b - bab 01 - latar belakang orang melayu sebagai pelaut kerajaan melayu sebelum melaka

9
BAS J LATARB ELAKANG : ORANG MELAYU SEBAGAI PELAU T KERAJAA N ME LAYU SEBELUM MELAKA mpayar Melayu Melaka di abad ke-15 umumnyadianggap sebagai tapak bermulanya kekuasaan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Melaka merupakan warisan yang telah meninggalkan kesan mendalam dari segi struktur poHtik, budaya dan psikologi bangsa Melayu yang kekal hingga ke hari ini. Sejarah bangsa MeJayu yang menghuni Semenanjung Tanah Melayu dan kerajaan Melayu yang berkuasa di zaman pra-sejarah tidak banyak yang dapat diketahui. Sum ber utarna mengenai Kerajaan Melayo Tua diperolehi dari laporan yang ditulis oleh saudagar, pengembara dan abli-ahli sejarah dari China, India dan Arab. Selain dari itu terdapat beberapa peninggalan dalam bentuk catatan pada piagam atau batu bersurat yang menunjukkan bukti wujudnya Kerajaan Melayu Tua. Di antara Kerajaan Melayu Tua yang tennasyhur ialah Tambralinga, Langkasuka, Kataha (Kedah Tua) dan Smgapura . KERAJAAN TAMBRALINGA Negara Tambralinga wujud sejak abad kedua Masihi. Kerajaan ini berpusat di persekitaran daerah Takuapa-Bandon di Segenting Kra dalam Wilayah Thailand hari ini. Sebelum Kerajaan Siam menakluki daerah tersebut pada abad ke-13, keseluruhan persekitaran Segenung Kra dihuni oleh orang Melayu yang menguasai politik dan ekonomi setem pat. Dharmaraja Chandrabhanu merupakan seorang raja terkemuka yang pernah memerintah Tambralinga. Baginda memerintah dalam abad ke-13 dan terkenal se - bagai seorang yang agresif, dinamis dan bercita-cita tinggi. WaJaupun ketika pe- merintahannya Kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di Sumatra berada di puncak kegemilangan, tetapi Tambralinga telah dapat mengelakkan dari ter jajah oleh Ker a- jaan Sri Wijaya dengan menjalankan dasar-dasar luar yang agresif. Chandrabhanu telah menakluki daerab-daerah yang berhampiran dengan wilayahnya dan sekaligus menjadikan Tambralinga sebuah negara yang maju dan makmur. PELAYAR AN RAJA CH ANDRABHANU KE CEYLON Menurut rekod Singhalese dan Selatan India yang terakam pada inskripsi- 1

Upload: helmi-effendy

Post on 14-Apr-2016

80 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Latar belakang orang melayu sebagai pelaut

TRANSCRIPT

Page 1: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

BAS J LATAR BELAKANG : ORANG MELAYU SEBAGAI PELAUT KERAJAAN MELAYU SEBELUM MELAKA

mpayar Melayu Melaka di abad ke-15 umumnyadianggap sebagai tapak bermulanya kekuasaan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Melaka merupakan warisan yang telah meninggalkan kesan mendalam dari segi struktur poHtik, budaya dan psikologi bangsa Melayu yang kekal hingga ke hari ini. Sejarah bangsa MeJayu yang menghuni Semenanjung Tanah Melayu dan kerajaan Melayu yang

berkuasa di zaman pra-sejarah tidak banyak yang dapat diketahui. Sum ber utarna mengenai Kerajaan Melayo Tua diperolehi dari laporan yang

ditulis oleh saudagar, pengembara dan abli-ahli sejarah dari China, India dan Arab. Selain dari itu terdapat beberapa peninggalan dalam bentuk catatan pada piagam atau batu bersurat yang menunjukkan bukti wujudnya Kerajaan Melayu Tua. Di antara Kerajaan Melayu Tua yang tennasyhur ialah Tambralinga, Langkasuka, Kataha (Kedah Tua) dan Smgapura.

