bab 6 makanan

75
GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan Jabatan Kemajuan Masyarakat Bil. 07 Tahun 2009

Upload: beathrice-bridge-bilih

Post on 25-Jun-2015

1.627 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Tarikh Dikeluarkan : 1 November 2007

GARIS PANDUAN

PENGURUSAN MAKANAN DAN

MINUMAN Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan

Jabatan Kemajuan Masyarakat

Bil. 07 Tahun 2009

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 1-2

2. Panduan Pengendali Makanan 3-12

3. Prosedur Perolehan Makanan Tambahan 13-14

4.Panduan Memilih, Menyedia, Menyimpan Dan Menghidang Makanan Serta Minuman

15-19

5. Panduan Pengendalian Makanan 20-26

6. Panduan Penyediaan Makanan Seimbang 27-38

7.Panduan Pengurusan Peralatan Memasak Dan Menghidang

39-40

8.Prosedur Pemberian , Etika Dan Teknik Menghidang Makanan Tambahan

41-44

9. Prosedur Rujukan Kes Keklinik Kesihatan 45

10. Rujukan/Panduan 46

11. Ahli Kumpulan 47

12. Lampiran

Lampiran A -Jadual Kedatangan harian Pm/PPM TABIKA/TASKA

48

Lampiran B -Rekod Kesihatan Pemaju Masyarakat

49-51

Lampiran C - Rekot Kesihatan Kanak-Kanak 52-54

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

BAB 6

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1. PENGENALAN

1.1 Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pada saban hari, masalah berlebihan berat badan dan kekurangan berat badan yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan pengambilan zat makanan yang tidak seimbang. Kekurangan zat makanan teruk menyumbang kepada penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia (UNICEF, 1998).

1.2 Mengikut saranan pengambilan nutrien (RNI), kanak-kanak taska memerlukan 950kcal sehari; manakala kanak-kanak tabika memerlukan 1300kcal sehari (KKM, 2005). Bermula pada tahun 2005, pihak KEMAS telah memperuntukkan untuk setiap kanak-kanak taska sebanyak RM 3.00 sehari dan setiap kanak-kanak tabika sebanyak RM 1.50 sehari mengikut hari persekolahan.

1.3 Berikut adalah tajuk-tajuk penting yang terdapat di dalam bab ini sebagai rujukan dan panduan bagi memastikan makanan berkualiti disediakan:

a) Pengendali Makanan

b) Prosedur Perolehan Makanan Tambahan

c) Panduan Pengendalian Makanan

d) Prosedur Penyediaan Makanan Seimbang

e) Panduan Pengurusan Peralatan Memasak dan

Menghidang53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

f) Prosedur Pemberian, Etika dan Teknik Menghidang

Makanan

g) Prosedur Rujukan Kes Ke Klinik Kesihatan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PANDUAN PENGENDALI MAKANAN

1. Pengenalan

Pengendali makanan di premis prasekolah adalah individu yang

mula terlibat dalam penyediaan makanan. Pengendali makanan

juga dapat menentukan makanan yang disedia dan dihidang

adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak di

prasekolah KEMAS

2. Status Kesihatan

2.1 Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh Pegawai

Perubatan dan mempunyai sijil atau kad kesihatan untuk

mengesahkannya. Perakuan tersebut hendaklah sentiasa

disimpan di premis prasekolah berkenaan;

2.2 Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah

sentiasa diawasi. Pengendali yang demam, menghidap cirit

birit, batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis

tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan

pengendalian makanan. Dia hanya boleh menguruskan

pekerjaan selepas dirawat, dan disahkan sihat oleh

Pegawai Perubatan;

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

2.3 Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian

tangan hendaklah membalut luka tersebut dengan plaster

yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja

pengendalian makanan; dan

2.4 Pengurus Premis prasekolah bertanggungjawab

menyimpan satu borang daftar kesihatan pengendali

makanan seperti contoh di lampiran. Borang daftar ini

hendaklah dikemaskini setiap kali ada perubahan dan

hendaklah dipamirkan di premis prasekolah.

3. Pakaian

3.1 Semasa bertugas, semua pengendali makanan hendaklah:

i. Berpakaian sopan, kemas dan sesuai;

ii. Memakai apron berwarna cerah;

iii. Memakai penutup kepala yang sesuai, bersih serta

mudah dibasuh; dan

iv. Memakai tanda nama dan kasut mengikut keadaan

yang sesuai.

v. Memakai sarung tangan pakai buang.

4. Amalan

4.1 Amalan yang mesti dipatuhi:

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

i. Menampilkan diri dalam keadaan kemas, bersih dan

ceria sepanjang masa;

ii. Menutup makanan yang disedia dengan penutup

yang sesuai dan bersih;

iii. Menggunakan sudu, garfu, sarung tangan plastik

atau penyepit semasa memegang makanan yang

sudah dimasak;

iv. Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan

apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka

ke arah lain dari makanan;

v. Menggunakan kain pengelap yang bersih dan

berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk, meja

dan tangan;

vi. Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun

serangga, minyak tanah dan bahan pencuci di

tempat khas yang berasingan di luar tempat

penyediaan makanan;

vii. Memegang sudu, garfu, pisau, cawan yang bersih

pada tangkainya;

viii. Membersihkan lantai dengan menggunakan

pengelap lantai jika perlu, di tempat makanan sedang

di masak atau dihidang;

ix. Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras

lebih 45cm dari lantai;

x. Memastikan dapur prasekolah bebas dari LILATI

(Lipas, Lalat dan Tikus) dan haiwan-haiwan lain;

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

xi. Membuang sampah kering dan sampah basah

secara berasingan;

xii. Memastikan tong sampah berlapik dengan karung

plastik, bertutup dan bersih;

xiii. Membuang sampah ke dalam tong sampah besar

atau lubang sampah.

