bab 4

47
BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL 4.1 : INTERIM PAYMENT 4.1.1 Pendahuluan Bagi kontrak kerja bangunan dan kejuruteraan awam, lazimnya Kontraktor dibayar setiap bulan bagi kerja yang telah disiapkan. Tugas Jurukur Bahan ialah untuk menilai kerja yang telah disiapkan dalam tempoh pembinaan serta apa jua nilai perubahan yang mungkin dibenarkan dan mengesyorkan 34

Upload: aqafiq

Post on 10-Feb-2016

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ii

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4

BAB 4: LAPORAN TEKNIKAL

4.1 : INTERIM PAYMENT

4.1.1 Pendahuluan

Bagi kontrak kerja bangunan dan kejuruteraan awam, lazimnya Kontraktor

dibayar setiap bulan bagi kerja yang telah disiapkan. Tugas Jurukur Bahan ialah

untuk menilai kerja yang telah disiapkan dalam tempoh pembinaan serta apa jua nilai

perubahan yang mungkin dibenarkan dan mengesyorkan pembayaran kepada Arkitek

atau Jurutera. Sekiranya Arkitek atau Jurutera berpuas hati bahawa kerja tersebut

telah disiapkan dengan sempurna mengikut dokumen Kontrak, Arkitek atau Jurutera

akan memperakukan amaun yang kena dibayar kepada kontraktor berdasarkan

34

Page 2: BAB 4

penilaian Jurukur Bahan. Pembayaran yang lazim ditunaikan kepada

Kontraktor ialah :-

a. Bayaran Pendahuluan

b. Bayaran Kemajuan Kerja atau Bayaran Interim

4.1.2 Pengenalan

Bayaran Kemajuan atau Interim adalah satu keperluan asas di dalam

kebanyakan kontrak pembinaan. Bayaran kemajuan ini diperlukan untuk membiayai

operasi Kontraktor oleh kerana kebanyakan kerja-kerja pembinaan melibatkan satu

jumlah wang yang banyak dan besar serta merangkumi tempoh masa yang ditetapkan.

Bayaran Interim adalah bayaran berperingkat-peringkat yang disediakan oleh

Kerajaan @ klien setelah Kontraktor memenuhi obligasinya dalam melaksanakan

kerja-kerja termasuk kerja-kerja Sub-kontraktor Dinamakan atau Pembekal

Dinamakan, bahan-bahan binaan yang telah dibekalkan (jika ada) dan juga perubahan

harga.

35

Page 3: BAB 4

Bayaran Interim akan dibuat kepada kontraktor mulai tarikh Bayaran Interim

yang pertama pada tiap-tiap bulan atau lebih dari sekali Syarikat WAW Quantity

Surveyor bagi Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maahad Tahfiz

Sains Nurul Aman Di Atas Lot Pt 1066, Mukim Mahang West, Jajahan Ketereh,

Daerah Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Bayaran Interim dibuat sebulan sekali.

Penilaian untuk Bayaran Interim perlu dibuat apabila Kontraktor telah menyiapkan

kerja-kerja dan bahan-bahan yang dibekalkan melebihi had minima sepertimana yang

tercatit dalam kontrak iaitu 90% daripada jumlah Kerja Pembina. Bayaran

selanjutnya akan dibuat pada setiap bulan dan jumlahnya hendaklah tidak kurang

daripada had minima yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak. Ketepatan semasa

penilaian adalah penting bagi mengelakkan bayaran terlebih atau terkurang.

Untuk tuntutan Bayaran Interim, satu Perakuan Bayaran Interim akan

dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa dan dikenali sebagai JKR 66 (Sem. 1988) seperti

yang ditunjukkan dalam Appendix 15A. Perakuan ini disertakan juga dengan tiga (3)

lampiran iaitu :-

a. Lampiran A1 – Bayaran bagi Sub-Kontraktor Dinamakan

b. Lampiran A2 – Bayaran bagi Pembekal Dinamakan

c. Lampiran A3 – Bayaran Akaun Pemegang serah hak yang diluluskan.

36

Page 4: BAB 4

Sebelum Perakuan Interim ini disediakan dan dikeluarkan, penilaian kerja

yang dilaksanakan berserta bahan-bahan binaan yang dibekalkan pada tapakbina perlu

dibuat. Prosedur-prosedur berikut perlulah diikuti;

a. Satu tarikh penilaian setiap bulan ditetapkan dan dipersetujui oleh

Kontraktor

b. Penilaian Interim pertama harus dibuat tidak melebihi tempoh satu

bulan dari tarikh milik tapak.

c. Cara penilaian yang dipersetujui oleh oleh semua pihak.

d. Nilai kerja yang dilaksanakan mestilah termasuk ‘Kerja-kerja

Permulaan’ atau ‘Perkara-perkara Am’. Untuk tujuan ‘Perkara-perkara

Am’ akan ditentukan samada dibayar dalam bayaran yang pertama,

dibayar secara bulanan atau dibayar selepas penyiapan kerja.

Nilai kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor termasuk juga nilai

kerja-kerja perubahan yang diluluskan.

