pengajian msia sp

18
SEJARAH AWAL NEGARA BAB 1 Sejarah Awal Negara Kerajaan-kerajaan Melayu Kerajaan Melaka Kerajaan Johor Pengasasan Kesultanan-kesultanan Melayu Lain Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung Pendudukan Kuasa-kuasa Asing Pendudukan Portugis Pendudukan Belanda Pendudukan British Pendudukan Jepun

Upload: noor-ef

Post on 02-Feb-2016

261 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sory copy

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Msia SP

SEJARAH AWAL NEGARABAB 1

Sejarah Awal Negara

Kerajaan-kerajaan

Melayu

Kerajaan Melaka

Kerajaan Johor

Pengasasan Kesultanan-kesultanan

Melayu Lain

Melaka sebagai Sebuah Kerajaan

Agung

Pendudukan

Kuasa-kuasa Asing

Pendudukan Portugis

Pendudukan Belanda

Pendudukan British

Pendudukan Jepun

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 101PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 1 5/6/14 12:53:36 PM5/6/14 12:53:36 PM

Page 2: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

2

1.0 Latar Belakang Sejarah Awal Negara

Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik, zaman Logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus belaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan de-ngan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.

1.1 Kerajaan-Kerajaan Melayu

Sebelum lahirnya sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. Perkembangan kebudayaan kerajaan-kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi. Aspek-aspek tersebut dapat membuktikan bahawa akar pembentukan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.

Tahap-tahap Zaman

Prasejarah

• Zaman Paleolitik—35

ribu tahun dahulu

• Zaman Mesolitik—10

ribu tahun dahulu

• Zaman Neolitik—5 ribu

tahun dahulu

• Zaman Logam—2.5

ribu tahun dahulu

Tapak-tapak prasejarah

di Malaysia

• Kota Tampan, Perak

• Tingkayu, Sabah

• Gua Niah, Sawarak

• Jenderam Hilir,

Selangor

• Gua Madai, Sabah

• Gua Kepah, Seberang

Perai

• Bukit Tengkorak, Sabah

• Gua Cha, Kelantan

• Gua Badak, Perak

• Sungai Tembeling,

Pahang

• Lembah Bernam,

Selangor

• Gua Harimau, Perak

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar dapat:

• Melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman

dahulu, iaitu semasa Kesultanan Melayu Melaka yang setanding dengan tamadun-tamadun luar.

• Menjelaskan kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu lain yang memiliki kedaulatan yang

tersendiri.

• Menjelaskan wujudnya proses pendudukan kuasa asing di negara ini yang berlaku akibat

kemasukan kuasa-kuasa asing yang silih berganti.

• Membincangkan bentuk pentadbiran kolonial yang diaplikasikan dalam negara sehingga

mengganggu bentuk pentadbiran sedia ada.

• Menghuraikan semangat penentangan terhadap pendudukan kuasa asing, kesan-kesan

pendudukan tersebut dan perjuangan ke arah kemerdekaan.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 201PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 2 5/6/14 12:53:37 PM5/6/14 12:53:37 PM

Page 3: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

3

1.1.1 Kerajaan Melaka• Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu

yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.

• Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu–Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini.

Pengasasan Kesultanan Melaka

• Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.

• Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura. Kemudian, Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.

• Namun begitu, di dalam kajian yang mutakhir, terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini lahir ekoran kajian yang mendalam terhadap naskhah Melayu agung, iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffl es, MS18).

Antara kerajaan-kerajaan

Melayu yang wujud

sebelum kelahiran

Kerajaan Melaka:

• Funan

• Majapahit

• Langkasuka

• Sriwijaya

• Khamer

• Kutai

• Gangga Negara

Pergerakan Parameswara

sebelum mengasaskan

Melaka:

Palembang ➔ Temasik ➔

Muar ➔ Melaka

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 301PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 3 5/6/14 12:53:37 PM5/6/14 12:53:37 PM

Page 4: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

4

• Walau bagaimanapun, ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya. Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.

Gambar 1.1 Halaman Hadapan Teks Sulalatus Salatin

(Sejarah Melayu), Edisi Raffl es MS 18.

Perkembangan Politik Melaka pada Tahap Awal

• Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.

• Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang datang dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.

