bab 4 analisis dan dapatan 4.0 pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/bab_4,_last.pdf · - tetapi,...

61
38 BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalan Bab ini adalah mengenai analisis dapatan kajian daripada responden Pelajar Bahasa Jepun Indonesia (PBJI) dan Pelajar Bahasa Jepun Malaysia (PBJM) dalam penggunaan konsep kata hubung ~tekara, ~toki dan ~tara. Dapatan kajian akan dibahagi kepada dua bahagian yang berbeza, iaitu bahagian soal selidik soalan objektif (Bahagian I), dan bahagian soal selidik penyelesaian ayat (Bahagian II). Kedua bahagian ini akan memberikan gambaran mengenai kemahiran PBJI dan PBJM dalam mengenal pasti ~tekara, ~toki dan ~tara secara menyeluruh. 4.1 Analisis Data dan Dapatan Secara keseluruhan, dapatan kajian ini dianalisis mengikut kaedah kuantitatif dengan mengambil kaedah daripada Brown, D and Rodgers, S (2002), untuk menganalisis maklumat yang diperolehi daripada soal selidik Bahagian I, dan soal selidik Bahagian II. Analisis kuantitif dilakukan untuk menilai dan mengukur setiap kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar. Peratus hasil yang diperolehi dalam kajian ini mencerminkan tahap pembelajaran pelajar dalam mengenal pasti konsep tepat kata hubung ~tekara, ~toki dan ~tara. Kajian ini menggunakan sistem pemarkahan yang diusulkan oleh Swovelin (2012) bagi mengkategorikan jawapan pelajar. Mengikut Swovelin (2012), skala kedudukan bagi kejayaan pelajar ialah:

Upload: others

Post on 06-Sep-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

38

BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN

4.0 Pengenalan

Bab ini adalah mengenai analisis dapatan kajian daripada responden Pelajar

Bahasa Jepun Indonesia (PBJI) dan Pelajar Bahasa Jepun Malaysia (PBJM) dalam

penggunaan konsep kata hubung ~tekara, ~toki dan ~tara. Dapatan kajian akan

dibahagi kepada dua bahagian yang berbeza, iaitu bahagian soal selidik soalan objektif

(Bahagian I), dan bahagian soal selidik penyelesaian ayat (Bahagian II). Kedua

bahagian ini akan memberikan gambaran mengenai kemahiran PBJI dan PBJM dalam

mengenal pasti ~tekara, ~toki dan ~tara secara menyeluruh.

4.1 Analisis Data dan Dapatan

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini dianalisis mengikut kaedah kuantitatif

dengan mengambil kaedah daripada Brown, D and Rodgers, S (2002), untuk

menganalisis maklumat yang diperolehi daripada soal selidik Bahagian I, dan soal

selidik Bahagian II. Analisis kuantitif dilakukan untuk menilai dan mengukur setiap

kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar. Peratus hasil yang diperolehi dalam kajian ini

mencerminkan tahap pembelajaran pelajar dalam mengenal pasti konsep tepat kata

hubung ~tekara, ~toki dan ~tara. Kajian ini menggunakan sistem pemarkahan yang

diusulkan oleh Swovelin (2012) bagi mengkategorikan jawapan pelajar. Mengikut

Swovelin (2012), skala kedudukan bagi kejayaan pelajar ialah:

Page 2: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

39

Jadual 4.1: Panduan Skala Penarafan (Swovelin, 2012, p. 28-29)

Peratus (%)

Kesan Huraian

10~29 Rendah Menunjukkan konsisten dalam masalah tatabahasa dan struktur ayat kerap ringkas dan tidak imaginatif

30~49 Menengah Rendah

- Kawalan bahasa selalunya tidak matang - Pelajar terlepas pandang atau mungkin salah dalam membaca idea-idea

penting dalam petikan - Pelajar mungkin meringkaskan idea pada petikan bukannya

menganalisisnya - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami

50~59 Menengah - Analisis kurang mendalam dan hanya menyebutkan yang ketara sahaja - Lazimnya, idea-idea pelajar dapat diramalkan - Menunjukkan perkara yang mudah (simplistic) dan penulisan sering

mengandungi kesilapan dalam pemilihan kata atau sintak 60~79 Menengah

Tinggi - Dapat melengkapkan topik dengan baik - Berbanding dengan markah tertinggi, menunjukkan kefahaman tetapi

dengan sedikit kekurangan dalam ketepatan, pembangunan dan kejelasan - Mungkin terdapat kesilapan dalam pemilihan kata yang tepat atau bahasa

yang canggih 80~90 Tinggi - Menunjukkan pembangunan yang maju

- Memperlihatkan idea yang cerdas - Bunyi dan pengaturan yang logik - Mempunyai bukti yang kukuh - Mengetahui secara jelas pemilihan kata (artikulasi)

Dapatan daripada soal selidik Bahagian I, dan Bahagaian II, dapat dilihat dalam

bentuk rajah-rajah dalam bahagian yang seterusnya.

4.1.1 Analisis Soalan Objektif (Bahagian I)

Terdapat 20 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar dalam soal selidik ini dan

ianya terbahagi kepada kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, pelajar dikehendaki

untuk memilih jawapan yang tepat antara ~tekara/~tara, manakala pada bahagian kedua,

pelajar diminta memilih jawapan yang tepat antara ~toki/~tara. Komponen-komponen

soalan bagi soal selidik ini dapat dilihat pada Jadual 4.2 berikut.

Page 3: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

40

Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I: Soalan Objektif)

No.Q Soalan

1 電話を(かけてから、かけたら)、友達のうちへ行ったほうがいいです。

2 日本へ(きてから、きたら)、日本語の勉強を始めました。

3 このボタンを(押してから、押したら)お湯が出ます。

4 今とった写真が(できてから、できたら)、わたしにも1まいください。

5 10 時に(なってから、なったら)、出かけましょう

6 わたしが日本に(きてから、きたら)、1年になります。

7 朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。

8 空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。

9 先週風邪を(ひいてから、ひいたら)、ずっと体調が悪い。

10 ドアを(開けてから、開けたら)目の前にネコがいた。

11 風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。

12 きのう、(寝るとき、寝たら)、窓を閉めました。

13 ルンさんは、きのう加藤さんと(話しているとき、話していたら)、敬語を使っていました。

14 雨が(降ったとき、降ったら)、行きません。

15 かばんを(あけるとき、あけたら)、教科書がなかった。

16 東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。

17 京都駅に(着いたとき、着いたら)、わたしに電話をください。すぐ迎えに行きます。

18 このシャツはデパートへ(行ったとき、行ったら)買いました。

19 毎日水を(やったとき、やったら)、花が咲きました。

20 ニューヨークで(働いていたとき、働いたら)、彼女と会いました。

Peratus jawapan daripada data yang dikumpulkan daripada soal selidik Bahagian

I, adalah daripada jawapan tepat yang dipilih oleh PBJI dan PBJM seperti dalam Jadual

4.3 berikut. Dalam seksyen yang seterusnya, dapatan kajian akan dibincangkan secara

kuantitatif dengan bantuan gambar rajah mengikut kategori pelajar (PBJI dan PBJM).

Page 4: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

41

Jadual 4.3: Jumlah Peratus Jawapan Tepat oleh PBJI dan PBJM

Quest no. Kata Hubung Peratus Jawapan Tepat

(%) PBJI PBJM

Q.1

~tekara

66 54 Q.2 50 65 Q.6 59 60 Q.9 61 46 Q.12

~toki

81 93 Q.13 75 89 Q.16 74 69 Q.18 75 82 Q.20 81 75 Q.3

~tara vs ~tekara

64 71 Q.4 61 37 Q.5 69 82 Q.7 39 20 Q.8 39 28 Q.10 46 42 Q.11

~tara vs ~toki

36 23 Q.14 86 72 Q.15 56 65 Q.17 76 94 Q.19 76 33

4.1.1.1 Penggunaan ~tekara oleh PBJI

Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan peratus jawapan bagi soalan objektif dalam

mengenal pasti ~tekara oleh PBJI. Rajah 4.1 yang merujuk kepada soalan;

Q.2 [<日本へ(きてから、きたら)、日本語の勉強を始めました。> Nihon e (kitekara, kitara), nihongo no benkyou o hajimemashita (Saya mulai belajar bahasa Jepang sejak datang ke Jepang)],

menunjukkan peratusan jawapan yang tepat 50%, dan Rajah 4.2 yang merujuk kepada

soalan;

Q.6 [<わたしが日本に(きてから、きたら)、1年になります。> Watashi ga nihon ni (kitekara, kitara), ichi nen ni narimasu (Sudah berlalu 1 tahun sejak saya datang ke Jepang)],

Page 5: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

42

dengan peratus jawapan yang tepat 59%. Jika dilihat Jadual 4.3, peratusan jawapan

tepat pada Q.2 dan Q.6, kedua soalan menunjukkan peratusan yang rendah berbanding

Q.1 dan Q.9 dalam ujian pemahaman ~tekara. Merujuk kepada panduan skala

penarafan Swovelin 1 , bilangan peratus peratus jawapan tepat dengan kadar 50~59

menunjukkan kelemahan analisis penggunaan ~tekara dalam ayat Q.2 dan Q.6 secara

mendalam dan hanya membaca soalan secara ringkas sahaja ketika menjawab soalan.

Ayat Q.2 mempunyai maksud “saya mula belajar bahasa Jepun, semenjak datang

ke Jepun”. Kata hubung ~tekara pada ayat tersebut bermakna sebagai ‘semenjak/sejak’

dan bukan bermakna ‘selepas’ yang menunjukkan urutan dua aksi/perbuatan. Justeru,

sebahagian daripada pelajar mungkin tidak menyedari makna lain daripada ~tekara

sebagai ‘sejak’ dan cenderung menterjemahkan ~tekara kepada ‘selepas’. Penggunaan

‘selepas’ (saya mulai belajar bahasa Jepun selepas datang ke Jepun) juga ‘jika/bila’

(saya mulai belajar bahasa Jepun bila datang ke Jepun) dalam ayat Q.2 tidak memberi

sebarang masalah di dalam konteks bahasa Indonesia, keduanya boleh diterima pakai.

Pelajar mungkin berfikir penggunaan ‘bila’ lebih tepat untuk ayat Q.2 berbanding

‘selepas’. Walaubagaimanapun, penggunaan ~tara kepada ayat Q.2 menyalahi kaedah

aturan penggunaan ~tara. Hal ini menerangkan peratusan jawapan tepat yang agak

rendah berbanding soalan lain.

1 Sila rujuk Jadual 4.1, muka surat 39

Rajah 4.1: Peratus Jawapan Q.2 (PBJI) Rajah 4.2: Peratus Jawapan Q.6 (PBJI)

Page 6: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

43

Ayat Q.6 membawa maksud “Sudah berlalu 1 tahun sejak saya datang ke

Jepang”. Penggunaan ~tekara merujuk kepada ‘sejak/semenjak’, iaitu tempoh ‘sejak

tiba ke Jepun’. Seperti terlihat pada Rajah 4.2, peratus jawapan tepat bagi penggunaan

~tekara dalam Q.6 oleh PBJI ialah 59%. Ini bermakna 41% daripada pelajar telah

memilih ~tara sebagai jawapan. Hal ini menggambarkan kekeliruan pelajar dalam

memahami konsep penggunaan ~tara yang tepat. Seperti yang dapat dilihat dalam

Jadual 2.2, ~tara menunjukkan frasa andaian, iaitu jika perkara pada ayat pertama

berlaku, maka ayat setelah ~tara mesti menunjukkan kondisi yang harus berlaku2.

4.1.1.2 Penggunaan ~toki oleh PBJI

Rajah 4.3 berikut menunjukkan peratus dapatan jawapan untuk soalan

Q.12~Q.20 merujuk kepada penggunaan ~toki oleh PBJI;

Q.12 [<きのう、(寝るとき、寝たら)、窓を閉めました。> Kinoo, (nerutoki, netara), mado o shimemashita (Tadi malam, saya menutup jendela ketika akan tidur)],

Q.13 [<ルンさんは、きのう加藤さんと(話しているとき、話していたら)、敬語を使ってい

ました。> Run san wa, kinoo Katoo san to (hanashiteirutoki, hanashiteitara), keigo o tsukatteimashita (Kemarin, Run menggunakan bahasa formal ketika berbicara dengan Katoo)],

Q.16 [<東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。> Tokyoo e (ittatoki, ittara), hoteru ni tomarimashita (Saya menginap di hotel ketika pergi ke Jepang)],

Q.18 [<このシャツはデパートへ(行ったとき、行ったら)買いました。> Kono syatsu wa depaato e (ittatoki, ittara), kaimashita (Kaos ini saya beli ketika pergi ke departemen stor)],

Q.20 [<ニューヨークで(働いていたとき、働いたら)、彼女と会いました。> Nyuuyooku

de (hataraiteitatoki, hataraiteitara), kanojo to aimashita (Saya bertemu dengan dia (perempuan) ketika bekerja di New York)],

2 Sila rujuk Jadual 2.2 dalam Bab 2 muka surat 28 untuk contoh ayat

Page 7: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

44

Berdasarkan Rajah 4.3, peratusan jawapan yang tepat bermula daripada 74% sehingga

ke 81%. Merujuk kepada skala Swovelin, bilangan peratusan ini menggambarkan

bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti ~toki dalam soalan

objektif dengan baik.

Sementara itu, peratusan kesilapan tertinggi dalam bahagian ini dapat dilihat

pada Q.16 iaitu 26%.

Q.16 Tookyoo e (itta - toki, it - tara), hoteru - ni tomarimashita. Tokyo partikel (pergi - ketika, pergi - jika), hotel - partikel menginap - past tense copula

< 東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。>

Ind: (Ketika saya pergi), (Jika saya pergi), ke Tokyo, menginap di hotel. Mal: (Ketika saya pergi), (Jika saya pergi), ke Tokyo, menginap di hotel.

Sekiranya pelajar membaca soalan ini dengan teliti, pelajar tidak akan menghadapi

masalah untuk memilih ~toki, kerana ia menjelaskan perkara yang telah berlaku. Pelajar

mungkin tidak menyedari kaedah aturan penggunaan kala lampau pada ayat ini, iaitu:

<ホテルに泊まりました。> hoteru ni tomarimashita (menginap di hotel). Pada

asasnya kata kerja kala lampau, ~mashita di akhir ayat, sebagaimana terlihat dalam

perkataan tomarimashita (telah menginap) menunjukkan aksi/tindakan daripada kata

kerja itu telah berlalu. Walaubagaimanapun, pelajar menganggap kejadian (pergi ke

Tokyo dan bermalam di hotel) merupakan ayat yang menunjukkan syarat/andaian. Hal

Rajah 4.3: Peratus Jawapan Q.12, Q.13, Q.16, Q.18 dan Q.20 (PBJI)

Page 8: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

45

ini boleh diterima pakai dalam bahasa Indonesia, sekiranya pelajar berfikir dalam

bahasa ibunda, ‘jika pergi ke Tokyo, menginap di hotel’. Kefahaman dalam bahasa

ibunda ini mungkin turut menyumbang kepada peratus ayat silap yang tinggi pada Q.16

berbanding soalan lainnya.