KERAJAAN TAMBRALINGA Negara Tambralinga wujud sejak abad kedua Masihi. Kerajaan ini berpusat di persekitaran daerah Takuapa-Bandon di Segenting Kra dalam Wilayah Thailand hari ini. Sebelum Kerajaan Siam menakluki daerah tersebut pada abad ke-13, keseluruhan persekitaran Segenung Kra dihuni oleh orang Melayu yang menguasai politik dan ekonomi set em pat .

Dharmaraja Chandrabhanu merupakan seorang raja terkemuka yang pernah memerintah Tambralinga. Baginda memerintah dalam abad ke-13 dan terkenal se­bagai seorang yang agresif, dinamis dan bercita-cita tinggi. WaJaupun ketika pe­merintahannya Kerajaan Sri Wijaya yang berpusat di Sumatra berada di puncak kegemilangan, tetapi Tambralinga telah dapat mengelakkan dari terjajah oleh Kera­jaan Sri Wijaya dengan menjalankan dasar-dasar luar yang agresif. Chandrabhanu telah menakluki daerab-daerah yang berhampiran dengan wilayahnya dan sekaligus menjadikan Tambralinga sebuah negara yang maju dan makmur.

PELAYARAN RAJA CHANDRABHANU KE CEYLON Menurut rekod Singhalese dan Selatan India yang terakam pada inskripsi-

1

Page 2: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

inskripsi Pandya bertarikh 1263 dan 1264 Masihi, terdapat satu penempatan .orang Melayu di Pulau Ceylon (sekarang Sri Lanka) berasal dari Semenanjung Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 Masihi . Keprihatinan Chandrabhanu berhubung dengan hal-ehwal orang Melayu di Ceylon adalah kerana anggapannya bahawa sebagai seorang raja Melayu yang terkemuka dan teragung, baginda bertanggungjawab menentukan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan mereka. Penglibatan politik dan sosial itu ada tercatat di dalam sejarah Singhalese Chulavarnsia.

Menurut catatan Cbulavamsia, Chandrabhanu telah belayar ke Ceylon dalam tahun 1247 untuk menunjukkan sokongannya secara terbuka terhadap masyarakat Melayu yang bermastautin di sana, di samping meluaskan pengaruh politiknya di pulau tersebut. Semasa pendaratan di Ceylon baginda telah menerima tentangan hebat dari penduduk tempatan yang mengakibatkan tercetusnya satu peperangan. Chan­drabhanu telah menang di dalam peperangan itu. Semasa baginda berangkat kern­bali ke Tambralinga, seorang dari puteranya telah ditinggalkan unt uk menjadi ketua masyarakat Melayu di Ceylon.

Dalam tahun 1270, Chandrabhanu dengan angkatan laut Melayu sekali lagi men­darat di Ceylon. Pada kali ini misi baginda ialah untuk menentang ancaman penaklukan orang Pandyan dari selatan India yang dipimpin oleh Sundra Pandyan. Walaupun Chandrabbanu dan angkatan lautnya berjaya menyeberangi Teluk Beng­gala yang sentiasa bergelora itu, namun baginda gagal mengalahkan Pandyan .

Setelah pemerintahan Chandrabbanu berakhir. Kerajaan Tambralinga menjadi lemah dan dengan mudah dikuasai oleb Raja Rama Kamheng dari Siam. Dengan itu juga lenyaplah Kerajaan Tambralinga dari percaturan politik di rantau ini .

KERAJAAN LANGKASUKA Langkasuka merupakan sebuah Kerajaan Melayu Tua yang terletak di utara

Patani dan wujud antara abad ke-2 hingga ke-14 Masihi . Dalam abad ke-14 Langkasuka telah ditakluki oleh Kerajaan Majapahit di bawah pemerintahan Hayarn Wuruk. Oleh kerana Majapahit dan Langkasuka terpisah oleh taut (kini dikenali sebagai Selat Melaka), maka perhubungan di antara kedua buah kerajaan tersebut ialah melalui khidmat perkapalan.

