bab 3 perniagaan antarabangsa

51
1 BAB 3 BAB 3 PERNIAGAAN ANTARABANGSA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Upload: ikinarif

Post on 11-Jun-2015

23.620 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 perniagaan antarabangsa

11

BAB 3BAB 3PERNIAGAAN ANTARABANGSAPERNIAGAAN ANTARABANGSA

Page 2: Bab 3 perniagaan antarabangsa

22

3.03.0 PERNIAGAAN ANTARABANGSAPERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.1 DEFINISI DAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARA BANGSAa. Definisi Perniagaan Antarabangsab. Peranan Perniagaan Antarabangsa

3.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSA

3.3 KONSEP DAN CABARAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSAa. Konsep Perniagaan Antarabangsab. Cabaran Syarikat Multinasional

3.4 GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGANa. Galakan Perdagangan Antarabangsab. Sekatan-Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Page 3: Bab 3 perniagaan antarabangsa

33

3.13.1 DEFINISI DAN PERANAN DEFINISI DAN PERANAN PERDAGANGANPERDAGANGAN ANTARABANGSAANTARABANGSA

a. Definisi Perniagaan Antarabangsab. Peranan Perniagaan Antarabangsa

• Tukaran Asing• Pasaran Luas• Guna Tenaga• Pemindahan Teknologi• Sumbangan Kepada Ekonomi Tempatan

Page 4: Bab 3 perniagaan antarabangsa

44

a.a. DEFINISI PABDEFINISI PAB

- Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan yang melampaui sempadan politik sesebuah negara

- Perniagaan yang melibatkan operasi menyeberangi sempadan negara dengan bermatlamatkan keuntungan.

- kegiatan perniagaan di antara individu, organisasi, atau kerajaan sebuah negara dengan negara lain

- urusniaga pergerakan barang, perkhidmatan hakcipta, paten, tanda perdagangan, pelaburan modal, pemindahan teknologi, kakitangan, maklumat atau data dan juga penyeliaan pekerja

Page 5: Bab 3 perniagaan antarabangsa

55

SEBAB BERLAKUNYA PABSEBAB BERLAKUNYA PAB

- perbezaan faktor pengeluaran- perbezaan iklim- pengkhususan yang berbeza- perbezaan citarasa- perbezaan tingkat teknologi- peningkatan taraf hidup

Page 6: Bab 3 perniagaan antarabangsa

66

b.b. PERANAN PERNIAGAAN PERANAN PERNIAGAAN ANTARABANGSAANTARABANGSA

Kadar Tukaran Asing• Mendapat banyak kadar tukaran asing seperti US$, pound,

maka ekonomi negara jadi kukuh.• Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan

nilai matawang sebuah negara yang lain. Peningkatan masuk tukaran asing akan menambahkan pendapatan negara.

Pasaran Luas• Menawarkan pasaran-pasaran baru kepada perniagaan

tempatan• Meluaskan pasaran bagi produk sehingga keluar negara bagi

produk yang mengalami lebihan dalam negara. Pengeluaran besar-besaran

• Pelbagai aktiviti dijalankan, keuntungan bertambah• Memanjangkan jangka hayat produk

Guna Tenaga• Mewujudkan peluang pekerjaan di dalam dan di luar negara• Mobiliti faktor-faktor pengeluaran• Meningkatkan taraf hidup.

Page 7: Bab 3 perniagaan antarabangsa

77

Pemindahan teknologi• Menerima pemindahan teknologi dari luar negara,

kepakaran dan kemahiran• Mengeratkan hubungan dua hala dan pelbagai hala.

Sumbangan kepada ekonomi negara• Kemasukan firma luar menyebabkan peluang pekerjaan

kepada penduduk tempatan (mengurangkan kadar pengangguran), banyak kegiatan ekonomi yang baru boleh diwujudkan seterusnya meningkatkan pendapatan negara

Page 8: Bab 3 perniagaan antarabangsa

88

3.23.2 JENIS-JENIS PERNIAGAAN JENIS-JENIS PERNIAGAAN ANTARABANGSAANTARABANGSA

a. Import (barangan dan perkhidmatan)b. Eksport (barangan dan perkhidmatan)c. Perlesenand. Francaise. Usahasamaf. Kontrak Pengeluarang. Pelaburan Langsung