4.1.1.3 Penggunaan ~tara oleh PBJI

Bahagian yang seterusnya, adalah analisis dapatan kajian ke atas PBJI mengenai

kemampuan pelajar mengenal pasti perbezaan penggunaan ~tara /~tekara dan

~tara/~toki.

4.1.1.3.a Soalan Objektif ~tara berbanding ~tekara

Rajah 4.4 menunjukkan peratus jawapan daripada soalan Q.7 dan Q.8.

Q.7 [<朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。> Asa, (okitekara, okitara), ame ga futteita (Pagi, ketika bangun tidur, (saya mendapati) hujan telah turun)], dan

Q.8 [<空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。> Kuukoo e ryooshin o mukae ni (ittekara, ittara), sensei ni atta (Ketika pergi ke bandara untuk menjemput orang tua, (tanpa diduga) bertemu dengan guru)]

Rajah 4.4 tersebut menunjukkan peratus kesilapan tertinggi dalam bahagian ini dengan

peratus kesilapan yang sama, iaitu 61%. Merujuk kepada jadual 4.1, bilangan peratus

jawapan tepat pada kadar 30~49 menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tentang

kaedah penggunaan ~tara ataupun ~tekara dalam soalan-soalan ini adalah tidak matang,

dan pelajar cenderung menyalahtafsir maksud ayat dengan pembacaan yang kurang

Rajah 4.4: Peratus Jawapan Q.7 dan Q.8 (PBJI)

Page 9: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

46

teliti dan membawa kepada pengabaian peraturan penggunaan ~tara ataupun ~tekara

dalam ayat Q.7 dan Q.8.

Sebahagian besar pelajar memilih ~tekara sebagai jawapan untuk Q.7 dan Q.8,

membawa kepada penghasilan ayat yang tidak tepat dari segi nahunya. Soalan Q.7 dan

Q.8 merujuk kepada penggunaan ~tara yang menunjukkan ‘kondisi yang didapati’, dan

‘perkara yang tidak dijangkakan’3. Walaubagaimanapun, pelajar menterjemahkan ~tara

kepada ‘bila/jika’ dan ~tekara kepada ‘selepas’. Mereka cenderung berfikir dalam

bahasa ibunda mereka ketika menjawab soalan-soalan ini yang mana penggunaan

‘selepas’ lebih lazim digunakan. Hal ini menjelaskan kekeliruan pelajar dalam memilih

~tekara sebagai jawapan kepada Q.7 dan Q.8.

Seterusnya, Rajah 4.5 berikut menunjukkan keputusan peratus jawapan tepat

tertinggi dalam bahagian ini dalam soalan Q.5.

Q.5 [<10 時に(なってから、なったら)、出かけましょう。> Jyuu ji ni (nattekara, nattara), dekakemashoo (Mari berangkat bila jam menunjukkan pukul 10)]

Jawapan tepat bagi soalan Q.5 ialah 69%. Merujuk kepada panduan skala penarafan

Swovelin4, bilangan peratus jawapan tepat pada kadar 60~79 menunjukkan sebahagian

besar daripada pelajar dapat menjawab dengan baik, dan mempunyai kefahaman yang

jelas mengenai kata hubung ~tara dan ~tekara. Hal ini telah dijangkakan 3 Sila rujuk Bab 2 muka surat 28 4 Sila rujuk Jadual 4.1 muka surat 39

Rajah 4.5: Peratus Jawapan Q.5 (PBJI)

Page 10: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

47

memandangkan kekerapan penggunaannya sebagai contoh ayat yang menjelaskan

kaedah penggunaan ~tara di dalam buku-buku teks bahasa Jepun.

Pada dasarnya, Q.5 menggambarkan bahawa ‘apabila waktu menunjukkan pukul

10, subjek mengajak untuk pergi’. Walaubagaimanapun, terjemahan ke dalam bahasa

Indonesia (Mari berangkat setelah jam menunjukkan pukul 10) membolehkan

penggunaan ~tekara untuk ayat tersebut.

4.1.1.3.b ~tara berbanding ~toki

Rajah 4.6 berikut ini menunjukkan peratus dapatan daripada ~tara berbanding

~toki dalam;

Q.11, [<風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。> Kaze o (hikutoki, hiitara), kusuri o nonde, hayaku nemasu (Jika masuk angin, minum obat dan cepat tidur)],

Rajah 4.6 di atas menunjukkan, peratus kesilapan yang agak tinggi dalam bahagian ini,

iaitu 64%, dan 36% jawapan tepat. Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus ini

menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tentang kaedah penggunaan ~tara ataupun

~toki dalam soalan ini tidak matang dan pelajar tidak membaca soalan dengan teliti

membawa kepada pengabaian peraturan penggunaan ~tara ataupun ~toki dalam ayat

Q.11.

Rajah 4.6: Peratus Jawapan Q.11 (PBJI)

Page 11: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

48

Pada dasarnya soalan Q.11 mengandungi makna seperti berikut:

Q.11 Kaze o (hiku - toki, hii - tara), kusuri - o nonde, hayaku nemasu. Angin partikel (menjadi - ketika, menjadi - jika), ubat - partikel minum, cepat - tidur present tense

< 風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。>

Ind :(Ketika masuk angin), (Jika masuk angin), minum ubat dan cepat tidur. Mal :(Ketika mendapat selsema), (Jika mendapat selsema), ambil ubat dan tidur

awal.

Untuk menghasilkan ayat yang tepat, pelajar seharusnya memilih ~tara yang sesuai

dengan ayat seterusnya, iaitu ‘ambil ubat dan tidur awal’ sebagai rawatan ‘jika

mendapat selsema’. Walaubagaimanapun, kemungkinan sebahagian besar daripada

pelajar tidak memahami peraturan nahu ayat ini dan berfikir bahawa ayat untuk

menggambarkan ‘selsema’ dalam bahasa Jepun ialah:

Q.11a Kaze o hiki-masu. Angin partikel menjadi – present tense copula

< 風邪をひきます。>

Mal : Mendapat selsema Ind : Masuk angin

Pada asasnya, kata kerja kala kini, <ます> masu menunjukkan bahawa

aksi/keadaan daripada kata kerja tersebut belum dimulakan. Ayat kaze o hikimasu

menggambarkan ‘akan mendapat selsema’. Seterusnya, pengubahsuaian daripada ayat

kaze o hikimasu dengan menggunakan kata hubung ~toki ialah <風邪をひく> kaze o

hiku, menyebabkan sebahagian pelajar berfikir <風邪をひくとき> kaze o hikutoki

adalah jawapan yang tepat. Walaubagaimanapun, ayat yang tepat untuk

menggambarkan ‘mendapat selsema’ ialah:

Page 12: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

49

Q.11b Kaze o hiki-mashita. Angin partikel menjadi - past tense copula

< 風邪をひきました。>

Mal : Mendapat selsema Ind : Masuk angin

Bentuk kata kerja kala lampau, <ひきました> hikimashita pada ayat tersebut

menunjukkan keadaan sudah terjadi, iaitu ‘mendapat selsema’. Bagi konteks ayat Q.11,

keadaan selsema yang dimaksudkan hanya boleh digambarkan ‘apabila telah mendapat

selsema’. Justeru dalam hal ini, pengubahsuaian ayat <風邪をひきました> kaze o

hikimashita ialah <風邪をひいた> kaze o hiita, dan ayat ini lebih natural dalam

bentuk andaian ~tara. Oleh itu, jawapan yang tepat untuk Q.11 ialah:

Q.11c Kaze o hiitara, kusuri o nonde, hayaku nemasu.

< 風邪をひいたら、薬を飲んで、早くねます。>

(Jika mendapat selsema, ambil ubat dan pergi tidur awal).

4.1.1.4 Penggunaan ~tekara oleh PBJM

Rajah berikut, 4.7 dan 4.8 menunjukkan peratus dapatan bagi soalan objektif

dalam mengenal pasti ~tekara oleh PBJM. Jika merujuk kepada Jadual 4.3, bilangan

peratus jawapan tepat pada rajah-rajah ini menunjukkan peratusan yang rendah

berbanding Q.2 dan Q.6. Rajah 4.7 menunjukkan peratus dapatan penggunaan ~tekara

daripada Q.1.

Page 13: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

50

Melalui Rajah 4.7, dapat diketahui bahawa peratus jawapan tepat Q.1 adalah

pada kadar 54%. Hampir separuh daripada pelajar (46%) telah memilih jawapan ~tara

berbanding ~tekara. Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat pada

kadar 50~59 menjelaskan penganalisaan yang kurang tepat oleh pelajar dan pembacaan

secara ringkas ketika menjawab soalan.

Ayat Q.1 ialah:

Q.1 Denwa o (kake - tekara, kake - tara), tomodachi -no uchi-e itta hou-ga iidesu. Telefon-partikel (membuat-selepas, membuat-jika), kawan-partikel rumah-partikel pergi lebih baik-copula

< 電話を(かけてから、かけたら)、友達のうちへ行ったほうがいいです。>

Mal: (Selepas membuat panggilan telefon), (Jika membuat panggilan telefon),

sebaiknya kamu pergi ke rumah kawan tersebut.

Kata hubung yang bersesuaian bagi Q.1 ialah ~tekara yang menggambarkan aksi urutan

pada ayat kedua, iaitu <友達のうちへ行ったほうがいいです。> tomodachi no uchi e

itta hooga ii desu (sebaiknya pergi ke rumah kawan)

Kesilapan dalam menterjemahkan ayat <電話をかけたら、> denwa o kaketara

(membuat panggilan telefon) juga mungkin menyebabkan pelajar melakukan kesilapan

sehingga memilih ~tara sebagai jawapan bagi Q.1. Hal ini desebabkan oleh bentuk kata

kerja daripada ayat <電話をかけたら、> denwa o kaketara adalah kata kerja kala

lampau. Pelajar berfikir aksi pada ayat tersebut telah dilakukan, iaitu ‘bila panggilan

Rajah 4.7: Peratus Jawapan Q.1 (PBJI)

Page 14: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

51

telefon sudah dilakukan’. Hal ini telah memberi kesan bagi beberapa pelajar hingga

memilih ~tara sebagai jawapan.

Pada masa yang sama, bentuk ayat <~たほうがいいです。> ~ta hooga iidesu

(sebaiknya~) yang digunakan ketika memberikan cadangan untuk melakukan perbuatan

pada kata kerja yang ada di akhir soalan Q.1 turut menyumbang kepada peratus jawapan

silap. Walaubagaimanapun penterjemahan soalan Q.1 ke dalam bahasa Melayu, ‘bila

telah membuat panggilan telefon, sebaiknya kamu pergi ke rumah kawan’

sememangnya tidak membawa sebarang masalah, ianya terdengar natural.

Rajah 4.8 berikut, adalah soalan daripada soalan Q.9, menunjukkan peratus

jawapan tepat sebanyak 46% sahaja. Menurut skala Swovelin (Jadual 4.1), hal ini

menggambarkan bahawa kefahaman pelajar tentang kaedah penggunaan ~tekara dalam

soalan ini tidak matang. Pelajar tidak membaca soalan dengan teliti dan mengabaikan

peraturan penggunaan ~tekara dalam ayat Q.9.

Q.9 [<先週、風邪を(ひいてから、ひいたら)、ずっと体調が悪い。> Senshuu, kaze o (hiitekara, hiitara), zutto taichoo ga warui (Sejak mendapat selsema minggu lepas, kondisi badan terjejas)],

Sebahagian besar pelajar tidak dapat memahami makna penggunaan ~tekara

bagi soalan ini. Pelajar cenderung untuk berfikir bahawa makna ~tekara dalam ayat Q.9

adalah sebagai ‘selepas’. Perkataan yang menunjukkan kata masa seperti <先週>

Rajah 4. 8: Peratus Jawapan Q.9 (PBJM)

Page 15: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

52

senshuu ‘minggu lepas’ di awal ayat turut mempengaruhi pemahaman pelajar, kerana

menganggap ayat ini mesti diakhiri dengan perkataan dalam bentuk kala lampau juga.

Oleh sebab itu, pelajar lebih cenderung memilih <風邪をひいたら、> kaze o hiitara

(jika mendapat selsema) yang menunjukkan nuansa ayat bersyarat yang mana ayat

penghujungnya boleh berada dalam bentuk semasa, berbanding ayat <風邪をひいてか

ら、> kaze o hiitekara (sejak mendapat selsema) .

Walaubagaimanapun, kata hubung yang bersesuaian untuk Q.9 ialah ~tekara.

~tekara di dalam ayat ini bermaksud ‘sejak’, yang menggambarkan ‘kondisi fizikal

daripada subjek yang mula menjadi teruk sejak ia mendapat selsema minggu lepas. Pada

masa yang sama hampir sebahagian dari PBJM juga keliru dengan bentuk ayat <~たほ

うがいいです。> ~ta hooga iidesu (sebaiknya~) yang membawa nuansa cadangan

untuk melakukan perbuatan pada kata kerja di akhir soalan Q.1, iaitu ‘pergi ke rumah

kawan’. Pelajar berfikir bahawa bentuk ayat <~たほうがいいです。> ~ta hooga

iidesu (sebaiknya~) lebih sesuai kepada peraturan penggunaan ~tara.

Sebahagian besar PBJM didapati dapat mengenal pasti ~tekara dengan makna

‘sejak/semenjak’ pada soalan Q.2 dan Q.6. Walaubagaimanapun, hanya sebahagian dari

PBJM yang memilih ~tekara sebagai jawapan tepat untuk soalan Q.9 dan Q.1. ~tekara

pada Q.9 dan Q.1 juga turut membawa maksud ‘sejak/semenjak’, dan sebahagian

pelajar gagal untuk mengenal pasti maksud ini. Walaupun penggunaan ~tara dalam

kedua ayat Q.1 dan Q.9 adalah menyalahi peraturan penggunaan ~tara, ia tidak

memberi sebarang masalah sekiranya pelajar menggunakannya dalam konteks bahasa

Melayu sebagai ‘jika/bila’. Hal ini menjelaskan kegagalan sebahagian dari PBJM dalam

mengenal pasti ~tekara dalam Q.1dan Q.9.