KERAJAAN KATAHA Kataha atau Kedah Tua merupakan sebuah Kerajaan Melayu Tua yang wujud

sezaman dengan kedua-dua kerajaan yang dinyatakan di atas dan kekal hingga ke hari ini. Maldumat mengenainya ada terakam di dalam catatan kuno yang diting­galkan oleh pengembara dan ahli-ahli sejarah China, lndia dan Arab. Kataha ialah sebuah negeri yang kaya dan pusat pemerintahannya dipercayai terletak di persekitaran Sungai Merbok dan Gunung Jerai.

Satu faktor yang menyebabkan pertumbuhan beberapa Kerajaan Melayu Tua di persekitaran Segenting Kra Semenanjung Tanah Melayu ialah kerana kawasan tersebut merupakan laluan perdagangan yang kerap digunakan oleh pedagang China, India dan Arab. Pribumi yang menghuni kawasan tersebut berpeluang memberi perkhidmatan dan bekalan kepada pedagang yang lalu dan singgah. Lama-kelamaan tempat itu berkembang menjadi kerajaan-kerajaan yang besar dan kuat, Jengkap dengan sistem pengurusan perkapalan dan angkatan Iautnya.

KERAJAAN SINGAPURA Di selatan Semenanjung Tanah Melayu terletak Pulau Temasik yang merupakan

2

Page 3: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

sebuah Kerajaan Melayu Tua yang wujud pada abad ke-14. Ia telah diasaskan oleh Sri Tri Buana yang berasal dari Palembang, Sumatra yang kemud.ian menukar nama Temasik kepada Singapura.

Sepanjang terasasnya Kerajaan Singapura, ia telah diperintah oleh lima orang raja dan telah d.iserang oleh kerajaan Majapahit sebanyak dua kali. Raja kelima dan terakhir ialah Sri Parameswara yang kemudiannya bergeJar Raja Iskandar Shah . Semasa pemerintahannya bala tentera Majapahit telah berjaya menakluk:i Singapura. Akibat serangan tersebut Parameswara dan pengikutnya telah lari meninggalkan Singapura menuju ke utara Semenanjung Tanah Melayu dan akhirnya mengasaskan sebuah kerajaan yang baru di Melaka 1

KERAJAAN-KERAJAAN LAJN Di samping pem bukaan negeri-negeri Melayu di pantai barat Sernenanjung Tanah

Melayu, negeri-negeri lain juga tertubuh di PuJau Sumatra sepeni di Pasai, lndragiri dan lain-Lain daerah di pulau tersebut. Kesemua negeri itu telah menjadi tern pat tum­puan pedagang-pedagang asing dari negeri China, India dan Arab.

PENGANGKUTAN MARITIM Faktor utama yang menarik pedagang-pedagang asing bertumpu ke gugusan kepulauan Melayu ialah kerana wujudnya kernudahan perhubungan maritim untuk membawa barang dagangan mereka. Kedudukan rantau ini yang amat strategik telah menjadikannya sebagai tempat persinggahan dalam pelayaran dari Timur Tengah, Benua Eropah dan India ke negeri China dan sebali knya. Selain dari it u, setelah tamat Perang Salib di abad ke-16, pedagang bangsa Eropah bukan sahaja menjalankan aktiviti perdagangan di rantau ini, malah mereka cuba mengembangkan agama Kris­t ian sei ring dengan misi perdagangan.

Barang dagangan yang dibawa dalam pelayaran adalah rnenjadi tarikan kepada semua pihak, Lermas uk lanun-Janun yang berkeliaran di perairan pesisiran pantai . Umuk menjamin keselamatan lalu Limas di laut, serta tugas memand u kapal-kapal mernasuki pelabuhan, rnaka tertubuhlah angkatan laut untuk tujuan pertahanan dan keselamatan.

