kemahiran pengucapan awam

30
Pengucapan Awam 1. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu adalah kemahiran pengucapan awam (public speaking). Ia lebih mustahak bagi individu yang menjadi pemimpin bagi sesebuah organisasi, masyarakat dan juga ahli politik. 2. Ucapan yang baik mestilah ucapan yang boleh difahami oleh audiens dan mampu membangkitkan keinginan untuk bertindak. Ucapan yang baik tidak semestinya berapi-api tetapi mestilah ucapan yang jelas dan tidak menimbulkan kebosanan di kalangan audiens. 3. Halangan utama untuk menyampaikan ucapan yang baik adalah perasaan gugup dan gementar. Ia dialami oleh ramai orang. Pengucap yang baik menguasai rasa gementar sebaliknya pengucap yang kurang baik dikuasai rasa gementar. Mengatasi rasa gementar boleh diatasi dengan latihan yang berterusan. Mulakan berucap bersendirian, dalam kumpulan yang kecil, sederhana dan seterusnya dalam kumpulan yang lebih besar. 4. Dalam pengucapan awam, dua perkara yang penting adalah mesej dan bagaimana mesej itu disampaikan. 5. Mesej adalah maksud dan tujuan ucapan itu disampaikan. Sangat penting bagi si pengucap memahami sepenuhnya sesuatu mesej sebelum ia disampaikan kepada audiens. Sesuatu mesej yang baik mestilah bermanfaat untuk diketahui oleh audiens dan ia disampaikan tepat pada masanya. 6. Bagaimana mesej disampaikan berkait rapat dengan bahasa pertuturan yang digunakan, lenggok bahasa, intonasi, pemilihan kata, kelantangan suara dan kejelasan perkataan yang disebutkan. 7. Membina pengucapan awam yang menarik dan berkesan. i. Menangani perasaan gemuruh dan takut ii. Berinteraksi dengan khalayak audien seperti bersoal jawab

Upload: erika-wilson

Post on 12-Dec-2014

1.398 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

asas pengucapan awam

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Pengucapan Awam

Pengucapan Awam

1. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap  individu adalah kemahiran pengucapan awam (public speaking). Ia lebih mustahak bagi individu yang menjadi pemimpin bagi sesebuah organisasi, masyarakat dan juga ahli politik.

2. Ucapan yang baik mestilah ucapan yang boleh difahami oleh audiens dan mampu membangkitkan keinginan untuk bertindak. Ucapan yang baik tidak semestinya berapi-api tetapi mestilah ucapan yang jelas dan tidak menimbulkan kebosanan di kalangan audiens.

3. Halangan utama untuk menyampaikan ucapan yang baik adalah perasaan gugup dan gementar. Ia dialami oleh ramai orang. Pengucap yang baik menguasai rasa gementar sebaliknya pengucap yang kurang baik dikuasai rasa gementar. Mengatasi rasa gementar boleh diatasi dengan latihan yang berterusan. Mulakan berucap bersendirian, dalam kumpulan yang kecil, sederhana dan seterusnya dalam kumpulan yang lebih besar.

4. Dalam pengucapan awam, dua perkara yang penting adalah mesej dan bagaimana mesej itu disampaikan.

5. Mesej adalah maksud dan tujuan ucapan itu disampaikan. Sangat penting bagi si pengucap memahami sepenuhnya sesuatu mesej sebelum ia disampaikan kepada audiens. Sesuatu mesej yang baik mestilah bermanfaat untuk diketahui oleh audiens dan ia disampaikan tepat pada masanya.

6. Bagaimana mesej disampaikan berkait rapat dengan bahasa pertuturan yang digunakan, lenggok bahasa, intonasi, pemilihan kata, kelantangan suara dan kejelasan perkataan yang disebutkan.

7. Membina pengucapan awam yang menarik dan berkesan.

i. Menangani perasaan gemuruh dan takutii. Berinteraksi dengan khalayak audien seperti bersoal jawabiii. Bermaklumat iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu tajukiv. Seronokv. Mempelbagaikan cara penyampaianvi. Bertenagavii. Hubungan mata antara pengucap dengan audienviii.Berhenti sebentar atau pauseix. Kekuatan suarax. Kelajuan

Page 2: Kemahiran Pengucapan Awam

Pengucapan awam atau berucap di khalayak adalah satu kaedah penyebaran maklumat yang telah lama digunakan secara meluas bagi mengubah pemikiran, sikap dan tingkah laku anggota masyarakat.

Pengucapan awam boleh ditakrifkan sebagai satu komunikasi lisan yang teratur, menggunakan perkataan sebagai asasnya dan melibatkan komunikasi bukan lisan serta dibantu oleh alat pandang dengar bagi menambah atau mengubah pengetahuan dan pengalaman atau untuk mempengaruhi sikap dan tingkah laku khalayak.

