bab 3

18
1.0 Pengenalan 2.0 Peranan Pengurus Hartanah 2.1 Mendapat pulangan yang lumayan dalam pelaburan sesuatu harta tanah 2.2 Memastikan penyelenggaraan bangunan sentiasa dalam keadaan yang baik 2.3 Perkhidmatan yang disediakan dalam sesuatu bangunan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan 2.4 Pengurusan perbelanjaan untuk sebuah bangunan 2.5 Mengoptimumkan penggunaan bangunan 2.6 Kutipan sewa dan bayaran khidmat 2.7 Sebagai ajen penasihat kepada isu pembaharuan pajakan bangunan 2.8 Pemilihan penyewa bangunan 3.0 Kesimpulan Page 1 of 18

Upload: mohd-shahril-mohd-noor

Post on 15-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buku

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3

1.0 Pengenalan

 2.0 Peranan Pengurus Hartanah

2.1  Mendapat pulangan yang lumayan dalam pelaburan sesuatu harta tanah

 2.2 Memastikan penyelenggaraan bangunan sentiasa dalam 

keadaan yang baik

2.3  Perkhidmatan yang disediakan dalam sesuatu bangunan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan

2.4  Pengurusan perbelanjaan untuk sebuah bangunan

2.5  Mengoptimumkan penggunaan bangunan

2.6  Kutipan sewa dan bayaran khidmat

2.7  Sebagai ajen penasihat kepada isu pembaharuan pajakan bangunan

2.8  Pemilihan penyewa bangunan

3.0 Kesimpulan

 

4.0 Rujukan

1.0 Pengenalan

Page 1 of 13

Page 2: Bab 3

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi

melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik,

teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Seorang pengurus hartanah adalah seorang individu yang mempunyai

pelbagai kewajipan dan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

Individu-individu ini mesti berupaya untuk manjalankan tugas dengan cekap dan

mengimbangi semua tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam usaha

untuk menyelesaikan tugas-tugas harian yang ditugaskan kepada mereka sebaik

mungkin. Pengurus hartanah adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjual,

menyewa, memindahkan dan mengendalikan harta hartanah. Mereka akan bertindak

sebagai perunding antara beberapa kumpulan yang berbeza orang-orang yang terlibat

dengan harta hartanah dan memastikan operasi dan transaksi hartanah berjalan dengan

lancar. Seorang pengurus hartanah mesti menangani tanggungjawab umum yang

banyak pada setiap hari. Keutamaan utama mereka ialah memastikan bahawa harta-

harta yang khusus dikendalikannya akan diurus dengan berkesan. Pengurus harta

boleh mengendalikan pelbagai jenis harta yang berlainan seperti kediaman, komersial

dan industri.

2.0 Peranan Pengurus Hartanah mengikut Konteks BOVEA

Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia telah ditubuhkan

pada tahun 1981 di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, Malaysia.

Persediaan dan operasi Lembaga ini ditadbir oleh peruntukan Akta Penilai, Pentaksir

dan Ejen Harta Tanah 1981. Fungsi utamanya adalah untuk mengawal selia Akta

Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah yang menjalankan amalan di Malaysia.

2.1 Mendapat pulangan yang lumayan dalam pelaburan sesuatu harta tanah.

Page 2 of 13

Page 3: Bab 3

Proses membeli dan menjual hartanah boleh menjadi satu proses yang sangat

sukar dan meletihkan. Ramai orang mengganggap dengan maklumat yang mudah

didapati di internet mereka boleh melakukannya sendiri tanpa khidmat seorang

pengurus hartanah. Hakikatnya, pasaran hartanah sebenar adalah rumit jika seseorang

itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan pengurus

hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.

Melabur sesuatu harta tanah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga.

Seorang pengurus hartanah mempunyai pengetahuan tentang komuniti, kejiranan,

sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dan sebagainya.

Mereka boleh membantu mendapatkan harta tanah yang anda mampu dan memberi

nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan

apabila melabur sesuatu harta tanah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-

langkah yang terbabit dalam sesuatu pelaburan. Seorang pengurus hartanah akan

membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda serta

membantu anda mendapat pulangan yang lumayan dalam pelaburan sesuatu harta

tanah.

Selain itu, pengurus hartanah akan mengetahui samada harta tanah yang mahu

dilabur itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan

dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis harta tanah dan adakah harta tanah

tersebut sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga

yang boleh menjimatkan ribuan ringgit supaya anda mendapat pulangan yang

lumayan dalam pelaburan sesuatu harta tanah.

