bab 1 isu dan cabaran pendidikan semasa

9
BAB 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA 1) PENGENALAN - usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar - penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif) - pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan. - Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. - memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara - pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan. 2) INTEGRASI NASIONAL AKIBAT KERETAKAN INTEGRASI NASIONAL - Perbezaan budaya dan agama - Ketidakpuasan hati - Kedudukan Geografi CABARAN MEWUJUDKAN SATU SISTEM SOSIAL - Agama dan kebudayaan - Dasar Penjajah British - Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan - Amalan ekonomi yang berlainan - Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik HALANGAN INTEGRASI NASIONAL - Perbezaan budaya dan agama - Dasar Penjajahan - Sistem Pendidikan - Amalan Ekonomi - Perbezaan politik PUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI DASAR PELAJARAN - Sistem Pendidikan Kebangsaan - Agenda Memperkasakan SK - Penerapan Nilai - Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan - Konsep Sekolah Wawasan

Upload: pohtee

Post on 20-Jul-2015

143 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

BAB 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1) PENGENALAN

- usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara

berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar

- penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman

(inklusif)

- pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.

- Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat

penting untuk memupuk integrasi antara kaum.

- memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu

pendidikan yang setara

- pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang

penuh saingan.

2) INTEGRASI NASIONAL

AKIBAT KERETAKAN INTEGRASI NASIONAL

- Perbezaan budaya dan agama

- Ketidakpuasan hati

- Kedudukan Geografi

CABARAN MEWUJUDKAN SATU SISTEM SOSIAL

- Agama dan kebudayaan

- Dasar Penjajah British

- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan

- Amalan ekonomi yang berlainan

- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

HALANGAN INTEGRASI NASIONAL

- Perbezaan budaya dan agama

- Dasar Penjajahan

- Sistem Pendidikan

- Amalan Ekonomi

- Perbezaan politik

PUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI DASAR PELAJARAN

- Sistem Pendidikan Kebangsaan

- Agenda Memperkasakan SK

- Penerapan Nilai

- Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

- Konsep Sekolah Wawasan

- Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum

- Perkasakan bahasa Kebangsaan

- Pemantapan Aktiviti

- Pupuk Kefahaman

- Dasar Pelajaran kebangsaan

- menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan

- pakaian seragam

- sistem latihan guru

- bahasa penghantar yang sama

USAHA BAGI MEMASTIKAN INTEGRASI NASIONAL TERUS DIPELIHARA DAN

DIPERKUKUHKAN

- melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan

- menjadikan agenda memperkasakan SK

- menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara

sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.

- memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003

- memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan

- melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara

berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

PUPUK INTEGRASI NASIONAL MELALUI RIMUP

- Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik

- Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan

- Modul Aktiviti Kokurikulum

- Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat

- Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

TINDAKAN KPM UNTUK PUPUK INTEGRASI NASIONAL

- Sekolah sebagai alat perpaduan

- Sistem persekolahan yang sama

- Penggunaan Bahasa Melayu

- Pendedahan kepada nilai

- Seminar/forum

PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT UNTUK PUPUK INTEGRASI NASIONAL

- Program Permuafakatan Masyarakat

- Hari Keluarga

- Acara Kebudayaan

- Sambutan Perayaan

- Aktiviti Kokurikulum

- Bulan Kemerdekaan

- Lawatan ziarah

- Bina Insan

3) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

- Semua dapat hak yang sama

- Sekolah dapat kemudahan yang sama

- Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan

- Sekolah satu aliran

- Amalan kehidupan

- Peluang pendidikan yang sama

- Persamaan hak

- Peluang yang luas

- Pembangunan sumber manusia

TUMPUAN DALAM PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

- Basmi buta huruf

- Pendidikan universal

- Penyediaan infrastruktur

- Guru terlatih yang mencukupi

- Pra sekolah untuk semua

STRATEGI PELABURAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

- Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang

dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem

pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat

pendidikan.

- Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang

pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan

status sosioekonomi.

- Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam

pengurusan.

- pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti

dan kualiti pendidikan.

- Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam

usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran

perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

RUMUSANNYA, TUMPUAN BANK DUNIA DALAM PENDIDIKAN

- Pendidikan asas

- Pendidikan wajib untuk semua

- Kecekapan dalam pengurusan

- Pengagihan sumber

- Keperluan dengan pasaran kerja

PENDIDIKAN NEGARA

- Pelbagai peringkat

- Kurikulum yang sama

- Penubuhan sekolah agama rakyat

- Peningkatan bilangan pelajar ke universiti

- Pendidikan swasta

- Pendidikan untuk semua

- Pengagihan sumber kewangan

- Pendidikan sejagat

- Pertambahan guru dan bilangan kelas

- Pendidikan Bertaraf Dunia

- Pendidikan berterusan

- Pendemokrasian pendidikan

- Pendidikan berkualiti

4) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO ADALAH BERDASARKAN KEPADA

- pelajar belajar untuk tahu

- belajar untuk membuat

- belajar untuk menjadi apa

- belajar untuk hidup bersama

KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO

- Pengurus punyai kuasa autonomi

- Memperkasakan kapasiti

- Struktur terurus

- Ukuran prestasi

- Pemantauan prestasi

- Kawalan sumber

- ketelusan

MENURUT LAPORAN UNESCO (2005), KUASA AUTONOMI BAGI MENGURUSKAN

PERJALANAN SEKOLAH SECARA KESELURUHANNYA

- pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan

kepemimpinannya.

- sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur

kekuatan, kelemahan dan prioritinya.

- sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.

- kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari segi

pemantauan prestasi sekolah.

- sekolah perlu mengawal sumber-sumber.

- pengurusan sekolah mesti telus.

TUJUAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

- Memenuhi keperluan pembelajaran asas

- Membentuk wawasan

- Akses kepada universal

- Focus terhadap pembelajaran

- Perluaskan skop

- Penambahbaikan persekitaran

- Perkukuhkan perkongsian

- Pembangunan dasar

- gerakkan sumber

- perpaduan antarabangsa

DASAR KPM DAN KAITANNYA DENGAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

- Perkembangkan potensi individu

- Tingkatkan kreativiti

- Sistem pendidikan yang cekap

- Pusat kecemerlangan pendidikan

- Tingkatkan martabat pendidikan

4) GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN ADALAH DARI SEGI YANG

BERIKUT

- Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.

- Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum

- Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.

- Pengurusan pendidikan.

- Pembentukan jati diri pelajar.

- Kualiti guru.

PERLU KEPADA PERUBAHAN KURIKULUM

Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut

- Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

- Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local

Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan

kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada

pelajar.

- Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar

mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi

sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

- Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk

pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah

dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara

elektronik dengan rakan dan guru.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PERSAINGAN GLOBAL IAITU DARI SEGI

- Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.

- Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa

antarabangsa.

- Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan

seharian.

- Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,

menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.

- Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan

budaya.

KESAN GLOBALISASI PENDIDIKAN

- Pembelajaran sepanjang hayat

- Kebolehan berkomunikasi

- Kemahiran teknologi

- Kesediaan kognitif

- Warganegara bertanggungjawab

CABARAN GLOBALISASI KEPADA GURU

- Kesediaan guru

- Pertambahan beban

- Kekurangan sokongan pengurusan

- Pengurusan pendidikan

- Sikap guru

- Perbezaan tahap pengetahuan

- Penggunaan teknologi

- Pembentukan jati diri

- Budaya sekolah

- Perkembangan profesionalisme guru

KESAN NEGATIF GLOBALISASI

- Negara lemah ditindas

- Ketidakadilan perkongsian

- Pemantauan yang mendalam

- Permintaan pasaran tenaga kerja

- Meminggirkan bahasa melayu

- Terbuka kepada persaingan tidak sihat

- Pengkomersilan pendidikan

- Penafian pendemokrasian pendidikan

- Penghayatan ilmu terhakis

5) KEPELBAGAIAN BUDAYA

- Perlu keadilan

- Peluang pendidikan kepada semua

- Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

- Program sekolah berkembar

KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA PELAJAR HARUSLAH DITANGANI DENGAN

BIJAK BERIKUT ADALAH BEBERAPA CADANGAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN

UNTUK MENJAYAKAN ISI TERSEBUT.

- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara.

Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama

rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional

dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

- Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem

pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari

kebenaran.

- Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi

pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

- Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang

kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah

mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

- Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi

akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

- Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya

di Sabah dan Sarawak.

- Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan

menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

- Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya

pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan

perkembangan semasa.

- Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan

bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

- Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain

berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar

bandar dan pedalaman.

- Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa

termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa -bahasa utama

dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

- Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.

- Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan

mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang

memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma

Muadalah (diploma berkembar).

CADANGAN TANGANI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

- Sekolah kebangsaan sebagai peneraju

- Kelayakan pelajar jadi penentuan

- Pindaan akta

- Tingkatkan kemudahan

- Tingkatkan mutu pendidikan guru

- Peluang latihan

- Biasiswa kepada yang berkelayakan

- Kuasai pelbagai bahasa

6) PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(TMK)

- Suasana lebih kondusif

- Mudah hasilkan bahan

- Kepelbagaian media

- Maklumat pelbagai

TERDAPAT 3 ASAS PENTING DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

IAITU

- teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk

suntingan dengan menggunakan teknologi.

- memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

- proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat

digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada

penerima.

PERUBAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

- Kuasa penggerak

- Pelaksanaan

- Pemudahan bertindak

- Kaedah perubahan

- Permulaan perubahan

IMPLIKASI TMK

- penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja

dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.

- menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi

lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak

dan terdapat perkara kerahsian.

- mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud

kekhilafan dalam perlaksanaannya.

- kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan

sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearah berkomunikasi secara interpersonal

dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

- Pendidikan jarak Jauh

- Reformasi dalam pendidikan

- Mudah beri maklumbalas

- Sebagai bahan pengajaran pembelajaran

- Alat komunikasi

- Memudahkan pemahaman

7) GEJALA SOSIAL

PENGKELASAN MASALAH SOSIAL BOLEH DIPECAHKAN KEPADA 3 BAHAGIAN

IAITU

- Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk

sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.

- Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip

duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa

kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti

samseng.

- Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan

rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah,

minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan

kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

PUNCA GEJALA SOSIAL

- Globalisasi dan modenisasi

- Keruntuhan institusi keluarga

- Media-massa

- Kelemahan undang-undang

- Sikap remajA

- Sikap ibu bapa

KESAN NEGATIF

- Kepada individu sendiri

- Menjejaskan negara

- Keruntuhan nilai agama

TANGANI GEJALA SOSIAL

- Peranan ibu bapa

- Peruntukan undang-undang

- Pendekatan akademik

- Didikan agama

- Peranan ahli masyarakat