization

PENGENALANIbnu Khaldun (1332-1406) ialah seorang sejarawan Islam dan bapa sosiologi1 yang banyak memperkatakan ilmu ketamadunan. Ideologi Ibnu Khaldun bersandarkan penelitian kritikal beliau terhadap tamadun yang dibina oleh masyarakat Arab pada zamannya dan tidak bersandar kepada andaian semata-mata, sebaliknya merujuk kepada peristiwa sejarah yang pernah berlaku2. Menurut beliau, sejarah adalah berkenaan organisasi sosial manusia yang berkait rapat dengan sifat semula jadi peradaban. Antaranya ialah perasaan dalam satu golongan iaitu semangat kekitaan 1 Menurut Syed Farid Alatas (2006) terdapat beberapa sarjana barat dalam abad ke19 telah menggelar Ibnu Khaldun sebagai bapa sosiologi.2 Menurut Syed Farid Alatas (2012) Ibnu Khaldun menilai kemungkinan yang wujud daripada fakta sejarah dan peristiwa yang pernah berlaku melalui penganalisisan beliau terhadap sifat manusia dalam masyarakat. Dalam hal ini, Ibnu Khaldun mewarisi tradisi Islam klasik yang menggunakan kaedah demonstrasi (burhan).

(assabiyah) (Ibnu Khaldun, 2009, Rosenthal, 1986).

Selari dengan itu, Malaysia juga sedang mencipta sejarah menerusi organisasi sosialnya yang terdiri daripada masyarakat multietnik. Kepelbagaian masyarakat multietnik ini menyebabkan Malaysia sentiasa berusaha untuk memperkukuh satu semangat kekitaan yang dapat dikongsi dan dihayati bersama oleh seluruh rakyatnya. Walaupun Malaysia pernah menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 yang menyaksikan perpecahan kaum antara Melayu dengan Cina namun, bahasa Melayu masih kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk mewujudkan elemen sepunya yang dapat dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, sanjungan kepada bahasa Inggeris melebihi bahasa Melayu turut menyukarkan hasrat perlembagaan melaksanakan sepenuhnya Dasar Bahasa Kebangsaan. Oleh yang demikian, Malaysia dan masyarakat multietniknya perlu melihat kembali pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui semangat kekitaan yang sama untuk memastikan bahawa Malaysia dapat membina kegemilangan tamadunnya.

PERMASALAHAN DAN OBJEKTIFSemenjak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Selain itu, bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa kebangsaan dan kempen penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan, kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Ini bertujuan agar rakyat lebih memahami peranan bahasa Melayu sebagai simbol jati diri kebangsaan dan sebagai pemersatu hubungan antara kaum.

Page 109: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

249Mahawangsa 1 (2): 247 - 256 (2014)

Namun, bermula tahun 1990-an, kerajaan Malaysia telah mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai reaksi kepada arus globalisasi, terutamanya dalam institusi pendidikan negara. Antara langkah yang dilaksanakan kerajaan Malaysia ialah Dasar Liberalisasi Pendidikan dalam Era Globalisasi (1990-2000) yang menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di kolej dan universiti, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17 (1) yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk mengecualikan mana-mana institusi pendidikan daripada menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu dan Akta IPTS 1996 Fasal 41 yang membenarkan penggunaan bahasa yang lain daripada bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di IPTS (Hashim Musa, 2005; Suffean Hussin, 2009).

J u s t e r u , s e h i n g g a k i n i s o a l memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, simbol jati diri, bahasa pengantar ilmu, bahasa pemersatuan dan bahasa kemajuan semakin dipinggirkan. Mengikut pandangan Jeniri (2009) dan Ismail Hussein (1985), semakin banyak individu, terutamanya dalam kalangan golongan elit Melayu yang mengabaikan tanggungjawab dalam menjaga maruah bahasa Melayu dan menghakis kedudukan bahasa Melayu sehingga menimbulkan krisis keyakinan masyarakat terhadap martabat bahasa Melayu itu sendiri. Isu ini diperkukuh dengan dapatan kajian lepas bahawa masyarakat masih mempunyai sikap negatif terhadap bahasa Melayu (Juriah Long, 2010; Mohd Noor Azli Ali Khan, et al., 2011; Nor Hashimah Jalaluddin, et al., 2010;ZulkifleyHamid,et al., 2010).

Dalam konteks makalah ini, semangat kekitaan yang utuh antara masyarakat

multietnik di Malaysia amat diperlukan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana satu bahasa yang dikongsi bersama mempamerkan kesatuan hati setiap anggota masyarakatnya.

Jus teru , makalah in i ber tu juan untuk menerangkan secara konseptual pemartabatan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia melalui pengaplikasian teori semangat kekitaan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun.

KAEDAH KAJIANKajian ini ialah kajian kepustakaan dengan mengkaji beberapa bahan ilmiah termasuk dua bahan ilmiah utama, iaitu buku Mukadimah yang dikarang oleh Ibnu Khaldun dan telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2009 serta buku The Muqaddimah: Abd Ar Rahman bin Mohammed Ibn Khaldun, terjemahan bahasa Inggeris oleh Franz Rosenthal (1986). Dua buku ini dirujuk sebagai sumber utama memandangkan buku ini ialah terjemahan daripada buku asal Mukadimah oleh Ibnu Khaldun dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahan ilmiah lain turut dikaji sebagai bahan sokongan.

TEORI SEMANGAT KEKITAAN IBNU KHALDUNIbnu Khaldun ialah seorang sejarawan yang meneliti sesebuah tamadun melalui fakta sejarah yang pernah berlaku. Hasil pemikiran kritikal beliau dapat mengungkap ilmu ketamadunan yang relevan dari zaman kehidupannya sehingga pada masa sekarang. Walaupun perbincangan beliau banyak tertumpu kepada tamadun bangsa Arab namun, didapati pandangan yang dibawa

Page 110: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

250 Mahawangsa (2): 247 - 256 (2014)

melalui karyanya, Muqaddimah merupakan hasil kerja yang bermutu, relevan dan dapat diterjemahkan untuk hampir keseluruhan tamadun yang terbina (Toynbee, 1962; Sarton, 1975).

Ibnu Khaldun telah mengemukakan model tiga tahap perkembangan tamadun, iaitu i) tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh perasaan kekitaan untuk memenuhi keperluan asas, ii) tahap kehidupan bertamadun yang dicirikan oleh kelahiran sistem berkerajaan yang melahirkan golongan pemerintah yang berbeza kehidupan mereka daripada rakyat jelata, kemudiannya disusuli oleh pertumbuhan bandar. Walau bagaimanapun, kelas pemerintah akan dibuai dengan kemewahan dan perasaan semangat kekitaan dalam kalangan rakyatnya menjadi lemah, dan iii) tahap lemah atau kejatuhan yang disebabkan oleh peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat keki taan seterusnya membawa kepada perpecahan politik dan ekonomi (Muhsin Mahdi, 1957; Wan Hashim Wan Teh, 1997). Ibnu Khaldun begitu menekankan semangat kekitaan yang kuat dalam kabilah padang pasir yang datang menawan bandar yang telah lemah semangat kekitaan. Seterusnya, kumpulan kabilah ini membina tamadun di tempat tawanannya dan mencapai tahap keselesaan serta menikmati kemewahan. Akibat daripada keselesaan dan kemewahan ini, semangat kekitaan kabilah yang kuat ini akan pudar. Apabila keadaan ini terjadi, bandar tersebut akan terdedah untuk ditawan pula oleh kabilah padang pasir lain yang masih mempunyai semangat kekitaan yang lebih kuat. Inilah yang berlaku seterusnya secara kitaran dan menentukan jatuh bangunnya sebuah tamadun yang dipengaruhi oleh semangat kekitaan yang dimiliki oleh bangsa tamadun

tersebut (Darling, 2007; Syed Farid Alatas, 2011).

Ini menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun begitu mengekspresikan kehebatan atau kekuatan semangat kekitaan yang dapat menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun. Antara asas utama dalam teori jatuh bangunnya sesebuah tamadun dan sumbangan utama dalam analisis Ibnu Khaldun ialah semangat kekitaan (S. F. Alatas, 2006; Darling, 2007). Semangat kekitaan wujud dalam tiga keadaan iaitu, i) semangat kekitaan yang didasari oleh pertalian darah, ii) individu yang menerima dan mengamalkan semangat kekitaan kaum tempat menetapnya yang baru setelah meninggalkan kaum asalnya, dan iii) semangat kekitaan yang didasari hubungan hamba abdi dan hubungan untuk mendapatkan perlindungan (Dhaouadi, 1997). Namun, semangat kekitaan yang dibincangkan oleh Ibnu Khaldun bukan sepenuhnya didasari oleh pertalian darah atau kekeluargaan. Ia turut didasari oleh faktor keagamaan kerana agama berfungsi mengukuhkan lagi solidariti (Muhsin Mahdi, 1957; Syed Farid Alatas, 2011). Seterusnya, semangat kekitaan ini terbina dan merujuk kepada perasaan kumpulan, perpaduan sosial, sentimen masyarakat, sayang-menyayangi dan kerjasama yang erat dan baik. Kesemua ciri ini ialah perkara asas dalam kerjasama antara ahli masyarakat sesebuah negara yang berkongsi budaya, agama dan praktis sosial yang sama. Apabila hubungan yang rapat ini berlaku, semangat saling bantu-membantu, berkorban sehingga sanggup mati untuk mempertahankan satu sama lain akan wujud (Al-Roubaie, 2009).

Walaupun semangat kekitaan yang dibincangkan oleh Ibnu Khaldun amat menekankan semangat kekitaan yang

Page 111: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

251Mahawangsa 1 (2): 247 - 256 (2014)

didasari oleh pertalian darah, namun menurut Al-Roubaie (2009) masyarakat moden kini yang bersifat heterogenus iaitu mempunyai kepelbagaian etnik, agama dan budaya dalam sesebuah masyarakat atau negara dapat mengaplikasikan ciri semangat kekitaan yang dibincangkan oleh Ibnu Khaldun. Walaupun tidak mempunyai pertalian darah atau kaum yang sama dalam satu-satu kawasan namun, ciri semangat kekitaan yang dibincangkan dalam teori semangat kekitaan Ibnu Khaldun iaitu sayang-menyayangi, bantu-membantu, hormat-menghormati, kepatuhan kepada pemimpin dan undang-undang, sanggup berkorban demi negara dan bangsa serta berani mengajukan saranan untuk kebaikan bersama boleh dibentuk untuk menyatukan semua kaum yang pelbagai dalam satu acuan kebangsaan yang sama.

Justeru, dalam situasi masyarakat moden sekarang, semangat kekitaan sebagaimana yang ditekankan oleh Ibnu Khaldun, perlu diambil kira walaupun tamadun yang ingin dibina terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan pertalian darah. Sekiranya individu dalam sesebuah tamadun itu mempunyai kesedaran untuk membangunkan negaranya, individu tersebut perlu menyemai kecintaan kepada negara yang boleh digerakkan melalui satu semangat kekitaan yang dikongsi oleh semua kaum yang ada dalam tamadun tersebut.

PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI WADAH PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIATahap paling minimum sesebuah tamadun perlu mempunyai bahasa dan tulisan yang merupakan antara salah satu ciri asasnya kerana bahasa merupakan wadah dan

wahana ketamadunan serta ketamadunan dicorakkan serta diwarnai oleh sistem bahasanya (Hashim Musa, 2010; Wan Hashim Wan Teh, 1997). Justeru, bahasa berperanan sebagai identiti dan penegak sesebuah tamadun (A. Aziz Deraman, 2010; Hashim Musa, 2005; Juriah Long, 2008). Ini menunjukkan bahawa bahasa merupakan elemen penting dalam sesebuah tamadun. Manusia yang berperanan sebagai penggerak tamadun perlu saling berinteraksi antara satu sama lain dalam sistem sosial, akan berinteraksi melalui satu bahasa yang saling difahami antara satu sama lain.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bahasa yang dimiliki oleh 67.4% bumiputera Melayu, Sabah & Sarawak, 24.6% Cina, 7.3% India dan 0.7% etnik lain-lain (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010) menghadapi cabaran utama ke arah menggunakan satu bahasa semasa berinteraksi. Untuk itu, penentuan satu bahasa yang dapat dikongsi bersama oleh semua etnik di Malaysia telah dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 (1), bahawa:

“Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen”.

Perkara 152(1) ini telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dipilih kerana ia sebahagian daripada kontrak sosial dan unsur tradisi dalam Perlembagaan (Asmah, 1989; Nazri Muslim & Abdul Latif Samian, 2012). Ini secara langsung memudahkan kefahaman dan mengelakkan

Page 112: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

252 Mahawangsa (2): 247 - 256 (2014)

penyalahtafsiran dalam interaksi pelbagai etnik seterusnya dapat membina perpaduan yang diidam-idamkan3.

Sehubungan i tu, keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara disedari penting dalam membina tamadun Malaysia. Perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatukan melalui perkongsian bahasa kebangsaan yang berperanan sebagai simbol identiti kebangsaan, penanda kerakyatan, wahana pengungkapan etos kebangsaan, alat penyatuan dan instrumen kemajuan rakyat dan negara (Teo Kok Seong, 2010). Melalui satu bahasa yang dikongsi secara bersama oleh masyarakat multietnik dapatmelambangkanidentifikasitamadunMalaysia.

Sehubungan itu, keperluan untuk menetapkan satu bahasa kebangsaan adalah penting untuk menyatupadukan rakyat pelbagai asal keturunan dan bahasa pertuturan (Nazaruddin Mohd Jali, et al., 2003). Peristiwa 13 Mei 1969 dianggap telah memberikan kesedaran kepada kerajaan tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu (Juriah Long, 2008). Untuk itu, bahasa adalah antara faktor utama dalam membangunkan tamadun Malaysia yang didiami oleh masyarakat multietnik pelbagai bahasa. Kepelbagaian bahasa ini tidak memungkinkan penyatuan antara kaum kerana interaksi antara mereka sukar

3 Walau bagaimanapun menurut Shamsul Amri Baharuddin (2011) bahawa ‘acuan Malaysia’ sebenarnya telah dibentuk oleh ‘kesepaduan dalam kepelbagaian’ (cohesion in diversity) dengan destinasi terakhirnya unity in diversity atau perpaduan nasional. Dalam kata lain, ‘perpaduan’ yang kita idamkan itu masih dalam bentuk work-in-progress yang tidak boleh dihitung dan dinilai dengan nombor kaku.

berlaku melalui bahasa yang saling tidak difahami antara satu sama lain. Jelaslah bahawa peranan bahasa kebangsaan dapat merapatkan jurang antara kaum. Apabila berlakunya interaksi melalui satu bahasa yang dikongsi dan difahami, terbinalah perpaduan yang utuh seterusnya saling bekerjasama membangunkan tamadun Malaysia.

Justeru, melalui bahasa, tertegaknya tamadun yang didasari oleh ikatan semangat kebangsaan yang saling dikongsi oleh seluruh warganegara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Penyatuan dan perpaduan melalui satu bahasa ini dapat menggalakkan interaksi antara mereka.

PENGAPLIKASIAN TEORI SEMANGAT KEKITAAN IBNU KHALDUN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIAIbnu Khaldun menegaskan bahawa sesebuah tamadun yang dihuni oleh masyarakat multietnik perlu mempunyai satu semangat kekitaan yang dapat menyatukan semua semangat kekitaan berasaskan etnik yang ada dalam tamadun tersebut. Ini supaya tamadun yang dibina ialah tamadun yang dapat bertahan dan seterusnya mencapai kegemilangan. Justeru, penetapan kepada semangat kekitaan yang satu amat penting dalam menyatukan semangat kekitaan yang pelbagai. Seperti yang disebut dalam buku beliau,

“Sesebuah kerajaan jarang sekali dapat ditegakkan di tempat yang didiami oleh banyak suku dan kumpulan sebabnya ialah di tempat itu terdapat pelbagai perbezaan daripada segi pandangan dan keinginan. Di belakang setiap p a n d a n g a n d a n k e i n g i n a n

Page 113: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

253Mahawangsa 1 (2): 247 - 256 (2014)

itu perasaan sesama kita yang menyokongnya. …satu daripada pelbagai perasaan kekitaan puak-puak itu seharusnya lebih menonjol daripada yang lain demi membawa mereka berkumpul untuk lebih menonjol daripada yang lain-membawa mereka berkumpul, untuk menyatupadukan mereka dan mengikat mereka ke dalam perasaan kekitaan yang satu… Semua kumpulan yang pelbagai itu dengan demikian akan berada di bawah naungan perasaan kekitaan yang lebih berpengaruh” (Ibnu Khaldun, 2009, Rosenthal, 1986).

Wacana dan idea Ibnu Khaldun ini selari dengan senario di Malaysia. Dalam konteks tamadun Malaysia yang dianggotai oleh masyarakat multietnik, setiap etnik mempunyai semangat kekitaan berasaskan etnik masing-masing. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, kerajaan telah mengisytiharkan Perlembagaan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara. Pembentukan Perlembagaan Malaysia dilihat sebagai satu usaha untuk membentuk satu acuan yang dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat multietnik. Unsur tradisi dalam perlembagaan seperti agama Islam, Raja, bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu telah disepakati bersama oleh semua pemimpin Melayu, Cina dan India pada ketika itu. Perlembagaan Malaysia bukan sekadar satu dokumen perundangan malahan ia merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian antara etnik-etnik yang ada di Malaysia (Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned, 1992). Justeru, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan

Perkara 3(1) tentang agama Islam sebagai agama rasmi, Perkara 152 tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Perkara 153 tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta perkara 38 tentang kuasa Majlis Raja-raja. Hal ini dilihat sebagai satu kontrak perundingan murni yang dikongsi bersama oleh semua etnik. Justeru, peruntuk Perkara 152 tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memperlihatkan peranan bahasa sebagai salah satu elemen penting bagi memupuk semangat kekitaan antara semua kaum.

Maka, seluruh rakyat akan bersatu dengan satu bahasa yang sama dan seterusnya semangat kekitaan yang dikongsi bersama juga dapat terbentuk. Begitu juga sebaliknya, melalui semangat kekitaan yang dikongsi bersama maka, mereka akan menyanjungi dan meluhuri apa yang telah digariskan dalam perlembagaan termasuk mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini merupakan proses timbal balik yang saling memberi keuntungan antara kepada bahasa kebangsaan dan semangat kekitaan.

