bab 1 an025kewangan perniagaan

35
BAB 1 KEWANGAN PERNIAGAAN

Upload: princening

Post on 23-Jun-2015

1.105 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

BAB 1

KEWANGAN PERNIAGAAN

Page 2: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar dapat mengetahui:

1. Pengenalan Kewangan Perniagaan

a) Konsep dan Definisi Pengurusan Kewangan.

b) Skop Kewangan Perniagaan

c) Kepentingan Pengurusan Kewangan

d) Kaitan Pengurusan Kewangan dengan Fungsi Perniagaan.

2. Peranan Pengurusan Kewangan

a) Peranan Pengurusan Kewangan terhadap Perniagaan

b) Objektif Pergurusan Kewangan dan Matlamat Syarikat

c) Pembuatan Keputusan Kewangan

Page 3: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

1. PENGENALAN KEWANGAN PERNIAGAAN

Page 4: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN

• Kewangan - merupakan satu seni dan sains menguruskan wang. Semua individu dan organisasi memperoleh dan mendapatkan wang dan membelanjakan atau melabur wang tersebut.

Page 5: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

• Kewangan juga merupakan satu bidang kajian berkaitan dengan wang.

• Melibatkan aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan dan setiap entiti terbabit dengan wang.

Page 6: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

KEWANGAN PERNIAGAAN

Segala milikan yang ada pada sesebuah perniagaan dan

tidak terhad kepada jumlah tunai yang ada dalam

simpanan dan ia juga merangkumi seluruh harta dana

tuntutan yang mempunyai nilai wang yang dipunyai oleh

sesebuah perniagaan.

Page 7: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan sumber-sumber dana dan penggunaanya untuk mencapai matlamat kewangan syarikat yang bermaksud pihak-pihak pengurusan yang bertanggungjawab dalam bidang kewangan menguruskan sumber-sumber yang ada supaya dapat mencapai dan memenuhi objektif syarikat.

Pengurusan kewangan mengaplikasikan prinsip-prinsip kewangan dalam sesebuah syarikat untuk mewujud dan mengekalkan nilai melalui proses membuat keputusan dan pengurusan sumber-sumber syarikat.

Page 8: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

b) SKOP KEWANGAN PERNIAGAAN

I. Pengurusan Aset

• Jabatan kewangan dalam firma berperanan mengurus aset-aset yang dimiliki oleh firma.

• Melibatkan proses pembelian aset dan seterusnya hinggalah aset dilupuskan.

• Aset-aset firma terdiri daripada aset tetap dan aset semasa.

• Contoh : Aset Tetap – tanah, bangunan dllAset Semasa – Tunai, ABT dll.

Page 9: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

II. Pengurusan Liabiliti

Menguruskan liabiliti di dalam perniagaan. Contohnya seperti menguruskan liabiliti terhadap:

pemegang saham – mengagihkan keuntungan bank – pembayaran pinjaman pembekal – menjelaskan pembelian kredit

Liabiliti semasa – tempoh pembayaran balik < 1 tahun. Contoh : (pengurusan modal kerja)

Liabiliti jangka panjang – tempoh pembayaran balik > 1 tahun.Contoh :(polisi struktur modal syarikat)

Berapa lama sesuatu liabiliti harus dipegang. Berapa banyak sesuatu liabiliti yang ingin dipegang. Kecekapan pengurusan liabiliti memberi

kepercayaan kepada kreditor untuk terus menawarkan kemudahan kredit kepada perniagaan.

Page 10: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

III. Pengurusan Modal

Mendapatkan sumber dana – melalui pinjaman daripada institusi kewangan dengan kos faedah yang minimum

Mengenalpasti jenis pelaburan yang ingin dilaburkan.

Mengenalpasti berapa banyak kadar pulangan yang diinginkan.

Pengurusan modal terbahagi kepada dua iaitu:a. Pembiayaan modal – pinjaman j/panjang dan bonb. Pembiayaan ekuiti – saham, premium

modal dan pendapatan tertahan

Page 11: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

IV. Pengurusan Keuntungan

Keuntungan ialah pulangan yang diperolehi hasil pelaburan syarikat bagi sesuatu tempoh perakaunan.

Berapa banyak dividen yang ingin diberikan kepada pemegang saham.

Keuntungan yang ada perlu diagih-agihkan. Berapa banyak keuntungan tersebut hendak

dilaburkan semula. Kecekapan pengurusan keuntungan menjamin

kemandirian syarikat. Untuk memaksimumkan kekayaan pemegang

saham.

Page 12: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

V. Pengurusan Risiko

• Aktiviti mengekalkan kewangan atau aset dengan meminimakan kesan kewangan disebabkan oleh kerugian kerana sesuatu sebab yang tidak dapat

dielakkan. Risiko ialah kebarangkalian yang tidak

baik berkemungkinan akan berlaku dalam perniagaan yang berpunca daripada kelemahan pengurusan atau faktor luaran.