Page 9: Bab 3 perniagaan antarabangsa

99

a.a. IMPORT (BARANGAN DAN IMPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)PERKHIDMATAN)

• Aktiviti pembelian barangan dan perkhidmatan dari negara luar dan dibawa masuk untuk kegunaan dalam negara oleh individu atau organisasi

• Import terbahagi kepada dua :– secara langsung melalui ejen asing atau wakil

penjual– tidak langsung menerusi ejen tempatan yang

bertindak sebagai perantara firma dengan pelanggan asingContoh :

Buah kurma diimport dari negara-negara Arab Saudi semasa bulan

Ramadhan

Page 10: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1010

b. EKSPORT (BARANGAN DAN b. EKSPORT (BARANGAN DAN PERKHIDMATAN)PERKHIDMATAN)

• Aktiviti penjualan barangan dan perkhidmatan ke luar negara kepada pembeli individu atau organisasi di negara asing

• Pasaran tempatan sudah tepu, barangan berlebihan dalam pasaran domestik bagi mengelakkan pembaziran dan kerugian kepada syarikat

• Eksport terbahagi kepada dua :- secara langsung melalui wakil penjual atau ejen asing- tidak langsung menerusi ejen tempatan yang bertindak

sebagai perantara firma dengan pelanggan asing

Contoh :Malaysia mengeksport minyak sawit bertapis ke Amerika

Syarikat

Page 11: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1111

c.c. PELESENANPELESENAN• Pemberian hak dan kebenaran kepada sesebuah syarikat

di negara asing untuk mengeluar atau memasar atau kedua-dua sekali sesuatu jenama produknya (pemberi lesen) di pasaran tempatan

• Sesuai apabila kitaran hayat produk mencapai kematangan di pasaran tempatan

• Contoh-contoh perlesenan: jenama, formula, paten, mengedar, mengeluar, trade mark, proses, hakcipta, program dan lain-lain.

d.d. FRANCAISFRANCAIS

• Pemberian satu pakej di mana francaisi dibenar mengguna tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, prinsip-prinsip pengoperasian atau pengurusan syarikat, peraturan pengurusan dan khidmat nasihat dalam segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan syarikat daripada francaisor.

Contoh : McDonald’s, KFC, IKEA, BONIA, EON

Page 12: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1212

e.e. USAHASAMAUSAHASAMA

• gabungan beberapa syarikat antarabangsa menjalankan perniagaan yang bermotifkan keuntungan serta mencapai misi tertentu.

• usahasama membolehkan syarikat asing mendapat pengalaman dan menembusi pasaran di negara lain dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber syarikat tempatan

• boleh terdiri dalam bentuk pelesenan, kontrak pengurusan, pemilikan minoriti dalam syarikat atau kontrak jangka panjang berdasarkan perjanjian tertentu

Contoh : Sony Ericson, Pepsi Cola

Page 13: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1313

• melalui perjanjian perlesenan, pemberi lesen memberi kebenaran kepada penerima kontrak seperti paten, tanda perniagaan, teknologi, penggunaan jenama, spesifikasi kepada firma penerima kontrak untuk membuat, mengeluar/menjual produk

• strategi memasuki pasaran berisiko/halangan/sekatan ketat

• Kebiasaannya syarikat pemberi kontrak akan membeli semula komponen atau produk yang dikeluarkan oleh penerima kontrak

• Cth, Boeing memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat untuk membina komponen-komponen kapal terbangnya

f. KONTRAK PENGELUARAN

Page 14: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1414

g.g. Pelaburan langsungPelaburan langsung

• Merupakan aktiviti pelaburan dari luar negara ke dalam sesebuah negara tertentu dan membolehkan pelabur tersebut mengawal terhadap aset-aset yang dimiliki di negara berkenaan.

• 2 jenis pelaburan langsung ialah;– Greenfield:

• memulakan pelaburan dengan mengadakan peralatan atau kemudahan baru atau menambahkan bilangan yang sedia ada. Kaedah ini merupakan sasaran utama usaha-usaha promosi negara hos (tuan rumah yang menerima pelaburan,) untuk mewujudkan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta boleh memberikan peluang / laluan ke arah pasaran global. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara membangun.

