topik 2 penjanaan idea perniagaan

31
TOPIK 2.0 MENJANA IDEA PERNIAGAAN

Upload: ayubkhan-kks

Post on 16-Apr-2017

1.925 views

Category:

Education


43 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

TOPIK 2.0

MENJANA IDEA PERNIAGAAN

Page 2: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN

Menjana Idea Perniagaan

Page 3: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PEMILIHAN IDEA DAN PELUANG PERNIAGAAN

•Apakah produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pelanggan?

•Adakah produk atau perkhidmatan ini boleh mendatangkan keuntungan?

Page 4: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN

Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada seseorang.

Peluang biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mengambil peluang yang wujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke tangan orang lain

Page 5: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

i. Daya Fikiran

Setiap usahawan perlu sentiasa berfikiran kehadapan. Para usahawan yang sentiasa berfikir ke hadapan sememangnya mempunyai banyak idea dan perancangan yang hebat.

Mereka harus menggunakan daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat dan dijadikan ianya sebagai idea perniagaan.

Sumbangsaran (brainstorming) adalah merupakan satu teknik perbincangan untuk mendapatkan idea baru.

Page 6: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

ii. Melalui Masalah Yang Ada

Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada dan fikirkan apakah perniagaan yang sesuai ditawarkan sebagai penyelesaian masalah.

Page 7: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iii. Memenuhi Keperluan ManusiaMAKANAN DAN

MINUMAN

TEMPAT TINGGAL

PAKAIAN

Page 8: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iii. Memenuhi Keperluan – Keperluan Lain Manusia

KESIHATAN

KELUARGA

PERHUBUNGAN KESELAMATAN

PERSAHABATAN

Page 9: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iii. Memenuhi kehendak Manusia

BARANG KEMASKERETA MEWAH

PERCUTIAN

MEMBELI BELAH

Page 10: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iv. Mengkaji Selidik Pasaran Sedia Ada

Produk dan perkhidmatan yang sedia ada sekarang merupakan hasil daya cipta dan inovasi usahawan terdahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Oleh kerana aktiviti kehidupan manusia terus berubah, produk dan perkhidmatan sedia ada juga perlu dibuat penambahbaikan. Setiap perubahan kepada produk sedia ada akan mendapat perhatian pengguna dan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya. 

Page 11: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

v. Mengikuti Tren Pasaran Semasa

Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan. 

Page 12: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

vii.Melalui Jaringan Perhubungan

Sesuatu peluang perniagaan yang wujud akan menjadi sukar dimajukan oleh seseorang usahawan sekiranya jaringan perhubungan dengan orang lain sangat terhad. Perhubungan dan pergaulan harian dapat memberi peluang perniagaan kepada usahawan dengan cara maklumat yang diberi dan dikongsikan mungkin dapat diubah kepada satu perniagaan dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan.

Page 13: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

viii.Melalui Bacaan

Idea dan maklumat perniagaan juga boleh diperolehi daripada sumber bacaan samaada media cetak (buku, majalah, suratkhabar, artikel) dan media elektronik (e-book, blog).

Page 14: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

viiii. Melalui Pengetahuan dan Kemahiran Yang Ada

Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan. Seseorang yang berbakat dalam apa jua kemahiran boleh merekacipta produk untuk dijual dan ianya dijadikan sebagai peluang perniagaan. 

Page 15: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

ix. Melalui Pengalaman Yang Ada

Ramai usahawan menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya melalui pengalaman kerjaya. Peluang yang diperolehi melalui pengalaman kerja yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau pengetahuan menyeluruh berkaitan perniagaan yang bakal dijalankan membantu seseorang usahawan

Page 16: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

x. Kedudukan Kewangan

Kedudukan kewangan adalah faktor penting sama ada peluang perniagaan itu dapat dimajukan atau sebaliknya. Sumber kewangan yang mencukupi sama ada dalam bentuk wang tunai atau aset tetap akan menjadi penentu kepada jenis perniagaan dan saiz pelaburan yang terlibat dalam sesebuah perniagaan yang terpilih.

Walaupun seseorang usahawan boleh memikirkan sumber-sumber lain seperti pinjaman dari institusi-institusi kewangan tetapi sebahagian daripada kos projek adalah daripada usahawan itu sendiri. Justeru itu perniagaan yang dicadangkan mesti sesuai dengan kemampuan pelaburan yang boleh disediakan.

Page 17: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PELUANG PERNIAGAAN Samb….

Cara yang digunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan:

iix. Minat

Sesetengah usahawan memilih bidang perniagaan berdasarkan kepada minatnya. Minat dapat memberikan keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan. Bidang perniagaan dianggap sebagai satu profesyen yang memerlukan disiplin dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.

Page 18: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenalpasti dan diambil kesempatan untuk dimajukan.

Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran yang meliputi suasana Politik, Ekonomi, Sosiobudaya, Teknologi, Persekitaran dan Undang-undang.

PEMILIHAN IDEA

Page 19: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

PESTEL (Political, Economical, Social, Technological,

Environmental, Legal)

olitical (Politik) conomical (Ekonomi) ocial (Sosio Budaya) echnological (Teknologi)

nvironmental (Persekitaran) egal (Undang – Undang)

PEMILIHAN IDEA Samb…

PESTEL

Page 20: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

POLITICAL (POLITIK)

ANALISA PESTEL

Keputusan politik boleh memberi kesan kepada banyak bidang penting untuk perniagaan seperti pendidikan, tenaga kerja, kesihatan negara dan kualiti infrastruktur ekonomi seperti jalan dan sistem kereta api.