37

Page 5: BAB 4

4.1.3 Jenis-Jenis Bayaran Kemajuan Kerja

4.1.3.1 Pengenalan

Terdapat 3 jenis pembayaran yang akan diterima oleh kontraktor didalam

kerja-kerja binaan. Ianya terdiri dari bayaran wang pendahuluan kerja terakhir atau

muktamad. Pembayaran segala kewangan seperti diatas adalah merupakan wang

masuk kepada kontraktor. Wang pendahuluan merupakan yang diterima olek

kontraktor sebaik sahaja kerja binaan ditawarkan menerusi syarat-syarat tertentu.

Bayaran ini merupakan bantuan dari gunawan kepada pihak kontraktor

sebelum kerja-kerja dijalankan. Sementara itu dalam tempoh pembinaan kontraktor

juga akan dibayar dengan bayaran kemajuan kerja keatas kerja yang telah disiapkan.

Jumlah bayaran ini tidak menentu dan ianya bergantung kepada beberapa perkara.

4.1.3.2 Wang Pendahuluan

Skim ini diperkenalkan pada tahun 1979, dimana kerajaan menawarkan

bantuan awal untuk menolong pihak kontraktor supaya mempunyai modal yang cukup

untuk memulakan sesuatu kerja binaan setelah ditawarkan projek binaan. Jumlah

38

Page 6: BAB 4

wang ini adalah 15% daripada jumlah nilai kerja pembina daripada jumlah kontrak

tertakluk kepada maksimum sebanyak 5.0 juta.

Biasanya bayaran pendahuluan ini akan diberikan kepada kontraktor yang

memohon skim ini setelah mengemukakan perkara-perkara:-

i. Surat setuju terima yang telah ditandatangani

ii. Menghantar bon perlaksanaan

iii. Polisi-polisi insuran serta resit pembayaran premium

iv. Insurans atau geranti bank untuk menjamin jumlah bayaran wang

pendahuluan.

a) Pembayaran balik wang pendahuluan

Oleh kerana wang pendahuluan merupakan bantuan dan ianya bersifat

sementara, maka kontraktor perlu membayar balik. Pembayaran balik wang ini

dibuat menerusi pemotongan wang bayaran kemajuan kerja bulanan.

39

Page 7: BAB 4

Pemotongan pembayaran balik akan dilakukan oleh gunawan apabila jumlah

wang kemajuan kerja bulanan berkenaan telah melebihi 25% daripada jumlah nilai

kerja pembina.Butir-butir pemotongan bagi pembayaran balik wang pendahuluan

akan dinyatakan dalam sijil bayaran kemajuan bagi bulan tersebut.

4.1.4 Bayaran Kemajuan Kerja/Bulanan

Setiap akhir bulan kerja-kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor akan

dinilai oleh pihak majikan/wakilnya. Dari penilaian ini jumlah wang kemajuan bagi

bulan berkenaan akan dapat ditentukan. Penilaian kerja bulanan bagi tujuan

membayar wang kemajuan kerja adalah meliputi kepada perkara-perkara yang

berikut:

i. Kerja-kerja sementara/senarai permulaan

ii. Kerja kontraktor utama dan kontraktor kecil

iii. Kerja-kerja tambahan/kurangan

iv. Nilai bahan-bahan dan barang tidak pasang ditapak bina

40

Page 8: BAB 4

Didalam memohon bayaran kemajuan kerja, terdapat 2 kes yang berbeza, iaitu

untuk bayaran kemajuan yang pertama dan bayaran kemajuan seterusnya

a) Kelayakan untuk bayaran kemajuan pertama

Jika kontraktor belum menandatangani dokumen kontrak. Ia masih

juga layak untuk mendapat kemajuan kerja yang pertama tetapi dengan syarat:

i. Surat setuju terima telah ditandatangani dan dikembalikan

ii. Salinan yang telah disahkan seperti dibawah dihantar bersama-sama sijil

bayaran:

Bon perlaksanaan

Polisi-polisi insurans

Surat kelulusan lembaga tender

b) Kelayakan untuk membuat bayaran kemajuan seterusnya

Bayaran kemajuan yang seterusnya akan dibuat setiap bulan dengan

syarat jumlah nilai kerja terlaksana termasuk 75% bahan ditapak bina tidak

kurang dari nilai yang telah ditentukan dalam kontrak. Nilai ini adalah 25%

daripada purata nilai bulanan kerja pembina yang sepatutnya terlaksana

mengikut jadual atau sesetengan daripada nilai kerja yang terlaksana sebelum

41

Page 9: BAB 4

bayaran kemajuan pertama dibuat, dimana nilai yang paling rendah akan

diambil.

4.1.5 Tatacara Penyediaan Bayaran Kemajuan Kerja

Seperti yang dinyatakan tadi, Jurukur Bahan akan diminta untuk membuat

penilaian terhadap kerja yang telah dilaksanakan oleh kontraktor dan barang yang

telah di serah hantar ketapak bina.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menetapkan tarikh yang sesuai

untuk menjalankan penilaian. Tarikh tersebut akan diberitahu kepada pegawai

penguasa/arkitek untuk mendapatkan persetujuan. Meraka perlulah hadir semasa

penilaian dijalankan. Selain itu, kontraktor juga perlu hadir untuk memastikan tiada

sebarang ketidakpuashatian. Sekiranya kontraktor atau wakilnya tidak menghadiri

penilaian tersebut, ukuran yang telah dipersetujui oleh pegawai penguasa/arkitek akan

dianggap betul dan jumlah tersebut akan dimasukkan didalam perakuan kemajuan

kerja.

