b. melayu - tahun 1 (sjk)

Upload: sekolah-portal

Post on 31-May-2018

317 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    1/44

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    HURAIAN SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

    SJKTAHUN 1

    BAHASAMELAYU

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    2/44

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adildi mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adildan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

    masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologimoden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenagadan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    3/44

    FALSAFAH PENDIDIKAN

    KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    4/44

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    5/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    MATLAMAT

    Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa danberkomunikasi untuk memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:

    i. mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

    ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

    iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentangsesuatu perkara;

    iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan

    berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

    v. menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

    vi. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membacadan menulis;

    vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan

    kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

    viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar,bertutur, membaca, dan menulis;

    ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

    x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    6/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu murid dapat:

    i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

    ii. bertutur dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul;

    iii. mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik perbincangan;

    iv. membaca teks prosa dan puisi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

    v. membaca dan memahami teks serta merujuki kamus;

    vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan di antara 15 30 perkataan.

    ORGANISASI KURIKULUM

    Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus pada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai olehmurid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, danKemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen PengisianKurikulum.

    Kemahiran Bahasa

    Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras

    kepada penguasaan bahasa baku.

    Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memberikan maklum balas dan memahamiperkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    7/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Kemahiran Bertutur

    Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan pendapat,perasaan, maklumat serta idea yang bernas dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan padapenggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

    Kemahiran MembacaKemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yangbetul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakanpelbagai teknik membaca.

    Kemahiran MenulisKemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenispenulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yanggramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan untuk menggunakankreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.

    Hasil Pembelajaran

    Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaranmerupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiranbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisiankurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasilpembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    8/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Sistem Bahasa

    Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosakata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosakata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat mata-mata pelajaran di peringkat rendah.

    Pengisian Kurikulum

    Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu pengetahuan,nilai kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiranbelajar seumur hidup, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, dan kajian masa depan. Semua elemen ini dapatdiaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberikanpenekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

    SISTEM BAHASA

    Sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi.

    1.0 Tatabahasa

    Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untukketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

    1.1 Morfologi

    Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bentuk kata, golongan kata, dan prosespembentukan kata. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:

    a. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:

    i. kata asli bahasa Melayuii. kata pinjaman bahasa Melayu

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    9/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    b. Bentuk kata terdiri daripada:

    i. kata tunggalii. kata terbitaniii. kata majmukiv. kata ganda

    Proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:i. pengimbuhanii. penggandaan

    iii. pemajmukan

    Antara ketiga-tiga cara di atas, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu,penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna.

    c. Golongan kata terdiri daripada:i. kata namaii. kata kerja

    iii. kata adjektifiv. kata tugas

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    10/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    1.2 Sintaksis

    Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Inibermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksisyang diberikan tumpuan ialah:

    a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagiansubjek dan predikat.

    b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang.e. Binaan dan proses penerbitan ayat:

    i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmuk

    2.0 Sistem Ejaan

    Perkara yang ditekankan ialah:i. pola keselarasan huruf vokalii. ejaan kata pinjamaniii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    11/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    3.0 Sebutan dan Intonasi

    Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan danintonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yangdiajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

    i. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yangdiajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

    ii. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:a. Jenis ayat

    i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat seruaniv. ayat perintah

    b. Susunan ayati. ayat biasaii. ayat songsang

    c. Ragam ayati. ayat aktifii. ayat pasif

    Nota* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan

    pembelajaran.* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pembelajaran dan

    pengajaran.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    12/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    4.0 Kosa kata

    Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dandiperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

    5.0 Peribahasa

    Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta kata-katahikmat dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-katahikmat dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

    6.0 Penjodoh Bilangan

    Penggunaan penjodoh bilangan dan perbualan dan penulisan sangat penting kepada murid sekolah rendah.Walau bagaimanapun, guru perlulah bijak memilih dan menyesuaikan penjodoh bilangan yang hendak diajarkankepada murid supaya penjodoh bilangan yang dipilih bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.

    PENGISIAN KURIKULUM

    Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu dan disiplin, nilai,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajarseumur hidup, kajian masa depan, dan kecerdasan pelbagai.

