bab 4 struktur perniagaan

Upload: botohan

Post on 06-Jan-2016

259 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Struktur Perniagaan

Struktur PerniagaanBab 43 struktur perniagaanPerniagaan Tunggal (sole proprietorship)Syarikat Perkongsian(partnership) dan Syarikat Syarikat (corporation). Perniagaan Tunggal (sole proprietorship)Dimiliki & diurus oleh seorang individuTertakluk di bawah Akta pendaftaran Perniagaan 1956Dari sudut undang-undangm tiada perbezaan di antara pemilik & perniagaan

Boleh didaftar dengan Pendaftar Perniagaan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia, LHDN (Sarawak) dan Dewan Bandaraya / Majlis Daerah (Sabah)

Kelebihan Pemilikan TunggalMudah untuk ditubuhkantidak perlu formal dan kurang pembatasan di dalam menubuhkan syarikat. Tidak memerlukan kebenaran atau sedikit kebenaran dari kerajaan. Tidak mahal untuk ditubuhkanKeuntungan hak mutlak pemilikperniagaan tunggal tidak perlu berkongsi keuntunganMembuat keputusan dan mengawal tetap dalam tangan pemiliktidak perlu rakan untuk meminta nasihat di dalam menjalankan operasi perniagaanFleksibilitas (flexibility)pengurusan berupaya untuk menjawab dan membuat keputusan dengan cepat sebarang keperluan perniagaan seharianSecara relatif bebas dari kawalan kerajaanKerajaan kurang campur tangan dalam urusan perniagaan tunggalBebas dari dikenakan cukai perniagaan syarikatPerniagaan tunggal dikenakan cukai sebagai cukai individu bukan cukai perniagaan (cukai perniagaan 28%)KelemahanTanggungan tidak terhadindividu yang memiliki perniagaan tunggal bertanggungjawab sepenuhnya terhadap untuk perniagaan. Tanggungan ini meliputi kesemua harga/aset pemilik.Tidak mempunyai kesinambungansyarikat enterprise (tunggal) mungkin pincang atau ditamatkan perniagaan apabila pemilik sakit atau matiKurang modalselalunya syarikat enterprise mempunyai modal yang sikit jika dibandingkan dengan organisasi seperti Perkongsian dan SyarikatSukar memperolehi pinjaman jangka panjangOleh kerana enterpise bergantung kepada seorang pemilik, maka sukar untuk beliau memperolehi pinjaman jangka panjangPandangan dan pengalaman yang terhadoperasi bergantung kepada seorang individu maka kemampuan, latihan dan pengalaman akan menghadkan arah tuju dan skop perniagaanPerniagaan Perkongsian (Partnerships)Perniagaan Perkongsian Tertakluk di bawah Akta Perkongsian 1956Keahlian antara 2 hingga 30 orang, membuat perjanjian untuk berkongsi menjalankan perniagaan

Perjanjian perkongsian tidak semestinya bertulis. Namun begitu, perjanjian bertulus akan memudahkan penyelesaian jika berlaku perselisihan dalam penentuan hak terutama jika ada ahli yang meninggal dunia atau menarik diri daripada perkongsian

Maklumat yang dicatat dalam perjanjianNama, maksud, kedudukan (domicile)Berapa lama perjanjian itu berkuat kuasaCiri perkongsian (am atau terhad, aktif atau senyap)Sumbangan rakan kongsi (pada permulaan , pada tarikh belakangan)Pembahagian keuntungan dan kerugianGajiHak rakan kongsi untuk kesinambunganKematian rakan kongsi (pembubaran dan ditamatkan)Melepaskan dari hutangPerbelanjaan perniagaan (kaedah menguruskannya)Maklumat yang dicatat dalam perjanjianHutang terpisah (seperate debts)Kuasa/Hak (kuasa individu rakan perkongsian di dalam melakukan perniagaan)Buku, rekod dan cara membuat membuat kira-kiraMenjual kepentingan pengkongsianUsaha perantaraan (arbittration)Penyelesaian dari pembantahanTambahan, penukaran atau perubahan terhadap pengkongsianPerbuatan yang diperlukan dan dilarangKekurangan dan kelemahanPengurusan kakitangan