Teks Salalatus Salatin

atau Sejarah Melayu

merupakan naskhah

pensejarahan Melayu

yang sangat tinggi

nilainya. Teks ini dikarang

pada abad ke-16 dengan

memaparkan sejarah

masyarakat Melayu

sejak era pra-Melaka

lagi dan seterusnya

memberikan perincian

peristiwa sepanjang

pendirian Kesultanan

Melayu Melaka pada

abad ke-15 sehinggalah

diserang Portugis.

Karya ini dikarang oleh

seorang bendahara Johor

bernama Tun Seri Lanang.

Sumber-sumber

berhubung sejarah

Kesultanan Melaka turut

dicatatkan dalam rekod

Dinasti Ming, China pada

abad ke-15 yang dikenali

sebagai:

(i) Ming Shih

(ii) Ming Shih-lu

(iii) Ying-yai Sheng-lan

(iv) Hsing-cha Sheng

–lan

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 401PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 4 5/6/14 12:53:37 PM5/6/14 12:53:37 PM

Page 5: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

5

• Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.

• Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China.

Pemerintahan Kerajaan Melaka

• Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’.

• Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’. Jadual 1.1 dan 1.2 menunjukkan pemerintah Melaka sehingga kejatuhannya. Melaka telah diperintah oleh sembilan orang raja yang bergelar sultan.

Jadual 1.1 Nama Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka

Mengikut Pandangan Sarjana Terdahulu

Bilangan Nama Pemerintah Tahun Pemerintahan

1 Parameswara/Iskandar Syah 1400–1414

2 Sultan Megat/Makota Iskandar Syah 1414–1424

3 Sultan Muhammad Syah 1424–1444

4 Sultan Abu Syahid 1444–1445

5 Sultan Muzaffar Syah 1445–1456

6 Sultan Mansur Syah 1456–1477

7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477–1488

8 Sultan Mahmud Syah 1488–1510 & 1513–1528

9 Sultan Ahmad Syah 1510–1513

Sumber: Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 95-112.

Dalam kunjungan

Laksamana Cheng Ho,

Melaka menerima hadiah

sebuah prasasti yang

mengandungi falsafah

kemaharajaan China

dalam persoalan akhlak

dan politik serta harapan

China agar negara yang

dilindungi sentiasa dalam

kemakmuran. Melaka

merupakan kerajaan luar

pertama yang menerima

hadiah seumpama ini.

Tiga buah kerajaan lain

yang kemudian turut

menerima hadiah prasasti

ialah Jepun (1406),

Brunei (1408) dan Cochin

(1416).

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 501PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 5 5/6/14 12:53:38 PM5/6/14 12:53:38 PM

Page 6: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

6

Jadual 1.2 Nama Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan-sultan Melaka

Mengikut Pandangan Sarjana Terkini

Bilangan Nama Pemerintah Tahun Pemerintahan

1 Parameswara/Iskandar Syah 1262-1281

2 Sultan Makota Iskandar Syah 1281-1283

3 Sultan Muhammad Syah 1283-1339

4 Sultan Abu Syahid 1339-1340

5 Sultan Muzaffar Syah 1340-1378

6 Sultan Mansur Syah 1378-1449

7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1449-1481

8 Sultan Mahmud Syah 1481–1510 & 1513–1528

9 Sultan Ahmad Syah 1510–1513

Sumber: Abdul Rahman bin Ismail, et al., Penemuan Tarikh Baru Pengasan Empayar

Kerajaan Melayu Melaka 1262, Melaka: IKSEP dan Kerajaan Negeri Melaka, 2012,

hlm. 15.

• Ramai sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk Islam. Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

• Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu, iaitu konsep ‘taat setia’, ‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan ‘nobat’. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan protokol diraja yang melibatkan alat kebesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana. Antara bahasa istana yang digunakan seperti ‘titah’, ‘patik’, ‘murka’, ‘kurnia’ dan ‘anugerah’. Istilah-istilah lain pula seperti ‘bersiram’, ‘gering’, ‘berangkat’ dan ‘mangkat’.

• Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pen-tadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat istana. Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’. Sistem ini boleh difahami seperti rajah berikut:

Daulat—istilah Arab

(daulah/daulatun) yang

bermaksud kuasa. Bagi

masyarakat Melayu,

daulat memberi kuasa

spiritual dan fi zikal

kepada raja tanpa boleh

diganggu gugat.

Derhaka—perbuatan

ingkar terhadap raja dan

kerajaan.

Tulah—balasan yang

menimpa sesiapa sahaja

yang menderhaka sama

ada berbentuk hukuman

atau bala.

