judul peranan aktiviti kokurikulum dalam · pdf filestatus penyelidikan iii perakuan pelajar...

29
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia Tarikh: 7 NOVEMBER 2007 Tarikh: 7 NOVEMBER 2007 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). υ PSZ 19:16(Pind. 1/97) PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (HURUF BESAR) DR. YAHYA BIN BUNTAT NO. 82 TAMAN HARMONI, 45400 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN

Upload: hoangkien

Post on 01-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: 7 NOVEMBER 2007 Tarikh: 7 NOVEMBER 2007

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

υ

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(HURUF BESAR)

DR. YAHYA BIN BUNTAT NO. 82 TAMAN HARMONI,

45400 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN

Page 2: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”

Tandatangan : ..........................................................................................

Nama Penyelia : Dr. Yahya Bin Buntat

Tarikh : 7 Novenber 2007

Page 3: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

iii

PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK

KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

November 2007

Page 4: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................................

Nama Pengkaji : MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM

Tarikh : 7 November 2007

Page 5: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Muanam Bin Hj. Sirat dan Surati Bt Misni

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat kekanda serta adinda terima kasih atas segalanya.

Buat Pensyarah yang disanjungi,

Terutama buat Dr.Yahya Bin Buntat...

Ilmu yang kalian curahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan ke jalan yang

diberkatinya. Semoga Allah memberkati, meredhai dan merahmati perjuangan murni

kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk semuanya.

Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,

‘Aimi Ayuni, Hakim, Saiful, Adib, Lim, dan teman seperjuangan yang lain...

Bersama mencipta kecemerlangan,

Kenangan bersama tak mungkin hilang di luput zaman,

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.

Sekian, Wassalam.

Page 6: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

vi

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi semangat

dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini bagi memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan

Awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada

penyelia saya, Dr. Yahaya Bin Buntat yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk

ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk menyempurnakan

kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya jadikan sebagai panduan

dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing, rakan-

rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan

penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat keberkatan di dalam

kehidupan kalian semua, InsyaAllah.

Wassalam.

Muhammad Nazim Bin Muanam

Page 7: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelajar Fakulti Pendidikan terhadap

peranan kegiatan kokurikulum dalam membentuk keterampilan diri pelajar. Dalam

konteks kajian ini, hanya empat aspek yang dikaji iaitu kemahiran komunikasi, nilai-

nilai murni, kamahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran kepimpinan.

Seramai 143 orang pelajar dari kursus 4SPI, 4SPL dan 4SPS, Fakulti Pendidikan, UTM

terlibat dalam kajian ini. Kaedah soal selidik skala likert digunakan untuk mendapatkan

maklumat. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For

Social Science (SPSS) versi 12. Hasil kajian mendapati bahawa paranan aktiviti

kokurikulum dalam menerapkan kamahiran komunikasi, nilai-nilai murni, kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran kepimpinan adalah berada pada tahap

yang sederhana.

Page 8: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

viii

ABSTRACT

This research is to identify the roles of co-curriculum activities in developing

students’ attitude. In the context of this research, only four aspects will be observed, they

are communication skills, moral values, critical and creative thinking skills and

leadership skills. 143 students from three respective courses, 4SPI, 4SPL and 4 SPS

from the faculty of Education, University Technology Malaysia have been chosen to be

respondents of this research. The instrument used to collect data in this research is the

likert scale questionnaire. The data collected were analyzed using the SPSS (Statistical

Packages for Social Science) system, version 12. The findings show that the roles of co-

curriculum activities in imparting communication skills, moral values, critical and

creative thinking skills and leadership skills are at a middle stage.

Page 9: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

ix

PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM MEMBENTUK

KETERAMPILAN DIRI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

MUHAMMAD NAZIM BIN MUANAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 10: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

x

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN i

PERAKUAN PENSYARAH ii

STATUS PENYELIDIKAN iii

PERAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

TAJUK PENYELIDIKAN ix

KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xvi

SENARAI RAJAH xviii

SENARAI SINGKATAN xix

Page 11: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xi

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar belakang masalah 4 1.2 Penyataan masalah 8 1.3 Objektif kajian 9 1.4 Persoalan kajian 9 1.5 Kepentingan kajian 10 1.5.1 Kepentingan Kajian kepada Pengkaji 10 1.5.2 Kepentingan Kajian kepada Pelajar 11 1.5.3 Kepentingan Kajian kepada Organisasi

