bab 2 (1)

6
Bab 2: Jing Guan giat berlatih di tengah padang. Cikgu Tajuddin sedang melihat dari tepi sambil memberi arahan kepada pemain-pemain yang lain. Hampir satu jam Jing Guan berlatih bersama pasukan bola sepak sekolahnya. Jing Guan telah diberi tugas khas oleh Cikgu Tajuddin. Jika sepakan penalti diberi, Jing Guanlah yang akan melaksanakan tugas itu. Sepakan Jing Guan kencang. Itu telah dikesan oleh Cikgu Tajuddin selaku jurulatih pasukan sekolah. Kemahiran menyepak bola penalti telah ditunjuk ajar oleh Cikgu Tajuddin. Seperti biasa, selepas tamat latihan yang melibatkan kesemua 18 orang pemain, Jing Guan akan berlatih mengambil sepakan penalti. Dua orang penjaga gol akan bergilir-gilir menjaga gawang. Jing Guan menyepak bola penalti sebanyak 20 kali. Keempat-empat penjuru gawang menjadi sasarannya. Dia menyepak dengan sekuat-kuatnya. Samsir dan Aranan juga cekap meneka arah yang akan dituju oleh bola itu. Namun, banyak 1

Upload: cherry-t-cy

Post on 07-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

biology , form 4

TRANSCRIPT

Bab 2:Jing Guan giat berlatih di tengah padang. Cikgu Tajuddin sedang melihat dari tepi sambil memberi arahan kepada pemain-pemain yang lain. Hampir satu jam Jing Guan berlatih bersama pasukan bola sepak sekolahnya. Jing Guan telah diberi tugas khas oleh Cikgu Tajuddin. Jika sepakan penalti diberi, Jing Guanlah yang akan melaksanakan tugas itu. Sepakan Jing Guan kencang. Itu telah dikesan oleh Cikgu Tajuddin selaku jurulatih pasukan sekolah.Kemahiran menyepak bola penalti telah ditunjuk ajar oleh Cikgu Tajuddin. Seperti biasa, selepas tamat latihan yang melibatkan kesemua 18 orang pemain, Jing Guan akan berlatih mengambil sepakan penalti. Dua orang penjaga gol akan bergilir-gilir menjaga gawang. Jing Guan menyepak bola penalti sebanyak 20 kali. Keempat-empat penjuru gawang menjadi sasarannya. Dia menyepak dengan sekuat-kuatnya. Samsir dan Aranan juga cekap meneka arah yang akan dituju oleh bola itu. Namun, banyak kali, mereka akan berasa kecewa. Terpaksa mengambil bola dari dalam pintu gol. Ha ha ha gagal lagi! Pemain-pemain lain di tepi padang mengetawakan penjaga gol mereka.Jing Guan bertambah yakin untuk mengambil sepakan penalti. Jing Guan! Cikgu Tajuddin memanggil dari tepi padang.Mereka berhenti berlatih dan berjalan ke tepi padang. Pemain-pemain lain duduk berehat di tepi padang. Ada yang baring sambil menekan telefon pintar mereka. Jing Guan berjalan menuju ke arah jurulatihnya.Borang itu sudah siap diisi?Jing Guan menggeleng. Dengan nada kesal, dia memberitahu bahawa tandatangan bapanya belum diperoleh lagi.Jangan lupa tarikh tutupnya. Cikgu hanya menyediakan peluang. Terpulanglah kepada awak sendiri.Cikgu Tajuddin mengarahkan pemain-pemain lain berehat selama 20 minit. Latihan perlawanan selama 30 minit akan diadakan selepas itu. Kelihatan beberapa orang pemain berjalan menuju ke bangunan sekolah. Mungkin mereka ke tandas, agaknya.Jing Guan berbaring selepas meneguk air. Kelihatan dia mengeluh. Dia menutup mata merehatkan pandangannya sebentar. Semalam, bapanya pulang tanpa pengetahuannya. Tentu agak lewat malam. Jing Guan sudah lena. Awal pagi sebelum datang ke sekolah, Jing Guan juga gagal melihat