kementerian pengajian tinggi malaysia spa 106:pembangunan diri 1 pengucapan awam

17
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM ALAM SEKITAR

Upload: lowri

Post on 24-Feb-2016

119 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM. ALAM SEKITAR. PENGENALAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIASPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1PENGUCAPAN AWAM

ALAM SEKITAR

Page 2: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

PENGENALAN•Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup

yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa

komponen utama:• Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan,

haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semulajadi yang berlaku

•Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta

tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

Page 3: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

• Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-

• Kesihatan manusia terjamin• Tarikan pelancong asing• Pembekalan udara yang segar• Ekosistem yang stabil• Habitat hidupan darat dan air terpelihara• Mengelakkan kepupusan

Page 4: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

• Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

• Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

• Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

Page 5: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

PENCEMARAN UDARA• Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair

atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal.

• Kesan pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan tercemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2)boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari.

Page 6: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM
Page 7: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

• Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadaptumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan . barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.

• Seterusnya, bahan tercemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari,ayam, itik, lembu, angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950.Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Keracunan tersebut akibat habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

Page 8: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

• Pencemaran udara juga boleh menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk boleh menipiskan lapisan ozon di bumi. Ini akan menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

• Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalubanyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Page 9: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

PENCEMARAN AIR• Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan,

warna dan kualiti sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik.Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH,dan juga suhu.

• Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen didalamnya .Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air seperti ikan ,udang dan sebagainya. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Page 10: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM
Page 11: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

• Pencemaran air juga akan menyebabkan keindahan dunia masa kini terjejas, pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap. Perkara seperti itu sudah tentu akan mencacatkan pemandangan pantai tersebut.

• Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan tercemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.

• Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantaian makanan,dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan sudah tentu kos akan meningkat naik dengan mendadak.

Page 12: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

PENCEMARAN TANAH• Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu

kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.

• Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan tumpahan minyak akan menyebabkan tanah tercemar.

Page 13: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM
Page 14: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

• Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapangmenjadi tempat pembiakan kuman berpenyakit seperti, Tikus, lipas ,lalat dan haiwanperosak yang lain akan tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kumanpenyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat ataudimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserangpenyakit yang serius.

• Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat,penebangan hutan.

• Kerakusan manusia yang tamak dan ingin mendapat keuntungan dengan cara yag mudah merupakan penyebab utama berlakunya perkara-perkara buruk tersebut.

Page 15: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

PENCEMARAN BUNYI• Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai

kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, iadidefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dankekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi selalunya berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dansebagainya.

• kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising danmelampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.

• Pencemaran bunyi juga akan menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, gegendang di dalam telinga akan pecah serta menyebabkan kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini akan menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan.

Page 16: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM
Page 17: KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA SPA 106:PEMBANGUNAN DIRI 1 PENGUCAPAN AWAM

KESIMPULAN• Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia

pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.

• Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengankeadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.

• Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa dimana keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh diselamatkan lagi. “Mencegah adalah lebih baik dari merawat”.