Sehubungan itu, semangat kekitaan berkait rapat dengan pemartabatan bahasa Melayu. Semangat kekitaan yang kuat untuk meluhuri perlembagaan Malaysia dapat memberi impak untuk warga Malaysia memartabatkan bahasa Melayu dengan rela dan bersatu hati melalui semangat mencintai dan menyayangi bahasa ini. Antara elemen sepunya yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia dalam membentuk satu bangsa ialah bahasa kebangsaan (Hashim Musa, 2010).

Oleh itu, bahasa Melayu yang ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan bukan hanya dimiliki oleh bangsa Melayu namun ia adalah milik seluruh rakyat multietnik di

Page 114: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

254 Mahawangsa (2): 247 - 256 (2014)

Malaysia. Penerimaan bahasa kebangsaan ini merupakan tanda kesetiaan warga Malaysia terhadap tanah airnya, sebagaimana Drake (1981) mengatakan bahawa salah satu mekanisme yang perlu ada dalam integrasi nasional ialah mekanisme sosio budaya iaitu, kesetiaan nasional yang dapat mengatasi masalah kesetiaan etnik.

Seterusnya, sejarah kegemilangan Melaka dapat dijadikan sandaran untuk mengu lang i pemar t aba t an bahasa Melayu pada masa ini. Bahasa Melayu telah digunakan oleh pedagang luar dan mubaligh yang datang bagi urusan perdagangan dan penyebaran agama di Melaka. Pegawai British yang dihantar ke Tanah Melayu turut perlu mempelajari bahasa ini terlebih dahulu. Hubungan diplomatik antara Kerajaan-kerajaan Melayu dengan negara luar termasuk Barat turut menggunakan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi. Contohnya, surat daripada Sultan Muhammad Jiwa Mu’adzam Shah kepada Francis Light bertarikh 29 Oktober 1773 & surat daripada Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Ahmad, Sultan Terengganu kepada Major Matt W.T.Taylor M.J Kolenal Sekretari di Singapura bertarikh 20 Oktober 1903 ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Semenanjung tanah Melayu merupakan teras bahasa Melayu sejak dahulu lagi dan bukan hanya dituturkan dalam kalangan orang Melayu malahan sesiapa saja yang berada dan berurusan di tanah Melayu (Asmah, 2008).

Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu dimartabatkan oleh golongan bangsawan dan terbukti dapat memakmurkan bumi Melaka. Pada waktu itu, Melaka telah dihuni oleh penduduk yang terdiri daripada pedagang Cina dan India. Mereka disatukan di bawah satu bahasa yang sama iaitu,

bahasa Melayu melalui semangat kekitaan yang kuat antara mereka.

Oleh yang demikian, perbincangan Ibnu Khaldun tentang semangat kekitaan dalam masyarakat multietnik sesebuah tamadun selari dengan senario di Malaysia. Justeru, ciri semangat kekitaan seperti yang dibincangkan oleh Ibnu Khaldun iaitu sayang-menyayangi, bantu-membantu dan saling hormat-menghormati dapat dijadikan sandaran untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat multietnik. Manakala, bagi ciri semangat kekitaan tentang kepatuhan kepada pemimpin dan undang-undang dapat dilaksanakan apabila semua etnik dapat bersatu hati menghormati Perlembagaan Malaysia yang merupakan sumber perundangan utama negara. Ini seperti mana yang dibincangkan oleh Muhsin Mahdi (1957) bahawa semangat kekitaan juga dapat disatukan melalui kepatuhan kepada perundangan. Apabila hati telah disatukan maka, semua rakyat akan sanggup berkorban demi negara dan bangsa. Apabila perasaan ini wujud, rakyat akan bersatu hati untuk bekerjasama membangunkan negara yang dapat memberi keuntungan secara menyeluruh.

Atas iktibar ini, seluruh rakyat Malaysia harus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana ia milik seluruh warganegara Malaysia selagi mana setiap warganegara ini dengan rela hati menerapkan semangat kekitaan yang sama berlandaskan kerangka Perlembagaan Malaysia.

PENUTUPTeori semangat kekitaan Ibnu Khaldun amat relevan untuk diaplikasikan dalam senario masyarakat multietnik di Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Semangat

Page 115: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

255Mahawangsa 1 (2): 247 - 256 (2014)

kekitaan yang satu dapat diterapkan melalui Perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pemartabatan bahasa Melayu dapat dipertingkatkan apabila rakyat Malaysia multietnik meluhuri Perlembagaan Malaysia sebagai cerminan nasionaliti mereka. Apabila seluruh rakyat multietnik d i Malays ia mempunyai semangat kekitaan yang satu melalui perkongsian bahasa yang sama, maka perpaduan yang berlaku berbentuk jangka panjang dan kemajuan yang akan dikecapi adalah secara menyeluruh. Tamadun Malaysia yang terbina melalui semangat kekitaan yang kuat dapat melahirkan masyarakat yang ikhlas yang berkongsi satu bahasa yang sama, dan justeru membina jambatan perpaduan yang dapat membangunkan, dan berdaya untuk menangkis anasir luar daripada menjadi kecaman kepada tamadun Malaysia.

BIBLIOGRAFIA. Aziz Deraman (2010). Wacana Peradaban

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Al-Roubaie, A. (2009). Ibn Khaldun’s Concept of ‘Asabiyyah: A Solution to Contemporary Problems in Muslim Societies. Dlm. Osman Bakar & Baharudin Ahmad (Eds.), Proceedings of International Conference Ibn Khaldun’s Legacy and Its Significance (ms. 319-350). Kuala Lumpur: ISTAC, IIUM.

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned (1992). Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (1989). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darling, L. T. (2007). Social Cohesion (‘Asabiyya) and Justice in the Late Medieval Middle East.

Comparative Studies in Society and History, 49(2), 329-357.

Dhaouadi, M. (1997). New Explorations Into The Making Of Ibn Khaldun’s Umran Mind. (Kuala Lumpur: A.S Noordeen).

Drake, C. (1981). The Geography of National Integration; A Case Study of Indonesia. UniversityMicrofilmsInternational.Michigan:Ann Arbor.

Hashim Musa (2005). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

________. (2010). Pemerkasaan dan Integrasi Masyarakat Malaysia melalui Bahasa Melayu. Dlm. Adi Yasran, Noor Aina Dani, Jama’yah Zakaria & Abdul Nassir Said (Eds.). Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik II 2010 (ms.268-278). Selangor: UPM dan PERSIMA.

Ibn Khaldun (2009). Mukadimah. Terjemahan Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Khaldun (1986). The Muqaddimah. Terjemahan Franz Rosenthal. London: Routledge & Kegan Paul.

Ismail Hussein (1985). Elit Melayu dan Masalah Bahasa Melayu. Dlm. Dewan Bahasa, November.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Carta Taburan Peratus Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Malaysia, 2010. Dicapai di http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?view=article&catid=130%3Apopulation-distribution-and-basic pada 20 September 2012.

Jeniri Amir (2009). Bahasa, Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long (2008). Pendidikan Bahasa Melayu: Antara Hasrat dengan Perlaksanaan. Bangi: Penerbit UKM.

________. (2010, 11 &12 Disember 2010). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Bangsa Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Antara Hasrat & Realiti. Kertas yang dibentangkan di Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Mohd Noor Azli Ali Khan, Norhayati Salleh & Shatira Mohd Zaini (2011). Penggunaan Bahasa

Page 116: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

256 Mahawangsa (2): 247 - 256 (2014)

Melayu dalam laporan Tahunan Medium Perpaduan Nasional di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional pada 14-15 Disember 2011 diHotelSeriPacificKL.

Muhsin Mahdi (1957). Ibn Khaldun’s Philosophy of History. London: George Allen and Unwin Ltd.

Nazaruddin Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Mohd Rashid (2003). Pengajian Malaysia: Kenegaraan Dan Kewarganegaraan Edisi Kedua. Selangor: Prentice Hall.

Nazri Muslim & Abdul Latif Samian (2012). Tahap Penerimaan Pelajar terhadap Peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 30(1), 3-27.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad (2010). Sosiokognitif Pelajar Remaja Terhadap Bahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies 10(3), 67-87.

Sarton, G. (1975). Introduction to the History of Science Volume III: Science and Learning in the Fourteenth Century. New York: Robert E. Krieger Publishing Company.

Shamsul Amri Baharuddin (2011). Kesepaduan Dalam Kepelbagaian: Perpaduan Di Malaysia Sebagai Work-In-Progress. Bangi: Penerbit UKM.

Suffean Hussin (2009). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Syed Farid Alatas (2006). Ibn Khaldun and Contemporary Sociology. International Sociology, 21(6), 782-795.

_______. (2011). Ibn Khaldun. Dlm. Ritzer, G. & Stepnisky, J. Major Social Theorists Volume 1: Classical Social Theorists. West Sussex: Wiley-Blackwell.

_______. (2012). Ibn Khaldun. India: Oxford University Press.

Teo Kok Seong (2010, 11 &12 Disember 2010). Lokus Bahasa Melayu dalam Gagasan 1 Malaysia: Alat Perpaduan Bangsa Dan Kemajuan Negara. Kertas yang dibentangkan di Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Toynbee, A. J. (1962). A Study of History, vol. III. New York: Oxford University Press.

Wan Hashim Wan Teh (1997). Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad ke 21. Dlm. Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie.Tamadun Melayu Menyongsang Abad kedua puluh satu. Bangi: Penerbit UKM.

Zulkifley Hamid, Rahim Aman & Karim Harun (2010). Sikap Terhadap Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes di Pantai Timur Semenanjung. Jurnal Melayu, 5, 163-176.

Page 117: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 22 Ogos 2013Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Rozita Che Rodi), [email protected] (Hashim Musa)

*Penulis penghubung

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

Rozita Che Rodi* dan Hashim MusaJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKBahasa menunjukkan bangsa dan bahasa merupakan jiwa bangsa kerana fungsi bahasa bukan setakat menjadi alat komunikasi dan interaksi antara penuturnya. Bahasa juga amat besar peranannya dalam membentuk jati diri, memupuk semangat kekitaan (esprit de corps), integrasi dan maruah masyarakat penuturnya. Bahkan bahasa juga mencerminkan kehalusan dan kesopanan budi bahasanya dan ketinggian adab susilanya, iaitu merupakan asas dan unsur yang utama dalam pembentukan sesebuah negara bangsa yang berdaulat. Namun fungsi asas bahasa adalah sebagai alat pencatat, perakam, penimbun, penyebar dan pewaris khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan sesuatu masyarakat dan bangsa yang diperturunkan daripada generasi kepada generasi. Bahasa juga amat rapat dengan pemikiran dan hati budi sesebuah masyarakat. Masyarakat yang maju dari segi peradabannya iaitu yang mempunyai sistem politik, pemerintahan, ekonomi, pentadbiran, perundangan, pertahanan, pendidikan, ilmu, sains, teknologi, dan komunikasi yang canggih, juga mempunyai sistem bahasa dan persuratan yang tinggi dan canggih. Bahasa merupakan wadah dan wahana peradaban, dan peradaban dicorakkan dan diwarnai oleh sistem bahasa dan persuratannya. Segala kandungan dan elemen peradaban dapat difahami dan dibudayakan ke dalam masyarakatnya melalui bahasa tempatannya yang dapat difahami dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat jelatanya. Suasana dan keadaan alam pemikiran dan ilmu pengetahuan sesebuah masyarakat sangat rapat kaitannya dengan keadaan bahasanya.

Penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa indigenus dan bahasa kebangsaan Malaysia sebagai wadah dan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi, pendidikan, persuratan dan pentadbiran bagi negara Malaysia dapat mengolah, membentuk dan mewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan dan ketinggian peradaban kita dalam acuan budaya tempatan kita sendiri. Ini akan membina kekuatan dalaman dan keyakinan diri yang mampu memupuk pula jati diri, maruah dan rasa kebanggaan kepada elemen budaya dan masyarakat kita sendiri. Kertas kerja ini cuba merungkaikan persoalan negara bangsa Malaysia, peranan bahasa Melayu sebagai wadah pembentukan negara bangsa

Malaysia dan langkah-langkah yang perlu diambil demi pemerkasaan masyarakat dan negara bangsa Malaysia menuju ke arah negara maju.

Kata kunci: Hati budi, integrasi, jati diri, negara bangsa, negara maju, semangat kekitaan (esprit de corps

Page 118: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

258 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

Malay Language as the Language of the Malaysian Nation

ABSTRACTLanguge is not merely a tool for communication and interaction. Language gives identity to a nation. Language also forms the spirit of the nation. Language plays a major role in shaping the identity and inculcates the esprit de corps, integration and dignity of a nation. In fact language use also relflects refiness of character and the nobility of character and behavior of the people, which are the main basis for the formation of human civilization. Nonetheless, another main fuction of a language is also as a tool to record, accumulate, disseminate and pass down from one generation to another the treasure of knowledge and wisdom of the nation. An advanced society in respect of its civilzation having elaborated systems of politics, government, economy, administration, law, defence, education, science, technology and communication, will naturally have an elaborated system of language and sophisticated literary and written tradition. Thus, language is the vehicle of a civilization, and a civilization is given the hue and pattern by its language use. All the contents and elements of a civilization will be understood by and and encultured into the society by the particular languge in use. The condition and status of thought and knowledge of a society are closely related to the condition of its language in use. Hence, the use of the Malay language, the indigenus language and national language of the people of Malaysia as the vessel and vehicle of knowledge, science, technolgy, education, writing and administration of the nation, will be able to develop the pattern, to form the shape, and to colour the development, achievement and advancement according to our local mould and character. This will develop our own inner strength and self-confidence to enable us to inculcate our own identity, dignity and pride

of the nation into our society. This paper will analyse the isues of the Malaysian nationhood, the role of the Malay language as the vehicle for developing the Malaysian nation, and steps to be taken to empower the Malaysian society and nation in moving towards an advnced-nation status.

Keywords: Psyche, integration, identity, nation state, advance nation, Esprit de corps

PENDAHULUANPembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung pada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

Hasrat untuk membentuk sebuah negara bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

“...[Kami berhasrat] membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan b e r s a m a y a n g s e p e n u h n y a berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Page 119: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

259Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

Negara bangsa mempunyai beberapa faktor pemangkin, iaitu: 1. Bahasa kebangsaan/bahasa rasmi –

bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks negara bangsa Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan utama masyarakat.

2. Integrasi – merupakan satu proses untuk mewujudkan satu identit i nasional antara kumpulan dari segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.

3. Kewarganegaraan – membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik boleh menyatupadukan rakyat.

4. Patriotisme – merupakan perasaan cinta akan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang.

5. Demokrasi – merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara bangsa wujud apabila terdapat kefahaman mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara.

Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang ialah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi keutamaan kepada usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cinta akan negara. Oleh itu, di Malaysia sendiri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang dihasratkan terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberaldanbertolakansur,sertaberfikirandanberbudayasaintifik.

Pendidikan di negara kita seharusnya boleh mewujudkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Harapan KPM sendiri adalah memupuk pembinaan jati diri melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. Ini disebabkan jati diri yang terhasil daripada sistem pendidikan negara akan menghasilkan negara bangsa yang kukuh dan maju.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. Peranan KPM adalah untuk memastikan bahawa sumber manusia yang dihasilkan mampu berfikir secara global dan bertindak secara local untuk

Page 120: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

260 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

kepentingan negara dan bangsa. Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

“Warga glokal yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional dan beraka l in t e rnas iona l , maksudnya di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk menjana warga glokal seterusnya.”

(Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perhimpunan Agung UMNO,

2005)

Sejak zaman Empayar Srivijaya sekitar abad ke-7 M sehingga abad ke-19 M, bahasa Melayu menjadi lingua franca bagi seluruh wilayah ini dalam perdagangan dan perhubungan antarabangsa dan juga menjadi bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat pemerintahan di seluruh rantau ini. Apabila orang Barat sampai ke wilayah ini, mereka mendapati bahawa bahasa Melayu ialah bahasa perhubungan luas

antara pelbagai suku kaum, etnik, dan pusat kerajaan sama ada dalam perhubungan perdagangan ataupun surat-menyurat rasmi dan juga persuratan dan kesusasteraan, sehingga wilayah ini secara keseluruhan terkenal dengan nama Kepulauan Melayu atau the Malay Archipelago. Wiliam Marsden (1754-1836) seorang orientalis dan linguis Inggeris yang telah mengkaji bahasa Melayu dan menulis kamus dan tatabahasa bahasa Melayu, ketika mula-mula sampai di wilayah ini pada awal abad ke-19 mendapati bahawa:

“The Malayan language (BM) prevails throughout a very extensive portion of what is vaguely termed as the East Indies including the Malayan peninsula, together with the islands of Sumatra, Java , Borneo , Ce lebes and innumberable others, as far as to the eastward as the Moluccas, to the southward as the island of Timor, and to the northward as the Phillipines, formally collectively (called) the Malayan Archipelago...the Malayan language (BM) is generally employed.. . as the medium of commercial and foreign intercourse, and every person of whatever nation, who frequents a port of trade must negotiate his business in this tongue, either speaking himself or employing an interpreter. From hence it is that, by comparison with a similar prevalence of a dialect of Italian or Catolonian along the shores of the Mediterranean, it has commonly received the appleation of the lingua franca of the East. (BM telah digunakan secara meluas di rantau yang dinamakan secara kabur

Page 121: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

261Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

sebagai Hindia Timur, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, pulau-pulau Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawasi, dan banyak lagi; iaitu ke sebelah timurnya Meluku, ke sebelah selatannya Pulau Timor dan ke sebelah utaranya Filipina, yang secara kolektif terkenal dengan nama Kepulauan Melayu. BM digunakan dalam perhubungan perdagangan dan interaksi antara bangsa-bangsa, dan sesiapa sahaja yang berdagang di pelabuhan-pelabuhan di rantau ini, semestinya berunding dalam bahasa ini secara terus atau melalui penterjemah. Oleh itu secara perbandingannya BM telah mencapai taraf yang sama dengan dialek Itali Catalonia sebagai lingua franca di seluruh pesisiran laut Mediterranean, BM sebagai lingua franca bagi seluruh wilayah Timur).”