bapanya. Pintu bilik tidur bapanya tertutup rapat. Dia tahu bapanya tentu letih. Biarlah bapa tidur. Jing Guan dan Nancy sudah beberapa hari tidak bersemuka dengan bapa mereka. Walaupun tinggal serumah, mereka umpama orang asing. Segala pesanan dihantar menerusi Whatsapp. Bapanya akan menghantar Whatsapp jika ada apa-apa yang ingin diberitahu kepada mereka berdua. Kadang-kadang, bapanya akan menyampaikan pesanan kepada mereka menerusi pembantu rumah mereka. Sebelum datang ke sekolah pagi tadi, Jing Guan telah menghantar pesanan kepada bapanya. Dia berharap malam nanti bapanya akan pulang lebih awal. Dia mahu meminta tandatangan bapanya pada borang permohonan itu. Hatinya nekad. Dia mahu mencuba nasibnya. Dia mahu menguji bakatnya dengan Kelab Nusa Jaya. Kata orang, belum cuba belum tahu.Phit Cikgu Tajuddin mengarahkan kesemua pemainnya berkumpul. Kesemua mereka dibahagikan kepada dua pasukan. Mereka akan memulakan permainan selama 30 minit. Tujuan permainan ini adalah untuk mengesan keberkesanan kemahiran yang telah ditunjuk ajar oleh Cikgu Tajuddin. Selain itu, permainan ini juga dapat menilai prestasi setiap pemain dari segi stamina.Hantaran demi hantaran dibuat. Kejar-mengejar berlaku di tengah padang. Setiap pemain berusaha menonjolkan kebolehan masing-masing. Sudah tentu setiap daripada mereka mahu terpilih sebagai kesebelasan utama dalam pasukan sekolah. Perlawanan persahabatan dengan pasukan SMK Taman Ikhtiar akan dilangsungkan pada minggu depan.Jing Guan menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan itu. Lupa seketika akan borang yang belum ditandatangani oleh bapanya. Tumpuannya hanya pada permainan yang sedang berlangsung, walaupun bukan perlawanan sebenar. Sudah menjadi pegangan hidupnya, mahu melakukan setiap tugas dengan sebaik-baiknya. Tak mahu bertindak seperti dikata orang, melepaskan batuk di tangga.Permainan 30 minit itu tamat dengan pasukan Jing Guan berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Kedua-dua gol telah dijaringkan oleh Jing Guan. Bertambah yakin Jing Guan atas kebolehannya.Gol pertama dijaringkan oleh Jing Guan hasil tendangan penalti. Dia mengambil sepakan penalti itu dengan membuat tendangan leret ke bahagian kiri pintu gol lawan. Penjaga gol tersalah langkah, merebahkan badan ke sebelah kanan. Gol kedua cantik. Bola diterimanya hasil lontaran ke dalam padang. Dia menahan bola dengan dadanya, kemudian menolak bola dengan kaki kanan. Jing Guan membawa bola ke tengah padang sambil mengelecek tiga orang pemain lawan. Selepas berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan terakhir, Jing Guan menyepak bola itu dengan kencang. Tendangan kaki kanannya yang kuat gagal diselamatkan oleh penjaga gol.Cikgu Tajuddin agak bangga dengan prestasi Jing Guan. Rakan-rakan pemain lain menepuk belakang Jing Guan sambil mengucapkan tahniah. Namun bagi Jing Guan, semua pujian itu tidak bermakna jika tidak mendapat restu daripada bapanya. Jing Guan meninggalkan padang dengan badan yang letih. Di tepi padang, kelibat seseorang sedang menyaksikan perlawanan tadi di sebalik pokok. Kelihatan dia mencatatkan sesuatu. Kemudian dia membaca semula segala catatannya. Dia kelihatan puas hati, lalu beredar dari situ. 4