    1.0 Pengetahuan

    Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya ilmu bidang sains, geografi dan lain-lainyang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasukperkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    13/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    2.0 Nilai

    Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memilikiakhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yangberhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah negara pelbagaibudaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman diperingkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

    3.0 Kewarganegaraan

    Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikanpenekanan pada pemupukan semangat cinta dan taat tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untukmelahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

    4.0 Peraturan Sosiobudaya

    Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasayang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

    5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

    Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupandunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukankemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yangdimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan, dan kecerdasan pelbagai. Kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

    5.1 Kemahiran Berfikir

    Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dankreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segimengkonsepsikan idea, meyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupanharian dan kerjaya murid pada masa depan.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    14/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka bolehmenggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima mel elektronik,menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat yangterdapat dalam Internet.

    5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

    Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan,cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumurhidup.

    5.4 Kajian Masa Depan

    Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid menyedari sesuatu isu ataupermasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat

    membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yangmaksimum.

    5.5 Kecerdasan Pelbagai

    Kecerdasan pelbagai merangkumi linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, ruang, interpersonal,intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid denganmenyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiapindividu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

    5.6 Pembelajaran Secara Konstruktivisme

    Pembelajaran secara konstruktivisme diperkenalkan dalam pendidikan bagi mewujudkan golongan murid yangaktif, dapat membina sendiri pegnetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.Dalam hal ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untukmembina pengetahuan baru.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    15/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pendekatan Berpusatkan Murid

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan merekaberinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

    Kepelbagaian Teknik

    Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilihpendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran danpembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsangdan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

    Kepelbagaian Sumber Bahan

    Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahansumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan

    dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.

    Penggunaan Tatabahasa yang tepat

    Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapaitujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalampelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

    Bacaan Luas

    Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gayaberfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakanbahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    16/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    PENEKANAN KONSEP 5P

    Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan,pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    a. Penggabungjalinan

    Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapakemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripadamata pelajaran lain.

    b. Penyerapan

    Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiranbelajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalampelbagai mata pelajaran.

    c. Pengayaan

    Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza darisegi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secarabersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktivitiboleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada

    jangka masa yang ditentukan.

    d. Pemulihan

    Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempohyang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yangboleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalahmengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    17/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    e. Penilaian

    Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktivitiuntuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaianberterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankanpemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yangsesuai bagi murid.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    18/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    1.0 Berbual dengan keluarga, rakansebaya dan pihak lain dalamsituasi formal dan tidak formal

    1.1 Berbual tentang sesuatuperkara berkaitan dengankehidupan seharianmenggunakan kata,ungkapan, ayat sebutan,intonasi dan nada yangsesuai.

    Aras 1

    i. Menyatakan butiran maklumat asasdiri.

    ii. Melafazkan ucapan secarabertatasusila dalam perbualan.

    Menceritakan latar belakang dirisendiri.

    Contoh : Nama saya Rahul.

    Umur saya tujuh tahun.

    Mengucapkan kata yang sesuaidalam perbualan.

    Contoh : selamat pagi, terima kasih

    Aras 2

    i. Menggunakan kata panggilan dankata ganti nama diri yang sesuaimengikut situasi dalam perbualan.

    Simulasi memanggil rakan atauorang lain dengan kata panggilanyang sesuai.Contoh : cikgu, pak cik, tuan, saya,kamu, dia

    Menggunakan panggilan yangsesuai dalam perbualan.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    19/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Berbual tentang sesuatu perkaradengan bahasa yang sesuai.

    ii. Menyatakan perasaan dan teguransecara berterus terang dengansopan dalam perbualan.

    Menceritakan latar belakangkeluarga dan rakan.

    Main peranan menegur rakan

    secara sopan.Contoh situasi : rakan tidak beratursemasa membeli makanan dikantin.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    20/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    1.2 Bertanya dan menjawabtentang sesuatu perkarasecara bertatasusila

    Aras 1

    i. Mendengar sesuatu penerangandengan teliti untuk mendapatkanmaklumat.

    ii. Mengemukakan soalan bertumpusecara bertatasusila untukmemperoleh maklumat.

    iii. Menjawab secara bertatasusila.

    Menyoal rakan secara bergilir-gilir.

    Contoh : Di manakah kamu tinggal?

    Memilih jawapan untuk dipadankan

    dengan soalan.

    Aras 2

    i. Mengemukakan pelbagai soalanbertumpu dan bercapah untukmendapatkan respons.

    ii. Bersoal jawab tentang sesuatu

    perkara dengan sopan.