Sebagai satu kemahiran, pengucapan awam boleh dipelajari melalui latihan untuk menguasai daya konsentrasi fikiran, penyelarasan dan daya tindak balas yang cepat dari segi mental dan fizikal. Pengucapan awam sesuai digunakan dalam keadaan berikut:

· perucap mempunyai pengetahuan melebihi apa yang sudah diketahui oleh penerima.

· bilangan audiens yang besar.

· perucap boleh mengawal dan mempengaruhi audiens.

Page 3: Kemahiran Pengucapan Awam

Asas-asas komunikasi

Komunikasi adalah proses membina dan membentuk persefahaman melalui pertukaran mesej. Ada dua elemen yang penting iaitu pengirim dan penerima mesej. Bagi menghantar mesej, pengirim menggunakan saluran yang menentukan sama ada mesej berkenaan laju atau perlahan.

Tahap-tahap komunikasi

Ada lima tahap komunikasi yang biasa didapati iaitu:

Interpersonal

· berinteraksi dengan diri sendiri (self-talk).

· pengirim dan penerima adalah orang yang sama.

· mudah dan ringkas.

· contoh: duduk termenung di tepi tasik memikirkan masa depan.

Intrapersonal

· melibatkan pengirim dan penerima yang meluas.

· bentuk komunikasi yang lebih ramai (2-3 orang).

· gangguan semasa interaksi lebih banyak.

Page 4: Kemahiran Pengucapan Awam

· bentuk formal dan informal.

· contoh: formal – berbincang dengan pengurus mengenai prestasi kerja.

· informal – berbual-bual semasa makan tengah hari.

Kumpulan kecil· libatkan ramai pengirim dan penerima (4-12 orang).

· mesej dan gangguan lebih kompleks.

· tujuannya ialah penyelesaian masalah, mesyuarat dan perbincangan dalam kumpulan.

Pengucapan awam· daripada seorang pengirim kepada ramai (lebih 20 orang).

· audiens lebih ramai dan meluas.

· lebih banyak gangguan semasa interaksi.

· ada "give and take".

· contoh: ceramah, pidato, kempen politik.

Mass

· libatkan pengaruh yang luas dan mampu mengubah keadaan kepada situasi baru.

· bilangan audiens yang paling ramai dan pelbagaimesej disampaikan melalui pelbagai cara seperti televisyen, radio atau surat khabar.

· Keberkesanan mesej bergantung kepada pemilihan tahap komunikasi yang betul kerana salah menentukan saluran dan audiens, ia akan menyebabkan proses komunikasi yang diingini tidak tercapai.

Proses komunikasi

Page 5: Kemahiran Pengucapan Awam

Komunikasi adalah satu proses yang sentiasa berlaku sama ada disedari atau tidak. Kekuatan proses komunikasi terletak pada pengirim, penerima, saluran dan maklum balas yang diterima.

Unsur-unsur komunikasi.Pengirim

Pengirim adalah unsur yang paling penting dalam proses komunikasi. Peranannya ialah menyampaikan mesej yang dikehendaki melalui saluran tertentu.

Antara ciri-ciri pengirim yang berkesan ialah:

· keupayaan diri yang tinggi.

· Berkarisma.

· mengetahui bidang yang disampaikan.

· membuat persediaan.

· beradab dan beretika.

Penerima

Menerima mesej yang disampaikan, boleh jadi individu, kumpulan, organisasi atau komuniti.

Terdapat 3 jenis iaitu:

· pendedahan terpilih: hadkan komunikasi pada golongan tertentu.

· tanggapan terpilih: mentafsir mesej mengikut kepercayaan sendiri.

· ingatan terpilih: hanya ingat perkara yang hendak diingat dan tidak mempedulikan perkara lain.

Page 6: Kemahiran Pengucapan Awam

Penerima memilih mesej kerana pengetahuan, minat, pengalaman, matlamat, nilai dan sikap yang berbeza.

Homofili ialah persamaan di antara pengirim dan penerima yang membolehkan mereka mempunyai tanggapan yang sama.

Heterofili ialah perbezaan di antara pengirim dan penerima seperti minat, perlakuan dan pengetahuan.

Dalam keadaan tertentu, heterofili jauh lebih berkesan daripada homofili seperti proses pembelajaran. Homofili penting dalam aspek sikap dan situasi.

Mesej

Mesej ialah susunan simbol untuk menyampaikan maklumat, idea dan pandangan. Dihasilkan oleh pengirim dan unsur-unsur yang terdapat di dalam mesej ialah kod, isi dan susunan.

Mesej dibahagikan kepada dua jenis iaitu verbal dan nonverbal.