Page 15: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1515

– Mergers and Acquisitions (Penggabungan dan Pengambilalihan):

• Terjadi apabila aset-aset dari negara asal dipindahkan ke negara luar. Penggabungan dengan syarikat dari negara luar berlaku apabila aset-aset dan operasi dari sesebuah negara digabungkan untuk menubuhkan satu entiti perniagaan yang baru.Pengambilalihan merentasi sempadan berlaku apabila kawalan ke atas aset dan operasi dipindahkan dari syarikat tempatan kepada syarikat dari negara luar. Biasanya ini adalah kaedah melabur di negara-negara maju.

Page 16: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1616

3.33.3 KONSEP DAN CABARANKONSEP DAN CABARAN DALAM DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSAPERNIAGAAN ANTARABANGSA

a. Konsep Perniagaan Antarabangsa• Globalisasi• Pasaran Menimbul (Emerging Market)• Nasionalisasi• Lokalisasi• Glokalisasi

Page 17: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1717

i.i. GLOBALISASIGLOBALISASI

• Ialah inisiatif perniagaan yang berdasarkan kepercayaan bahawa dunia sekarang semakin bergerak ke arah menjadi satu pasaran yang homogen atau pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran

• Pengurangan bermakna dalam sempadan domestik, penambahan pertukaran dalam perniagaan, pengembangan teknologi maklumat, aliran kewangan merentasi sempadan dan pemindahan budaya

Page 18: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1818

• pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia di samping membangunkan standard produk dan pemasaran

• Ekonomi global yang kompetitif tanpa sempadan.• Sempadan dihapuskan dengan sistem telekomunikasi

dan pengangkutan.• Barangan pengguna bersifat universal dari segi nilai dan

permintaan.• Pengguna tidak memilih negara pengeluar tetapi

mementingkan kualiti, harga, reka bentuk, nilai dan cita rasa.

Page 19: Bab 3 perniagaan antarabangsa

1919

• sebuah negara yang berusaha untuk berubah dan memperbaiki sektor ekonominya dengan tujuan mempertingkatkan prestasi seimbang dengan negara-negara yang lebih maju di dunia melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.

• bank dunia klasifikasikan ekonomi yang keluaran negara kasar per kapita $9,656 & ke atas sebagai negara berpendapatan tinggi

• Contoh negara pasaran menimbul sehingga 2004, terdapat 43 buah negara seperti Vietnam, China, India, Argentina, Mexico dan lain-lain.

• pasaran menimbul tidak semestinya miskin @ kecil• pasaran menimbul adalah penerima pelbagai program

sokongan kewangan antarabangsa untuk tingkatkan taraf ekonomi contoh: Bantuan dari IMF

• pasaran menimbul juga telah membentuk kumpulan niaga sesama mereka contoh: Mercosur (the southern cone common market)

ii.ii. PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)PASARAN MENIMBUL (EMERGING MARKET)

Page 20: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2020

iii.iii.NASIONALISASINASIONALISASI• merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan

mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing & menjadikan firma tersebut sebagai milik negara

• jenis nasionalisasi termasuklah: expropriation

• pampasan diberi confiscation

• tidak ada pampasan

iv.iv. LOKALISASILOKALISASI• satu bentuk strategi yang biasa digunakan oleh syarikat

multinasional untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan negara tempatan

• mengambil kira soal-soal tempatan seperti kebudayaan , citarasa, bahasa, penggunaan modal, bahan mentah dan tanggapan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan. Contoh Mc Donald tidak menawarkan Beef Burger di India.

Page 21: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2121

v.v. GLOKALISASIGLOKALISASI

• Merujuk kepada penciptaan atau pengedaran produk untuk pasaran global tetapi disesuaikan untuk menepati undang-undang atau budaya setempat pasaran yang dimasuki.

• Gabungan daripada globalisasi dan lokalisasi.• Mengeluarkan dan mengedarkan produk global dan

disesuaikan untuk pasaran tempatan mengikut undang dan budaya sesebuah negara. Contohnya Pizza Hut menyediakan pizza perisa mengikut selera tempatan.

• Menggunakan teknologi komunikasi elektronik seperti internet untuk menyediakan perkhidmatan tempatan yang berbentuk global.

Page 22: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2222

b. Cabaran Syarikat Multinasional• Struktur dan Kawalan• Politik dan Undang-Undang• Ekonomi• Sosiobudaya dan Pengurusan

Rentas Budaya• Perubahan Teknologi• Pasaran Kewangan

Page 23: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2323

SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)SYARIKAT MULTINASIONAL (SMN)

• Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi.

• Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan produk baru di pasaran yang mereka masuki.

• Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia.

Contoh : Coca Cola, Tesco, Sony, Nestle, Hyundai

Page 24: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2424

b.b. CABARAN SYARIKAT MULTINASIONALCABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

i. STRUKTUR DAN KAWALAN – Struktur: Merujuk kepada struktur organisasi yang akan

diubahsuai mengikut cara sesebuah organisasi itu beroperasi di tempat yang berbeza

– Kawalan: cara kawalan yang asas mewujudkan objektif kawalan, mengadakan piawai pengukuran dan penilaian mengikut keperluan setempat termasuk sosiobudaya, keadaan ekonomi, politik dan undang-undang dsb.

– harus membuat perubahan mengikut keadaan semasa sesuatu negara supaya operasi dapat berjalan dengan lancar.

– antara masalah yang mementingkan penstrukturan:• konflik antara bahagian-bahagian berkenaan bidang kuasa• kegagalan operasi asing dari segi perancangan & jangkaan• kurang kawalan kewangan ke atas operasi luar negara• pertindanan tugas di kalangan kaki tangan• kemudahan pengeluaran tidak dioptimumkan• pertindihan tugas antara pejabat jualan dengan jurujual di

sesuatu kawasan • pertambahan dalam bilangan pengedar • rungutan pelanggan ke atas perkhidmatan operasi di luar

negara

Page 25: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2525

- Pemilihan struktur organisasi yang sesuai adalah penting kerana ianya merupakan satu bentuk mekanisma kawalan yang utama.

- Kepentingan aktiviti kawalan :• Menjamin operasi berjalan dengan lancar• Mengelakkan kerugian dan mengukur

kejayaan sesuatu perancangan.

Page 26: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2626

– Pendekatan kawalan yang diamalkan boleh diperolehi dengan:

• Centralization ( pemusatan kuasa ) - aktiviti dikawal selia oleh ibu pejabat (menegak)

– Lambat, tak serasi dengan budaya negara lain

• Decentralization ( pemencaran ) - anak syarikat bebas bertindak mengikut

kesesuaian persekitaran (mendatar)

– Sukar dikawal

Page 27: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2727

ii.ii. POLITIK DAN UNDANG-UNDANGPOLITIK DAN UNDANG-UNDANG

• berlaku semasa campurtangan oleh kerajaan tuan rumah untuk jaga kepentingan negara

• polisi & undang-undang bercanggah dengan negara asal

• untuk mengawal persaingan dengan syarikat domestik negara asal

• paksaan untuk menjayakan program tempatan• syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan

mentah tempatan• penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi

(sebahagian % disyaratkan dilabur semula)• peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif

disebabkan prosedur)• dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan• cukai korporat yang tinggi

Page 28: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2828

iii.iii. EKONOMIEKONOMI

• persaingan dengan syarikat tempatan oleh syarikat multinasional boleh menjejaskan ekonomi tempatan; maka sekatan dibuat

• kawalan ke atas import; duti import yang tinggi• boleh jejaskan imbangan perdagangan tempatan; jadi

sekatan dalam aktiviti pelaburan langsung• kes bagi SMN untuk keluar dari sesuatu negara kerana

nilai pelaburan yang banyak• kemerosotan ekonomi (kawalan aliran keluar matawang)

Page 29: Bab 3 perniagaan antarabangsa

2929

• Sosiobudaya: kombinasi lebih daripada dua budaya yang berlainan

• Pengurusan rentas budaya: merujuk kepada aspek-aspek perbezaan dalam budaya dan kerumitan dalam pengurusan yang disebabkan oleh latarbelakang budaya yang berlainan

• kesukaran dalam mengadaptasikan sesuatu budaya yang bukan menjadi kebiasaan diri

• konflik antara budaya SMN dengan pekerja tempatan• masalah komunikasi• penjejasan identiti negara (penjajahan budaya)

iv.iv. SOSIOBUDAYA DAN SOSIOBUDAYA DAN PENGURUSAN RENTAS BUDAYAPENGURUSAN RENTAS BUDAYA

Page 30: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3030

v.v. PERUBAHAN TEKNOLOGIPERUBAHAN TEKNOLOGI • pengimportan teknologi memakan belanja yang banyak

