bab 1 titas

8
Bab 1 : pengenalan ilmu ketamadunan Tamadun ialah kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Peradaban membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesuatu bangsa dan masyarakat. Seterusnya, civilization ialah peningkatan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan sama ada dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. Civilization (civitas, civility) bererti city atau kota. Dalam istilah bahasa arab, tamadun bermaksud umran,hadarah,madaniyah,thaqafah,bunyan dan tamadun. Tamadun yang berasal dari perkataan arab maddan bererti; menduduki sesuatu tempat atau datang menduduki Bandar, menjadikan atau mengubah seseorang dari kampung kepada bandar. Dari segi istilah tamadun ialah perubahan atau perpindahan kehidupan manusia daripada corak kehidupan liar kepada kehidupan yang lebih teratur dan meningkat. Antara ciri-ciri asas tamadun ialah penempatan kekal, kewujudun struktur organisasi yang tersusun, memiliki sistem pemerintahan dan ekonomi yang kukuh, sistem tulisan dan bahasa sebagai medium komunikasi, mempunyai kepercayaan dan agama, kelahiran daya kreativiti, budaya dan kesenian, peningkatan rekacipta dan kemajuan teknologi bagi kehidupan yang lebih sempurna. Unsur-unsur yang membawa kearah pertumbuhan tamadun ialah; sumber ekonomi,penyusunan pentadbiran, nilai,etika atau akhlak, sains dan kesenian. Faktor kemunculan dan perkembangan tamadun tercetus apabila fitrah perkembangan manusia yang mempunyai sifat semulajadi manusia inginkan kebaikan, sentiasa berfikir untuk mengubah hidup yang lebih baik. Penerokaan wilayah baru contoh; selat

Upload: feckry-ag-ghani

Post on 07-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

titas bab 1

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 titas

Bab 1 : pengenalan ilmu ketamadunan

Tamadun ialah kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Peradaban membawa maksud keadaan

dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesuatu bangsa dan

masyarakat. Seterusnya, civilization ialah peningkatan pencapaian hidup manusia daripada

kemunduran kepada kemajuan sama ada dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral

dan sebagainya. Civilization (civitas, civility) bererti city atau kota. Dalam istilah bahasa

arab, tamadun bermaksud umran,hadarah,madaniyah,thaqafah,bunyan dan tamadun.

Tamadun yang berasal dari perkataan arab maddan bererti; menduduki sesuatu tempat atau

datang menduduki Bandar, menjadikan atau mengubah seseorang dari kampung kepada

bandar. Dari segi istilah tamadun ialah perubahan atau perpindahan kehidupan manusia

daripada corak kehidupan liar kepada kehidupan yang lebih teratur dan meningkat. Antara

ciri-ciri asas tamadun ialah penempatan kekal, kewujudun struktur organisasi yang tersusun,

memiliki sistem pemerintahan dan ekonomi yang kukuh, sistem tulisan dan bahasa sebagai

medium komunikasi, mempunyai kepercayaan dan agama, kelahiran daya kreativiti, budaya

dan kesenian, peningkatan rekacipta dan kemajuan teknologi bagi kehidupan yang lebih

sempurna. Unsur-unsur yang membawa kearah pertumbuhan tamadun ialah; sumber

ekonomi,penyusunan pentadbiran, nilai,etika atau akhlak, sains dan kesenian. Faktor

kemunculan dan perkembangan tamadun tercetus apabila fitrah perkembangan manusia yang

mempunyai sifat semulajadi manusia inginkan kebaikan, sentiasa berfikir untuk mengubah

hidup yang lebih baik. Penerokaan wilayah baru contoh; selat melaka,perdagangan laluan

antarabangsa. Kedudukan yang strategik; penerokaan sumber semulajadi dan aktiviti

perdagangan. Ransangan agama dan kepercayaan; manusia menghayati kehidupan sebenar,

mengajar manusia kehidupan yang lebih sempurna, mencari kebenaran hidup. Lebih-lebih