Nobat—sekumpulan

muzik diraja yang

dimainkan semasa

upacara rasmi istana

seperti pertabalan dan

keputeraan.

Hukum Kanun Melaka

fasal 2 mencatatkan

perkara berhubung

bahasa diraja seperti

berikut;

“Fasal yang kedua pada

menyatakan hukum

bahasa segala raja-raja

itu lima perkara yang

tiada dapat kita menurut

kata ini melainkan

dengan titah tuan

kita juga, maka dapat.

Pertama, titah, kedua,

patik, dan ketiga, murka,

keempat kurnia, kelima

nugaraha. Maka segala

kata ini tiada dapat

dikatakan oleh kita

sekelian.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 601PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 6 5/6/14 12:53:38 PM5/6/14 12:53:38 PM

Page 7: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

7

SULTAN

Pembesar 4

Pembesar 8

Pembesar 16

Pembesar 32

Rajah 1.1 Sistem Pembesar Empat Lipatan

• Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Peranan keempat-empat pembesar utama tersebut boleh difahami dengan merujuk kepada jadual di bawah.

Jadual 1.3 Fungsi Empat Pembesar Utama Kerajaan Melayu Melaka

Jawatan Fungsi

Bendahara Beliau merupakan menteri utama yang bertindak sebagai

penasihat kanan raja. Beliau mestilah berketurunan raja

dan mempunyai pertalian rapat dengan raja. Beliau menjadi

pemangku raja semasa ketiadaan raja. Bendahara boleh

bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja tidak ada.

Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja.

Penghulu

Bendahari

Beliau ialah bendahari kerajaan yang mengawal

perbendaharaan negara. Beliau bertanggungjawab

memungut cukai dan hasil negeri. Beliau juga menyimpan

daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar.

Temenggung Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-

undang, peraturan negeri dan keselamatan. Beliau juga

digelar sebagai Ketua Polis Negara. Justeru, beliau menjadi

pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang

terbukti. Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai

ketua protokol.

Laksamana Jawatan ini agak baharu berbanding dengan jawatan-

jawatan lain. Tokoh pertama yang menyandang jawatan

ini ialah Hang Tuah, iaitu semasa pemerintahan Sultan

Mansur Syah. Laksamana juga merupakan pahlawan

dalam peperangan, terutama di laut. Laksamana digelar

‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan.

Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam

upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa

utusan kerajaan.

Dua orang tokoh yang

pernah menjawat

jawatan bendahara

dan terkenal kerana

kebijaksanaan serta

kepahlawanan ialah

Bendahara Paduka Raja

Tun Perak dan Bendahara

Seri Maharaja Tun

Mutahir.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 701PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 7 5/6/14 12:53:38 PM5/6/14 12:53:38 PM

Page 8: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

8

• Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain mewakili pembesar 8, 16 dan 32 tadi. Corak pentadbiran sebegini membentuk ‘Sistem Kebangsawanan’ di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan masyarakat, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.

• Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:(a) Kota Melaka(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan(c) Wilayah-wilayah taklukan(d) Jajahan-jajahan takluk

• Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula merujuk kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut. Contoh adalah seperti yang ditunjukkan jadual berikut.

Jadual 1.4 Wilayah Pegangan Pembesar Melaka

Pembesar Wilayah Pegangan

Bendahara Bentan, Muar

Laksamana Siantan, Sungai Raya

Penghulu Bendahari Kampar, Sening Hujung

Seri Bija Diraja Singapura

• Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain.

• Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi autonomi untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan.

Terdapat empat orang

Syahbandar yang

bertugas di pelabuhan

Melaka, iaitu;

1 Syahbandar yang

menguruskan

pedagang-pedagang

dari Gujerat.

2 Syahbandar yang

menguruskan

pedagang-pedagang

dari Benggal, Pegu

dan Pasai.

3 Syahbandar yang

menguruskan

pedagang-pedagang

dari Kepulauan

Melayu seperti

Jawa, Maluku,

Banda, Palembang,

Tanjungpura dan

lain-lain.

4 Syahbandar yang

menguruskan

pedagang-pedagang

dari China, Champa

dan Pulau Liu Kiu.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 801PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 8 5/6/14 12:53:38 PM5/6/14 12:53:38 PM

Page 9: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

9

Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung

• Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

• Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.

• Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.

• Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.

Peta 1.1 Empayar Melaka pada Zaman Kegemilangannya

Faktor-faktor Kegemilangan Melaka

• Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:

(i) Faktor semula jadi atau geografi

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 901PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 9 5/6/14 12:53:38 PM5/6/14 12:53:38 PM

Page 10: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

10

(ii) Faktor ekonomi (iii) Faktor politik dan pentadbiran

Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi

• Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografi nya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia waktu itu, iaitu di antara benua India dengan benua China.

• Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggahi. Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.

• Kemasyhuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi, damar dan rotan.

• Orang Melayu pesisir (di sepanjang sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil-hasil hutan, manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli yang telah mendiami kawasan pedalaman sejak zaman prasejarah lagi. Kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan, akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu ataupun yang rosak. Mereka berperanan membawa hasil-hasil hutan ke pantai, pinggir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai.

• Hubungan masyarakat orang Asli dengan orang Melayu dari segi pertukaran barang (sistem barter) menunjukkan bahawa sistem perdagangan tradisional telah pun wujud di Melaka sebelum muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.

• Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas. Tempat perlombongan emas yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu masyhur pada masa dahulu.

Dalam catatan sejarawan

seperti ahli-ahli geografi

Yunani menggelarkan

Semenanjung Tanah

Melayu sebagai The

Golden Khersonese

(Bumi Emas). Pedagang-

pedagang India pula

menamakan Semenanjung

sebagai Suwarnabhumi

(Semenanjung Emas).

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 1001PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 10 5/6/14 12:53:38 PM5/6/14 12:53:38 PM

Page 11: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

72

ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.

Pengajaran

Sejarah awal negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya.• Manusia atau sesuatu tamadun manusia itu berkembang mengikut peredaran masa dan zaman.• Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri, walaupun masa dan • persekitaran sentiasa berubah.Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah negara bangsa.• Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada negara akan menyebabkan negara itu • dijajah.Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah • terpengaruh dengan dakyah asing.Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.• Perisitwa penjajahan di Tanah Melayu memperlihatkan perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu • yang tinggi, terbuka minda, taat setia, bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara.

Kesan kepada Bangsa dan Negara Malaysia

Sejarah awal Tanah Melayu penting sebagai pusaka bangsa kerana ia memaparkan sejarah silam dan • tamadun Tanah Melayu zaman awal.Sejarah awal Tanah Melayu ini sangat berperanan bagi menerangkan bahawa penduduk asal Tanah • Melayu ialah orang Melayu.Tanah Melayu merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai pemerintah dan sistem • pemerintahan tersendiri.Tanah Melayu merupakan sebuah negara yang kuat dan disegani oleh kawan dan juga lawan.• Agama Islam telah diterima oleh penduduk Tanah Melayu seawal abad ke-14.• Bahasa Melayu ialah bahasa yang terkenal pada abad ini sehingga menjadi • lingua franca di Asia Tenggara.Penjajahan telah membahagikan Alam Melayu kepada dua bahagian, iaitu Tanah Melayu dan Kepulauan • Riau/Sumatera. Kesannya Tanah Melayu/Malaysia pada hari ini menjadi negara yang berasingan dengan Indonesia.Penjajahan Jepun telah meninggalkan kesan psikologi dan traumatik kepada mereka yang terlibat.•

Ulasan

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 7201PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 72 5/6/14 12:53:49 PM5/6/14 12:53:49 PM

Page 12: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

73

Terbentuknya masyarakat majmuk dengan kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.• Penjajahan British terutamanya telah mengubah demografi Tanah Melayu iaitu terbentuknya kawasan • luar bandar dan bandar.Tanah Melayu atau Malaysia sedikit sebanyak telah mengguna pakai sistem pentadbiran British dalam • beberapa aspek pemerintahan negara.Penjajahan British telah meminggirkan masyarakat Melayu daripada kemajuan dan ini menyebabkan • kemiskinan diwarisi oleh generasi kepada satu generasi berikutnya.

