b - pengesahan penyelia dedikasi penghargaan abstrak

Upload: sylviajonathan

Post on 07-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENYELIDIKAN TINDAKAN MUZIKL

TRANSCRIPT

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Mudah Perguruan Pendidikan Muzik Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.

Tandatangan:Nama Penyelia:Tarikh: OKTOBER 2015

PENGAKUAN

Saya akui kajian ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dari ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:Nama Penulis: CLINIE ANAK JONATHAN UJANGTarikh: OKTOBER 2015

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan segala penghargaan ikhlas kepada penyelia kajian tindakan, Encik Peter Ong yang gigih memberikan khidmat nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan serta tidak pernah jemu memberikan idea-idea yang bernas sepanjang tempoh pelaksanaan untuk menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan yang merupakan tempat saya bertanya dan berkongsi pendapat dalam menyelesaikan segala masalah sepanjang proses perlaksanaan laporan penyelidikan tindakan ini.Selain daripada itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan terima kasih serta selamat maju jaya kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah bersama-sama membantu dengan memberi idea serta pendapat dalam proses pemurnian penyelidikan tindakan ini. Begitu juga dengan seluruh warga sekolah serta murid-murid tahun 4 Mutiara yang sudi untuk memberikan kerjasama sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.Akhir kata saya, diharapkan apa yang saya lakukan ini dapat memberi panduan serta ilham kepada rakan yang lain kelak demi kebaikan bersama dan saya ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu saya dalam menjayakan kajian tindakan ini.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter empatan dengan menggunakan kaedah Orff dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Mutiara. Kajian ini dijalankan terhadap 15 orang murid-murid tahun 4 Mutiara di sebuah sekolah rendah. Kajian ini berfokus kepada keberkesanan penggunaan kaedah Carl Orff dalam meningkatkan kemahiran murid-murid memainkan corak irama dalam meter empatan menggunakan alat perkusi. Tinjauan awal telah dijalankan melalui pemerhatian dan ujian diagnostik. Dalam tinjauan awal telah menunjukkan bahawa murid mempunyai masalah dalam memainkan corak irama. Pengkaji telah menggunakan kaedah Orff untuk mengatasi masalah ini. Berdasarkan temubual, pemerhatian dan ujian pasca, pengkaji mendapati hampir kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Oleh itu, pengkaji berasa yakin kaedah Orff boleh memperkembangkan kemahiran murid. Cadangan kajian seterusnya akan dibuat dengan kaedah yang sama tetapi dengan objektif dan aktiviti yang lebih mencabar.

ABSTRACT

This research is to improve students skill play a rhythm pattern with a percussion instrument according to quadruple meter. In this research, students who are involved consisting of Year 4 pupils Efforts Music Education classes in primary schools. In this research,it is more focused on the effectiveness of playing rhythm pattern skills using Carl Orff method. To identify pupils involved, the initial survey was conducted through observations and diagnostic tests. The findings of initial survey of five students from fifteen students could not play rhythm pattern. Reseachers have been using Carl Orff methods in carrying out this intervention. Based on interviews, observations and post tests, researchers found that most of the pupils were following the success of this intervention successfully. Therefore, the researchers suggests using Orff methods can enhance students understanding particularly in playing rhythm pattern with percussion instruments. The proposed study will use the same method but with the more challenging objectives and activities.

KANDUNGANMuka suratPENGESAHAN PENYELIAiPENGAKUANiiPENGHARGAANiiiABSTRAKivABCTRACTvKANDUNGANviSENARAI JADUALixSENARAI RAJAHxSENARAI LAMPIRANxi1.0PENDAHULUAN11.1Pengenalan11.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran21.3Refleksi Nilai Pendidikan4

2.0FOKUS KAJIAN52.1 Isu Kajian62.1.1Tinjauan Awal72.1.2Analisis Tinjauan Awal82.1.3Kriteria Pemilihan Fokus Kajian8

2.2Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian112.2.1Kaedah Orff112.2.2Kajian Lepas152.3Istilah kajian16

3.0OBJEKTIF KAJIAN173.1Objektif Umum173.2Objektif Khusus173.3Persoalan Kajian17

4.0KUMPULAN SASARAN185.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN185.1.1Perancangan195.1.2Tindakan205.1.3Pemerhatian215.1.4Refleksi22

6.0CARA PENGUMPULAN DATA236.1Instrumen Pengumpulan Data236.1.1Ujian246.1.2Pemerhatian246.1.3Pemerhatian ( senarai semak)256.2Cara Menganalisis Data266.2.1Ujian276.2.2Pemerhatian266.2.3Temubual26

7.0KEPUTUSAN KAJIAN/INTERPRETASI DATA277.1Ujian307.2Pemerhatian307.3Temubual

8.0RUMUSAN318.1Rumusan Dapatan328.2Refleksi32

9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA34

SENARAI RUJUKAN36LAMPIRAN37 - 42

SENARAI JADUAL Muka surat

Jadual 1Alat Pengumpulan Data Kajian 23Jadual 2Keputusan Ujian Pra ke atas Murid 28Jadual 3 Keputusan Ujian Pasca ke atas Murid 29Jadual 4Analisis Temu Bual 31

SENARAI RAJAH

Muka suratRajah 1Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin 19

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Muka suratLampiran 1 - Borang senarai semak ( pemerhatian )37Lampiran 2 - Soalan temu bual ( murid )38Lampiran 3 - Borang temubual ( tamat sesi pertama dan kedua )39Lampiran 4 - Borang analisis pemerhatian memainkan corak irama mengikut40meter empatanLampiran 5 - Transkripsi temubual pengkaji bersama ibu,41guru kelas, dan murid

x