4.2 Amalan yang ditegah:

i. Berludah merata-rata;

ii. Batuk, bersin, bercakap-cakap atau ketawa ke arah

makanan;

iii. Meniup ke dalam pembungkus yang digunakan untuk

membungkus makanan;

iv. Membungkus, mengalas atau menutup makanan

dengan bahan yang tidak bersih, plastik bewarna

atau bahan bercetak;

v. Meletak, membawa atau menyimpan pinggan yang

berisi makanan secara bertindih;

vi. Membawa sudu, garfu dan penyepit dalam saku

apron;

vii. Membersihkan meja dengan membuang sisa

makanan dari atas meja ke lantai; dan

viii. Membenarkan kanak-kanak ke kawasan penyediaan

makanan.

5. Kebersihan Diri

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

5.1 Rambut

i. Diikat, bersih dan bertutup

ii. Jangan menggaru, memegang atau menyikat rambut

semasa mengendali makanan.

5.2 Mulut, Hidung Dan Telinga

i. Jangan batuk atau bersin pada makanan

ii. Jangan merasa makanan dengan menggunakan jari

iii. Jangan mengorek hidung

iv. Jangan meludah

v. Jangan menggigit kuku atau menjilat jari

vi. Jangan makan atau mengunyah gula-gula getah

vii. Jangan merokok

5.3 Kulit

i. Kulit yang merengsa atau luka perlu diubati dan

dibalut

ii. Jangan menggaru kulit yang luka

iii. Elakkan badan dari berbau

5.4 Tangan

i. Elakkan memakai aksesori seperti cincin, rantai

tangan dan jam semasa mengendalikan makanan

ii. Kuku perlu dipotong pendek

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

iii. Sinki membasuh tangan perlu diasingkan daripada

sinki pengendali bahan mentah

iv. Membasuh tangan sebelum dan selepas :-

menyedia atau menghidang makanan

Menggunakan tandas

Menyentuh bahagian kulit yang lain

Mengendalikan bahan mentah

Membersihkan persekitaran

v. Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau

pengering tangan

6. Penyakit

6.1 Jika pengendali makanan disyaki sakit, pengendali

makanan perlu :-

6.1.1 Lapor kepada PM lebih awal

6.1.2 Mendapatkan rawatan di pusat rawatan yang

berdekatan dan mendapatkan sijil sakit sekiranya

perlu.

6.1.3 PM perlu memaklumkan kepada PPS dan

merancang semua keperluan sepanjang ketiadaan

Pengendali makanan.

7. Pemeriksaan Kesihatan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

7.1 Pengendali makanan perlu menjalani pemeriksaan

kesihatan untuk memastikan pengendali mampu

melaksanakan tugas dan untuk memastikan pengendali

tidak mempunyai penyakit yang mudah berjangkit.

Sekiranya pengendali menghidapi penyakit, PM perlu

memastikan pengendali melakukan langkah-langkah

pencegahan.

8. Suntikan Typhoid 6

8.1 Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan Typhoid

6 bagi tiap-tiap tiga tahun untuk mengelakkan penyakit

bawaan air seperti taun. Terdapat dua cara bagi

mendapatkan khidmat dari Pejabat/Klinik Kesihatan di

kawasan yang berhampiran.

8.1.1 Suntikan di Premis Kesihatan

i. PM membuat temujanji dengan Jabatan/Pusat

Kesihatan kawasan masing-masing.

ii. Kebiasaanya Jabatan/Pusat Kesihatan telah

menentukan tarikh-tarikh khusus untuk suntikan

Typhoid 6.

iii. Pengendali makanan perlu mendapatkan

suntikan pada tarikh yang telah ditetapkan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

iv. Resit suntikan diperlukan untuk membuat

tuntutan di Jabatan.

v. Kad/dokumen yang mengesahkan Suntikan

Typhoid 6 telah dilakukan, perlu disimpan/di

paparkan di premis.

vi. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan bagi

memudahkan pemantauan.

8.1.2 Suntikan Di Premis KEMAS

i. PM membuat temujanji dengan Jabatan/ Pusat

Kesihatan kawasan masing-masing.

ii. Pengendali makanan berkumpul pada tarikh,

masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh

kedua-dua pihak.

iii. Pengendali makanan perlu mendapatkan

suntikan.

iv. Resit suntikan diperlukan untuk membuat

tuntutan di Jabatan.

v. Kad/ dokumen yang mengesahkan Suntikan

Typhoid 6 telah dilakukan, perlu disimpan/ di

paparkan di premis.

vi. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan

bagi memudahkan pemantauan.

9. Kursus Pengendali Makanan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

9.1 Pengendali makanan hendaklah menghadiri kursus yang

diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi

meningkatkan kemahiran dan kecekapan.

53

SUNTIKAN TYPHOID 6

Premis Kesihatan

Kenalpasti Tarikh Suntikan

Tuntutan Semula Ke KEMAS Negeri

Suntikan

Premis KEMAS

PPS Menetapkan Tarikh

PPS-Simpan Rekod & Jadual

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

JADUAL 1Prosedur Suntikan Typhoid 6

53

BORANG DAFTAR PENGENDALI MAKANAN

Parlimen :Bil. Pengendali Makanan :

BIL

NAMANO

. KP

NAMA TABIKA/ ALAMAT

JAWATAN

TARIKH PELALIAN DIBERI

TARIKH TEMPOH TAMAT

PELALIAN

TARIKH MENGHADIR

I KURSUS PENGENDALI MAKANAN

Disediakan Oleh : _________________________Penyelia Prasekolah

Disahkan Oleh :_______________Pegawai KEMAS Daerah

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PROSEDUR PEROLEHAN MAKANAN TAMBAHAN

Prosedur 1

1. Pihak KEMAS Negeri dibenarkan membuat perolehan makanan

Tabika/ Taska mengikut Parlimen berdasarkan keperluan

Parlimen.