lagi hubungan tamadun dengan Agama, Budaya dan Bangsa. Hubungan tamadun dengan

agama adalah; agama mampu mengangkat martabat kemuliaan manusia dan mengatur

kehidupan manusia yang lebih sempurna. Hubungan manusia dengan budaya jelaslah bahawa

kebudayaan sesuatu masyarakat adalah hasil tindakan masyarakat itu sendiri dan kebudayaan

merupakan cara hidup yang merangkumi adat resam,agama,bahasa, ekonomi,politik dan lain-

lain. Disamping itu, matlamat tamadun adalah membetuk kehidupan manusia yang sempurna,

hidup bekerjasama dalam ikatan prsaudaraan serta hidup suasana aman dan harmoni, serta

membentuk nilai-nilai kebaikan terutama dalam aspek interaksi sesama manusia serta

mencegah sifat-sifat buruk. Matlamat tamadun menurut islam pula; menjaga hubungan

Page 2: Bab 1 titas

manusia sesama manusia,menjaga hubungan manusia dengan alam dan menjaga hubungan

manusia dengan pencipta.

Page 3: Bab 1 titas

BAB 2: KONSEP TAMADUN ISLAM

Tamadun islam ialah kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang

merangkumi unsur spiritual, pemikiran , dan material yang seimbang dan bersepadu hasil

daripada penghayatan islam. Kehidupan bertamadun ialah; menjalani kehidupan di bandar,

mempunyai sistem pemerintahan atau kerajaan, sistem tulisan, sistem perundangan, sistem

kepercayaan dan agama dan wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan. Ciri-ciri tamadun

islam antaranya adalah seperti negara islam dan kerjaan, bandar-bandar islam, susun lapis

masyarakat, sains dan perkembangan ilmu pengetahuan,bangunan dan seni bina islam,seni

islam, terutama seni muzik dan nyanyian. Dalam asas tamadun islam mempunyai tiga

bahagian iaitu akidah, syariat dan akhlak. Yang pertama ialah akidah. Akidah adalah

keyakinan dalaman dan kepercayaan tentang kewujudan Tuhan dan ajaran yang dibawa oleh

Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu, asas akidah ialah Dua kalimah syahadah dan bersifat

universal tidak terikat dengan bangsa,keturunan dan geografi ia dapat diterima oleh semua

bangsa diseluruh dunia. Yang kedua adalah syariat. Syariat ialah; jalan yang lurus atau

sumber air mengalir,jelaslah bahawa dari sudut istilah ialah undang-undang atau peraturan

dan ketetapan Allah terhadap manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan manusia,

manusia dengan Allah, bagi menjamin kehidupan di akhirat. Akhir sekali, matlamat syariat

untuk memelihara agama,keturunan,akal,nyawa dan harta. Yang ketiga ialah akhlak. Akhlak

ialah sifat yang wujud dalam jiwa yang membentuk tingkah laku dengan tanpa memerlukan

pertimbangan akal. Selain itu, terdapat tiga aspek kehidupan manusia iaitu; kepercayaan, ilmu

dan amal.sejurus dengan itu, unsur yang menjelaskan peranan Roh, akal, dan jasad yang akan

melahirkan tamadun islam yang unggul. Terdapat dua sumber tamadun islam iaitu sumber

Wahyu atau sumber Naqli dan sumber sokongan atau sumber Aqli. Yang pertama adalah

sumber wahyu atau sumber Naqli; al-quran ialah kalimah Allah yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad melalui malaikat jibril dan sunnah ialah segala yang datang daripada Nabi

Muhammad sama ada dalam bentuk perkataan,perbuatan dan taqrir nabi. Yang kedua adalah

sumber sokongan atau sumber Aqli; sumber ini berasaskan akal manusia dan sumber

sekunder dalam tamadun islam seperti ijtihad yang menggunakan kekuatan minda manusia

dalam menetapkan hokum baru berpandukan al-quran dan sunnah. Dalam konsep tamadun

islam, terdapat matlamat tamadun iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah

(Hablumminallah). Manusia mengenal Tuhan melalui Rukun iman (6) dan manusia

berhubung dengan Tuhan melalui rukun islam (5). Menjaga hubungan sesama manusia

Page 4: Bab 1 titas

(Hablumminannas). Manusia memerlukan antara satu sama lain dan kesempurnaan

masyarakat hanya akan dicapai melalui konsep tolong menolong. Akhir sekali, hubungan

manusia dengan alam. Manusia di anugerahkan akal fikiran untuk menghayati, mengkaji

dan menghargai alam ciptaan Allah. akhir sekali yang terdapat di dalam konsep tamadun

islam ialah keistimewaan tamadun islam. Bersumberkan wahyu; tamadun islam bukan lahir

dari cetusan fikiran dan dorongan nafsu manusia semata-mata tapi berpandukan al-quran dan

sunnah. Tamadun berorientasikan manusia; ialah menumpukan pembangunan manusia

dari sudut rohani dan jasmani. Selain itu,tamadun islam yang seimbang dan bersepadu;

mengambil kira aspek kerohanian dan kebendaan. Menggabungkan unsur spiritual dan

material dalam membina tamadun. Seterusnya, mempunyai bentuk tetap dan tidak

dipengaruhi oleh hawa nafsu; berpandukan al-quran dan sunnah dan terpelihara daripada

pengaruh nafsu manusia. Lain daripada itu, tamadun bersifat universal; tamadun islam

tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau bangsa. Ia adalah untuk semua manusia di muka

bumi. Akhir sekali, tamadun bersifat terbuka; bersedia menerima pengaruh tamadun lain

asalkan tidak bercanggah dengan ajaran agama islam.

Page 5: Bab 1 titas

BAB 3: PANDANGAN SEMESTA ISLAM.

PENGENALAN

Setiap tamadun mempunyai pandangan semestanya (world view) yang tersendiri. Pandangan semesta inilah yang berperanan besar dalam membentuk keseluruhan konsep, inti dalaman dan ciri-ciri fizikal sesuatu tamadun tersebut. Oleh itu pandangan semestalah yang berperanan mencorak warnakan atau membentuk sesuatu tamadun. Sekiranya pandangan semesta itu salah, seluruh persoalan yang dibicarakan juga turut menyimpang dari kebenaran. Pandangan semesta jugalah yang akan menentukan sama ada ianya nanti mempunyai ciri-ciri persamaan atau berbeza dari tamadun-tamadun lain.

Secara umumnya terdapat kepelbagaian world view tamadun. Ada yang berpaksi kepada agama dan aqidah kepercayaan seperti amalan dalam tamadun Islam dan tidak kurang pula terdapat tamadun yang berpegang pada kekuatan akal rasional seperti yang diamalkan oleh tamadun barat. Malah ada juga tamadun yang bergantung kepada pengaruh sesuatu bangsa seperti tamadun China dan India.

DEFINISI

Pandangan semesta atau world view secara sinonim disebut juga sebagai pandangan alam atau tassawur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil renungan dan tilikan akal. Pandangan semesta pula bergantung kepada epistimologi atau sumber ilmu untuk menyarankan rupa bentuk dan kedudukan sesuatu perkara.

Prof. SMN Al-Attas pula berpandangan bahawa pandangan semesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang wujud sama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib, iaitu sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pacaindera manusia secara kebiasaannya. Jelasnya, kewujudan sesuatu yang boleh diselami pandangan semesta sebenarnya adalah wujud dalam konteks yang luas. Ada yang boleh di jangkau oleh akal pemikiran manusia dan ada juga yang diluar keupayaan akal untuk memikirkannya. Justeru memerlukan kepada bantuan sumber-sumber lain seperti wahyu misalnya dalam perkara-perkara yang bekaitan dengan persoalan metafizik seperti kewujudan alam ghaib, malaikat, syurga, neraka dan yang seumpama dengannya. Oleh itu pandangan semesta Islam sangat bergantung kepada wahyu sebagai sumber epistimologi pembentukannya.

Page 6: Bab 1 titas

BAB 4: INTERAKSI ANTARA TAMADUN