Yang Terlibat 11

1.6 Skop dan Batasan kajian 12 1.7 Definisi dan Istilah 12 1.7.1 Kokurikulum 13 1.7.2 Kegiatan Kokurikulum 13

1.7.3 Kepentingan 13

1.7.4 Penglibatan 14

1.7.5 Aktiviti 14 1.7.6 Kemahiran Berfikir 14

1.7.7 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 15

1.7.8 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 15

1.7.9 Kepimpinan 15

Page 12: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xii

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 17

2.1 Kegiatan Kokurikulum 18 2.2 Aktiviti Kokurikulum UTM 20 2.3 Peranan Aktiviti Kokurikulum 22 2.4 Pembentukan Sifat Kepimpinan 24 2.5 Ciri-ciri kemahiran kepimpinan 25 2.6 Komunikasi 27 2.7.1 Proses komunikasi 27 2.7.1.1 Komunikasi lisan 28 2.7 Nilai-nilai Murni 30 2.8 Kemahiran Berfikir 30 2.8.1 Pemikiran Kritis 31 2.8.2 Pemikiran Kreatif 31

2.9 Implikasi Kokurikulum dalam Pencapaian Akedemik 33 2.10 Implikasi Kokurikulum kepada Sahsiah Pelajar 34

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 36 3.1 Rekabentuk kajian 37 3.2 Tempat kajian 37 3.3 Populasi dan sampel 38

Page 13: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xiii

3.4 Instrumen kajian 39 3.4.1 Bahagian A 40

3.4.2 Bahagian B 41 3.5 Prosedur Kajian 42 3.6 Kajian Rintis 43 3.7 Kesahan Soal Selidik 44 3.8 Analisis Data 44 3.9 Penutup 46

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Dapatan Kajian 47

4.3 Analisis Data Bahagian A 48 4.3.1 Umur 48 4.3.2 Jantina 49 4.3.3 Taraf Perkahwinan 50 4.3.4 Keturunan 51 4.3.5 Program 52 4.4 Analisis Data Bahagian B 53 4.4.1 Kemahiran Komunikasi 54 4.4.2 Nilai-nilai Murni 58

Page 14: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xiv

4.4.3 Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif 62 4.4.4 Kemahiran Kepimpinan 65 4.5 Rumusan 68

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 70

5.3 Kesimpulan 71

5.3.1 Latar Belakang Responden 71

5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 72

5.3.2.1 Berucap 72

5.3.2.2 Komunikasi Berkesan 73

5.3.2.3 Pertanyaan 74

5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 75 5.3.3.1 Nilai-nilai Murni 75 5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 76 5.3.4.1 Pemikiran Kritis 76 5.3.4.2 Pemikiran Kreatif 77 5.3.5 Persoalan Kajian Keempat 78

5.3.5.1 Kepimpinan Berkesan 78 5.3.5.2 Kepimpinan Karismatik 80

Page 15: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xv

5.4 Perbincangan 82

5.4.1 Bahagian A : Analisis Demografi Responden 82

5.4.2 Bahagian B : Analisis Soal Selidik 82

5.5 Cadangan 88

5.5.1 Cadangan kepada Pusat Kokurikulum 88

5.5.2 Cadangan kepada Pejabat Hal Ehwal

Pelajar 89

5.6 Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan 89

5.6 Penutup 90

BIBLIOGRAFI 91

LAMPIRAN 94

LAMPIRAN A (Set Soal selidik) 95

Page 16: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah 19 2.2 Jumlah kredit yang diwajibkan mengikut kursus atau program 20 2.3 Gerak kerja kokurikulum 21 3.1 Taburan populasi dan sampel 39 3.2 Pengkelasan skala likert 41 3.3 Jadual pembolehubah 42 3.4 Klasifikasi Kekuatan Alpha 43 3.5 Klasifikasi terhadap item 45 3.6 Penentuan tahap peratusan 45 4.1 Umur 48 4.2 Jantina 49 4.3 Taraf perkahwinan 50 4.4 Keturunan 51 4.5 Program 52 4.6 Kemahiran komunikasi 54