Kelebihan PerkongsianMudah untuk ditubuhkanPeraturan undang-undang dan perbelanjaan adalah sedikit jika dibandingkan dengan enterprise atau Syarikat.Ganjaran Secara langsungRakan kongsi memberi rangsangan (motivasi) dengan memberi sepenuh tenaga mereka dengan cara berkongsi keuntunganMemudahkan Perkembangan dan Kemajuan Dalam perkongsian, adalah berkemungkinan untuk memperolehi modal dan kepakaran tambahan berbanding dengan perniagaan tunggalFleksibelPerkongsian selalunya berupaya untuk memberi maklum balas dan keputusan dengan pantas untuk keperluan perniagaanSecara relatif bebas dari kawalan dan peraturan kerajaanCampur tangan kerajaan adalah sangat sedikit dalam operasi perkongsianKemungkinan keuntungan CukaiKebanyakkan rakan kongsi membayar cukai sebagai cukai individu, dengan ini mereka terlepas dari cukai perniagaan yang tinggiKelemahan Perkongsian

Tanggungan tidak terhad sekurang-kurangnya seorang rakan kongsiMeskipun sebahagian rakan kongsi mempunyai tanggungan yang terhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi am akan mempunyai tangunggan tidak terhad

Tidak mempunyai kesinambunganSekiranya ada rakan kongsi yang mati, gila atau mengundur diri dari perniagaan, perjanjian perkongsian tamat dengan sendirinya. Walau bagaimanapun operasi perniagaan boleh berjalan seperti biasa kerana rakan kongsi lain boleh mengambil rakan kongsi baruSecara relatif sukar memperolehi modal yang besarKebanyakkan perkongsian menghadapi masalah untuk memperolehi modal yang besar terutama apabila melibatkan pinjaman jangka panjang. Selalunya harga kekayaan rakan kongsi menentukan jumlah modal perkongsian yang boleh dikenalkan terutama semasa perniagaan dimulaiDibatasi perbuatan seorang rakan kongsiRakan kongsi am boleh melakukan kontrak dan tanggungan boleh dibuktikan mendatangkan bencana kepada perniagaan secara amnya dan kepada rakan kongsi lainKesukaran membuang kepentingan rakan kongsiUntuk membeli kepentingan rakan kongsi adalah sukar kecuali aturan khusus di dalam perjanjian ada tercatatSyarikat (Corporation)Syarikat adalah an artificial being, invisible, intangible and existing only in contemplation of law (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819). Dengan demikian, Syarikat (corporation) adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap individu yang menjadi pemiliknya.

Di Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini menjadi undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini disahkan pada April 15 1966 dan diubah beberapa kali pada tahun 1969. 1971, 1985, 1986 dan terakhir pada tahun 1987. Akta ini berdasarkan kepada undang-undang syarikat yang disahkan di Australia dan di United Kingdom.

Ciri-ciri Syarikat

Hak dan TanggungjawabSyarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kepemilikan terhadap modal dan tindakan undang-undang terhadap yang lain atau sebaliknya. Walau bagaimanapun Syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu itu sendiri. Apa saja tindakan yang diambil dilakukan oleh agen perlaksana. Jangka Hayat (life span)Jangka hayat Syarikat tiadak bergantung kepada ahli-ahli. Syarikat akan diteruskan walaupun terdapat ahli yang mati atau keluar dari Syarikat. Syarikat boleh ditamatkan sekiranya semua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.

Ciri-ciri SyarikatTanggungan/liabiliti (liabilities)Tanggungan setiap ahli di dalam Syarikat adalah terhad kepada jumlah saham yang dilanggan (dimiliki). Ahli-ahli (members)Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang adalah penduduk tetap Malaysia. Dua ahli ini mestilah bertindak sebagai direktor dan menjadi orang penting dalam Syarikat. Jenis-jenis Syarikat

Terdapat dua jenis Syarikat 1. Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share) Syarikat Sendirian Berhad Tanggungan ahli terhad kepada jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