Page 16: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

53

4.1.1.5 Penggunaan ~toki oleh PBJM

Rajah 4.9 di bawah ini menunjukkan peratus jawapan pada soalan Q.12, Q.13

dan Q.18, oleh PBJM.

Q.12 [<きのう、(寝るとき、寝たら)、窓を閉めました。> Kinoo, (nerutoki, netara), mado o shimemashita (Semalam, (ketika akan tidur, jika tidur) menutup tingkap)],

Q.13 [<ルンさんは、きのう加藤さんと(話しているとき、話していたら)、敬語を使ってい

ました。> Run san wa Katoo san to (hanashiteirutoki, hanashiteitara), keigo o tsukatteimashita (Semalam, En. Run, (ketika bercakap, jika bercakap) dengan En. Katoo menggunakan bahasa formal] dan

Q.18 [<このシャツはデパートへ(行ったとき、行ったら)、買いました。> Kono syatsu wa depaato e (ittatoki, ittara) kaimashita (Baju T ini saya beli ketika pergi pusat membeli belah)]

Berdasarkan Rajah 4.9, bilangan peratus jawapan tepat untuk setiap soalan melebihi

80%. Merujuk kepada panduan skala penarafan oleh Swovelin (Jadual 4.1), peratusan

ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti

penggunaan kata hubung ~toki dengan baik. Pelajar mempunyai kefahaman yang kukuh

tentang kaedah penggunaan ~toki, dan tidak menghadapi masalah untuk menggunakan

~toki.

Manakala Rajah 4.10 di atas menunjukkan peratus jawapan pada soalan Q.16,

yang lebih rendah berbanding Q.12, Q.13 dan Q.18.

Rajah 4.9: Peratus Jawapn Q.12, Q.13 dan Q.18 (PBJM)

Rajah 4.10: Peratus Jawapan Q.16 (PBJM)

Page 17: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

54

Q.16 [<東京へ(行ったとき、行ったら)、ホテルに泊まりました。> Tookyoo e (ittatoki, ittara), hoteru ni tomarimashita (Ketika saya pergi ke Tokyo, saya tinggal di hotel]

Merujuk kepada Rajah tersebut, peratus jawapan tepat adalah 69%. Peratus kesilapan

sebanyak 31% adalah peratus kesilapan yang tertinggi bagi PBJM dalam bahagian ini.

Hal ini menunjukkan hanya sebahagian kecil daripada pelajar melakukan kesilapan

ketika menjawab Q.16 berbanding soalan-soalan lain. Soalan Q.16 menunjukkan

perkara yang telah berlaku, dan hanya sesuai menggunakan kata hubung ~toki.

Walaubagaimanapun, 31% daripada pelajar beranggapan bahawa Q.16 adalah ayat

andaian, iaitu ‘jika pergi ke Tokyo, saya menginap di hotel’, di mana ayat ini boleh

diterima pakai dalam bahasa Melayu.

4.1.1.5 Penggunaan ~tara pada PBJM

Analisis dapatan kajian mengenai kemampuan PBJM mengenal pasti perbezaan

penggunaan ~tara untuk soal selidik soalan objektif (Bahagian I) dibahagi kepada dua

bahagian, iaitu: ~tara berbanding ~tekara dan ~tara berbanding ~toki.

4.1.1.6.a Soalan Objektif ~tara berbanding ~tekara

Rajah 4.11 di bawah ini menunjukkan peratus jawapan bagi soalan Q.5 di

kalangan PBJM.

Q.5 [<10 時に(なってから、なったら)、出かけましょう。> Jyuu ji ni (nattekara, nattara), dekakemashoo (Mari berangkat bila waktu menunjukkan pukul 10],

Rajah 4.11: Peratus Jawapan Q.5 (PBJM)

Page 18: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

55

Berdasarkan Rajah 4.11, peratus jawapan tepat ialah 82%, menjadikan Q.5 sebagai

soalan yang mendapat peratus jawapan tepat tertinggi dalam bahagian ~tara berbanding

~tekara. Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat ini menunjukkan

bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti penggunaan ~tara

dalam ayat Q.5 dengan baik. Pelajar mempunyai kefahaman yang kukuh tentang kaedah

penggunaan ~tara dalam ayat ini.

Ayat Q.5 merupakan ayat bersyarat yang bermaksud ‘penutur menggalakkan

untuk pergi apabila waktu menunjukkan pukul 10’. Ayat Q.5 ini kerap digunakan

sebagai contoh ayat untuk menjelaskan kaedah penggunaan ~tara di dalam buku-buku

teks bahasa Jepun. Faktor ini juga mungkin turut menyumbang kepada bilangan peratus

jawapan tepat yang tinggi berbanding soalan lain.

Di sisi lain, sebahagian besar daripada pelajar tidak dapat mengenal pasti

penggunaan ~tara dalam soalan Q.4, Q.7 dan Q.8.

Q.4 [<今とった写真が(できてから、できたら)、わたしにも1まいください。> Ima totta shashin ga (dekitekara, dekitara), watashi nimo ichi mai kudasai (Sila bagi saya satu keping, jika gambar yang diambil ini sudah siap)],

Q.7 [<朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。> Asa, (okitekara, okitara), ame ga futteita (Pagi, ketika saya bangun tidur, (saya mendapat tahu) hujan telah turun)], dan

Q.8 [<空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。> Kuukoo e ryoushin o mukaeni (ittekara, ittara), sensei ni atta (Ketika saya pergi ke lapangan terbang untuk mengambil ibu bapa, (tanpa dijangkakan) bertemu dengan guru)].

Rajah 4.12: Peratus Jawapan Q.4, Q.7 dan Q.8 (PBJM)

Page 19: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

56

Sebagaimana yang dapat dilihat pada Rajah 4.12, bilangan peratus kesilapan bagi Q.4,

Q.7 dan Q.8 masing-masing adalah 63%, 80% dan 72%. Secara langsung ia

menunjukkan peratus jawapan tepat yang rendah pada kadar 20%~37%. Merujuk

kepada takrifan Swovelin, bilangan peratus jawapan tepat kurang daripada 37%

menunjukkan bahawa kefahaman yang tidak matang oleh pelajar mengenai penggunaan

~tekara ataupun ~tara. Pelajar tidak membaca soalan dengan teliti dan mengabaikan

peraturan penggunaan ~tekara ataupun ~tara.

Dalam ayat Q.4:

Q.4 Ima totta shashin ga (deki - tekara, deki - tara) watashi ni mo ichimai kudasai. Telefon-partikel (membuat-selepas, membuat-jika), kawan-partikel rumah-partikel pergi lebih baik-copula

<今とった写真が(できてから、できたら)、わたしにも1まいください。>

Mal: (Selepas gambar yang diambil ini sudah siap), (Jika/Kalau gambar yang

diambil ini sudah siap), sila bagi saya satu keping.

Penggunaan kata hubung bersyarat ~tara akan menghasilkan ayat tepat untuk Q.4.

Walaubagaimanapun, terjemahan ayat ini ke dalam bahasa Melayu mengesahkan

~tekara lebih tepat berbanding ~tara sehingga pelajar memilih jawapan yang silap dari

segi peraturannya dalam bahasa Jepun. Pelajar juga tidak memberi perhatian kepada

makna dan peraturan asas daripada kata kerja sebelum kata hubung ~tekara/~tara, iaitu

< で き ま す > dekimasu (boleh/dapat). Kata kerja ini menunjukkan

kesanggupan/kebolehan dan ianya tidak sesuai bagi peraturan penggunaan ~tekara.

Kata hubung ~tekara digunakan untuk menunjukkan dua perkataan kata kerja yang

menunjukkan aksi/kegiatan5 secara berturutan.

5 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat

Page 20: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

57

Seterusnya, bilangan peratus 20% dalam Q.7 dan 28% dalam Q.8 menunjukkan

pelajar mempunyai masalah kefahaman nahu mengenai ~tekara ataupun ~tara. Secara

gramatis ayat Q.7 bermaksud:

Q.7 Asa (oki - tekara, oki - tara) ame ga futte-ita. Pagi (bangun-selepas, bangun-jika), hujan-partikel turun – kala lampau

< 朝、(起きてから、起きたら)、雨が降っていた。 >

Mal: Pagi (selepas bangun tidur), (ketika bangun tidur), saya mendapat tahu

bahawa hujan telah turun.

Manakala ayat Q.8 ialah:

Q.8 Kuukoo e ryooshin o mukae ni (it - tekara, it - tara) sensei ni atta. Lapangan terbang - partikel – ibu bapa - partikel - ambil - partikel (pergi-selepas, pergi-ketika), guru -partikel jumpa - past tense

< 空港へ両親を迎えに(行ってから、行ったら)、先生に会った。 >

Mal: (Ketika saya pergi), (Selepas saya pergi) ke lapangan terbang untuk

mengambil ibu bapa, (tanpa dijangkakan) bertemu dengan guru.

Pada asasnya, ~tara dalam ayat Q.7 dan Q.8 digunakan untuk menyambungkan

ayat yang menunjukkan kejadian perkara yang tidak dijangkakan. Pelajar gagal untuk

mengenal pasti ~tara dalam soalan ini dan mengambil ~tara sebagai frasa andaian dan

menterjemahkannya kepada ‘bila/jika’, manakala ~tekara diterjemahkan kepada

‘selepas’. Secara amnya, penggunaan kata hubung ‘selepas’ dan ‘bila’ bagi Q.7 dan Q.8

boleh diterima pakai di dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bentuk dan makna

ayat setelah kata hubung ~tekara dan ~tara pada Q.7, <雨が降っていた。 > ame ga

futteita (hujan turun) dan ayat Q.8, < 先生に会った。 > sensei ni atta (bertemu

dengan guru) menunjukkan kondisi yang tidak dijangkakan (~tara) dan bukan ayat yang

menunjukkan urutan aksi/perbuatan (~tekara).

Page 21: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

58

4.1.1.6.b Soalan Objektif ~tara berbanding ~toki

Rajah yang seterusnya adalah merujuk kepada soalan Q.14 dan Q.11. Rajah 4.13

adalah merujuk kepada Q.14 dengan peratus jawapan tepat ialah 72%.

Q.14 [<雨が(降ったとき、降ったら)、行きません。> Ame ga (futtatoki, futtara), ikimasen (ketika hujan turun, jika hujan turun, tidak jadi pergi)]

Merujuk kepada Jadual 4.1, bilangan peratus jawapan tepat ini menunjukkan bahawa

sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti penggunaan ~tara dan ~toki

dalam soalan ini.

Selain daripada itu, ayat yang digunakan dalam Q.14 juga kerap digunakan di

dalam buku-buku teks bahasa Jepun untuk menjelaskan kaedah penggunaan ~tara, dan

ini turut menyumbang kepada bilangan peratus jawapan tepat yang tinggi.

Walaubagaimanapun, dalam konteks penggunaan yang sama, seperti dapat

dilihat dalam Rajah 4.14 di bawah, peratus jawapan bagi soalan Q.11 hanyalah 23%

sahaja

Q.11 [<風邪を(ひくとき、ひいたら)、薬を飲んで、早くねます。> Kaze o (hikutoki, hiitara), kusuri o nonde, hayaku nemasu (ketika mendapat selsema, jika mendapat selsema), ambil ubat dan tidur awal)],

Bilangan peratus jawapan tepat ini menjadikan soalan Q.11 menunjukkan bilangan

peratus jawapan tepat paling rendah untuk bahagian ~tara berbanding ~toki. Bilangan

Rajah 4.13: Peratus Jawapan Q.14 (PBJM)

Rajah 4.14: Peratus Jawapan Q.11 (PBJM)

Page 22: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

59

peratus jawapan tepat tersebut menunjukkan bahawa kefahaman sebahagian besar

pelajar mengenai kaedah penggunaan ~tara ataupun ~toki dalam soalan ini adalah tidak

matang. Pelajar gagal untuk membaca soalan dengan teliti dan mengabaikan peraturan

penggunaan ~tara ataupun ~toki.

Pada dasarnya, ayat Q.11 menunjukkan andaian/persyaratan, iaitu ‘apabila

mendapat selsema, ambil ubat dan tidur awal’. Pelajar semestinya memilih ~tara bagi

menghasilkan ayat yang tepat, tetapi kecenderungan menterjemahkan ayat Q.11 ke

dalam bahasa Melayu menyebabkan pelajar lebih mudah memilih ~toki berbanding

~tara.

4.1.2 Soal Selidik Penyelesaian Ayat

Bahagian soal selidik ini mengandungi 11 soalan berbentuk penyelesaian ayat

yang perlu dilengkapkan oleh pelajar. Pelajar perlu melengkapkan ayat menggunakan

~tekara, ~toki dan ~tara yang terdiri daripada ayat kata hubung ~tekara 3 ayat, ayat

kata hubung ~toki 3 ayat, dan 5 ayat menggunakan kata hubung ~tara. Soalan-soalan

bagi penyelesaian ayat dapat dilihat dalam jadual di bawah ini.

Jadual 4.4. Soalan Soal Selidik (Bahagian II: Penyelesaian Ayat) No Questions

1.a お酒をたくさん飲んでから、__________

1.b お酒をたくさん飲んだら、___________

2.a スーパーへ行ったとき、____________

2.b スーパーへ行ったら、____________

3.a 本を読むとき、____________

3.b 本を読んでいたら、____________

4.a ごはんを食べてから、____________

4.b ごはんを食べたら、____________

5.a 日本語を勉強してから、____________

5.b 日本語を勉強するとき、____________

5.c 日本語を勉強したら、____________

Page 23: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

60

Ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar dalam bahagian ini dikategorikan

berdasarkan dapatan kajian daripada Ichikawa (1997, 2005), iaitu ayat tepat, ayat silap

dan ayat keliru. Dalam kajian ini, ayat yang dikategorikan sebagai ayat silap tidak akan

dibincangkan kerana kesilapan yang jelas, contohnya kesilapan partikel, kesilapan

dalam pemilihan perkataan, kesilapan dalam merubah bentuk kata kerja atau kata sifat

dan kesilapan dalam penulisan Hiragana dan Katakana.

Seterusnya, kecekapan pelajar dalam menyelesaikan ayat-ayat bagi soalan

selidik daripada kajian ini dipaparkan pada jadual dan rajah-rajah di bawah ini.

Keseluruhan peratus dapatan bagi soalan penyelesaian ayat dipaparkan dalam Jadual 4.5

di bawah ini.