2. KEMAS Negeri perlu bertanggungjawab menentukan agihan

peruntukan untuk setiap Parlimen berdasarkan bilangan Tabika/

Taska serta kanak-kanaknya.

3. PPS bertanggungjawab mengenalpasti serta menyenaraikan

keperluan jenis-jenis makanan tambahan untuk dibekalkan di

Tabika/ Taska dalam Parlimen masing-masing.

4. Perolehan yang dibuat untuk peringkat Parlimen hendaklah

dengan mengemukakan senarai keperluan beserta sebutharga

daripada pembekal tempatan ke peringkat KEMAS Negeri untuk

tujuan perolehan dengan berpandukan prosedur serta tatacara

kewangan yang ditetapkan.

5. Pembekal yang dilantik adalah bertanggungjawab menghantar

bekalan makanan ke Tabika/ Taska yang telah ditetapkan

sebagaimana spesifikasi yang terkandung dalam pesanan

tempatan (local order)

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

6. PPS atau Pegawai Jabatan yang dilantik sebagai pegawai

penerima adalah bertanggungjawab memastikan penerimaan

dalam keadaan sempurna kuantitinya, kualiti serta tarikh luputnya.

Prosedur 2

1. Tabika menggunakan duit tabung Tabika dan menuntut semula.

JADUAL 2

Prosedur Pembelian Makanan Tambahan

PROSEDUR PEROLEHAN

Tabung Tabika

Tuntutan Semula

AG (Akauntan

Negara)

Proses Bayar

Pembekal Tempatan

PPS Rancang Keperluan/ Sebutharga

Pengarah KEMAS Negeri

Kelulusan & Perolehan

Terima Barang –Sahkan PPS/

Pegawai Jabatan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PANDUAN MEMILIH, MENYEDIA, MENYIMPAN DAN

MENGHIDANG

MAKANAN SERTA MINUMAN

BAHAN

MAKAN

AN

KRITERIA

PEMILIHAN

PENYEDIAA

N

PENYIMPANA

N

PENGHIDAN

GAN

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Sayur-sayuran

Segar Baru Keras

rapuh dan pejal

tidak layu tidak kecut tidak kering tidak

bertukar warna

Tidak rosak

Tidak busuk

Basuh sebelum dipotong

Tidak direndam selepas dipotong

Sekiranya direbus, biarkan air mendidih sebelum dimasukkan sayur

Masak dalam masa yang singkat

Masak di dalam periuk atau kuali yang bertutup

Mentah Simpan

dalam peti sejuk kecuali sayur-sayuran berubi

Sayur yang telah dimasak tidak disimpan

Perlu dibasuh, dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur dalam peti sejuk

Hidangkan sebaik sahaja selepas dimasak atau disediakan

Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan

Tutup dengan sempurna

BAHAN

MAKAN

AN

KRITERIA

PEMILIHAN

PENYEDIAA

N

PENYIMPANA

N

PENGHIDAN

GAN

Buah-buahan

Segar Pejal

Basuh sebelum

Perlu dibasuh,

Hidangkan sebaik

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Tidak bertompok hitam

Tidak kering atau kecut

tidak bertukar

dimakan atau dipotong

Kupas kulit sekiranya perlu

dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas buahan dalam peti sejuk

sahaja selepas dipotong

Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan

Tutup dengan sempurna

Daging Segar Warna

kemerah-merahan

Tidak berubah warna

Tidak kering Tidak berbau

busuk Tidak

berlendir

Halal

Bermasak Simpan

dan tutup makanan yang belum dihidangkan

Elakkan menyimpan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu biasa (27oC)

BAHAN

MAKAN

AN

KRITERIA

PEMILIHANPENYEDIAAN PENYIMPANAN

PENGHIDANGA

N

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Ikan basah dan lain-lain makanan laut

Segar Pejal Tidak

meninggalkan kesan apabila ditekan dengan jari

Sirip dan sisiknya kemas, tertutup, berkilat dan tidak tertanggal

Mata yang cerah, terang, penuh dan membonjol

Badan berlendir Insang merah

dan cerah Tidak berbau

busuk

Cuci dan bersihkan dengan air mengalir sebelum dipotong di mana perlu

Mentah Cuci, potong

dan simpan dalam bekas secara berasingan mengikut keperluan harian

Sebaik-baiknya gunakan pada hari itu juga atau dalam tempoh yang singkat

Simpan pada suhu beku jika perlu

Gunakan bahan yang telah dinyahbekukan kesemuanya pada hari yang sama

Hidangkan sebaik sahaja dimasak

Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan Tutup dengan

sempurna Kekalkan

pada suhu tidak kurang daripada 63oC (Hidangan masih panas)

Elakkan daripada menggunakan baki makanan yang disimpan semalaman

Ayam Segar Pejal Tidak berlendir Tidak berubah

warna Tidak berbau

busuk

Halal

Cuci dan bersihkan dengan air mengalir sebelum dipotong di mana perlu

Bermasak Simpan dan

tutup makanan yang belum dihidangkan

Elakkan menyimpan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu biasa (27oC)

BAHAN KRITERIA PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGA

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

MAKAN

ANPEMILIHAN N

Roti Tidak rosak Tidak berkulat

Tidak melampaui tarikh luput

Bungkusan tidak rosak

Bungkusan berlabel

Elakkan terdedah secara langsung kepada pancaran matahari

Gunakan peralatan yang khusus untuk menyediakan roti yang dimakan terus seperti sandwic

