kemahiran menjana idea karangan menggunakan … · dan olahan ayat huraian responden menjadi...

17
20 KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BOGRAF DI SEKOLAH RENDAH Rubiaton Ibrahim 1 & Jamaludin Badusah 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meneroka olahan idea penulisan karangan murid setelah menggunakan teknik BoGraf. Borang Grafik (BoGraf) merupakan alat berfikir berbentuk pengurusan grafik yang dibina khusus untuk membantu murid menjana idea bagi menulis karangan. Kajian ini berlandaskan teori konstruktivisme dan teori kognitif yang mana murid membina dan mengolah sendiri idea menggunakan BoGraf bagi menghasilkan karangan yang lengkap. Pendekatan kajian secara kualitatif dengan kaedah kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan tindakan ini akan menggunakan teknik kajian berbentuk triangulasi sumber data iaitu analisis dokumen, pemerhatian, dan catatan nota lapangan sebagai teknik pengumpulan data. Dua orang responden dari tahun 5 yang berprestasi sederhana dalam penulisan berformat Bahagian C dipilih sebagai responden kajian ini. Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan analisis dokumen secara deskriptif hasil daripada triangulasi dapatan. Dapatan kajian ini menunjukkan adanya peningkatan bilangan idea dalam karangan dan olahan ayat huraian responden menjadi semakin berstruktur berdasarkan isi utama karangan. Kajian ini boleh dijadikan intervensi dan panduan oleh guru-guru bahasa Melayu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membina idea dan menulis huraian lengkap bagi menghasilkan karangan yang cemerlang. Namun begitu, aspek kelemahan responden dalam mengenal pasti isi utama dan kelemahan aspek tatabahasa yang turut menyumbang kepada masalah penguasaan penulisan karangan tidak diteroka dalam kajian ini. Kata kunci : Alat Berfikir, Pengurusan Grafik, Kemahiran Menulis, Teknik Menjana Idea, BoGraf ABSTRACT The purpose of this study is to explore the elaboration of ideas in students’ essay writing after using BoGraf technique. Graphic Form (BoGraf) is a thinking tool in a graphical organizer form that is specifically designed to help students generate ideas for writing. This study is based on the constructivism and cognitive theories which students construct ideas and provide supporting details on their own using BoGraf to produce complete essays. Qualitative research approach with action plan method is used in this study. This action research will use the data sources triangulation technique, namely, document analysis, observation, and record field notes as data collection techniques. Two intermediate level of Year 5 respondents in formatted writing, Part C, were selected as respondents. The data analysis was conducted by using descriptive document analysis result of the finding triangulation. This study showed an increase in the number of ideas and the respondents’ supporting details become more structured based on the main ideas in the essay. This study can be used as intervention and guidance by the Malay language teachers to help students who have not mastered the skills in developing ideas and writing complete supporting details to produce excellent essay. However, the weaknesses of the respondents in identifying the main ideas and in grammar aspect that contributed to the problems in essay writing proficiency is not explored in this study. Keywor ds : Thinking Tools, Graphics Organizer, Writing Skills, Idea Generating Technique, BoGraf

Upload: hanhu

Post on 25-Mar-2019

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

20

KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK BOGRAF DI SEKOLAH

RENDAH

Rubiaton Ibrahim1 & Jamaludin Badusah2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected]

ABSTRAK Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meneroka olahan idea penulisan karangan murid setelah menggunakan teknik BoGraf. Borang Grafik (BoGraf) merupakan alat berfikir berbentuk pengurusan grafik yang dibina khusus untuk membantu murid menjana idea bagi menulis karangan. Kajian ini berlandaskan teori konstruktivisme dan teori kognitif yang mana murid membina dan mengolah sendiri idea menggunakan BoGraf bagi menghasilkan karangan yang lengkap. Pendekatan kajian secara kualitatif dengan kaedah kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan tindakan ini akan menggunakan teknik kajian berbentuk triangulasi sumber data iaitu analisis dokumen, pemerhatian, dan catatan nota lapangan sebagai teknik pengumpulan data. Dua orang responden dari tahun 5 yang berprestasi sederhana dalam penulisan berformat Bahagian C dipilih sebagai responden kajian ini. Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan analisis dokumen secara deskriptif hasil daripada triangulasi dapatan. Dapatan kajian ini menunjukkan adanya peningkatan bilangan idea dalam karangan dan olahan ayat huraian responden menjadi semakin berstruktur berdasarkan isi utama karangan. Kajian ini boleh dijadikan intervensi dan panduan oleh guru-guru bahasa Melayu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membina idea dan menulis huraian lengkap bagi menghasilkan karangan yang cemerlang. Namun begitu, aspek kelemahan responden dalam mengenal pasti isi utama dan kelemahan aspek tatabahasa yang turut menyumbang kepada masalah penguasaan penulisan karangan tidak diteroka dalam kajian ini.