Sebelum menjalankan penilaian, Jurukur Bahan perlulah menyediakan format

pengiraan untuk bayaran interim tersebut. Biasanya, kebanyakan firma menggunakan

Microsoft Excel dalam menyediakan format ini.

42

Page 10: BAB 4

Apabila penilaian dibuat, tanggungjawab Jurukur Bahan ialah menilai kerja

yang telah dilaksanakan oleh kontraktor dan barang yang telah dihantar ketapakbina.

Bagi kerja yang telah dilaksanakan, penilaian dibuat dengan mengambil peratus kerja

yang telah dilaksanakan. Manakala bagi bahan ditapak bina, penilaian di buat dengan

mengambil 90% jumlah bahan tersebut.

Bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal, Jurukur Bahan perlu mendapatkan

daripada perunding/jurutera elektrikal dan mekanikal. Jumlah tersebut mestilah telah

diperakukan oleh pegawai penguasa/arkitek.

Setelah penilaian dibuat, Jurukur Bahan perlu mengira jumlah kerja yang telah

dilaksanakan dan barang tak pasang atau bahan ditapak bina untuk menentukan

jumlah yang perlu dibayar kepada kontraktor.

Seterusnya, Jurkukur Bahan akan menyediakan sijil perakuan kemajuan kerja

dan juga surat memberitahu subkontraktor dinamakan dan pembekal dinamakan.

Setelah sijil tersebut ditandatangani, Jurukur Bahan akan menyerahkan sijil tersebut

kepada pegawai penguasa/arkitek untuk diperakukan.

Setelah pegawai penguasa/arkitek menandatangani sijil perakuan bayaran

kemajuan kerja, oleh itu jumlah yang dinyatakan telah diperakukan, maka

majikan/klien bertanggungjawab untuk membuat pembayaran kepada Kontraktor

dalam tempoh empat belas (14) hari.

43

Page 11: BAB 4

4.1.6 Cara Penilaian

Cara penilaian bayaran interim tertakluk kepada jenis kontrak yang digunakan.

Sekiranya kontrak yang digunakan berdasarkan senarai kuantiti (JKR 203A),

penilaian keatas kerja yang dilaksanakan adalah lebih mudah jika dibandingkan

dengan kontrak berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi. Ini disebabkan kuantiti dan

kadar harga setiap item terdapat dalam Senarai Kuantiti (BQ). Apa yang perlu dibuat

adalah dengan menganggarkan dalam bentuk peratus (sekiranya sukar diukur kuantiti

yang telah siap dilaksanakan) dan didarabkan dengan harga kontrak.

Manakala bagi kontrak yang berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi, sebelum

penilaian untuk bayaran interim pertama disediakan, kos-kos terpaksa dibahagikan

daripada Ringkasan Tawaran, mengikut susunan elemen tiap-tiap butir dan ditentukan

peratusnya. Pembahagian ini mestilah dipersetujui oleh Kontraktor terlebih dahulu.

Kadangkala, anggaran kuantiti terpaksa dibuat bagi tujuan pembayaran.

4.1.7 Keutamaan bayaran

Sekiranya Kontraktor Utama merasakan bahawa beliau telah menanggung

kerugian akibat kegagalan Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan untuk mematuhi

sebarang peruntukan dalam subkontrak atau pecah subkontrak dan beliau ingin

44

Page 12: BAB 4

membuat tuntuan keatas Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan, beliau (kontrakor

utama) hendaklah megambil tindakan berikut :-

i. Menilai dan membuktikan secara tepat dan terperinci sebarang kerugian

yang dialami.

ii. Memberi notis secara bertulis kepada Sub-kontrakor/Pembekal Dinamakan

menjelaskan kegagalan atau pecah subkontrak yang telah dilakukan oleh

Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan dan nilai kerugian yang terlibat

dalam tempoh tidak kurang daripada empat puluh lima (45) hari sebelum

pegawai penguasa mengeluarkan Perakuan Bayaran Interim atau Perakuan

Muktamad.

Sekiranya jumlah amaun yang diperakukan tidak mencukupi untuk membayar

kesemua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan, pemegang-pemegang serahhak dan

Kontraktor, keutamaan bayaran mestilah mengikut aturan berikut : -

i. Sub-kontrakor/Pembekal Dinamakan

ii. Pemegang serahhak

iii. Kontraktor

Sekiranya, jumalah amaun yang diperakukan tidak mencukupi untuk

membayar kesemua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan, jumlah amaun yang

45

Page 13: BAB 4

diperakukan akan diagihkan diantara Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan

bersesuaian dengan bayaran yang diperakukan haknya kepada setiap daripada mereka

dalam Perakuan Bayaran Interim.

Sekiranya jumlah yang diperakukan hanya mencukupi untuk membayar

kepada kesemua Sub-kontraktor/Pembekal Dinamakan tetapi tidak mencukupi untuk

membayar kepada pemegang serahhak, maka semua Sub-kontraktor/Pembekal

Dinamakan akan dibayar jumlah penuh yang menjadi hak mereka dan bakinya

dibayar kepada pemegang-pemegang serahhak seperti yang terkandung dalam Syarat-

syarat Perjanjian Serahhak.