Renungan untuk Generasi Baharu

Generasi masa ini perlu mengkaji cara masyarakat pada masa tersebut mengadaptasi diri mereka • dengan alam persekitaran. Walaupun ada ciptaan teknologi, alam sekitar tetap terpelihara.Generasi baru perlu mengkaji cara manusia pada zaman tersebut dapat mencipta sesuatu teknologi • yang boleh bertahan lama sehingga boleh dilihat oleh generasi pada zaman sekarang.Sebagai warganegara Malaysia, setiap individu perlu mengetahui asal-usul bangsanya sendiri. Dengan • adanya pengetahuan ini, maka akan melahirkan warganegara yang sayang akan negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di negara orang.Generasi baru perlu menjadikan peristiwa penjajahan di Tanah Melayu sebagai iktibar agar sentiasa • mengisi kemerdekaan yang dikecapi dengan melakukan sesuatu yang akan menaikkan nama negara di mata dunia dan pada masa yang sama memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.Topik ini sangat sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang perlu direnungi oleh generasi pada • hari ini terutamanya golongan remaja yang akan menjadi pemimpin dan penentu hala tuju negara.Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada peristiwa penjajahan ini ialah setiap warganegara perlu • memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Dalam hal ini, semua warganegara ada peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mengisi kemerdekaan yang dinikmati sekarang ini.Golongan intelektual tidak boleh menggunakan kebijaksanaan dan ilmu yang dimiliki ke arah jalan yang • salah kerana hal ini akan merosakkan negara itu sendiri.Generasi bakal pemimpin harus pandai menjalinkan kerjasama dengan negara luar agar tidak • terpengaruh dengan taktik yang digunakan oleh orang luar untuk menjatuhkan negara ini.Generasi kini perlu bekerja keras bagi memajukan dan menaikkan nama Malaysia ke peringkat • antarabangsa supaya negara luar menghormati kedaulatan negara ini. Harus diketahui bahawa antara faktor kejatuhan masyarakat Melayu di bawah penjajahan sebelum ini adalah disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri. Generasi masa ini perlu ada usaha untuk memajukan diri setiap masa serta mengamalkan sikap cinta • akan ilmu dan menerapkan ‘lifelong learning’ dalam diri mereka.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 7301PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 73 5/6/14 12:53:49 PM5/6/14 12:53:49 PM

Page 13: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

74

4 Rajah di atas merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan Melayu Melaka. Sistem pentadbiran ini di-panggil .A Sistem Pembesar BerhierarkiB Sistem Raja MutlakC Sistem Pembesar Empat LipatanD Sistem Hierarki Empat Pembesar

5 Jawatan Temenggung menduduki tangga ke berapa dalam hierarki 4 pembesar utama?A EmpatB TigaC DuaD Pertama

6 Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka sangat terkenal dalam kalangan pedagang dan pelayar dari seluruh dunia?

I Melaka ialah sebuah empayar yang besar dan kukuh.

II Melaka ialah pusat penyebaran agama Hindu-Buddha.

III Melaka mempunyai banyak bahan mentah semula jadi.

IV Melaka ialah pusat pertemuan pedagang dari kawasan Timur dan Barat.

A I dan II C I, III dan IVB I dan III D I dan IV

7 Pilih pernyataan yang BENAR ber-hubung kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.

I Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pentadbiran demokrasi.

II Zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.

1 Semua yang berikut adalah pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, KECUALIA Sultan Abu Syahid.B Sultan Muzaffar Syah.C Sultan Ibrahim Syah.D Sultan Ahmad Syah.

2 Sebahagian besar pembesar kerajaan Melaka diberikan wilayah-wilayah pegangan untuk ditadbir oleh mereka. Kampar dan Sening Hujung ialah wilayah pegangan milik .A bendaharaB penghulu BendahariC temenggungD laksamana

3 Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi kejatuhan kerajaan Melayu Melaka?

I Kejatuhan ekonomi kerajaan ekoran pelabuhan Melaka yang tidak dikunjungi pedagang-pedagang asing.

II Kelemahan pucuk pimpinan dan pembesar-pembesar tempatan.

III Perpecahan di kalangan rakyat jelata.

IV Aktiviti penjelajahan orang Eropah.A I, II dan III C I, II dan IVB II, III dan IV D I, II, III dan IV

Soalan 4 dan 5 berdasarkan rajah di bawah.SULTAN

Pembesar 4

Pembesar 8

Pembesar 16

Pembesar 32

Soalan Objektif

Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

Latihan Pengukuhan

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 7401PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 74 5/6/14 12:53:49 PM5/6/14 12:53:49 PM

Page 14: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

75

12 Raja Lumu ialah Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Salehuddin Syah. Baginda ialah putera kepada salah seorang Opu Bugis Lima Bersaudara yang bernama .A Daeng PeraniB Daeng MarewahC Daeng MenambunD Daeng Chelak

13 Ketika zaman kegemilangannya pada abad ke-15, Melaka dikenali dunia kerana aspek-aspek berikut, KECUALIA sebuah empayar yang kukuh,

terutama kerana sistem pemerintahan dan ketenteraan yang tersusun dan kuat.

