bab 4

3
BAB 4 - NILAI MASA WANG 1. Senaraikan kepentingan nilai masa wang dalam bidang kewangan. 2. Berikan definisi nilai masa wang 3. Berikan definisi nilai kini, nilai hadapan, anuiti dan perpetuiti. 4. Terangkan hubungan di antara kadar faedah (k) dan tempoh masa (n), nilai hadapa dan nilai kini wang. . Tentukan nilai faktor !ika kadar faedah ialah 2"# $ang dikompaun setiap akhir tahu selama tahun. %. Tentukan nilai faktor !ika kadar perdiskaunan ialah # dan tempoh masa ialah & har mana didiskaunkan se'ara harian. &. ika faktor diskaun bagi tahun ialah ".2%%", berapakah kadar diskaun* . +uan Su $ akan menerima - 13/,""" dari simpanann$a dua tahun dari sekarang dan diketahui nilai kini ialah - 123,&1". Berapakah kadar diskaun $ang dikena pihak bank* /. ika simpanan dibuat dalam satu akaun seban$ak - """ untuk tempoh tahun. Simpanan ini akan mendapat kadar pulangan seban$ak 1"# setahun. Sekiran$a simpanan itu dibuat pada hari ini, kirakan !umlah $ang terkumpul bagi simpanan ter pada akhir tahun . 0unakan garis masa bagi memgambarkan keadaan ini. 1". a'k melabur - ,""" dalam simpanan tetap selama tahun $ang akan memberikan pulangan seban$ak % peratus setahun. Berapakah !umlah $ang akan terkumpul di akhir tahun ke * 11. enek a'k meninggal dan mewasiatkan kepadan$a $ang ia akan memberi - 1"",""" apabila ia men'apai umur 2" tahun iaitu 1" tahun dari sekarang. ika kadar di ditetapkan pada kadar peratus setahun, apakah nilai kini bagi - 1"",""" $ang aka diteriman$a itu* 12. ndaikan hari ini adalah 1 anuari 2""". nda memerlukan - 1,""" pada 1 anuari 2""4. adar faedah tetap $ang ditawarkan oleh pihak bank anda ialah # setahun. nda ada dua pilihan seperti berikut5 a. Menerima tawaran daripada abang anda untuk mendepositikan sejumlah RM750 dalam akaun anda pada 1 Januari 2001 b. Menerima tunai sebanyak RM1000 daripada bapa anda pada 1 Januari 2004. 6engan menggunakan konsep nilai masa wang pilihan manakah akan anda terima dan mengapa* 13. +uan oni men$impan seban$ak - 2,""" di dalam akaun simpanan $ang memba$ar kadar faedah tahunan seban$ak # selama 3 tahun. Selepas itu beliautelah memindahkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan lain $ang memba$ar kadar faedah tahunan seban$ak 1"#. Berapakah !umlah wang +uan oni pada akhir tahun keenam*

Upload: raihanaadninhamzah

Post on 07-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nilai masa wang :) senaraikan kepentingan nilai masa wang dalam bidang kewangan. sangat bagus untuk yang sedang mencari nota untuk nilai masa wang, Nota ini memberi kita kefahaman tentang cara bagaimana untuk.

TRANSCRIPT

BAB 4 - NILAI MASA WANG

1. Senaraikan kepentingan nilai masa wang dalam bidang kewangan.

2. Berikan definisi nilai masa wang

3. Berikan definisi nilai kini, nilai hadapan, anuiti dan perpetuiti.

4. Terangkan hubungan di antara kadar faedah (k) dan tempoh masa (n), nilai hadapan dan nilai kini wang.

5. Tentukan nilai faktor jika kadar faedah ialah 20% yang dikompaun setiap akhir tahun selama 5 tahun.

6. Tentukan nilai faktor jika kadar perdiskaunan ialah 5% dan tempoh masa ialah 7 hari di mana didiskaunkan secara harian.

7. Jika faktor diskaun bagi 8 tahun ialah 0.2660, berapakah kadar diskaun?

8. Puan Suzy akan menerima RM139,000 dari simpanannya dua tahun dari sekarang dan diketahui nilai kini ialah RM123,710. Berapakah kadar diskaun yang dikenakan oleh pihak bank?

9. Jika simpanan dibuat dalam satu akaun sebanyak RM5000 untuk tempoh 5 tahun. Simpanan ini akan mendapat kadar pulangan sebanyak 10% setahun. Sekiranya simpanan itu dibuat pada hari ini, kirakan jumlah yang terkumpul bagi simpanan tersebut pada akhir tahun 5. Gunakan garis masa bagi memgambarkan keadaan ini.

10. Jack melabur RM5,000 dalam simpanan tetap selama 8 tahun yang akan memberikan pulangan sebanyak 6 peratus setahun. Berapakah jumlah yang akan terkumpul di akhir tahun ke 8?

11. Nenek Jack meninggal dan mewasiatkan kepadanya yang ia akan memberi RM100,000 apabila ia mencapai umur 20 tahun iaitu 10 tahun dari sekarang. Jika kadar diskaun ditetapkan pada kadar 8 peratus setahun, apakah nilai kini bagi RM100,000 yang akan diterimanya itu?