4.1.8 Sijil Bayaran

4.1.8.1 Pengenalan Sijil Bayaran

Sijil bayaran merupakan satu sijil yang menunjukkan satu bukti pengesahan

bayaran kepada sub-kontraktor setelah kerja-kerjanya disiapkan. Sijil bayaran ini

hanya dikeluarkan oleh kontraktor utama kepada sub-kontraktor. Pihak tertentu iaitu

Jurukur Bahan yang bertanggungjawab menyediakan sijil bayaran ini. Amaun atau

harga yang dibayar akan ditentukan dan disemak oleh Jurukur Bahan berpandukan

kepada kerja-kerja yang telah disiapkan di tapak bina menggunakan cara pengukuran

46

Page 14: BAB 4

kuantiti. Sub-kontraktor juga terlibat dalam kerja-kerja pengukuran kuantiti ini untuk

memberitahu kepada Jurukur Bahan tentang peratusan kerja yang telah dibuat.

Di dalam sijil bayaran terdapat maklumat seperti nama sub kontraktor, bidang

kerja sub kontraktor, tarikh sijil dikeluarkan, nama projek, bilangan sijil yang telah

dikeluarkan, harga kontrak asal, harga nilai kerja yang dijangkakan, jumlah wang

tahanan, nota debit dan sebagainya.

Sijil bayaran ini mestilah disertakan bersama dengan perincian kerja yang

telah di buat oleh Sub-kontraktor. Daripada lampiran ini sub kontraktor boleh

menyemak sama ada pengukuran yang dibuat betul atau sebaliknya jika sub

kontraktor tidak berpuas hati dengan pengukuran tersebut maka kepala Sub-

kontraktor boleh berjumpa dengan Jurukur Bahan untuk memberi penjelasan tentang

perkara tersebut.

47

Page 15: BAB 4

4.1.9 Rajah Proses Sijil Bayaran

Proses Sijil Bayaran ini adalah yang diguna pakai di Syarikat WAW Quantity

Surveyor. Di bawah ini kita dapat lihat bagaimana proses ini dilalui :-

48

Kontraktor Utama Mendapat Invois Dari Sub Kontraktor

Jurukur Bahan Dari Kontraktor Utama Membuat Penilaian

Sijil Bayaran Disediakan Oleh Jurukur Bahan

Bayaran Dibuat Kepada Sub-kontraktor

Jika Sub-kontraktor

tidak berpuas hati

Page 16: BAB 4

4.1.10 Skop Kerja ( Penyediaan Bayaran Interim)

Disini akan dapat lihat Bayaran Interim Syarikat WAW Quantity Surveyor

bagi Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman

Di Atas Lot Pt 1066, Mukim Mahang West, Jajahan Ketereh, Daerah Kota Bharu

Kelantan Darul Naim. Ini merupakan Bayaran Interim Nom 12.(Rujuk lamiran 1)

4.1.11 Kesimpulan

Menyediakan bayaran interim adalah salah satu tugas Jurukur Bahan yang

biasa dilakukan. Sekiranya kita dipihak perunding, kita perlulah berhati-hati dengan

tuntutan yang disediakan oleh pihak Kontraktor. Biasanya, mereka akan meninggikan

tuntutan tersebut. Biasanya, Jurukur Bahan (di pihak pelanggan/klien) akan

menyediakan bayaran interim yang lain dan dibandingkan dengan tuntutan

Kontraktor. Bayaran yang akan diperakukan oleh klien ialah bayaran interim yang

disediakan oleh perundingnya.

49

Page 17: BAB 4

4.2: ARAHAN PERUBAHAN KERJA

4.2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, akan menerangkan perkara yang biasa berlaku dalam sesuatu

pembinaan dimana akan berlaku perubahan kerja. Pihak yang paling

bertanggungjawab adalah jurukur bahan. Juru Ukur Bahan kerana mereka

memainkan peranan yang penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dengan baik.

Perubahan ini berlaku disebabkan oleh arahan pelanggan, Jurutera berkaitan dan juga

pihak Arkitek.

Kerja-kerja perubahan merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan jika ada

penambahan atau penolakan semasa tempoh sesuatu pembinaan. Sering kali

perubahan melibatkan dari segi perubahan reka bentuk, penolakan atau penambahan

bangunan, pembaikpulihan dan lain-lain lagi. Ianya bergantung kepada pihak yang

mengemukakan perubahan. Selain itu, terdapat juga perubahan kerja berlaku kerana

halangan yang tidak dapat dielakkan seperti halangan kerja-kerja bawah tanah.

Oleh yang demikian, maka diperlukan peruntukan perubahan kerja disediakan.

Perubahan kerja ini dijalankan berdasarkan kepada Fasal yang terlibat di dalam suatu

projek berdasarkan peruntukan yang tersedia. Setiap perubahan kerja berlaku, ia

memerlukan arahan daripada Pegawai Penguatkuasa (S.O). Seterusnya, Pegawai

Penguatkuasa (S.O) akan mengeluarkan arahan kepada Kontraktor bagi melakukan

perubahan kerja melalui Perakuan Perubahan Kerja.

50

Page 18: BAB 4

4.2.2 Definisi

Perubahan membawa maksud berubah dari keadaan asal atau pun berbeza dari

segi rupa atau bentuk asal atau pun beralih dari keadaan asal kepada bentuk lain.

Boleh disimpulkan bahawa, perubahan kerja ini merupakan sesuatu pembinaan yang

memerlukan perubahan sesuatu rekabentuk mengikut syarat-syarat yang tertentu.

