bab 5

11
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN Pelaksanaan kajian menghuraikan tindakan yang dijalankan secara terperinci. Kajian juga menceritakan apa yang berlaku semasa pelaksanaan. Di samping itu, teori juga boleh dikaitkan untuk menerangkan sesuatu situasi. Dalam perkembangan kajian tindakan, terdapat beberapa model atau skema yang dikemukan oleh beberapa pengkaji seperti John Elliot (1991), Dave Ebbutt (1985), Jack Whitehead (1988) dan Stephen Kemmis (1983). Setiap model yang dibina ini mengikut keperluan sesuatu kajian dan bagi meningkatkan mutu atau kualiti sesuatu kajian. Sehubungan itu, para pengkaji mempunyai kebebasan dalam memilih model kajian untuk diaplikasikan dalam kajian yang dilakukan. Saya telah memilih untuk menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1998) untuk dijadikan garis panduan kajian tindakan yang akan dijalankan ini kerana saya dapati model ini lebih ringkas dan mudah berbanding model-model lain.. Terdapat 4 fasa utama dalam model ini iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal bagi mengenalpasti isu atau masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat kedua pula ialah pengkaji merancang tindakan dengan menyediakan plan dan memikirkan intervensi bagi masalah yang dihadapi. Seterusnya, dalam peringkat ketiga, pengkaji perlu melaksanakan tindakan dan menjalankan pemerhatian ketika tindakan intervensi dijalankan. Akhir

Upload: alongysy

Post on 01-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pt

TRANSCRIPT

5

5.0PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Pelaksanaan kajian menghuraikan tindakan yang dijalankan secara terperinci. Kajian juga menceritakan apa yang berlaku semasa pelaksanaan. Di samping itu, teori juga boleh dikaitkan untuk menerangkan sesuatu situasi.

Dalam perkembangan kajian tindakan, terdapat beberapa model atau skema yang dikemukan oleh beberapa pengkaji seperti John Elliot (1991), Dave Ebbutt (1985), Jack Whitehead (1988) dan Stephen Kemmis (1983). Setiap model yang dibina ini mengikut keperluan sesuatu kajian dan bagi meningkatkan mutu atau kualiti sesuatu kajian. Sehubungan itu, para pengkaji mempunyai kebebasan dalam memilih model kajian untuk diaplikasikan dalam kajian yang dilakukan.

Saya telah memilih untuk menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1998) untuk dijadikan garis panduan kajian tindakan yang akan dijalankan ini kerana saya dapati model ini lebih ringkas dan mudah berbanding model-model lain.. Terdapat 4 fasa utama dalam model ini iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Proses kajian tindakan bermula dengan tinjauan awal bagi mengenalpasti isu atau masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat kedua pula ialah pengkaji merancang tindakan dengan menyediakan plan dan memikirkan intervensi bagi masalah yang dihadapi. Seterusnya, dalam peringkat ketiga, pengkaji perlu melaksanakan tindakan dan menjalankan pemerhatian ketika tindakan intervensi dijalankan. Akhir sekali pengkaji perlu mereflek kembali tindakan yang dijalankan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk tujuan penambahbaikan.

Selain itu, menurut Mc Taggart (dlm Othman, 2011) adalah bahaya kalau kita melihat kajian tindakan hanya sebagai satu prosedur yang mengikut gelung-gelung sahaja. Hal ini kerana kajian tindakan bukanlah sekadar satu prosedur tetapi merupakan komitmen pengkaji dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui amalan dan keadah yang digunakan. Rajah 1 menunjukkan secara terperinci Model Kemmis dan McTaggart

Mereflek

Berdasarkan Model Kemmis & McTaggart (1988) yang telah dipilih, saya telah membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran berkaitan topik operasi bahagi nombor bulat dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Saya juga telah menjalankan refleksi berdasarkan analisis terhadap buku latihan dan lembaran kerja murid. Berdasarkan analisis tersebut, saya telah mengenalpasti beberapa masalah. Antara masalah yang telah dikesan melalui tinjauan awal, mereka malas untuk menulis sifir di tepi bentuk lazim walaupun tidak menghafalnya. Selain itu, mereka juga cuai ketika menurunkan digit mengikut nilai tempat sewaktu melakukan operasi bahagi bentuk lazim. Masalah tersebut telah dikenal pasti dan dijadikan persoalan kajian bagi kajian tindakan ini. Merancang

Seterusnya saya telah merancang suatu pelan tindakan berdasarkan persoalan kajian yang telah dikenal pasti sebelum ini. Pelan tindakan ini bertujuan merancang kaedah untuk mengumpul data untuk dianalisis. Saya juga telah memilih empat orang murid yang dikenal pasti mempunyai masalah menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit dalam bentuk lazim untuk dijadikan sampel kajian. Selain itu, saya juga telah memilih untuk memperkenalkan kaedah Kaedah Tetulang sewaktu sesi intervensi yang dijalankan kepada pserta kajian. Segala perancangan bagi kajian tindakan ini telah dijalankan dengan teliti bagi menjamin kelancaran. Bertindak