Tutup dengan sempurna

Simpan berasingan daripada bahan mentah

Jangan dihidangkan jika melampaui tarikh luput

Hidangkan sebaik sahaja selepas disediakan atau dimasak

Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan

Tutup dengan sempurna

Bijirin atau kekacang

Tidak rosak Tidak hancur Tidak berkulat Tidak hapak Tiada tanda

serangan serangga, ulat, kutu atau habuk

Tidak lembab atau basah

Buang bahan seperti batu atau benda asing

Basuh mengikut kesesuaian

Simpan di tempat yang bertutup, kering dan dingin

Elak meletakkan guni atau karung terus di atas simen setinggi 20cm sekurang-kurangnya daripada lantai

Makanan berkaleng (makanan dalam tin)

Bentuk tin hendaklah sempurna Kemas Tidak kemek Tidak bengkak

atau mengelembung

Tidak berkarat

Simpan di tempat yang dingin/peti sejuk dan kering atau mengikut arahan pada label simpan di dalam bekas lain selepas tin dibuka

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Tidak melampaui tarikh luput

BAHAN

MAKAN

AN

KRITERIA

PEMILIHANPENYEDIAAN PENYIMPANAN

PENGHIDANGA

N

Susu UHT atau Pasteur

Bungkusan hendaklah sempurna Bersih Tidak rosak Tidak

mengelembung

Tidak bocor Tidak

melampaui tarikh luput

Arahan penyediaan seperti pada label perlulah dipatuhi

Susu UHT Simpan pada suhu

bilik dalam keadaan dingin dan kering

Elakkan disusun berlapis melebihi 8 tingkat

Elakkan meletak di atas simen Alas setinggi

20cm daripada lantai

Susu Pasteur Simpan dalam

peti sejuk sepanjang masa (1oC-4oC)

Jangan dihidangkan jika melampaui tarikh luput

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Telur Elak memilih telur yang retak

Tidak pecah Tidak diseliputi

najis

Cuci kulitnya sebelum disimpan atau digunakan.

Di dalam peti sejuk di bahagian khas.

Elakkan menghidang telur separuh masak

BAHAN

MAKAN

AN

KRITERIA

PEMILIHANPENYEDIAAN PENYIMPANAN

PENGHIDANGA

N

Pasta, mi, mihun, kuetiau, laksa, makaroni

Tidak rosak Tidak berkulat Tidak

berbubuk atau berkutu

Tidak berbau busuk atau hapak

Tidak melampaui tarikh luput

Rendam/celur seketika menggunakan air panas sebelum dimasak

Pasta basah Simpan di

dalam peti sejuk Tutup atau

bungkus dengan sempurna

Pasta kering Tutup dengan

sempurna Simpan dalam

keadaan dingin dan kering

Bahan kering (susu tepung, beras, gula, tepung

Tidak rosak Tidak berkulat Tidak

berbubuk atau berkutu

Tidak berbau busuk atau hapak

Beras Tidak

digalakkan mencuci beras sehingga hancur atau terlalu bersih

Disimpan di dalam bekas kedap udara.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

dsb) Tidak

melampaui tarikh luput

Elakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak.

Tidak

PANDUAN PENGENDALIAN MAKANAN

1. Panduan Asas Penyimpanan Makanan

1.1 Penyimpanan makanan

1.1.1 Makanan yang dimasak atau dimakan terus

hendaklah diasingkan penyimpanannya daripada

makanan mentah.

1.1.2 Simpan makanan yang telah dimasak pada suhu

yang selamat jika tidak disaji segera.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.1.3 Elakkan menyimpan makanan pada suhu dalam zon

merbahaya iaitu di antara suhu 10°C-60°C kerana

mikroorganisma boleh membiak dengan cepat jika

makanan disimpan dibawah suhu biasa.

1.1.4 Makanan perlu disimpan pada suhu di bawah 4°C

(peti sejuk) atau melebihi 60°C (periuk bertutup).

1.1.5 Jangan simpan makanan yang dimasak lebih dari 2

jam pada suhu biasa untuk dihidangkan kepada

kanak-kanak.

1.1.6 Baca arahan tentang keadaan menyimpan makanan

pada label bungkusan sebelum dan sesudah

dibuka.

1.2 Simpanan sejuk

1.2.1 Jangan simpan ikan dan daging di dalam keadaan

ruang pendingin (0°C-2°C) lebih dari 3 hari.

1.2.2 Simpan makanan mentah dan makanan yang telah

dimasak dalam ruangan yang berbeza.

1.2.3 Simpanan makanan masak dibahagian atas dan

makanan mentah dibahagian bawah.

1.2.4 Simpan semua makanan masak dan makanan

mentah dalam bekas bertutup rapat.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.2.5 Letakkan makanan mentah yang menitis dalam

bekas yang sesuai dan diletakkan di tingkat bawah

di ruangan pendingin.

1.2.6 Bersih dan keringkan semua bekas sebelum

disimpan di dalam peti sejuk.

1.2.7 Simpan sayur dan susu pasteur di ruang pendingin

suhu (0°C-4°C) untuk mengelakkan pertumbuhan

bakteria.

1.2.8 Sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh, dikeringkan

dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur

di dalam peti sejuk.

1.3 Simpanan sejuk beku

1.3.1 Ikan dan daging yang telah dibersihkan hendaklah

disimpan di dalam bekas plastik yang kedap udara

untuk mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada

makanan-makanan lain.

1.3.2 Makanan sejuk beku seperti daging dan ikan

hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat

mungkin selepas dibeli untuk mengelakkan

kerosakan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.3.3 Makanan hendaklah dibahagikan kepada beberapa

bahagian kecil sebelum disimpan.

1.3.4 Nyah sejuk beku bahagian yang diperlukan sahaja.

1.3.5 Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah

dinyah sejuk beku.