2. Syarikat Terhad oleh Jaminan (Corporation Limited by Guarantee)

Tanggungan ahli adalah terhad berdasarkan jumlah tertentu yang telah dipersetujui oleh semua ahli seperti yang tercatat di dalam memorandum perkongsian. Syarikat jenis ini selalu ditubuhkan untuk tujuan menganjur atau menaja aktiviti riadah, hiburan, memajukan industri, seni, sains, agama dan sebagainya yang penting untuk masyarakat.Sekiranya Syarikat ini memperolehi keuntungan, kesemua keuntungan tidak boleh dibahagikan kepada ahli-ahli, tetapi akan dimasukkan semula pelaburan tambahan untuk mencapai visi dan matlamat, Syarikat ini bukan semata-semata untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh: Syarikat jenis amanah, tabung dan kebajikan yang bertujuan membantu mereka yang miskin, memberi biasiswa kepada pelajar miskin atau membina hospital untuk orang yang tidak bernasib baik.

Ciri-ciri Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)Syarikat mesti mempunyai modal berkongsi dan boleh dikategori kepada tiga kategori seperti berikut:Syarikat Sendirian (Private Corporation) Sendirian BerhadSyarikat Awam (Public Corporation)Syarikat Asing (Foreign Corporation)

Syarikat SwastaKebanyakkan syarikat atau Syarikat terbentuk sama ada usahawan kecil atau besar adalah dari jenis Syarikat Terbatas oleh Saham. Syarikat boleh dikategori sebagai Syarikat Swasta (Private Company) atau Sendirian Berhad (Private Limited Company) sekiranya mereka mengikut peraturan di bawah:Jumlah ahli tidak kurang dari 2 dan tidak lebih dari 50 ahli dalam sesuatu masa.Syarikat atau syarikat tidak dibenarkan untuk menjual saham kepada masyarakat umum.Masyarakat umum tidak dibenarkan menyimpan wang dengan Syarikat untuk masa tertentu.Syarikat atau syarikat mesti mempunyai ayat Sdn. Bhd. atau Sendirian Berhad dihujung nama syarikat tersebut.

syarikat Sendirian Berhad perlu mempunyai perkara-perkara seperti di bawah:Setiausaha Syarikat (Company Secretary)Auditor Syarikat (Company Auditor)Cap (mohor) Syarikat (Corporation Seal)Peguam (Attorney) Memorandum Perkongsian (Memorandum of Association)Artikel Perkongsian (Articles of Association)Saham (Capital Share)Lembaga Pengarah (Board of Directors)Pemegang SahamPejabat berdaftar (Registered Office)

Kelebihan SyarikatTanggungan TerhadPemegang saham mempunyai tanggunan yang terhad bergantung kepada pelaburan mereka. Pemindahan Hak milikPemilikan boleh dipindahkan melalui penjualan saham kepada pembeli yang berminat dengan izin syarikatJangka hayat tidak terhadSyarikat mempunyai jangka hayat yang terpisah dan bebas dari pemilik, boleh beroperasi dalam jangka masa yang tidak terhadMudah memperolehi modal yang besarModal boleh diperolehi dengan mendapatkan pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset perniagaan atau jaminan peribadi dari pemegang saham majoriti.Meningkatkan kemampuan dan kemahiranBerupaya menarik banyak individu kemampuan dan berkemahiran, dari barisan pemegang saham utama sehingga kepada pengurus profesional di dalam syarikat.Kelemahan SyarikatAktivit TerhadAkitiviti syarikat adalah terhad kepada piagam dan pelbagai undang-undangPerwakilan tidak mencukupiPemegang saham majoriti di dalam syarikat akan berkuasa (outvotes) terhadap pemegang saham yang kecilPeraturanPeraturan kerajaan yang banyak dan laporan diperlukan oleh agensi tempatan dan kerajaan selalunya memberi kesan yang besar terhadap kertas kerja dan birokrasi.Perbelanjaan OrganisasiSejumlah besar wang diperlukan untuk menubuhkan syarikat. Cukai Dua KaliCukai pendapatan dikena kepada keuntungan syarikat dan pendapatan individu serta dividen yang diperolehi.Sumber Modal Simpanan PeribadiKeluarga dan Kawan-kawanAkaun PersaraanBank dan Institusi Kewangan LainPinjaman KerajaanPenawaran Saham