(dari negara asal)• hak cipta (teknologi ditiru)• masalah dalam mengikuti perubahan semasa (teknologi

maklumat)

vi.vi. PASARAN KEWANGANPASARAN KEWANGAN

• Pasaran kewangan dapat mempengaruhi kadar tukaran mata wang

• Kadar tukaran mata wang – kadar yang digunakan untuk menukarkan mata wang sesebuah negara ke dalam mata wang negara lain

• Kadar tukaran mata wang boleh memberi kesan kepada permintaan barangan dan perkhidmatan sesebuah negara

• Campurtangan kerajaan sesebuah negara dlm menetapkan nilai mata wang negaranya, cth: Malaysia mengikat nilai Ringgit dengan Dollar Amerika semasa krisis ekonomi 1997

Page 31: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3131

3.43.4 GALAKAN DAN SEKATAN GALAKAN DAN SEKATAN PERDAGANGAN PERDAGANGAN

a) Galakan Perdagangan Antarabangsa- pemasaran antarabangsa- blok dan organisasi PAB- kemudahan PAB- dagangan balas- lain-lain galakan kerajaan

b) Sekatan- sekatan Perdagangan Antarabangsa- tarif- bukan tarif

Page 32: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3232

aa. . GALAKAN PERDAGANGAN GALAKAN PERDAGANGAN ANTARABANGSAANTARABANGSA

i. Pemasaran Antarabangsa• Pemasaran ialah proses perancangan dan

perlaksanaan konsep, perletakan harga, promosi dan pengedaran produk untuk mewujudkan pertukaran yang boleh memuaskan individu dan organisasi yang melampaui sempadan politik sesebuah negara.

• Pemasaran antarabangsa ialah aktiviti-aktiviti pemasaran yang dijalankan di peringkat antarabangsa.

• Menjalankan pemasaran peringkat antarabangsa adalah lebih rumit kerana wujud perbezaan dari aspek :• Ekonomi• Politik dan Undang-Undang• Budaya dan adat resam• Agama

Page 33: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3333

MATRADEMATRADE

– The Malaysia External Trade Development Corporation @ Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

– Ditubuhkan pada tahun I Mac 1993 di bawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa.

– Merupakan satu agensi promosi perdagangan luar negara.

Page 34: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3434

Peranan MATRADEPeranan MATRADE

• Memperkenalkan, mewujudkan dan membangunkan perdagangan luar negara dengan penekanan kepada eksport barangan siap dan separuh siap

• Merangka dan melaksanakan strategi pemasaran• Menyediakan sistem maklumat pasaran yang

menyeluruh• Memastikan keupayaan bersaing di peringkat

antarabangsa bagi keluaran Malaysia• Menasihati kerajaan kepada perkara yang berkaitan

dan bertindak sebagai agen kepada kerajaan, individu atau organisasi berkaitan perdagangan luar negara.

• Membangunkan, mempromosikan dan memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan perdagangan.

• Mewakili Malaysia dalam forum antarabangsa berkaitan dengan perdagangan.

Page 35: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3535

ii. ii. Blok Perdagangan AntarabangsaBlok Perdagangan Antarabangsa

– WTO (World Trade Organization)• Sebelum ini dikenali sebagai GATT (General Agreement

on Tariffs and Trade)• Objektif penubuhan ialah untuk meliberalisasikan

perdagangan dengan menghapuskan tarif, subsidi, kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.

• Ditubuhkan pada 1947 dengan anggota seramai 19 buah negara dan meningkat menjadi lebih 140 negara (2006).

• Pengurangan tarif dilakukan dengan berperingkat-peringkat menerusi pusingan rundingan bermula pada 1986 hingga 1993

• Setiap pusingan akan membincangkan pengurangan tarif.

Page 36: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3636

- AFTA (ASEAN Free Trade Area/Kawasan Perdagangan Bebas)

• Keputusan penubuhan sewaktu Sidang Kemuncak Ke 4 ASEAN pada 1992.

• Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN pada September 1994 bersetuju pelaksanaan sepenuhnya pada 2008 dipercepatkan kepada 2003 secara berperingkat-peringkat.