4.2.3 Peraturan-Peraturan Perubahan Kerja

Tujuan Perubahan Kerja

Perubahan kerja merupakan kerja-kerja yang akan dilaksanakan sama ada

penambahan atau penolakan. Surat Pekeliling dikeluarkan untuk memaklumkan

tentang peraturan dan had nilai Arahan Perubahan Kerja atau Variation Order (VO).

Peruntukan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang perkara yang

bakal dilaksanakan.

Bagi projek Kerajaan Malaysia, bahagian yang bertanggungjawab ke atas

sebarang Perubahan Kerja yang dikemukakan oleh Kontraktor. Kementerian

Kewangan memandang serius terhadap kerja-kerja tambahan yang tidak terkandung

di dalam tawaran spesifikasi awal melalaui Arahan Perubahan Kerja. (VO).

Kementerian Kewangan pula telah menetapkan supaya peraturan Perubahan

Kerja diperketatkan dan diperkemaskini. Hal ini bertujuan supaya agensi lebih teliti

51

Page 19: BAB 4

di dalam perancangan sebelum menawarkan tender dan sebelum dilaksanakan.

Tuntutan perubahan kerja boleh menambahkan kos pembinaan yang bakal ditanggung

oleh pelanggan.

4.2.4 Peraturan Arahan Perubahan Kerja

Perubahan kerja boleh dilakukan apabila sebarang penambahan atau

pengurangan kerja yakni terdapat pecanggahan daripada perjanjian kontrak berkaitan

dengan plan, spesifikasi dan/ atau Senarai Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau

dipinda.

Perkara seperti ini boleh diletakkan di bawah kerja perubahan melalui tuntutan

dibuat oleh Kontraktor. Maka, Kontraktor akan membuat tuntutan mengikut

prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Setiap perubahan kerja yang dijalankan hendaklah memenuhi pra-syarat yang

ditetapkan. Antaranya adalah setiap perubahan kerja yang dikeluarkan hendaklah di

dalam tempoh pembinaan.Perubahan ini boleh dijalankan dan dipertimbangkan

apabila suatu tuntutan hendaklah di dalam tempoh pembinaan dan kontrak.

Kerja-kerja penambahan atau pengurangan hanya boleh dibuat di dalam

tempoh kontrak. Hal ini dilakukan sedemikian bertujuan mengelakkan kerugian dan

kemungkinana tuntutan yang tidak munasabah. Sungguh pun begitu, perubahan kerja

52

Page 20: BAB 4

boleh dilakukan apabila terdapat syarat-syarat kontrak yang membenarkan membuat

sedemikian.

Selain itu, perubahan kerja hendaklah memenuhi skop kerja asal. Tidak

berlaku percanggahan dengan skop kerja yang telah dibuat sebelum ini. Perubahan

kerja hendaklah seiring dengan skop kerja besar supaya motif yang diterapkan tidak

berubah.

Seterusnya, bagi kerja-kerja tambahan hendaklah dibuat di tapak bina kontrak.

Sebarang kerja dilakukan tidak dibenarkan untuk memindahkan kerja dari tapak asal

ke tempat yang lain. Pemindahan tapak bina tidak dibenarkan dan sebarang kerja

mesti dilakukan ditapak bina kontrak. Tujuan perkara tersebut dilakukan bagi

mengelakkan pecanggahan dengan kontrak.

Ekoran daripada itu, bagi kerja gantian hendaklah berdasarkan di dalam skop

kontrak asal. Setiap kerja dijalankan hendaklah tidak terpesong daripada skop

bahagian besar. Seterusnya, kerja yang ditentukan di dalam kontrak asal hendaklah

dapat dikenalpasti di dalam kerja-kerja gantian itu.

4.2.5 Peraturan Arahan Perubahan Kerja Bagi Jabatan Teknik Yang

Melibatkan Kontrak Persekutuan.

53

Page 21: BAB 4

i. Sebarang kerja pembinaan jika harga asal kontrak tidak melebihi

RM10 Juta dan jumlah perubahan terkumpul yang dicadangkan tidak

melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak

melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan

tidak melebihi RM1 Juta. Dengan itu, pihak yang meluluskan adalah

Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang

dinakan di dalam kontrak.

ii. Jika harga sal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah perubahan

kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika

harga asal kontrak melebihi RM Juta dan jumlah perubahan kerja

terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 Juta. Pihak berkuasa

yang mluluskan adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang

berkenaan.

iii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan jumlah

perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30%

ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 Juta dan jumlah

perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6

Juta.

54

Page 22: BAB 4

iv. Seterusnya, pihak yang diberi kuasa untuk meluluskan adalah Satu

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Teknik

Persekutuan yang berkenaan.

v. Dalam semua hal lain, pihak yang diberi kuasa meluluskan adalah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

4.2.6 Peraturan Perubahan Kerja bagi Semua Agensi Selain Jabatan Teknik

Yang Melibatkan Kontrak Persekutuan, Badan-Badan Berkanun Dan Kontrak

Negeri

i. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 Juta dan jumlah

perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10%

daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10

Juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM

1 Juta. Pihak yang diberi kuasa meluluskan adalah Satu Jawatankuasa

yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam

kontrak.