(William Marsden, 1812: i)

Suasana penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca of the East berterusan berlaku dan mewarnai seluruh alam Melayu dengan sifat dan jati Melayu selama ratusan tahun, sehinggalah permulaan abad ke-20, apabila kuasa penjajah Barat, iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Bornea, Belanda bagi kepulauan Sumatera, Jawa, selatan Borneo, Sulawesi, Meluku, Madura, dan Bali, dan Sepanyol bagi kepulauan Filipina, masing-masing telah memaksakan penggunaan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan ke atas jajahan takluk mereka itu. Maka bermulalah kemerosotan status BM sebagai lingua franca wilayah ini, dan sebagai bahasa rasmi kerajaan dan bahasa

pengantar pendidikan. Bahasa penjajah, iaitu Inggeris di Malaya dan Borneo Utara, Belanda di Indonesia, dan Sepanyol di Filipina (kemudian bahasa Inggeris Amerika digunakan apabila dijajah oleh Amerika Syarikat) telah mengambil alih peranan itu. Hanya apabila kemerdekaan dicapai oleh Indonesia (1945), dan Tanah Melayu (1957), maka bahasa Melayu (bahasa Indonesia) telah mula dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pendidikan di kedua-dua buah negara ini, kecuali Filipina yang terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan.

PERANAN BAHASA DALAM PEMBINAAN SAHSIAH DAN JATI DIRI BANGSA DAN PERADABANNYASebagai satu lumrah alam, sesuatu bangsa dan peradaban itu akan maju berasaskan acuannya sendiri. Tidak ada bangsa dan peradaban pada masa yang lalu dan akan datang menjadi maju berasaskan acuan asing lebih-lebih lagi berasaskan acuan bekas tuan penjajahnya. Satu daripada asas acuan tempatan ialah bahasanya. Seperti kata Samuel Huntington (1996: 64),

“Language is realigned and reconstructed to accord with the identities and contours of civilization (Bahasa disejajarkan semula dan direkonstruksi berselari dengan jati diri dan alunan naik turun peradabannya)” (199: 64).

Fungsi bahasa bukan setakat menjadi alat komunikasi, tetapi bahasa juga amat besar peranannya dalam membentuk jati diri, memupuk semangat kekitaan (esprit de corps), perpaduan dan maruah masyarakat

Page 122: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

262 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

penuturnya, mencerminkan kehalusan dan kesopanan budi bahasanya dan ketinggian adab susilanya dan sahsiahnya iaitu merupakan asas dan unsur yang utama dalam pembentukan sesebuah peradaban.

Kebudayaan dan bahasa amat rapat hubungannya, kerana bukan sahaja bahasa merupakan satu elemen budaya tetapi bahasa juga mencatat, mendukung, menghimpun, mencerminkan, mewariskan dan melangsungkan khazanah dan elemen budaya sesebuah masyarakat daripada generasi kepada generasi. Madah dalam bahasa Melayu bahawa “Bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa” membayangkan hakikat ini. Bahasa tidak akan pupus selagi ada masyarakat dan budayanya yang menggunakan bahasa itu. Sebaliknya, apabila bahasa itu tidak digunakan lagi maka budaya masyarakat itu akan pupus, iaitu dari segi citra/identiti dan sahsiahnya, dan kumpulan manusia itu akan menyerapkan ciri budaya, citra dan sahsiah asing dari masyarakat angkatnya, misalnya orang Hawaii dan Maori yang telah mengambil bahasa Inggeris dan budaya Inggeris sepenuhnya, sedikit demi sedikit melunturkan bahasa, budaya, citra dan sahsiah indigenus mereka sendiri. Namun, kini orang Maori telah cuba menghidupkan kembali ciri budaya indigenus mereka termasuklah bahasa mereka.

Teori Sapir-Whorf (Edward Sapir (1884-1939) dan Benjamain Lee Whorf (1897-1941)) menyatakan bahawa bahasa menentukan cara kita berfikir (linguistic determinism) dan perbezaan sistem pengekodan dalam sesuatu bahasa tidak akan didapati dalam bahasa yang lain (linguistic relativism). Sapir mengatakan bahawa struktur semantik bahasa yang dituturkan oleh seseorang telah ditentukan atau dibatasi oleh cara dan juga keadaan di

mana mereka membentuk pandangan dunia di tempat mereka hidup. Alam persekitaran dan keadaan dunia tempat manusia hidup sepertitopologi,cuaca,faunadanflora,jenispekerjaan dan penyaraan hidup, dan segala elemen budaya amat kuat menentukan pembentukan dan penggunaan bahasa dari segi kosa kata, bentuk dan struktur tatabahasa, semantik, dan sebagainya.

Bahasa Inggeris dan bahasa Arab mempunyai sistem kala, jantina, jamak, dan infleksi (akusatif, subjektif,posesif)yang amat rumit, yang tidak ketara atau tiada dalam bahasa Melayu. Ciri bahasa demikian sangat kuat mempengaruhi dalam pembentukan pandangan alam dan jati diri masyarakat penuturnya. Implikasinya penggunaan bahasa asing sebagai bahasa ilmu, bahasa pendidikan dan bahasa sains dan teknologi akan mengubah cara mereka melihat dunia mereka, cara berperlakuan dan berinteraksi sesama anggota masyarakat mereka yang akan mengubah pula keperibadian mereka sedikit demi sedikit.

Golongan elit di negara mundur di Asia, Afrika dan Amerika Selatan, yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pertama, terutama sekali bahasa bekas tuan penjajahnya misalnya bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Portugis, adalah lebih rapat hubungan hati budinya dengan masyarakat dan budaya asing itu dibandingkan hubungannya dengan masyarakat dan budaya anak bangsa tempatannya sendiri yang menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa pertama mereka. Ini akan menimbulkan jurang dan ketegangan sosial yang serius yang boleh merosakkan solidariti dan kestabilan masyarakatnya, seperti yang berlaku di negara yang disebutkan itu.

Bahasa juga amat rapat dengan pemikiran dan hat i budi sesebuah

Page 123: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

263Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

masyarakat. Masyarakat yang maju dari segi peradabannya iaitu yang mempunyai sistem politik, pemerintahan, ekonomi, pentadbiran, perundangan, pertahanan, pendidikan, ilmu, sains, teknologi, dan komunikasi yang canggih, mempunyai sistem bahasa dan persuratan yang tinggi dan canggih juga. Bahasa merupakan wadah dan wahana peradaban, dan peradaban dicorakkan dan diwarnai oleh sistem bahasa dan persuratannya. Segala kandungan dan elemen peradaban dapat difahami dan dibudayakan ke dalam masyarakatnya melalui bahasa indigenusnya yang dapat difahami dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat jelatanya. Suasana dan keadaan alam pemikiran dan ilmu pengetahuan sesebuah masyarakat sangat rapat kaitannya dengan keadaan bahasanya.

Oleh yang demikian, penggunaan bahasa indigenus atau bahasa tempatan sendiri sebagai wadah dan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi, pendidikan, persuratan dan pentadbiran negara dapat mengolah, membentuk dan mewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan dan ketinggian peradabannya dalam acuan budaya tempatan sendiri. Ini akan membina kekuatan dalaman dan keyakinan diri yang mampu memupuk pula jati diri, sahsiah, solidariti, maruah dan rasa kebanggaan kepada elemen budaya dan masyarakatnya sendiri.

Inilah bibit-bibit yang akan dapat membina semangat kekitaan atau esprit de corps dan patriotisme dalam kalangan rakyat jelata yang boleh menuju ke arah pembentukan keutuhan atau solidariti masyaraka t dan budayanya , demi pembangunan ke arah negara maju. Inilah peranan yang mesti dan boleh dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, sains, teknologi dan bahasa penyatuan

rakyat dan negara Malaysia bahkan seluruh umat Melayu di alam Melayu ini.

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI DAN SAHSIAH UMAT MELAYU DAN PERADABAN SILAMNYAPada zaman sebelum ditakluki kuasa penjajah, umat Melayu di seluruh alam Melayu telah dicantumkan dalam satu jaringan jati diri yang dikenali sebagai “Bangsa Jawi” iaitu bangsa Melayu, yang menduduki di seluruh “Tanah Jawi” iaitu Kepulauan Melayu dengan pusat-pusat peradabannya muncul pada zaman yang berbeza-beza di Samudera Pasai, Aceh, Melaka, Patani, Kelantan, Terengganu, Brunei, Johor-Riau, Palembang, Gerisik, Batawi, Banjarmasin, Makasar, Ternate, Sulu, Mindanao dan lain-lain. Pusat itu menggunakan “Bahasa Jawi” iaitu bahasa Melayu dengan “tulisan Jawi” iaitu tulisan Melayu yang sebenar-benarnya sebagai media persuratan utama bagi pengajian dan penyebaran agama Islam, walaupun masing-masing mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri.

Ini tidak menafikan hakikat bahawa pada zaman empayar Srivijaya, bahasa Melayu pernah dijadikan sebagai bahasa rasmi kerajaan dan bahasa komunikasi luas di dalam wilayahnya, namun banyak elemen budaya dan persuratannya diwarnai oleh pengaruh India yang didukung oleh golongan istana sahaja dan tidak menyerap ke dalam kalangan masyarakat dan rakyat jelatanya, iaitu seperti yang ditegaskan Syed Naquib al-Attas (1978: 163):

“Hinduisme, as the people of the (Malay) Archipelago practiced it, was a superstructure maintained by the ruling group above an indifferent community.”

Page 124: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

264 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

Jawi pada masa itu bukan setakat satu sistem tulisan tetapi sinonim dengan istilah Melayu, iaitu “orang Jawi” ialah orang Melayu, “bangsa Jawi” ialah bangsa/umat Melayu, “tanah Jawi” ialah negeri-negeri Melayu, “bahasa Jawi” ialah bahasa Melayu dan tentu sekali “tulisan Jawi” ialah tulisan Melayu.

Istilah Melayu atau Jawi merangkumi pelbagai suku bangsa dan etnik yang menduduki Kepulauan di Tenggara Asia termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Elemen penyatuan dan kesepunyaan tidak lain dan tidak bukan ialah bahasa Melayu yang bertulisan Jawi bagi seluruh rumpun Melayu daripada ratusan suku kaum dan etnik (Aceh, Minang, Batak, Mendailing, Jawa, Sunda, Madura, Ambon, Bali, Sasak, Bugis, Banjar, Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Melanau, Suluk, Tausuk, Meranau, dll). Para ulama dan pelajar atau santri di pesantren, pondok, madrasah dan menasah di seluruh Kepulauan Melayu mengajar, belajar, dan bermatlaah serta berbicara

tentang ilmu Islam dalam bahasa Melayu berpandukan kitab kuning yang bertulisan Jawi

P e n g g u n a a n t u l i s a n J a w i mengimplikasikan mereka beragama Islam. Oleh itu, bahasa Melayu dengan tulisan Jawi menandakan satu jati diri yang khusus bagi orang Melayu iaitu: berbahasa Melayu, berbudaya Melayu yang diwarnai oleh agama Islam. Oleh itu, sesiapa yang masuk Islam dianggap sebagai “masuk Melayu” dan bagi lelaki seharusnya mesti “berjawi” atau ‘berkhatan” bila sampai umur baligh. Apabila mubaligh Kristian Barat datang mereka menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi untuk cuba menerobos masuk ke dalam alam pemikiran Melayu dan menyebarkan agama Kristian melalui perantaraan elemen tempatan yang menjadi salah satu jati diri Melayu, iaitu bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

Dari sudut amalan dan pengajaran Islam, ada tiga tema utama yang menyatukan hati

(T. P, Barnard. (ed.). 2004: vii)

Page 125: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

265Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

budi umat Islam di seluruh rantau Kepulauan Melayu ini, iaitu: 1. Aqidah dan ilmu kalam berdasarkan

al-Ash`ariyyah iaitu ahli al-Sunnah wa al-Jemaah

2. Fikahberdasarkanal-Shafi`iyyahatauMazhabShafi`i

3. I lmu tasawuf dan i lmu akhlak berdasarkan Imam al-Ghazali

Ketiga-tiga tema utama Islam ini telah menzahirkan suatu pewarnaan dan jaringan hati budi yang ampuuh dan akrab dalam kalangan umat Melayu Islam di seluruh alam Melayu yang mengikut Muhammad Uthman al-Muhammady (2004: 24) mampu menjadikan wilayah ini sebagai benteng amalan Ahli Sunah wa al-Jama’ah yang padu dan kukuh sejak kedatangan awal Islam lagi. Pewarnaan dan jaringan akidah, hukum ahkam, akhlak dan ibadah yang sealiran ini, tidak syak lagi didasari dan didorong oleh hakikat bahawa terdapatnya sejumlah kitab dan teks pengajian Islam yang sama yang digunakan secara meluas di pasat pengajian Islam tradisional iaitu di madrasah, pondok, pesantren, menasah dan masjid-masjid di seluruh pelosok alam Melayu. Mohd Noor Ngah (1980: 9) dan Wan Mohd Shaghir Abdullah (1995) telah menyenaraikan sejumlah karya yang juga dikenali sebagai kitab kuning (kerana kertasnya berwarna kekuningan) yang dihasilkan oleh para ulama dari pelbagai pelosok alam Melayu, yang telah dijadikan teks utama pengajian Islam di pusat pengajian Islam tradisional itu. Karya itu ialah:1. Bidayat al-Hidayat, ilmu kalam, by

Muhammad Zain Jalaluddin Achen, 1757

2. S iraj a l -Huda , i lmu kalam, by Muhammad Zainuddin al-Sambawi, 1886.

3. ̀ Aqidat al-Najin, ilmu kalam, by Zainal `Abidin al-Fatani, 1890. (ketiga-tiga itu merupakan karya tejemahan/saduran daripada karya Umm al-Barahin oleh al-Sanusi).

4. Sirat al-Mustaqim,fiqah,olehNuruddinal-Raniri, 1634.

5. Sabil al-Muhtadin , f iqah, oleh Myhammad Arshad al-Bajari, 1780.

6. Hidayat al-Salikin, tasawuf, oleh Abdul Samad al-Falimbani, 1778

7. Syar al-Salikin, tasawuf oleh Abdul Samad al-Falimbani,

8. Al-Durr al-Thamin, ilmu kalam oleh Daud al-Fatani, 1816.

9. Jama` al-Fawaid, al-Hadith oleh Daud al-Fatani, 1823.

10. Furu’ al-Masa’il,fiqaholehDaudal-Fatani, 1838.

11. Muniyyat al-Musalli, panduan solat oleh Daud al-Fatani,

12. Hikam, tasawuf penterjemah Melayu anonimous.

13. Taj al-`Arus, penterjemah Uthman Shihabuddin al-Funtiyani. 1886.

14. Fath al-`Arifin, tasawuf oleh Ahmad Khatib al-Sambawi, 1878.

15. Matla` al-Badrain, ilmu kalam dan fiqaholehMuhammadbinIsmailDaudal-Fatani, 1885.

16. Tanbih al-Ghafilin, al-Hadith oleh `Abdullah `Abdul Mubin al-Fatani, 1770.

Page 126: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

266 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

17. Jawhar al-Mauhub, oleh `Ali bin `Abdul Rahman al-Kelanani, 1888.

18. Kitab Sifat dua Puluh, ilmu kalam oleh `Uthman bin Abdullah al-Betawi, 1886.

19. Kasf al-Ghaibiyah, oleh Zainal `Abdin bin Muhammad al-Fatani, 1883.

20. Turjuman al-Mustafid/Tafsir al-Baidhawi, terjemahan al-Qur’an oleh Abdul Ra’uf al-Singkili dan Baba Daud bin Ismail al-Jawi,

21. Munabbih al-Gahafilin, akhlak dan trasawuf oleh Abdul Samad Muhammad Salleh/Tuan Tabal, 1868,

22. Jala al-Qulub, akhlak dan tasawuf oleh Abdul Samad Muhammad Salleh/Tuan Tabal, 1870.

Natijahnya ialah misalnya terdapat keserupaan dalam amalan, bacaan, perlakuan, wirid dan doa dalam ibadat solat berjemaah di masjid di seluruh alam Melayu, di Malaysia (Semenanjung dan Malaysia Timur), Indonesia (Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi dan lain-lain), Brunei, Selatan Thai, dan Selatan Filipina, kerana panduan ibadat solatnya adalah daripada kitab sumber yang sama.

KESANTUNAN BERBAHASA DEMI PENYEMAIAN DAN PEMUPUKAN SAHSIAH DAN BUDI PEKERTI YANG MULIAKesantunan boleh didefinisikan sebagai halus budi bahasa dan pekerti dalam kelakuan berinteraksi dan berkomunikasi supayaterhindarkonflikdanpersengketaanantara dirinya dengan pendengarnya, dan sentiasa menjaga air muka pendengarnya. Dalam pengertian orang Melayu, kesantunan seharusnya dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau sahsiah seorang manusia, iaitu:

1. Budi pekerti dan adab sopan yang murni iaitumerujukkepadakeperibadian,fiilperangai, tindak tanduk dan tingkah laku yang baik, sopan santun, sesuai, wajar, pemurah, penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat kepada masyarakat dan komunitinya.

2. Budi bahasa dan budi bicara yang mulia, iaitu merujuk kepada pertuturan yang manis, indah, sopan, positif, bijaksana, bernas, dan penuh pengajaran serta sumbangan kepada pendengar/khalayaknya.

3. Hati budi dan akal yang tinggi, iaitu merujuk kepada akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan, kebaktian, kebaikan, kekhusyukan dan keikhlasan; kalbu yang salim yang tertumpu kepada Khaliknya, dan akal yang sarat dengan ilmu yang benar hidayat daripada Khaliknya jua.

Dalam masyarakat Melayu, orang yang dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai orang yang ‘budiman’ yang mempunyai tiga sifat utama tadi, iaitu (1) budi pekerti dan adab sopan yang mulia, (2) budi bahasa dan budi bicara yang santun, indah, bernas dan berwibawa, (3) hati budi dan akal yang tinggi dan bijaksana. Pantun Melayu telah mengabadikan kemuliaan hati dan budi seperti dalam rangkap dan dengan imejan yang indah berikut ini:

Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa;Tegak bangsa kerana budi, Runtuh budi hilanglah bangsa.