Page 17: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xvii

4.7 Nilai-nilai murni 58 4.8 Pemikiran kritis dan kreatif 62 4.9 Sifat kepimpinan 65 4.10 Nilai purata pembolehubah 68

Page 18: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xviii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH RAJAH MUKA SURAT 4.1 Taburan kekerapan responden mengikut umur 49 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut jantina 50 4.3 Peratusan responden mengikut taraf perkahwinan 51 4.4 Peratusan responden mengikut taraf keturunan 52 4.5 Taburan kekerapan responden mengikut program 54

Page 19: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

xix

SENARAI SINGKATAN

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institusi Pendidikan Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 20: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung

jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan

Kebangsaan). Kecemerlangan kognitif atau kecemerlangan akademik tidak menjamin

kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi seseorang. Kewajaran hakikat

ini dalam proses pembangunan kemanusiaan ditegaskan oleh pakar pendidik melalui

teori seperti “ The Theory of Multiple Intelligence ” ( Howard Gardger) dan “ Emotional

Intelligence ” ( Daniel Goleman ) ( Berita Harian, 3 Ogos 1999 ).

Page 21: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

2

Program kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan kepentingan

kurikulum. Aktiviti kokurikulum menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk

menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang

telah dipelajari di dalam kelas. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua komponen

yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dan saling memberi peneguhan antara satu

sama lain dalam sistem pendidikan. Kokurikulum bukan sekadar mengisi kepentingan

perseorangan semata-mata tetapi yang nyata kecemerlangan tersebut jika digemblengkan

akan memberi sesuatu sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang

dan negara yang makmur.

Menurut Ab. Alim (1994), aktiviti, proses serta isi kandungan pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan di bilik darjah atau mata pelajaran akademik di sebut

kurikulum. Maka jelas menunjukkan bahawa kurikulum ialah mata pelajaran akademik

seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan sebagainya, di mana proses pengajaran

dan pembelajaran dikategorikan sebagai pendidikan formal. Sukatan mata pelajaran ini

berhasrat untuk memenuhi keperluan-keperluan fikiran, fizikal dan sosial pelajar.

Aktiviti kokurikulum pula adalah lanjutan daripada aktiviti kurikulum seperti

persatuan sains dan matematik dan persatuan bahasa. Menurut Ab. Alim (1994), aktiviti-

aktiviti yang sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah pula di sebut

kokurikulum. Kegiatan kokurikulum pula akan menekankan aspek seperti displin diri,

bakat, peranan, kepimpinan, nilai, keberanian dan sebagainya.

Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum asas iaitu kegiatan atau

aktiviti selain matapelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai

sebahagian daripada kursus pendidikan sekolah misalnya, kegiatan persatuan, kegiatan

kesukanan dan sebagainya (Kamus Dewan, 2002).

Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum

dilaksanakan sama ada melalui unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan.

Page 22: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

3

Sesetengah unit beruniform, persatuan dan kelab mempunyai kurikulum tersendiri. Ini

dikenali sebagai kurikulum kokurikulum (Ab Alim, 1994).

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak

dilaksanakan secara tidak langsung. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan pekara dan

aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan dan sosial seseorang

pelajar. Aktiviti ini dikenali sebagai kurikulum tersembunyi. Penglibatan dalam aktiviti

ini membentuk sahsiah serta disiplin yang baik, pembentukan ciri kepimpinan dan

menanamkan keyakinan diri yang kuat terutama dalam memberikan sesuatu pandangan.

Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang baik.

Di Malaysia kegiatan kokurikulum telah lama dijalankan. Menurut Ab. Alim

(1995), aktiviti kokurikulum telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam sistem

pendidikan di negara ini iaitu sejak zaman penjajahan British lagi. Contohnya Pasukan

Pengakap yang pertama di sekolah pada tahun 1909 di Singapura. Aktiviti kokurikulum

terus diberi penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan seperti yang terkandung di

dalam surat arahan School Course of Studies Regulations 1956 dan Pindaan Tahun

1961(Akta Pendidikan 1961). Memandangkan kepentingan kokurikulum dalam proses

pembelajaran dan alat untuk memenuhi hasrat FPK maka Laporan Jawatankuasa

Kabinet (1979:91) menyatakan ;

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun espirit de corps di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.”

