bab 3.doc

19
BAB III 3.1 Pengenalan Bahagian ini menerangkan tentang prosedur dan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini. Segala maklumat dan data yang akan dianalisis perlu mempunyai satu kaedah penganalisisan yang tepat agar hasilan yang didapati adalah yang terbaik dan mencapai taraf kebolehpercayaan yang tinggi. Penyelidik perlu menyediakan beberapa perkara yang diutamakan seperti prosedur ujian, borang skor, dan beberapa perkara lain yang akan digunakan dalam kajian ini bagi melicinkan proses pengujian. Berdasarkan data yang telah diperolehi, dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows Version 17.0. Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis ujian varians (ANOVA) sehala dengan kaedah post hoc digunakan bagi melihat perbezaan kesan program latihan bola baling biasa dan juga kesan kombinasi program latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi balingan dan lompatan. Menurut Mohd Majid Konting (2000), penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat kerana bebas daripada ralat. 26

Upload: thivya-narayasamy

Post on 02-Oct-2015

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

dddd

PAGE 38

BAB III

3.1PengenalanBahagian ini menerangkan tentang prosedur dan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini. Segala maklumat dan data yang akan dianalisis perlu mempunyai satu kaedah penganalisisan yang tepat agar hasilan yang didapati adalah yang terbaik dan mencapai taraf kebolehpercayaan yang tinggi. Penyelidik perlu menyediakan beberapa perkara yang diutamakan seperti prosedur ujian, borang skor, dan beberapa perkara lain yang akan digunakan dalam kajian ini bagi melicinkan proses pengujian. Berdasarkan data yang telah diperolehi, dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows Version 17.0. Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis ujian varians (ANOVA) sehala dengan kaedah post hoc digunakan bagi melihat perbezaan kesan program latihan bola baling biasa dan juga kesan kombinasi program latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi balingan dan lompatan. Menurut Mohd Majid Konting (2000), penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat kerana bebas daripada ralat.

3.2Rekabentuk Kajian Eksperimental

Kajian yang dijalankan ini adalah melalui kaedah eksperimental. Kajian ini bertujuan sama ada kombinasi program latihan bebanan dan bola segar memberi kesan terhadap kuasa anggota atas badan ( prestasi balingan ) dan anggota bawah badan ( ketinggian lompatan ) bagi pemain elit bola baling Negeri Sembilan dengan menggunakan Ujian Melontar Bola Segar dan Ujian lompat menegak penyelidik telah menetapkan bahawa pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah kuasa tangan dan kaki, sementara pembolehubah tidak bersandar ialah kombinasi latihan bebanan dan bola segar dan pemain elit bola baling Negeri Sembilan. Data yang diperolehi digunakan untuk menjelaskan secara berfakta dan tepat bagi fenomena yang dikaji iaitu prestasi jarak balingan dan prestasi ketinggian lompatan di kalangan pemain elit bola baling Negeri Sembilan.Peserta kajian terdiri daripada N = 30 orang. Daripada N = 30 orang peserta kajian E = 15 ( kumpulan eksperimen) orang pemain elit bola baling Negeri Sembilan yang akan mengikuti kombinasi latihan bebanan dan bola segar. Seterusnya kumpulan yang ketiga adalah kumpulan kawalan seramai K = 15 akan menjalani latihan bola baling biasa sahaja.