B pusat perdagangan dunia yang menjadi pertembungan pedagang-pedagang dari Timur, Barat dan Kepulauan Melayu.

C pusat penyebaran, pendidikan dan anutan agama Hindu–Buddha.

D pusat penyebaran ilmu meliputi bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

14 Setelah berundur dari kota Melaka selama beberapa tahun, Sultan Mahmud mangkat di Kampar. Putera baginda bernama Raja Ali meneruskan tradisi kesultanan Melayu dengan mengasas kan kerajaan Johor bergelar .A Sultan Muzaffar SyahB Sultan Alauddin Riayat SyahC Sultan Abdul Jalil SyahD Sultan Ibrahim Syah

15 Bermula dari tempoh pengasasannya hinggalah tahun 1718, ibu kota kerajaan Johor telah berpindah beberapa kali akibat faktor-faktor seperti peperangan, kemangkatan dan perdagangan. Berikut adalah tapak-tapak yang pernah menjadi ibu kota kerajaan Johor Lama, KECUALIA Sayong. C Mersing.B Seluyut. D Kota Tinggi.

III Pandangan masyarakat Melayu Melaka terhadap institusi beraja berkait rapat dengan konsep-konsep ‘taat setia’, ‘daulat’, ‘derhaka’ dan ‘tulah’.

IV Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan daripada Kesultanan Majapahit di Pulau Jawa.

A I dan II C III dan IVB II dan III D I dan III

8 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pembesar ini bertugas sebagai penjaga perbendaharaan kerajaan. Peranannya menyamai menteri ke-wangan sekarang. Pernyataan ini merujuk kepada .A bendaharaB penghulu bendahariC temenggungD laksamana

9 Bilakah Raja Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Salehuddin Syah?A 1742 C 1766B 1745 D 1786

10 Klang ialah sebahagian daripada wilayah Selangor. Namun pada abad ke-15, ia duduk di bawah taklukan Melaka. Selepas kota Melaka diserang Portugis, Klang duduk pula di bawah taklukan kerajaan .A Perak B PahangC JohorD Kedah

11 Semenjak abad ke-15 lagi, wilayah-wilayah di Selangor seperti Klang dan Kuala Selangor merupakan negeri taklukan Melaka yang penting kerana membekalkan sebagai hasil dagangan pelabuhannya.A bijih timah C gangsaB bijih besi D emas

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 7501PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 75 5/6/14 12:53:49 PM5/6/14 12:53:49 PM

Page 15: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

84

Soalan Struktur

Bahagian A

Jawab semua soalan-soalan berikut.

1 Nyatakan empat orang menteri atau pembesar utama dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka.

(a)

(b)

(c)

(d)

2 Senaraikan sultan-sultan pertama yang mengasaskan kesultanan baharu bagi negeri-negeri berikut.

(a) Johor:

(b) Selangor:

(c) Terengganu:

(d) Perak:

3 Kerajaan Johor mengalami kemasukan pengaruh Bugis pada abad ke-17. Nyatakan nama kelima-lima Opu Bugis Lima Bersaudara yang termasyhur itu.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

4 Di dalam sistem pentadbiran wilayah kerajaan Melaka, terdapat wilayah-wilayah tertentu yang diberikan kuasa kepada pembesar tempatan. Wilayah ini disebut wilayah pegangan/pemakanan. Namakan dua wilayah pegangan bagi kedua-dua pembesar Melaka berikut.

(a) Bendahara

(i)

(ii)

(b) Laksamana

(ii)

(iii)

5 Nyatakan lima daripada sembilan buah negeri (wilayah) yang berperanan dalam pembentukan awal Negeri Sembilan.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 8401PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 84 5/6/14 12:53:50 PM5/6/14 12:53:50 PM

Page 16: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

85

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

6 Senaraikan negeri-negeri yang terletak di bawah sistem pentadbiran berikut.

(a) Negeri-Negeri Selat

(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

(c) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

7 Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan Residen bagi negeri-negeri berikut.