Pengurus hartanah mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai sesuatu

harta tanah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari harta tanah tersebut

sudah berada di pasaran untuk dijual atau dilabur. Oleh itu, seorang pengurus hartanah

boleh membantu anda mendapat pulangan yang lumayan dalam pelaburan sesuatu

harta tanah. Dengan mendapatkan seorang pengurus hartanah, anda boleh

menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan dalam pelaburan sesuatu

harta tanah.

2.2 Memastikan penyelenggaraan bangunan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Page 3 of 13

Page 4: Bab 3

Seorang pengurus hartanah akan memastikan penyelenggaraan bangunan

sentiasa dalam keadaan yang baik. Mereka bukan hanya memastikan bangunan,

sistem atau peralatan bangunan beroperasi pada kecekapan yang maksimum tetapi

juga bagi memastikan bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan

perundangan seperti berikut:

i. Memastikan bangunan dalam keadaan selamat

ii. Memastikan bangunan adalah kondusif

iii. Memastikan bangunan berkebolehan untuk digunakan

iv. Memastikan bangunan memenuhi semua keperluan undang-undang

v. Mengekalkan nilai fizikal asset bagi pelaburan bangunan

vi. Megekalkan kualiti bangunan

Selain itu, seorang pengurus hartanah juga akan memastikan pada setiap masa

keadaan bangunan sentiasa disemak dan diperiksa bagi menentukan tahap

keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa terkawal, dapat dikekal dan

dipertingkatkan ianya terhindar dari perkara-perkara yang membahayakan. Mereka

memberi pengurusan yang cekap dan berkualiti.

Seterusnya, pengurus hartanah juga menguruskan keperluan penyenggaraan

secara berkesan dan ekonomi. Mereka memastikan kerja penyenggaraan dijalankan

pada kos yang minimum dengan prestasi bangunan yang tinggi dan pada kadar

kerosakan yang rendah. Mereka membentuk dan mendidik pekerja dan kontraktor

penyenggaraan yang berkemahiran tinggi dan pakar. Mereka juga meningkatkan tahap

kesedaran yang tinggi, iaitu tentang tahap kepenggunaan kemudahan yang ada dalam

bangunan kepada pengguna.

Akhirnya, pengurus hartanah juga memberi kesedaran di kalangan pemilik

bangunan untuk melibatkan penyenggaraan dalam proses reka bentuk dan mereka

juga sebagai pihak pemberi maklum balas yang penting dalam proses

penyelenggaraan bagi sesebuah bangunan.

2.3 Perkhidmatan yang disediakan dalam sesuatu bangunan sentiasa berada

pada tahap yang memuaskan.

Page 4 of 13

Page 5: Bab 3

Seperti yang telah dipelajari, bangunan perlulah sentiasa diselenggara dan

penyelenggaraan bangunan adalah aktiviti utama di kebanyakan Negara untuk

memastikan perkhidmatan yang disediakan dalam sesebuah bangunan adalah sentiasa

berada pada tahap yang memuaskan. Penyelenggaraan boleh ditakfirkan sebagai

sesuatu kerja yang perlu dilakukan untuk memelihara atau memulihkan setiap

bahagian bangunan kepada tahap yang boleh diterima.

Penyelenggaraan bangunan seharusnya diberikan tumpuan yang serius pada

sebelum, semasa dan selepas sesebuah bangunan siap dibina. Tetapi penglibatan

menyeluruh penyelenggaraan bangunan adalah pada tahap selepas bangunan siap

dibina dan semasa bangunan beroperasi. Oleh demikian, tugas seseorang pengurus

hartanah amatlah penting dan diperlukan dalam sesebuah bangunan.

Tugas utama seseorang pengurus hartanah dalam menjalankan

penyelenggaraan sesebuah bangunan adalah untuk mengekalkan sesebuah bangunan

dalam keadaan efektif dari permulaannya. Pengurus hartanah seharusnya membantu

dalam memelihara hartanah berkeadaan baik melalui pengurusan sumber yang efektif

serta mendapatkan keuntungan yang tinggi daripada pelaburan pembinaan yang telah

dikeluarkan.

Setiap penghuni dan pemilik hartanah menghendaki bangunan mereka

menarik, tahan lama serta menyediakan persekitaran dalaman yang tenteram dan

efisien. Semua masyarakat mahukan keadaan sesebuah bangunan dan fasiliti di

dalamnya sentiasa cekap dan boleh diharap untuk diguna pakai, selesa digunakan dan

kekal dengan nilai asset. Disebaliknya, kecacatan atau kegagalan sesuatu bangunan,

sistem dan peralatan boleh menyebabkan kerugian kewangan, ketidakpuasan

penghuni serta membahayakan keselamatan dan kesihatan.