Mesej verbal ialah bercakap atau bertutur. Jenis ini membentuk 10 peratus daripada proses komunikasi. Maknanya, bercakap sama ada kuat atau perlahan, tidak banyak menyumbang kepada penyampaian mesej yang berkesan. Ibu yang berleter kepada anaknya sangat susah untuk mempengaruhi perubahan pemikiran, sikap dan tingkah laku kerana tidak banyak mesej dapat diserap oleh penerima.

Mesej nonverbal ialah pergerakan badan, paralanguage, penampilan diri, ruang, cahaya, suhu dan warna. Jenis ini membentuk 90 peratus daripada proses komunikasi. Nonverbal sangat berpengaruh untuk membuat perubahan walaupun hanya dengan jelingan mata atau wajah yang garang.

Mesej sangat penting dalam proses komunikasi. Pertama, mesej memberi sokongan dalam proses komunikasi seperti tunjukkan arah dalam komunikasi. Ia juga bertindak untuk menyangkal sesuatu perkara yang diperlihatkan melalui gerakan geleng atau anggukkan kepala, dan sebagai gantian pada emosi seperti menangis apabila soalan-soalan sensitif ditanya.

Saluran

Saluran adalah ruang untuk pengirim menyampaikan mesej seperti telefon, radio dan televisyen. Hari ini saluran dibuat dalam pelbagai bentuk supaya proses komunikasi lebih berjaya tetapi boleh memberi kesan kepada penerima dan pengirim.

Page 7: Kemahiran Pengucapan Awam

Terdapat dua jenis saluran iaitu langsung dan tidak langsung. Saluran langsung ialah secara berhadapan manakala tidak langsung ialah melalui orang ketiga.

Antara aspek saluran yang perlu diambil kira ialah kredibiliti, maklum balas, penglibatan, kebolehan menyimpan mesej, keupayaan melipatgandakan mesej, keupayaan menyokong saluran lain dan jumlah kos.

Maklum balas.

Dalam komunikasi, tindak balas menentukan sama ada mesej disampaikan atau tidak. Jika ada tindak balas, keadaan tersebut menunjukkan mesej yang dihantar mendapat perhatian. Seterusnya penerima akan memberi maklum balas iaitu makluman yang diberikan mengenai mesej yang telah diterima.

Makluman ini boleh jadi dalam bentuk verbal dan nonverbal untuk memberitahu pengirim apa yang didengar, dilihat, difahami atau ditafsirkan.

Gangguan

Elemen lain dalam proses komunikasi ialah gangguan iaitu apa sahaja yang menghalang penyampaian mesej. Terdiri dari dua sumber iaitu dalaman (pengirim dan penerima ada masalah) dan luaran (khalayak, suasana, waktu dan keadaan fizikal).

Situasi

Situasi adalah masa dan tempat berlakunya proses komunikasi. Aspek-aspek yang mempengaruhi situasi ialah tempat, mood, warna dan suhu.

Penyediaan ucapan.

Komunikasi yang berlaku setiap hari mempunyai prinsip yang membantu menjayakan proses berkenaan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dan difahami dengan baik. Prinsip-prinsip komunikasi ini ialah bertujuan, relasional (hubungan dengan orang lain), boleh dipelajari dan mesej berubah mengikut kesedaran semasa enkod.

Page 8: Kemahiran Pengucapan Awam

(Enkod adalah sebahagian daripada proses yang ada dalam fikiran dan dipancarkan oleh pengirim).

(Dekod ialah apa yang perlu dibuat oleh penerima).

Tujuan-tujuan ucapan.

Memberitahu.

Ucapan ialah untuk memberitahu maklumat-maklumat baru seperti teknik, kaedah dan strategi ke arah peningkatan kefahaman. Memberitahu dipecahkan kepada tujuh jenis iaitu:

· Proses: menerangkan cara dapat dan hasilkan sesuatu;

· Demonstrasi: menerangkan kaedah melakukan;

· Objek dan tempat: penerangan semasa lawatan dan ziarah

· Penceritaan : pengalaman orang yang telah Berjaya

· Idea: penerangan dan definisi

· Laporan lisan: perniagaan, ringkasan fakta atau idea.

Mempengaruhi

Ucapan adalah untuk mempengaruhi ke arah mengubah, menukar dan memaksa perubahan sikap dan tingkah laku. Kekuatan ucapan ini ialah cuba menukar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak.

Kaedah mempengaruhi memerlukan daya tarikan melalui:

· perhatian: petikan, soalan retorikal dan humor.

Page 9: Kemahiran Pengucapan Awam

· keperluan: kenal pasti keperluan khalayak untuk mempastikan mereka menerima mesej.

· kepuasan: terangkan bagaimana mengurangkan ketakpastian dan meningkatkan pencapaian.

· tindakan: laksanakan penyelesaian.

· Pembayangan: bantu untuk memahami sesuatu perkara.

Mewujudkan persefahaman.