Persekitaran politik mempengaruhi perniagaan apabila pihak kerajaan mengawal aktiviti perniagaan melalui kuasa politik dan undang-undang yang dibuat. Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan terus berkembang maju.

Page 21: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

Perkembangan dan perubahan ekonomi boleh menimbulkan peluang-peluang perniagaan yang baru. Perubahan keadaan ekonomi daripada keadaan meleset kepada keadaan yang baik, boleh membuka banyak peluang perniagaan sejajar dengan perkembangan di dalam sektor ekonomi seperti kewujudan industri pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, peruncitan dan pertanian.

Ianya juga merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana perniagaan beroperasi. Sekiranya ekonomi stabil, maka perniagaan akan berkembang tetapi jika ekonomi lembab, kuasa beli pengguna akan menurun. Jika permintaan meningkat keuntungan syarikat juga meningkat. Begitu juga jika permintaan menurun maka keuntungan syarikat juga akan menurun. Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan menjamin peluang perniagaan.

ECONOMICAL (EKONOMI)

ANALISA PESTEL

Page 22: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

Perubahan struktur penduduk, peningkatan pendapatan dan perubahan citarasa masyarakat boleh membuka peluang-peluang perniagaan.

Contohnya, jika terdapat perubahan struktur penduduk, sekiranya peratusan golongan belia lebih besar daripada golongan tua dan kanak-kanak, maka keadaan ini akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan yang berkaitan dengan keperluan dan kehendak golongan remaja.

SOCIAL (SOSIO BUDAYA)

ANALISA PESTEL

Page 23: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

ANALISA PESTELSOCIAL (SOSIO BUDAYA)smbg…

Jika pendapatan pengguna meningkat, maka kuasa membeli dan kemampuan pengguna turut meningkat. Ini membuka peluang dalam pelbagai bidang perniagaan yang sesuai dengan taraf pendapatan masyarakat setempat. Begitu juga dengan perubahan citarasa pelanggan yang mewujudkan berbagai peluang perniagaan.

Namun begitu, usahawan juga perlu menentukan sama ada peluang yang akan diambil itu selaras dengan nilai-nilai masyarakat setempat. Usahawan perlu memastikan supaya perniagaan yang bakal dijalankan tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat kerana setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang berbeza dari segi agama, adat resam dan cara hidup.

Page 24: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

Perubahan teknologi juga boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan di mana pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran dihasilkan pada kos yang lebih rendah dan membuka pasaran yang lebih luas.

TECHNOLOGICAL (TEKNOLOGI)

ANALISA PESTEL

Page 25: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

ANALISA PESTEL

Selain daripada itu, maklumat tidak formal juga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan. Dalam konteks ini, media massa memainkan peranan memberikan maklumat mengenai peluang-peluang perniagaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya media massa, sama ada media cetak atau elektronik, mempunyai ruangan khusus untuk menyiarkan maklumat mengenai dunia perniagaan yang membolehkan kita, secara tidak langsung, mengikuti perkembangan pelbagai bidang usaha niaga. Melalui maklumat ini kita boleh memilih bidang perniagaan yang bersesuaian dengan diri sendiri.

TECHNOLOGICAL (TEKNOLOGI) smbg…

Page 26: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

ENVIRONMENT (PERSEKITARAN)

ANALISA PESTEL

Faktor persekitaran turut memainkan peranan penting di dalam menyediakan peluang-peluang perniagaan. Pengamatan dan pemerhatian tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu barang dan perkhidmatan akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat memperbaikinya dari segi kos, jenama, reka bentuk, cita rasa, saiz dan juga prestasi.

Page 27: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

LEGAL (UNDANG – UNDANG)

ANALISA PESTEL

Seseorang usahawan perlu memastikan peluang-peluang perniagaan yang ingin dimajukan itu sah dari segi undang-undang perdagangan.

Kerajaan menggubal undang-undang dan peraturan untuk kepentingan semua bagi memastikan wujud persaingan yang sihat di kalangan perniagaan, melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan daripada melakukan penyelewengan.

Page 28: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

Pelajar perlu mencari idea perniagaan berdasarkan kehendak atau keperluan pengguna di kolej

TUGASAN TEORI

PEMBENTANGANPelajar dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka di depan kelas

Page 29: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

http://www.youtube.com/watch?v=PiruMuq7u5E

http://www.youtube.com/watch?v=FZNlK3HA-m8

http://www.youtube.com/watch?v=2SgSMjUWoGA

http://www.youtube.com/watch?v=4eJDf85Zmjw

TAYANGAN VIDEO

Page 30: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

RUMUSAN

Proses mengenalpasti , mengkaji dan memilih peluang perniagaan adalah langkah awal yang harus diambil oleh setiap usahawan atau bakal usahawan dalam menentukan perniagaan yang bakal diceburi

Page 31: Topik 2  Penjanaan idea Perniagaan

RUJUKAN

Philip Kotler (2012) Kotlet on Marketing. Pearson Education

UiTM Entrepreneurship Study Group (2010) Fundamentals of Entrepreneurship Study Group. Pearson Prentice Hall