Page 127: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

267Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali;Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Di sana padi di sini padi, Baru bernama sawah dan bendang;Di sana budi di sini budi, Baru sempurna bernama orang.

Awal pertama orang berbangsa, Kedua banyak ribu dan laksa;Ketiga di majlis bermanis muka, Keempat banyak berbudi bahasa. Limau manis dimakan manis, Manis sekali rasa isinya;Dilihat manis dipandang manis, Manis sekali hati budinya.

(Hashim Hj Musa, 2001: 80)

Imejan dan citra yang dikandungi oleh rangkapan pantun itu seperti ‘rumah dan sendi, bunga melati, bunga seroja, padi, sawah dan bendang, banyak ribu dan laksa’, dengan jelas dan penuh bertenaga melambangkan hati budi Melayu dengan objek dalam alam ini. Alam yang boleh difahami dan dirasai manusia dan masyarakat Melayu melalui cerapan pancaindera mereka merupakan guru yang terbentang luas; hikmat dan hakikatnya di’alami’ sebagai ‘peng-alam-an’ yang sebenar-benarnya dalam lingkaran hidup mereka di dunia ini.

Orang yang berbudi pekerti mulia, iaitu seorang budiman, ialah yang tahu kedudukan dan tugas seseorang dan sesuatu perkara dengan tepat dan benar, oleh itu mampu bertindak dan berkelakuan dengan wajar, bijaksana, adil dan saksama, seperti kata pepatah:

Kalau hendak tahu baik manusia,Tengok kepada tingkah lakunya: Dalam agama ia bertakwa, Dalam adat ia taat, Dalam lembaga ia setia, Dalam undang ia terpandang, Dalam hukum ia maklum, Dalam bercakap ia beradab, Dalam berjalan ia sopan, Dalam duduk ia tawaduk, Dalam berdiri ia berbudi. Kalau hendak tahu baiknya orang,Budi bahasanya engkau pandang: Bercakap lidahnya sedap, Berkata bermanis muka, Berbual berlurus akal, Bermesyuarat menurut adat, Bekerja dengan ilmunya, Kepada sahabat ingat mengingat, Kepada saudara jaga menjaga, Kepada kawan segan- menyegan, Ditimpa musibah ia tabah, Ditimpa malang ia tenang, Susah tidak berkeluh kesah, Senang tidak sewenang- wenang, Melarat tidak mengumpat, Kaya tidak menganiaya, Berlebih tidak menindih, Kurang tidak meradang. Kalau hendak tahu orang berbudi,Tengok kepada budi pekerti: Hati bersih muka jernih, Sayang tidak pilih memilih, Hati penyayang dada pun lapang,

Page 128: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

268 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

Adil tidak memandang orang, Dengan saudara bela- membela, Dengan orang tenggang- menenggang, Berbudi tidak mengharap puji, Berjasa tidak mengharap nama, Dalam sempit dia berlapang, Dalam sakit ia bertenang, Dalam susah ia bermurah, Dalam menderita ia bersedekah.

Kalau hendak tahu orang berbangsa,Tengok kepada budi bahasanya: Dalam berkata berlemah lembut, Dalam melangkah berpatut- patut Dalam memakai pada yang sesuai, Dalam makan pada yang sepadan, Bila duduk tahu tempatnya, Bila tegak tahu adatnya. Ramah pada yang susah, Taat pada yang beradat, Setia pada yang bertakwa, Berguru pada yang tahu, Mencontoh pada yang senonoh, Belajar pada yang benar.

(Tenas Effendy, 2004)

KEINDAHAN DAN BAHASA MELAYUOrang Melayu dengan jelas dan nyata menegaskan bahawa bahasa ialah satu unsur yang penting dalam mengungkapkan

keindahan, seperti yang tercantum dalam madah berikut:

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang keras itu takal;Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Yang cerdas itu akal.

Bahasa pada hakikatnya ialah proses penzahiran iaitu daripada sesuatu yang ada padatahapfikiranmelimpahkeluardanlahirdalam bentuk zahirnya apabila diungkapkan melalui perkataan dan ayat. Sepertilah seluruh alam jagat raya ini merupakan penzahiran daripada Iradat/Kehendak dalam Ilmu Allah SWT, apabila diungkapkan dengan madah kudus Ilahi “Kun/Jadi” maka jadilah ia iaitu seluruh alam ini dan apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Alangkah tepatnya bila Allah SWT mengistilahkan alam ini dan apa-apa yang ada di dalamnya sebagai “ayat”, iaitu hasil limpahan dan penzahiran daripada Ucapan Ilahi sebagai Tenaga Penciptaan Kudus (Divine Creative Energy) yang Maha Agung, yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada semata-mata untuk dijadikan dalil dan bukti bagi Nama, Sifat dan Af`al-Nya yang Maha Hak (Benar) supaya dikenali oleh manusia sebagai satu kebenaran yang mutlak, seperti yang diisyaratkan dalam ayat 53 Surah Fussilat berikut:

“Sanurihim āyātina fi l-afāq wa fī anfusihim, hattā yatabayyana lahumu l-haqq” (Kami akan menunjukkan kepada mereka ayat-ayat kami pada segala ufuq (alam ini) dan di dalam diri mereka sendiri sehingga menjadi nyata kepada mereka akan al-Haq (iaitu Allah yang Maha Benar)

Page 129: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

269Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

Penciptaan alam ini hasil daripada madah ucapan tenaga kreatif Ilahi yang kudus iaitu “Kun”. Oleh itu penciptaan alam ini adalah dalam keadaan yang paling indah, paling harmonis, paling seimbang dan paling sempurna yang dinamakan Kosmos, kerana berpunca dan bermula daripada Zat, Nama, Sifat dan Af`al Allah SWTyangMahaPencipta(Khālik),MahaSempurna(Kāmil),MahaAgung(`Azim),MahaBijaksana (Hākim),Maha Indah(Jamīl),MahaMengetahui (`Âlim),dansifat-sifat kudus yang lain. Oleh itu bahasa yang Maha Indah ialah bahasa Ilahi yang kudus yang Maha Benar, Maha Tepat dan Maha Wajar, sama ada bahasa yang menzahirkan alam yang luas terbentang atau bahasa yang menzahirkan al-Qur’an iaitu Kalāmullahyangtermaktubdanterungkapdalam gelombang suara dan lorekan tulisan yang unggul. Seperti maksud hadith “Allah adalah Maha Indah dan Dia suka akan keindahan” (Allāhu jamīlū wa yahibbul jamāl). Alangkah tepat dan benarnya Hadis ini!

H a k i k a t d a r i p a d a h u j a h a n i n i mengimplikasikan dengan jelas, tegas dan nyata apakah yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah. Sesungguhnya untuk menjadikan sesuatu ucapan, sesuatu madah, sesuatu ungkapan bahasa sebagai indah, semestinya juga mengandungi makna yang benar, tepat dan wajar, selain daripada mempunyai pemilihan kata dengan lambang yang penuh simbolik, dengan alunan ritma dan irama yang bersajak dan penuh puitis yang boleh menggamit dan menarik hati dan budi pendengarnya, seperti yang dibuktikan oleh bahasa al-Qur’an dengan setepat-tepatnya.

Bahasa Melayu setelah dipengaruhi Islam, mengikut Syed Naquib al-Attas (1978: 41, 169), telah bertukar daripada

bahasa yang sebelumnya dikawal oleh magis, mitos, tahyul, tradisi budaya animisme, dan sekularisme, kepada bahasa yangsaintifik,tepat, jitu,padat,danjelas,yang mengutamakan hujah yang rasional dan logikal iaitu dimulakan oleh para ahli sufi,ulama,penterjemahdanpentafsirdialam Melayu yang tentunya terpengaruh oleh al-Qur’an yang menekankan ketepatan, kejituan, dan kejelasan [kitâbun fussilat âyâtuhu (S. Fussilat:3)]dantidakbengkokdan terpesong [ghaira dhî `iwajin (S. al-Zumar:28)].

Natijah daripada hujahan di atas, bahawasanya penggunaan bahasa Melayu amat penting demi menyemai dan memupuk jati diri, sahsiah dan keperibadian yang merujuk kepada t iga perkara yang disenaraikan dan dihuraikan di atas, iaitu:1. Budi pekerti dan adab sopan yang

mulia, 2. Budi bahasa dan budi bicara yang

santun, indah, bernas dan berwibawa, 3. Hati budi dan akal yang tinggi dan

bijaksana.

Apabila kita mengambil bahasa asing untuk dijadikan bahasa pengantar ilmu pengetahuan, pendidikan dan komunikasi, maka seluruh jati diri, keperibadian dan sahsiahnya akan berubah, iaitu kita akan ketepikan ketiga-ketiga elemen di atas, dan mula menyerap dan mengambil jati diri dan keperibadian asing yang didukung oleh bahasa itu. Umpamanya pengambilan bahasa Inggeris yang didukung oleh peradaban barat dengan agenda hegemoninya, iaitu sekularisme, materialisme, liberalisme, individualisme, demokrasi ala-Barat, ekonomi pasaran bebas yang tersisih daripada nilai moral, etika dan keagamaan. Gejala demikianlah mengikut Syed Naquib al-Attas yang telah menulis 30 tahun dahulu

Page 130: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

270 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

(1978: 118-126), telah berjaya menimbulkan keruntuhan adab dan kekeliruan ilmu dalam kalangan masyarakat Islam, dan telah melahirkan pemimpin yang kasap yang menyebabkan berlakunya kerosakan berikut dalam masyarakat Islam:1. Menukarkan sistem tulisan yang

berasaskan tulisan bahasa Arab kepada tulisan rumi yang mengakibatkan terputusnya secara perlahan-lahan hubungan dengan istilah dan konsep asal Islam dan juga dengan bahasa komuniti Islam yang lain,

2. Melaksanakan proses penyisihan istilah Arab-Islam, memasukkan istilah barat dan merosakkan bahasa, makna dan istilah sehingga menimbulkan kekaburan makna kosa kata kunci Islam tertentu, misalnya istilah kunci ‘pembangunan, kemajuan, kebahagiaan, keadilan, kezaliman, ilmu, adab, akhlak, akal’ telah hilang atau kabur makna asalnya,

3. Menyebabkan terbitnya persuratan, akhbar dan jurnal yang bertentangan dengan nilai Islam dari segi kandungan dan tu juannya, dengan bar isan penulis yang rendah kualitinya yang merosakkan nilai tradisi persuratan dan pengungkapan dalam Islam,

4. Menyebabkan munculnya peribadi dan komuniti Muslim pinggiran yang terpisah daripada umat Islam keseluruhannya dengan itu memecahbelahkan semangat perpaduan umat,

5. Menyebabkan terputusnya ikatan dan hubungan kesedaran orang Islam kini dengan tradisi Islamnya yang lampau yang kaya dan agung,

6. Menyebabkan tertubuhnya sistem pendidikan yang diolah dan dirancang

untuk meneruskan ideologi sekularisme daripada peringkat bawah sehingga ke paling atas,

7. Menyebabkan munculnya pelbagai bentuk cauvinisme dan sosialisme,

8. Menggemburkan semangat jahiliah untuk kembali kepada tradisi, budaya dan adat istiadat sebelum Islam yang kebanyakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

KESIMPULANDaripada perbincangan di atas, jelas bahawa bahasa merupakan wadah dan wahana peradaban, dan peradaban dicorakkan dan diwarnai oleh sistem bahasa dan persuratannya. Dua faktor yang mencetuskan kemunculan dan perkembangan peradaban ialah pemerebakan literasi dan persuratan di kalangan rakyat dan warganya. Segala kandungan dan e lemen peradaban dapat difahami dan dibudayakan ke dalam masyarakatnya melalui bahasa indigenusnya yang dapat difahami dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat jelatanya. Suasana dan keadaan alam pemikiran dan ilmu pengetahuan sesebuah masyarakat sangat rapat kaitannya dengan keadaan bahasanya. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa indigenus atau bahasa tempatan sendiri sebagai wadah dan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi, pendidikan, persuratan dan pentadbiran negara dapat mengolah, membentuk dan mewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan dan ketinggian peradabannya dalam acuan budaya tempatan sendiri. Ini akan membina kekuatan dalaman dan keyakinan diri yang mampu memupuk pula jati diri, sahsiah, solidariti, maruah dan rasa kebanggaan kepada elemen budaya dan masyarakatnya sendiri. Inilah bibit-

Page 131: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

271Mahawangsa 1 (2): 257 - 272 (2014)

bibit yang akan dapat membina semangat kekitaan atau esprit de corps dan patriotisme dalam kalangan rakyat jelata yang boleh menuju ke arah pembentukan keutuhan atau solidariti masyarakat dan budayanya, demi pembangunan ke arah negara maju. Inilah peranan yang mesti dan boleh dimainkan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, sains, teknologi dan bahasa penyatuan rakyat dan negara Malaysia bahkan seluruh umat Melayu di alam Melayu ini.

Untuk memainkan peranan ini, bahasa Melayu mesti didaulat dan diperkasakan sebagai bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa ilmu tinggi, bahasa sains dan teknologi dan bahasa perdagangan di Malaysia baik dalam sektor awam mahupun dalam sektor swasta. Namun, ini tidak bermakna rakyat Malaysia tidak perlu belajar bahasa antarabangsa untuk tujuan khusus misalnya menimba ilmu pengetahuan, diplomasi, perdagangan, persidangan dan perhubungan antarabangsa, pelancongan, dan sebagainya. Bahkan untuk menjadi pemain global di arena antarabangsa dalam bidang yang disebutkan itu, tokoh dan peribadi yang terlibat dalam kegiatan demikian seharusnya memperlengkap diri mereka dalam selok-belok, kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang itu termasuklah bahasa komunikasinya sebaik mungkin.

Hasrat dan usaha yang sedang dilakukan kini untuk mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu, merupakan langkah yang positif untuk memperkasakan kembali bahasa Melayu demi menjadikannya wadah dan wahana pemupukan dan pembinaan jati diri dan sahsiah anak bangsa dan negara Malaysia. Namun, pemerkasaan bahasa Melayu tidak cukup hanya pada peringkat persekolahan

sahaja , usaha in i seharusnya juga merangkumi peringkat pengajian tinggi. Juga tidak cukup hanya sebagai bahasa pengantar pendidikan, yang lebih penting lagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran tunggal baik dalam sektor awam mahupun dalam sektor swasta. Ini akan menjadikan bahasa Melayu benar-benar berwibawa dan perkasa dalam negara Malaysia.

Sekali gus, pembinaan negara bangsa amat penting untuk memastikan bahawa identiti nasional yang dihasratkan tercapai. Ia memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan saja perlu difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Pantun Melayu dengan jelas menegaskan hakikat ini:

Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli;Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah;Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bestari bertuah. Pucuk manis pucuk lenggundi, Daun purut digetus rusa;

Page 132: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

272 Mahawangsa (2): 257 - 272 (2014)

Yang manis bernama budi, Yang indah bernama bahasa. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

(Hassan Ahmad (Ed.). 2001)

RUJUKANAl-Attas, S. M. Naquib. (2001). Risalah untuk Kaum

Muslimin. Kuala Lumpur: ISTAC.

Al-Attas, S. M. Naquib. (1995). Prolegomena to The Metaphysics of Islam, Kuala Lumpur: ISTAC.

Al-Attas, S. M. Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM.

Al-Razi, Fakhar al-Din. (1969). Ilmu al-Akhlaq, English Translation M. S. Hassan Mas`umi, Islamabad: Islamic Research Institute.

Barnard, T. P. (ed). (2004). Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. Singapore: Singapore University Press.

Gould, J. A. (1992). Classic Philosophical Questions, New York: MacMillan.

Hashim Hj Musa. (2008). Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit UPM.

Hashim Hj Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Hashim Hj Musa. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hassan Ahmad (Ed.). (2001). Karya Agung: Pantun Melayu Bingkisan Permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Hassan Ahmad (Ed.). Bustan al-Katibin Karangan Raja Ali Haji. Dikaji dan diperkenalkan oleh Hashim bin Musa. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Malaysia.

Huntington, Samuel. (1996). The Clash of Civilizations and the Remarking of World Order. New York: Simon and Schuster.

Majid Fakhry. (1991). Ethical Theories in Islam. Leiden: E.J. Brill.

Majid Fakhry. (1997). Islamic Philosophy, Theology and Mysticism: A Short Introduction, Oxford: One World Publication.

Marden, William. (1812). A Grammer of Malayan Language. London: Crosby Lockwood and Son.

Miskawayh, Ahmad. (1968). The Refinement of Character. Tr. C. K. Zurayk. Beirut: The American University of Beirut.

Mohd Noor Ngah. (1980). Some Writing of the Traditional Malay Muslim Scholars Found in Malaysia. Dalam Khoo Kay Kim et al. (Eds.). Tamanadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady. (2004). Pascamodenisme dan Islam: Satu Pandangan Awal. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.

Raja Ali Haji. (1927). Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu Kamus Lughat Melayu Johor, Pahang, Riau dan Lingga, Singapura: Al-Ahmadiah Press.

Tenas Effendy. (2004). Tunjuk Ajar Melayu: Butir-Butir Budaya Melayu Riau. Yogyakarta: Adicita & Balai Kajian & Pengembangan Budaya Melayu.

Wan Mohd Shaghir Abdullah. (1995). Manuskrip Islam Dunia Melayu Ditinjau Daripada Pelbagai Peringkat, kerta kerja dlm. Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu, anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM, Bangi, 23 September 1995.