    Menyoal rakan atau orang lainuntuk mendapatkan responsdengan menggunakan kata tanyayang sesuai.

    Nota : bilakah, bagaimanakah

    Memberikan jawapan kepadasoalan yang dikemukakan olehorang lain.

    Rumah saya di Jalan Jaya.

    Di manakah rumah awak?

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    21/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Menggunakan kata panggilan dankata ganti nama diri yang sesuaisemasa bersoal jawab.

    ii. Menjawab pertanyaan denganspontan.

    Menjalankan sesi soal jawab dalamkumpulan berdasarkan gambar.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    22/44

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    23/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 2

    i. Menceritakan perkara yang terdapatdalam gambar dengan perkataandan ayat yang betul.

    Menyebut perkataan yangberkaitan dengan gambar.

    berlari

    menendang bola

    Menceritakan perihal gambar yangditunjukkan.

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    24/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Bercerita tentang sesuatu perkaraberdasarkan bahan rangsangandengan perkataan dan ayat yang betul.

    Menyampaikan cerita berdasarkanbahan rangsangan dengan carayang menarik.Contoh :

    Nota : bersih, cantik

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    25/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    3.0 Menyampaikan maklumat dalampengucapan yang mudah, betul,menarik, dan berkesan

    3.1 Menyampaikan maklumattentang sesuatu perkaraatau tajuk menggunakankata, istilah, frasa, struktur

    ayat yang betul dan larasbahasa yang sesuai.

    Aras 1

    i. Mengecam perkataan dan frasayang sesuai untuk menyampaikan

    maklumat.

    ii. Menyatakan maklumat berdasarkan

    bahan rangsangan.

    Memilih perkataan yang sesuaiuntuk menyampaikan maklumat.

    Contoh : Cara menjaga binatangpeliharaan

    memberikan makan

    membersihkan badan

    Memberitahu rakan tentangmaklumat yang terdapat dalam

    bahan rangsangan.Contoh : peristiwa yang terjadi di mana, siapa

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    26/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 2

    i. Mengenal pasti frasa yang sesuaiuntuk menyampaikan maklumat.

    Memilih perkataan dan frasa yangsesuai untuk menyampaikanmaklumat.

    pintu kecemasan

    jaket keselamatan

    H i S k P l j B h M l SJK T h

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    27/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    ii. Menyatakan maklumat dengan jelasberdasarkan bahan yang disediakan.

    Menyebut maklumat yang terdapatdalam bahan dengan bahasa yangsesuai.

    Contoh: tetikus, papan kekunci,

    skrin

    H i S k t P l j B h M l SJK T h 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    28/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Memaklumkan sesuatu maklumatmengikut keutamaan.

    Menyenaraikan maklumat pentingdan tidak penting berdasarkanbahan.

    Menyatakan maklumat mengikutkepentingan.

    Contoh : menjaga pokok bunga

    menyiram pokok bunga setiappetang

    membubuh baja

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    29/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    4.0 Berbincang tentang tajuk-tajukyang relevan secara bertatasusila

    4.1 Mengemukakan idea,pandangan, dan pendapattentang sesuatu perkarasecara terperinci, tepat, dantersusun.

    Aras 1

    i. Mendengar dan memahamipandangan yang disampaikan olehrakan.

    ii. Menyatakan pandangan tentangsesuatu perkara secara bebas.

    Berbual secara berpasangantentang sesuatu perkara yangdidengar.

    Contoh : alat permainan yangdisukai

    Nota: anak patung/robot mainan

    harga, cara bermain

    Bercerita tentang sesuatu perkara

    secara bebas.Contoh : bercuti di kampung/dirumah saudara mara

    Aras 2

    i. Menyatakan pandangan tentangsesuatu perkara yang dibualkan.

    Memberikan pandanganberdasarkan tajuk yang

    dibincangkan.Contoh : menjaga buku sendirimembalut, menyusun, tidakmengoyak dan memotong buku

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    30/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Melahirkan buah fikiran yangmunasabah tentang sesuatuperkara.

    Mengenal pasti idea yang sesuaidengan tajuk.

    Contoh : kebersihan diri menyatakan cara menjagakebersihan diri

    Mengemukakan idea yang sesuaidalam perbincangan.