Pemilihan subjekKumpulanPra ujianPembolehubah tak bersandarPasca ujian

(R) E1 Y1 X1 Y2

(R) E2 Y3 X2 Y4

(R) K Y5 - Y6

Rajah 1 : Reka bentuk kumpulan rawak pra ujian-pasca ujianSumber : Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to research In iducation (6th Ed.). United State: Thomson Learning.Selepas lapan minggu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sekali lagi menjalani ujian pasca untuk mendapatkan data sebelum penganalisisan data dibuat. Semua kumpulan yang diuji melalui jarak balingan bola segar (meter) serta ketinggian lompatan (meter). Ujian ini dibuat untuk membuat perbandingan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi melihat signifikan antara latihan bola baling biasa dengan kombinasi latihan bebanan dan bola segar untuk meningkatkan prestasi balingan dan lompatan. Semua subjek akan diberi ujian yang sama. Selepas data diperolehi, penyelidik akan menganalisis skor kedua dua kumpulan mengunakan program SPSS for Windows Version 17.0. Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis ujian varians (ANOVA) sehala dengan kaedah post hoc digunakan bagi melihat perbezaan kesan latihan bola baling biasa dan juga kesan kombinasi latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi balingan dan lompatan dari segi jarak balingan (meter) dan ketinggian lompatan (meter). Menurut Mohd Majid Konting (2000), penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat kerana bebas daripada ralat. 3.3Pembolehubah Kajian

Didalam menjalani ujian terdapat faktor faktor sampingan yang memperolehi hasil kajian diantaranya ialah :-

1) Angkubah moderator - Pengalaman lampau dan kebolehan semula

jadi subjek akan dapat mempengarui keputusan

kajian yang dilakukan oleh penyelidik.2) Angkubah bersandar - Kuasa tangan dan kaki yang tinggi sebelum menjalani program latihan turut serta

mempengarui keputusan ujian yang akan

dilakukan.3)Angkubah tidak bersandar - Program latihan yang telah ditetapkan oleh

Penyelidik kepada subjek.4) Angkubah bebas - Kuasa tangan dan kaki atau kedua duanya

mencapai tahap tinggi selepas menjalani

latihan.

5) Angkubah luar kawalan - Persekitaran kampus, taraf pemakanan,

prestasi lalu, kebebasan, umur, bangsa,

sosiologi budaya, baka dan komposisi badan

subjek.3.4Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di dalam gimnasium Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Zaba, Negeri Sembilan. Rasionalnya penyelidik memilih Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Zaba, Negeri Sembilan sebagai tempat kajian kerana kemudahan alatan untuk pengujian telah sedia ada dan ianya memudahkan penyelidik untuk menjalankan kajian dan ujian memandangkan subjek kajian yang dipilih ialah di kalangan pemain elit bola baling Negeri Sembilan.

3.5Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pemain elit bola baling Negeri Sembilan. Peserta kajian terdiri daripada N = 30 orang. Daripada N = 30 orang peserta kajian E = 15 ( kumpulan eksperimen) orang pemain elit bola baling Negeri Sembilan yang akan mengikuti kombinasi latihan bebanan dan bola segar. Seterusnya kumpulan yang kedua adalah kumpulan kawalan seramai K = 15 akan menjalani latihan bola baling biasa sahaja. Subjek yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan pemain yang berumur antara 16 hingga 18 tahun.

3.6Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam proses pengumpulan data ialah ujian Melontar Bola Segar dan ujian Lompat Menegak ( Johnson and Nelson, 1986 ). Instrumen yang dinyatakan berikut digunakan untuk mengukur kuasa tangan dan kaki pemain elit bola baling Negeri Sembilan. i. Ujian 1 : Melontar Bola Segar

ii. Ujian 2 : Lompat Menegak3.7Kajian rintis

Berdasarkan prosedur SPSS for Windows Version 17.0, output menunjukkan :-

Nilai pekali korelasi diantara skor ujian melontar bola segar percubaan pertama dengan percubaan kedua ialah 0.915 ( Pearson r = .92, n = 15 ).Nilai pekali korelasi diantara skor ujian melompat menegak percubaan pertama dengan percubaan kedua ialah 0.815 ( Pearson r = .82, n = 15 )Kebolehpercayaan Ujian melontar bola segar r = 0.915Ujian melompat menegak r = 0.8153.8Prosedur Kajian

Sebelum memulakan ujian ini, pemain elit bola baling Negeri Sembilan telah diberi taklimat tentang prosedur dan perlaksanaan bagi setiap ujian. Borang skor diedarkan kepada subjek untuk diisi ruangan biodata subjek. Setelah itu, borang tersebut dikumpulkan semula kerana skor akan dicatatkan oleh pembantu penguji. Sebelum memulakan ujian, subjek dikehendaki memanaskan badan terlebih dahulu. Kemudian subjek melakukan Ujian Melontar Bola Segar dan akhir sekali Ujian Lompat Menegak. Data-data daripada dua ujian yang dijalankan itu dicatatkan di dalam borang skor untuk diproses.