Jadual 4.5. Peratus Jawapan Keseluruhan bagi Soal Selidik (Bahgaian II: Penyelesaian Ayat)

No Soalan

Kata Hubung

Peratus (%) Tepat Silap Keliru

IJLL MJLL IJLL MJLL IJLL MJLL

1.a ~tekara

26 47 24 12 50 41 4.a 53 77 14 4 34 19 5.a 54 65 25 16 21 19 2.a

~toki 75 87 16 5 9 8

3.a 33 45 31 6 36 49 5.b 19 15 20 17 61 69 1.b

~tara

44 77 24 18 33 5 2.b 65 88 31 6 4 6 3.b 3 1 38 17 60 82 4.b 55 86 35 12 10 2 5.c 54 82 34 16 12 2

Perincian daripada pemerolehan PBJI dan PBJM dalam memahami ~tekara,

~toki and ~tara akan dijelaskan dalam bahagian masing-masing berdasarkan Jadual 4.5.

4.1.2.1 Penggunaan ~tekara oleh PBJI

Rajah 4.15 di bawah menunjukkan peratus jawapan ayat tepat, ayat silap dan

peratus ayat keliru yang dihasilkan oleh PBJI dalam soalan Q.1.a.

Page 24: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

61

Q.1.a [<お酒をたくさん飲んでから、____ > Osake o takusan nondekara, __ (Selepas minum banyak Sake (alkohol), __)] .

Merujuk kepada Rajah 4.15, 50% daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar adalah ayat

keliru, berbanding 26% ayat tepat dan 24% ayat silap. Soalan ini menunjukkan peratus

ayat keliru tertinggi dalam bahagian ini. Ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar untuk

melengkapkan kata hubung ~tekara bagi Q.1.a, secara amnya dapat difahami walaupun

tidak menepati peraturan pengunaannya.

Pada peringkat awal dan pertengahan pembelajaran bahasa Jepun, pelajar

mempelajari ~tekara sebagai kata hubung menunjukkan urutan dua aksi/tindakan.

Contohnya:

(19). Kono shigoto - o zenbu yat - tekara, biiru - o nomimasu. Ini kerja - partikel semua - selepas, bir - partikel minum.

< この仕事を全部やってから、ビールを飲みます。 >

Ind : Setelah menyelesaikan semua pekerjaan ini, saya minum bir. Mal : Selepas saya siapkan semua kerja ini, saya minum bir.

(Tomomatsu, 2007: 173)

Tetapi, ketika melengkapkan Q.1.a [<お酒をたくさん飲んでから、____ > Osake o takusan

nondekara, __ (Selepas minum banyak Sake (alkohol), __ ], sebahagian daripada

Rajah 4.15: Peratus Jawapan Q.1.a (PBJI)

Page 25: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

62

pelajar membuat ayat yang tidak tepat dengan kaedah penggunaan ~tekara. Pada

dasarnya, ayat ini menunjukkan perbuatan/aksi, iaitu ‘minum banyak Sake (alkohol)’.

Mengikut peraturan penggunaan ~tekara, pelajar seharusnya menghasilkan ayat yang

menunjukkan perbuatan yang berbeza selepas aksi pada ayat <お酒たくさんを飲んで

から、___ > osake o takusan nondekara, __, (selepas minum banyak Sake), seperti ayat

di bawah:

Q.1.a` <お酒たくさんを飲んでから、車を運転してはいけません。 > Osake o takusan nondekara, kuruma o untenshite wa ikemasen (Selepas minum banyak Sake (alkohol), tidak boleh memandu kereta).

Walaubagaimanapun, pelajar cenderung membuat ayat yang menggambarkan akibat

ataupun dapatan daripada perbuatan/aksi bagi ayat pertama, iaitu ‘selepas minum

banyak Sake’. Kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan ayat yang

menunjukkan akibat ataupun dapatan daripada perbuatan/aksi ayat pertama ialah ~kara

(kerana). Ayat (20) menunjukkan kekeliruan dalam melengkapkan Q.1.a yang

dihasilkan oleh pelajar.

(20). Takusan osake o non - dekara, atama - ga itai- desu. Banyak Sake (alkohol) partikel minum - selepas, kepala - partikel sakit - copula

< お酒たくさんを飲んでから、{ 頭が痛いです。} (?) >

Ind : Setelah saya banyak minum Sake , sakit kepala. Mal : Selepas saya banyak minum Sake, sakit kepala.

Ayat yang dihasilkan oleh pelajar untuk melengkapkan soalan Q.1.a ialah <頭が痛い

です。 > atama ga itai desu (sakit kepala). Dari segi nahunya, atama ga itai desu ialah

ayat yang betul. Apabila ayat ini dijadikan ayat pelengkap kepada ayat <お酒たくさん

を飲んでから、___ > osake o takusan nondekara, __, (selepas minum banyak Sake) ia

menghasilkan ayat yang tidak tepat dari segi nahunya. Ayat atama ga itai desu (sakit

kepala) menunjukkan akibat ataupun hasil daripada tindakan ayat pertama.

Page 26: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

63

Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini boleh diterima sekiranya kata

hubung ~kara (kerana) digunakan.

(20.a). Takusan osake o non - dakara, atama - ga itai- desu. Banyak Sake (alkohol) partikel minum - kerana, kepala - partikel sakit - copula

< お酒たくさんを飲んだから、頭が痛いです。 (✓) >

Ind : Karena saya banyak minum sake , sakit kepala. Mal : Disebabkan saya banyak minum Sake, sakit kepala.

Kajian Ichikawa (2005), menyebutkan bahawa kebanyakan pelajar bahasa Jepun

melakukan kesilapan dengan menggunakan kata hubung ~tekara menggantikan ~kara

kerana pelajar sering keliru dan beranggapan ~tekara dan ~kara adalah perkara yang

oleh kerana sama penulisan dan sebutan yang sama. Hal ini menyokong pendapat

bahawa pelajar mudah keliru dan menganggap <飲んでから、 ___ > nondekara

(selepas minum) dan <飲んだから、___ > nondakara (kerana minum) adalah ayat

yang sama dan menghasilkan ayat-ayat yang mengelirukan.

Pada masa yang sama, kebanyakan pelajar dapat menghasilkan ayat tepat ketika

diminta untuk melengkapkan soalan Q.4.a dan Q.5.a.

Q.4.a [<ごはんを食べてから、____ > Gohan o tabetekara, __ (Selepas makan nasi, __)] dan

Q.5.a [<日本語を勉強してから、____ > Nihongo o benkyooshitekara, __ (Selepas belajar bahasa Jepun, __)].

Rajah 4.16 berikut ini menunjukkan peratus jawapan Q.4.a oleh PBJI.

Sebagaimana yang dapat dilihat pada rajah tersebut, bilangan pelajar yang

menghasilkan ayat tepat adalah agak tinggi, dan hanya 34% daripada jawapan pelajar

dikategorikan sebagai ayat keliru. Ayat-ayat keliru yang dihasilkan oleh PBJI,

kebanyakannya boleh diterima dari segi nahunya, tetapi tidak gramatis apabila

digabungkan dengan ayat ~tekara Q.4.a. Ayat seterusnya harus menunjukkan

Page 27: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

64

perbuatan/aksi seterusnya setelah perbuatan dalam ayat soalan “makan nasi” telah

dilakukan. Contoh ayat untuk melengkapkan ayat Q.4.a adalah seperti berikut:

Q.4.a` <ごはんを食べてから、テレビを見ます。> Gohan o tabe tekara, terebi o mimasu (Selepas makan nasi, nonton tv).

Kebanyakan daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar menggambarkan kondisi

sebagai akibat dari perbuatan/aksi ‘setelah makan nasi’. Dalam hal ini, kata hubung

~kara (kerana) lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan kondisi sebagai akibat

dari perbuatan/aksi dalam ayat awal. Contoh pada ayat (21) berikut menunjukkan

kekeliruan pelajar dalam melengkapkan ayat Q.4.a:

(21). Gohan o tabe - tekara, onaka - ga ippai – desu. Nasi partikel makan - selepas, perut – partikel penuh - copula

<ご飯を食べてから、{ おなかがいっぱいです。} (?) >

Ind : Setelah saya makan nasi, perut kenyang. Mal : Selepas saya makan nasi, perut kenyang.

Ayat <おなかがいっぱいです。> onaka ga ippai desu (perut kenyang) yang

dihasilkan oleh pelajar menunjukkan kondisi akibat daripada aksi/tindakan daripada

ayat <ご飯を食べてから、___ > gohan o tabetekara (selepas makan nasi). Ayat kurang

tepat untuk digunakan sebagai penyambung ayat ~tekara pada ayat <ご飯を食べてか

Rajah 4.16: Peratus Jawapan Q.4.a (PBJI)

Page 28: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

65

ら、___ > gohan o tabetekara (selepas makan nasi) kerana menunjukkan dua aksi

ataupun tindakan yang tiada kaitan6. Walaubagaimanapun, ayat ini boleh diterima dan

tepat penggunaannya sekiraya ~tekara digantikan kepada ~kara, seperti berikut:

(21.a) Gohan o tabeta - kara, onaka - ga ippai – desu. Nasi partikel makan - kerana, perut – partikel penuh - copula

< ご飯を食べたから、おなかがいっぱいです。 (✓) >

Ind : Perut saya kenyang, karena makan nasi. Mal : Perut saya kenyang sebab makan nasi.

Rajah 4.17 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat

keliru untuk soalan Q.5.a.

Q.5.a [<日本語を勉強してから、____ > Nihongo o benkyooshitekara, __ (Selepas belajar bahasa Jepun, __)].

25% daripada ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar pada Q.5.a dikategorikan

sebagai ayat keliru. Walaupun ayat-ayat keliru itu dapat difahami maksudnya, tetapi

ianya tidak sesuai dari segi peraturan penggunaan ~tekara yang tepat. Pada asasnya,

ayat Q.5.a menunjukkan perbuatan/aksi, iaitu ‘selepas belajar bahasa Jepun’, dan harus

dilengkapkan dengan urutan ayat yang menunjukkan perbuatan/aksi yang dilakukan

6 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat

Rajah 4.17: Peratus Jawapan Q.5.a (PBJI)

Page 29: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

66

‘selepas belajar bahasa Jepun’, seperti ayat berikut:

Q.5.a` <日本語を勉強してから、日本語の歌を聞きます。> Nihongo o benkyooshitekara, nihongo no uta o kikimasu (Selepas belajar bahasa Jepun, mendengarkan lagu Jepun).

Dalam ayat keliru, pelajar menghasilkan ayat yang menggambarkan

andaian/persyaratan yang merujuk kepada peraturan penggunaan ~tara berbanding

dengan ~tekara. Contohnya ayat (22) berikut:

(22). Nihongo o benkyou - shi-tekara, nihongo - ga dekimasu. Bahasa Jepun partikel belajar - selepas, bahasa Jepun - partikel dapat.

< 日本語を勉強してから、{ 日本語ができます。} ( ? ) >

Ind : Saya bisa berbahasa Jepang setelah saya belajar bahasa Jepang,? Mal : Saya boleh berbahasa Jepun selepas saya belajar bahasa Jepun?

Ayat <日本語ができます。> nihongo ga dekimasu (boleh berbahasa Jepun) yang

dihasilkan oleh pelajar menunjukkan ‘keupayaan untuk bercakap bahasa Jepun’.

Manakala soalan Q.5.a, <日本語を勉強してから、__ > nihongo o benkyoushitekara,

__, (selepas belajar bahasa Jepun) seharusnya diikuti dengan aksi ataupun perbuatan,

‘selepas belajar bahasa Jepun’. Merujuk pada Jadual 2.2, tentang aturan penggunaan

~tekara yang tepat, ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini, (boleh bahasa Jepun) tidak

bersesuaian bagi ~tekara. Walaubagaimanapun, ayat ini boleh diterima dari segi

nahunya sekiranya kata hubung ~tara digunakan.

(22.a) Nihongo o benkyou - shi-tara, nihongo - ga dekimasu. Bahasa Jepun partikel belajar - bila, bahasa Jepun - partikel dapat.

< 日本語を勉強したら、日本語ができます。 ( ✓ ) >

Ind : Jika saya belajar bahasa Jepang, bisa berbahasa Jepang. Mal : Bila (saya) belajar bahasa Jepun, (saya) boleh berbahasa Jepun.

Page 30: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

67

Pelajar cenderung menghasilkan ayat-ayat yang menunjukkan kondisi sebagai

hubungan sebab akibat yang lebih merujuk kepada peraturan penggunaan kata hubung

~kara (kerana) ketika melengkapkan ayat ~tekara pada Q.1.a, Q.4.a dan Q.5.a. Pelajar

juga didapati menghasilkan ayat yang menggambarkan andaian/persyaratan, yang mana

ianya lebih sesuai bagi peraturan penggunaan ~tara berbanding ~tekara. Secara umum,

kemungkinan perlajar berfikir dalam bahasa ibunda mereka ketika melengkapkan ayat

Q.1.a, Q.4.a dan Q.5.a dan mengabaikan peraturan penggunaan ~tekara memandangkan

tidak ada kaedah aturan penggunaan yang khusus bagi kata ‘selepas’ di dalam bahasa

Indonesia.

Selain daripada itu, berbanding dengan maksud ayat pada Q.4.a dan Q.5.a,

maksud ayat Q.1.a bukanlah perkara normal yang biasa dilakukan dalam masyarakat

Indonesia. Oleh itu, pelajar senang merumuskan kondisi yang berlaku bagi orang yang

telah minum banyak Sake (alkohol) berbanding dengan berfikir tentang urutan

perbuatan/aksi yang dilakukan apabila telah minum banyak Sake (alkohol).

4.1.2.2 Penggunaan ~toki oleh PBJI

Rajah 4.18 di atas menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat

keliru bagi soalan Q.3.a mengenai kata hubung ~toki.

Rajah 4. 18: Peratus Jawapan Q.3.a (PBJI)

Page 31: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

68

Q.3.a [<本を読むとき、____ > Hon o yomu toki, __ (Ketika akan baca buku, __)].

Merujuk pada rajah 4.18, jawapan tepat bagi soalan ini adalah 33% sahaja, dan

36% daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar dikategorikan sebagai ayat keliru.