Kata kunci: Alat Berfikir, Pengurusan Grafik, Kemahiran Menulis, Teknik Menjana Idea, BoGraf

ABSTRACT The purpose of this study is to explore the elaboration of ideas in students’ essay writing after using BoGraf technique. Graphic Form (BoGraf) is a thinking tool in a graphical organizer form that is specifically designed to help students generate ideas for writing. This study is based on the constructivism and cognitive theories which students construct ideas and provide supporting details on their own using BoGraf to produce complete essays. Qualitative research approach with action plan method is used in this study. This action research will use the data sources triangulation technique, namely, document analysis, observation, and record field notes as data collection techniques. Two intermediate level of Year 5 respondents in formatted writing, Part C, were selected as respondents. The data analysis was conducted by using descriptive document analysis result of the finding triangulation. This study showed an increase in the number of ideas and the respondents’ supporting details become more structured based on the main ideas in the essay. This study can be used as intervention and guidance by the Malay language teachers to help students who have not mastered the skills in developing ideas and writing complete supporting details to produce excellent essay. However, the weaknesses of the respondents in identifying the main ideas and in grammar aspect that contributed to the problems in essay writing proficiency is not explored in this study.

Keywords: Thinking Tools, Graphics Organizer, Writing Skills, Idea Generating Technique, BoGraf

21

PENGENALAN Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, telah menobatkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003). Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam Bahasa Melayu adalah kemahiran menulis. Apatah lagi kemahiran ini akan diuji sepenuhnya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas Bahasa Melayu Penulisan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas (KPM, 2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam telah menggariskan beberapa objektif kemahiran menulis yang perlu dicapai oleh murid. Antaranya ialah; menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun; dan menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul (KPM, 2014).

Pelbagai masalah berkaitan penguasaan penulisan karangan yang telah dinyatakan dalam kajian-kajian lepas. Terdapat murid menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu (Che Zanariah, 2011). Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati sikap tidak minat mengarang merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan responden kajian mereka. Natijahnya, responden kajian sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan. Sikap guru yang mengajar menggunakan kaedah konvensional telah merumitkan lagi isu ini.

Zamri et al. (2016) menegaskan, guru BM memainkan peranan yang sangat penting dalam masalah pengajaran kemahiran menulis ini. Guru BM harus mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan segera membantu murid supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Justeru, untuk mengatasi masalah ini, pengkaji mengambil pendekatan berbentuk intervensi dengan membina borang grafik yang berupa alat berfikir dengan menggabung jalin kaedah pengurusan grafik dan kaedah penyoalan dalam kemahiran berfikir. Selaras dengan saranan KPM supaya mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Banyak contoh Pengurusan Grafik, namun dalam membina borang grafik aspek penulisan karangan, pengkaji telah pengurusan grafik menjana idea. Mengikut Som dan Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Walau pun pengurusan grafik ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, guru boleh mereka cipta pengurusan grafik sendiri atau mengubah suai pengurusan grafik yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran murid (Som dan Mohd Dahalan, 1998). KPM (2014) dalam buku panduan KSSR BM Sekolah Kebangsaan Tahun 6 juga menegaskan bahawa bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis, pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik, seperti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain perlu digunakan untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Justeru, terbentuklah Borang Grafik Menjana Idea Penulisan Karangan yang juga dinamakan oleh pengkaji sebagai Teknik BoGraf.

PERMASALAHAN KAJIAN Keputusan UPSR 2017 di sekolah kajian menunjukkan seramai 25 orang murid mendapat Gred D (Mencapai Tahap Minimum) dan 4 orang mendapat gred E (Belum Mencapai Tahap Minimum). Manakala bagi UPSR 2016 seramai 42 orang murid mendapat gred D dan 14 orang mendapat Gred E, (Lembaga Peperiksaan, 2017). Data ini menunjukkan masih ramai murid di sekolah kajian yang belum menguasai penulisan karangan yang melayakkan mereka mendapat markah lebih baik. Saban tahun juga, pengkaji menerima sebahagian murid tahun 6 yang masih belum menguasai kemahiran menulis karangan walau pun sudah dua tahun belajar menulis semasa di tahun 4 dan tahun 5. Mereka masih terpinga-pinga

22

mencari idea penulisan, malah tidak tahu bagaimana untuk menyusun idea dan huraian. Murid juga tidak dapat menyiapkan penulisan karangan dalam masa yang ditetapkan kerana kebanyakan masa dihabiskan dengan berfikir untuk mengeluarkan idea. Idea dan isi karangan juga tidak mencukupi dan berulang-ulang penggunaannya.

Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati responden kajian sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan. Hasilnya, penulisan karangan mereka hanya berkisar kepada satu perenggan sahaja, idea serta huraian bertindan dan berlaku pengulangan isi utama. Markah penulisan karangan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) juga menunjukkan pencapaian yang mendukacitakan. Kajian Che Zanariah (2011) juga menyatakan bahawa murid menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak bermutu. Kajian yang dibuat oleh Abdul Rasid (2011), juga telah menggariskan lima kelemahan penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar iaitu kesilapan mentakrif tajuk karangan dengan tepat, kelemahan mengembangkan isi karangan, kelemahan penggunaan ayat-ayat gramatis, pengolahan kurang menarik dan penyampaian idea yang lemah dengan tiada pertautan antara ayat

Oleh itu, dalam usaha mengatasi masalah ini, pengkaji telah membina teknik BoGraf dan kajian penyelidikan ini akan meneroka peningkatan kemahiran menjana idea dan mengolah huraian berdasarkan isi utama karangan menggunakan teknik BoGraf ini.

OBJEKTIF & PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka peningkatan kemahiran menjana idea dan mengolah huraian berdasarkan isi utama karangan dan bagi menjawab persoalan kajian sejauh manakah peningkatan kemahiran mengolah huraian dan menyusun idea dalam karangan murid kajian?

TINJAUAN PERPUSTAKAAN Satu kajian yang dilakukan oleh Norliza dan Wan Muna Ruzzana (2018) untuk meneroka penjanaan idea murid dalam penulisan karangan dengan menggunakan Modul PERHALUS. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan 6 orang responden murid sekolah mengah di daerah Kuantan, Pahang. Kajian mendapati bahawa penggunaan modul dapat menjana idea dengan baik, namun bagi memantapkan aspek penjanaan idea murid. Kajian Norliza & Wan Muna Ruzzana mencadangkan agar penggunaan grafik perlu dijadikan strategi untuk merangsang murid menjana idea. Penggunaan bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dialog, dan catatan dalam PdP karangan boleh mencetuskan idea murid.

Dapatan kajian Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu, melibatkan 400 orang responden dari Tingkatan 4 di sekitar daerah Manjung Perak, mendapati responden mereka sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan, kurang yakin untuk menulis kerana mempunyai kemahiran bahasa yang lemah, dan tidak bermotivasi untuk belajar Bahasa Melayu. Guru haruslah menggunakan strategi yang sesuai digunakan dalam pelajaran dan murid dapat mempraktikkan ketika mereka mengulang kaji pelajaran. Responden juga menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik juga menjadi faktor yang mempengaruhi dalam penulisan karangan.

Zaleha & Zubaidah (2014) telah menjalankan kajian tindakan terhadap 39 orang murid tahun 3 dan tahun 4 di sebuah sekolah rendah Park View, Singapura menggunakan kaedah “Tinta Emas” untuk meningkatkan kemahiran menulis murid. Kaedah ini memfokuskan kepada kaedah proses mengarang, iaitu membina kemahiran menulis dalam kalangan murid melalui mekanisme pengajaran karangan secara berpandu. Kajian mereka mendapati pengajaran kemahiran mengarang melalui pendekatan proses bukan sahaja telah berjaya mengubah persepsi guru malahan juga dapat memupuk keterampilan guru di dalam bilik darjah. Guru-guru menjadi lebih yakin dan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan disebabkan adanya bahan pengajaran yang terancang (sumber multimedia, slaid pengajaran, lembaran kerja) dan sumber rujukan untuk kegunaan guru.

23

Kajian tentang alat berfikir melibatkan peta pemikiran yang dilakukan oleh Noor Hidayu & Yahya Othman (2016) menunjukkan peningkatan kemahiran menulis karangan naratif bagi 30 orang murid tahun 5 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Penggunaan peta pemikiran yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain untuk menyatakan atau menyampaikan idea dalam karangan mereka. Dengan menggunakan peta pemikiran juga pemikiran murid lebih terarah dan terancang mengikut fungsi peta pemikiran yang telah ditetapkan berbanding alat berfikir yang lain seperti peta konsep dan peta minda. Kajian Yahya& Azemy (2012) berkaitan peningkatan pencapaian penulisan karangan argumentatif menggunakan peta minda sebagai alat berfikir di Sekolah Menengah Arab, mendapati murid yang menggunakan strategi peta minda dalam PdP juga telah berjaya meningkatkan pencapaian penulisan mereka berbanding murid yang diajar menggunakan kaedah konvensional.