3.8.1Prosedur Ujian 1

Melontar Bola Segar

1) Objektif : Diakhir ujian pelajar dapat :-

a) Mengukur kuasa bahagian tangan dan lingkungan bahu semasa melontar bola segar.

b) Mengunakan data yang diperolehi untuk menentukan kuasa pada bahagian tangan dan lingkungan bahu.

2) Kebolehpercayaan : r = 0.84 untuk pelajar lelaki

r = 0.81 untuk pelajar perempuan

(Dilaporkan oleh Johnson dan Nelson,1968)

3) Kesahan : Didapati r = 0.77 apabila jarak dikolerasikan dengan

skor yang dihasilkan oleh formula kuasa.

( Johnson dan Nelson,1968)

4) Keobjektifan : 0.99 dilaporkan oleh Gene Ford, Northest Louisiana

University, Monrue, 1969.5) Alatan :

b) Bola Segar ( 3kg = 6lb )

c) Tali pinggang

d) Kerusi

e) Pita ukur

f) Borang maklumat

g) Borang skor.

6) Prosedur :

a) Subjek duduk di atas kerusi.

b) Bola dipegang dengan kedua-dua belah tangan pada aras dada, di

bawah dagu.

c) Tali akan dililit pada bahagian dada dan dipegang oleh seorang rakan

yang berdiri di belakang agar tiada hayunan badan semasa lontaran.

d) Subjek menolak bola ke atas dan ke hadapan untuk mendapatkan jarak

balingan yang jauh.

e) Subjek perlu diingatkan bahawa hanya tangan dan bahagian lengan

sahaja yang digunakan.

f) Lakuan sebanyak tiga kali percubaan.

7) Pengukuran :

a) Ukuran yang dibuat dari tanda bola segar jatuh dan kaki kerusi yang paling hampir dengan tempat jatuhan bola segar.

b) Jarak diambil mengikut ukuran kaki yang terhampir.

c) Ukuran dibuat dari bucu hadapan kerusi hingga tempat mendaratnya bola segar.

8) Limitasi : Sudut lontaran tidak diambil kira dalam kolerasi walaupun sudut

lontaran mempengarui kesahan ujian.

Jadual 1: Norma Ujian Melontar Bola Segar

Tahap pencapaianLelakiPerempuan

Cemerlang26 / >15 / >

Baik21 25 13 14

Sederhana13 20 08 12

Lemah10 12 05 07

Sangat Lemah0 09 0 04

Sumber : Corpus Christi Stete University,CorpusChristi;Tex 1976

3.8.2Prosedur Ujian 2

Ujian Lompat Menegak

1) Objektif : Diakhir ujian pelajar pelajar dapat :-

a) Mengukur kuasa kedua belah kaki dalam aktiviti lompat menegak dengan betul dan tepat.

b) Mengunakan data yang diperolehi bagi menentukan kuasa kaki berpandukan jadual skor lompatan menegak.

2) Kebolehpercayaan : dilaporkan r : 0.93 ( Johnson & Nelson, 1986 )

3) Keobjektifan : 0.93 ( Jack Clayton, ( 1969 ) dalam Johnson & Nelson,

1986 )

4) Kesahan : 0.78 ( Johnson & Nelson, 1986 )

5) Alatan :-

a) Serbuk kapur

b) Pita pengukur

c) Pemadam papan hitam

d) Kerusi

e) Permukaan dinding yang rata sekurang kurangnya 12 kaki tinggi dari lantai.