Page 23: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

4

1.1 Latar belakang masalah

Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah penting supaya apabila

tamat pengajian kelak, mereka tidak menjadi graduan yang jumud. Graduan dari Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seharusnya

mempunyai keseimbangan dan kekuatan bukan sahaja dari segi keilmuan malahan dari

segi pembentukan sahsiah diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang supaya kualiti

graduan dapat dipertonjolkan. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar dilatih bagaimana

untuk menguruskan aktivitinya dalam berpersatuan, kelab, kegiatan sosial, sukan

mahupun badan beruniform. Di antaranya, pelajar akan diajar kaedah berorganisasi,

bekerja secara berpasukan dan memupuk kemahiran komunikasi kerana pelajar perlu

sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan universiti dan pihak luar (Berita Harian,

30 Ogos 2005).

Kokurikulum merupakan kaedah bersosial yang membawa ke arah pendidikan

positif, menyeluruh dan sempurna dalam pembentukan sahsiah diri sesorang. Kegiatan

kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara

perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini adalah

memupuk sifat kepimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya

membentuk generasi yang berdisplin seperti personaliti yang positif dan rasa

tanggungjawab. Sifat-sifat tersebut berguna dalam meningkatkan kualiti diri dan mutu

kepimpinan dalam organisasi (Fadzilawati, 2003). Apabila menyertai persatuan

beruniform seperti pengakap golongan belia dididikuntuk menguasai pelbagai ilmu

kemahiran disamping penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni. (Abdul Aziz,

Utusan Malaysia, 2 Ogos 2004 )

Apabila kita melihat kes-kes buli di sekolah, budaya lepak di pusat hiburan,

budaya ponteng kelas dan ponteng sekolah dan pelbagai lagi masalah disiplin lain yang

timbul boleh dikatakan ianya berpunca daripada pelajar yang tidak aktif dalam kegiatan

kokurikulum. Sekiranya pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum masa dapat

Page 24: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

5

digunakan dengan sebaik mungkin melalui aktiviti yang dijalankan. Masalah sosial akan

dapat ditangani jika anak-anak muda terbabit dalam sukan secara aktif (Juhan Jaafar,

Berita Minggu, 18 Julai 2004).

Gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja sering dikaitkan dengan mencari

hiburan di luar. Pada pandangan mereka itu adalah cara yang dapat menyelesaikan

segala tekanan yang mereka hadapi semasa di sekolah ataupun masalah yang mereka

hadapi di rumah. Cara mereka melepaskan tekanan adalah dengan melakukan aktiviti

yang kurang berfaedah seperti menagih dadah, seks rambang, vandelisme dan

sebagainya (Ida Marina, 2002). Ini adalah amat jelas dengan perangkaan yang

menunjukkan peningkatan kadar jenayah dan terpesong dengan budaya timur di

kalangan belia semakin meningkat. Gajala ini telah dilihat dapat diatasi dengan

melibatkan diri dalam pasukan beruniform (Abdul Aziz, Berita Harian, 1 Ogos 2005).

Kegiatan kokurikulum perlu dihidupkan semula bagi mengisi masa lapang pelajar selain

mengelakkan gejala sosial berlaku di kalangan pelajar (Hishamudin, Berita Harian, 22

Ogos 2005).

Zabedah (1993), menyokong bahawa sekolah bukan sahaja berperanan sebagai

gedung ilmu, tetapi juga merupakan tempat para pelajar bersosial dengan cara

melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Malangnya hanya 25 peratus sahaja

daripada belia seluruh Malaysia terlibat dalam aktiviti badan beruniform (Abd Aziz,

Berita Harian, 1 Ogos 2005). Mengikut kajian dibeberapa sekolah agama di Pahang,

masalah disiplin berlaku berikutan pelajar tiada ruang melepaskan perasaan mereka.

Jadi, kita yakin dengan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum dapat membantu

pelajar daripada terjebak dengan masalah disiplin (Hishamudin, Berita Harian, 22 Ogos

2005).

Tinjauan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan kegiatan

kokurikulum sebenarnya sudah lama dijalankan di sekolah menengah (Ab Alim, 1996).