    Contoh : kebersihan kelas

    cara menjaga kebersihan kelas mengemaskan kerusi meja

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    31/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    5.0 Membaca kuat dengankelancaran sebutan, intonasi dangaya pembacaan yang sesuai

    5.1 Membaca kuat perkataandan ayat dengan sebutandan intonasi yang betul danmemahami perkara yang

    dibaca.

    Aras 1

    i. Membunyikan suku kata terbuka.

    ii. Membunyikan suku kata tertutup.

    iii. Membaca ayat tunggal dengansebutan dan intonasi yang betul.

    Contoh : mata, telinga

    Contoh : jam tangan, rambut

    Menyebut perkataan yangditunjukkan dengan sebutan yangbetul.

    Membaca kuat ayat tunggal dengansebutan dan intonasi yang betulsecara individu dan kumpulanberdasarkan pelbagai media.

    Contoh : Wei Fong membasuhkasut

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    32/44

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 2

    i. Membaca ayat majmuk dengansebutan dan intonasi yang betul.

    Membaca kuat ayat majmuk dengansebutan dan intonasi yang betulsecara individu dan kumpulandaripada media cetak dan mediaelektronik.Contoh :

    a. Ramani menjemur pakaian dankasut sekolah.

    b. Dia tidak hadir ke sekolahkerana sakit gigi.

    c. Mary luka kerana terjatuh.

    Nota : kata hubung - dan, tetapi,kerana

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    33/44

    j y

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Membaca ayat tunggal dan ayatmajmuk dalam teks dan petikandengan sebutan dan intonasi yangbetul.

    ii. Memberikan makna perkataan,frasa, dan ayat.

    Melatih murid membaca skrip yangdisediakan secara lancar dengansebutan, intonasi dan jeda yangbetul.

    Merujuk kamus bergambar untukmencari makna perkataan danfrasa yang disediakan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    34/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    5.2 Membaca kuat teks prosadan puisi dengan sebutandan intonasi yang betul danlancar serta memahamiperkara yang dibaca.

    Aras 1

    i. Membaca teks prosa dengansebutan dan intonasi yang betul.

    Menyebut ayat berdasarkangambar.

    Contoh: mereka sedangmenyanyikan lagu Negaraku.

    Membaca teks dengan sebutan danintonasi yang betul.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    35/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 2

    i. Membaca petikan pendek teksinformatif dengan sebutan danintonasi yang betul.

    ii. Melafazkan pantun dengan sebutandan intonasi yang betul.

    Membaca petikan pendek tentangsesuatu tempat.

    Contoh : Taman Permainan Kanak-kanak

    Menyebut perkataan daripada

    petikan dengan sebutan yang betul jongkang-jongket, gelongsor.

    Mendengar cara melafazkanpantun dengan sebutan dan intonasiyang betul.

    Melafazkan pantun dua kerat danempat kerat dengan intonasi yangberat.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    36/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Membaca lancar teks kreatif daninformatif dengan sebutan danintonasi yang betul.

    ii. Menyenaraikan isi pentingberdasarkan teks yang dibaca.

    Menceritakan isi teks yang dibacamelalui teknik teater pembaca bagimelatih kelancaran, sebutan,intonasi, dan jeda yang betul.

    Contoh : cerita haiwan

    Menjawab soalan berdasarkan teksyang dibaca.

    Berbincang untuk mendapatkan isipenting.

    Menyusun maklumat mengikut cartakeluarga.

    bapa

    saya

    ibu

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    37/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    6.0 Membaca dan memahamimaklumat yang terdapat dalampelbagai jenis teks

    6.1 Merujuk pelbagai sumberuntuk mendapatkanmaklumat bagi tajuk yangsedang dikaji termasuk

    maklumat daripada Internet.

    Aras 1

    i. Merujuk kamus bergambar untukmeneliti ejaan perkataan yang

    didengar.

    Meneliti susunan abjad bagiperkataan.

    Aras 2

    i. Merujuk kamus bergambar untukmemahami makna sesuatuperkataan.

    Mendapatkan makna perkataandaripada kamus bergambar.

    manggis

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    38/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Merujuk kamus untukmenghubungkaitkan perkataandengan gambar untuk mencarimakna.

    Menyesuaikan perkataan dengangambar.