1.3.6 Makanan yang perlu dinyah beku boleh melalui 3

cara pilihan seperti berikut:-

i. Makanan yang disejuk beku hendaklah

dialihkan dahulu ke bahagian am peti sejuk (sila

rujuk Lampiran A) selama 5 jam sebelum

digunakan .

ii. Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam

bungkusan yang kalis air an diletakkan di

bawah air paip yang mengalir.

iii. Makanan yang disejuk beku hendaklah

dicairkan menggunakan ketuhar gelombang

dan diikuti dengan masak secara terus.

1.3.7 Simpan makanan yang di sejuk beku dalam bekas

tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.

1.3.8 Peti sejuk hendaklah diselenggara dengan baik.

1.3.9 Jangan muatkan makanan dengan padat dalam peti

sejuk.

1.3.10 Makanan mentah hendaklah dicuci dengan

sempurna sebelum disimpan.

1.4 Simpanan kering

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.4.1 Jauhkan racun dan bahan kimia daripada makanan.

1.4.2 Jangan menggunakan bekas simpanan bahan kimia

untuk menyimpan makanan.

1.4.3 Makanan bijirin seperti beras, kacang dan tepung

hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara

dan disimpan di tempat sejuk dan kering.

1.4.4 Makanan hendaklah diletakkan jauh daripada dinding

dan paip.

1.4.5 Jangan letak makanan atas lantai dan gunakan

pengalas yang sesuai.

1.4.6 Ruang penyimpanan makanan kering hendaklah

mempunyai pengudaraan yang baik, pencahayaan

yang mencukupi, ruang yang sentiasa kering dan

bersih.

2 Panduan Am Pengurusan Peti Sejuk

2.1 Peti sejuk mestilah diletakkan di tempat yang mempunyai

pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan

cahaya matahari.

2.2 Kapasiti dan ruang peti sejuk

2.2.1 Kapasiti atau keupayaan peti sejuk hendaklah cukup

besar untuk memenuhi keperluan anda. Ianya

hendaklah cukup sejuk untuk menyejukkan semua

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

bahagian makanan hinggalah ke suhu yang diingini

dalam tempoh yang singkat.

2.2.2 Peti sejuk hendaklah mempunyai ruang yang cukup

untuk menyimpan makanan yang dimasak dan tidak

dimasak di ruang yang berasingan.

2.2.3 Jangan sesakkan sesuatu ruang agar udara boleh

beredar.

2.2.4 Periksa dengan menggunakan termometer untuk

memastikan yang peti sejuk anda sentiasa kekal

pada suhu antara 0°C hingga 4°C

2.3 Pembersihan peti sejuk

2.3.1 Bersihkan peti sejuk setiap minggu menggunakan

bahan disinfeksi yang sesuai atau kain yang bersih.

Berhati-hati mengeringkan untuk mengelak

daripada ditumbuhi kulat. Buka pintu sedikit untuk

membolehkan udara beredar sebelum meletak

semula makanan.

2.4 Penggunaan peti sejuk dengan bijak.

2.5 Jangan menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

2.6 Makanan panas hendaklah disejukkan terlebih dahulu

sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

2.7 Jangan masukkan terlalu banyak makanan ke dalam peti

sejuk.

2.8 Jangan buka peti sejuk terlalu kerap.

2.9 Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

2.10 Sekiranya berlaku tiada bekalan elektrik selama 1 hingga 2

hari, makan di dalam peti sejuk hendaklah dibuang dan peti

sejuk perlu dibersihkan.

2.11 Peti sejuk perlu dibersih dan dikosongkan sebelum cuti

sekolah bermula.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

LAMPIRAN A

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1. Pengenalan

Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di Tabika dan

Taska bagi kepentingan tumbesaran dan perkembangan kanak-

kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

semasa mereka berada di Tabika dan Taska.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan Tabika dan

Taska bagi memastikan hanya makanan yang bersih, selamat,

berkhasiat, segar dan mencukupi serta bebas daripada bahan

tambah contoh pewarna/perisa disediakan di Tabika dan taska.

2. Panduan Umum Penyediaan Makanan

2.1 Kriteria Pemilihan Bahan-bahan Makanan

2.2 Berikut adalah makanan yang sesuai, tidak

digalakkan dan dilarang dsediakan / diberikan kepada

kanak-kanak di Tabika:

SESUAITIDAK

DIBENARKANDILARANG

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Makanan bermasak:

Makanan seperti nasi, nasi lemak, mi/ mihun, bubur, capati, telur rebus.

Kuih muih seperti karipap, sandwich, lepat pisang/ ubi, kuih badak, kuih kasturi, kuih pau, popia, seri muka, vadai dan kuih lapis.

Kekacang seperti kacang goreng, kacang kuda dan kacang rebus.

Jagung rebus, keropok lekor, tauhu sumbat, tebaloi dan bebola.

Roti, biskut dan bijirin

Buah-buahan:

Buah-buahan segar seperti betik, pisang, belimbing besi, tembikai dan ciku.

Minuman:

Minuman bercokelatSusu, susu segar, yogurt

Minuman yang diperbuat daripada buah-buahan seperti oren, limau nipis, tembikai, nanas, markisah dan lain-lain samaada disediakan daripada buah-buahan yang segar

Air barli dan air kacang soya

Air mineral

Makanan yang mengandungi gula, minyak dan lemak yang berlebihan.

Mi segera Makanan segera Konfeksi ais Minuman yang

menggunakan bahan pewarna

Teh dan kopi Minuman

berperisa/Kordial Minuman kotak/

botol Minuman ringan

bergas Sebarang imbuhan

atau hadiah yang diberi kepada kanak-kanak tidak digalakkan dalam bentuk makanan ringan

Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 seperti: Makanan yang

melampaui tarikh luput Semua jenis makanan

yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.

Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk samaada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk bawang

Makanan ringan yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan seperti gula-gula dan coklat.