12. Andaikan hari ini adalah 1 Januari 2000. Anda memerlukan RM1,000 pada 1 Januari 2004. Kadar faedah tetap yang ditawarkan oleh pihak; bank anda ialah 8% setahun. Anda ada dua pilihan seperti berikut:

a. Menerima tawaran daripada abang anda untuk mendepositikan sejumlah RM750 dalam akaun anda pada 1 Januari 2001

b. Menerima tunai sebanyak RM1000 daripada bapa anda pada 1 Januari 2004.

Dengan menggunakan konsep nilai masa wang pilihan manakah akan anda terima dan mengapa?

13. Puan Noni menyimpan sebanyak RM25,000 di dalam akaun simpanan yang membayar kadar faedah tahunan sebanyak 8% selama 3 tahun. Selepas itu beliau telah memindahkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan lain yang membayar kadar faedah tahunan sebanyak 10%. Berapakah jumlah wang Puan Noni pada akhir tahun keenam?

14. En. MZ telah membeli sebuah bot laju yang berharga RM35,000. Beliau telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM5000 dan bersetuju untuk membayar bakinya dalam masa 10 tahun dengan 10 kali dengan pembayaran tahunan yang sama. Pembayaran tersebut merangkumi pembayaran prinsipal dan 14% kadar faedah yang dikenakan ke atas baki yang belum dlbayar. Berapakah amaun bagi setiap pembayaran jlka:

a. pembayaran dibuat di awal setiap tahun?

b. pembayaran dlbuat dl akhlr setIap tahun?

15. Ashok telah memberi pinjaman kepada kawannya Kumar sebanyak RM30,000. Kumar akan membayar semula pinjaman tersebut dengan lima pembayaran tahunan sebanyak RM10,000 setahun. Bayaran pertama akan dibuat setahun dari sekarang. Berapakah kadar faedah yang dikenakan oleh Ashok?

16. Richard meminjam RM 1,500 dan berjanji akan membayar balik dalam tempoh lima tahun dengan kadar faedah 10% setahun yang dikompaunkan. Pihak bank bersetuju dengan syarat tersebut dan Richard boleh membayar pada bila-bila masa tanpa sebarang denda.

a. Berapakah bayaran yang akan dibuat oleh Richard jika ia membayar pada akhir tahun pertama?

b. Berapakah jumlah bayaran jika ia membayar pada awal tahun keernpat?

c. Berapakah jumlah bayaran jika ia membayar pada tempoh yang ditetapkan?

17. En. Dolmat akan bersara dan diberi pilihan menerima RM180,000 lumpsum atau jumlah yang sama dalam tempoh 10 tahun dengan kadar faedah 8% setahun. Berapakah jumlah yang akan diterima oleh Linda bagi tiap-tiap tempoh tersebut?

18. Andaikan anda berumur 40 tahun pada hari ini dan anda bercadang untuk bersara pada umur 60 tahun. Semasa persaraan nanti, anda bercadang untuk mengeluarkan sebanyak RM 5000 setiap hujung tahun dari simpanan anda sebagai tambahan kepada pencen yang akan anda perolehi. Andaikan bahawa anda akan hidup sehingga umur 85 tahun. Berapakah yang perlu anda simpan pada setiap penghujung tahun selama 20 tahun untuk memenuhi keperluan kehidupan anda selepas bersara jika anda menjangka mendapat pulangan sebanyak 12% ke atas simpanan yang dibuat. Gunakan garis masa bagi membantu anda rnenyelesaikan masalah ini.

19. Kirakan nilai kini bagi siri pembayaran yang dibuat pada akhir setiap tempoh di bawah ini.

a. RM400 setahun selama 10 tahun pada kadar 10% setahun

b. RM550 setiap 6 bulan selama 5 tahun pada kadar 12% setahun dikompaun 2 kali setahun.

c. RM 6000 sebulan selama 4 tahun pada kadar 12% setahun dikompaun secara bulanan.

d. RM700 setahun selama 7 tahun dikompaun pada kadar 6% setahun.

20. Anda mendepositkan RM1000 dengan empat kali deposit iaitu RM250 pada 1 Januari 2002, RM200 pada 1 Januari 2003, RM100 pada 1 Januari 2004 dan RM450 pada 1 Januari 2005 ke dalam sebuah bank yang memberi kadar faedah 6% setahun. Berapakah jumlah yang terkumpul pada 31 Disember 2007?

21. Berapakah nilai kini bagi perpetuiti bernilai RM100 setahun jika kadar diskaun ialah 7%. Jika kadar faedah meningkat dua kali ganda apakah yang akan berlaku kepada nilai kini bagi perpetuiti tersebut?22. Syarikat BBC meminjam RM10,000 selama 4 tahun bagi membeli mesin baru. Syarikat berjanji akan membayar secara ansuran tahunan pada kadar 8% setahun. Sila tunjukkan bayaran faedah dan bayaran pinjaman pokok tahunan untuk tempoh pinjaman tersebut

23. Rivaldo bercadang untuk membeli rumah idamannya semasa berumur 45 tahun. Pada hari ini rumah yang sama dianggarkan bernilai RM 10,000,000. Kadar inflasi dijangka akan meningkat pada kadar 5% setahun. Beliau bercadang untuk membuat simpanan berkala yang dijangka akan memperolehi faedah pada kadar 12% setahun. Jika beliau berumur 25 tahun sekarang, berapakah yang perlu beliau simpan pada penghujung setiap tahun untuk membolehkan beliau membeli rumah tersebut pada usia 45 tahun?