• Tujuan penubuhan• Meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN dengan

melaksanakan pasaran bebas• Pasaran bebas - ini bermaksud barangan ASEAN boleh

menembusi pasaran negara anggota tanpa sebarang tarif @ tarif yang minimum iaitu 0 hingga 5%

• Meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing dan memenuhi pasaran global

Page 37: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3737

- NAFTA (North America Free Trade Agreement Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara)

• Pada 1988 perjanjian perdagangan bebas antara AS dan Kanada di tandatangani dan mula beroperasi pada 1 Jan 1989

• Dianggotai Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico

• Tujuan: • Hapuskan halangan tarif dikalangan negara

anggota menjelang 1989• Pada 1991 A.S. Kanada dan Mexico

mengadakan rundingan untuk tubuhkan NAFTA• 1 Jan 1994 NAFTA dikuatkuasakan

Page 38: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3838

• EC (European Community/Kesatuan Eropah)– Awalnya dikenali European Economic Community (EEC)

dalam perjanjian Rome.– Pada 1967 dikenali sebagai EC hasil gabungan antara

European Coal and Steel Community (ECSC), European Atomic Energy Community (EURATOM) dan EEC

– Pada I Jan 1994 menerusi Perjanjian Maastricht EC telah ditukar namanya kepada European Union (EU)

– Dianggotai oleh Belgium, Perancis, Italy, Luxemburg, Belanda, German, Denmark, Ireland, UK, Greek, Sepanyol dan Portugal.

– Menerusi perjanjian ini 4 elemen yang digariskan ialah:a. Mewujudkan satu matawang tunggal b. Polisi pertahanan dan hal ehwal negara yang

seragamc. Satu kerakyatand. Parlimen EU yang berkuasa

Page 39: Bab 3 perniagaan antarabangsa

3939

• APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik)

– Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia.– Negara anggota: ASEAN, A.S., Kanada, Mexico,

Chile, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong dan Papua New Guinea.

– Tujuan penubuhan : Memajukan perdagangan bebas, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara negara anggota.

Page 40: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4040

• ASEAN (Association of Southeast Asia Nation)Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan anggota terdiri daripada negara-negara ASEAN.Dianggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, laos, Myanmar, Vietnam dan KembojaTujuan Penubuhan:– Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kemajuan

sosial dan perkembangan budaya di rantau Asia Tenggara

– Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik– Menyediakan bantuan antara satu sama lain– Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota

melalui kerjasama dalam pertanian, perusahaan dan perdagangan.

– Mengadakan hubungan yang erat dan menguntungkan dengan persatuan antarabangsa dan serantau.

– Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya teknikal, saintifik dan pentadbiran.

– Menggembleng tenaga untuk memanfaatkan bidang industri dan pertanian serantau dan memperluaskan aktiviti perdagangan.

Page 41: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4141

a) ZON PERDAGANGAN BEBAS – Dibentuk untuk memudahkan urusan perniagaan

antarabangsa dengan menyediakan kemudahan dan pelbagai insentif.

Contoh di Malaysia:- AFTA: Membentuk kawasan perdagangan bebas

utk pemprosesan pertanian dan barangan pertanian seperti pengurangan tariff dari 0 hingga 5% cth: AFTA

iii. Kemudahan PABiii. Kemudahan PAB

Page 42: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4242

b) MSC (Multimedia Super Corridor/Koridor Raya Multimedia)

- Merupakan satu tempat di mana syarikat-syarikat di seluruh dunia berkumpul untuk menguji teknologi-teknologi mereka dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.– Merupakan satu strategi untuk mencapai wawasan 2020– Bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan rekacipta

teknologi moden dan mempercepatkan pemindahan teknologi.

– Meliputi kawasan seluas 50 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar bermula dari KLCC hingga KLIA.

– Mengandungi 2 buah bandar pintar (Smart City) iaitu Putrajaya yang akan menjadi pusat pentadbiran baru. Cyberjaya yang akan menempatkan industri

multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan, Universiti Multimedia dan ibu pejabat syarikat-syarikat multinasional.

Page 43: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4343

- Fungsi MSC:

- Menarik syarikat bertaraf dunia dan berasaskan teknologi ke Malaysia dan seterusnya membangunkan industri tempatan

- Menawarkan persekitaran yang produktif dan baik supaya rangkaian nilai multimedia berbentuk barangan dan perkhidmatan dapat dikeluarkan dan disalurkan ke selruh dunia

- Membentuk sebuah kawasan yang cemerlang dengan keupayaan spesifik multimedia, teknologi, infrastruktur, pembentukan undang-undang, polisi dan sistem bagi mencapai kelebihan bersaing.