Makanan dan minuman yang mengandungi alkohol

2.3 Penyediaan Makanan Sihat

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

2.2.1 Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan mengenai

makanan sihat supaya mereka bijak memilih

makanan yang mereka makan. Pengetahuan ini

boleh diperolehi secara tidak langsung melalui

penyediaan makanan sihat di Tabika/ Taska.

2.2.2 Kebanyakan kanak-kanak mengambil sarapan dan

minum pagi di Tabika, manakala kanak-kanak di

Taska mengambil sarapan, minum pagi, makan

tengahari dan minum petang. Justeru Tabika/ Taska

merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik

mereka mengamalkan tabiat pengambilan makanan

yang baik. Tabiat ini perlu dipupuk seawal mungkin

agar ia kekal sehingga mereka dewasa.

2.2.3 Pengenalan makanan baru (makanan yang jarang

diberi kepada kanak-kanak seperti oat,bubur kacang

dan kuih tempatan) perlu dicuba sebanyak 10-20 kali

dalam pelbagai kaedah hidangan bagi menarik minat

makan kanak-kanak.

2.3 Makanan yang Pelbagai

2.3.1 Tiada satu makanan yang boleh membekalkan

kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Oleh

itu makanan yang pelbagai hendaklah disediakan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

untuk kanak-kanak. Kepelbagaian makanan boleh

diperolehi melalui kumpulan makanan yang terdapat

di dalam Piramid Makanan.

* Nota – Saranan sajian kanak-kanak adalah berasaskan saranan

pengambilan nutrien (RNI-Recommeded Nutrient Intakes for Malaysia)

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

KUMPULAN MAKANAN

JUMLAH SAJIANDISYORKAN

KUANTITI BAGI SETIAP SAJIAN

Bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

6 – 8Setiap hari

1 senduk nasi1 keping roti mil penuh (wholemeal)1 senduk mihun basah/ pasta/ mi/ lain-lain jenis mi½ keping capati (saiz sederhana)2 senduk bubur nasi kosong3 keping biskut tawar2 sudu makan bijirin sedia dimakan1 biji kentang saiz sederhana

Sayur-sayuran dan buah-buahan

3 - 5Setiap hari

5 sudu makan sayuran berdaun hijau gelap yang dimasak (termasuk batang yang boleh dimakan)½ cawan sayuran jenis buah dan akar yang dimasak½ biji jambu batu saiz sederhana1 potong buah betik/ tembikai/ nanas10 biji buah dalam bentuk dadu1 biji pisang saiz sederhana2 sudu makan buah-buahan kering½ cawan jus buah-buahan

Daging ayam, ikan dan kekacang

1 – 2Setiap hari

1 ketul paha ayam saiz sederhana2 sudu makan isi ikan tenggiri 2 saiz kotak mancis daging tanpa lemak5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala

Nota:1 saiz kotak mancis daging tanpa lemak boleh diganti dengan:1 biji tauhu1 biji telur2 sudu makan mentega kacang½ cawan kekacang (kering)1 keping tempe

Susu dan hasil tenusu

2Setiap hari

1 gelas susu4 sudu makan susu tepung1 cawan yogurt1 keping keju

Lemak, gula dan Garam

Paling sedikit digunakan Tidak perlu sengaja mengambil makanan dari kumpulan tersebut kerana telah terdapat di dalam masakan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

2.3.2 Setiap kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis

makanan dalam kuantiti yang berbeza, bergantung

kepada jantina, umur dan aktiviti fizikal yang dilakukan.

Secara amnya, keperluan tenaga bagi kanak-kanak

prasekolah adalah:

Umur (tahun)

Keperluan tenaga harian

[kilokalori (kcal)]

Lelaki Perempuan

2 – 4 980 910

4 – 6 1340 1290

2.4 Takrif Halal

2.4.1 Makanan halal adalah makanan yang dihalalkan oleh

hukum syarak iaitu semua jenis tumbuhan serta

haiwan halal yang disembelih dan suci.

2.4.2 Minuman yang tidak memabukkan dan tidak

membahayakan kesihatan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

3. Panduan Pemilihan Makanan Sihat

3.1 Makanan kurang lemak

3.1.1 Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan

diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin

yang larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga

melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur

makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan

akan disimpan dalam badan serta menyebabkan berat

badan bertambah.

3.1.2 Penyediaan makanan kurang lemak di Tabika/ Taska

dapat membiasakan kanak-kanak dengan makanan

yang sihat dan mengurangkan risiko kegemukan dan

pelbagai jenis penyakit kronik yang dikaitkan dengan

faktor pemakanan.

3.1.3 Pengendali makanan boleh mengurangkan

pengambilan lemak dengan:

i. Mengurangkan penggunaan minyak atau lemak

dalam semua jenis masakan.

ii. Menggunakan daging tanpa lemak atau

membuang lemak yang kelihatan.

iii. Membuang kulit ayam.

iv. Menyediakan lebih hidangan ikan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

v. Menggunakan santan cair atau susu ketika

menyediakan gulai, bubur atau kuih-muih.

vi. Mempelbagaikan kaedah masakan secara

merebus, mengukus, memanggang dan

membakar.

3.2 Makanan kurang gula

3.2.1 Makanan yang tinggi kandungan gula boleh

merencatkan selera makan kanak-kanak dan boleh

menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat.

3.2.2 Pengendali makanan hendaklah mengurangkan

penggunaan gula dalam minuman. Satu sudu teh

gula sahaja bagi satu cawan minuman adalah

mencukupi. Susu pekat manis tidak digalakkan dan

sebaik-baiknya diganti dengan susu tepung penuh

krim. Penggunaan gula dalam penyediaan makanan

seperti bubur, kuih-muih dan agar-agar perlu juga

dikurangkan.