    Contoh : benda di dalam bilik darjah

    tong sampah

    pemadam

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    39/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    7.0 Membaca, menaakul, danmenghayati kandungan teksyang dibaca

    7.1 Membaca dan menerangkanmaksud kandungan teksyang tersurat dan tersirat

    Aras 1

    i. Menyatakan maksud sesuatugambar yang diberikan.

    ii. Menyatakan isi bagi kandungan tekssecara keseluruhan.

    Menamakan lambang yangditunjukkan

    Contoh :

    Padankan lambang yangditunjukkan.

    Memahami gambar, bahan grafik,dan ikon.Contoh : lambang jantina padapintu tandas

    Bersoal jawab berdasarkan gambaryang diberikan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    40/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 2

    i. Menjelaskan maksud perkataan danfrasa daripada teks yang dibaca.

    ii. Menjelaskan maksud ayat atauperenggan yang dibaca.

    Menjalankan teknik perbincanganuntuk menjelaskan maksudperkataan dan rangkai katamengikut konteks berdasarkanbahan yang dibaca.

    Contoh : poster Dilarang Merokok

    Jaga Kebersihan

    Memadankan dialog dengangambar animasi.

    Contoh : kartun yang bersesuaian

    Aras 3

    i. Menyatakan pengajaran yangterdapat dalam teks yang dibaca.

    Menjalankan aktiviti sumbang saranuntuk menyatakan pengajaran yangterdapat dalam teks yang dibaca.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    41/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayatdan wacana dalam penulisan

    8.1 Membina dan menulisperkataan, ayat tunggal danayat majmuk.

    Aras 1

    i. Menulis perkataan suku kataterbuka.

    ii. Menulis perkataan suku katatertutup.

    iii. Membina ayat tunggal yang betuldan menulis dengan tulisan yangkemas.

    Meniru dan menyalin perkataansuku kata terbuka dan tertutupseperti yang ditunjukkan oleh guru.

    Memilih dan menyusun perkataanyang diberikan supaya menjadi ayatyang betul.

    Aras 2

    i. Membina ayat majmuk dengan katahubung yang sesuai.

    Mengisi tempat kosong denganperkataan dan kata hubung yangbetul dalam ayat.

    Contoh : dan, sambil, tetapi

    Adik bernyanyi sambil menari.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    42/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    Aras 3

    i. Menulis ayat tunggal dan ayat majmukdalam bentuk perenggan yangbermakna.

    Melaksanakan teknik berpanduuntuk membina dan menulisbeberapa ayat berdasarkangambar.

    Membina pelbagai ayat daripada

    rajah tukar ganti yang disediakan.

    Subjek Predikat

    a. Rosni danRahela

    membacabuku diperpustakaan.

    b. Azman dan

    Lim

    memanjat

    pokokrambutan.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    43/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    9.0 Mencatat dan menyusunmaklumat

    9.1 Mengambil imlak bahanyang diperdengarkan.

    Aras 1

    i. Mengeja dan menulis perkataanyang diperdengarkan.

    Menulis perkataan yang disebutdengan ejaan yang betul.

    Aras 2

    i. Mengeja dan menulis frasa danayat yang diperdengarkan.

    Menulis ayat yang disebut denganbetul.

    Aras 3

    i. Mengambil imlak teks yangdiperdengarkan menggunakan ejaandan tanda baca yang betul.

    Menulis ayat yang dibaca denganejaan dan tanda baca yang betul.

    Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 1

  • 8/14/2019 B. Melayu - Tahun 1 (SJK)

    44/44

    Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti/Nota

    10.0 Menghasilkan penulisan kreatifdan bukan kreatif

    10.1 Menghasilkan pelbagaigenre (prosa dan puisi)termasuk e-mel yangmudah, menarik danbermakna.

    Aras 1

    i. Membina ayat dengan kosa katadaripada bahan rangsangan untukmembentuk perenggan.

    Menyenaraikan perkataan yangsesuai dengan gambar.

    Aras 2

    i. Memilih frasa untuk melengkapkanayat dalam perenggan.

    Melengkapkan ayat dengan frasayang betul.

    Aras 3

    i. Menulis ayat berdasarkan tajukyang diberikan untuk membentukperenggan.

    Membina beberapa ayat untukmenghasilkan perengganberdasarkan tajuk yang diberikan.

    Contoh : gambar tunggal ataubenda maujud