Perlu mengenalpasti bentuk-bentuk risiko. Bagaimana risiko yang berlaku akan

dikurangkan. Pengurusan risiko kewangan terbahagi kepada

dua iaitu Risiko khusus/risiko tidak sistematik (faktor dalaman : berkaitan dengan pengurusan syarikat) dan risiko pasaran/risiko sistematik (faktor luaran : perubahan kadar faedah, inflasi, keadaan ekonomi)

Page 13: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

i. Memastikan matlamat syarikat dapat dicapai - objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham, memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos.

Page 14: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

ii. Mencapai objektif kewangan Menguruskan aset tetap dan aset

semasa dengan baik Memastikan aliran tunai dapat memenuhi

visi dan matlamat syarikat Merancang kewangan mengikut

kesesuaian dana syarikat Merancang belanjawan

Page 15: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

iii. Sumber-sumber kewangan dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Mengawal aliran sumber kewangan dan perbelanjaan perniagaan dengan baik.

iv. Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko kerugian.

Mendapat kadar pulangan pelaburan dan keuntungan yang lebih tinggi daripada sesuatu pelaburan yang dibuat.

v. Mempercepatkan pulangan modal. Mempunyai peluang yang cerah untuk mempercepatkan

pusingan modal perniagaan.

Page 16: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

d) KAITAN PENGURUSAN KEWANGAN DENGAN FUNGSI PERNIAGAAN

PERAKAUNAN• Urusan kewangan syarikat perlu diurus dengan cekap dan

teliti – wang keluar masuk perlu direkod.• Kemahiran dalam bidang perakaunan penting untuk

membolehkan aliran keluar masuk wang direkodkan dengan lengkap (penyediaan penyata-penyata kewangan)

• Rekod kewangan yang lengkap – memudahkan pengurus kewangan membuat keputusan dan menyediakan belanjawan pada masa hadapan.

Page 17: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

d) KAITAN PENGURUSAN KEWANGAN DENGAN FUNGSI PERNIAGAAN

PEMASARAN• Pengurus kewangan merancang keperluan pembiayaan

bagi meningkatkan jualan dan hasil perniagaan.• Perlu merancang strategi pemasaran, promosi, perletakan

harga, pengedaran dan penjagaan kualiti produk.

Page 18: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

d) KAITAN PENGURUSAN KEWANGAN DENGAN FUNGSI PERNIAGAAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA• Melibatkan pelaburan ke atas kakitangan syarikat dalam

aspek:– Pembayaran gaji dan bonus – Mengadakan bengkel, kursus, latihan atau seminar– Menjaga kebajikan pekerja – Mengadakan program motivasi kepada pekerja.

• Pengurusan kewangan akan memperuntukkan sejumlah kos untuk memastikan aktiviti pengurusan sumber manusia dijalankan.

Page 19: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

d) KAITAN PENGURUSAN KEWANGAN DENGAN FUNGSI PERNIAGAAN

PENGELUARAN• Pengurus kewangan akan membuat analisis belanjawan

modal mengenai aset yang perlu dibeli atau sebaliknya.• Belanjawan modal boleh digunakan untuk menentukan

sama ada sesuatu mesin yang digunakan perlu diganti atau tidak.

• Melibatkan semua aktiviti mengenai proses pengeluaran.

Page 20: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

2. PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN

Page 21: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN TERHADAP PERNIAGAAN

i. Menjalankan analisis kewangan dan perancangan serta ramalan pada masa hadapan

• Pengurus menjalankan analisis penyata-penyata kewangan

seperti penyata pendapatan dan kunci kira-kira menjadi bentuk yang boleh digunakan untuk memantau kedudukan kewangan syarikat.

• Beliau perlu berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain dalam syarikat bagi merancang dan membangunkan masa depan syarikat.

Page 22: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN TERHADAP PERNIAGAAN

ii. Membuat keputusan pelaburan.

• Pengurus kewangan membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan, menentukan campuran dan jenis- jenis aset yang akan diperolehi.

• Memastikan pengurusan modal kerja berada dalam keadaan baik

• Aset-aset tetap yang ada itu adakah perlu diganti, diperbaiki atau dilupuskan.

• Keputusan seperti ini adalah penting kerana ia mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif syarikat.

• Pengurusan risiko.

Page 23: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN TERHADAP PERNIAGAAN

iii. Pengurusan modal kerja• Memastikan pengurusan modal kerja

berada dalam keadaan baik.

Page 24: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN TERHADAP PERNIAGAAN

iv. Membuat keputusan pembiayaan

Pengurus kewangan akan menentukan campuran terbaik pembiayaan antara jangka pendek dan jangka panjang.

Begitu juga dengan pembiayaan berbentuk pinjaman atau ekuiti.

Seterusnya memilih kaedah yang terbaik di kalangan pembiayaan yang ada.