- Tempat untuk mereka cipta baru dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi multimedia.

- Membawa seluruh masyarakat ke era teknologi maklumat

- Membentuk dunia era baru dengan kemudahan rumah bestari, bandar bestari, sekolah bestari, kad bestari dan rakan kongsi bestari.

Page 44: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4444

iv. Dagangan Balas

– Urusniaga tukar barang dimana pengeksport menerima keseluruhan atau sebahagian pertukaran dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport

– Contoh: Perdagangan antara Malaysia dan India dimana Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit ke India sementara India membayar dalam bentuk wang dan tekstil

Page 45: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4545

v. Lain – lain Galakan Kerajaanv. Lain – lain Galakan Kerajaan

• GALAKAN CUKAI– Contoh: elaun cukai pelaburan – Insentif ini menyediakan elaun pelaburan sehingga

60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun• PENGECUALIAN CUKAI

– Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

– Contoh: pengecualian cukai terhadap pendapatan dari royalti.

• PEMBIAYAAN EKSPORT– Contoh: Skim pembiayaan semula kredit eksport– Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport

untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual secara kredit

Page 46: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4646

• TARAF PERINTIS– Pengecualian cukai selama lima tahun akan diberi

kepada syarikat yang berjaya mendapat status perintis

• SUBSIDI– Sejumlah bayaran yang dibayar oleh kerajaan terus

kepada pengeluar untuk mengurangkan bebanan kerugian daripada penjualan produk di peringkat antarabangsa

– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

Page 47: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4747

• KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA– Kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi

menggalakkan pembelian dan penggunaan barangan buatan Malaysia di negara luar

– Tujuan kempen untuk membangun dan mengembangkan sektor

perindustrian dan perkilangan serta keupayaan mengeksport lebih banyak barang-barang keluaran dalam negara ke pasaran luar

Page 48: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4848

• SKIM JAMINAN EKSPORT– Skim yang ditawarkan oleh kerajaan untuk

meningkatkan pengeksportan dan membantu firma bersaing secara efektif di peringkat antarabangsa

– Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan menggalakkan para pelabur mempromosi produk Malaysia di pasaran antarabangsa

Page 49: Bab 3 perniagaan antarabangsa

4949

• Tarif

Cukai– Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke

atas individu atau syarikat– Berperanan untuk mengagihkan semula

pendapatan dan kekayaan negaraLevi– Satu bentuk cukai yang perlu dibayar kepada

kerajaan atau organisasi– Cth levi ialah membawa masuk pekerja asing ke

dalam negara

b.b. SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN SEKATAN-SEKATAN PERDAGANGAN ANTARABANGSAANTARABANGSA

Page 50: Bab 3 perniagaan antarabangsa

5050

Bukan TarifBukan Tarif

• KUOTA– Had yang dikenakan terhadap jumlah unit atau nilai

sesuatu barangan yang boleh dikeluarkan atau digunakan atau diimport

– Kuota import - sekatan yang menghadkan kuantiti sesuatu barangan yang diimport

– Tujuan dikenakan ialah untuk mengurangkan saingan terhadap barangan tempatan

• EMBARGO– Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport

atau mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara

– Contoh: Malaysia dengan Israel.

Page 51: Bab 3 perniagaan antarabangsa

5151

• SUBSIDI– Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada individu, unit

pengeluaran atau pengeksport samada dalam bentuk bayaran langsung seperti geran atau pinjaman, atau langkah-langkah yang memberikan kesan yang sama seperti bayaran langsung.

– Langkah-langkah termasuklah jaminan terhadap harga dan pasaran, khidmat atau kemudahan bantuan dan pemotongan atau pengecualian cukai.

– Subsidi membolehkan produk dijual dengan harga lebih murah dari barangan luar atau lebih menguntungkan syarikat berkenaan

• PIAWAIAN– Satu standard kualiti yang dikenakan ke atas produk yang

ingin dipasarkan di peringkat antarabangsa.– Jika piawaian yang tinggi dikenakan ke atas produk menjadi

penghalang kepada kemasukan produk luar yang tidak mencapai piawaian

– (contoh dalam industri makanan, kosmetik, elektronik dsbgnya.)