Fungsi utama seseorang pengurus hartanah dalam menyelenggarakan sesebuah

bangunan bukan hanya untuk memastikan bangunan beroperasi pada kecekapan yang

maksimum, tetapi juga memastikan bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni

dan perundangan.

2.4 Pengurusan perbelanjaan untuk sebuah bangunan.

Page 5 of 13

Page 6: Bab 3

Selain itu, tugas seseorang pengurus hartanah juga termasuklah menjaga

pengurusan perbelanjaan dalam sesebuah bangunan. Pengurus hartanah harusalah

memastikan kesemua kos yang dikeluarkan adalah berpatutan dan adalah dalam kos

yang minimum supaya akaun bangunan tersebut adalah tidak kelam-kabut.

Seperti yang diketahui, pengurusan kewangan sesebuah bangunan adalah

rumit dan susah. Terdapat banyak kos-kos yang berlainan yang harus ditanggung oleh

sesebuah bangunan. Antaranya adalah penyelenggaraan am. Sektor penyelenggaraan

am merupakan sektor perbelanjaan utama bagi sesebuah bangunan. Sektor

penyelengaraan am termasuklah pembinaan penyelengaraan am bangunan,

pembuangan sampah, dan penyelenggaraan sistem pemercik air.

Tambahan pula, kos pentadbiran dalam sesebuah bangunan juga ditanggung

oleh penghuni dalam bangunan tersebut. Kos pentadbiran termasuklah yuran

pengurusan, yuran pengauditan, kos berkaitan dengan undang-undang dan lain-lain.

Penghuni-penghuni akan mengumpulkan kesemua kos-kos bulanan yang perlu

dibayar dan menyerahkan kesemua kos pembayaran tersebut kepada pengurus

hartanah yang telah dilantik.

Terdapat juga sesuatu kos yang perlu ditanggung oleh penghuni bangunan

iaitu kos modal rizab. Modal tersebut adalah disimpan untuk kegunaan penggantian

pada masa depan seperti jalan keluar masuk bangunan, fasiliti-fasiliti yang rosak,

sistem paip air bangunan atau yang lain-lain.

Perbelanjaan am sesebuah bangunan juga di bawah kawalan seseorang

pengurus hartanah. Ia termasuklah tuntutan insuran jika ada atau pembayaran yuran

keahlian daripada penghuni-penghuni bangunan tersebut. Oleh yang demikian,

pengurus hartanah memainkan peranan yang pernting untuk memastikan kos

pembayaran disimpan dengan baik supaya penghuni-penghuni tidak menanggung

kerugian.

Selain itu, pembayaran bulanan juga termasuklah kos utiliti seperti bayaran

bekalan air dan elektrik, bayaran gas atau bayaran bil telefon. Kos utiliti tersebut

Page 6 of 13

Page 7: Bab 3

adalah sangat penting untuk memastikan sesebuah bangunan dapat beroperasi dengan

baik. Hal ini kerana kesemua fasiliti-fasiliti dalam sesebuah bangunan seperti

peralatan pejabat bangunan, gas-gas dapur dalam bangunan dan elektrik bangunan

dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, pengurus hartanah yang telah dilantik haruslah

cekap menguruskan wang perbelanjaan bangunan tersebut dan memastikan kesemua

pembayaran-pembayaran yang dikehendaki dijelaskan pada tempoh yang tertentu

supaya bangunan tersebut dapat beroperasi dengan baik.

2.5 Pengurus Harta Dalam Mengoptimumkan Penggunaan Bangunan.

Pengurus harta memainkan peranan yang amat penting dalam sektor

pengurusan bangunan-bangunan dan mempunyai tanggungjawabnya yang tertentu.

Pengurus harta memastikan bahawa tuan kepunyaan harta tanah mendapatkan

pulangan yang lumayan dalam pelaburan harta tanahnya. Salah satu peranan dan

tanggungjawab seorang pengurus harta ialah menguruskan bangunan-bangunan

tersebut dengan sistematik dan efektif serta mengoptimumkan penggunaan bangunan-

bangunan tersebut. Dalam undang-undang Malaysia pada masa ini, jawatan pengurus

harta hanya boleh dipegang oleh seorang penilai yang berlesen dan berdaftar dengan

BOVEA.