Peranan ucapan seterusnya ialah mewujudkan persefahaman bagi mengurangkan jurang perbezaan pendapat, nilai dan pandangan di antara pengirim dan penerima. Mendapatkan kefahaman mengenai sesuatu mesej dapat mengatasi halangan yang dapat membantutkan kelancaran proses komunikasi sama ada halangan fizikal atau psikologikal.

Meluahkan perasaan.

Ucapan boleh dianggap sebagai satu unsur psikologi bagi meningkatkan semangat pengirim dan penerima untuk lebih mengenali diri sendiri kerana khalayak lebih bersedia membuka pintu mental untuk memahami dan menghayati apa yang didengar.

Apabila seseorang meluahkan perasaan, ia dapat membina hubungan yang intim setelah wujud kesan terapeutik yang dapat menenangkan jiwa dan perasaan.

Menyusun ucapan

Ucapan dapat diberikan kepada 3 bahagian utama iaitu pembukaan, isi dan penutup. Ketiga-tiga bahagian ini mesti ada di dalam mana-mana ucapan supaya khalayak dapat memahami dan menghayati ucapan yang bakal disampaikan kelak.

Pembukaan.

Sangat penting kerana menjadi daya penarik pendengar. Lebih banyak perhatian yang diperolehi, mesej yang jelas dapat dan kehendak ucapan dapat disampaikan dengan sempurna.

Page 10: Kemahiran Pengucapan Awam

Pentingnya pembukaan terhadap ucapan ini ialah ia akan membentuk "mood" dan semangat khalayak berkaitan topik yang disampaikan. Selain itu dapat membantu mereka memahami topik secara ringkas sebelum masuk ke bahagian isi.

Banyak kaedah untuk memulakan bahagian pembukaan ini dan lebih kerap bergantung kepada kebijaksanaan perucap sendiri. Antaranya ialah mulai dengan soalan dan kenyataan umum, mengambil petikan, ilustrasi atau cerita, menunjukkan gambar, gambarajah atau statistik, melontarkan soalan-soalan retorik dan petikan ayat al-quran, hadis atau kata mutiara.

Kadangkala akibat terlalu ghairah, perucap gagal mengawal perasaan dan mula melakukan tindakan yang tidak anggap dan boleh mengganggu kelancaran pengucapannya. Antara perkara yang perlu dielakkan di bahagian ini ialah meminta maaf. Tidak perlu meminta maaf kerana tindakan ini menunjukkan perucap tidak layak untuk menyampaikan topik berkaitan. Seterusnya menyampaikan cerita yang tidak ada kena-mengena atau menyimpang daripada topik. Berlaku juga perucap menerangkan gambar atau jadual yang tidak ada sebarang kaitan dengan sesuatu topik, tetapi disebabkan syok sendiri, beliau menerangkan sesuatu yang tidak perlu. Terakhir, menyampaikan ucapan yang meleret-leret dan dapat menghilangkan minat khalayak untuk mendengar.

Isi

Bahagian yang sangat penting kerana menyokong fakta dan topik yang disampaikan. Kandungan isi membentuk 70 peratus daripada keseluruhan ucapan dan perlu disampaikan dengan kemas, teratur dan ada unsur mempengaruhi pendengar.

Ciri-ciri utama isi ialah bahan kajian yang bersistematik, penemuan baru yang mengesahkan sesuatu kajian, kenyataan fakta atau dokumentasi, rajah, statistik, definisi, contoh dan ilustrasi. Semakin banyak isi, ucapan yang disampaikan bertambah kukuh dan dapat membuatkan khalayak terpengaruh dan membuat keputusan sendiri.

Penutup

Bahagian ini adalah kemuncak kepada ucapan yang disampaikan kerana ia menentukan sama ada wujud elemen tindakan atau membuat perubahan. Penutup yang baik mempunyai kenyataan untuk diingati, kata-kata indah, ungkapan, pantun, ayat al-quran atau hadis.

Page 11: Kemahiran Pengucapan Awam

Ciri-ciri penutup yang berkesan ialah A (win their attention), I (arouse their interest), D (create a desire) dan A (stimulate).

Analisis audiens

Dalam proses komunikasi khususnya pengucapan awam, audiens dianggap sebagai penerima. Terdapat pelbagai jenis audiens dalam satu-satu masa, antaranya ialah:

· syok sendiri.

· dengar apa yang hendak didengar.

· cetek pengetahuan.

· kaki bangkang.

· menilai dengan tergesa-gesa.

· dengar dengan lisan sahaja.

· pura-pura dengar.

· kaki salin.

· mudah diganggu.

· aktif dan proaktif.

Untuk mengenali audiens, perucap boleh mendapatkan maklumat melalui:

· Bertanya secara langsung kepada audiens.

· Maklumat daripada organisasi tempat kerja.

· Merujuk laporan yang lepas-lepas.