Kemudian, saya bertindak melaksanakan kaedah Kaedah Tetulang kepada setiap responden kajian bagi melihat keberkesanan kaedah tersebut. Bagi memastikan responden kajian faham dengan sepenuhnya kaedah ini, sesi rawatan dibahagikan kepada enam sesi. Kaedah Tetulang telah diperkenalkan secara berperingkat dalam enam sesi intervensi kepada peserta kajian bagi membantu mereka membahagi nombor bulat dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Pemerhatian

Setelah itu, saya telah menjalankan pemerhatian tentang keberkesanan kaedah Kaedah Tetulang terhadap peserta kajian. Saya telah meneliti segala instrumen mengumpul data yang telah digunakan iaitu markah ujian sebelum dan selepas, analisis dokumen dan temu bual. Segala dapatan telah dianalisis dan dibuat kesimpulan berdasarkan persoalan kajian.Tindakan intervensi yang dirancang ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membahagi sebarang nombor hingga 100 000 dengan nombor satu digit menggunakan Kaedah Tetulang. Kaedah ini berbeza daripada algoritma pembahagian panjang yang telah murid pelajari dari Tahun 2. Pada peringkat permulaan, guru akan menyediakan petak Tetulang yang akan digunakan. Petak ini akan dicetak berwarna agar murid mudah faham dan tahu bahagian yang akan digunakan. Sifir juga akan dicetak secara berwarna agar murid tahu dan dapat membuat perkaitan antara petak Tetulang dan petak sifir.

5.1Pelaksanaan TindakanPelaksanaan kajian tindakan adalah menghuraikan tindakan yang dijalankan secara terperinci. Pelaksanaan kajian menceritakan proses yang perlu dilakukan sebagai panduan dalam pengumpulan data. Bagi meningkatkan cara saya dalam memastikan keberkesanan kajian ini, saya telah menggunakan prosedur yang sistematik. Prosedur tindakan bagi kajian ini adalah pemerhatian, ujian awal, memperkenalkan Kaedah Tetulang, menjalankan sesi intervensi dan akhir sekali mentadbir ujian akhir. Rajah 2 menunjukkan peringkat pelaksanaan tindakan dalam mengumpul data.

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat analisis pemerhatian terhadap buku latihan, soal selidik dan juga ujian diagnostik. Saya telah mengenalpasti beberapa kesilapan yang dialkukan oleh murid semasa menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran bahagi. Antara kesilapannya ialah ;

a.murid melakukan kesilapan sewaktu menulis sifir dan seterusnya melakukan kesilapan apabila ingin memilih faktor gandaan yang sesuai.

b.murid melakukan kesilapan sewaktu melakukan operasi penolakan dalam prosedur membahagi.

c.kesilapan menurunkan digit mengikut nilai tempat dan urutan yang betul.

Hasil semakan buku tulis atau kertas ujian diagnostik yang diberikan juga menunjukkan murid-murid tidak mengetahui nombor apakah yang sepatutnya diletakkan di tempat hasil bahagi ataupun nilai tempat yang sepatutnya digunakan. Saya juga mendapati murid melakukan kesilapan meletakkan hasil darab nombor untuk ditolak dengan nombor yang dibahagi walaupun sifir yang dibina telah betul. Selain itu, saya mendapati murid-murid mengalami kesukaran dalam menentukan prosedur yang mana sepatutnya dilakukan terlebih dahulu. Saya mendapati murid melakukan kesilapan dalam soalan yang melibatkan operasi bahagi adalah disebabkan murid itu tidak tahu sifir, tidak berhati-hati atau cuai di mana mereka membaca soalan dengan cepat dan sekali imbas sahaja, tidak menulis sifir di tempat yang sepatutnya atau tertinggal sifir dan tidak menguasai nilai tempat sa, puluh, ratus dan ribu.

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tinglaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sebelum kajian. Murid ini kurang memberi perhatian kepada soalan atau penerangan yang diberikan serta tidak berminat menjawab dengan bersungguh-sungguh. Kebanyakan daripada mereka hanya menanti untuk menyalin jawapan guru atau meniru jawapan rakan disebelah.

Semasa menjawab soalan ujian diagnostik, murid ini tiada inisiatif untuk mencuba. Mereka hanya melengah-lengah masa tanpa menjawab soalan yang diberikan. Berdasarkan temubual yang dibuat, mereka menyatakan tidak faham tentang operasi bahagi. Namun begitu, mereka tidak pernah merujuk kepada mana-mana guru untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas. Hasil temubual yang dibuat juga mendapati murid ini tidak mendapat galakan daripada keluarga. Murid perlu menguasai kemahiran membahagi dan ianya amat penting kerana akan diaplikasikan dalam topik-topik lain seperti peratus, masa dan waktu, ukuran panjang dan lain-lain. Oleh itu, sekiranya mereka tidak menguasai operasi bahagi, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Jika masalah ini tidak diatasi, maka prestasi mereka semakin rendah dan pencapaian meraka dalam peperiksaan amat lemah. Ini akan mempengaruhi prestasi Gred Purata Matapelajaran Matematik di sekolah saya untuk satu tempoh yang panjang. 5.2Cara pelaksanaan tindakan

Perkara pertama yang saya lakukan adalah perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah serta ketua panitia mata pelajaran dalam mesyuarat pembentukkan jawatankuasa. Saya akan menerangkan kepada jawatankuasa yang terlibat tentang perancangan saya, kelas yang terlibat serta kaedah yang akan digunakan. Saya juga akan menjalankan ujian pra untuk tajuk bahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit, membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid serta menyemak penguasaan sifir semua murid yang terlibat.