Secara amnya, jawatan pengurus harta hanya boleh dipegang oleh seorang

penilai yang berdaftar sebab mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang

harta tanah dan merupakan pakar dalam bidang harta tanah. Pengurus harta yang

berpakar akan memastikan bangunan-bangunan yang diurus dalam keadaan

penyelenggaraan yang terbaik, perkhidmatan yang terdapat dalam bangunan dijaga

dengan baik dan kesemuaan pembelanjaan tersebut dibayar dengan jelas. Dengan

kepakarannya, pengurus harta dapat mengoptimumkan penggunaan serta

meningkatkan keupayaan dan pulangan dalam pelaburan harta tanah.

Akan tetapi, kebanyakkan pengurus harta dalam masyarakat merupakan

sesiapa yang tidak berdaftar atau mereka yang tidak mempunyai ilmu dan

pengetahuan dalam bidang harta serta bukan pakar dalam sektor ini. Kebanyakkan

Page 7 of 13

Page 8: Bab 3

jawatan pengurus harta dalam masyarakat dipegang oleh mereka yang berpakar dalam

bidang yang lain seperti bidang kejuruteraan atau bidang sumber manusia. Mereka ini

mungkin pakar dalam pembinaan sesebuah bangunan atau menguruskan sumber

manusia dalam sesebuah organisasi, tetapi mereka tidak mempunyai ilmu dan

pengetahuan yang mencukupi dalam pengurusan harta tanah. Mereka mungkin dapat

menguruskan bangunan-bangunan atau harta tanah tersebut dengan baik, tetapi

mereka tidak dapat mengoptimumkan penggunaan bangunan-bangunan atau harta

tanah tersebut untuk meningkatkan pulangan yang lumayan dalam pelaburan

bangunan-bangunan atau harta tanah tersebut.

2.6 Pengurus Harta Dalam Kutipan Sewa Dan Bayaran Khidmat.

Selain daripada mengoptimumkan penggunaan bangunan-bangunan, pengurus

harta juga memainkan peranannya yang penting serta tanggungjawabnya dalam sektor

pengutipan sewa dan bayaran khidmat. Tanggungjawab dan peranan bukan hanya

dalam pengurusan harta tanah dan mengoptimumkan penggunaannya serta

meningkatkan pulangan daripada pelaburan harta tanah tersebut, ia juga merangkumi

sektor pengutipan sewa dan bayaran khidmat. Segalan pulangan atau keuntungan

daripada pengutipan sewa dan bayaran khidmat ini akan digunakan untuk membuat

bayaran untuk kerja penyelenggaraan bangunan serta lain-lain pembelanjaan.

Secara amnya, pengutipan sewa dan bayaran khidmat merupakan satu proses

yang amat penting dan perlu diutamakan. Ini adalah kerana kekurangan yuran

penyelenggaraan akan mendatangkan impak yang buruk terhadap pengurusan

sesebuah harta tanah atau bangunan-bangunan kerana kerja penyelenggaraan tidak

dapat dijalankan dengan lancar. Kadang-kala, keadaan sesebuah bangunan atau harta

tanah menjadi semakin teruk bukan hanya disebabkan oleh kekurangan ilmu dan

pengetahuan atau kepakaran dalam menguruskan bangunan-bangunan dan harta tanah

tersebut, ia juga disebabkan oleh kekurangan yuran penyelenggaraan.

Dalam keadaan ini, pengurus harta harus memainkan peranan dan

tanggungjawanya dalam pengutipan sewa dan bayaran perkhidmatan. Segala

Page 8 of 13

Page 9: Bab 3

pengutipan sewa dan bayaran perkhidmatan harus dikutip dengan cukup dan tepat

masa. Sebagai contohnya, dalam pengutipan sewa dan bayaran khidamat untuk

sesebuah kondominium, pengurus harta harus memberitahu dan mengeluarkan notis

kepada setiap penduduk yang terdapat dalam kondiminium tentang jumlah bayaran

dan masa bayaran tersebut. Selain itu, pengurus harta juga perlu memastikan pada

masa yang ditetap itu, bayaran oleh semua penduduk diterima dan dijelaskan. Bagi

penduduk yang tidak membuat bayaran sewa dan khidmat, pengurus harta perlu

mengeluarkan notis untuk mengingatkan penduduk tersebut tentang kegagalan

bayaran sewa dan khidmatnya. Pengurus harta juga perlu bertemu dengan penduduk

tersebut apabila notis-notis sudah dikeluarkan dan masih tidak mendapat maklum

balas daripada penduduk tersebut. Pada keadaan yang tertentu, pengurus harta boleh

mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan penduduk membuat bayaran

sewa dan khidmat.

