bab 4

5
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan Dalam bab ini dapatan kajian dilaporkan berdasarkan soalan-solan kajian yang dibuat. Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah mengenai profil responden iaitu pelajar khas cacat pendengaran, analisis dapatan kajian dan rumusan mengenai dapatan tersebut. Dapatan adalah mengenai masalah pendengaran yang dihadapi oleh responden di setiap populasi sampel kajian dijalankan serta masalah yang dihadapi oleh pensyarah khas dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran ketika pdp berlangsung. Dapatan kajian yang dibentangkan melihat terus kepada jawapan kekerapan atau peratusan yang tertinggi dan yang terendah. Kekerapan atau peratusan ini diambil melalui skala yang ditetapkan dan aspek-aspek masalah yang dihadapi oleh setiap prospek. 4.2 Profil prospek kajian Profil atau latar belakang prospek yang diperolehi dibahagikan kepada dua berdasarkan profil pensyarah khas dan profil pelajar khas cacat pendengaran yang

Upload: roslan-tuah

Post on 28-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BAB 4

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini dapatan kajian dilaporkan berdasarkan soalan-

solan kajian yang dibuat. Antara perkara yang dibincangkan

dalam bab ini ialah mengenai profil responden iaitu pelajar khas

cacat pendengaran, analisis dapatan kajian dan rumusan

mengenai dapatan tersebut. Dapatan adalah mengenai masalah

pendengaran yang dihadapi oleh responden di setiap populasi

sampel kajian dijalankan serta masalah yang dihadapi oleh

pensyarah khas dalam menjalankan pembelajaran dan

pengajaran ketika pdp berlangsung. Dapatan kajian yang

dibentangkan melihat terus kepada jawapan kekerapan atau

peratusan yang tertinggi dan yang terendah. Kekerapan atau

peratusan ini diambil melalui skala yang ditetapkan dan aspek-

aspek masalah yang dihadapi oleh setiap prospek.

4.2 Profil prospek kajian

Profil atau latar belakang prospek yang diperolehi dibahagikan

kepada dua berdasarkan profil pensyarah khas dan profil pelajar

khas cacat pendengaran yang dicatat dalam soalan dan senarai

semak yang diambil oleh pengkaji bedasarkan persampelan

bertujuan.

Bagi profil pensyarah, seramai 10 pensyarah telah dipilih

menjadi prospek kajian. Peserta kajian adalah pakar kepada

perkara yang sedang dikaji oleh penyelidik kerana mereka terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.

Page 2: BAB 4

Bagi profil pelajar khas cacat pendengaran, penyelidik memilih

sampel daripada kalangan pelajar-pelajar khas cacat

pendengaran semester 1 sehingga 4 sebagai responden.

4.2.1 Profil prospek mengikut jantina (Pensyarah Khas)

Jadual 4.1 menunjukkan profil mengikut jantina bagi

pensyarah khas. Dalam pemilihan prospek pensyarah khas,

daripada 10 orang prospek, diperolehi bahawa perempuan

seramai 6 orang (60%) dan lelaki seramai 4 orang (40%).

Jadual 4.1 Profil prospek mengikut jantina (Pensyarah Khas)

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 4 40

Perempuan 6 60

Jumlah 10 100

4.2.2 Profil prospek mengikut jantina (Pelajar Khas Cacat

Pendengaran)

Jadual 4.2 menunjukkan profil mengikut jantina bagi pelajar

khas cacat pendengaran. Dalam pemilihan prospek pelajar khas

cacat pendengaran ini terdiri daripada 18 orang prospek,

diperolehi bahawa perempuan seramai 10 orang (56%) dan lelaki

seramai 8 orang (44%).

Page 3: BAB 4

Jadual 4.2 Profil prospek mengikut jantina (Pelajar Khas Cacat

Pendengaran)

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 8 44

Perempuan 10 56

Jumlah 18 100

4.2.3 Profil Pelajar Khas Cacat Pendengaran mengikut

tahap pendengaran

Jadual 4.3 menerangkan mengenai darjah pendengaran

menurut Daniel P. Hallahan dan James Kauffman (1997). Melalui

jadual tersebut, didapati bahapa seramai 2 pelajar (11%) berada

pada tahap 41-55 dB iaitu dapat mendengar bunyi-bunyi

pertuturan yang kuat sahaja. Boleh mendengar pertuturan pada

jarak 3-5 kaki. Seterusnya seramai 5 pelajar (28%) pada tahap

56-70 dB. Mereka tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dalam

perbualan biasa. Kekerapan yang paling tinggi adalah pada 71-90

dB iaitu separuh daripada kelas tersebut 9 orang (50%). Mereka

dikategorikan sebagai tidak dapat mendengar bunyi-bunyi

pertuturan. Darjah pendengaran setersunya adalah 91 dB keatas

iaitu seramai 2 orang (11%). Mereka ini tidak dapat mendengar

langsung bunyi-bunyi pertuturan atau lain-lain.

Jadual 4.3 Profil Pelajar Khas Cacat Pendengaran mengikut tahap

pendengaran

Page 4: BAB 4

Darjah Kekerapan Peratusan (%)

> 26 dB 0 0

27-40 dB 0 0

41-55 dB 2 11

56-70 dB 5 28

71-90 dB 9 50

91 dB ke atas 2 11

Jumlah 18 100

4.3 Hasil dan dapatan kajian