3.2.3 Penggunaan madu disarankan dalam bentuk

minuman atau dicampur didalam masakan.

Pemberian secara terus hendaklah diberi dalam

sukatan yang sedikit (1/2 sudu teh), pemberian tidak

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

terlalu kerap (2 - 3 kali seminggu) dan disusuli

dengan penjagaan kebersihan gigi.

3.2.4 Kebanyakkan makanan yang diawet dan diproses

mengandungi kandungan gula yang berlebihan.

Kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan

kuih-muih.

3.3 Makanan Kurang Garam

3.3.1 Pengendali makanan di Tabika/ Taska boleh

menghadkan penggunaan garam dengan:

i. Mengurangkan penggunaan garam dan serbuk

perasa.

ii. Mengurangkan penggunaan kicap dan sos. Jika

menggunakan kicap atau sos, garam tidak perlu

ditambah dalam masakan

iii. Tidak menyajikan telur masin, ikan masin dan

sayur jeruk

iv. Tidak digalakkan menggunakan MSG, atau kiub

perisa.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

3.4 Makanan berserat tinggi

3.4.1 Bijirin (terutamanya bijirin dan hasil bijirin mil

penuh), kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan

mengandungi serat yang tinggi.

3.4.2 Makanan ini juga kaya dengan vitamin dan mineral.

3.4.3 Serat berupaya mencegah sembelit, penyakit usus

dan berperanan mengurangkan paras kolestrol

dalam darah.

3.4.4 Pengendali makanan boleh meningkatkan

pengambilan makanan berserat oleh kanak-kanak

dengan:

i. Menggunakan hasil bijirin mil penuh seperti

mil penuh (wholemeal) dan tepung dalam

menyediakan makanan

ii. Memperbanyakkan hidangan yang

berasaskan kekacang atau hasil kekacang (air

soya, tauhu dan bubur kacang dan lain-lain)

iii. Memastikan pelbagai hidangan sayur

dimasukkan ke dalam menu harian

iv. Menyediakan ulam contoh seperti timun dan

lobak merah

v. Menyediakan pelbagai jenis buah-buahan

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

vi. Menggalakkan pengambilan jus buah-buahan

atau sayuran segar tanpa ditapis

3.4.5 Menggunakan lebih sayur dalam masakan seperti:

i. Hidangan mi atau seumpamanya seharusnya

mengandungi tidak kurang daripada satu sudu

makan sayur-sayuran

ii. Sandwic harus mengandungi tomato dan

timun. Disarankan tomato dan timun dipotong

dadu digaul bersama inti untuk memudahkan

penyediaan dan mudah dimakan oleh kanak-

kanak

iii. Nasi ayam seharusnya dihidangkan dengan

sekurang-kurangnya 4 keping timun. Bagi

penyediaan nasi ayam, sayur campur (dadu

lobak merah, kacang pea dan jagung) adalah

digalakkan.

3.4.6 Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran

mengandungi lemak yang rendah dan

membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A,

vitamin C, asid Folik, zat besi dan kalsium yang

kesemuanya penting untuk kesihatan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

3.5 Minum sekurang-kurang 6 – 8 gelas air sehari

Air adalah penting untuk fungsi fisiologi didalam badan,

mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari

badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang

hilang, terutama jika terlibat dalam aktiviti fizikal.

3.6 Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori

yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu

mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan,

kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti

fizikal.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN

MENGHIDANG

1. Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk

sudip

dan senduk. Penggunaan senduk milamin tidak

dibenarkan.

2. Elakkan menggunakan peralatan aluminium.

3. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan

baik dan mematuhi panduan penjagaan keselamatan

tong gas.

4. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat

daripada kaca, seramik atau milamin. Bagi penggunaan

milamin hendaklah tidak melebihi suhu 95°C (mendidih),

makanan tidak berasid seperti PH 2-5 (jus oren) dan

pinggan dan mangkuk yang retak tidak dibenarkan.

5. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh

lebih dari seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih

setiap kali ianya digunakan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

6. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air

panas sekurang-kurangnya selama seminit dicuci

dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain

khas.

7. Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau

gelas yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai

digunakan.

8. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan

pelapik dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak

mudah terbakar.

9. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan

untuk melapik kerana ia mempunyai risiko tempat

pembiakan bakteria.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

10. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana

dikhuatiri penjagaan kebersihan tidak terurus akan

menggalakkan pembiakan bakteria. Gunakan papan

pemotong yang diperbuat daripada bahan sintetik atau

polipropilen dan tidak mudah berkulat.

11. Papan pemotong bagi daging, ikan, ayam dan sayur

perlu berasingan dengan papan pemotong bagi buah-

buahan.

12. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan

bersesuaian dengan makanan yang disediakan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN

MENGHIDANG

1. Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk sudip dan

senduk. Penggunaan senduk milamin tidak dibenarkan.

2. Elakkan menggunakan peralatan aluminium.

3. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan baik dan

mematuhi panduan penjagaan keselamatan tong gas.

4. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat daripada

kaca, seramik atau milamin. Bagi penggunaan milamin hendaklah

tidak melebihi suhu 95°C (mendidih), makanan tidak berasid

seperti PH 2-5 (jus oren) dan pinggan dan mangkuk yang retak

tidak dibenarkan.

5. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh lebih dari

seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih setiap kali ianya

digunakan.

6. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air panas

sekurang-kurangnya selama seminit dicuci dengan menggunakan

sabun dan dilap dengan kain khas.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

7. Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau gelas

yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan.

8. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan pelapik

dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar.

9. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan untuk

melapik kerana ia mempunyai risiko tempat pembiakan bakteria.

10. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana dikhuatiri

penjagaan kebersihan tidak terurus akan menggalakkan

pembiakan bakteria. Gunakan papan pemotong yang diperbuat

daripada bahan sintetik atau polipropilen dan tidak mudah

berkulat.