Ayat Q.3.a menggunakan kata hubung ~toki yang diikuti dengan kata kerja

bentuk masa kini/masa datang, iaitu:

Q.3.a Hon o yomu - toki, Buku partikel baca - ketika,

<本を読むとき、__ >

Ind : Ketika saya akan membaca buku Mal : Ketika saya membaca buku

Pelajar mungkin memahami makna asas daripada ~toki, iaitu ‘ketika’ tetapi,

kemungkinan terlepas pandang bentuk kata kerja yang digunakan sebelum ~toki, lalu

mengabaikan peraturan penggunaan ~toki. Kata hubung ~toki yang diikuti dengan kata

kerja bentuk kala kini menunjukkan aksi ataupun perkara pada kata kerja itu belum lagi

dilakukan7. Bentuk kata kerja sebelum ~toki pada ayat Q.3.a di atas ialah < 読む>

yomu (baca), iaitu kata kerja dalam bentuk masa kini yang menggambarkan

aksi/tindakan pada kata kerja belum lagi dilakukan. Contoh ayat tepat bagi

melengkapkan Q.3.a ialah:

Q.3.a` <本を読むとき、電気をつけます。 > Hon o yomu toki, denki o tsukemasu (Saya membuka lampu, ketika akan membaca buku).

Kebanyakan jawapan pelajar menunjukkan kefahaman bahawa bentuk perkataan

yomu (baca) sama seperti <読んでいる> yondeiru (sedang membaca). Bentuk kata

kerja yondeiru (sedang membaca) menunjukkan bahawa aksi pada kata kerja sedang

7 Sila rujuk jadual 2.2, muka surat 28 untuk makna dan contoh ~toki

Page 32: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

69

dilakukan. Pelajar menghasilkan ayat yang menggambarkan aksi yang dilakukan

ataupun kondisi yang terjadi ketika aksi pada ayat sebelumnya sedang berlangsung,

seperti contohnya pada ayat (23) berikut:

(23). Hon - o yomu - toki, takusan – ji – ga – yome - masen. Buku - partikel baca - ketika, banyak huruf aksara - partikel – dapat baca - tidak.

<本を読むとき、{ たくさん字が読めません。} (?)>

Ind : Ketika saya akan membaca buku, banyak huruf tidak bisa saya baca Mal : Ketika saya membaca buku, banyak huruf aksara yang tidak boleh saya

baca

Pelajar menghasilkan ayat <たくさん字が読めません。> takusan ji ga yomemasen

(banyak huruf aksara yang tidak dapat saya baca) untuk melengkapkan soalan Q.3.a, <

本を読むとき、__> hon o yomu toki (ketika membaca buku). Ayat yang dihasilkan oleh

pelajar menggambarkan kondisi yang tidak boleh membaca huruf aksara Jepun,

bertentangan dengan kondisi ayat awal Q.3.a yang menunjukkan aksi membaca buku

belum lagi dilakukan. Justeru, ayat yang dihasilkan oleh pelajar merujuk kepada

penggunaan kata kerja yondeiru (sedang membaca buku). Ayat yang dihasilkan oleh

pelajar tersebut boleh diterima pakai dengan menggunakan kata hubung ~toki sekiranya

kata kerja sebelum ~toki, yomu diubah menjadi yondeiru, seperti:

(23.a) Hon - o yonde - iru - toki, takusan – ji – ga – yome - masen. Buku - partikel baca - ketika, banyak leter - partikel – dapat baca – tidak

<本を読んでいるとき、たくさん字が読めません。 (✓)>

Ind : Ketika saya sedang membaca buku, banyak huruf tidak bisa saya baca. Mal : Ketika saya sedang membaca buku, banyak huruf aksara yang tidak dapat

saya baca.

Ayat (23.a) di atas menunjukkan perkara yang sedang berlaku, iaitu ‘banyak

huruf aksara yang tidak boleh dibaca ketika sedang membaca buku’.

Page 33: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

70

Seterusnya, PBJI juga menghasilkan ayat yang mengelirukan ketika

melengkapkan ayat Q.3.a, seperti ayat (24).

(24). Hon - o yomu - toki, ongaku - o - kikimasu. Buku - partikel baca - ketika, music – partikel mendengar.

<本を読むとき、{ 音楽を聞きます。} (?)>

Ind : Ketika saya akan membaca buku, saya mendengar musik. Mal : Ketika saya membaca buku, saya mendengar muzik.

Ayat (24) menunjukkan dua aksi berbeza yang dilakukan pada masa yang sama dan

menjadi ayat silap kerana menggunakan kata hubung ~toki. Ini boleh menjadi ayat tepat

sekiranya kata hubung ~toki digantikan dengan ~nagara (sambil). Pada asasnya, kata

hubung ~nagara (sambil) digunakan untuk menyatakan subjek melakukan dua

aksi/perbuatan pada satu masa yang sama8. Contohnya:

(24.a) Hon - o yomi – nagara, ongaku - o - kikimasu. Buku - partikel baca - sambil, muzik – partikel mendengar

<本を読みながら、音楽を聞きます。 (✓)>

Ind : Saya membaca buku, sambil mendengar musik. Mal : Saya baca buku, sambil mendengar muzik.

Manakala penggunaan kata hubung ~toki untuk ayat Q.3.a adalah mengelirukan kerana

penyambungan ayat, <音楽を聞きます。> ongaku o kikimasu (mendengar muzik)

dalam soalan ini menyebabkan penghasilkan ayat yang tiada kaitan secara langsung.

Penggunaan kata hubung ~nagara (sambil) pada ayat (24.a) menunjukkan

bahawa aksi ‘membaca buku’ dilakukan pada masa yang sama dengan aksi ‘mendengar

muzik’.

8 Tomomatsu dan Miyamoto (2007:266)

Page 34: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

71

Terdapat beberapa kes di mana PBJI menghasilkan ayat yang lebih memenuhi

syarat peraturan penggunaan kata hubung ~tara (bila/jika) berbanding ~toki. Ayat (25)

berikut menunjukkan ayat yang dihasilkan oleh pelajar ketika melengkapkan ayat ~toki

dalam Q.3.a.

(25). Hon - o yomu - toki, nemuku - narimasu. Buku - partikel baca - ketika, mengantuk – jadi.

< 本を読むとき、{ 眠くなります。} (?) >

Ind : Ketika saya akan membaca buku, jadi ngantuk. Mal : Ketika saya membaca buku, saya jadi mengantuk.

Walaupun ayat yang dihasilkan oleh pelajar <眠くなります。> nemuku

narimasu (jadi mengantuk) tepat dari segi nahunya, tetapi ianya tidak sesuai untuk

digunakan bagi melengkapkan ayat <本を読むとき、__ > hon o yomu (ketika baca

buku). Hal ini disebabkan oleh ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut

menggambarkan kondisi ataupun akibat yang terjadi disebabkan oleh aksi membaca

buku, sedangkan ayat sebelum ~toki pada menunjukkan aksi membaca buku belum lagi

dilakukan. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut boleh

menjadi ayat yang tepat sekiranya kata hubung ~toki digantikan dengan ~tara (jika/bila)

yang menggambarkan andaian, seperti ayat berikut:

(25.a) Hon - o yon - dara, nemuku - narimasu. Buku - partikel baca - bila, mengantuk – jadi.

< 本を読んだら、、眠くなります。 (✓) >

Ind : Jika saya akan membaca buku, jadi ngantuk. Mal : Bila saya membaca buku, jadi mengantuk.

Rajah 4.19 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat menjadi yang

tertinggi pada soalan Q.2.a;

Page 35: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

72

Q.2.a [<スーパーへ行ったとき、____ > Suupaa e ittatoki, __ (Ketika saya pergi ke pasaraya, __)].

Merujuk kepada rajah berikut, peratus ayat tepat 75% adalah pada kadar 60~79 yang

menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti

penggunaan ~toki dan dapat melengkapkan ayat dengan kata hubung ~toki dengan tepat

pada Q.2.a.

Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pelajar masih melakukan kesilapan dan

keliru dalam menghasilkan ayat yang tepat dengan peraturan penggunaan ~toki,

walaupun ayat-ayat yang dihasilkan adalah gramatis.

Pada asasnya, ayat Q.2.a menunjukkan semasa aksi pada ayat ini dilakukan, iaitu

‘ketika pergi ke pasaraya’ dan untuk melengkapkannya pelajar harus menghasilkan ayat

yang menunjukkan ‘aksi yang dilakukan ataupun kondisi yang berlaku semasa aksi pada

kata keja ~toki dilakukan9, seperti contoh berikut:

Q.2.a` <スーパーへ行ったとき、野菜を買いました。> Suupaa e itta toki, yasai o kaimashita. (Saya membeli sayur ketika pergi ke pasaraya).

9 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk peraturan penggunaan ~toki

Rajah 4.19: Peratus Jawapan Q.2.a (PBJI)

Page 36: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

73

Walaubagaimanapun, kebanyakan ayat keliru yang dihasilkan pelajar ketika

melengkapkan Q.2.a lebih merujuk kepada penggunaan kata hubung ~tekara

berbanding ~toki, seperti ayat (26) berikut:

(26). Suupaa - e itta - toki, sanposhimasu. Pasaraya – partikel pergi - ketika , bersiar-siar.

< スーパーへ行ったとき、{ 散歩します。} (?) >

Ind : Ketika saya pergi ke Super market, saya jalan-jalan. Mal : Ketika saya pergi ke pasaraya, saya bersiar-siar.

Kata kerja sebelum ~toki pada soalan ayat <スーパーへ行ったとき、__ > suupaa e itta

toki, __ (ketika pergi ke pasaraya) ialah berbentuk kala lampau yang menggambarkan

kondisi di mana subjek telah berada di pasaraya. Manakala ayat yang dihasilkan oleh

pelajar <散歩します。 > sanposhimasu (bersiar-siar) dengan kata kerja kala kini yang

menggambarkan aksi berikutnya yang akan dilakukan, iaitu ‘bersiar-siar’. Kata kerja

bentuk kala lampau itta (sudah pergi) sebelum ~toki mungkin telah memberi kesan

kepada pelajar bahawa aksi pergi ke pasaraya telah pun dilakukan hingga pelajar

cenderung menghasilkan ayat yang menggambarkan aksi yang dilakukan setelah pergi

ke pasaraya. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar ini menjadi ayat

yang gramatis sekiranya kata hubung ~tekara digunakan, seperti ayat (26.a) berikut:

(26.a) Suupaa - e it - tekara, sanposhimasu. Pasaraya – partikel pergi - selepas , bersiar-siar.

< スーパーへ行ってから、散歩します。(✓) >

Ind : Setelah saya pergi ke Super market, jalan-jalan. Mal : Setelah/Selepas saya pergi ke pasaraya, bersiar-siar.

Ayat ini menunjukkan bahawa kata kerja/aktiviti sanposhimasu (bersiar-siar) hanya

berlaku setelah kata kerja/aktiviti ‘pergi ke pasaraya’ selesai dilakukan.

Page 37: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

74

Rajah 4.20 menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat keliru

bagi soalan Q.5.b dalam kalangan PBJI.

Q.5.b [<日本語を勉強するとき、____ > Nihongo o benkyoosurutoki, __ (Ketika akan belajar bahasa Jepun, __)]

Merujuk kepada Jadual 4.5 (peratus jawapan keseluruhan bagi soal selidik (bahagian II:

penyelesaian ayat)), peratus ayat keliru untuk soalan Q.5.b adalah yang tertinggi

berbanding dengan Q.2.a dan Q.3.a, iaitu sebanyak 61%. Manakala peratus ayat tepat

yang dihasilkan pelajar hanyalah 19%.

Kata kerja <勉強する> benkyoosuru (belajar) sebelum ~toki pada soalan

Q.5.b, ialah kata kerja kala kini yang bermaksud berlakunya aksi yang berbeza ataupun

wujudnya suatu kondisi semasa akan belajar bahasa Jepun. Pelajar seharusnya

melengkapkan ayat ini dengan menggunakan ayat yang menunjukkan aksi yang berbeza

ataupun suatu kondisi yang berlaku semasa ‘belajar bahasa Jepun’ akan dimula, seperti

ayat berikut:

Q.5.b` <日本語を勉強するとき、教室のドアをしめます。> Nihongo o benkyoosuru toki, kyooshitsu no doa o shimemasu (Saya menutup pintu kelas ketika belajar bahasa Jepun akan bermula).

Rajah 4.20: Peratus Jawapan Q.5.b (PBJI)

Page 38: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

75

Walaubagaimanapun, kebanyakan ayat yang dihasilkan oleh pelajar tidak

bersesuaian dengan peraturan penggunaan ~toki dengan kata kerja kala kini, sebaliknya

lebih tepat kepada peraturan penggunaan ~tara. Ayat (27) adalah ayat yang dihasilkan

oleh pelajar yang tidak memenuhi kaedah aturan ~toki, bagi soalan Q.5.b.

(27). Nihongo - o benkyousuru - toki, bunkei - wa ichiban muzukashii desu. Bahasa Jepun - partikel belajar-ketika, bentuk ayat - partikel paling - susah.

< 日本語を勉強するとき、{ 文型は一番難しいです。} (?) >

Ind : Pola kalimat adalah yang paling sulit ketika saya belajar bahasa Jepang. Mal : Bentuk ayat adalah yang paling susah semasa saya belajar bahasa Jepun.

Ayat <文型は一番難しいです。> bunkei wa ichiban muzukashii (bentuk ayat adalah

yang paling susah) adalah ayat gramatis, tetapi tidak tepat untuk melengkapkan ayat <

日本語 を勉強するとき、__> nihongo o benkyousuru toki (ketika belajar bahasa Jepun).

Penggabungan kedua ayat tersebut menggambarkan perkara yang dihadapi oleh subjek

ketika belajar bahasa Jepun. Walaupun penggunaan ‘ketika’ bagi menyambungkan

kedua ayat tersebut merupakan kata hubung yang lazim digunakan dalam bahasa

Indonesia, ianya tidak memenuhi aturan penggunaan ~toki yang tepat. Ayat yang

dihasilkan oleh pelajar ini boleh menjadi ayat tepat nahunya sekiranya ~tara (ketika)

digunakan menggantikan kata hubung ~toki, <~勉強する> ~benkyoosuru (akan

belajar) diubah suai kepada kata kerja bentuk<~勉強していた> ~benkyooshiteita

(sedang belajar) dan perkataan muzukashii desu (susah) diubah suai kepada bentuk kala

lampau juga, iaitu muzukashikatta (susah), seperti ayat (27.a).

(27.a) Nihongo - o benkyoushitei - tara, bunkei - wa ichiban muzukashikatta. Bahasa Jepun – patikel belajar- ketika, bentuk ayat - partikel paling - susah.

< 日本語を勉強していたら、文型は一番難しかった。(✓) >

Ind : Pola kalimat adalah yang paling sulit ketika saya belajar bahasa Jepang. Mal : Bentuk ayat adalah yang paling susah semasa saya belajar bahasa Jepun.