Page 133: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia

MAHAWANGSALaman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Pewasitan Makalah:Dihantar: 2 Ogos 2013Diterima: 4 Disember 2014

INFO MAKALAH

E-mail: [email protected] (Ooi Chwee Hwa),[email protected] (Vijayaletchumy Subramaniam), [email protected] (Che Ibrahim Salleh)

*Penulis penghubung

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

Ooi Chwee Hwa*, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim SallehJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

ABSTRAKBahasa Melayu ialah bahasa kedua murid Cina, namun peratusan kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan yang terendah berbanding dengan mata pelajaran yang lain di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Maka, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bahasa Cina dalam mempelajari bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina. Pengkaji telah menjalankan kajian di SJKC Batu 14 Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Cina mempengaruhi aspek morfologi dan sintaksis dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini penting kepada sistem pendidikan dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia harus bergerak seiring ke arah meningkatkan taraf bahasa Melayu di Malaysia

Kata kunci: Morfologi, pembelajaran bahasa Melayu, pengaruh bahasa Cina, sintaksis

The Influence of the First Language in the Learning of the Malay Language among Chinese Students

ABSTRACTThe Malay Language is the second language for Chinese students. This phenomenon has resulted in a high percentage of Chinese students obtaining merely a pass for the subject when compared to other subjects in Chinese national-type schools (SJKC). This paper seeks to identify the influence of the Chinese language among Chinese students when learning the Malay language. The researcher carried out a study in SJKC Batu 14 Hulu Langat, Selangor. Findings show that

the Chinese language does is influence aspects of morphology, and syntax when learning Malay Language. This study is important as it will help in the government’s effort to maintain the status of the Malay language as the national language, official language and knowledge language especially among Cjhinese students. Every layer of the society in Malaysia must work in tandem

Page 134: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

274 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

with one another, towards enhancing the status of the Malay Language in Malaysia.

Keywords: Morphology, learning Malay language, the influence of the Chinese language, syntax

LATAR BELAKANG KAJIANBahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia dan bahasa ilmu umumnya dapat dirumuskan sebagai mekanisme asas pembinaan sebuah negara. Dalam konteks ini, masyarakat harus berpegang pada prinsip awal perubahan negara ini, iaitu BM akan menjadi bahasa utama negara dan penggunaannya harus meliputi segala urusan dalam negara serta dilaksanakan secara meluas. Usaha perlu diteruskan untuk memastikan bahawa kedudukan dan penggunaan BM terus berada pada tahap yang sewajarnya, bukan sahaja penggunaannya yang meluas, tetapi juga digunakan dengan betul, ikhlas dan penuh kesedaran. Dari segi fungsinya, bahasa BM juga menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan.

Atas dasar BM sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah, maka bahasa ini digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, pelajar Cina dikehendaki mempelajari BM sejak di bangku sekolah. Dengan ini, BM ialah bahasa kedua pelajar Cina memandangkan bahasa Cina (BC) merupakan bahasa pertama mereka yang mula dikuasai sejak berusia 18 bulan. Cara penguasaan bahasa pertama dan bahasa kedua adalah amat berbeza. Seseorang itu tidak perlu berguru dalam sesuatu bentuk formal untuk membolehkan mereka bertutur dengan baik dalam bahasa pertama. Akan tetapi, individu tersebut belum tentu dapat bertutur dengan baik walaupun telah

mempelajari sesuatu bahasa kedua secara formal untuk beberapa tahun (Zulkifley Hamid, 2005: 26).

Aspek pembelajaran bahasa kedua memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran BM (Zamri Mahamod, 2008: 146), khususnya dalam kalangan murid Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Aspek pembelajaran bahasa dapat memastikan bahawa murid Cina yang mempelajari BM sebagai bahasa kedua mencapai tahap penguasaan yang berpada. Hal ini kerana penutur bahasa pertama dan bahasa kedua ialah dua kelompok penutur yang mempunyai ketidaksamaan. Ketidaksamaan ini lahir daripada kelainan corak dan proses penguasaan dalam mempelajari aspek nahu sesuatu bahasa.

Lanjutan daripada ini, jika aspek pembelajaran bahasa kedua tidak diberikan perhatian, BC yang dikuasai secara tidak formal sejak kecil akan menyebabkan murid Cina terbawa-bawa nahu BC dalam mempelajari bahasa lain, misalnya BM. BC menggunakan aksara Cina. Setiap aksara itu melambangkan suatu morfem, iaitu unit dalam bahasa yang mempunyai maksud, termasuklah maksud mujarad (abstrak). Oleh yang demikian, murid Cina mudah dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka dalam mempelajari BM. Situasi ini dapat diperhatikan terjadi di SJKC. Terdapat pengaruh BC dalam pembelajaran BM dalam kalangan murid Cina, meskipun sudah berada pada tahap dua sekolah rendah.

PERNYATAAN MASALAHDaripada tinjauan awal yang dibuat di SJKC Batu 14 Hulu Langat, kertas pemahaman BM hanya mencatatkan kelulusan sebanyak 67.9 peratus dalam UPSR pada 2010. Justeru, menjadikannya peratusan yang terendah berbanding dengan mata pelajaran

Page 135: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

275Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

yang lain. Keputusan ini membayangkan masalah yang dihadapi oleh murid Cina dalam mempelajari BM sebagai bahasa kedua.

Dalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) menyenaraikan empat kesalahan yang dilakukan oleh murid, iaitu pengguguran unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak tepat (pengimbuhan/penambahan), pemilihan unsur yang tidak tepat (leksikon) dan penyusunan unsur yang salah (sintaksis). Dalam hal ini, antara masalah yang dihadapi oleh murid Cina yang dapat dikesan secara am ialah morfologi (Koh Boh Boon, 1975) dan struktur ayat BM (Mohd Daud, 1992, Zamri Mahamod, 2008).

OBJEKTIF KAJIANUntuk menghuraikan pengaruh BC dalam mempelajari BM dari aspek nahu, iaitu morfologi, dan sintaksis.

KEPENTINGAN KAJIANKaj ian in i pen t ing kepada s i s tem pendidikan negara dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia harus bergerak seiring ke arah meningkatkan taraf BM di Malaysia. Justeru, BM harus dikuasai oleh semua insan yang bergelar murid, termasuk murid Cina di SJKC. Kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan untuk guru bahasa yang mengajarkan mata pelajaran BM di SJKC kerana kajian ini menjelaskan perbezaan struktur bahasa ibunda murid Cina dengan BM.

Hasil kajian ini juga dapat membantu guru untuk lebih mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridnya. Bidang yang

bermasalah akibat perbezaan tersebut dapat diketahui melalui kemahiran menulis dan bertutur murid Cina. Selanjutnya, guru dapat melakukan kerja penambahbaikan supaya pembelajaran BM murid Cina lebih berkesan. Kajian ini dapat memberikan gambaran kepada panitia mata pelajaran BM di sekolah. Pihak panitia boleh memikirkan cara penginterpretasian kandungan kurikulum ke dalam bentuk yang sesuai dengan latar belakang murid Cina.

Di samping itu, kajian ini diharapkan dapat menyediakan ruang kepada para penyelidik dan cendekiawan BM supaya terus membuat penyelidikan dalam usaha mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah pengaruh bahasa ibunda ini. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh, malah harus diteliti secara mendalam oleh setiap pihak dalam bidang pendidikan. Seperti kata Awang Sariyan (1983), pencemaran bahasa dapat berlaku dengan tidak usah menanti masuknya kata asing. Pencemaran terjadi apabila sistem bahasa tidak dipatuhi. Jadi, usaha dan keprihatinan mereka ini amat perlu agar kedaulatan BM di negara ini tidak tercemar, dan tetap dipelihara, diperluas serta dikekalkan.

SOROTAN KAJIANHenry Guntur Tarigan (1988: 211) menjelaskan bahawa pengaruh bahasa pertama kian bertambah pada bahasa kedua apabila pelajar diharapkan untuk menggunakan bahasa kedua (menulis mahupun bertutur) sebelum mempunyai pendedahan yang secukupnya terhadap bahasa baharu itu. Dalam hal ini, pelajar tersebut akan bergantung pada struktur bahasa pertama dalam upaya untuk berkomunikasi dan bertutur. Perkara lain yang dapat menyebabkan timbulnya pengaruh bahasa ibunda ke atas bahasa kedua

Page 136: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

276 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

ialah terjemahan. Oleh itu, kebanyakan tugas terjemahan perlu dihindari, kecuali butir kosa kata yang tertentu. Pengaruh bahasa pertama merupakan fakta dominan yang sering terjadi.

Dalam konteks ini, terdapat murid yang cenderung menulis karangan, menggunakan bahasa lain apabila menterjemahkannya dalam BM. Keadaan ini kebanyakannya melibatkan murid Cina yang belajar di SJKC. Ini menyebabkan ayat yang ditulisnya itu salah dari segi struktur ayat, malah tidak menepati pola ayat BM (Zamri Mahamod(ed),2008).NikSafiah(1981)pula menjelaskan bahawa punca kesalahan bahasa dalam kalangan murid berlaku kerana penguasaan sistem BM murid tersebut berada pada tahap yang kurang memuaskan. Murid berkenaan melakukan kesalahan bahasa kerana gangguan bahasa ibunda dan kekeliruan yang datang daripada kekurangan pengetahuan tentang nahu yang betul.

Dalam pada itu, kajian ke atas pengaruh bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa kedua juga dijalankan oleh Raminah Hj. Sabran pada 1983. Menurut dapatan penyelidikan yang diperoleh, murid Cina menghadapi masalah dalam memilih imbuhan yang tepat bagi dua konteks kewujudan yang ber la inan. Bel iau mengatakan bahawa pelajar Cina mengalami kekeliruan dalam penggunaan imbuhan ter- dan di- serta imbuhan ber-an dan me-i dalam penulisan, mahupun lisan. Penggunaan imbuhan menyebabkan pelajar Cina menghadapi masalah yang lebih sukar berbanding dengan pelajar Melayu dalam proses pembelajaran BM sebagai bahasa kedua di sekolah.

Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid Cina menyebabkan mereka sering melakukan kesalahan dalam

penggunaan BM. Corder (1981) menganggap bahawa kesalahan bahasa berpunca daripada tindakan penutur melakukan pertukaran, pengalihan atau penghilangan sesuatu ujaran seperti bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga menyebabkan ayat yang dibentuk mengandungi kesalahan. Juriah (1994) turut mendapati bahawa seseorang itu melakukan kesilapan bahasa kerana kekurangan pengetahuan terhadap sistem bahasa tersebut. Pada masa yang sama, kekeliruan terhadap perbezaan laras bahasa turut mendatangkan kesan.

Koh Boh Boon (1975) dalam kajiannya terhadap murid Cina telah mendapati bahawa murid Cina menghadapi masalah imbuhan kerana imbuhan tidak wujud dalam BC. Oleh itu, pelajar Cina sering mengabaikan penggunaan imbuhan sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Dapatan ini bertepatan dengan dapatan kajian Mohd Daud (1990) yang mengatakan bahawa kesalahan imbuhan dan kata sendi paling kerap dilakukan oleh murid hingga mencapai peratusan sebanyak 31.2%. Kajian tersebut dapat menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam kalangan murid Cina, iaitu tahap penguasaan BM belum mencapai kedudukan yang melegakan meskipun sudah pada peringkat menengah. Sorotan penyelidikan yang dipaparkan memperlihatkan bahawa pengetahuan BM para murid sekolah rendah dan menengah adalah tidak seimbang.

METODOLOGIPengaruh BC dalam proses pemelajaran BM yang dikaji dibataskan kepada dua aspek, iaitu morfologi, dan sintaksis. Aspek morfologi yang dikaji lebih kepada sistem pengimbuhan BM, dan kesalahan dalam penggunaan golongan kata, seperti yang terdapat pada kata nama, kata kerja

Page 137: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

277Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

atau kata adjektif atau yang tidak sesuai penggunaannya dalam sesuatu konteks. Manakala aspek sintaksis pula berhubung dengan hukum D-M (Diterangkan-Menerangkan) dalam nahu.

Kajian ini dijalankan ke atas murid Cina tahun 4, 5 dan 6 (77 orang) yang gagal dalam peperiksaan BM di SJKC Batu 14 Hulu Langat (murid Melayu dan India yang belajar di sekolah tersebut tidak dijadikan sampel kerana BC bukan bahasa pertama mereka). Kaedah kajian yang digunakan ialah rujukan kepustakaan, temu bual, tinjauan dan pemerhatian. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pencapaian yang terdiri daripada 20 soalan, merangkumi aspek nahu, iaitu morfologi, dan sintaksis. Data yang dikumpulkan daripada ujian pencapaian dikira dalam peratusan, dan dipaparkan dalam bentuk graf. Graf tersebut dihuraikan secara deskriptif.

DAPATAN KAJIAN

Morfologi Dalam nahu BM, morfem ialah unit nahu yang terkecil yang membawa makna. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Misalnya, morfem awalan me- mempunyai enam alomorf. Istilah morfem terikat turut digunakan untuk maksud penambah (Asmah Haji Omar, 2014: 13). Kandungan makna yang ada pada penambah (imbuhan) itu tidak dapat dilihat dari segi yang tercatat dalam sesebuah kamus. Ini kerana penambah merupakan satu satuan yang terkecil yang tidak boleh berdiri dengan bebas sebagai perkataan.

Oleh sebab itu, makna bagi penambah harus dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan tertentu yang hadir dalam ayat. Maksudnya, makna penambah

hanya dapat diketahui apabila digunakan melalui perkataan terbitannya dalam ayat. Hal ini dilihat merumitkan lagi keadaan pembelajaran BM dalam kalangan murid Cina. Dalam nahu BC, walaupun terdapat perkataan yang bersifat bebas dan terikat, namun tiada pewujudan morfem.

Dalam pembelajaran BM di bilik darjah, murid harus dapat membezakan penambah melalui dua cara, iaitu mengikut kedudukan penambah dan mengikut jenis golongan kata. Apabila penambah dicantumkan dengan kata dasar, penambah itu dibahagikan kepada jenis awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Jika mengikut jenis golongan kata pula, penambah terbahagi kepada penambah kata nama, penambah kata kerja dan penambah kata sifat (Abdullah Hassan, 2002: 65). Umumnya, penambah mempunyai tiga fungsi, dan berperanan untuk membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. Secara langsung, dengan memberikan penambah pada satu-satu kata dasar itu, kata nama, kata kerja, kata sifat dan kata bilangan dapat diterbitkan.

Hal ini amat berbeza dengan BC. Jika dilihat dari segi morfologi, BC merupakan bahasa yang sama sekali tidak menggunakan penambah. BC ialah bahasa isolatif yang tidak mempunyai akhiran, awalan atau sisipan. Kata dalam BC terdiri daripada kata akar sahaja dan gabungan kata akar (Ahmad Mahmood Musanif, 2001: 49). Oleh itu, murid Cina tidak biasa dengan penggunaan penambah. Ini menjadikan mereka sukar untuk mempelajari BM dan sukar menggunakannya dengan betul. Ini merupakan salah satu aspek pengaruh BC dalam mempelajari BM dalam kalangan murid Cina.

Berikut dipaparkan lima graf, iaitu graf 1 hingga 5 yang menunjukkan

Page 138: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

278 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

peratusan murid yang memilih penambah tertentu sebagai jawapan bagi soalan yang disediakan dalam bahagian morfologi (A). Graf itu dengan jelas mencatatkan peratusan murid tahun 4, 5 dan 6 bagi setiap jawapan, dan ternyata tidak banyak yang memilih jawapan dengan betul kerana peratusan jawapan yang betul adalah rendah.

merupakan berupakan perupaan

82

14

4

72

21

7

30

45

25

soalan A (1): Air rupa sumber yang penting

tahun 4 tahun 5 tahun 6

Graf 1

Bagi soalan 1, 82% murid tahun 4, 72% murid tahun 5 dan hanya 30% murid tahun 6 yang menjawab dengan betul. Masih terdapat segelintir murid yang memilih penambah ‘be...kan’ dan ‘pe...an’ sebagai jawapan. Bagi mereka, semua penambah ‘me...kan’, ‘be...kan’ dan ‘pe...an’ tiada bezanya. Mereka tidak dapat membandingkan perbezaan makna yang terdapat pada kata dasar ‘rupa’ dan ‘merupakan’.

Penambahan imbuhan/penambah pada perkataan ‘rupa’ akan menerbitkan makna yang lain. Kata dasar ‘rupa’ bermakna perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar dan sifat sesuatu pada lahirnya. Manakala ‘merupakan’ bererti membentuk atau menjadi. Sebanyak 18% murid tahun 4, 28% murid tahun 5 dan 70% murid tahun 6 yang jawapannya salah. Walaupun soalan ini dikategorikan sebagai soalan aras mudah, namun masih terdapat murid yang salah dalam memilih jawapan, terutamanya murid

tahun 6. Peratusan murid yang salah begitu tinggi jika dibandingkan dengan murid tahun 4 dan 5.

kehidupan menghidupkan hidupan

43

50

7

21

69

10

3540

25

soalan A (2): (sambungan) dalam hidup manusia.

tahun 4 tahun 5 tahun 6

Graf 2

Bagi soalan 2, hanya 43% murid tahun 4, 21% tahun 5 dan 35% murid tahun 6 yang menjawab dengan betul. Ada antara mereka yang memilih ‘menghidupkan’ sebagai jawapan, iaitu 50% murid tahun 4, 69% murid tahun 5 dan 40% murid tahun 6. Perkataan ‘kehidupan’ merupakan perihal hidup; ‘menghidupkan’ bererti membuat supaya hidup, tumbuh dan membesar; ‘hidupan’ pula sesuatu yang hidup seperti binatang, tumbuhan dan lain-lain. Peratusan dalam graf menggambarkan murid tidak dapat membezakan makna yang hadir dalam kata ‘kehidupan’, menghidupkan’ dan ‘hidupan’.

Keadaan ini sesuai dengan kajian Koh Boh Boon (1975) yang mendapati bahawa murid Cina menghadapi masalah imbuhan kerana imbuhan tidak wujud dalam BC. Oleh itu, murid Cina sering mengabaikan penggunaan imbuhan sama ada dalam pertuturan atau penulisan BM. Dalam BC, kata ‘hidup’ sudah memberi makna ‘kehidupan’. Hal ini mengelirukan murid Cina dalam penggunaan kosa kata tersebut.

Page 139: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

279Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

menggunakan mengunakan megunakan

64

11

25

4138

21

35

45

20

soalan A (3): Manusia juga guna air

tahun 4 tahun 5 tahun 6

Graf 3

Awalan ‘meN’ mempunyai alomorf seperti ‘me’, ‘mem’, ‘men’, meng’ dan ‘menge’. Awalan ‘meN’ sangat produktif dan mempunyai fungsi sebagai penetap dan juga pengubah golongan. Dengan itu, ‘meN’ boleh diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat, kata nama, ganti nama diri dan kata bilangan (Asmah Haji Omar, 2014: 135). Namun, murid harus mengetahui bahawa dalam penambahan dengan alomorf yang mempunyai ciri sengau, bunyi tertentu digugurkan manakala yang lain dipertahankan.