Secara kebetulan kedatangan pedagang bangsa China, lndia dan Arab dengan kapal-kapal mereka yang berbagai bentuk dan jenis, telah memberi inspirasi kepada Kerajaan Melayu Melaka dalam industri perkapalan . Kepelbagaian bentuk kapal yang singgah di pelabuhan Melaka telah menjadi satu sumber ilbarn kepada pembina­pembina kapal untuk menghasilkan kapal yang lebih lengkap dan semasa .

USUNAN ANCKATAN LAUT MELAKA Demi rnenjaga keselamatan perairan, pedagang-pedagang dan rakyat Melaka,

Laksarnana Hang Tuah Lelah menyusun satu angkatan laut yang lengkap dengan perahu, baht era dan anggota-anggota mahir. Kekuatan angkatan taut di bawah perin­tah Laksamana Hang Tuah telah menakutkan lanun-lanun yang sentiasa mengganggu perairan Melaka dan sekirarnya. Kebanyakan laskar dan pendayung kapaJ angkatan taut Melaka terdiri dari Orang Laut, iaitu satu suku kaum rumpun Melayu .

KEGEMlLANGAN KERAJAAN MELAKA Oleh kerana kedud ukannya yang sesuai , Pel abuhan Melaka telah berkembang

Oipetik dari Dewan Mas)'araAaL Feb. 87, tu1isan Sharnsi Shariff.

3

Page 4: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

I..Ancang Melayu.

dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari jauh dan dekat . Pelabuhan dan Ban­dar Mel aka menjadi makmur dan terkenal di seluruh dunia. Kegemilangan kesultanan Kerajaan Melayu Melaka semasa berada di kemuncaknya, dan keagungan pembesar­pembesar raja seperti Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah telah menjadi legenda warisan orang Melayu h.ingga ke masa kini. Laksamana Hang Tuah sebagai hulubalang Raja Mansur Shah telah pemah menjelajah ke seluruh pelusuk kepulauan Melayu dengan bahtera.

G£\.ARAN l.A.KSA.M.A..NA Penjelajahan Laksamana Hang Tuah ke kepulauan Melayu telah membawa

faedah kepada Negeri Melaka. Menurut catatan sejarah, Laksamana Hang Tuah telah memanggil dirinya 'Laksamana' bila bergurau dengan rakan-rakannya2. Gelaran tersebut kemudiannya telah digunakan oleh raja dan pembesar-pembesar Melaka apabila memanggil Hang Tuah ketika itu. Panggilan 'Laksamana' kini adalah satu pangkat yang dianugerahkan kepada pegawai tinggi tenter a laut yang setaraf dengan pang kat Admiral di dalam tentera laut negara bar at .

SERANGAN SIAM Selain daripada lanun-Janun tempatan, angkatan I aut Siam juga telah pemah

cuba mencerobohi perairan Melaka. Pada a bad ke-15 angkatan laut Siam telah meran­cang untuk menyerang Melaka. Walau bagaimanapun Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah telah mendapat maklumat mengenai kemaraan angkatan laut Siam itu. Untuk mengelakkan pertempuran dari berlaku di bumi Melaka, Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah telah memimpin laskar-laskar mereka menentang angkatan penyerang di perairan Batu Pahat yang berakhir dengan kekalahan di pihak Siam.3

2 Warta Me/aka Sanat Hijrah 862. Halaman 2. l-t'an Deng Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura. Halaman 9.

4

Page 5: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

SERANGANKEATASHAMPAR Di dalam buku Sejarah Melayu ada tercatat bahawa Tun Perak telah melanggar

negeri Hampar di pantai barat Sumatra. Angkatan laut Melaka telah menyeberangi Selat Melaka dengan beberapa buah kapal I aut unt uk mendarat di pantai tersebul. Jika ditamsilkan serangan tersebut di dalam konteks peperangan masakini, ia tidak menggambarkan sebarang keistimewaan. Sebaliknya perancangan di kala itu yang telah dapat mencapai kejayaan cemerlang, ia adalah merupakan hasil dari peran­cangan yang teliti, saluran lojistik yang cekap dan kemahiran dalarn ilmu pelautan dan peperangan.