55

Page 23: BAB 4

ii. Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 Juta dan jumlah

perubahan kerja terkumpul yang terkumpul yang dicadangkan tidak

melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 Juta dan

jumlah terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM4 Juta. Pihak

yang diberi kuasa meluluskan adalah Lembaga Perolrhan Agemsi.

iii. Bagi nilai perubahan dalam semua hal yang lain, pihak yang diberi

kuasa adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai

Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan.

4.2.7 Peraturan Arahan Perubahan Kerja Untuk Kes-Kes Khas Bagi Semua

Agensi

i. Arahan-arahan Perubahan Kerja/pengukuran semula kuantiti sementara

(provisional quantity) tanpa tambahan atau perubahan kepada skop

kerja asal yang menyebabkan pengurangan harga kontrak. Pihak

berkuasa yang meluluskan adalah Pegawai Penguasa yang dinamakan

di dalam kontrak.

56

Page 24: BAB 4

ii. Pengubahsuaian Wang Kos Prima, Wang Peruntukan sementara dan

Pengukuran Semula Kuantiti Sementara mengikut syarat-syarat

kontrak. Pihak yang boleh meluluskan perubahan kerja adalah Pegawai

Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

iii. Pengukuran semula kuantiti sementara (provisional quantity) tanpa

tambahan atau perubahan kepada skop kerja asal;

a) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti melebihi RM3 Juta tetapi

tidak melebihi RM6 Juta. Pihak yang diberi kuasa untuk memberi kelulusan

adalah Satu Jawatakuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah/Timbalan

Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yng berkenaan bagi Jabatan

Teknik dan Lembaga Perolehan Agensi selain Jabatan Teknik.

b) Nilai harga tambahan pengukuran semula kuantiti tidak melebihi RM3 Juta

diberi kuasa melulus adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh

Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.

c) Bagi perubahan yang melibatkan semua hal lain, kuasa meluluskan terletak

kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri

mengikut mana berkenaan.

57

Page 25: BAB 4

Terdapat percanggahan dalam atau antara dokumen-dokumen kontrak. Pihak

yang diberi kuasa adalah Satu Jawatankuasa yang dipengrusikan oleh Ketua Jabatan

yang berkenaan dan hendaklah dianggotai juga oleh Penasihat Undang-Undang.

Apa-apa yang ditanggung berhubung dengan bayaran dan caj pemindahan

pembentungan bekalan air, bekalan elektrik dan lain-lain yang berkenaan. Oleh itu,

Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan berkenaan.

Sebarang tuntutan lain yang dinyatanya dibenarkan dalam syarat-syarat

kontrak. Pihak yang dibenarkan adalah Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh

Ketua Jabatan berkenaan.

Setiap permohonan untuk kerja tambahan dari Jabatan/Kementerian Pelanggan

hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pegawai yang diberi kuasa

(yang dinamakan di dalam senarai “Pihak Yang Diberi Kuasa Bagi Pihak Pelanggan”.

Seterusnya, bagi kerja tambahan yang yang dipohon oleh Pelanggan didapati

keluar dari skop kerja Kontrak, tindakan perlu tindakan diambil terlebih dahulu

kelulusan memohon daulu kelulusan daripada Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos,

Unit Perancangan Ekonomi (UPE) sebelum kerja tersebut dilaksanakan.

58

Page 26: BAB 4

Tindakan seperti ini bagi memastikan, penambahan kos dan masa dapat

dikenalpasti lebih awal. Peruntukan untuk melaksanakan kerja tambahan jika

melebihi peruntukan yang diluluskan maka erlu mendapat kelulusan daripada Unit

Perancang Ekonomi Pelanggan.

Sekiranya perubahan kerja yang akan dilaksanakan tidak mengganggu kepada

kemajuan kerja yang teratur atau tempoh penyiapan kerja Kontraktor, maka kerj

tersebut hendaklah dijalankan secara berasingan.

Antara perkara-perkara yang diperlukan semasa pengukuran dan penilaian adalah

seperti berikut;

i. Arahan Perubahan Kerja.

ii. Lukisan Lakaran.

iii. Lukisan ‘as-build’.

iv. Rekod di dalam ‘Site Diary’.

v. Rekod tapak bina dan rekod kerja hari.

vi. Invoice/Baucer bayaran dari pembekal.

59

Page 27: BAB 4

vii. Sebut harga pembekal atau Kontraktor.

viii. Sumber-sumber maklumat kos dan lain-lain.

Ekoran daripada itu, sebarang kerja yang dikeluarkan daripada Kontrak

hendaklah merupakan kerja yang benar-benar tidak diperlukan. Kerja yang

terkandung di dalam Kontrak tidak boleh dikeluarkan dari Kontrak untuk

dilaksanakan pihak lain.

Segala urusan kerja yang bakal dilaksanakan hendaklah tidak bertentangan

dengan Kontrak mahu pun spesifikasi yang ditetapkan. Perubahan kerja yang hendak

dibuat mesti mengemukakan secara bertulis kepada pihak Pelanggan.

4.2.8 Pengukuran Dan Penilaian Perakuan Perubahan Kerja

Pengukuran kerja perubahan hendaklah dilakukan segera tanpa menunggu

ianya siap dilaksanakan terlebih dahulu sekiranya kerja berkenaan dapat diukur

dengan tepat dari lukisan. Di mana kerja tersebut boleh diukur dengan tepat hanya

60

Page 28: BAB 4

setelah kerja dilaksanakan dan kerja tersebut akan ditutup apabila siap, rekod-rekod

terperinci mengenainya mestilah disimpan semasa pelaksanaan kerja tersebut.