· Bertanya kepada pegawai yang mengendalikan kursus atau latihan untuk audiens.

Page 12: Kemahiran Pengucapan Awam

· Melalui pemerhatian.

Aspek-aspek yang boleh diambil kira semasa mengenali latar belakang audiens ialah:

· gender.· umur.

· asal-usul.

· pekerjaan.

· status sosial.

· pendidikan.

· etnik.

· pegangan agama.

Sikap audiens terhadap topik.

Perucap harus sentiasa menyesuaikan kandungan ucapan dengan sikap audiens terhadap diri dan topik yang akan disampaikan. Audiens mungkin mempunyai sikap yang positif, neutral atau negatif terhadap perucap dan topik.

Audiens yang ada sikap positif.

· gunakan tarikan berasaskan emosi untuk mengukuhkan sokongan.

· nilai-nilai utama ialah perpaduan, kemanusiaan, keperluan asas, emosi asas seperti takut, kasihan, sayang dan benci.

· cuba dapatkan komitmen secara umum dan berikan alternatif khusus untuk bertindak.

Audiens yang ada sikap neutral.

Page 13: Kemahiran Pengucapan Awam

· tumpukan pada faktor-faktor yang dapat menarik minat audiens seperti perkaitan maklumat dengan keadaan tempatan dan masalah audiens seterusnya membentuk perasaan simpati, empati dan keinsafan mengenai situasi yang dihadapi oleh audiens.

· nyatakan dan jelaskan pegangan dan pandangan kepada audiens. Maklumat yang dapat menaikkan kredibiliti perucap juga perlu disampaikan dengan kemungkinan pegangan dan pandangan tadi dapat dijadikan contoh atau teladan.

· belai dengan kaedah psikologi dan gabungkan faktor-faktor tarikan yang berasaskan logik dan emosi untuk memenangi hati audiens.

Audiens yang ada sikap negatif.

· matlamat yang sederhana dan munasabah mengenai penyampaian.

· sampaikan maklumat dan fakta-fakta seberapa adil dengan mengenengahkan seberapa banyak titik persamaan sama ada pegangan, pandangan atau pendapat.

· tumpuan khusus kepada pembentukan kredibiliti perucap dengan anggapan bahawa audiens harus nampak jelas kejujuran, kelayakan, kemahiran, kewibawaan dan boleh dipercayai terhadap perucap.

Prinsip komunikasi lisan.

Wujudkan kemesraan di awal setiap perhubungan yang dijalin. Kemesraan menghasilkan rasa selesa dan seronok di pihak perucap dan audiens.

Hindar dan ketepikan halangan fizikal dan psikologikal semasa berinteraksi. Halangan fizikal ialah benda-benda atau jarak yang memisahkan perucap dan audiens. Halangan psikologikal ialah aspek-aspek yang mana pemikiran mempengaruhi tanggapan dan menyukarkan penjalinan hubungan yang berkesan. Sedar bahawa setiap manusia dahagakan belaian sama ada fizikal ataupun psikologikal.

Belaian fizikal.

Page 14: Kemahiran Pengucapan Awam

· Jarak yang sesuai dan mesra.

· jabat tangan dengan erat sambil memandang ke muka dan berikan senyuman.

· memegang dan menepuk bahu.

· memandang dengan bermakna bila bercakap atau mendengar.

Belaian psikologikal.

· berikan pujian yang jujur.

· mulakan perbualan dengan sesuatu yang positif dan menyenangkan.

· anggap setiap persoalan atau permasalahan orang lain sebagai penting.

· berikan perhatian yang sepenuhnya.

Bercakap "Dengan" dan bukannya "Kepada' audiens.

Dengan.

· nada berbual.

· wujud kesamarataan antara perucap dan audiens.

· Nampak kemesraan.

· kurang atau tidak formal.

· persembahan dua hala.

· banyak gunakan 'kita'.

Kepada.

Page 15: Kemahiran Pengucapan Awam

· nada berucap atau mengarah.

· Wujud jurang di antara perucap dan audiens.

· kurang mesra.

· penyampaian yang formal.

· persembahan satu hala.

· banyak menggunakan 'saya'.

Kaedah berhubung dengan orang lain mencerminkan sahsiah perucap. Audines akan lebih yakin dan mempercayai perucap apabila dapat berinteraksi dengan yakin dan berkesan. Oleh itu, perucap harus mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dengan baik dan berkesan agar dapat menggambarkan kewibawaan yang positif dan meyakinkan.

Cara mengekalkan minat audiens.

Minat audiens terhadap ucapan bergantung kepada rangsangan yang diterima. Di antara kaedah mengekal dan menambah minat audiens ialah:

Unsur kegiatan atau pergerakan dalam persembahan. Ianya boleh jadi dalam bentuk fizikal, pemerihalan atau psikologikal.