Walau bagaimanapun, maklumbalas yang diperolehi mendapati ada sekolah yang

menjalankan secara sambil lewa sahaja. Malahan masih ada lagi sebilangan kecil

Page 25: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

6

daripada sekolah-sekolah menengah di Malaysia langsung tidak melaksanakan kegiatan

kokurikulum terutama sekolah-sekolah di pedalaman dan luar Bandar (Mohd Zain,

1998). Malalui tinjauan yang dijalankan pengkaji di Universiti Teknologi Malaysia juga

menghadapi masalah dimana pelajarnya tidak bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Hanya sebahagian sahaja pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti. Ini menunjukkan

satu gambaran yang cukup nyata bahawa pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum masih rendah. Beberapa faktor menjadi punca kepada pelajar untuk tidak

melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan antaranya sikap malas dan tidak ambil

peduli. Selain daripada itu, pelajar menjadikan alasan masa sebagai faktor kekangan

dalam kurangnya penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum ini dan mereka lebih

memberi tumpuan terhadap bidang akedamik (Che Aziz dan Aminuddin, 2002).

Tekanan yang diterima daripada keluarga yang menginginkan anak mereka berjaya

dalam bidang akedamik menyebabkan timbul batasan dalam diri pelajar agar tidak

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan akhirnya mereka tidak dapat

menonjolkan bakat yang terpendam seperti bakat kepimpinan.

Menurut perangkaan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber

Manusia tahun 2000, laporan yang diterima daripada majikan lepasan siswazah yang

baru bekerja tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, tidak mempunyai

kemahiran komunikasi dan tidak dapat melaksanakan tugas secara berkumpulan dengan

baik. Ianya telah diperkukuhkan lagi seperti mana dalam laporan (Berita Harian, 30

Ogos 2005) yang menyatakan bahawa, majikan juga sudah tentu mencari bakal pekerja

yang tahu mempengerusikan mesyuarat, menganjurkan majlis untuk syarikat dan

bekerjasama dengan pekerja daripada organisasi lain.

Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di universiti merupakan latihan awal dari

aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Daya kepimpinan

dapat dilatih melaui badan beruniform, seni dan budaya, pembinaan diri dan masyarakat,

program khas, sukan dan rekreasi di mana ianya mempunyai struktur kepimpinan yang

tersendiri, bermula daripada pengerusi, ketua sehinggalah kepada ahli jawatankuasa

kecil. Setiap ahli dalam persatuan akan berinteraksi secara langsung dalam setiap aktiviti

Page 26: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

7

yang dilaksanakan oleh persatuan dan ini dapat melatih pelajar bergaul dalam

masyarakat umum (Ab. Alim, 1994).

Walaupun kegiatan kokurikulum ini mempunyai beberapa tujuan dan

kepentingan bagi membentuk diri pelajar yang seimbang, pada dasarnya kegiatan

kokurikulum ini kurang mendapat sambutan dari segi penglibatan pelajar mahupun

sokongan pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru serta masyarakat. Perkara ini

terjadi kerana kebanyakan sekolah atau insitusi pendidikan lebih mementingkan bidang

akedamik sehingga membuat pelajar mengabaikan aspek-aspek bukan akedamik (Abu

Bakar, 1991).

Walaupun aktiviti kokurikulum ini mempunyai banyak kebaikan, namun sistem

pendidikan di Malaysia yang berorentasikan kejayaan dalam peperiksaan telah

menjadikan kurikulum akedamik dipandang lebih penting daripada aktiviti kokurikulum

(Faridah, 1991).

Masyarakat amnya dan ibu bapa khususnya berpendapat penglibatan pelajar

dalam kegiatan kokurikulum akan mendatangkan kesan negatif terhadap pencapaian

akedamik. Bagi mereka masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum ini

adalah lebih baik digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Sistem pendidikan di

Malaysia yang berorentasikan peperiksaan ini telah menimbulkan tanggapan bahawa

aktiviti kokurikulum hanya membuang masa dan menghalang kepada kecemerlangan

akedamik pelajar. Masyarakat juga beranggapan pelajar yang tidak bergiat aktif dalam

aktiviti kokurikulum akan mencapai kejayaan cemerlang berbanding dengan pelajar

yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum tersebut (Ah Meng, 1990).

Jika dilihat di UTM sendiri kebanyakan persatuan tidak terlibat secara aktif ini

disebabkan kurangnya penglibatan pelajar kerana memberi tumpuan penuh kepada

bidang akedamik semata-mata. Mereka beranggapan aktiviti kokurikulum sebagai

membazir masa dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mereka. Tidak

dinafikan ada sesetengah kegiatan kokurikulum begitu aktif. Namun begitu, ia hanya

Page 27: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

8

melibatkan persatuan-persatuan tertentu sahaja. Sekiranya pelajar tidak terlibat secara

langsung dalam aktiviti kokurikulum ini akan menimbulkan masalah kepada mereka

untuk mencari pekerjaan. Ini disebabkan oleh penglibatan pelajar di dalam aktiviti

kokurikulum diambil kira sebelum mereka diterima bekerja.