Page 39: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

76

Merujuk kepada Jadual 4.5 (peratus jawapan keseluruhan bagi soal selidik

(bahagian II: penyelesaian ayat)), bilangan pelajar yang dapat menghasilkan ayat tepat

untuk melengkapkan ~toki pada Q.3.a dan Q.5.b adalah pada kadar yang rendah dengan

masing-masing berjumlah 33 % dan 19 %. Kebanyakan ayat-ayat yang dihasilkan oleh

pelajar dikategorikan sebagai ayat keliru kerana ayat-ayat itu lebih sesuai mengikut

peraturan penggunaan kata hubung ~nagara (sambil), ~tekara , ~tara berbanding

dengan ~toki.

Kata kerja dalam bahasa Jepun mengalami pengubahsuaian menurut kalanya.

Contoh pengubahsuaian bagi kata kerja benkyooshimasu (belajar) dan yomu (membaca)

dapat dilihat dalam jadual berikut:

Jadual 4.6. Pengubahsuaian Kata Kerja Menurut Keterangan Masa

Kata Kerja

Pengubahsuaian kata kerja menurut keterangan masa

Kala kini/ masa hadapan

Makna Kala lampau Makna

benkyooshimasu benkyoosuru (akan) belajar benkyooshita telah belajar

benkyooshiteiru sedang belajar benkyooshiteita telah (sedang) belajar

yomimasu yomu (akan) membaca yonda telah membaca

yondeiru sedang membaca yondeita telah (sedang) membaca

Seperti dapat dilihat daripada Jadual 4.6 di atas, bentuk kata kerja dalam bahasa

Jepun mengalami pengubahsuaian mengikut kalanya. Pengubahsuaian kata kerja

mengikut keterangan masanya ini bersesuaian dengan maknanya, contoh,

pengubahsuaian kata kerja ke dalam bentuk kala lampau mengandungi maksud aksi

pada kata kerja telah dilakukan.

Jika dilihat kata kerja pada soalan Q.3.a dan Q.5.b, yomu (membaca) dan

benkyoosuru (belajar) adalah bentuk kata kerja kala kini yang bermakna aksi pada kata

kerja tersebut belum lagi dilakukan. Justeru, sebahagian besar pelajar cenderung

Page 40: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

77

menterjemahkan kata kerja yomu (akan membaca) kepada yondeiru (sedang membaca)

dan kata kerja benkyoosuru (akan belajar) kepada benkyooshiteiru (sedang belajar) dan

menghasilkan ayat silap.

Pelajar mungkin mampu mengenal pasti makna ~toki pada soalan-soalan ini,

tetapi tidak menitik beratkan perhatian ke atas bentuk kata kerja sebelum ~toki yang

turut mempengaruhi makna soalan Q.3.a dan Q.5.b. Manakala pelajar tidak menghadapi

kesukaran untuk melengkapkan ayat Q.2.a dengan tepat sesuai peraturan penggunaan

~toki kerana kata kerja sebelum ~toki, iaitu itta (telah pergi) yang menunjukkan bentuk

kala lampau tidak mempengaruhi ayat yang dihasilkan oleh pelajar. Hal ini menjelaskan

peratus ayat keliru bagi soalan Q.3.a dan Q.5.b adalah lebih tinggi berbanding Q.2.a.

4.1.2.3 Penggunaan ~tara oleh PBJI

Merujuk kepada Jadual 4.5 (keseluruhan peratus dapatan bagi soal selidik

penyelesaian ayat) di bahagian ~tara, sebahagian besar daripada PBJI boleh

melengkapkan ayat menggunakan kata hubung ~tara dengan baik, kecuali untuk soalan

Q.3.b.

Q.3.b [<本を読んでいたら、____ > Hon o yondeitara, __ (Ketika sedang membaca buku, __)].

Rajah 4.21 berikut menunjukkan bilangan peratus jawapan pelajar dalam soalan Q.3.b.

59% daripada pelajar menghasilkan ayat keliru dan hanya 3% sahaja berjaya

menghasilkan ayat tepat. Merujuk kepada skala penarafan Swovelin, bilangan peratus

ayat tepat pada kadar di bawah 10, menunjukkan pelajar mempunyai permasalahan

gramatis dalam mengenal pasti ~tara bagi Q.3.a.

Page 41: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

78

Pada asasnya, soalan Q.3.b menggambarkan perkara yang berlaku semasa

subjek sedang membaca buku. Pelajar dikehendaki untuk melengkapkan soalan tersebut

dengan ayat yang menunjukkan berlakunya aksi/perkara berbeza yang tidak

dijangkakan setelah ~tara10, seperti pada ayat berikut:

Q.3.b` <本を読んでいたら、友達が部屋に来ました。> Hon o yondeitara, tomodachi ga heya ni kimashita (Ketika saya sedang membaca buku, (tanpa dijangkakan) kawan masuk ke dalam bilik).

Walaubagaimanapun, sebahagian besar ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar

merujuk kepada peraturan penggunaan ~tara dengan makna ‘jika/bila’. Ayat (28)

berikut menunjukkan contoh kekeliruan ayat yang dihasilkan oleh pelajar apabila ~tara

diterjemahkan sebagai ‘jika/bila’.

(28). Hon - o yonde- i - tara, atama - ga yoku - narimasu. Buku - partikel baca- ketika, kepala - partikel – baik - menjadi.

< 本を読んでいたら、{ 頭がよくなります。} (?) >

Ind : Ketika saya membaca buku, menjadi pintar Mal : Ketika saya membaca buku, menjadi pandai.

10 Sila rujuk Jadual 2.2, muka surat 28

Rajah 4. 21: Peratus Jawapan Q.3.b (PBJI)

Page 42: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

79

Penghasilan ayat <頭がよくなります。> atama ga yoku narimasu (menjadi pintar)

untuk melengkapkan soalan Q.3.b, <本を読んでいたら、__> hon o yondeitara, __

(ketika sedang membaca buku) adalah tidak sesuai dari segi nahunya. Hal ini

disebabkan oleh ayat <頭がよくなります。> atama ga yoku narimasu (menjadi pintar)

menunjukkan kondisi, iaitu akibat daripada aksi pada ayat sebelumnya. Pelajar lebih

mudah berfikir tentang kesan ‘apabila membaca buku’ hingga melengkapkan ayat Q.3.b

tersebut dengan ayat <頭がよくなります。> atama ga yoku narimasu (menjadi pintar),

yang mana ianya terdengar natural di dalam bahasa Indonesia. Walaubagaimanapun,

ayat yang dihasilkan oleh pelajar boleh diterima pakai sekiranya bentuk perkataan pada

kata kerja diubahsuai daripada bentuk yondeitara (ketika sedang membaca) kepada

bentuk yondara (jika/bila membaca), iaitu frasa ayat andaian, seperti berikut:

(28.a) Hon - o yon- dara, atama - ga yoku - narimasu. Buku - partikel jika/bila, kepala – partikel pandai - menjadi.

< 本を読んだら、頭がよくなりました。 (✓) >

Ind : Jika/Bila saya membaca buku, menjadi pintar Mal : Jika/Bila saya membaca buku, menjadi pandai.

Penggunaan ~tara pada ayat (28.a) di atas menunjukkan maksud andaian, iaitu

‘menjadi pandai sekiranya membaca buku’.

Di dalam kategori ayat keliru dan ayat silap yang dihasilkan oleh pelajar

terdapat juga ayat yang merujuk kepada penggunaan kata hubung ~tekara dan ~toki.

Ayat (29) berikut ini menunjukkan contoh ayat yang dihasilkan oleh pelajar yang

merujuk kepada kata hubung ~tekara, manakala ayat (30) menunjukkan ayat yang lebih

tepat bagi kata hubung ~toki ketika melengkapkan soalan ayat Q.3.b.

Page 43: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

80

(29). Hon - o yonde- i - tara, terebi - o mimashita. Buku - partikel baca- ketika, TV – partikel menonton. < 本を読んでいたら、{ テレビを見ました。} (?) >

Ind : Ketika saya membaca buku, saya menonton TV Mal : Ketika saya membaca buku, saya menonton televisyen.

Walaupun ayat yang dihasilkan oleh pelajar, <テレビを見ました。> terebi o mimashita

(menonton televisyen) adalah gramatis, tetapi ianya tidak sesuai digunakan sebagai

pelengkap ayat <本を読んでいたら、__> hon o yondeitara (ketika saya membaca

buku). Pelajar seharusnya menghasilkan ayat yang menunjukkan wujudnya aksi/kondisi

yang berbeza dan tidak dijangkakan oleh subjek11. Ayat <テレビを見ました。> terebi o

mimashita (menonton televisyen) hanya menunjukkan sekuen daripada aksi/perbuatan

yang dilakukan berikutnya. Walaubagaimanapun, penggabungan ayat tersebut boleh

diterima pakai sekiranya menggunakan kata hubung ~tekara, seperti berikut:

(29.a) Hon - o yon- dekara, terebi - o mimashita. Buku - partikel baca- selepas, TV – partikel menonton.

< 本を読んでから、テレビを見ました。(✓) >

Ind : Setelah saya membaca buku, saya menonton TV Mal : Setelah saya membaca buku, saya menonton televisyen.

Ayat (29.a) di atas hanya menunjukkan urutan aksi subjek yang berlainan, iaitu

membaca buku dan menonton televisyen.

Seterusnya, ayat (30) menunjukkan penghasilan ayat yang lebih sesuai

menggunakan kata hubung ~toki berbanding dengan ~tara.

11 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat

Page 44: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

81

(30). Hon - o yonde- i - tara, megane - o kakemasu. Buku - partikel baca- ketika, TV – partikel menonton.

< 本を読んでいたら、{ めがねをかけます。} (?)> Ind : Ketika saya membaca buku, memakai kaca mata Mal : Ketika saya membaca buku, memakai cermin mata.

Ayat <めがねをかけます。> megane o kakemasu (memakai cermin mata)

menunjukkan aksi/perbuatan yang dilakukan subjek semasa ia membaca buku dan

bukanlah satu perkara yang tidak dapat dijangkakan. Hal ini menyebabkan ayat (30)

menyalahi kaedah aturan penggunaan ~tara (ketika) yang tepat. Walaubagaimanapun,

ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut akan menjadi ayat yang tepat sekiranya

menggunakan kata hubung ~toki, dan mengubah suai bentuk kata kerja yondeitara

(ketika sedang membaca) kepada yomu (akan membaca), seperti berikut:

(30.a) Hon - o yomu - toki, megane - o kakemasu. Buku - partikel baca- ketika, cermin mata- partikel memakai.

< 本を読むとき、、めがねをかけます。(✓) >

Ind : Saya memakai kaca mata ketika akan membaca buku, Mal : Saya memakai cermin mata ketika akan membaca buku.

Penggunaan ~toki pada ayat (30.a) menjadikan ayat tersebut gramatis dan menerangkan

perbuatan subjek semasa akan membaca buku.

Berdasarkan kekeliruan ayat yang dihasilkan oleh pelajar ketika melengkapkan

Q.3.b di atas, dapat diketahui bahawa kebanyakan pelajar cenderung berfikir makna

~tara ialah ‘jika/bila’ sahaja. Walaubagaimanapun, ~tara dalam ayat Q.3.b menjurus

kepada frasa andaian yang menunjukkan berlakunya perkara yang tidak dijangkakan.

Seterusnya, sebahagian besar pelajar didapati boleh melengkapkan ayat ~tara

dengan tepat bagi soalan Q.2.b, Q.4.b dan Q.5.c. Pelajar dapat menghasilkan ayat yang

sesuai dengan aturan penggunaan ~tara dan tidak menghadapi kesukaran untuk

Page 45: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

82

melengkapkan ayat ~tara pada soalan-soalan tersebut. Walaubagaimanapun, peratus

ayat tepat pada Q.1.b adalah lebih rendah, iaitu hanya 44% berbanding peratus ayat

tepat pada Q.2.b, Q.4.b dan Q.5.c dengan masing-masing berjumlah 65%, 55% dan 54%.

Bilangan 33% ayat yang dihasilkan oleh pelajar bagi melengkapkan soalan Q.1.b

dikategorikan kepada ayat keliru. Ayat Q.1.b iaitu;

Q.1.b [<お酒をたくさん飲んだら、__ > Osake o takusan nondara, __ (Jika/Bila minum banyak Sake (alkohol), __)].

Kata hubung ~tara pada Q.1.b di atas menunjukkan frasa andaian dan harus

dilengkapkan dengan ayat yang menunjukkan aksi/perbuatan yang berlainan ataupun

ayat yang menunjukkan kondisi yang terjadi apabila minum banyak Sake (alkohol)12,

seperti pada ayat berikut:

Q.1.b` <お酒をたくさん飲んだら、頭が痛くなります。> Osake o takusan nondara, atama ga itaku narimasu (Bila minum banyak Sake (alkohol) kepala menjadi sakit).

Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor latar belakang budaya pelajar yang kurang

maklum dengan kejadian ataupun akibat daripada perbuatan minum sake (alkohol).

Justeru, ayat-ayat yang dihasilkan kebanyakannya adalah ayat keliru. Antara ayat yang

dihasilkan oleh pelajar adalah seperti pada ayat (32):

(32). Takusan osake o non - dara, nemasu. Banyak Sake (alkohol) partikel minum - jika, tidur

< お酒たくさんを飲んだら、{寝ます。} (?) >

Ind : Jika saya banyak minum Sake , tidur. Mal : Jika saya banyak minum Sake, tidur.

12 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat ~tara (jika/bila)

Page 46: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

83

Ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut adalah gramatis dan tidak bertentangan

dengan aturan penggunaan ~tara. Ayat ini menyebabkan ianya terdengar aneh kerana

menggambarkan subjek tidur sekiranya minum banyak Sake (alkohol). Pada

kenyataannya, ketika seseorang minum banyak Sake (alkohol) akan mengakibatkan

ianya hilang kesedaran diri, ataupun menjadi sakit kepala. Pelajar kemungkinan berfikir

bahawa ‘hilang kesedaran diri’ ini adalah sama dengan jatuh tertidur. Tambahan lagi,

soalan ayat Q.1.b ini juga bukan aksi normal yang biasa dilakukan pada masyarakat

Indonesia sehingga mengelirukan pelajar untuk melengkapi soalan Q.1.b dengan ayat

yang tepat. Hal ini menjelaskan peratus ayat keliru sebanyak 33% bagi Q.1.b.

4.1.2.4 Penggunaan ~tekara oleh PBJM

Rajah 4.22 berikut menunjukkan peratus jawapan ayat tepat, ayat silap dan ayat

keliru bagi soalan Q.4.a; di kalangan PBJM.