Persembahan yang berdasarkan realiti. Isi penyampaian perlu dikaitkan dengan realiti hidup sebenar yang dialami oleh audiens, bukannya bercorak hipotetikal atau teoritikal.

Ambil kira faktor kedekatan (proximity). Beri penekanan pada perkara atau isu yang hampir dengan audiens seperti kesihatan, anak-anak, isteri, rumah, harta dan hobi.

Menyelitkan unsur kelaziman (familiarity). Unsur kelaziman ialah perkara-perkara yang dikenali atau

Page 16: Kemahiran Pengucapan Awam

mudah difahami oleh audiens. Perucap yang bijak akan memberi penjelasan secara mudah konsep yang sukar dan kompleks.

Menggunakan unsur kelainan (novelty) seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM), cara persembahan yang menarik, contoh dan ilustrasi yang unik serta ceria yang memberi kesedaran dan cabaran.

Ada unsur 'suspen' yang menyebabkan pendengar tertanya-tanya dan mendengar dengan teliti hingga ke akhir ucapan.

Memasukkan unsur konflik yang dapat merangsang selera audiens seperti pertelagahan, pergeseran, berita angin dan isu-isu semasa.

Menyelitkan unsur-unsur lucu dan menggembirakan tetapi tidaklah mengganggu objektif penyampaian.

Menekankan keperluan audiens melalui komunikasi dua hala seperti bertanyakan soalan, minta pendapat dan idea, mengemukakan ulasan dan minta penjelasan.

Mengekalkan dinamisme dalam persembahan dengan memasukkan unsur-unsur emosi yang dapat menaikkan semangat audiens.

Merangsang seberapa kerap idea audiens iaitu deria rasa, sentuh, hidu, penglihatan dan pendengaran.

Sembilan teknik melibatkan pendengar

Drama.

· semasa sesi pembukaan seperti masalah, cerita atau soalan.

· unsur-unsur dramatik seperti berhenti sejenak, mengbah nada suara dan emosi.

Komunikasi mata.

Page 17: Kemahiran Pengucapan Awam

· pandang semua pendengar dengan teliti (3-6 saat).

· nilai minat pendengar melalui persetujuan, bosan atau bermasalah.

Pergerakan

· gunakan sepenuhnya ruang untuk bergerak.

· sentiasa bergerak ke arah audiens terutama di awal dan akhir persembahan.

Alat bantu mengajar (ABM).

· guna pelbagai alat bantu mengajar seperti overhead projektor, carta, flipchart.

· libatkan penglibatan audiens serta merta.

Menyoal

· retorik - soalan-soalan mudah tanpa perlukan jawapan.

· contoh: Berapa ramai anak muda yang menjadi mangsa bila pengedar dadah dibiarkan bebas?.

Permainan

· bermain untuk bermesra dengan audiens dan juga beri hadiah kepada yang berjaya.

Page 18: Kemahiran Pengucapan Awam

Timbulkan minat.

· gunakan contoh, cerita dan silap mata.

Demonstrasi.

· untuk tunjuk setiap langkah secara terperinci bagi menambahkan kefahaman audiens.

Humor.

· mulai ucapan dengan sesuatu yang menarik minat dan jenaka yang tidak keterlaluan.

Persembahan berkesan.

Ada sempat strategi yang boleh digunakan oleh perucap bagi meningkatkan keberkesanan ketika membuat persembahan di hadapan khalayak.

Strategi kaedah komunikasi.

Penyampaian maklumat boleh dijalankan secara interpersonal, kumpulan kecil, kumpulan besar atau umum (mass). Setiap kaedah mempunyai keistimewaan, kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada masanya kita menggunakan satu atau dua kaedah sekali gus. Lazimnya kita mungkin dapat mengawal keadaan dan membolehkan kita membuat pilihan tentang kaedah komunikasi yang hendak digunakan.

Strategi matlamat komunikasi.

Page 19: Kemahiran Pengucapan Awam

Matlamat yang gagal dan tidak jelas membentuk kegagalan kegiatan komunikasi. Perucap wajar membentuk objektif utama komunikasi sama ada hendak mengajar, memberi penerangan, nasihat, peringatan, membujuk, mengerak, menyedar, mengubah tingkah laku dan sebagainya.

Strategi peranan dalam komunikasi.

Dalam proses komunikasi, perucap mungkin berperanan sebagai fasilitator, guru, penasihat, kawan, doktor atau pakar. Komunikator yang baik sering terpaksa memainkan beberapa peranan semasa berinteraksi dan yang penting, apakah peranan yang ingin dimainkan dalam proses komunikasi tersebut? Tegasnya, perucap harus berupaya untuk bertukar peranan iaitu cekap dan fleksibel.

Strategi retorika dalam komunikasi.

· Taktik idea.

o pemilihan ideologi dan pendirian (keras, sederhana atau lembut).

