bab 3.doc

9
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan pelaksanaan kajian tentang pengurusan kerja rumah di kalangan guru Bahasa Arab Komunikasi di SMKA. Ia meliputi rekabentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, tatacara pengumpulan dan analisis data kajian. 3.2 REKABENTUK KAJIAN Menurut Kerlinger (1973), rekabentuk kajian bertujuan untuk mencari jawapan kepada pelbagai soalan kajian dan untuk mengawal varian. Justeru, ia membantu pengkaji menyelesaikan kajian secara ekonomik dalam jangka masa yang sesuai (Ahmad 1983). Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan rekabentuk tinjauan ‘cross–sectional’ di mana data

Upload: zaihassirazainuddin

Post on 02-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3.doc

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan pelaksanaan kajian

tentang pengurusan kerja rumah di kalangan guru Bahasa Arab Komunikasi di

SMKA. Ia meliputi rekabentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian, populasi dan

sampel kajian, tatacara pengumpulan dan analisis data kajian.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Menurut Kerlinger (1973), rekabentuk kajian bertujuan untuk mencari jawapan

kepada pelbagai soalan kajian dan untuk mengawal varian. Justeru, ia membantu

pengkaji menyelesaikan kajian secara ekonomik dalam jangka masa yang sesuai

(Ahmad 1983).

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan rekabentuk tinjauan

‘cross–sectional’ di mana data dipungut sekali sahaja pada masa tertentu. Kaedah

tinjauan digunakan kerana ia boleh mendapatkan data berhubung dengan nilai-nilai,

pandangan dan perhubungan sosial individu (Philips 1985). Pengkaji menggunakan

set borang soalselidik yang ditadbirkan kepada guru BAK di sepuluh buah SMKA.

Pengkaji cuba meninjau persepsi guru BAK terhadap konsep kerja rumah dan

pengurusannya, sebagaimana yang telah diterangkan dalam Bab I sebelum ini.

Selain itu, pengkaji juga ingin melihat perbezaan yang wujud antara jantina dan

pengalaman mengajar (pembolehubah bebas) berdasarkan aspek pengurusan kerja

Page 2: BAB 3.doc

rumah (pembolehubah bersandar) iaitu; definisi, polisi, jenis-jenis, peruntukan masa

(amaun), cara penilaian, kesan positif dan kesan negatif. Persepsi mereka terhadap

pengurusan kerja rumah akan menentukan sejauhmana ianya dilaksanakan mengikut

polisi dan peraturan yang telah ditetapkan serta sejauhmana ia memberi sumbangan

dalam meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai alat kajian, memandangkan ia

mempunyai beberapa kelebihan, antaranya (Mohd. Majid 1998);

1. Mudah ditadbir.

2. Kerjasama yang tinggi daripada responden.

Jawapan yang diberikan dapat melindungi kepincangan responden.

Memudahkan penganalisisan jawapan.

Dapatan yang dianalisis daripada jawapan dapat ditafsirkan dengan berkesan.

Soalselidik diambil dan diubahsuai dari kajian Zaharah (2001) dan North dan

Pillay (2002) mengandungi 74 soalan yang terdiri daripada dua bahagian;

BAHAGIAN A: Profil responden kajian iaitu jantinan dan pengalaman

mengajar (2 soalan).

BAHAGIAN B: Persepsi guru terhadap definisi kerja rumah (11 soalan); polisi

kerja rumah (6 soalan); jenis-jenis kerja rumah (18 soalan);

peruntukan masa (amaun) kerja rumah (10 soalan); cara

pemarkahan kerja rumah (12 soalan); kesan positif kerja rumah

(8 soalan) dan kesan negatif kerja rumah (7 soalan).