KE.JATUHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA Melaka telah tumbuh dan berkembang dengan pesat sebagai pusat dagangan

antarabangsa yang menjadi tumpuan dan tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Negara-Negara Eropah, Timur Tengah, India, C hina, Indo-China dan juga Te ng­gara Asia. Kemakmuran itu telah menimbulkan rasa iri hati dari berbagai pihak ya ng tidak suka melihat perkembangan negeri Melaka dan ingin menguasainya .

Pad a tahun 1511, satu angkatan laut Portugis di bawah perintah Alfonso de Albuquerque telah menyerang Melaka. la terdiri dari kapal-kapal yang besar dan teguh, dilengkapi dengan meriam dan senapang yang lebih kuat dan banyak bilangan­nya. Berbanding dengan angkatan laut Melaka ketika itu, angkatan laut Portugis adalah jauh lebih kuat, baik dari segi bilangan kapal mahupun persenjataannya. Walaupun orang-orang Melayu telah mempertahankan kedudukan mereka dengan gagah berani dan bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya dapat j uga dikalahkan.

re:t'•rr,• Vecil'tll h:n, (e"'J)od 1 k.IY\.1 '~ndJtr\AI ~

h~•nl(,, r,.l"'&ki.h, teMbh-tr

na r l Co ro~n.&nd•l ::.-.tn pe\,k,.t ktt Cor o .. n~ l ~r•n - b•r•nR Chin•

INOlA

o~., Kepul•u.n Kindla TiPIC M•luku bung~ cen~'ia Handa - buah pala Ttnur - ~yu ~•ndan. d•n k.pur barus s~t•c• - ..a& d•n l•dA ht~·~ Tanah to(p ay~• ... t lf"'U)h dan ec:us K• tctpuhuan lhndla Ttm\H - ka t n dan

barangan Ch i.n•

x. e,,!rl\1

\ut i" , .,;nndu rempah, ba r~n~ ... hft r 4njt Ch l n.a OIIRM

Pogu O>rl ~~­rukanan Ke st .. kt~in SlAM

D•r• Ch,tl~- •~tre broAed, ••nn. b.•rtnlt perhl .... .,. le ~h:na- ~~,arg, ,: e-v•rn. v•rM1lt~n

CII INA

Peta dagangan Tenggara Asia dan India.

5

Page 6: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

PORTUGIS MENAWAN MELAKA Tentera Portugis telah berjaya menawan Melaka pada IOhb Julai 151J . Dengan

itu berakhirlah era kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka yang berdaulat selama 108 tahun sejak diasaskan oleh Parameswara.

Pemerintahan Portugis di Melaka tidak dijalankan dengan adil dan saksama. Kekejaman dan penindasan yang mereka amalkan telah menyebabkan orang-orang Melayu Melaka menjadi marah. Sebagai membalas dendam orang-orang Melayu nekad membuat keputusan untuk melakukan kekacauan dari darat dan laut.

Setelah kota Melaka ditawan oleh Portugis, Sultan Melaka bersama-sama pembesar dan hulubalangnya, dan juga orang-orang Melayu telah berundur ke Johor melalui jalan laut. Setelah bertapak d.i Johor Lama, beberapa percubaan telah dibuat untuk mengambil semula Melaka dari genggaman Portugis. Tetapi semua percubaan itu gagal kerana Portugis telah membina sebuah kubu besar yang dinamakan A Famosa yang amat sukar ditembusi.

Pemerintahan kuku besi dan penindasan oleh Portugis di Melaka telab melemahkan semangat rakyat. Banyak harta dan pusaka orang-orang Melayu telah dirampas dan ada juga yang dibawa batik ke Portugal. Selama 130 tahun Portugis memerintah, orang Melayu tidak mengecap sebarang kemajuan. Perkara ini telah menguatkan kebencian orang-orang Melayu terhadap Portugis.