· Taktik perhubungan.

o cari titik persamaan di antara perucap dan audiens.

o tahap persamaan mempengaruhi tarikan interpersonal dan pihak-pihak yang berinteraksi.

o perucap perlu mempunyai sifat empati yang tinggi.

· Taktik bentuk.

o lebih kepada penysunan kandungan maklumat yang hendak disampaikan.

o susunan maklumat dibuat mengikut:

§ Urutan masa (kronologi).

§ Geografi (ruang, kawasan, daerah, negeri).

§ Sebab, akibat dan kesan.

§ Masalah dan kaedah penyelesaian.

§ Umum – khusus (deduktif).

§ Khusus – umum (induktif).

Page 20: Kemahiran Pengucapan Awam

§ Pro dan kontra.

§ Topik demi topik.

§ Mudah-kompleks.

· Taktik bahasa.

o bahasa perlu sesuai dengan ciri-ciri audiens.

o penggunaan bahasa yang tidak sesuai boleh menyebabkan audiens menutup pintu mental daripada mendengar.

o contoh: bahasa daerah, bahasa Inggeris atau istilah yang kompleks.

Menyampaikan ucapan.

Manuskrip

· Baca terus daripada teks.

· Perkataan demi perkataan.

· Memerlukan ketepatan bahasa, ayat dan masa.

· Tujuan:

o Merakam.

o Mantapkan kenyatan-kenyataan umum.

o Sediakan salinan kepada pihak media.

o Memilih penggunaan bahasa yang tepat.

o Menepati masa.

Page 21: Kemahiran Pengucapan Awam

Hafal

· Jarang digunakan.

· Biasanya ringkas dan mudah (10-15 minit).

· Ingat mesej penting bukannya perkataan demi perkataan.

· Contoh: ceramah, sesi penerangan.

· Kelebihannya ialah dapat tumpu pada gerakan.

· Kelemahannya ialah risiko terlupa dan tidak bebas mengeluarkan idea sendiri.

Impromptu

· Spontan (tanpa persediaan).

· Tidak perlu yang sempurna, cukup sekadar beberapa perkataan seperti memberi ulasan, pendapat dan pandangan.

· Kelebihannya ialah ucapan yang mudah, ringkas, lebih ikhlas, tidak perlu persediaan yang rapi dan dapat baiki kemahiran berucap.

Extemporaneous

· Ada persediaan dan perancangan.

· Menggunakan nota ringkas dan rangka kasar ucapan (outline).

· Kelebihannya:

o Boleh mengawal bahasa, topik dan masa.

o Boleh membuat sebarang perubahan semasa ucapan disampaikan.

o Boleh disesuaikan dengan pelbagai keadaan.

o Bebas membentuk kontak mata dan pergerakan.

o Spontan dan secara langsung.

Page 22: Kemahiran Pengucapan Awam

Pengawalan suara.

Volume

· Pastikan sesuai dengan suasana sekitar, saiz dan tahap kebisingan.

· Terlalu kuat -------- memekak.

· Terlalu perlahan ---tidak difahami.

Pitch.

· Nada tinggi dan rendah.

· Terlalu cepat --- pitch tingi.

· Terlalu perlahan --- pitch rendah.

· Tentukan watak perucap seperti serius, sedih, suka, marah atau main-main.

· Boleh dipelbagaikan.

Kelajuan (Rate).

Setiap masyarakat mempunyai kelajuan bercakap yang berbeza-beza.

· Amerika Syarikat ------- 120-150 ppm.

· Jepun ---------------------- 180 ppm.

· Cina ------------------------ 160 ppm.

Lambat ---- penerangan untuk perkara yang kompleks dan sukar difahami.

Cepat ------ maklumat umum.

Page 23: Kemahiran Pengucapan Awam

Bergantung kepada:

· Mood.

· Komposisi audiens (sedikit atau ramai).

· Persekitaran (panas, sejuk, hujan).

Tokoh-tokoh:

· Franklin Roosevelt (110 ppm).

· J.F Keneddy (180 ppm).

· Martin l. King (92-145 ppm).

Henti (Pause).

· Masa untuk berhenti, meneruskan ucapan, tarikh dan hembus nafas.

· Memerlukan latihan dan kemahiran bercakap.

· Elakkan bunyi 'eh...uh...er...a..'.

