bab 3.doc

10
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 PENGENALAN Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan beberapa metodologi kajian bagi memudahkan kajian yang akan dilakukan.dalam mempertingkatkan penguasaan tatabahasa di kalangan murid tahun 5 Cerdas. Kajian ini adalah berpandukan kepada topik dan subtopik yang saling berkaitan secara komprehensif termasuk reka bentuk kajian , populasi dan sampel kajian, alat kajian, kaedah pengumpulan data dan juga kaedah penganalisisan data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data tentang kesediaan guru, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 12

Upload: fasyatiir

Post on 12-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kongsi je

TRANSCRIPT

Page 1: BAB  3.doc

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan beberapa metodologi kajian bagi

memudahkan kajian yang akan dilakukan.dalam mempertingkatkan penguasaan

tatabahasa di kalangan murid tahun 5 Cerdas. Kajian ini adalah berpandukan kepada

topik dan subtopik yang saling berkaitan secara komprehensif termasuk reka bentuk

kajian , populasi dan sampel kajian, alat kajian, kaedah pengumpulan data dan juga

kaedah penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kuantitatif dan

kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data tentang kesediaan guru,

kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Data

tersebut diperoleh secara triangulasi iaitu menggunakan soal selidik, temu bual dan

pemerhatian.

Data kuantitatif diproses untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan sementara

data kualitatif diproses untuk menyokong data kuantitatif. Data kualitatif diperoleh

melalui temu bual dan pemerhatian. Pengkaji menyediakan nota lapangan semasa

pemerhatian khususnya perkara-perkara yang melibatkan aktiviti murid. Data daripada

nota lapangan, temu bual dan pemerhatian ini digunakan sebagai data sokongan kepada

data kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan kajian ini.

12

Page 2: BAB  3.doc

3.3 KUMPULAN SASARAN / SAMPEL

Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada 30 orang murid Tahun 6 Cerdas

Sekolah Kebangsaan Dato’ Traoh Kota Samarahan Sarawak. Murid Tahun 6 ini dipilih

kerana mereka kebanyakannya mempunyai masalah tidak menguasai aspek tatabahasa

dalam subjek Bahasa Melayu. Aras kebolehan murid adalah pada tahap yang sederhana

dalam semua mata pelajaran dan sangat lemah membaca. Kesemua mereka ini

berbangsa Melayu dan purata usia mereka 12 tahun. Dalam cadangan kajian ini pengkaji

telah memilih seramai 30 orang sampelan kajian secara rawak mudah untuk tujuan

pengumpulan data. Persampelan Rawak Mudah adalah satu proses pemilihan di mana

semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih

sebagai sampel.

Pengkaji memilih murid-murid tahun 6 kerana mereka akan menduduki UPSR

pada tahun 2012. Sebelum proses pemilihan sampel dibuat, kebenaran secara lisan

daripada Guru Besar diperolehi terlebih dahulu dan kerjasama antara guru dan ibu bapa

persampelan sangat membantu kajian ini setelah mereka diberi penjelasan tentang tujuan

kajian dilakukan.

3.3.1 Latar Belakang Responden.

Jumlah Murid Tahun 6 Cerdas yang terlibat dalam kajian.

Kelas Matapelajaran Bil. Sampel Lelaki Perempuan

6 Cerdas Bahasa Melayu 30 orang 16 orang 14 orang

3.4 INSTRUMEN KAJIAN.

Page 3: BAB  3.doc

Pengumpulan data dalam kajian ini akan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu

melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik.

3.4.1 Carta Penyelesaian Masalah.

Rajah 1

3.4.2 Kaedah Pemerhatian.

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,

berfokus, terperinci dan secara langsung. Memerhati tabiat murid atau sampel kajian

dan mendokumenkan atribut subjek yang dikaji Selain, memperkembangkan deria

penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

Dalam teknik pengutipan data melalui pemerhatian, penyelidik membuat andaian

bahawa sesuatu tabiat itu mempunyai tujuan dan dilahirkan melalui nilai dan

kepercayaan tertentu. Data pemerhatian membantu penyelidik:

Memahami konteks

Mendapat pengalaman terus

Melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan.

Items Pemerhatian Berstruktur.

14

Masalahutama

Masalahutama DataData Persoalan PokokPersoalan Pokok Menganalisa

DataMenganalisa

Data

Membuat keputusanMembuat keputusanSatu penyelesaianSatu penyelesaian

Page 4: BAB  3.doc

Untuk mendapatkan data dari pemerhatian yang dilakukan

Items Nota Pemerhatian

1. Memerhati tabiat mereka sebelum sesi

pembelajaran kelas bermula.