Pelaksanaan ujian pertama telah dijalankan kepada semua orang murid Tahun 4 Intelek. Ujian ini mengandungi 10 soalan bagi tajuk bahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit. Masa yang akan diperuntukkan adalah 30 minit. Soalan ujian ini disediakan dalam format soalan subjektif dan semua perlu dijawab secara individu. Saya telah menyemak ujian yang diberi dan membuat analisa bagi data yang diperolehi. Berdasarkan data yang diperolehi, saya telah menyenaraikan murid yang terlibat dalam sesi intervensi.

Sebelum memulakan sesi intervensi, saya memperuntukkan masa selama tujuh hari bagi membolehkan murid menghafal sifir dengan baik. Saya akan meminta murid menghafal sifir 2, 3, 4, dan 5 dalam masa dua hari. Sifir 6, 7, 8 dan 9 pula akan dihafal pada hari berikutnya. Penggunaan sifir sangat penting dalam operasi darab dan bahagi. Sekiranya murid telah menghafal semua sifir, mereka dapat menulis sifir dan menggunakannya sebagai rujukan semasa menyelesaikan soalan bahagi. Saya juga telah menerangkan kepada murid cara untuk mengaplikasikan sifir dalam operasi bahagi. Ini kerana saya mendapati, ada juga di kalangan murid yang telah menghafal sifir tetapi tidak dapat menyelesaikan soalan operasi bahagi sedangkan mereka boleh menjawab soalan pendaraban dengan baik

Tindakan intervensi akan dilaksanakan melalui bimbingan di dalam kelas iaitu di waktu akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tempoh pelaksanaannya ialah selama 15 minit bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi intervensi yang pertama, murid akan ditunjukkan dengan petak tetulang yang akan digunakan untuk menyelesaikan soalan bahagi. Guru juga akan memperkenalkan penggunaan setiap lajur dan baris pada petak tetulang. Guru akan menyediakan petak tetulang untuk sesi pertama hingga sesi keempat.

Pada sesi intervensi yang kedua, guru telah menunjukkan langkah pengiraan soalan operasi bahagi menggunakan petak tetulang. Semua murid yang terlibat telah menjawab tiga soalan sahaja. Namun begitu, setiap satu soalan perlu dijawab sebanyak tiga kali. Tujuan pengulangan ini adalah untuk memantapkan kefahaman murid tentang fungsi setiap baris dan lajur.

Semasa sesi intervensi ketiga, murid melakukan aktiviti secara berpasangan. Aktiviti dalam sesi intervensi ketiga ini adalah seperti mentor dan mentee. Pada peringkat awal, guru memeriksa latihan matematik yang dijawab. Namun, untuk soalan yang berikutnya, setiap pasangan saling menyemak jalan pengiraan antara satu dengan lain. Sekiranya salah seorang melakukan kesalahan, pasangannya membantu menunjukkan pengiraan yang betul, Sekiranya mereka masih tidak faham, pasangan tersebut boleh merujuk kepada guru.

Dalam sesi intervensi keempat, guru menyediakan 20 soalan yang telah digulung di dalam sebuah bekas. Murid memilih satu soalan dan menjawab dalam masa yang pantas. Setelah selesai membuat pengiraan, murid menyemak jawapan bersama guru. Sekiranya murid telah menjawab dengan betul, murid tersebut dibenarkan untuk memilih soalan yang kedua. Sesi intervensi keempat dijalankan seperti pertandingan. Murid yang berjaya menjawab soalan terbanyak dengan betul pada percubaan yang pertama menerima hadiah.

Murid membina sendiri petak tetulang untuk operasi bahagi dalam sesi intervensi kelima. Dalam sesi ini, murid menjawab soalan dengan membina petak tetulang pada buku latihan matematik. Fokus pada sesi ini adalah untuk melatih murid membina sendiri petak tetulang yang digunakan. Pada sesi yang keenam, murid membina sendiri petak tetulang pada sehelai kertas bersaiz A4. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada murid bagi membina petak tetulang operasi bahagi semasa menjawab soalan peperiksaan.

Setelah selesai semua enam sesi intervensi, semua murid ini telah diuji dengan satu set ujian pasca. Ia bertujuan untuk menguji kefahaman murid, serta keberkesanan kaedah yang digunakan. Guru membuat refleksi tentang kajian yang dibuat. Laporan keberkesanan kajian dibentang kepada jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

Rajah 4 Model Kemmis dan Mc Taggart ( 1998 )

Pemerhatian / Ujian Diagnostik

Ujian pertama

Sesi intervensi menggunakan Kaedah Tetulang dalam membahagi

Ujian Kedua

Rajah 5 Langkah-langkah pelaksanaan tindakan dalam mengumpul data