< Prev Next >

hostgator coupon or play poker on party poker

Pengucapan awam ini bukanlah layak yang sebenarnya untuk saya kupas kerana saya bukanlah individu yang memegang sekurang-kurangnya PhD, master mahupun ijazah dalam bidang ini. Namun demikian, perkongsian ini saya cetuskan jua kerana saya menganggap tidak salah untuk menghebahkan perkara yang sepatutnya memberi pulangan yang paling memberangsangkan kepada bakal-bakal jurutera, programmer, ahli-ahli teknikal dan teknologi, ahli akademik, mahupun usahawan. Pandangan saya ini tidaklah sama sekali cuba menyaingi peranan Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahupun Pusat Bahasa

Page 24: Kemahiran Pengucapan Awam

& Pembangunan Insan (PBPI) yang sangat gigih berusaha melahirkan mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang sangat kompeten dalam menguasai salah satu teras penting Kemahiran Insaniah (KI) yang telah pun digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pertama sekali, apakah itu pengucapan awam? Pengucapan awam merupakan satu garapan sains kemanusiaan dan seni bujukan yang diterjemahkan dalam bentuk komunikasi berkesan dan menarik [1]. Dengan bahasa mudahnya iaitu teknik dan seni komunikasi yang berkesan semasa berucap. Contohnya, apa perbezaan semasa berucap di hadapan khalayak penonton dan berbual dengan kawan-kawan? Perbezaan yang paling jelas ialah dengan siapa dan di mana kita berkomunikasi. Oleh sebab itu, teknik dan seni berucap dan berbual kosong pasti mempunyai perbezaan, walaupun asasnya sama iaitu komunikasi.

Kedua, mengapakah saya sebagai pelajar biasa menggalakkan pelajar-pelajar UTeM terutamanya menguasai teras KI ini? Dalam artikel Top 10 Qualities of a Great Engineer [2], kualiti ke-3 untuk menjadi seorang jurutera yang hebat ialah mempunyai skil komunikasi yang bagus. Menurut Jeff Atwood dalam blog beliau Coding Horror melalui How to Write Without Writing [3], perbezaan programmer biasa dan programmer hebat bukannya sebanyak mana bahasa programming yang anda tahu mahupun bahasa programming yang dikuasai, tetapi yang paling penting ialah skil komunikasi yang serius iaitu kebolehan untuk menyampaikan idea secara berkesan. Konklusi mudah yang dapat kita capai di sini ialah tidak mahu tidak kita sebagai bakal tenaga kerja dalam apa jua bidang perlu menguasai skil komunikasi yang berkesan bagi memastikan kita bakal menjadi tenaga kerja yang kompeten. Belajar penting, tetapi aplikasi selepas tempoh pembelajaran lagi penting yang bakal mencorakkan posisi kita sama ada kita merupakan tenaga kerja biasa mahupun tenaga kerja yang hebat sama ada untuk menghadapi temu duga, berbincang untuk menyelesaikan masalah, membentangkan konsep dengan klien dan bos, dan menjawat jawatan yang bagus dalam syarikat.

Ketiga, apakah kelebihan pengucapan awam? Pengucapan awam memberikan skil penyampaian komunikasi yang berkesan melalui teknik-teknik tertentu. Contohnya, menyampaikan maklumat pengikut fokus acara seperti ceramah, syarahan, dan perbentangan, mempunyai pengetahuan tentang perkara yang hendak disampaikan, peka dengan latar belakang dan situasi semasa hadirin, dan mempunyai skil-skil asas pengucapan awam seperti persediaan dan latihan sebelum berucap, mengatasi rasa gementar atau gemuruh, berupaya untuk mempengaruhi dan memujuk hadirin, kebolehan untuk respon secara spontan dengan soalan hadirin, dan berucap melihat mata hadirin [4]. Elemen-elemen yang menjadi kelebihan para pengucap ini menjadikan graduan-graduan yang menceburi pengucapan awam lebih ke hadapan berbanding yang tidak menguasai kemahiran ini. UTeM sendiri misalnya, melahirkan graduan-graduan yang pernah menceburi bidang pengucapan awam semasa belajar dahulu seperti pidato dan debat mempunyai pekerjaan yang baik dan stabil.

Akhir kalam, kemahiran pengucapan awam ini jangan kita pandang enteng. Kemahiran ini sahaja, mampu memberikan perbezaan yang sangat besar antara graduan-graduan yang sudah menjadi tenaga kerja. Sudah terang lagi bersuluh, kita pasti akan terpesona dengan sesiapa sahaja yang mampu menguasai kemahiran ini. Tetapi, kita perlu ingat bahawa kemahiran luar biasa ini bukan hanya untuk orang-orang tertentu sahaja, bahkan untuk pelajar-pelajar yang berani menyahut cabaran universiti. Maka, saya menyeru agar kita semua merebut peluang yang ada

Page 25: Kemahiran Pengucapan Awam

contohnya melalui kelas kokurikulum Pidato mahupun pertubuhan pelajar yang ada iaitu Kelab Debat & Pidato yang menyediakan latihan dan program-program yang khusus untuk memperkasa teras KI universiti yang penting ini. Semoga usaha murni bakal melahirkan tenaga kerja yang hebat dan kompetitif, sesuai dengan moto UTeM iaitu Kompetensi Teras Kegemilangan.