Ternyata ada dalam kalangan murid yang tidak mengetahui bahawa alomorf ‘meng’ harus diletak sebelum vokal g dalam suatu penambahan. Maka, dalam soalan 3, terdapat 36% murid tahun 4, 59% murid tahun 5 dan 65% murid tahun 6 yang memberikan jawapan salah. Peratusan murid tahun 5 dan 6 yang memberikan jawapan salah adalah melebihi 50%. Situasi ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian sebelum mereka menamatkan persekolahan di sekolah rendah.

membasuh menbasuh mebasuh

4643

11

38

52

10

35

50

15

soalan A (4): untuk basuh, memasak

tahun 4 tahun 5 tahun 6

Graf 4

Dalam penulisan ayat, adalah tidak hairan untuk mendapati bahawa murid Cina sering menulis ‘baca’ sebagai ‘menbaca’ dan ‘beli’ sebagai ‘menbeli’. Apabila diajukan soalan berkaitan hal tersebut, iaitu ‘Tahukah anda, mem- harus diletak sebelum vokal p, b, f dan v?’, jawapan ‘tidak tahu’ diberikan. Maka untuk soalan 4, pengkaji menggunakan perkataan ‘basuh’ yang turut dimulakan dengan vokal ‘b’.

Graf 4 dengan jelas menunjukkan bahawa murid tidak menguasai sistem pengimbuhan, mereka tidak menyedari bahawa alomorf ‘mem’ harus diletakkan sebelum vokal b dalam suatu penambahan. Hanya 46% murid tahun 4, 38% murid tahun 5 dan 35% murid tahun 6 yang menjawab dengan betul. Pada masa yang sama, 43% murid tahun 4, 52% murid tahun 5 dan 50% murid tahun 6 yang memilih ‘menbasuh’ sebagai jawapan.

Page 140: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

280 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

barangan membarang barangkan

25

46

2934

52

14

30

50

20

soalan A (5): membersihkan barang dan sebagainya.

tahun 4 tahun 5 tahun 6

Graf 5

Akhiran ‘-an’ merupakan satu-satunya akhiran nama yang asl i dalam BM (Asmah Haji Omar, 2014: 64). Akhiran ini mempunyai satu alomorf sahaja, iaitu ‘-an’. Akhiran ini diimbuhkan pada kata dasar yang berupa kata nama dan kata kerja. Salah satu makna yang didukungnya ialah makna ‘sama dengan’. Inilah yang terdapat pada perkataan ‘barang’ dan ‘barangan’.

Namun, peratusan yang dipaparkan dalam graf 5 telah menyatakan bahawa kebanyakan mur id t e l ah memi l ih ‘membarang’ sebagai jawapan. Apabila disoal, murid memberitahu bahawa pemilihan jawapan ini berlaku dengan ketidakhadiran jawapan ‘menbarang’. Dalam soalan 5, hanya 25% murid tahun 4, 34% murid tahun 5 dan 30% murid tahun 6 yang menjawab dengan betul. Peratusan murid tahun 4, 5 dan 6 yang memberikan jawapan betul adalah tidak melebihi satu pertiga.

Dalam bahagian morfologi, peratusan murid yang menjawab dengan betul amatlah rendah jika dibandingkan dengan peratusan jawapan yang salah. Hal ini menjelaskan bahawa ketiadaan morfem dalam BC telah mempengaruhi pemelajaran BM dalam kalangan murid Cina, terutamanya dari segi penggunaan penambah/imbuhan. Murid yang lemah ini tidak menguasai penggunaan penambah/imbuhan menyebabkan mereka

gagal dalam peperiksaan BM di sekolah. Berdasarkan data yang diperoleh

daripada bahagian nahu, peratusan juga dikira untuk mengenal pasti penguasaan murid dari aspek kata. Jika morfem ialah unit nahu yang terkecil yang membawa makna,katapuladidefinisikansebagaiunitbahasa yang minimal dan bermakna (Ahmad Mahmood Musanif, dll., 2009: 3). Kata leksikal ialah kata yang padanya ada makna atau senarai makna yang tidak disyaratkan oleh struktur.

Setiap kata memiliki makna, dan perlu digunakan dengan betul oleh penutur dan penulisagardapatmenyampaikanfikirandan maklumat kepada pendengar dan pembaca. Namun, murid Cina cenderung menggunakan perkataan yang tidak tepat dalam penulisan dan pertuturan. Penggunaan perkataan yang tidak tepat ialah pemilihan kata atau istilah yang tidak sesuai mengikut konteks atau situasi sesuatu ayat BM tersebut. Pemilihan kata yang tidak tepat atau sesuai ditemukan dalam ujian ke atas sampel kajian. Rajah 1 menunjukkan taburan peratusan murid yang mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dalam bahagian (B) kata.

Soalan Peratusan Murid Yang Menjawab dengan Betul

B1 Nenek menonton televisyen

35.1%

B2 Hujan turun dengan lebat 12.3%B3 Dia belum/tidak datang

ke sekolah 12.3%

B4 Saya ada sekaki payung 3.5%B5 Ada sebiji durian di atas

meja 38.6%

Rajah 1: Taburan Peratusan Murid yang Menjawab dengan Betul

Hanya 35.1% murid yang menjawab ‘menonton’ bagi soalan B1. Sebahagian

Page 141: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

281Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

besar daripada mereka menjawab ‘tengok’ dan ‘melihat’. Ini amat mudah difahami oleh pengkaji kerana ‘tengok’ dan ‘melihat’ membawa maksud yang sama dengan ‘menonton’ dalam BC. Dalam BM, terdapat kata kerja yang tertentu dalam menyatakan sesuatu perbuatan. Misalnya:

i. Menonton televisyenii. Menyaksikan persembahaniii. Matanya tidak dapat melihativ. Memandang jauh

Wa l a u b a g a i m a n a p u n , j i k a diterjemahkan perkataan ‘tengok’ ke dalam BC, kata itu boleh saja ditulis sebagai ‘tengok televisyen’, ‘tengok persembahan’, ‘ matanya tidak dapat tengok’ dan ‘tengok jauh’. Murid yang kurang pendedahan terhadap perbendaharaan kata akan mengabaikan penggunaan perkataan ‘menonton’ yang lebih sesuai dengan ‘televisyen’. Maka, dalam penulisan karangan, murid Cina mudah dikesan ketidaksesuaian dalam penggunaan kata yang disebabkan penterjemahan.

Soalan B2 memperlihatkan hanya 12.3% murid yang menjawab dengan betul. Lebih 50% daripada sampel kajian menjawab ‘besar’, iaitu ‘Hujan turun dengan besar’. Penterjemahan ke dalam BC juga berlaku pada kata adverba. Kata adverba merupakan perkataan yang menerangkan cara suatu perbuatan dilakukan. Dalam hal ini, ‘besar’ membawa maksud yang sama dengan ‘lebat’ dalam BC. Dalam BM, terdapat kata adverba yang tertentu dalam menyifatkan sesuatu perbuatan. Misalnya,

i. Hujan turun dengan lebatii. Angin bertiup dengan kencang

Dalam bahasa Cina, perkataan ‘besar’ boleh digunakan untuk menyifatkan

hujan dan angin. Apabila ditambah dengan kecenderungan murid membuat penterjemahan, maka, ‘hujan besar’ dan ‘angin besar’ ditulis oleh murid dalam kebanyakan ayat. Tulisan seperti ini tidak tepat dan kurang sesuai dalam BM dan menyebabkan ayat tersebut tidak lagi gramatis.

Begitu juga dengan soalan B3, hanya 12.3% murid yang menjawab dengan betul. Kata kerja bantu ialah kata kerja yang membantu kata kerja leksikal dalam memberikan ciri aspek. Justeru, kata kerja bantu mendahului kata kerja leksikal dalam satu-satu ayat. Ayat tersebut boleh sahaja diisi dengan jawapan seperti ‘belum’, ‘sudah’, mahupun ‘tidak’. Jawapan yang memiliki kekerapan yang paling tinggi ialah ‘setiap hari’, iaitu ‘Dia setiap hari datang ke sekolah’. Jawapan ini diberi kerana inilah ayat yang kerap ditulis oleh murid dalam BC. Ayat tersebut adalah betul dari segi struktur BC. Namun, ayat ini sepatutnya ditulis sebagai ‘Dia datang ke sekolah setiap hari’ atau ‘Setiap hari, dia datang ke sekolah’ dalam BM.

Soalan B4 dan B5 berkaitan dengan penggunaan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan digunakan dengan pengertian khusus dalam konteks bilangan dan juga konteks kata nama tertentu. Dari segi nahu, penjodoh bilangan dalam BM dibahagikan kepada dua kategori makna, iaitu (i) penjodoh bilangan yang boleh berfungsi sebagai kata nama penuh dan (ii) penjodoh bilangan yang hanya berfungsi sebagai penjodoh bilangan. Ini berlainan dengan nahu BC kerana penjodoh bilangan dalam BC hanya berfungsi sebagai penjodoh bilangan.

Perbezaan penggunaan penjodoh bilangan antara BC dengan BM begitu ketara apabila hanya 3.5% murid yang

Page 142: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

282 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

menjawab soalan B4 dengan betul. Jawapan yang paling kerap dikesan ialah ‘batang’. Ini kerana dalam BC, ‘batang’ digunakan untuk benda yang berbentuk panjang seperti penyapu dan payung. Malah murid yang lemah sukar untuk mengingat penjodoh bilangan yang boleh berfungsi sebagai kata nama penuh pada masa yang sama seperti sebuku roti, sekaki payung, sepapan petai, dan sebagainya.

Sebanyak 38.6% murid yang menjawab soalan B5 dengan betul, iaitu sebiji durian. Banyak antara mereka yang menulis ‘buah’ sebagai jawapan, iaitu sebuah durian. Ada kekeliruan yang berlaku. Ini demikian, kerana dalam BC, penjodoh bilangan ‘biji’ digunakan untuk benda yang kecil dan berbentuk bulat seperti epal, limau, telur, bola ping pong, dan sebagainya. Manakala penjodoh bilangan ‘buah’ digunakan untuk benda yang besar seperti durian, tembikai, buah kelapa, bola keranjang, dan sebagainya.

Dalam BM, ‘biji’ digunakan untuk benda yang bulat seperti semua jenis bola, durian, tembikai, epal, limau, dan sebagainya, dan ‘buah’ digunakan untuk benda yang besar atau bentuk yang tidak tentu seperti rumah, kenderaan, perabot, dan sebagainya. Oleh itu, murid terpengaruh dengan penggunaan penjodoh bilangan BC dalam mempelajari BM. Mereka sering melakukan kesalahan nahu dari aspek kata. Dalam ujian bahagian kata, secara puratanya, hanya 20.4% murid yang menjawab soalan dengan menggunakan perkataan yang betul dan sesuai. Ini bererti terdapat empat perlima daripada murid yang mempraktikkan kosa kata BC dalam penulisan BM.

SintaksisBerdasarkan data yang diperoleh daripada ujian, peratusan telah dikira untuk mengenal

pasti penguasaan murid dari aspek sintaksis. Graf 1 hingga 5 menjelaskan bahawa murid cenderung mengaplikasikan nahu dan struktur ayat BC dalam penulisan ayat BM. Untuk hal ini, hukum D-M dalam nahu BM memainkan peranan yang amat penting dalam menghasilkan ayat.

Hukum D-M ialah salah satu unsur penting dalam nahu BM. Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. D merujuk aspek yang ‘diterangkan’ manakala M merujuk aspek yang ‘menerangkan’. Menurut hukum nahu, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’ harus dinyatakan dahulu dan disusuli dengan perkataan yang ‘menerangkan’.

Kekeliruan hukum D-M ini timbul dalam diri murid Cina ketika mempelajari BM. Keadaan ini dikenal pasti berpunca daripada pengaruh BC yang juga merupakan bahasa pertama mereka. Struktur pembentukan frasa nama atau kedudukan konstituen dalam BC berbeza daripada struktur BM. Dalam BC, perkara yang ‘menerangkan’ akan didahulukan dan diikuti dengan perkataan yang mahu ‘diterangkan’, atau lebih mudah, bentuk M-D yang dipraktikkan dalam penulisan BC. Misalnya, ‘ibu saya’ dalam BM dilihat sebagai keadaan yang terbalik dalam BC. Murid Cina cenderung mengatakan ‘saya ibu’ atau ‘saya punya ibu’ kerana perkara yang ‘menerangkan’, iaitu ‘saya’ akan didahulukan dan diikuti dengan perkataan yang mahu ‘diterangkan’, iaitu ‘ibu’.

Daripada data yang diperoleh, ternyata masih ada antara mereka yang tidak menguasai hukum D-M. Mereka keliru

Page 143: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

283Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

dengan struktur BM dan BC. Graf 6 berikut dapat memberi gambaran bahawa pengaruh BC hadir dalam pembelajaran BM. Masih ada 14% murid tahun 4, 31% murid tahun 5 dan 65% murid tahun 6 yang terikut-ikut dengan ‘saya ibu’. ‘saya ibu’ ialah salah dari aspek struktur ayat dalam BM.

0

50

100

150

200

Ibu saya pandai memasak. Saya ibu pandai memasak.

soalan C(1)

tahun 6

tahun 5

tahun 4

Graf 6

0

50

100

150

200

250

Rumah saya besar dan cantik.

Saya rumah besar dan cantik.

Soalan C(2)

tahun 6

tahun 5

tahun 4

Graf 7

Begitu juga dengan soalan C2, graf 7 menunjukkan bahawa 14% murid tahun 4, 31% murid tahun 5 dan 50% murid tahun 6 yang memilih jawapan ‘saya rumah’. Frasa nama ‘saya rumah’ ialah salah satu dari aspek struktur ayat dalam BC. Frasa nama ‘rumah saya’ dalam BM seolah-olah tidak menepati nahu BC. Murid Cina cenderung mengatakan ‘saya rumah’ atau ‘saya punya rumah’ kerana perkara yang ‘menerangkan’, iaitu ‘saya’ akan didahulukan dan diikuti dengan perkataan yang mahu ‘diterangkan’, iaitu ‘rumah’.

Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam binaan frasa nama, satu perkataan bertindak sebagai inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan lain merupakan penerang kepada inti tersebut. Keadaan ini harus difahami oleh murid supaya dapat membina ayat BM yang betul.

0

20

40

60

80

100

120

140

160

180

Kakak minum susu lembu. Kakak minum lembu susu.

soalan C(3)

tahun 6

tahun 5

tahun 4

Graf 8

Graf 8 menunjukkan hanya 55% murid tahun 5 dan 10% murid tahun 6 yang menjawab dengan betul. Apabila merujuk susu yang diambil daripada lembu, seharusnya murid itu mengatakan ‘susu’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan, barulah disusuli ‘lembu’ sebagai perkataan yang menerangkan susu berkenaan. Susunan frasa yang betul seharusnya menjadi ‘susu lembu’ dan bukannya ‘lembu susu’ kerana ‘lembu susu’ merujuk ‘lembu’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan, iaitu kata nama dan ‘susu’ sebagai kata yang menerangkan perkataan lembu.

Apabila disebut ‘lembu susu’ bererti lembu yang menghasilkan susu. Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan

Page 144: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

284 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

pada kedudukan kedua. Namun, murid Cina tampak sudah biasa dengan penulisan BC dan melakukan kesalahan nahu dengan memilih ‘lembu susu’ sebagai jawapan yang betul.

0

20

40

60

80

100

120

140

160

180

Adik pergi ke kedai buku. Adik pergi ke buku kedai.

soalan C(4)

tahun 6

tahun 5

tahun 4

Graf 9

Graf 9 menunjukkan bahawa 36% murid tahun 4, 41% murid tahun 5 dan 90% murid tahun 6 yang memilih jawapan ‘buku kedai’. Frasa nama ‘buku kedai’ adalah salah dari aspek struktur ayat dalam BM.

Hakikatnya dalam BM, nahunya memperlihatkan ‘kedai’ sebagai tempat yang menjual ‘buku’, maka unsur ‘kedai’ diletak pada kedudukan pertama sebagai aspek yang ‘diterangkan’, kemudian barulah diikuti oleh ‘buku’ sebagai unsur yang ‘menerangkan’. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai ‘kedai buku’. Dari sudut makna, jika disebut ‘buku kedai’, maka sebenarnya merujuk kepada ‘buku’ sebagai ‘kedai’. Tetapi dalam nahu BC, unsur yang ‘menerangkan’ akan didahulukan, kemudian disusuli unsur ‘diterangkan’.

0

20

40

60

80

100

120

140

160

Dia ada pen merah. Dia ada merah pen.

soalan C(5)

tahun 6

tahun 5

tahun 4

Graf 10

Situasi yang sama juga terdapat dalam rangkai kata ‘merah pen’. Dalam nahu BC, ‘merah’ menerangkan warna ‘pen’. Maka, ‘merah’ diletakkan di hadapan ‘pen’ dan disebut ‘merah pen’. Ini sama sekali berlawanan dengan nahu BM yang meletakkan unsur ‘diterangkan’ sebelum unsur ‘menerangkan’, iaitu ‘pen merah’. Daripada graf 10, 36% murid tahun 4, 28% murid tahun 5 dan 85% murid tahun 6 memberikan jawapan salah.

Peratusan yang ditunjukkan dalam graf 6 hingga 10 menjelaskan keadaan bahawa banyak murid yang terikut-ikut dengan nahu BC. Dalam pemilihan jawapan itu dapat dikesan pengaruh BC dalam mempelajari BM dalam kalangan murid Cina. Oleh yang demikian, pengaruh BC ternyata begitu jelas dalam kalangan mereka. Hukum D-M tidak dikuasai oleh mereka, malah mereka keliru sehingga mencampur aduk nahu kedua-dua bahasa. Kesannya, ayat yang ditulis adalah salah dari segi nahu.

Situasi ini bertepatan dengan dapatan kajian Henry Guntur Tarigan (1988). Beliau menjelaskan bahawa pengaruh bahasa pertama akan semakin bertambah pada bahasa kedua apabila murid diharapkan untuk menghasilkan ayat dalam bahasa kedua

Page 145: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

285Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

sebelum dia mendapat pendedahan terhadap bahasa baharu itu. Penguasaan bahasa yang lemah menyebabkan murid tersebut bergantung pada struktur bahasa pertama dalam usahanya untuk berkomunikasi dan bertutur dalam bahasa kedua.