Kontraktor hendaklah membantu pegawai penguasa dalam membuat

pengukuran serta memberi semua butir yang dikehendaki olehnya. Sekiranya

kontraktor tidak berbuat demikian, maka ukuran yang dibuat oleh pegawai penguasa

adalah dikira sebagai ukuran yang betul. Sekiranya arahan dikeluarkan secara lisa,

kontraktor hendaklah mengesahkan secara bertulis tentang penerimaan arahan

tersebut dalam masa 7 hari dari tarikh pengesahan tersebut, sekiranya tiada bantahan

bertulis oleh pegawai penguasa.

Semua arahan bertulis pegawai penguasa hendaklah menggunakan Borang

Standard yang di antara lain menyatakan fasal-fasal yang memberikuasa pegawai

penguasa mengeluarkan arahan serta arahan-arahan yang dikehendaki dan juga sebab-

sebab arahan tersebut dikeluarkan. Arahan pegawai penguasa hendaklah dihantar

kepada kontraktor dengan Pos Berdaftar ke alamat yang tersebut di dalam kontrak.

Jika berlaku pertukaran alamat, kontraktor hendaklah memaklumkan kepada

pegawai penguasa. Arahan pegawai penguasa boleh juga ditinggalkan di pejabat

61

Page 29: BAB 4

kontraktor di tapak bina dan suatu resit akuan terima diperolehi daripada ejen tapak

bina kontraktor.

Kadar-kadar harga dalam senarai kuantiti mestilah diguna untuk membuat

penilaian perubahan kerja yang serupa jenis dan dilaksanakan dibawah keadaan-

keadaan yang sama dengan kerja dalam Senarai Kuantiti.

Kadar-kadar harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah dijadikan asas untuk

kadar-kadar harga kerja perubahan setakat mana yang berpatutan, jika kerja

perubahan tersebut tidak sama jenis atau tidak dilaksanakan di bawah keadaan-

keadaan yang sama dengan kerja dalam Senarai Kuantiti.

Jika kadar harga pro-rata tersebut tidak boleh dipakai oleh kerana jenis dan

keadaan kerja yang berbeza, maka suatu penilaian yang saksama bagi kerja itu

hendaklah dibuat oleh pegawai penguasa. Pandangan kontraktor haruslah diambilkira

dalam menentukan ‘kadar yang dipersetujui’ ini.

62

Page 30: BAB 4

Kadar-kadar harga dalam Senarai Kuantiti hendaklah menentukan nilaian

kerja yang ditinggalkan. Sekiranya peninggalan itu mengubah dengan besarnya

keadaan baki kerja dijalankan, penilaian ke atas baki kerja bolehlah menggunakan

kadar harga pro-rata atau kadar harga yang dipersetujui.

Jika kerja tidak dapat diukur atau dinilai dengan sewajarnya, kontraktor

hendaklah dibenarkan mendapat harga kerja-hari dengan ditambah 15% untuk kos

penyeliaan, keuntungan dan peralatan. Kontraktor hendaklah mengemukakan rekod

buruh dan logi yang digunakan, kepada pegawai penguasa tidak melebihi 7 hari kerja

itu dijalankan.

Antara kaedah kerja dijalankan adalah seperti berikut;

i. Penilaian dan perakuan Perubahan kerja berdasarkan kepada kaedah-

kaedah yang telah ditentukan di dalam syarat-syarat Kontrak yang

berkaitan dengan Perubahan Kerja.

ii. Kadar harga di dalam Senarai Kuantiti atau, jadual Kadar Harga

(termasuk pelarasan turun naik harga hendaklah digunakan untuk kerja

yang sama jenis dan dilaksanakan di bawah keadaan-keadaan yang

63

Page 31: BAB 4

sama dengan kerja yang dinyatakan harganya dalam jadual Kadar

Harga/ Senarai Kuantiti.

iii. Jika harga yang dilaksanakan tidak sama jenis atau tidak dilaksanakan

seperti dinyatakan di dalam Senarai Kuantiti/ jadual Kadar Harga ,

maka kadar harga dalam Kenarai Kuantiti/ Jadual Kadar Harga boleh

dijadikan asas setakat mana yang berpatutan (Kata Harga Pro-Rata).

Jika kadr harga tidak boleh diterima, perbincangan boleh dilakukan

bagi memperolehi kadar harga yang dipersetujui oleh semua pihak

(Kadar Harga Dipersetujui).

iv. Jika terdapat penambahan kerja menyeluruh suatu butiran kerjasama

ada dilaksanakan di bawah keadaan yang sama dengan kerja yang

dinyatakan dalam Ringkasan Tawaran, maka butiran kerja hendaklah

digunapakai.

v. Jika terdapat kerja yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan tepat,

maka kontraktor akan dibayar dengan bayaran hari dan ditambah 15%.

Pembayaran ini melibatkan semua kos penggunaan loji, perancangan,

alat dajn keuntungan. Kadar Harga ini merupakan perbelanjaan yang

sebenar ditanggung oleh Kontraktor dari aspek gunapakai buruh, bahan

binaan, loji dan Kontraktor hendakalah menunjukkan semua bukti

sama ada di dalam bentuk buku upah buruh, baucer, resit dan bayaran

64

Page 32: BAB 4

sewa loji serta perkara berkaitan. Semua butiran yang dinyatakan

hendaklah tidak selepas kerja tersebut disiapkan.

vi. Jika terdapat peninggalan menyeluruh sesusatu butiran kerja dalam

Ringkasan Tawaran, maka harga butiran kerja tersebut hendaklah

digunakan sebagai penilaian kerja tersebut.