Q.4.a [<ごはんを食べてから、__> Gohan o tabetekara, __ (Selepas makan nasi, __)]

Rajah di atas menunjukkan bahawa peratus ayat tepat ialah 79% menjadikannya

peratus jawapan tertinggi untuk bahagian ini. Merujuk kepada panduan skala penarafan

oleh Swovelin, bilangan peratus ayat tepat pada kadar 60~79 menunjukkan bahawa

sebahagian besar daripada pelajar dapat mengenal pasti kaedah penggunaan ~tekara

Rajah 4.22: Peratus Jawapan Q.4.a (PBJM)

Page 47: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

84

pada Q.4.a.

Soalan Q.4.a menggambarkan aksi/perbuatan yang berbeza setelah subjek

selesai makan nasi. Mengikut peraturan penggunaan ~tekara13, kata hubung ~tekara

harus diikuti dengan ayat yang menunjukkan aksi lain yang dilakukan oleh subjek

setelah selesai aksi dalam ayat pertama. 19% daripada ayat yang dihasilkan oleh pelajar

dikategorikan ke dalam ayat keliru kerana ayat- ayat tersebut tidak sesuai dengan aturan

kaedah penggunaan ~tekara yang tepat, seperti pada contoh berikut:

(33). Gohan - o tabe - tekara, nemuku - narimasu. Nasi-partikel makan-selepas, mengantuk-menjadi

< ご飯を食べてから、{ ねむくなります。} (?) >

Ind : Setelah makan nasi, saya jadi mengantuk. Mal : Selepas makan nasi, saya menjadi ngantuk.

Ayat <ねむくなります。> nemuku narimasu (menjadi ngantuk) menunjukkan

kondisi/akibat aksi sebelumnya, iaitu makan nasi. Justeru, gabungan ayat ini tidak

sesuai untuk menggunakan kata hubung ~tekara kerana ~tekara digunakan untuk

menunjukkan urutan daripada dua aksi/tindakan yang berbeza. Walaubagaimanapun,

ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut boleh diterima pakai sekiranya kata hubung

~tekara digantikan dengan ~tara seperti ayat (33.a).

(33.a) Gohan - o tabe - tara, nemuku - narimasu. Nasi-partikel makan-selepas, mengantuk-menjadi .

< ご飯を食べたら、ねむくなります。(✓) >

Ind : Jika makan nasi, saya jadi mengantuk. Mal : Jika/bila makan nasi, saya menjadi ngantuk.

Ayat (33.a) di atas menunjukkan bahawa ayat <ねむくなります。> nemuku narimasu

(menjadi ngantuk) lebih sesuai digunakan dalam bentuk frasa andaian.

13 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk contoh ayat

Page 48: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

85

Seterusnya, Rajah 4.23 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat

silap dan ayat keliru bagi Q.1.a di kalangan PBJM.

Q.1.a [<酒をたくさん飲んでから、__> Osake o takusan nondekara, __ (Selepas minum banyak Sake (alkohol), __)]

Merujuk pada Jadual 4.5 (peratus jawapan keseluruhan soal selidik (bahagian II:

penyelesaian ayat)), peratus ayat keliru adalah 41% dan menjadikannya yang tertinggi

untuk bahagian ~tekara. Kebanyakan ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar

dikategorikan ke dalam ayat keliru kerana ayat-ayat tersebut gramatis, tetapi tidak tepat

kaedah peraturan penggunaannya.

Bagi soalan Q.1.a, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan ayat yang

menunjukkan aksi/perbuatan berbeza yang dilakukan selepas minum banyak Sake

(alkohol). Tetapi kebanyakannya menghasilkan ayat yang menunjukkan akibat daripada

ayat < お酒たくさんを飲んでから、__ > osake o takusan nondekara, __ (selepas

minum banyak Sake). Pada asasnya, kata hubung yang digunakan untuk

meyambungkan ayat yang menunjukkan akibat/hasil daripada aksi/tindakan ialah ~kara

(kerana). Ayat (34) berikut menunjukkan kesilapan ayat yang dihasilkan oleh PBJM

ketika melengkapkan Q.1.a.

Rajah 4.23: Peratus Jawapan Q.1.a (PBJM)

Page 49: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

86

(34). Osake - o takusan – non- dekara, atama - ga – itaku - narimashita. Sake-partikel banyak minum-selepas, kepala-partikel sakit-menjadi.

< お酒たくさんを飲んでから、{ 頭が痛くなりました。} (?) >

Ind : Setelah saya minum banyak Sake (alkohol), kepala jadi sakit Mal : Selepas saya minum banyak Sake (alkohol), kepala menjadi sakit

Penggunaan ayat <頭が痛くなりました。> atama ga itai desu (kepala sakit) untuk

melengkapkan ayat <お酒たくさんを飲んでから、__ > osake o takusan nondekara, __

(selepas minum banyak Sake) menjadikan ayat ini tidak tepat nahunya kerana ia

menunjukkan kondisi sebagai akibat daripada aksi/perbuatan sebelumnya.

Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut boleh diterima pakai

sekiranya kata hubung ~tekara digantikan dengan ~kara (kerana), seperti berikut:

(34.a) Osake - o takusan – nonda- kara, atama - ga – itaku - narimashita. Sake-partikel banyak minum-selepas, kepala-partikel sakit-menjadi.

< お酒たくさんを飲んだから、頭がいたくなりました。(✓) >

Ind : Karena saya minum banyak Sake (alkohol), kepala jadi sakit Mal : Karena saya minum banyak Sake (alkohol), kepala menjadi sakit.

Ramai pelajar yang keliru ketika melengkapkan ayat < お酒たくさんを飲ん

でから、__ > osake o takusan nondekara, __ (selepas minum banyak Sake) dengan

menghasilkan ayat yang merujuk kepada frasa sebab/akibat, ~kara (kerana) dan frasa

andaian, ~tara (jika/bila). Sama halnya dengan masyarakat Indonesia, kandungan isi

ayat Q.1.a juga merupakan perkara yang tidak lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu,

Malaysia. Hal ini menjelaskan peratus ayat keliru yang agak tinggi pada Q.1.a

berbanding Q.4.a dan Q.5.a.

Page 50: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

87

4.1.2.5 Penggunaan ~toki oleh PBJM

Rajah 4.24 berikut menunjukan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat

keliru bagi soalan Q.2.a.

Q.2.a [<スーパーへ行ったとき、__> Suupaa e ittatoki, __ (Ketika pergi ke pasaraya)].

Rajah 4.24, menunjukkan bahawa peratus ayat tepat yang tinggi bagi soalan ini, iaitu

87%. Merujuk kepada skala penarafan Swovelin, bilangan peratus pada kadar 80~90

menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar boleh mengenal pasti

penggunaan ~toki pada Q.2.a dengan baik. Pelajar mempunyai kefahaman yang kukuh

tentang kaedah penggunaan ~toki bagi soalan ini.

Di sisi lain, Rajah 4.25 di atas menunjukkan peratus dapatan daripada soalan

Q.3.a di kalangan PBJM dengan peratus ayat tepat lebih rendah berbanding Q.2.a.

Q.3.a [<本を読むとき、__> Hon o yomutoki, __ (Ketika akan baca buku, __)].

Merujuk kepada Rajah 4.25, peratus ayat tepat dan ayat keliru masing-masing adalah

45% dan 49%. Bilangan peratus ayat tepat pada kadar 30~49 menunjukkan kefahaman

pelajar tentang kaedah penggunaan ~toki dalam soalan ini tidak matang dan hal ini

bertentangan dengan dapatan dalam soalan Q.2.a.

Rajah 4.24: Peratus Jawapan Q.2.a (PBJM) Rajah 4.25: Peratus Jawapan Q.3.a (PBJM)

Page 51: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

88

Soalan Q.3.a mengandungi kata kerja dalam bentuk kala kini, iaitu yomu (akan

membaca) yang menunjukkan bahawa aksi/perbuatan ‘membaca’ belum lagi dilakukan.

Secara keseluruhan, Q.3.a menggambarkan semasa subjek akan mula membaca buku

dan pelajar dikehendaki untuk menghasilkan ayat yang menunjukkan kondisi yang

terjadi ataupun aksi/perbuatan yang dilakukan semasa aksi membaca akan dilakukan.

Walaubagaimanapun, ayat-ayat yang dihasilkan oleh pelajar untuk melengkapkan ayat

Q.3.a lebih sesuai untuk penggunaan kata hubung ~tara, seperti contoh ayat (35)

berikut:

(35). Hon - o yomu - toki, nemuku - narimasu. Buku-partikel membaca- ketika, mengantuk-menjadi.

< 本を読むとき、{眠くなります。} (?) >

Ind : Ketika saya akan baca buku, jadi mengantuk. Mal : Ketika saya membaca buku, menjadi mengantuk.

Ayat yang dihasilkan oleh pelajar, <眠くなります。>nemuku narimasu (menjadi

mengantuk) menggambarkan kondisi, iaitu kejadian mengantuk ketika subjek membaca

buku. Walaupun ayat yang dihasilkan oeh pelajar tersebut boleh diterima pakai di dalam

bahasa Melayu, ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut tidak mengikuti kaedah

aturan aturan ~toki 14 sesuai dengan bentuk kata kata kerja kala kini. Justeru, ayat

nemuku narimasu (menjadi mengantuk) lebih merujuk kepada kaedah aturan

penggunaan ~tara, seperti berikut:

(35.a) Hon - o yon - dara, nemuku - narimasu. Buku-partikel membaca- jika/bila, mengantuk-menjadi.

< 本を読んだら、ねむくなります。(✓) > Ind : Jika/Bila saya akan membaca buku, jagi ngantuk. Mal : Apabila saya membaca buku, menjadi mengantuk.

14 Sila rujuk Jadual 2.2 muka surat 28 untuk peraturan penggunaan dan contoh ayat ~toki

Page 52: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

89

Ayat (35.a) menunjukkan penggunaan frasa andaian, ~tara yang

menggambarkan subjek menjadi mengantuk apabila membaca buku.

Selain daripada itu, ayat- ayat yang dihasilkan oleh pelajar juga merujuk kepada

kaedah aturan penggunaan kata hubung ~mae ni (sebelum), dan ~nagara (sambil). Pada

asasnya, kata hubung ~mae ni (sebelum) digunakan sebagai penyambung ayat yang

menunjukkan urutan aksi/perbuatan, iaitu ayat setelah kata hubung ~mae ni (sebelum)

merupakan aksi/perbuatan yang dilakukan terlebih dahulu 15 . Contoh ayat (36)

menunjukkan ayat yang dihasilkan oleh pelajar yang merujuk kepada kaedah aturan

penggunaan ~mae ni (sebelum).

(36). Hon - o yomu - toki, gohan - o - tabemashita. Buku-partikel membaca- ketika, nasi-partikel makan.

< 本を読むとき、{ ご飯を食べました。} (?) >

Ind : Ketika saya akan membaca buku, saya makan nasi. Mal : Ketika saya membaca buku, saya makan nasi.

Pelajar mungkin memahami makna ~toki pada soalan Q.3.a dan cenderung berfkir

untuk menghasilkan ayat yang menunjukkan aksi sebelum perbuatan membaca buku

dilakukan, iaitu <ご飯を食べました。> gohan o tabemashita (saya makan nasi). Pada

asasnya, soalan Q.3.a perlu dilengkapi dengan ayat yang menunjukkan perbuatan

berbeza ketika aksi hon o yomutoki (ketika saya akan membaca buku) akan dilakukan.

Gabungan ayat tersebut akan menyebabkan aksi/perbuatan yang tidak lazim dilakukan,

iaitu: ‘makan nasi ketika akan baca buku’. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan

oleh pelajar ini boleh diterima pakai sekiranya kata hubung ~toki digantikan dengan

kata hubung ~mae ni (sebelum), seperti berikut:

15 Tomomatsu dan Miyamoto (2007, p.362)

Page 53: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

90

(36.a) Hon - o yomu – mae ni, gohan - o - tabemashita. Buku-partikel membaca- sebelum, nasi-partikel makan.

< 本を読むまえに、ご飯を食べました。(✓) >

Ind : Sebelum saya membaca buku, saya makan nasi. Mal : Sebelum saya membaca buku, saya makan nasi.

Pelajar didapati juga menghasilkan ayat yang merujuk kepada kata hubung

~nagara (sambil) ketika melengkapkan ayat soalan Q.3.a. Pada dasarnya, kata hubung

~nagara (sambil) digunakan untuk menyambung ayat yang menunjukkan dua aksi

berbeza yang dilakukan oleh subjek dalam satu masa yang sama16. Contoh penggunaan

kata hubung ~nagara (sambil) dapat dilihat seperti ayat (37) berikut:

(37). Ongaku - o kiki - nagara, heya - o - soojishimasu. Muzik-partikel dengar- sambil, bilik - partikel mengemas.

<音楽を聞きながら、部屋を掃除します。>

Ind : Saya membersihkan kamar sambil mendengar musik. Mal : Saya mengemas bilik sambil mendengar muzik.

Ayat (37) menunjukkan contoh penggunaan kata hubung ~nagara (sambil) yang

menggambarkan aksi ‘mendengarkan muzik’ dilakukan pada waktu yang sama dengan

aksi mengemas bilik’. Manakala contoh ayat (38) berikut menunjukkan ayat yang yang

dihasilkan oleh pelajar dalam soalan Q.3.a.

(38). Hon - o yomu - toki, ongaku - o - kikimasu. Buku-partikel membaca- ketika, muzik-partikel mendengar.

< 本を読むとき、{ 音楽を聞きます。} (?) >

Ind : Ketika saya akan membaca buku, saya mendengar musik. Mal : Ketika saya membaca buku, saya mendengar muzik.

Ayat <音楽を聞きます。> ongaku o kikimasu (mendengar muzik) ialah ayat yang

gramatis. Ianya boleh diterima pakai di dalam bahasa Melayu dan perbuatan yang lazim

16 Tomomatsu dan Miyamoto (2007, p.266)

Page 54: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

91

dilakukan semasa membaca buku. Hal ini menjelaskan mengapa pelajar mudah

menghasilkan ayat ongaku o kikimasu (mendengar muzik) sebagai pelengkap ayat hon o

yomutoki (ketika saya membaca buku). Justeru, gabungan ayat tersebut lebih tepat

sekiranya menggunakan kata hubung ~nagara (sambil) seperti berikut:

(38.a) Hon - o yomi - nagara, ongaku - o - kikimasu. Buku-partikel membaca- sambil, muzik-partikel mendengar.