(a) Perak:

(b) Selangor:

(c) Pahang:

8 Namakan lima antara syarat utama yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

9 Senaraikan lima keanggotaan ahli dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1909.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 8501PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 85 5/6/14 12:53:50 PM5/6/14 12:53:50 PM

Page 17: Pengajian Msia SP

Pengajian Malaysia

86

10 Berikan lima faktor yang mengundang kepada kejayaan Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

11 Nyatakan nama tokoh-tokoh dan tahun-tahun yang berkaitan bagi peristiwa berikut.

(a) Penemuan Tanjung Pengharapan oleh pada tahun .

(b) Ketibaan di Kalikat oleh pada tahun .

(c) Penawanan Goa oleh pada tahun .

12 Ketua sistem pentadbiran Portugis di Melaka dipanggil Kapten Kota (Gabenor Selatan). Beliau dan timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada tiga badan utama, iaitu:

(a)

(b)

(c)

13 Berikan nama tokoh-tokoh nasionalis tempatan utama dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi negeri-negeri berikut:

(a) Naning:

(b) Perak:

(c) Terengganu:

Bahagian B

Pilih sama ada penyataan berikut Betul atau Salah.

1 Raja Kasim yang juga terkenal dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah ialah Sultan Melaka yang kelima.

(Betul/Salah)

2 Bidang kuasa Temenggung dalam sistem pentadbiran Melaka adalah mengawal perbendaharaan kerajaan, memungut cukai dan hasil negeri juga menyimpan daftar hamba raja.

(Betul/Salah)

3 Oleh sebab memiliki kekayaan hasil bumi sendiri seperti lada, cengkih, beras dan emas, pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang dunia.

(Betul/Salah)

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 8601PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 86 5/6/14 12:53:51 PM5/6/14 12:53:51 PM

Page 18: Pengajian Msia SP

Bab 1 Sejarah Awal Negara

87

Soalan Esei

Jawab semua soalan-soalan berikut.

1 Perihalkan dengan mendalam sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.

2 Bincangkan perkembangan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 dengan merujuk kepada sistem, jalinan jalan perdagangan dan barang dagangannya.

3 Huraikan faktor-faktor yang membolehkan kemunculan serta perkembangan kerajaan Johor (dan pelabuhannya) pada abad ke-16 dan ke-17.

4 Bincangkan kemunculan negeri-negeri Melayu (selain Melaka dan Johor) dan episod pengasasannya.

5 Apakah kepentingan institusi Kesultanan Melayu Melaka kepada pembentukan negara bangsa pada hari ini?

6 Berdasarkan peristiwa kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, apakah pengajaran yang dapat dikutip bagi generasi masa ini agar negara tidak mudah dijajah dan diperlekehkan oleh Barat?

7 Bincangkan sebab-sebab agama Islam mudah berkembang semasa kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.

8 Bincangkan kesan yang dibawa oleh penjajah British ke atas Tanah Melayu yang boleh dilihat sehingga kini.

9 Sebagai generasi baru selepas merdeka, pada pandangan anda, apakah sumbangan atau usaha yang anda patut buat bagi mengelakkan negara ini dijajah semula?

10 Mengapakah kuasa asing (British) dapat menduduki negara ini dan dapat mengekalkan kuasa mereka begitu lama di Tanah Melayu? Apakah strategi yang digunakan dalam mengekalkan kedudukan dan kuasa mereka?

11 Bincangkan langkah-langkah utama yang diambil oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mengatasi ancaman komunis antara tahun 1948 hingga 1960.

12 Setelah campur tangan dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu, British memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan campur tangan tersebut serta ciri-ciri Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13 Pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Galurkan peristiwa yang membawa kepada pendudukan Jepun dan kesan-kesannya.

14 Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih dari 150 tahun. Sepanjang tempoh pendudukan tersebut, masyarakat tempatan amnya tidak mudah menerima kedatangan dan campur tangan British secara terbuka. Muncul beberapa orang tokoh dan peristiwa pertumpahan darah di seluruh negara. Buktikan pernyataan ini.

15 Bincangkan peranan dan pengaruh Belanda di negeri-negeri Melayu dalam aspek ekonomi dan politik pada abad ke-17 dan ke-18.

01PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 8701PMalaysia_Bab1_1-87_F.indd 87 5/6/14 12:53:51 PM5/6/14 12:53:51 PM