6) Prosedur :-

a) Subjek berdiri sisi ditepi dinding dan kaki dibuka seluas bahu tanpa memakai kasut.

b) Subjek mencelupkan jarinya kedalam serbuk kapur pada tangan yang paling hampir dengan dinding.

c) Sebelah tangan yang ada serbuk kapur diluruskan keatas dan ditandakan ukuran sebelum membuat lompatan.

d) Subjek menghayun tangan keatas dan membuat tanda dengan jari seberapa tinggi yang boleh.

e) Sambil melompat tegak keatas dan membuat tanda dengan jari pada dinding.

f) Subjek diberi tiga percubaan.

g) Penguji menberi rangsangan pada percubaan terakhir dengan memberitahu bahawa ini adalah percubaan yang terakhir serta meminta subjek untuk cuba lompat setinggi yang boleh.

7) Pengukuran : Perbezaan jarak antara tanda sebelum melompat dengan tanda

yang paling tinggi dicapai semasa lompatan dikira sebagai skor.

8) Limitasi : Lompatan yang hilang imbangan tidak diambil kira.

Peralatan dan kelengkapanI. Borang maklumat diri

II. Borang latihan bebanan

III. Borang latihan bola segar

IV. Borang catatan prestasi ( ujian - pra dan ujian - pasca )

V. Alatan bebanan ( disahkan betul & tepat )

VI. Alatan bola segar ( disahkan betul & tepat )

VII. Dewan Gimnesium

VIII. Gelanggang ujian

IX. Ujian bola segar ( kuasa tangan )

X. Ujian lompat menegak ( kuasa kaki )

3.9Prosedur mengutip dataData yang telah siap dikumpulkan akan disusun berdasarkan pembolehubah pembolehubah yang telah dipilih.Peringkat 1

Langkah 1

: Mendapatkan data dari skor mentah. Skor

merupakan markah terbaik dari tiga percubaan yang dilakukan.

Langkah 2

: Skor mentah pemain elit bola baling Negeri

Sembilan diproses menggunakan program SPSS versi 17.0 untuk mencari min dan sisihan piawai.

Peringkat 2

Langkah 1

: Membina jadual berdasarkan skor mentah, skor min dan sisihan piawai bagi kedua dua kumpulan subjek untuk menunjukkan perbandingan skor.Langkah 2

: Membina graf Histogram yang berdasarkan skor untuk kedua dua kumpulan subjek bagi menunjukkan perbandingan skor.

Peringkat 3

Langkah 1

: Data kedua dua ujian kumpulan subjek digabungkan untuk melihat perbandingan dari segi skor , min , sisihan piawai menggunakan jadual.

Langkah 2

: Membina graf Histogram untuk menunjukkan perbandingan min daripada gabungan kedua dua kumpulan subjek ( kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan ) berdasarkan dua ujian yang

dijalankan.Langkah 3

: Membina graf lengkungan norma bagi menunjukkan samada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak.Analisis dataSelepas data diperolehi, penyelidik akan menganalisis skor kedua dua kumpulan mengunakan program SPSS for Windows Version 17.0. Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis ujian varians (ANOVA) sehala dengan kaedah post hoc digunakan bagi melihat perbezaan kesan latihan bebanan dan juga kesan kombinasi latihan bebanan dan bola segar terhadap prestasi balingan dan lompatan segi jarak balingan dan ketinggian lompatan. Ini bermakna penganalisaan secara berterusan mengikut langkah langkah yang telah ditetapkan. Dari setiap langkah dapatlah membuktikan samada hipotesis diterima atau ditolak.Bil Persoalan kajian/hipotesiskonstrakAnalisis data

1.Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada prestasi balingan pemain elit bola baling Negeri Sembilan dalam pra ujian.

Latihan Bebanan dan bola segar Jarak balingan Min

Sisihan Piawai peratus

2.Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada prestasi balingan pemain elit bola baling Negeri Sembilan

dalam pasca ujian.

Latihan Bebanan dan bola segar

Jarak balingan Min

Sisihan Piawai peratus

3.Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada prestasi lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan dalam pra ujian.

Latihan Bebanan dan bola segar

Ketinggian lompatan Min

Sisihan Piawai peratus

4.Adakah latihan bebanan dan bola segar memberi kesan kepada prestasi lompatan pemain elit bola baling Negeri Sembilan dalam pasca ujian.

Latihan Bebanan dan bola segar

Ketinggian lompatan Min

Sisihan Piawai peratus