4.2.9 Penilaian terhadap Perubahan Kerja boleh membuat rujukan

seperti;

i. Kadar Harga Senarai Bahan atau Jadual Kadar Harga Kontrak boleh

dijadikan rujukan. Rujukan kepadanya hendaklah dibuat dan perhatian

seharuslah diberikan terhadap sebarang pelarasan peratusan pada

harga-harga atau adar-kadar yang berkenaan. Kaedah yang sama

hendaklah digunakan terhadap harga-harga berasaskan harga di dalam

Kontrak (Kadar Harga ‘Pro-Rata).

ii. Kadar Harga yang munasabah iaitu selain daripada hargaKontrak.

Perkara ini hendaklah dengan jelas ‘kadar harga munasabah’ atau

‘Rate”. Kaedah penilaian boleh dibuat berasaskan kepada pecahan iaitu

kos buruh, bahan, keuntungan dan overhead atau sebut harga

munasabah dari sumber pmbekal atau Kontraktor.

65

Page 33: BAB 4

4.2.10 Aliran Proses Perubahan Kerja

66

Pelanggan meminta

perubahan kerja

Kesan Kos

VO dinilai dan dirumus

Arahan dari Pihak Penguasa/Perunding

Anggaran Awal

Kontraktor Hantar Sebut Harga

Diterima Oleh Pelanggan atau Tidak

Kelulusan dari Pihak Penguasa

Diluluskan

Page 34: BAB 4

4.2.11 Masalah Yang Biasa Berlaku Di Dalam Penyediaan Perubahan

Kerja

i. Arahan Perubahan Kerja yang tidak teratur.

ii. Pengukuran tidak dapatdibuat kerana kerja telah lama ditutup.

iii. Terdapat perbezaan pendapat Kontraktor dengan perunding dan

pemilik projek dari segi pengukuran dan harga kerana tidak disimpan

dengan baik. Jika masalah seperti ini timbul, maka kemungkinan

tempoh masa akan dilanjutkan.

Kontrak memberi kuasa kepada Pegawai Penguasa (dan wakil Pegawai

Penguasa) bagi mengarahkan Perubahan Kerja tetapi ianya masih tertakluk kepada

keperluan Arahan Perbendaharaan No. 202 yang mana menetapkan keperluan

mendapat keperluan kelulusan terlebih dahulu dari pihak-pihak tertentu sebelum

arahan perubahan kerja dapat dikeluarkan. Sungguh pun begitu, terdapat perkara

pengecualian daripada mendapat kelulusan terlebih dahulu antaranya;

1) Tuntutan dari Kontraktor ke atas kerugian akibat perbelanjaan timbul dari:

i. Memenuhi arahan Pegawai Penguasa.

67

Page 35: BAB 4

ii. Kelambatan disebabkan oleh Klien.

iii. Percanggahan di antara dokumen-dokumen Kontrak.

2) Tuntutan dari Kontraktor untuk bayaran dan caj bagi sambungan kekal kepada

saluran najis utama, saluran bekalan air utama dan eletrik dan sebagainya.

3) Penyelarasan jumlah harga kontrak akibat;

i. Penyelarasan Jumlah Kos Prima dan Wang Peruntukan

Sementara.

ii. Pengukuran semula kerja-kerja kuantiti sementara.

iii. Turun naik harga.

iv. Perubahan yang melibatkan pengurangan Jumlah Harga

Kontrak.

4.2.12 Peraturan Kawalan Perubahan Kerja

Peraturan kawalan perubahan yang akan diikuti termasuklah;

68

Page 36: BAB 4

i. Perubahan kerja minima.

ii. Perubahan kerja yang diminta oleh jabatan Pelanggan diteliti

dan ditentukan sama ada diperlukan serta anggarannya skali.

iii. Skop dan jumlah kerja tamabahan yang diarah mengikut

keperluan dalam kontrak.

iv. Kerja-kerja Perubahan tidak boleh diarahkan selepas Tarikh

Siap Kerja.

4.2.13 Contoh arahan perubahan kerja

Ini adalah contoh arahan perubahan kerja Syarikat WAW Quantity Surveyor

bagi projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman

Diatas Lot Pt 1066, Mukim Mahang West , Jajahan Ketereh, Daerah Kota Bharu,

Kelantan Darul Naim.(Rujuk lamiran 2)

69

Page 37: BAB 4

4.2.14 Kesimpulan

Perubahan kerja yang dilakukan adalah disebabkan oleh kehendak pelanggan,

Arkitek, atau pun Jurutera berkaitan dari segi skop kerja yang dikehendaki.

Kebiasaannya, perubahan dilakukan adalah kerana client ingin mengurangkan kos

perbelanjaan pembinaan.

Perubahan kerja boleh berlaku kerana kesilapan semasa pengukuran kerja atau

memerlukan pertambahan atau pengurangan kerja perlu dilakukan semasa pembinaan.

Perubahan kerja hanya boleh dilakukan di dalam tempoh kontrak dan mesti mengikut

syarat-syarat Kontrak.

70