Pelajar 1.

Masih belum bersedia untuk belajar. Berkhayal.

2. Memerhati tabiat mereka semasa

pembelajaran dimulakan.

Pelajar 2. Bercakap-cakap dengan kawan

dan tidak memberi perhatian.

3. Memerhati apa mereka buat ketika

guru mengajar.

Pelajar 3. Mendengar dgn penuh minat.

Pelajar 4. Masih terpinga-pinga. Belum

bersedia untuk belajar.

4. Memerhati bagaimana mereka

memberi reaksi apabila diminta

menjawab soalan.

Pelajar 5. Bertanya kpd guru bagaimana

utk melakukan aktiviti yg diberi.

Pelajar 6. Tidak berusaha untuk

menjawab soalan.

Pelajar 7. Menunjukkan muka dan

mempamerkan sikap ”tidak peduli”.

5. Memerhati reaksi bila disuruh

membuat latihan.

Pelajar 8. Menunjukkan minat.

Pelajar 9. Merungut.

Pelajar 10. Menunjukkan sikap “malas”

dan tidak ambil peduli.

6. Memerhati tabiat mereka apabila sesi

pembelajaran berakhir.

Pelajar 11. Reaksi tanda kepuasan.

Pelajar 12. Menunjukkan tanda gembira.

3.4.3 Kaedah Soal Selidik

Page 5: BAB  3.doc

Soal – selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan

untuk mengutif data kajian secara laporan kendiri daripada responden kajian. Data yang

diperolehi melalui soal-selidik biasanya mengandungi latarbelakang responden, fakta

pengetahuan, pendapat dan pandangan.

(Rujuk Lampiran A - contoh soal-selidik)

3.5 PROSEDUR P ENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data akan dijalankan oleh penyelidik di dalam kelas Tahun 5.

Penyelidik akan menyediakan kertas soalan ujian pra dan ujian pos berdasarkan tajuk

yang tertentu. Bagi mengetahui masalah-masalah yang timbul di dalam bilik kelas,

penyelidik telah menjalankan beberapa cara bagi mengumpul maklumat. Antaranya

ialah melalui:

3.5.1 Ujian Pra.

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana

pelajar-pelajar ini dapat memahami apa yang telah dipelajari. Item ujian pra ini lebih

menjurus kepada pendedahan 4 aspek tatabahasa yang terpilih iaitu kata hubung, kata

tanya , kata seru dan kata adjektif. Dijalankan pada 16 September 2011 untuk

mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan tatabahasa Bahasa

Melayu. Soalan tatabahasa ini merangkumi tajuk-tajuk seperti kata hubung, kata tanya,

kata seru dan kata adjektif. (Rujuk lampiran B)

3.5.2 Ujian Pos

Ujian pos akan dilakukan pada peperiksaan akhir semester. Bentuk soalannya adalah

sama seperti ujian pra. Hasilnya nanti akan dijadikan satu perbandingan ‘sebelum dan

selepas’ sekali gus bertindak sebagai kayu pengukur keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dilakukan serta menganalis data yang diperolehi.

16

Page 6: BAB  3.doc

3.5.3 Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.

3.5.4 Semakan buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan

murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.

3.6 ANALISIS DATA

Penganalisisan data adalah dengan menggunakan statistik deskriptif kuantitatif

bagi mengira min dan purata. Tahap pencapaian murid akan ditentukan berdasarkan

kriteria penskoran dan penggredan. Setiap markah yang dicapai oleh murid bagi setiap

aspek akan dijadikan skor (%) dan direkodkan. Untuk mendapatkan gred, setiap markah

yang diperolehi daripada skor dicampur serta dibahagikan dengan jumlah aspek yang

dinilai. Di sini akan menentukan gred yang diperolehi oleh pelajar dan dibuat analisis.

3.7 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bab 3 ini membincangkan tentang rekabentuk kajian,

sampel, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis data. Kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif dalam pengumpulan data. Sampel kajian terdiri

daripada pelajar-pelajar Tahun 6 Cerdas Sekolah Kebangsaan Dato’ Traoh, Kota

Samarahan, Sarawak. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, pemerhatian

berstruktur, ujian pos dan ujian pra. Pengumpulan data akan dilakukan oleh

penyelidik, dikutip dan dianalisis untuk mengetahui peringkat pencapaian sampel kajian

dalam bentuk %.