< 本を読みながら、音楽を聞きます。(✓) >

Ind : Saya membaca buku, sambil mendengar musik. Mal : Saya membaca buku, sambil mendengar muzik.

Ayat (38.a) menjelaskan bahawa subjek melakukan aksi ‘membaca buku’ dan

mendengar muzik’ pada masa yang sama.

Rajah 4.26 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat

keliru bagi soalan Q.5.b di kalangan PBJM.

Q.5.b [<日本語を勉強するとき、__> Nihongo o benkyoosurutoki, __ (Ketika (akan) belajar bahasa Jepun)]

Merujuk kepada rajah di atas, peratus ayat keliru adalah 69%, dan ayat tepat yang

dihasilkan oleh pelajar hanya 14% sahaja. Merujuk kepada Jadual 4.1 (Swovelin, 2012),

bilangan peratus ayat tepat pada kadar 10~29 menunjukkan pelajar mempunyai

Rajah 4.26: Peratus Jawapan Q.5.b (PBJM)

Page 55: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

92

permasalahan gramatis dalam mengenal pasti ~toki pada soalan Q.5.b.

Sama halnya dengan bentuk kata kerja sebelum ~toki pada soalan Q.3.a, kata

kerja pada Q.5.b juga berbentuk kala kini yang menunjukkan aksi pada kata kerja

tersebut belum dilakukan. Soalan Q.5.b memerlukan pelajar untuk melengkapkan ayat

nihongo o benkyoosurutoki,__ (ketika belajar bahasa Jepun) dengan ayat yang

menunjukkan aksi/perbuatan berbeza ketika aksi belajar bahasa Jepun akan dilakukan.

Ayat yang dihasilkan oleh pelajar bagi melengkapi soalan Q.5.b didapati lebih banyak

merujuk kepada peraturan penggunaan ~tara seperti ayat (39) berikut:

(39). Nihongo - o benkyoosuru - toki, jisho - o tsukaimasu. Bahasa Jepun – partikel belajar-ketika, kamus – partikel menggunakan.

< 日本語を勉強するとき、{ 辞書を使います。} (?) >

Ind : Ketika saya akan belajar bahasa Jepang, saya menggunakan kamus. Mal : Ketika saya akan belajar bahasa Jepun, saya menggunakan kamus.

Gabungan ayat <辞書を使います。> jisho o tsukaimasu (menggunakan kamus)

kepada ayat <日本語を勉強するとき、__ > nihongo o benkyoosurutoki,__ (ketika

belajar bahasa Jepun) menyebabkan ianya menjadi aneh dan tidak lazim digunakan

oleh penutur natif Jepun. Hal ini disebabkan oleh kedua ayat tersebut langsung tidak

berkaitan walaupun kedua ayat tersebut boleh diterima pakai di dalam bahasa Melayu.

Justeru, tidak hairan bila pelajar mudah keliru lalu menggunakannya untuk

melengkapkan soalan Q.5.b. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar

boleh menjadi ayat tepat sekiranya kata hubung yang digunakan adalah ~tara dan kata

kerja tsukaimasu (menggunakan) diganti kepada kata keja kaimasu (membeli),

membentuk ayat frasa andaian seperti ayat berikut:

Page 56: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

93

(39.a) Nihongo - o benkyoushi - tara, jisho - o kaimasu. Bahasa Jepun – partikel belajar-ketika, kamus – partikel membeli.

< 日本語を勉強したら、辞書を要ります。(✓) >

Ind : Saya akan membeli kamus jika/bila saya belajar bahasa Jepang,. Mal : Saya akan membeli kamus sekiranya saya belajar bahasa Jepun,.

Bentuk kala kini pada kata kerja sebelum ~toki, iaitu < 勉 強 す る >

benkyoosuru (belajar) dalam soalan Q.5.a dan <読む> yomu (membaca) pada soalan

Q.3.a telah mempengaruhi pelajar hingga menghasilkan ayat yang tidak tepat bagi

kaedah aturan penggunaan ~toki yang tepat. Pelajar memahami makna ~toki sebagai

‘ketika’, walaubagaimanapun, gagal mengaplikasikan peraturan penggunaan ~toki

mengikut bentuk kala pada kata kerja sebelumnya. Justeru, pelajar tidak menghadapi

kesukaran untuk melengkapkan ayat ~toki pada soalan Q.2.a kerana bentuk kata kerja

kala lampau digunakan sebelum kata hubung ~toki tidak mempengaruhi ayat yang

dihasilkan.

4.1.2.6 Penggunaan ~tara oleh PBJM

Rajah 4.27 berikut menunjukkan peratus dapatan ayat tepat, ayat silap dan ayat

keliru bagi soalan-soalan Q.2.b, Q.4.b, dan Q.5.c dalam kalangan PBJM.

Q.2.b [<スーパーへ行ったら、__> Suupaa e ittara, __ (Jika/bila pergi ke pasaraya, __)],

Q.4.b [<ごはんを食べたら、__> Gohan o tabetara, __

(Jika/bila makan nasi, __)] dan

Q.5.c [<日本語を勉強したら、__> Nihongo o benkyooshitara, __ (Jika/bila belajar bahasa Jepun, __)]

Page 57: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

94

Merujuk kepada rajah 4.27, setiap soalan menunjukkan peratus ayat tepat yang tinggi

dengan masing-masing 88%, 86% dan 82%. Bilangan peratus pada kadar 80~90

menunjukkan pelajar dapat mengenal pasti penggunaan ~tara dalam Q.2.b, Q.4.b dan

Q.5.c dengan baik dan mempunyai kefahaman yang kukuh tentang kaedah penggunaan

~tara bagi soalan-soalan tersebut17.

Di sisi lain, ada Rajah 4.28, menunjukkan bahawa peratus ayat keliru pada

soalan Q.3.b yang menggunakan kata hubung ~tara menunjukkan bilangan yang agak

tinggi sehingga 82% dengan hanya 1% ayat tepat dan 17% ayat silap.

Q.3.b [<本を読んでいたら、__> Hon o yondeitara, __ (Ketika sedang membaca buku,__)]

Merujuk kepada Jadual 4.5 (peratus jawapan keseluruhan bagi soal selidik (bahagian II:

penyelesaian ayat)), bilangan peratus ayat keliru 82% merupakan peratus ayat keliru

tertinggi pada bahagian ~tara. Menurut Swovelin (2012), bilangan peratus pada kadar

di bawah 10 menunjukkan pelajar mempunyai permasalahan gramatis dalam mengenal

pasti ~tara dan perkara ini adalah bertentangan dengan dapatan melalui soalan Q.2.b,

Q.4.b dan Q.5.b.

17 Sila rujuk Jadual 4.1, Skala Panduan Penarafan (Swovelin, 2012)

Rajah 4.27: Peratus Jawapan Q.2.b, Q.4.b, dan Q.5.c (PBJM)

Page 58: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

95

Pada asasnya, ~tara pada soalan Q.3.b mempunyai makna ‘ketika’ yang

bermaksud wujudnya perkara yang tidak dijangkakan18. Oleh itu, pelajar dikehendaki

untuk melengkapi soalan Q.3.b dengan ayat yang menunjukkan berlakunya perkara

ataupun kondisi yang tidak dijangkakan oleh subjek ketika ia sedang membaca buku

dan bukan menngunakan frasa andaian. Hampir seluruh ayat yang dihasilkan pelajar

ketika melengkapkan soalan Q.3.b dikategorikan kepada ayat keliru kerana ayat-ayat

tersebut lebih merujuk kepada kaedah aturan penggunaan frasa andaian ~tara dengan

makna ‘jika/bila’, seperti terlihat pada ayat (40) berikut:

(40). Hon - o yonde - i - tara, nemuku-narimasu. Buku-partikel membaca-ketika, menjadi mengantuk.

< 本を読んでいたら、{ 眠くなります。} (?) >

Ind : Ketika saya membaca buku, jadi mengantuk. Mal : Ketika saya membaca buku, menjadi mengantuk.

Apabila ayat yang dihasilkan oleh pelajar, <眠くなります。> nemuku narimasu

(menjadi mengantuk) dijadikan pelengkap bagi soalan Q.3.b, <本を読んでいたら、__>

hon o yondeitara (jika/bila saya membaca buku) menyebabkan ayat tersebut tidak tepat

dari segi nahunya. Gabungan kedua ayat tersebut memberi gambaran kondisi subjek

yang jadi mengantuk sekiranya membaca buku. Pelajar cenderung berfikir ~tara pada 18 Sila rujuk jadual 2.2 muka surat 28 untuk aturan penggunaan dan contoh ~tara (ketika)

Rajah 4.28: Peratus Jawapan Q.3.b (PBJM)

Page 59: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

96

soalan Q.3.b adalah frasa andaian ‘jika/bila’ hingga menghasilkan ayat nemuku

narimasu (menjadi mengantuk). Walaubagaimanapun, bagi menghasilkan ayat ~tara

yang sesuai dengan nahunya, soalan Q.3.b perlu dilengkapkan dengan ayat yang

menggambarkan kejadian perkara yang tidak dijangkakan ketika ‘sedang membaca

buku’, seperti:

Q.3.b` <本を読んでいたら、寝てしまいました。> Hon o yondeitara, neteshimaimashita. (Ketika saya sedang membaca buku, (tanpa dijangkakan) jatuh tertidur).

Manakala ayat yang dihasilkan oleh pelajar boleh diterima pakai sekiranya bentuk kata

kerja kerja yondeitara (ketika sedang membaca buku) digantikan dengan yondara

(jika/bila membaca buku), iaitu frasa andaian seperti berikut:

(40.a). Hon - o yon-dara, nemuku-narimasu. Buku-partikel membaca-ketika, mengantuk-menjadi.

< 本を読んだら、眠くなります。(✓) >

Ind : Jika saya membaca buku, menjadi ngantuk. Mal : Bila/Jika saya membaca buku, menjadi mengantuk.

Seterusnya, pelajar juga menghasilkan ayat yang merujuk kepada kaedah aturan

penggunaan ~tekara dan ~toki ketika melengkapkan soalan Q.3.b. Ayat (41)

menunjukkan ayat yang merujuk kepada penggunaan ~tekara, manakala contoh ayat

(42) lebih tepat sekiranya menggunakan kata hubung ~toki.

(41). Hon - o yonde - i - tara, repooto - o kakimasu. Buku-partikel membaca-ketika, laporan-partikel menulis.

< 本を読んでいたら、{ レポートを書きます。} (?) >

Ind : Ketika saya membaca buku, saya menulis laporan. Mal : Ketika saya membaca buku, saya menulis laporan.

Page 60: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

97

Ayat (41) di atas memberi gambaran bahawa ayat <レポートを書きます。> repooto o

kakimasu (menulis laporan) akan dilakukan setelah ayat < 本を読んでいたら、__ >hon

o yondeitara (ketika saya membaca buku) telah selesai dilakukan. Justeru, gabungan

ayat tersebut tidak sesuai menggunakan ~tara dengan makna ‘ketika’ dan walaupun

pelajar menterjemahkan ~tara kepada ‘jika/bila’ ianya turut keliatan tidak natural di

dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh pelajar tersebut

boleh diterima pakai sekiranya kata hubung yang digunakan adalah ~tekara, seperti

berikut:

(41.a) Hon - o yon - dekara, repooto - o kakimasu. Buku-partikel membaca-selepas, repot-partikel menulis.

< 本を読んでから、レポートを書きます。(✓) >

Ind : Saya menulis laporan setelah saya membaca buku. Mal : Saya menulis laporan setelah saya membaca buku.

Ayat (41.a) menggambarkan urutan aksi yang dilakukan oleh subjek, iaitu menulis

laporan setelah selesai membaca buku.

Seterusnya, ayat (42) berikut menunjukkan ayat yang merujuk penggunaan kata

hubung ~toki yang dihasilkan pelajar melengkapkan soalan Q.3.a .

(42). Hon - o yonde - i - tara, megane - o kakemasu. Buku-partikel, membaca-ketika, cermin mata-partikel memakai.

< 本を読んでいたら、{ 眼鏡をかけます。} (?) >

Ind : Saya memakai kaca mata ketika membaca buku. Mal : Saya memakai cermin mata ketika membaca buku.

Ayat (42) di atas memberi gambaran bahawa subjek mengenakan cermin mata ketika

membaca buku. Meskipun ayat tersebut boleh diterima pakai di dalam bahasa Melayu,

Page 61: BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN 4.0 Pengenalanstudentsrepo.um.edu.my/5962/4/Bab_4,_last.pdf · - Tetapi, secara umumnya idea-idea pelajar dapat difahami 50~59 Menengah - Analisis kurang

98

tetapi, ianya tidak sesuai menggunakan kata hubung ~tara dengan makna ‘ketika’19.

Ayat yang dihasilkan oleh pelajar <眼鏡をかけます。> megane o kakemasu

(memakai cermin mata) adalah perkara yang lazim dan boleh dijangkakan kejadiannya

ketika seseorang membaca buku. Walaubagaimanapun, ayat yang dihasilkan oleh

pelajar tersebut boleh diterima pakai sekiranya kata hubung ~tara digantikan dengan

~toki dan perkataan yondei (sedang membaca) diubah suai kepada yomu (akan

membaca), seperti berikut:

(42.a) Hon - o yomu - toki, megane - o kakemasu. Buku-partikel, membaca-ketika, cermin mata-partikel memakai.

< 本を読むとき、眼鏡をかけます。(✓) >

Ind : Ketika saya membaca buku, saya memakai kaca mata. Mal : Ketika saya membaca buku, saya memakai cermin mata.

Merujuk kepada Jadual 4.5 (peratus jawapan keseluruhan bagi soal selidik

(bahagian II: penyelesaian ayat)), dapat dirumuskan bahawa sebahagian besar pelajar

boleh melengkapkan ayat ~tara dengan tepat untuk soalan Q.1.b, Q.2.b, Q.4.b dan Q.5.b.

Pelajar dapat mengenal pasti kata hubung ~tara ‘jika/bila’ sebagai frasa andaian dan

tidak mengalami kesukaran untuk menghasilkan ayat yang tepat. Walaubagaimanapun,

pelajar menghadapi permasalahan ketika diminta untuk melengkapkan ayat ~tara

dengan makna ‘ketika’ pada soalan Q.3.b. Hal ini dapat dijangkakan kerana

pembelajaran kata hubung ~tara pada peringkat awal agak terhad dan kemungkinan

kefahaman mengenai penggunaan ~tara secara menyeluruh masih belum matang.

19 Sila rujuk Jadual 2.2, muka surat 28 untuk kaedah aturan penggunaan ~tara