Seterusnya, dalam bahagian membina ayat pula, 5 perkataan telah disediakan. Data telah diteliti lalu kekerapan kesalahan dikira untuk mendapatkan peratusan. Berikut ialah jadual kekerapan kesalahan yang didapati daripada ayat dalam kalangan murid Cina.

Kesalahan Kekerapan PeratusanK1 Struktur ayat 41 27.7%K2 Perbendaharaan kata 23 15.54%K3 Tanda baca 17 11.49%K4 Imbuhan 19 12.84%K5 Ejaan 48 32.43%

Jumlah 148 100% Jadual 2: 1.3.6 Kekerapan Kesalahan dalam Ayat

Daripada jadual di atas, kesalahan ejaan mencapai peratusan yang tertinggi, iaitu 32.43%. Antara kesalahan ejaan yang kerap dikesan dalam ayat adalah seperti yang berikut:a. ‘mau’ sepatutnya ‘mahu’b. ‘begi’ sepatutnya ‘pergi’c. ‘tutuk’ sepatutnya ‘duduk’d. ‘batminton’ sepatutnya ‘badminton’e. ‘menarki’ sepatutnya ‘menaiki’f. ‘kejar’ sepatutnya ‘kerja’g. ‘menungu’ sepatutnya ‘menunggu’h. ‘kawanya’ sepatutnya ‘kawannya’

Struktur ayat seperti yang dibincangkan sebelum ini merupakan kelemahan murid Cina. Kesalahan struktur ayat ialah sebanyak 27.7%. Kebanyakan ayat yang didapati salah dari segi struktur ialah ayat yang melibatkan

penggunaan kata nama tempat dan kata sifat masa. Misalnya, a. Saya rumah di Taman Kemacahayab. Saya di sekolah bermain badmintonc. Saya esok di sekolah ada melukisd. Ali esok tidak datang ke sekolahe. Kucing saya suka di ruang tamu

menangkap tikusf. Saya bapa ada satu basg. Saya esok ada pergi nenek rumah

Selain itu, kesalahan perbendaharaan kata, imbuhan dan tanda baca masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 15.54%, 12.84% dan 11.49%. Dapatan yang diperoleh ini menjadikan perbincangan dalam bahagian morfologi tampak lebih jelas, iaitu penguasaan imbuhan dan penggunaan perbendaharaan kata/kosa kata adalah begitu lemah dalam kalangan murid Cina yang gagal dalam mata pelajaran BM. Kata yang digunakan dalam ayat rata-ratanya kata nama dalam bentuk akar/dasar, iaitu kata nama yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah/imbuhan. Kata nama dalam bentuk berlapis, iaitu yang dihasilkan dengan penambahan awalan, akhiran dan sisipan adalah jarang digunakan oleh mereka, malah salah penggunaannya.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian memberikan gambaran bahawa murid Cina belum menguasai pengetahuan dan nahu BM secara seimbang. Markah pada bahagian morfologi, kata dan sintaksis begitu rendah jika dibandingkan dengan tahap umur mereka. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Farid dan Ajid (1981) yang mengatakan bahawa persepsi murid Cina tentang linguistik BC telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Aspek

Page 146: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh

286 Mahawangsa (2): 273 - 287 (2014)

semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur linguistik dalam BM. Oleh yang demikian, mereka melakukan kesalahan kosa kata dalam penggunaan BM.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa murid masih kurang utuh dalam penguasaan BM. Umumnya, sistem pengimbuhan, perbendaharaan kata dan penulisan ayat merupakan tatatingkat dalam nahu BM, jika murid gagal mempelajarinya dengan mantap dan betul, adalah sukar untuk mereka menggunakan BM bagi tujuan yang lebih bersifat integrasi. Bentuk pengetahuan BM yang dimiliki oleh murid merupakan bentuk pengetahuan bahasa yang kurang berdaya saing untuk menyumbang ke arah pemartabatan BM.

KESIMPULANHasil penelitian ke atas dapatan kajian menjelaskan bahawa tahap penguasaan BM dalam kalangan murid Cina yang dikaji berada pada tahap lemah dan tidak memuaskan. Dalam penulisan BM, aspek bahasa pertama banyak mempengaruhi aspek morfologi, kata dan sintaksis. Kesalahan dari segi pengimbuhan dan penggunaan kata serta struktur binaan ayat hukum M-D BC kepada hukum D-M BM sering berlaku dalam kalangan murid Cina. Maka, tidak dinafikan bahawa pengaruh bahasa ibunda mendorong murid Cina melakukan kesalahan nahu.

Analisis dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pengaruh BC dalam mempelajari BM dari aspek nahu dalam kalangan murid Cina di sekolah rendah. Pengaruh BC dalam mempelajari BM begitu ketara dalam aspek morfologi, dan sintaksis. Murid yang lemah dalam BM didapati tidak menguasai penggunaan penambah dan hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) yang terdapat dalam

nahu BM. Kekeliruan timbul kerana penterjemahan dibuat mengikut nahu BC.

Pengkaji berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kajian tentang pembelajaran BM sebagai bahasa kedua dijalankan ke atas murid Cina di sekolah rendah, dan bukannya ke atas murid Cina yang telah sampai ke peringkat menengah. Kajian yang berkaitan dengan pemelajaran BM sebagai bahasa kedua perlu diperbanyak dan mencakupi pelbagai aspek di SJKC agar murid tidak terlambat untuk menuntut ilmu sebelum murid itu memasuki alam persekolahan menengah yang lebih menuntut pengetahuan dan kebolehan berbahasa.

BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan. (1986). Penerbitan Kata dalam

Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (1989). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ahmad Mahmood Musanif. (2001). Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Mahmood Musanif, Che Ibrahim Haji Salleh, Arbak Othman & Arbai’e Sujud. (2009). Linguistik & Leksikografi. Kajang: Pustaka Nusa Sdn. Bhd.

Ambigapathy Pandian. (2003). Bahasa & Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2014). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 147: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

287Mahawangsa 1 (2): 273 - 287 (2014)

Awang Sariyan. (1983). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Chew Fong Peng. (2008). Bahasa Melayu Titian Ilmu. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Corder, S. P. (1973). Introducing Applied Linguistics. Baltimore: Penguin Education.

Corder, S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. London: Oxford University Press.

Farid M.Onn & Ajid Che Kob. (1981). Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Hashim Haji Musa. (1993). Binaan Dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Suatu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan. (1988). Pengajaran Pemerolehan Bahasa. Bandung: Angkasa.

JuriahLong,RaminahHjSabran,&SofiahHamid.(1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Koh Boh Boon. (1975). A study to locate an analysis of somecommonerrorsintheuseofMalayaffixeson non-Malay preparing for the Malaysian CertificateofEducationBahasaMalaysiapaper,Jurnal Pendidikan, 5, 31-33.

Mohd Daud Yusof. (1990). Penguasaan Bahasa Melayu Baku di Kalangan Pelajar Tingkatan 2: Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu, Kelantan, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Daud Taha. (1992). Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam, Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (1981). Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya terhadap Pembelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

NorZaitonHanafi,NorAzuraMohdSalleh&ZamriMahamod. (2008). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Pelajar Cina Ketika Belajar Bahasa Melayu. dlm Zamri Mahamod (penyunting). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Nurhadi dan Roekhan. (1990). Dimensi-dimensi dalam Belajar Bahasa Kedua. Bandung: Sinar Baru.

Raminah Hj Sabran. (1983). Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Zainiah Senan, Mahanum Abd. Karim, Zuraidah Saat & Zamri Mahamod. (2008). Tahap Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama dan Kedua di Sekolah Rendah. dlm Zamri Mahamod (penyunting). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Zulkifley Hamid. (1994). Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

ZulkifleyHamid.(2005).Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 148: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 149: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

SENARAI NAMA PEWASITMAHAWANGSA

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

VOL. 1(2) NOV. 2014

Sidang Editorial Pertanika Mahawangsa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu berikut.

Profesor Dr. Darussalam Abu Bakar Universiti Teknologi MARA Malaysia

Profesor Dr. Ezhar Tamam Universiti Putra Malaysia

Profesor Dr. Samsudin A. Rahim Universiti Kebangsaan Malaysia

Profesor Dr. Zulkifley Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia

Profesor Madya Dr. Dr jelani Harun Universiti Sains Malaysia

Profesor Madya Dr. Jaffary Awang Universiti Kebangsaan Malaysia

Profesor Madya Dr. Pisol Maidin Universiti Teknologi MARA Malaysia

Profesor Madya Dr. Rahim Aman Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Asyiqin Ab Halim Universiti Malaya

Dr. Khalim Zainal Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Mohd Taufik Arridzo Universiti Malaya

Dr. Raja Masittah Universiti Putra Malaysia

Dr. Tajul Aripin Kassin Universiti Sains Malaysia

Page 150: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 151: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

PertanikaGerbang sebaran hasil penyelidikan berkualiti tinggi

MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

GARIS PANDUAN PENULISAN DAN TATACARA SERAHAN

Semakan: Mac 2014

Sila baca dan patuhi garis panduan dengan teliti. Makalah yang memenuhi spesifikasi yang diberikan akan membantu melancarkan proses penerbitan. Lembaga Editorial berhak menolak kembali makalah yang tidak disediakan mengikut garis panduan ini.

PengenalanPertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang-bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST) sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada tahun 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu (MAHAWANGSA). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. Pertanika Mahawangsa diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali setahun iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia.

MatlamatMenyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.

Kualiti Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.

Indeks PetikanPengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.

VisiPertanika akan terus mempertingkat kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.

Skop dan Matlamat

Matlamat Pertanika Mahawangsa adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas multidisiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan diaspora Melayu.

Kenyataan RedaksiPertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah MAHAWANGSA.

Page 152: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

GARIS PANDUAN PENULISAN

Dasar PenerbitanDasar Pertanika melarang penghantaran makalah yang sama untuk penilaian serentak oleh dua atau lebih penerbitan. Penerbitan semula mana-mana makalah yang telah diterbitkan oleh pihak penerbitan lain sama ada secara menyeluruh atau sebahagian daripadanya juga dilarang. Penerbitan semula makalah yang telah diterbitkan secara keseluruhan dalam bentuk prosiding juga dilarang. .

Proses EditorialPengarangakan diberitahu tentang penerimaan makalah dan sebarang keputusan yang telah dibuat berkaitan dengan proses penerbitan oleh pihak Editorial.

Proses Pewasitan: Makalah yang sesuai untuk diterbitkan akan dimajukan kepada sidang editorial dan/atau pihak pewasit lain. Pengarang digalakkan untuk mencadangkan nama pewasit yang berpotensi untuk pewasitan. Pemberitahuan keputusan sidang editorial lazimnya mengambil masa 8 hingga 10 minggu daripada tarikh penerimaan makalah. Sidang editorial tidak menjamin penerbitan setiap makalah.

Kebenaran Penulis: Pengarangbertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang disiarkan dalam makalah tulisannya, termasuk perubahan yang dilakukan oleh editor. Pengarangperhubungan diminta bersedia untuk berunding dengan editor jurnal untuk menjawab soalan semasa proses editorial dan meluluskan salinan makalah yang telah disunting. Pengarangakan menerima versi makalah yang telah disunting untuk kelulusan akhir. Bagi melancarkan proses penerbitan, sebarang perubahan pada makalahyang sudah disunting dan diluluskan adalah tidak dibenarkan.

Penyediaan MakalahPertanika menerima serahan empat jenis makalah. Setiap serahan diklasifikasikan sebagai makalah atau karya asli, ulasan buku, notapenyelidikan dan juga cadangan untuk terbitan isu khas. Makalah harus ditulis dalam bahasa Melayu dan mestilah tepat, jelas, mudah difahami dan berupaya menyampaikan isi dengan baik menggunakan aturan bahasa Melayu yang grammatikal.

Pengarangdigalakkan membuat semakan bahasa sebelum dimajukan kepada pihak editorial. Makalah yang lemah dalam pengunaan tatabahasa akan ditolak serta-merta (contoh: bahasa dan gaya penulisan terlalu lemah atau maksud perkataan sukar difahami).

Pengunaan singkatan perkataan adalah diterima. Penggunaan slang, jargon atau singkatan yang tidak jelas dilarang. Unit dalam sukatan metrik dibenarkan dan sekiranya unit ukuran (penjelasan) dalam bahasa Inggeris digunakan, unit itu hendaklah dimasukkan di dalam kurungan. Sebarang singkatan perkataan hendaklah dieja penuh pada setiap kali pengunaan pertama dalam teks.

Pengarang dikehendaki mematuhi panduan yang diberikan. Makalah yang tidak mematuhi format penulisan yang dikehendaki akan dipulangkan untuk pembetulan sebelum proses pewasitan

Pewasitan Makalah Pertanika disemak melalui proses pewasitan. Pewasit bagi setiap makalah terdiri daripada pakar bidang dalam skop makalah. Pewasit akan dipilih oleh sidang editor jurnal atau dipertimbangkan melalui cadangan pewasit yang telah dinamakan oleh penulis.

Pewasit akan mengemukakan penilaian bertulis yang menyatakan kekuatan dan kelemahan makalah bagi tujuan penambahbaikan dan mengenal pasti bahan sokongan tambahan yang sesuai untuk makalah tersebut.

Makalah akan dinilai oleh dua hingga tiga orang pewasit. Pengarang digalakkan untuk mencadangkan nama pewasit yang berpotensi dan dinyatakan dalam borang penilaian.Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tetap tertakluk kepada keputusan akhir editor.

Makalah dinilai berdasarkan kandungan. Oleh itu, editor berhak membuat suntingan pada teks untuk mengelakkan kekaburan makna dan pengulangan serta meningkatkan komunikasi antara pengarangdengan pembaca. Makalah akan dikembalikan kepada pengarang untuk semakan sekiranya sebarang perubahan diperlukan.

Proses Semakan JurnalTujuh langkah proses semakan editorial:

1. Editor Eksekutif meneliti makalah untuk menentukan kesesuaiannya dengan skop jurnal. Makalah yang tidak sesuai dengan skop jurnal akan ditolak. Pengarang akan dimaklumi sekiranya makalah ditolak.

2. Editor Eksekutif akan menghantarkan maklumat identifikasi makalah kepada dua hingga tiga pewasit. Salah seorang pewasit biasanya terdiri daripada sidang editorial jurnal, sementara dua orang pewasit lain mewakili pakar dalam bidang atau disiplin perbincangan makalah tersebut. Proses penilaian melibatkan dua borang,

Page 153: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

iaitu (a) borang pewasitan B dan (b) borang ulasan pewasit bersama panduan pewasitan. Proses pewasitan ini mengambil masa dua hingga tiga minggu. Ulasan yang diberikan merangkumi kesesuaian kerangka teori dan konseptual, sorotan kajian, metodologi, dapatan, perbincangan dan kesimpulan. Pewasit biasanya akan menyertakan bersama cadangan penambahbaikan. Ulasan dan penilaian yang dibuat berdasarkan kepentingan dan sumbangan makalah terhadap perkembangan disiplin ilmu.

3. Editor Eksekutif meneliti laporan pewasitan. Editor Eksekutif akan berunding dengan Ketua Editor untuk memutuskan sama ada sesebuah makalah wajar ditolak atau diserahkan semula kepada pengarang untuk pembetulan. Keputusan akhir tertakluk kepada sidang editorial yang berhak menolak apa-apa bahan untuk diterbitkan. Dalam beberapa keadaan, makalah diterima dengan hampir tiada semakan. Laporan pewasitan akan dimajukan kepada pengarangdengan sedikit penambahan daripada editor untuk memudahkan pengarang mengikuti cadangan panel pewasit.

4. Pengarang memberikan jawapan terhadap ulasan penilaian. Pengarang dikehendaki menghantarkan edisi semakan makalah kepada Editor Eksekutif bersama-sama maklumat khusus yang memerihalkan respon terhadap laporan pewasitan.

5. Setelah selesai proses semakan, Editor Eksekutif, sidang editorial dan Ketua Editor akan membuat semakan terhadap laporan pewasitan. Keputusan sama ada makalah tersebut diterima untuk penerbitan atau memerlukan semakan semula atau ditolak akan dibuat pada peringkat ini.

6. Makalah yang memerlukan semakan semula akan dihantar kepada penilai selain daripada penilai asal makalah tersebut.

7. Makalahyang diterima akan dihantar ke Bahagian Penerbitan untuk dicetak. Proses cetakan makalah mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Pihak penerbit akan memastikan bahawa makalah mematuhi gaya penulisan yang ditetapkan (petikan, rujukan, jadual, kejelasan dan tatabahasa). Pengarangdiminta memberikan kerjasama terhadap sebarang keperluan dan pertanyaan daripada pihak penerbitan. Halaman yang sudah siap disemak akan dihantar kepada pengarangutama untuk pengesahan akhir. Sebarang perubahan pada penulisan pada tahap ini hanya melibatkan perubahan yang penting. Makalah yang telah melalui kesemua proses ini akan diterbitkan dalam talian pada keluaran semasa.

Jurnal Pertanika menerima makalah berbentuk:

1. Makalah

Definisi: Karya asli yang menampilkan kajian empirikal. Kajian asal yang dirujuk mestilah disertakan dengan rujukan yang jelas. Sementara itu, penjelasan berkaitan penemuan dalam kajian haruslah yang terkini dan penting. Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

2. Ulasan Buku

Definisi:Penilaian ringkas tentang sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dan sebagainya).Panjang Ulasan: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

3. Nota Penyelidikan

Definisi: - Maklumat baharu berkaitan sebahagian atau keseluruhan dapatan kajian dalam bentuk penulisan ringkas yang rinci.Nota penyelidikan sesuai untuk penerbitan berkaitan disiplin teknikal atau penemuan baharu tentang mana-mana disiplin atau subdisiplin ilmu yang mempunyai hubungan dengan budaya, warisan dan bahasa Melayu. Panjang Laporan: - Jumlah perkataan tidak melebihi 3000 perkataan(tidak termasuk muka surat abstrak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

4. Isu KhasDefinisi: Bahan daripada hasil kajian yang telah dibentangkan dalam persidangan, seminar, kongres atau simposium. Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 4000-8000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Ingeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).