KEDATANGAN BELANDA KE MELAKA Oleh kerana kebencian orang-orang Melayu Melaka yang meluap-luap terhadap

Portugis, mereka rela berbuat apa sahaja untuk menggulingkan ~erajaan tersebut, termasuk membantu kuasa lain untuk mencapainya.

Semasa angkatan laut Belanda menyerang pertahanan Portugis di Melaka, orang­orang Melayu telah memberi bantuan dari laut dan darat untuk menentukan kejatuhan Kerajaan Portugis . Akhirnya pada tahun 1641 Kerajaan Portugis di Melaka dapat dijatuhkan oleh Belanda. Tetapi nasib orang Melayu memang rnalang kerana pemerin­tah Belanda juga menzalimi orang Melayu sama seperti yang dilakukan oleh pemerin­tah Portugis. Segala perniagaan yang dahulunya dikuasai oleh orang-orang Melayu telah dirampas oleh Belanda.

Orang-orang Melayu mrmbanru Belanda ~njaluhl:nn Portugis.

6

Page 7: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

KEGlATAN 'KOMANDO MARIN' Dl SELAT MELAKA Setelah Belanda berjaya menakluk:i Pulau Maluku pada akhir abad ke-17, mata

pencarian orang-orang Melayu tambah ditindas dan hak-hak perdagangan mereka di gugusan Kepulauan Melayu telah dirampas. Sebelum penaklukr.n Maluku orang­orang Bugis mencari nafkah hidup menjadi pembekal barang-barang keperluan pedagang-pedagang China, India dan Arab . Monopoli dagangan yang diambilalih oleh Belanda telah menyekat kegiatan ekonomi tradisi orang-orang Bugis itu .

Penindasan Belanda terhadap orang Bugis telah menyebabkan mereka berpin­dah keluar dari Kepulauan Sulawesi ke Tanah Melayu dan menghuni di beberapa kawasan sehingga merebak banyak di Negeri Perak. Orang Bugis sebagai penduduk di Kepulauan Melayu sudah mahir di dalam ilmu pelayaran dan pelautan. Oleh kerana pengalaman mereka berdagang di laut, wujudlah satu generasi yang handal belayar dan bertempur di laut dan di darat serta bersifat berani dan cekal.

Penindasan Belanda ke atas orang Bugis di bumi mereka sendiri amat mengecewakan priburni itu dan mernbangkitkan rasa kemarahan mereka. Apabila mereka dapat melarikan diri ke tempat yang lebih selamat, kemarahan yang meluap­luap itu telah mendorong mereka membalas dendam terhadap Belanda. Ini merupakan satu perasaan nasionalisme yang dimanifestasikan melalui serangan-serangan hen­dap a Ia 'komando marin ' ke atas kapal-kapal dagang Belanda, British dan Portugis. Orang Barat menyifatkan 'komando marin' rumpun Melayu itu sebagai lanun, manakala orang Melayu pula menyifatkan mereka sebagai Viking Melayu yang ter­paksa berbuat demikian akibat dari sekatan dan monopoli perdagangan oleh penja­jah Barat. Walhal sebelum orang barat berkuasa, orang Melayu bebas berniaga dan menguasai jalanan laut di kepulauan Melayu.

Kegiatan 'komando marin' akhimya telab menjadi kerjaya kepada orang-orang Bugis di masa itu. Kejayaan ke atas beberapa serangan telah mendorong tertubuhnya kumpulan yang lebih besar, sehingga mereka berani menjadilcan beberapa buah pulau di selatan Singapura sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan ke atas kapal­kapal dagang, terutarna kapal Belanda . Pennusuhan dengan pedagang-pedagang barat kian meruncing hingga mengancam kedudukan kapal-kapal milik syarikat Belanda Dutch East India Company yang beribu pejabat di Betawi, dan kapal-kapal milik syarikat lnggeris East India Company yang berpangkalan di India.