Sumber dana berkait rapat dengan polisi struktur modal syarikat. Sekiranya peratusan tinggi akan menjejaskan kedudukan syarikat.

Page 25: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN TERHADAP PERNIAGAAN

v. Pemantauan dan pengawalan

Pengurus perlu berinteraksi dengan eksekutif lain agar syarikat beroperasi dengan cekap.

Pengurus perlu sedar setiap keputusan perniagaan mempunyai implikasi kewangan.

Contoh: keputusan pemasaran akan mempengaruhi jualan dan seterusnya akan mempengaruhi keperluan pembiayaan.

Page 26: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

a) PERANAN PENGURUSAN KEWANGAN TERHADAP PERNIAGAAN

vi. Berurusan dengan pasaran kewangan

Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran.

Pengurus perlu terlibat sama dalam urusniaga pasaran wang dan modal, di mana di sinilah sumber dana diperolehi, sekuriti diniagakan dan pelabur mendapat keuntungan atau mengalami kerugian.

Pengurus juga terlibat dalam pengurusan risiko

Page 27: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

b) OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN

DAN MATLAMAT SYARIKAT

Page 28: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

MATLAMAT SYARIKAT

Memaksimumkan kekayaan pemegang saham

• Merupakan matlamat paling penting kerana mereka ini adalah tuan punya firma dan orang yang melantik pihak pengurusan syarikat untuk menjalankan operasi syarikat.

• Kekayaan pemegang saham dapat dimaksimumkan dengan memaksimumkan nilai pasaran (harga) saham.

Page 29: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

• Cara yang boleh dilaksanakan untuk memaksimumkan harga saham, pihak pengurusan perlu:

– Membuat pinjaman tambahan untuk meluaskan operasi.– Membuat pelaburan tambahan untuk meluaskan

pasaran.– Mengurangkan jualan secara hutang bagi mengelakkan

perniagaan menghadapi masalah modal pusingan.– Mengurangkan kemerosotan tunai bagi membolehkan

untung dapat dijanakan dengan baik.• Seseorang pelabur melihat kekayaannya pada nilai semasa

seunit saham yang dipegang.• Wujud persaingan antara firma dalam usaha untuk mendapat

sumber tambahan modal, jadi pelabur hanya akan melabur di dalam syarikat yang mempunyai prestasi yang baik, berjaya dan dapat meningkatkan nilai pelaburan mereka.

Page 30: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) PEMBUATAN KEPUTUSAN KEWANGAN

• Keputusan kewangan dilakukan untuk menambah atau mengekalkan kekayaan sedia ada.

• 3 jenis keputusan kewangan– Keputusan Pembiayaan– Keputusan Pelaburan – Keputusan Pembayaran Dividen

Page 31: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) PEMBUATAN KEPUTUSAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PEMBIAYAAN• Merujuk kepada keputusan untuk mendapatkan sumber

dana perniagaan (memilih sumber pembiayaan).• Bertujuan memulakan sesuatu perniagaan, meluaskan

perniagaan atau membeli aset perniagaan.• Contoh : Modal boleh didapati daripada pinjaman bank,

menerbitkan bon dan saham.

Page 32: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) PEMBUATAN KEPUTUSAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PELABURAN

• Melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk mendapatkan keuntungan pada masa depan

• Melibatkan proses pelaburan sumber-sumber kewangan.

• Memastikan pulangan yang maksimum pada masa hadapan pada tahap risiko yang tertentu.

• Pihak pengurusan perlu bijak memilih alternatif pelaburan samada jangka pendek atau jangka panjang kerana risiko yang sukar dijangka

Page 33: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

c) PEMBUATAN KEPUTUSAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PEMBAYARAN DIVIDEN• Merupakan aktiviti menentukan kadar pulangan

tertentu untuk diagihkan sebagai keuntungan kepada pemegang saham.

• Dividen akan dibayar kepada pemegang saham berdasarkan keuntungan syarikat – untung tinggi, dividen tinggi dan sebaliknya.

• Pengagihan keuntungan merupakan obligasi syarikat kepada pemegang-pemegang saham di mana untung perlu diagihkan tidak kira sama ada kadar pulangannya tinggi atau rendah.

• Pembayaran dividen oleh firma perlulah stabil – supaya dapat meningkatkan keyakinan pemilik untuk terus melabur.

Page 34: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan dividen firma

Antaranya ialah:• Keutamaan pelabur untuk dividen tunai.• Kandungan maklumat pengumuman dividen dan

pembentukan jangkaan pelabur.• Ada atau tidak peluang-peluang pelaburan yang

menguntungkan.• Batasan perundangan terhadap pembayaran dividen

firma.• Syarat kemasukan dalam senarai sah yang berkait

sejarah lampau pembayaran dividen firma.• Wujudnya kecairan yang mencukupi.• Keinginan untuk mengekalkan kawalan pemilikan.

Page 35: Bab 1 An025kewangan Perniagaan

SEKIAN

TERIMA KASIH