2.7 Sebagai Ejen Penasihat kepada Isu Pembaharuan Pajakan Harta atau

Bangunan.

Salah satu peranan dan tangggungjawab seorang pengurus harta ialah sebagai

ejen penasihat kepada isu pembaharuan pajakan harta atau bangunan. Seorang

pengurus hartanah atau pengurus bangunan memainkan peranan yang penting iaitu

sebagai pengantara komunikasi antara lembaga pengarah dengan pemilik-pemilik unit

atau penyewa sesuatu harta. Pengurus hartanah itu akan mewakili lembaga pengarah

dalam syarikatnya dalam isu pembaharuan pajakan sesuatu harta atau bangunan. Hal

ini adalah penting apabila terdapat percanggahan atau mewujudkan masalah dalam isu

kontrak penyewaan atau pembaharuan pajakan. Ia adalah tanggungjawab pengurus

hartanah sebagai ejen penasihat untuk memahami masalah yang wujud serta mewakili

lembaga pengarah hartanah tersebut untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan

pemilik harta.

Secara amnya, pengurus hartanah adalah pihak yang dapat mewakili pemilik

atau penyewa unit untuk menyuarakan masalah-masalah atau pertikaian yang

dihadapi kepada lembaga pengarah untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Page 9 of 13

Page 10: Bab 3

Jika seorang pengurus hartanah tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah

atau pertikaian dengan menggunakan cara yang betul, ia akan menyebabkan penyewa

atau pemilik sesuatu harta itu tidak mempunyai keinginan untuk kekal atau menyewa

harta itu. Oleh itu, jika masalah tidak dapat diselesaikan, ia akan mewujudkan

masalah isu pembaharuan pajakan bagi sesuatu harta atau bangunan.

Sebagai seorang pengurus hartanah, kadang kala tuan tanah bagi sesuatu harta

akan tidak dapat meluangkan masa untuk bertemu atau berinteraksi dengan

penyewanya untuk menyelesaikan masalah atau mengetahui masalah yang sering

dihadapi termasuklah isu pembaharuan pajakan harta. Oleh itu, dengan adanya

pengurus hartanah di sesuatu harta tanah, dia akan bertindak sebagai penghubung dan

ejen penasihat kepada penyewa tersebut dalam semua perkara, malahan juga kriteria-

kriteria yang terkandung dalam perjanjian pajakan mereka.

Tambahan pula, seorang pengurus hartanah akan menjalankan

tanggungjawabnya sebagai ejen penasihat apabila tuan tanah harta mempunyai

keinginan untuk meningkatkan kadar sewa bagi sesuatu harta yang telah disewakan.

Pada masa itu, sesetengah penyewa berkemungkinan besar untuk menamatkan

kontrak penyewaan dan tidak mempunyai niat untuk membuat pembaharuan pajakan.

Maka itu, pengurus hartanah akan berperanan untuk menjelaskan sebab-sebab

peningkatan kadar sewa.

2.8 Pemilihan Penyewa Harta atau Bangunan serta Menyelesaikan Masalah.

Peranan dan tanggungjawab pengurus hartanah yang seterusnya adalah untuk

memilih atau mencari penyewa-penyewa yang bakal untuk menyewa atau menduduki

sesuatu harta atau banguanan . Pengurus hartanah berperanan untuk mengiklankan

harta yang dikendalikannya supaya dapat menarik perhatian penyewa atau pembeli

yang baik untuk meyewa atau membeli harta. Apabila iklan-iklan yang berkaitan

dengan penyewaan atau penjualan sesuatu harta disiarkan dalam akhbar, majalah,

internet atau lain-lain, pengurus hartanah tersebut dikenhendaki untuk bertemu

dengan responden yang berminat untuk membincangkan terma dan syarat-syarat bagi

Page 10 of 13

Page 11: Bab 3

menduduki harta itu apabila responden tersebut memenuhi segala terma dan syarat-

syarat yang telah ditetapkan.