Menjelang abad ke-19 kegiatan 'komando marin' Melayu semakin berleluasa. Tetapi kuasa-kuasa barat yang memiliki persenjataan yang lebih kuat dan kapal-kapal yang lebih besar dan laju, sena susunan pertahanan yang lebih sempurna, telah ber­jaya mengalahkan orang-orang Melayu. Di samping itu kuasa-kuasa barat juga mengambillangkah memperkukuhkan cengkaman mereka di dalam arena politik Tanah Melayu dan juga gugusan kepulauan Melayu seperti di Pulau Pinang, Singapura, Melaka, Sarawak dan Borneo Utara.

KEDATANGAN BRITISH KE MELAKA Pad a tahun 1812 Sir Stamford Raffles, seorang pegawai British telah diha ntar

ke perairan kepulauan Melayu untuk menghapuskan lanun-lanun di Pulau Sambas. Tetapi misi itu menemui kegagalan kerana pertahanan 'komando marin' Bugis terlalu kuat dan kekuatan angkatan tau t Raffles tidak mampu menumpaskan mereka. Walau bagaimanapun dari tahun 1830 hingga 1840, oleh kerana kedarangan kapal -kapal yang lebih besar dari Britain, ia tela}) memberi pukulan hebat ke atas 'komando marin' Melayu. Di antara kapal-kapal yang terlibat ialah HMS DIDO, HMS SEMARANG,

7

Page 8: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka
Page 9: B - Bab 01 - Latar Belakang Orang Melayu Sebagai Pelaut Kerajaan Melayu Sebelum Melaka

HMS DRlVER, HMS ALBATROS dan HMS AGAINCOURT. Kapal-kapal tersebut menjadi terkenal kerana menentang pergerakan 'komando marin' Melayu di perairan Tanah Melayu dan Borneo. Di antara nakhoda kapal-kapal tersebut ialah Captain Henry Keppel RN, Sir Edward Belcher, Captain Bethune RN, Rear Admiral Thom as Cochrane RN. Sir Francis Collier dan Captain Farquhar RN4

• Mereka itu terkenal di dalam seJarah British di Tenggara Asia. Dalam tahun 1840, James Brooke telah mengambil kesempatan untuk menguasai Sarawak dan Labuan.

Brith h Menguasai Tanah Melayu Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, Kerajaan Siam telah berkali-kali

cuba menguasai Negeri Kedah. Di sam ping itu lanun-lanun juga mengancam kawasan pamai dan selatan Kedah. Pada tahun 1786, F rancis Light telah menduduki Pulau Pi nang hasil persetujuan dengan Sultan Kedah , walaupun belum mendapat restu dari pihak Syarikat East India Company.

Beberapa tahun selepas kerajaan Siam menguasai Negeri Kedah pada tahun 1821, Kerajaan British merasakan kedudukan dan pengaruh nya di Ncgeri-Negeri Selat tergugat. Oleh yang demikian British mula campur Langan di perairan Tanah Melayu untuk memanipulasi keadaan supaya menguntungkannya. Langkah penama bermula apabila Cavenagh, seorang wakil syarikat East India Company menempatkan kapal­kapal perangnya d1 muara dan Sungai Prai, sambil memberi amaran kepada Kera­jaan Siam bahawa kapal-kapal perang tersebut akan menembak kapal-kapaJ !aut Siam sekiranya berani melimasi Sungai Prai. Tindakan itu telah mencegah Siam dari menceroboh melewati ke selatan Kedah dan P ulau Pinang. Di sepanjang a bad ke-19 dapat diperlihatkan bahawa kekuatan tentera laut amat diu tamakan dan masih Iagi menjadi asas penting dalam st rategi ketenteraan demi mendukung tujuan politik.

~an Dcng Eing, Sejarah Malaysia dan Singapura. Halaman 70.

9