Untuk BAHAGIAN B, skala pengukuran empat peringkat model Likert (1 =

Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Setuju, 4 = Sangat setuju) digunakan untuk

memudahkan responden menyatakan tahap persepsi mereka terhadap setiap kenyataan

yang dikemukakan. Skala Likert dipilih kerana ia merupakan skala pengukuran utama

45

Page 3: BAB 3.doc

yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Pengkaji telah

mengubahsuai skala tersebut berdasarkan skala yang telah digunakan oleh Zaharah

(2001) iaitu 1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Tidak pasti, 4 = Setuju dan

5 = Sangat setuju.

Zaharah (2001) telah membuat kajian rintis untuk menguji kesahan dan

kebolehpercayaan item soalselidik. Kajian rintis dilakukan terhadap 96 guru dari dua

buah sekolah di Kuantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Analisis

keseluruhan item soalselidik ialah 0.8748.

Soalselidik tersebut telah melalui beberapa sesi pemurnian untuk menjaga aspek

kesahan binaan, iaitu dengan mendapat persetujuan penyelia dan pakar bidang.

Kebolehpercayaan item-item pula diuji menggunakan kaedah Cronbach Alpha, iaitu

ujian yang sering digunakan untuk mengukur ketekalan sesuatu konsep (Sekaran

1992). Kaedah Cronbach Alpha digunakan bagi mendapatkan indeks

kebolehpercayaan soalselidik pengurusan kerja rumah di kalangan guru BAK di

SMKA. Berdasarkan analisis, didapati nilai pekali kebolehpercayaan seluruh

soalselidik ialah 0.9569. Menurut Mohd. Majid (1998), item kajian yang mempunyai

nilai pekali kebolehpercayaan melebihi 0.6000 dapat diterimapakai. Nilai

kebolehpercayaan setiap aspek dalam BAHAGIAN B ditunjukkan dalam Jadual 3.1;

JADUAL 3.1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Soalselidik

Aspek Pengurusan Kerja Rumah Bil. Item Nilai Alpha CronbachDefinisi kerja rumah 11 0.8767Polisi kerja rumah 6 0.8701Jenis-jenis kerja rumah 18 0.9479Peruntukan masa (amaun) kerja rumah 10 0.6933Penilaian kerja rumah 12 0.8523Kesan positif kerja rumah 8 0.9391Kesan negatif kerja rumah 7 0.8314

Total 72 0.9569

46

Page 4: BAB 3.doc

3.4 LOKASI KAJIAN

Kajian telah dijalankan di sepuluh buah SMKA di negeri Selangor, Kuala Lumpur,

Melaka, Johor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan

perincian sekolah yang terlibat;

JADUAL 3.2 Lokasi Kajian

Bil. Nama Sekolah1. SMKA Simpang Lima, 45300, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.2. SMKA Kuala Selangor, Pasir Penambang, 45000, Kuala Selangor, Selangor

Darul Ehsan.3. SMKA Kuala Lumpur, Bandar Sri Manjalara, Kepong, 52200, Kuala Lumpur.4. SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, 75350, Melaka.5. SMKA Sharifah Rodziah, Teluk Mas, 75460, Melaka.6. SMKA Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus.7. SMKA Maahad Muar, 97, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor Darul Takzim.8. SMKA Segamat, 85000, Segamat, Johor Darul Takzim.9. SMKA Falahiah, Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan.10. SMKA Melor, Padang Raja, 16400 Kota Bharu, Kelantan.

3.5 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi terdiri daripada semua guru BAK di sepuluh buah SMKA. Sampel kajian

dipilih secara persampelan berkelompok (cluster sampling) di mana pengkaji memilih

sepuluh buah SMKA secara rawak mudah dalam mana unit persampelan bukan lagi

unsur/subjek dalam populasi tetapi kelompok unsur/subjek dari populasi tersebut.