Seterusnya, dalam pemilihan penyewa atau pembeli harta atau bangunan, ia

adalah satu tanggungjawab pengurus hartanah bagi mencatatkan serta mengetahui

sedikit latar belakang atau maklumat-maklumat penyewa atau pembeli tersebut. Ia

adalah penting untuk memastikan bahawa mereka dapat mengelakkan pemilihan

penyewa yang bermasalah dan juga memastikan bahawa semua urusan dalam harta

tanah adalah dalam keadaan yang baik serta tidak akan terganggu. Ini dapat

mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menduduki harta tanah

tersebut. Tambahan pula, tanggungjawab seorang pengurus hartanah juga

merangkumi aspek untuk menyelesaikan pertikaian di antara pihak pengurusan

dengan penyewa . Hal ini dapat memastikan bahawa semua pihak yang berada dalam

harta tanah itu dapat menduduki dalam keadaan yang aman dan damai. Oleh itu, ia

adalah penting bahawa seorang pengurus hartanah dapat menyelesaikan masalah

dengan rasional agar dapat menguntungkan kedua-dua pihak.

Selain itu, seorang pengurus hartanah yang baik akan sentiasa peka kepada

masalah-masalah yang dihadapi oleh penyewa atau penduduk serta ketidakpuasan

yang wujud di dalam harta tanah jagaannya. Ia juga akan memberi tumpuan

sepenuhnya kepada keperluan pemilik di dalam harta tanah serta menjaga fasiliti-

fasiliti yang berada di dalam harta tanah jagaanya. Kualiti sesuatu harta serta nilainya

adalah bergantung kepada pasukan pengurusan yang berkualiti tinggi. Ini dapat

menjamin dan mengekalkan taraf hidup yang tinggi untuk pemastautin. Oleh itu, ia

adalah penting untuk mewujudkan seorang pengurus hartanah yang berkaliber dalam

menguruskan harta.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tanggungjawab seorang pengurus hartanah adalah

penting dalam memastikan pengurusan harta tanah berada dalam keadaan yang baik

dan terjaga. Pengurus hartanah bertanggungjawab untuk mendapat pulangan yang

lumayan dalam pelaburan sesuatu harta tanah bagi pihak pemilik harta atau penyewa

Page 11 of 13

Page 12: Bab 3

harta. Beliau bertanggungjawab untuk meningkatkan pelaburan dalam urusan harta

tanah serta mengaut keuntungan daripada transaksi yang terlibat.

Selain itu, pengurus hartanah juga bertanggungjawab untuk memastikan

penyelenggaraan bangunan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kerja-kerja

penyelenggaraan yang baik dan terancang dapat menjamin kesejahteraan hidup

penduduk bangunan. Perkhidmatan yang disediakan dalam sesuatu bangunan mestilah

sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Pengurus hartanah perlu memastikan

bahawa perkhidmatan seperti lif, elektrik dan air sentiasa berada dalam keadaan yang

baik. Perkhidmatan yang baik dan terjamin dapat meningkatkan niai harta tanah

tersebut.

Di samping itu, seorang pengurus hartanah juga perlu bertindak cermat dalam

pengurusan perbelanjaan untuk sebuah bangunan. Beliau perlu bijak dalam

menguruskan wang dalam setiap transaksi jual beli harta tanah. Pengurusan wang

yang baik dapat menjamin pulangan yang lumayan dan meningkatkan nilai harta

tanah tersebut.

Seorang pengurus hartanah juga perlu sentiasa mengoptimumkan penggunaan

bangunan tersebut agar bangunan tersebut dapat digunakan dengan sepenuhnya.

Pengurus hartanah juga bertanggungjawab dalam kutipan sewa dan bayaran khidmat

serta bertindak sebagai ajen penasihat kepada isu pembaharuan pajakan bangunan,

insurans dan cukai harta. Akhir sekali, pengurus hartanah juga perlu sentiasa

memastikan bahawa pemilihan penyewa bangunan dijalankan dengan baik. Beliau

mesti berusaha untuk menyelesaikan masalah dan pertikaian yang wujud di antara

penghuni-penghuni.

Kesimpulannya, tanggungjawab seorang perngurus hartanah adalah penting

dalam pengurusan harta tanah. Tanggungjawab ini seharusnya dipikul dan

dilaksanakan dengan baik agar pengurusan harta tanah terjamin.

4.0 Rujukan

Page 12 of 13

Page 13: Bab 3

http://eprints.utm.my/4071/1/NoraziahAzminAbdLatifAzmiMAD2006TTT.pdf

http://www.mysembang.net/v10/index.php?topic=3887.0

http://eprints.utm.my/6116/1/MohdSaberiMatDerisMFKSG2007TTT.pdf

http://eprints.uthm.edu.my/579/1/jtsv22010p3.pdf

Page 13 of 13