bab 1

3
BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN 1. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia? a) Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini b) Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup selesa dan seronok c) Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan rohani d) Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur dan cita rasa seseorang 2. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah? a) Makanan dan minuman b) Basikal baru c) Rumah kediaman d) Kesihatan 3. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow? a) Mendapat pendidikan tinggi b) Sentiasa mengikut perubahan fesyen c) Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat d) Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup 4. Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung? a) Aktiviti untuk menghasilkan barang b) Aktiviti menambah nilai faedah sesuatu keluaran c) Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsung d) Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri 5. Tok Wan memiliki beberapa buah bot menangkap ikan dan menjalankan perusahaan membuat keropok. Keluarannya dipasarkan sendiri dan juga melalui peniaga lain. Dalam cabang pengeluaran yang manakah Tok Wan terlibat? a) Ekstraktif dan perkilangan b) Ekstraktif dan perdagangan c) Ekstraktif, perkilangan dan perdagangan d) Ekstraktif, perkilangan, perdagangan dan khidmat terus 6. Antara yang berikut, yang manakah tidak dianggap sebagai aktiviti pengeluaran? a) Memandu teksi b) Menanam ubi untuk makan sendiri c) Menyanyi di kelab malam d) Menuba ikan secara haram 7. Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.

Upload: ainul-intan

Post on 18-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Perdagangan

TRANSCRIPT

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN

1. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia? a) Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini b) Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup selesa dan seronok c) Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan rohani d) Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur dan cita rasa seseorang

2. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai kehendak kepada seorang pelajar sekolah? a) Makanan dan minuman b) Basikal baru c) Rumah kediaman d) Kesihatan

3. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow? a) Mendapat pendidikan tinggi b) Sentiasa mengikut perubahan fesyen c) Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat d) Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup

4. Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung? a) Aktiviti untuk menghasilkan barang b) Aktiviti menambah nilai faedah sesuatu keluaran c) Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsung d) Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri

5. Tok Wan memiliki beberapa buah bot menangkap ikan dan menjalankan perusahaan membuat keropok. Keluarannya dipasarkan sendiri dan juga melalui peniaga lain. Dalam cabang pengeluaran yang manakah Tok Wan terlibat? a) Ekstraktif dan perkilangan b) Ekstraktif dan perdagangan c) Ekstraktif, perkilangan dan perdagangan d) Ekstraktif, perkilangan, perdagangan dan khidmat terus

6. Antara yang berikut, yang manakah tidak dianggap sebagai aktiviti pengeluaran? a) Memandu teksi b) Menanam ubi untuk makan sendiri c) Menyanyi di kelab malam d) Menuba ikan secara haram

7. Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran. Apakah faedahnya kepada pengguna? a) Mengurangkan pembaziran b) Mengurangkan harga barang c) Mengurangkan kos pengeluaran d) Mengurangkan kos simpanan stok

8. Encik sameon ingin menceburkan diri dalam bidang perusahaan menternak ikan air tawar. Ramai rakannya yang menceburkan diri dalam perusahaan itu telah gagal kerana kurang permintaan tempatan. Namun begitu, Sameon tetap mahu menjalankan perusahaan tersebut. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sifat usahawan yang dimiliki oleh Encik Sameon? a) Rajin dan gigih b) Berpandangan jauh c) Kreatif dan inovatif d) Sanggup menerima cabaran

9. Antara berikut, yang manakah kesan pengkhususan dalam pengeluaran terhadap pekerja? a) Menjadi lebih cekap dan mahir b) Dapat dilatih dalam masa yang singkat c) Berpeluang membuat kerja berdasarkan kemahiran d) Dapat menghasilkan barang mengikut daya kreativiti

10. Berikut merupakan masalah yang dihadapi dalam sistem barter. Dalam kes pertukaran antara beras dengan jagung, masalah yang manakah paling mudah diatasi? a) Penentuan nilai barang b) Penentuan kemahuan serentak c) Penentuan kadar pertukaran umum d) Pembahagian barang kepada unit yang kecil.

11. Labelkan Hierarki Keperluan Maslow dibawah.

12. Labelkan rajah cabang pengeluaran dibawah.

13. Nyatakan 4 faktor pengeluaran.(i) __________________________(ii) __________________________(iii) __________________________(iv) __________________________