5. Lain-lain

Definisi: Laporan ringkas, kajian kes, komen, Surat kepada Editor, dan balasan pada makalah sebelum ini yang disiarkan boleh dipertimbangkan.Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 2000 perkataan.

Page 154: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Format

Pengarangdigalakkan untuk menyediakan makalah dalam format Microsoft Word. Teks ditulis dalam satu ruang lajur (column) dengan margin 4cm dan langkau 2 baris. Pengarangdigalakkan untuk menggunakan rupa taip Times New Roman, dengan saiz fon 12 poin. Pengarangdinasihatkan agar memberi perhatian pada penggunaan aksara/rupa taip khas dalam penulisan sekiranya penulisan tersebut menggunakan jenis rupa taip berbeza daripada aksara khas, terutamanya fon Symbol dan Mincho.

Pengarangdiminta meninggalkan satu jalur kosong antara setiap perenggan teks dan rujukan. Jadual dan gambar rajah perlu diasingkan daripada teks ataupun diletakkan pada ruang lampiran.

Pengarang dikehendaki memberi penomboran pada setiap muka surat.

Judul

Judul bagi setiap jenis penulisan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 10 perkataan. Judul ditulis menggunakan fon dan saiz fon yang sama dengan penulisan teks penuh.

Abstrak

Abstrak perlu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 250 perkataan bagi makalah dan tidak kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan. Abstrak perlu ditaip menggunakan saiz fon 11poin dengan langkau sebaris (single spacing).Pengarang perlu menyertakan5 hingga 8 kata kunci pada ruang di bawah abstrak untuk menjelaskan keseluruhan isi kandungan makalah.

Susunan Makalah

Halaman 1:Judul:-.

Judul mestilah tidak melebihi 10 perkataan. Singkatan bagi judul makalah perlu diletakkan di jidar bahagian atas setiap halaman makalah (header).

Halaman 2: Maklumat Pengarang dan Pengarang Utama:-Halaman ini harus mengandungi judul makalah beserta nama pengarang, institusi, dan alamat penuh, saluran untuk dihubungi (sambungan pejabat, telefon bimbit, fax dan alamat e-mel). Nama pengarang mestilah ditulis dalam bentuk singkatan sebagaimana yang digunakan dalam sistem penamaan antarabangsa. Misalnya, Salleh, A.B., Tan, S.G., atau Sapuan, S.M.

Alamat PengarangBagi makalah yang ditulis oleh lebih daripada seorang pengarang daripada alamat yang berbeza, alamat setiap pengarang perlu diberikan penomboran dengan menggunakan superskrip.

George Swan1 dan Nayan Kanwal21Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Duke, Durham, Carolina Utara, USA. 2Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I), Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.

Halaman 3: Halaman ini mengandungi tajuk penuh makalah beserta abstrak (sila rujuk Subtajuk Abstrak untuk panduan penulisan abstrak).

Halaman 4 dan seterusnya: Halaman ini harus dimulai dengan pengenalan makalah. Perbincangan subtajuk selepasnya bermula daripada halaman 5 dan seterusnya.

SingkatanSebarang singkatan yang digunakan dalam penulisan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut abjad. Perkataan atau frasa yang menggunakan singkatan perlu ditulis penuh pada setiap kali penggunaan kali pertama dalam teks dan disertakan singkatan baginya dalam kurungan ( ).

Nota kakiAlamat semasa pengarang sekiranya berbeza dengan paparan di bahagian jidar atas halaman perlu dinyatakan pada nota kaki.

KandunganMakalah perlu mengandungi bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, dapatan dan perbincangan, dan penutup.

Page 155: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

JadualSemua jadual hendaklah tekal dengan format dan kesesuaian isu semasa jurnaldan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab (1,2,3...). Bahan rujukan perlu disertakan dalam bentuk jadual dan nota kaki. Setiap jadual dilampirkan dalam halaman yang berasingan. Perhatian: Jadual bagi makalah yang diterima untuk penerbitan mestilah diserahkan dalam bentuk:- .doc, .rtf, excel atau powerpoint- jadual yang diserahkan dalam bentuk data imej tidak boleh disunting untuk penerbitan.

Formula dan PersamaanSebarang rumus, persamaan dan formula yang digunakan dalam makalah perlu dinyatakan dengan jelas dan ditaip dengan langkau 3 baris . Penomboran rumus ditulis dalam tanda kurung siku [ ] dan diposisikan di margin kanan penulisan.

Rajah dan GambarSetiap rajah atau gambar harus disediakan dalam lampiran berasingan dan disusun secara berturutan mengikut penomboran Arab. Pengarang dinasihatkan agar menggunakan aplikasi yang menyediakan fail TIFF beresolusi tinggi. Secara umumnya, pihak editorial menerima resolusi 300 dpi atau yang lebih tinggi untuk lampiran berwarna dan karya hafton; 1200 dpi atau yang lebih tinggi untuk lukisan garis.

Bagi fail bersaiz besar, pengarang boleh melampirkan rajah beresolusi rendah yang jelas untuk memastikan bahawasaiz makalah sesuai untuk penghantaran secara atas talian. Pengarang boleh memohon persembahan ilustrasi berwarna dengan kos tambahan sebanyak Ringgit Malaysia 50 bagi setiap halaman berwarna.

RujukanNama pengarangdan tahun terbitan hendaklah diletakkan bagi petikan rujukan dalam teks. Bagi rujukan yang ditulis oleh lebih daripada dua orang , nama pengarangpertama perlu diikuti dengan ‘et al.,’

Swan dan Kanwal (2007)melaporkan bahawa ...Dapatan kajian ini ditafsirkan sebagai ... (Kanwal et al., 2009).

Senarai rujukan perlu disusun mengikut abjad nama penulis. Bagi pengarangyang sama atau kumpulan pengarangyang sama, rujukan perlu disusun secara kronologi. Sekiranya pengarang mempunyai lebih daripada satu penerbitan dalam tahun yang sama, angka ‘a’, ‘b’ dsb ditambahkan pada tahun terbitan.

Sekiranya teks rujukan ditulis oleh lebih daripada 11 orang penulis, senaraikan 5 pengarangdan diikuti dengan et al.

Dilarang menggunakan ensotan (indent) dalam penulisan rujukan. Gunakan langkau baris untuk mengasingkan setiap rujukan. Nama jurnal perlu ditulis penuh.

Contoh:Mellers, B. A. (2006a). Choice and the relative pleasure of consequences. Psychological Bulletin,126, 910-924.

Mellers, B. A. (2006b). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040-1049.

Hawe, P. (2005). Capturing the meaning of “community” in community intervention evaluation: Some contributions from community psychology. Health Promotion International,9,199-210.

Braconier, H., & Ekholm, K. (2006). Swedish multinationals and competition from high and low wage location. Review of International Economics,8, 448-461.

Sebarang data yang belum diterbitkan dan komunikasi peribadi tidak dianggap sebagai petikan rujukan. Bagaimanapun, pengarang boleh menyatakan bahan tersebut dalam kurungan ( ). Artikel yang sudah diterima untuk penerbitan (in press) boleh dijadikan rujukan dengan menyatakan penerbit dan tarikh terbitan bagi artikel tersebut dalam Rujukan (jika ada).

Contoh petikan rujukan: Monograf:Kalimapour, Y.R. (2004). Images of the U.S. Around the World: A Multicultural Perspective. Albany, NY: State University of New York Press.

Bab dalam buku: Bjork, R. A. (2007). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. Dalam H. L. Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hull: Hull University Press.

Prosiding: Amir Awang. (2006). Counseling, human resources development and counseling services. Dalam Sulaiman M. Yassin, Yahya Mat Hassan, Kamariah Abu Bakar, Esah Munji dan Sabariah Mohd. Rashid (Eds.), Proceedings of Asia Pacific Conference on Human Development (p. 243-246). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Page 156: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Gaya MakalahMakalah yang diserahkan untuk penerbitan harus mematuhi panduan versi terkini Manual Penerbitan American Psychological Association (APA). Jurnal ini menerima ejaan Amerika dan British untuk penulisan yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris. Pengarangboleh menggunakan edisi terkini Oxford Advanced Learner’s Dictionary sebagai panduan untuk ejaan British.

PENYERAHAN MAKALAHSurat IringanPenyerahan manusukrip perlu disertakan dengan surat iringan yang menyatakan maklumat makalah yang diserahkan. Makalah yang diterima untuk penerbitan dalam jurnal ini ialah tulisan yang asli dan belum pernah diterbitkan atau dihantar kepada mana-mana syarikat penerbitan. Perkara ini perlu dinyatakan dalam surat iringan.

Pengarang juga perlu memaklumkan dalam surat iringan bahawa kesemua pengarang telah memberikan sumbangan dalam proses penulisan makalah dan telah bersetuju dengan kandungan makalah yang dihantar untuk penerbitan.

Surat iringan perlu mengandungi (i) tajuk; (ii) nama penuh pengarang; (iii) alamat institusi bagi kerja penulisan bersama; (iv) poskod dan alamat e-mel, faksimili dan nombor telefon pengarangperhubungan. Alamat semasa bagi pengarang yang berbeza dengan alamat insititusi hendaklah dinyatakan pada ruangan nota kaki.

Suntingan Bahasa Pertanika menitikberatkan aspek ketepatan dalam penggunaan bahasa bagi setiap makalah yang diterbitkan. Pengarang dinasihati untuk memastikan bahawa manusrip yang dihantar menggunakan bahasa Melayu yang baik, jelas dan tepat dari segi tatabahasa. Khidmat semakan profesional boleh digunakan bagi tujuan ini. Makalah yang baik dari segi bahasa akan memudahkan dan mempercepat urusan semakan untuk penerbitan.

Polisi Arkib Pengarang yang memerlukan pemulangan sebarang bahan yang ditolak untuk penerbitan harus menyatakan sedemikian dalam surat iringan. Hal ini kerana pihak Editorial akan melupuskan semua bahan bercetak dan elektronik sekiranya tiada tuntutan daripada pengarangsecara bertulis seperti yang disebutkan.

Hak cipta Pengarang dikehendaki menandatangani Borang Akuan yang menyatakan bahawa pengarangtelah mendapat kebenaran untuk menggunakan bahan hakcipta dan bahan terbitan sebelumnya. Sekiranya pengarang utama menandatangani Borang Akuan bagi pihak pengarang yang lain, syarat yang digariskan dalam Borang Akuan hendaklah dibaca dan dipersetujui oleh kesemua pengarang yang terlibat sebelum ditandatangani. Makalah tidak akan diterbitkan selagi Borang Akuan hak cipta belum ditandatangani.

Jeda MasaJangka waktu keputusan penerimaan dan penolakan makalah adalah tiga hingga empat bulan (lebih kurang 14 minggu). Jangka waktu antara penyerahan makalah dengan penerbitan adalah lebih kurang lima hingga enam bulan.

Salinan Cetak Jurnal dan Cetak Ulang Pengarang utama akan menerima satu salinan cetak (hardcopy) jurnal yang mengandungi makalah tulisannya.

Prosedur SerahanMakalah perlu diserahkan bersama-sama surat iringan, Kit Penyerahan Makalah dan Borang Akuan Hak cipta yang telah lengkap diisi. Makalah yang dihantar kepada jurnal ini dikehendaki memenuhi arahan yang telah dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan makalah dipulangkan dan menimbulkan kelewatan penerbitan.

Penyerahan makalah juga boleh dibuat dalam bentuk CD sekiranya fail yang dilampirkan terlalu besar untuk perkhidmatan e-mel. Serahan terus makalah kepada editor atau mana-mana pegawai adalah tidak diterima. Makalah hendaklah diserahkan melalui Ketua Editor untuk tindakan seterusnya ke alamat seperti yang berikut:

Ketua Editor MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)Pejabat Dekan Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

E-mel: [email protected]; [email protected]

Tel: + 603-8946 8661/ 8929 / 8723/ 8753

Pengarang dinasihatkan untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Pengarang dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantarsebelum suntingan akhir.

Page 157: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

Why should you publish in Pertanika?

BENEFITS TO AUTHORS

PROFILE: Our journals are circulated in large numbers all over Malaysia, and beyond in Southeast Asia. Our circulation covers other overseas countries as well. We ensure that your work reaches the widest possible audience in print and online, through our wide publicity campaigns held frequently, and through our constantly developing electronic initiatives such as Web of Science Author Connect backed by Thomson Reuters.

QUALITY: Our journals’ reputation for quality is unsurpassed ensuring that the originality, authority and accuracy of your work is fully recognised. Each manuscript submitted to Pertanika undergoes a rigid originality check. Our double-blind peer refereeing procedures are fair and open, and we aim to help authors develop and improve their scientific work. Pertanika is now over 35 years old; this accumulated knowledge has resulted in our journals being indexed in SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [BIOSIS & CAB Abstracts], EBSCO, DOAJ, Google Scholar, AGRICOLA, ERA, ISC, Citefactor, Rubriq and MyAIS.

AUTHOR SERVICES: We provide a rapid response service to all our authors, with dedicated support staff for each journal, and a point of contact throughout the refereeing and production processes. Our aim is to ensure that the production process is as smooth as possible, is borne out by the high number of authors who prefer to publish with us.

CODE OF ETHICS: Our Journal has adopted a Code of Ethics to ensure that its commitment to integrity is recognized and adhered to by contributors, editors and reviewers. It warns against plagiarism and self-plagiarism, and provides guidelines on authorship, copyright and submission, among others.

PRESS RELEASES: Landmark academic papers that are published in Pertanika journals are converted into press releases as a unique strategy for increasing visibility of the journal as well as to make major findings accessible to non-specialist readers. These press releases are then featured in the university’s UK-based research portal, ResearchSEA, for the perusal of journalists all over the world.

LAG TIME: The elapsed time from submission to publication for the articles averages 4 to 5 months. A decision on acceptance of a manuscript is reached in 3 to 4 months (average 14 weeks).

About the JournalPertanika is an international multidisciplinary peer-reviewed leading journal in Malaysia which began publication in 1978. The journal publishes in three different areas — Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS); Journal of Science and Technology (JST); and Journal of Social Sciences and Humanities (JSSH).

JTAS is devoted to the publication of original papers that serves as a forum for practical approaches to improving quality in issues pertaining to tropical agricultural research- or related fields of study. It is published four times a year in February, May, August and November.

JST caters for science and engineering research- or related fields of study. It is published twice a year in January and July.

JSSH deals in research or theories in social sciences and humanities research. It aims to develop as a flagship journal with a focus on emerging issues pertaining to the social and behavioural sciences as well as the humanities, particularly in the Asia Pacific region. It is published four times a year in March, June, September and December.

now accepting submmissions...

Pertanika invites you to explore frontiers from all key areas of agriculture, science and technology to social sciences and humanities.

Original research and review articles are invited from scholars, scientists, professors, post-docs, and university students who are seeking publishing opportunities for their research papers through the Journal’s three titles; JTAS, JST & JSSH. Preference is given to the work on leading and innovative research approaches.

Pertanika is a fast track peer-reviewed and open-access academic journal published by Universiti Putra Malaysia. To date, Pertanika Journals have been indexed by many important databases. Authors may contribute their scientific work by publishing in UPM’s hallmark SCOPUS & ISI indexed journals.

Our journals are open access - international journals. Researchers worldwide will have full access to all the articles published online and be able to download them with zero subscription fee.

Pertanika uses online article submission, review and tracking system for quality and quick review processing backed by Thomson Reuter’s ScholarOne™. Journals provide rapid publication of research articles through this system.

For details on the Guide to Online Submissions, visit http://www.pertanika.upm.edu.my/guide_online_submission.php

Questions regarding submissions should only be directed to the Chief Executive Editor, Pertanika Journals.

Remember, Pertanika is the resource to support you in strengthening research and research management capacity.

An Award-Winning

International-Malaysian Journal

—MAY 2014

Address your submissions to: The Chief Executive EditorTel: +603 8947 1622 [email protected]

Journal’s profile: www.pertanika.upm.edu.my

Call for Papers 2015-16

Page 158: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 159: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan
Page 160: MAHAWANGSA - fbmk.upm.edu.my2)_Novem… · Pengucapan Awam, Retorik dan Komunikasi Politik Universiti Putra Malaysia Editor Bersekutu I Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob Penulisan Kewartawanan

MA

HAW

AN

GSA

Vol. 1 (2) Nov. 2014

Penerbit UPM

, Malaysia

VOL. 1 (2) NOV. 2014

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia43400 UPM SerdangSelangor Darul EhsanMalaysia

http://www.mahawangsa.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8947 1621 / 1619

http://www.penerbit.upm.edu.my/E-mail: [email protected]: +603 8946 8855

MAHAWANGSA

Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu

(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)

Vol. 1 (2) Nov. 2014

Kandungan

Ulasan BukuMemoir Radin Omar Radin Sohadi: Aku dan Amanah-Mu 147

Mohd. Fauzi Haji Ramlan dan Hashim Haji Musa

MakalahStrategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu 155

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Nur Farah Athirah Khuzaini

Peranan Senjata dalam Sulalatus Salatin 165Arba’ie Sujud, Siti Rabiatul Adawiah Jaffar dan Salihahs Razak

Pengaplikasian Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu oleh Pelajar Antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

181

Che Ibrahim Salleh, Yong Chyn Chye dan Vijayaletchumy Subramaniam

Komunikasi antara Etnik dan Tahap Prejudis dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

197

Banyan, S. dan Tamam, E.

Etimologi Nama dan Makna Labuan (Sabah) Berdasarkan Konsep Linguistik Perbandingan

207

Penontonan Televisyen dan Pembinaan Persepsi Remaja Melayu 219Sabariah Mohamed Salleh dan Thomas A. Bauer

Penerapan Mekanisme Diplomatik Islam dalam Naskhah Melayu Tradisional

229

Salmah Jan, N. M. dan Hashim, M.

Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa Melayu di Malaysia

247

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Adlina Ab. Halim, Ku Hasnita Ku Samsu dan Hashim Musa

Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia 257Rozita Che Rodi dan Hashim Musa

Pengaruh Bahasa Pertama dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina

273

Ooi Chwee Hwa, Vijayaletchumy Subramaniam dan Che Ibrahim Salleh