bab 6

22
BAB 6 CABARAN SEMASA &DIALOG PERADABAN

Upload: nabilah-syaheera

Post on 05-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bab 6

TRANSCRIPT

BAB 6

CABARAN SEMASA &DIALOG

PERADABAN

• Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari ini berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia.

• Kerana perebutan wilayah,peperangan sesama sendiri,dan juga keperibadian pemimpin sendiri maka muncullah Tamadun Barat Kristian yang mendominasi dunia dan menjadi paksi kehidupan manusia

ISU

GLOBALISASI

HAGEMONI

PENGARUH

CABARAN

EKONOMI

POLITIK

SOSIAL POLITIK

SOSIAL

MEDIA

KEPELBAGAIAN

CABARAN

EKONOMI

HAK ASASI

• Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang hegemoni Barat dan globalisasi , kita perlu mempunyai pemahaman yang jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep-konsep hegemoni , Barat dan globalisasi terlebih dahulu.

HAGEMONY (ENGLISH),HAGEMONIA(LATIN)-Leadership or dominance, especially by one state or social group over others

• Selalunya kita menganggap Barat sebagai masyarakat Barat dan tamadun Barat . Kita perlu faham bahawa tanggapan ini amat dipermudah. Masyarakat Barat terdiri daripada pelbagai kumpulan manusia yang menetap pada mulanya di Eropah dan selepas itu berhijrah ke merata-rata tempat di dunia ini. Pada umumnya , masyarakat Barat terdiri daripada kumpulan manusia yang tinggal dalam entiti politik yang sekarang ini kita kenali sebagai Negara-negara Eropah.

• Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia ini.

• Pada masa yang sama globalisasi membuatkan pengaruh, idea, barangan dan nilai-nilai baru dari luar masuk ke dalam masyarakat tempatan dengan kadar yang cepat dan dengan pengubahsuaian yang amat sedikit. Apabila perkara-perkara baharu ini boleh mempengaruhi (atau diterima) , ia berkemungkinan mengubah budaya dan nilai-nilai masyarakat tempatan.

ISU KONTEM-PORARI

EKONOMI

HAK ASASI MANUSIA

• Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa.Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

• Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin.

• Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis dan sistem ekonomi komunis semuanya hasil pemikiran bijak pandai Barat yang menolak sistem ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas . Sistem ekonomi pasaran bebas juga berasal daripada pemikiran Barat. Terdapat banyak sistem ekonomi yang bukannya hasil ciptaan masyarakat Barat. Sungguhpun demikian , semua daripada sistem ekonomi yang lain ini telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi pasaran bebas ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.

• Sistem ekonomi pasaran bebas pada mulanya merupakan satu usaha oleh masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (atau renaissance). Sistem ekonomi feudal hancur apabila diperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas.

• Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun. Ini memberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula,kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh.Sungguhpun begitu,pengaruh dan dominasi barat tidak hilang,contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa.

• Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik negara-negara Islam.

• Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan Inggeris

• Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik.

• Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.

1. Hak yang pertama: kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan

2. Hak yang kedua: kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain

3. Hak yang ketiga: mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah.

Kesan Perkembangan Kontemporari Kepada

Masyarakat dan Negara.• Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun

mana-mana Negara lain di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai maasyarakat Barat elok untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan.

• Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini.

• Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.

Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.