ayat berkesan dalam penulisan karangan

7
Penulisan Ayat Yang Berkesan Karangan merupakan wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Justeru, sesuatu binaan karangan mestilah dibentuk melalui jalinan ayat yang berkesan. Ayat yang berkesan mestilah mengandung ciri-ciri yang berikut. 1. Kesatuan gagasan Ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema atau mempunyai fokus. Sebaik-baiknya satu gagasan sahaja. Gunakan ayat yang berpada panjangnya kerana ayat yang terlalu panjang mempunyai kecenderungan berisi lebih daripada satu gagasan. Ayat yang lebih daripada satu gagasan akan kehilangan fokus dan ayat menjadi lemah. Untuk memahami maksud ayat yang berisi lebih daripada satu gagasan, lihat contoh yang berikut. Oleh sebab itu, salah satu cara ialah memberi didikan agama yang sempurna untuk pedoman anak-anak, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan bijak daripada kedua-dua ibu bapa yang sekaligus memahami kejiwaan anaknya.Terdapat tiga gagasan dalam ayat di atas iaitu, i. Ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurna ii. Ibu bapa perlu memberi pengawasan yang rapi iii. Ibu bapa perlu bijaksana dalam mengawasi anak-anak. Ayat di atas juga tidak jelas apakah temanya. Contoh ayat yang mengandung satu gagasan ialah, Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurna untuk pedoman anak-anak. Ibu bapa juga perlulah bijak dalam mengawasi anak-anak kerana merekalah yang memahami jiwa anak- anak.” Selain daripada itu, ayat mesti sempurna subjek dan predikatnya. Sebagai contoh, Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.14

Upload: ganos

Post on 07-Jun-2015

5.963 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Untuk tatapan calon BM SPM.Belajar daripada kesilapan yang lalu dapat membantu memantapkan karangan anda.Mengedit karangan merupakan suatu amalan berkesan untuk mengelakkan kesilapan. Ambo doakan agar anda berjaya menghadiahkan A untuk ibu bapa, guru dan diri anda.

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

Penulisan Ayat Yang Berkesan

Karangan merupakan wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Justeru, sesuatu binaan karangan mestilah dibentuk melalui jalinan ayat yang berkesan. Ayat yang berkesan mestilah mengandung ciri-ciri yang berikut.

1. Kesatuan gagasan

Ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema atau mempunyai fokus.

Sebaik-baiknya satu gagasan sahaja. Gunakan ayat yang berpada panjangnya kerana ayat yang terlalu panjang

mempunyai kecenderungan berisi lebih daripada satu gagasan. Ayat yang lebih daripada satu gagasan akan kehilangan fokus dan ayat

menjadi lemah.

Untuk memahami maksud ayat yang berisi lebih daripada satu gagasan, lihat contoh yang berikut.

“Oleh sebab itu, salah satu cara ialah memberi didikan agama yang sempurna untuk pedoman anak-anak, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan bijak daripada kedua-dua ibu bapa yang sekaligus memahami kejiwaan anaknya.”

Terdapat tiga gagasan dalam ayat di atas iaitu,

i. Ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurnaii. Ibu bapa perlu memberi pengawasan yang rapiiii. Ibu bapa perlu bijaksana dalam mengawasi anak-anak.

Ayat di atas juga tidak jelas apakah temanya.

Contoh ayat yang mengandung satu gagasan ialah,

“Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurna untuk pedoman anak-anak. Ibu bapa juga perlulah bijak dalam mengawasi anak-anak kerana merekalah yang memahami jiwa anak-anak.”

Selain daripada itu, ayat mesti sempurna subjek dan predikatnya. Sebagai contoh,

“Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.”

Ayat di atas tidak sempurna kerana frasa sendi tidak boleh menjadi subjek. Sepatutnya ayat di atas diubah kepada

14

Page 2: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

“Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.”

Atau:

“Menurut Kementerian Dalam Negeri, kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.”

Hal ini demikian, kerana Kementerian Dalam Negeri bukan lagi berfungsi sebagai subjek tetapi kegiatan ajaran sesat merupakan subjek ayat. Menurut Kementerian Dalam Negeri bertugas sebagai keterangan ayat sahaja.

2. Kepaduan

Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat iaitu kata dan frasa kerana jalinan antara kata dengan kata dan frasa dengan frasalah ayat terbentuk. Perhatikan contoh di bawah.

i. Ali mengirimkan ayahnya sepucuk surat.ii. Ali mengirim sepucuk surat kepada ayahnya.iii. Ali mengirimi ayahnya sepucuk surat.

(Nota: imbuhan –kan mendukung maksud ‘kena’, manakala imbuhan i mendukung maksud menerima)Jadi, dalam ayat di atas, ayat (i) tidak tepat kerana yang dikirim oleh Ali bukan surat tetapi ayahnya.

Kepaduan juga terbentuk melalui penggunaan Hukum DM dengan tepat. Contoh kesilapan yang sering dilakukan oleh calon ialah,

i. ...mempunyai cukup modalii. ...memerlukan banyak pekerjaiii. ...kedua-dua cara mempunyai sama faedah

Ayat juga menjadi tidak padu jika meletakkan sesuatu kata yang tidak perlu seperti meletakkan kata sendi sesudah kata kerja transitif. Contohnya,

i. ...mengetahui akanii. ...memahami tentangiii. ...memperkatakan mengenai

15

Page 3: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

3. Penegasan

Penegasan bertujuan untuk menonjolkan sesuatu gagasan yang hendak kita sampaikan. Ada beberapa kaedah untuk menyerlahkan penegasan dalam ayat yang berkesan iaitu:

a. Penyongsangan ayat

i. Amira menjadi tenang apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya.

ii. Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, amira menjadi tenang. (Penegasan)

b. Ayat aktif dan ayat pasif

i. Anda perlu memikirkan keputusan itu masak-masak.ii. Keputusan itu perlu anda fikirkan masak-masak. (Penegasan)

c. Unsur pengulangan

i. Kestabilan mestilah dilihat secara luas dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

ii. Kestabilan mestilah dilihat secara luas dari segi kestabilan politik, kestabilan ekonomi, dan kestabilan sosial. (Penegasan)

d. Pertentangan dua kenyataan

i. Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya hedonisme.ii. Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya hedonisme

tetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai akhlak.

