bab 1 profesion

Click here to load reader

Upload: fifi-epi

Post on 07-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

asas kepimpinan bab 1

TRANSCRIPT

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURUPISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2012SHAFIQA AHMADBAB 1 : KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU PROFESION1.1 Konsep Profesion dan ProfesionalismeMengajar sebagai 1 profesion

Jemaah Nazir (2001)

Guru dalam alaf baharu seharusnyaprofesional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti.Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan kualiti produk (output).KONSEP PROFESION Merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting

Lieberman, 1956 : Suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti

kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan, kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri

Kamus Dewan, 2005 : suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

KONSEP PROFESIONAL Merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Ornstein dan Levine, 1993 : terdapat 4 atribut dalam suatu profesion iaitu : Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu Kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli Kebenaran / persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.Adakah guru seorang professional? Latihan perguruan,pengetahuan yang mendalam tentang subjek, pedagogi dan pelajar

KONSEP PROFESIONALISME Hoyle, 1980 : sikap dan tindakan yang yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan.

Talbert & Mc Laughlin, 1994 : seorang profesional berbeza daripada orang lain kerana :a) Asas pengetahuan mendalamb) Komitmen untuk memenuhi keperluan klienc) Identiti kuat secara kolektif (komitmen profesional) d) Autonomi profesional

Lilia dan Norlena, 1998 : penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan imej profesion keguruan menurun di kaca mata masyarakat.

Etzioni, 1969 : jika guru tidak mempunyai kawalan terhadap standard professional mereka, maka guru adakala dianggap sebagai separa profesional. Guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan untuk pelbagai aspek dalam profesion.

Guru yang profesional mempunyai :a) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang di ajar

Pengetahuan mendalam mengenai matapelajaran Pengetahuan kandungan pedagogi Kaedah dan teknik penyampaian pelajaran Sahsiah yang baik Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai termasuk:i. Isi kandungan mata pelajaranii. Pedagogi asas (prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah)iii. Kurikulum (sukatan pelajaran, buku teks, panduan pembelajaran dan strategi pengurusan bilik darjah)iv. Memperoleh pengetahuan kandungan pedagogiv. Pentadbiran sekolah, budaya sekolah dan cara bekerja sebagai 1 pasukan dalam organisasi.vi. Tujuan, nilai, falsafah dan sejarah pendidikan.

b) Pengetahuan mengenai pelajar

Tahu perkembangan kanak-kanak dan remaja dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Faham tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan emosi. Tahu tentang cara belajar dan keperluan pelajar Berkebolehan menganalisis dan membuat keputusan Boleh menilai pemahaman pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta menambahbaik perancangan dan proses pengajaran.

c) Peningkatan profesionalisme guru

Kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemas Melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum Membuat keputusan dalam hal-hal bilik darjah Omar Hashim (1993), guru sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid. Guru melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai 1 profesion.

1.2 Ciri-ciri Guru yang Profesional Mohamad Sani (1998) : KISGuru yang berwibawa

Sahsiah

IlmuKeterampilan

Model Guru yang ProfesionalKeterampilan Merancang pdp Mengurus pdp Memilih strategi pdp Merangsang pdp Kemahiran teknologi Kemahiran generik Kemahiran kaunseling Menilai pdpIlmu Isi kandungan mata pelajaran Pengetahuan kandungan pedagogi Bahan Kaedah TeknologiSahsiah Bertakwa Berakhlak Berperibadi mulia Mempunyai komitmen Bersopan santun Bersikap positif Berkebolehan memimpin Mengamalkan budaya ilmu

Abdul Shukor Abdullah (1998) Bersikap profesional Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori Kaya dengan ilmu Bertindak atas landasan etika & tatasusila kerja Bermoral teguh Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran Perihatin dgn kehendak murid dan ibu bapa Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid Melengkapkan diri dgn kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan prasekolah berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik Berupaya membentuk perwatakan murid dgn pelbagai keteguhan nilai diri Taat dan setia terhadap perkhidmatan serta mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kpd kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bagi Profesional dan menumpukan perhatian kepada pdp di sekolah.

McEwan (2002), terdapat 10 tret guru yang berkesan :i. Dorongan oleh misi dan passionateii. Positif dan benariii. Guru sebagai pemimpiniv. With-it-nessv. Gaya vi. Kepakaran dalam motivasivii. Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness)viii. Pembelajaran kandungan (book learning)ix. Pintar (street smarts)x. Celik minda (mental life)