11. Papan pemotong bagi daging, ikan, ayam dan sayur perlu

berasingan dengan papan pemotong bagi buah-buahan.

12. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan bersesuaian

dengan makanan yang disediakan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PROSEDUR PEMBERIAN, ETIKA DAN TEKNIK MENGHIDANG

MAKANAN

1. Prosedur Pemberian Makanan

1.1 Pastikan peralatan makan minum dan tempat makan dalam

keadaan bersih.

1.2 Pengagihan makanan mestilah mengikut sukatan yang

disarankan.

1.3 Pastikan kanak-kanak beratur sebelum mencuci tangan.

1.4 Pastikan kanak-kanak mencuci tangan 7 langkah yang

disarankan.

i. Basuh tangan dengan sabun secukupnya

ii. Gosok tapak tangan

iii. Gosok setiap jari dan celah jari

iv. Gosok kuku di tapak tangan

v. Gosok belakang tangan

vi. basuh dengan air bersih secukupnya.

vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.

1.5 Pastikan kanak-kanak duduk di tempat yang sesuai.

1.6 Pastikan kanak-kanak membaca doa sebelum makan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.7 Pastikan PM dan PPM memerhati dan membantu kanak-

kanak sepanjang waktu makan.

1.8 Digalakkan memberi buah-buahan kepada kanak-kanak

selepas minum pagi / makan tengahari

1.9 Pastikan kanak-kanak meletakkan peralatan makan minum

di tempat sesuai selepas makan.

1.10 Pastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut selepas

makan.

1.11 Pastikan kanak-kanak membaca doa selepas makan.

2. Prosedur Etika Ketika Makan

2.1 Pastikan kanak-kanak duduk dalam posisi yang betul dan

sopan.

2.1 Pastikan kanak-kanak makan dengan tertib.

2.2 Pastikan PM dan PPM menerangkan kepada kanak-kanak

tentang khasiat makanan dan memperkenalkan makanan

baru ketika kanak-kanak sedang makan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

2.3 Memberi pujian kepada kanak-kanak yang makan

makanan berkhasiat seperti sayur dan buah.

2.4 PM dan PPM perlu memastikan kanak-kanak makan

sehingga selesai.

2.5 Pastikan kanak-kanak tidak berlari atau bermain ketika dan

selepas makan

3. Pemberian Makanan Semasa Bulan Ramadhan.

3.1 Penyediaan makanan tambahan semasa bulan ramadhan

adalah seperti biasa.

3.2 Kanak-kanak yang tidak berpuasa diberi makan seperti

biasa. Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang berpuasa

hendaklah diasingkan di tempat lain seperti taman

permainan.

3.3 Makanan untuk kanak-kanak yang berpuasa, hendaklah

dibungkus dan dibawa pulang oleh kanak-kanak selepas

habis hari persekolahan.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

4. Teknik Menghidang

4.1 Pastikan makanan yang dihidang diletakkan di atas alas /

lapik yang bersih.

4.2 Pastikan pinggan dan mangkuk yang dihidang tidak

bertindih.

4.3 Pastikan buah-buahan diberi secara berasingan dengan

makanan lain iaitu tidak dicampurkan bersama-sama

dengan hidangan utama.

4.4 Jenis-jenis cara menghidang :-

i. Menghidang-Saprah

ii. Ala barat

iii. Ala cina

iv. Ala India

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

PROSEDUR RUJUKAN KES KE KLINIK KESIHATAN

1. Kenalpasti pertumbuhan kanak-kanak – Bantut / Obes / Kurang

Berat Badan

2. Merujuk kes kanak-kanak ke Klinik Kesihatan untuk pengesahan

oleh Pegawai Kesihatan dan rawatan susulan.

3. Perbincangan bersama ibu bapa / penjaga diadakan di Tabika/

Taska susulan di rumah.

4. Pendidikan amalan pemakanan yang sihat melalui Bengkel

Keibubapaan dan Penerapan Amalan Hidup Sihat.

5. Penilaian semula ke atas status tumbesaran kanak-kanak pada

setiap Januari, Mei dan September.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Rujukan:

KKM. 2007. Panduan Kebersihan & Keselamatan Makanan. Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. Kementerian Kesihatan Malaysia.

KKM. 2005. Panduan Penyedian Hidangan Sihat. Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

KKM. 1999. Panduan Diet Malaysia. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia.

KPM. 2004. Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MOH. 2005. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Ministry of Health Malaysia.

53

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS

BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

Ahli Kumpulan:

1. En. Shahrulnaz Norhazli bin NazriPegawai Zat MakananJabatan Kesihatan Negeri TerengganuCawangan Jabatan Kesihatan Negeri TerengganuBangunan Kuala Terengganu Bussiness Centre,Mukim Cabang Tiga,21100 Negeri Terengganu.Tel: 012- 327 7834Tel: 09- 622 6028 Faks: 09- 622 1385

2. Cik Teh Wai SiewPenolong Pengarah (Pemakanan)Bahagian PemakananKementerian Kesihatan MalaysiaAras 7, Blok E10, Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya .Tel: 012- 608 6626Tel: 03-8883 4092 Faks:03 – 8888 4647

3. Pn.Felecia Dora Tiongin LumbokPegawai KEMAS Daerah Pejabat KEMAS Daerah TuaranJabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri SabahKementerian Kemajuan Luarbandar Dan WilayahTel.: 088-787621,088-787610Faks: 088-787621

4. Pn, Marlina Binti MokhtarPenyelia Operasi 1Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri MelakaKementerian Kemajuan Luar Bandar Dan WilayahTingkat 5, Wisma PersekutuanJalan Hang Tuah75300 MelakaTel : 06-2823987Faks : 06-2835198

53