Kementerian Sumber Manusia 2000, melaporkan bahawa laporan yang diterima

daripada majikan lepasan siswazah yang baru bekerja menunjukkan siswazah tersebut

tidak mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, tidak mempunyai kemahiran

komunikasi yang baik dan tidak dapat melaksanakan tugas secara berkumpulan dengan

baik. Kementerian Sumber Manusia juga menyenaraikan faktor-faktor kegagalan

lepasan siswazah dalam mendapatkan pekerjaan. Antara faktor yang disenaraikan adalah

lepasan siswazah yang memohon pekerjaan tidak melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum walaupun mempunyai keputusan akedamik yang baik.

Masalah yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia ini berkait rapat

dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sekiranya pelajar tersebut

terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum, kemahiran memimpin, kemahiran

komunikasi dan lain-lain kemahiran akan diperoleh (Zulkifli, 2000).

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang diperlihatkan, didapati aktiviti-

aktiviti ko-kurikulum di sekolah mempunyai peranan yang penting dalam memupuk

kecemerlangan dan keterampilan diri pelajar. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai

halangan dalam perlaksanaannya terutama dari sudut kehadiran dan penglibatan pelajar

dalam aktiviti tersebut. Oleh itu satu kajian berkaitan dengan peranan aktiviti ko-

kurikulum dalam membentuk keterampilan diri pelajar perlu dikaji. Untuk tujuan ini

Page 28: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

9

pengkaji akan membri tumpuan kepada empat aspek utama yang meliputi aspek

komunikasi, nilai murni, kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

1.3 Objektif kajian

Di sini pengkaji menggariskan beberapa objektif kajian yang ingin dicapai

sepanjang penyelidikan ini iaitu:

i. Mengenal pasti kegiatan kokurikulum dapat membentuk kemahiran

komunikasi pelajar.

ii. Mengenal pasti aktiviti kokurikulum dapat membentuk nilai-nilai murni di

dalam diri pelajar.

iii. Mengenal pasti aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan ciri pemikiran kritis

dan kreatif pelajar.

iv. Mengenal pasti aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan ciri kepimpinan

pelajar.

1.4 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif-objektif penyelidikan yang dinyatakan di atas, berikut

disenaraikan persoalan kajian yang cuba dijawab dalam penyelidikan ini iaitu:

i. Apakah kegiatan kokurikulum yang disertai dapat membentuk kemahiran

komunikasi pelajar?

Page 29: JUDUL PERANAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM · PDF fileSTATUS PENYELIDIKAN iii PERAKUAN PELAJAR iv DEDIKASI v PENGHARGAAN ... 2.1 Peruntukan minimum perlaksanaan aktiviti kokurikulum

10

ii. Apakah aktiviti kokurikulum yang disertai dapat membentuk nilai-nilai murni

di dalam diri pelajar?

iii. Apakah aktiviti kokurikulum yang disertai dapat meningkatkan ciri pemikiran

kritis dan kreatif pelajar?

iv. Apakah aktiviti kokurikulum yang disertai dapat meningkatkan ciri kepimpinan

pelajar?

1.5 Kepentingan kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan yang tertentu di mana pengkaji

membahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepentingan kepada pengkaji, kepentingan

kepada pelajar dan kepentingan kepada organisasi yang terlibat seperti pusat

kokurikulum UTM dan pejabat hal ehwal pelajar UTM.

1.5.1 Kepentingan Kajian kepada Pengkaji

Kajian ini memberi peluang kepada pengkaji untuk menggunakan ilmu

pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik kuliah secara teori untuk digunakan secara

praktikal dalam penyelidikan ini bagi mendapatkan hasil kajian. Kajian ini juga dapat

menambahkan pengetahuan pengkaji tentang implikasi daripada aktiviti-aktiviti

kokurikulum kepada pembangunan modal insan seseorang individu.

Pengkaji juga dapat menggunakan segala kemahiran seperti kemahiran

mengumpul maklumat, kemahiran untuk menganalisis dan kemahiran dalam penulisan

ilmiah secara langsung dalam kajian ini.