(Ayat (i) didapati kekurangan upaya dan dampak jika dibanding ayat (ii) yang ada penegasan).

e. Penggunaan partikel pementing predikat

i. Ibu bapa yang perlu mengawasi anak-anak.ii. Ibu bapalah yang perlu mengawasi anak-anak.

(Ayat (i) tidak bertenaga dan tidak gramatis kerana ayat seolah-olah belum selesai)

4. Ciri kepelbagaian dalam ayat yang berkesan

Bererti kelainan bentuk yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud. Kepelbagaian bentuk bahasa boleh dizahir seperti yang berikut.

16

Page 4: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

a. SinonimPerindustrian - perusahaanGenerasi - keturunanKontradiksi - percanggahanKonfrontasi - pertentanganSituasi - suasanaKonteks - keadaanFormal - rasmiPersepsi - pengamatanJustifikasi - kewajaranKoleksi - kumpulanCanggih - sofistikatedTuntas - lengkapPenataran - peningkatanMangkus - efektifTerampil - mahirKompeten - cekapMustaid - selesai

b. Penggunaan pola ayat inti, ayat tunggal dan ayat terbitan mengikut kesesuaian konteks. Bandingkan,

i. Negara kita masih perlu mengimort beras walaupun penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian yang utama di negara ini. (Ayat majmuk)

ii. Penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian utama di negara ini. Namun, negara kita masih perlu mengimport beras. (2 ayat tunggal)

b. Kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif

i. Kita perlu membangkitkan kesedaran dalam kalangan siswazah kita tentang pentingnya penglibatan mereka dalam sektor perindustrian. Kesedaran itu dapat kita bangkitkan dengan memberi mereka maklumat tentang peluang pekerjaan dan faedah yang dapat diperoleh daripada sektor tersebut.

5. Pentingnya kesejajaran dalam ayat yang berkesan

Bererti bahawa sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dalam bentuk Kata Nama (Gaya Nominal) atau Kata Kerja (Gaya Verbal) hendaklah diikuti oleh gagasan lain (yang sama fungsinya) dalam bentuk kata nama juga.

17

Page 5: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

Gaya Nominal:

Perubahan tabiat dan sikap yang buruk, pengakuan akan kelemahan, kesediaan menerima perubahan, dan keupayaan mengatasi cabaran semasa merupakan prasyarat bagi kemajuan sesebuah negara.

Gaya Verbal:

Mengubah tabiat dan sikap yang buruk, mengakui akan kelemahan, bersedia menerima perubahan, dan berupaya mengatasi cabaran semasa merupakan prasyarat bagi kemajuan sesebuah negara.

Ayat Rancu:

Mengubah tabiat dan sikap yang buruk, mengakui akan kelemahan, bersedia menerima perubahan, dan keupayaan mengatasi cabaran semasa merupakan prasyarat bagi kemajuan sesebuah negara.

6. Penalaran Dan Logika Dalam ayat Yang Berkesan

Penalaran ialah keupayaan untuk menggunakan daya hujah yang baik. Manakala logika bermaksud sistem berfikir, iaitu sesuatu gagasan disusun sehingga dapat diterima oleh akal yang sihat.

Bagaimana menghasilkan ayat yang malar dan logis?

a. Takrif

i. SinonimMenggunakan kata yang sama maksud untuk menerangkan takrif contohnya loghat untuk menggantikan dialek.

ii. EtimologiMenghuraikan pengertian sesuatu perkataan. Contohnya,a. Kata baku berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud

sesuatu yang menjadi dasar atau ukuran.b. Adil ialah kata dalam bahasa Melayu yang diambil daripada

bahasa Arab (Adl) dengan erti meletakkan sesuatu pada tempatnya.

iii. Formal/logikMengutarakan hujah yang logik. Contohnya,a. Kapal terbang ialah sejenis pengangkutan udara yang dapat

mempercepat perjalanan.

18

Page 6: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

b. Generalisasi

Bererti bahawa sesuatu sifat atau hal bagi sesuatu berlaku juga bagi kebanyakan atau semua yang lain. Contohnya,

Orang Jepun ialah bangsa yang zalim kerana pada zaman pendudukannya di Tanah Melayu dahulu banyak rakyat yang diseksa.(Ayat di atas tidak logis)

19

Page 7: Ayat Berkesan Dalam Penulisan Karangan

Kaedah Menghasilkan Perenggan Yang Padu

i. Pengulangan kata dalam ayatii. Penanda wacana

a. Melanjutkan idea

Selain ituDemikian jugaDi samping ituOleh ituMakaSetelah ituJadiSementara ituDengan demikianDengan perkataan lainDemikian jugaSelanjutnyaTambahan pulaMalahan

b. Pertentangan idea

NamunBagaimanapunMeskipun demikianNamun demikianWalau bagaimanapunSebaliknya

20