Seramai 52 responden kajian terdiri daripada guru BAK dari sepuluh buah SMKA

terlibat dalam kajian ini. Jadual 3.3 menunjukkan profil responden kajian mengikut

sekolah;

JADUAL 3.3 Profil Responden Mengikut Sekolah

Bil. SekolahL

GuruP J

1. SMKA Simpang Lima 1 5 62. SMKA Kuala Selangor 3 1 43. SMKA Kuala Lumpur 2 4 64. SMKA Sultan Muhammad 5 1 6

47

Page 5: BAB 3.doc

5. SMKA Sharifah Rodziah 1 5 66. SMKA Pedas 3 1 47. SMKA Maahad Muar 3 5 88. SMKA Segamat 2 2 49. SMKA Falahiah 4 1 510. SMKA Melor 2 1 3

Jumlah 26 26 52

3.6 TATACARA PENGUMPULAN DATA KAJIAN

Pengumpulan data dilakukan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari pihak berkenaan

yang terlibat dalam kajian; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan

pengetua–pengetua sekolah kajian. Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia telah mengeluarkan surat akuan kepada pengkaji untuk memudahkan segala

urusan dan pelaksanaan kajian ini.

Pengkaji telah pergi sendiri ke lokasi kajian dan mentadbirkan soalselidik kepada

responden kajian dan menuntut mereka menyiapkannya dan mengembalikan kepada

pengkaji menurut masa yang akan ditetapkan. Walau bagaimanapun, setiap responden

akan diberi penerangan dan mereka berhak menolak untuk tidak mengambil bahagian

dalam kajian ini.

3.7 TATACARA ANALISIS DATA KAJIAN

Jawapan soalselidik dianalisis menggunakan pakej SPSS 11.0 for Windows (Statistical

Packages for Social Sciences) kerana ia dapat menghasilkan pengiraan yang tepat

(Mohd. Majid 1998). Dalam statistik deskriptif, pengkaji membuat analisis min,

frekuensi dan peratusan untuk menghuraikan profil responden dan melihat persepsi

guru BAK terhadap pengurusan kerja rumah berdasarkan aspek; definisi, polisi, jenis-

jenis kerja rumah, peruntukan masa, penilaian, kesan positif dan kesan negatif.

Penilaian skor min persepsi yang digunakan adalah seperti dalam Jadual 3.4;

48

Page 6: BAB 3.doc

JADUAL 3.4 Penilaian Skor Min

Skor Min Interpretasi1.00 hingga 1.99 Rendah (tidak setuju)2.00 hingga 2.99 Sederhana (kurang setuju / tidak pasti)3.00 hingga 4.00 Tinggi (setuju)

Sumber: Razali Mustaffar (2003).

Skor min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan tersebut berada pada tahap

rendah yang bermaksud bahawa sampel kajian tidak bersetuju dengan kenyataan-

kenyataan dalam pengurusan kerja rumah yang dikemukakan. Skor min 2.00 hingga

2.99 menunjukkan pernyataan tersebut berada pada tahap sederhana yang bermaksud

bahawa sampel kajian kurang bersetuju atau tidak pasti dengan kenyataan yang

diberikan. Manakala skor min 3.00 hingga 4.00 pula menunjukkan pernyataan tersebut

berada pada tahap tinggi yang bermaksud bahawa sampel kajian bersetuju dengan

kenyataan yang dikemukakan.

Ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk menentukan perbezaan yang

signifikan antara jantina dan pengalaman mengajar dengan persepsi responden

terhadap pengurusan kerja rumah berdasarkan aspek; definisi, polisi, jenis-jenis kerja

rumah, peruntukan masa, penilaian, kesan positif dan kesan negatif. Ujian-t digunakan

untuk menentukan perbezaan di antara dua min pembolehubah yang diukur dengan

skala sela atau skala nisbah (Mohd. Majid 1998). Pengkaji menggunakan aras

signifikan pada tahap 0.05 untuk menerima (p> 0.05) atau menolak (p< 0.05) hipotesis

nol kerana menurut Alias Baba (1999), dalam kajian tinjauan, aras signifikan yang

digunakan ialah 0.05.

49