Dapatan kajian Rohaida & Zamri (2015), terhadap 60 orang murid tahun 6 di daerah Batu Pahat, mendapati teknik perbincangan konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dapat meningkatkan pencapaian murid. Tetapi bagi kumpulan kawalan, penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan penguasaan subjek dalam aspek olahan karangan. Kajian ini merumuskan bahawa peta pemikiran merupakan salah satu alat bagi murid untuk menjana pendapat mereka sendiri ketika proses PdP di dalam bilik darjah. Abdul Fatah Hassan dalam kajian Mohd Sidek et al. (2013), menyatakan bahawa penggunaan pengurusan grafik dalam amalan pengajaran guru di Malaysia seperti peta minda masih di tahap yang rendah serta tidak menggalakkan murid menjadi lebih kreatif dan kritis dalam pembelajaran mereka.

Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, bahan grafik dan juga modul penulisan dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menjana idea dan juga meningkatkan kemahiran penulisan mereka. Kajian-kajian tersebut juga menyebut bahawa kaedah konvensional tidak lagi relevan pada masa kini, kerana terbukti secara signifikan kaedah itu tidak memberi impak positif kepada peningkatan kemahiran penulisan Bahasa Melayu murid. Ternyata kemahiran berfikir yang diterapkan dalam PdP Bahasa Melayu tidak patut diabaikan oleh para guru yang mengajar kemahiran menulis karangan di sekolah.

TEKNIK BOGRAF Bagi mendapatkan hasil karangan yang cemerlang, sesebuah karangan perlu memenuhi kriteria berikut: idea menepati tugasan; pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik; penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta bertepatan dengan tugasan; penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan; dan Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Sejajar dengan kriteria di atas, borang grafik (BoGraf) dibina secara berstruktur sebagai alat berfikir dalam bentuk pengurusan grafik dan penyoalan untuk membantu murid menjana idea dan menyusun isi karangan penulisan. Hal ini kerana idea, olahan idea dan susunan idea merupakan perkara utama yang menentukan kecemerlangan sesebuah karangan. Oleh itu BoGraf ini dibina dengan harapan dapat digunakan oleh murid untuk menghasilkan satu perenggan lengkap, tersusun dan tidak terpesong daripada tugasan karangan yang diberikan.

Borang ini berfokus kepada pengajaran proses mengarang seperti yang dinyatakan dalam kajian Zaleha & Zubaidah (2014). Pengajaran proses mengarang ini akan membuat pemetaan kognitif dalam ingatan murid. Susunan binaan ayat-ayat dalam BoGraf menyebabkan proses murid membina ayat huraian menjadi lebih mudah. Sekeping lembaran BoGraf mewakili satu perenggan lengkap sesebuah karangan. Untuk mendapatkan 3 perenggan karangan isi, perlu menggunakan 3 BoGraf. Perenggan pendahuluan dan penutup, murid boleh menulis mengikut kreativiti sendiri berdasarkan tajuk.

24

Rajah 1: Paparan BoGraf

Untuk memastikan murid dapat menjana idea, pengkaji menggunakan teknik penyoalan seperti siapa, di mana, kenapa dan bagaimana bagi mencungkil isi-isi dan huraian karangan. Murid perlu menyoal diri sendiri berkaitan isi karangan dan menulis jawapan dalam ayat lengkap menggunakan BoGraf yang diberikan. Kajian Norliza dan Wan Muna Ruzzana (2018) mendapati melalui teknik penyoalan, murid akan dirangsang untuk berfikir. Dengan bertanya soalan khusus dan kemudian datang dengan jawapan, seseorang akan mengumpulkan banyak maklumat dan idea tentang topik yang sedang dibuat. Bagi murid tahun lima, memadai dengan tiga soalan bagi membentuk tiga ayat huraian dalam sesebuah perenggan. Setelah murid dapat membuat pemetaan BoGraf dalam kognitif mereka, helaian borang ini tidak perlu digunakan lagi. Murid perlu memahirkan diri mereka dengan teknik ini tanpa menggunakan borang ini. Secara ringkas, contoh murid menjana idea menggunakan borang ini adalah seperti Rajah 2 di bawah. Murid perlu sentiasa bertanya pada diri sendiri soalan-soalan berkaitan isi utama dan jawapan mestilah dalam bentuk ayat yang lengkap.

Rajah 2: Contoh Penggunaan BoGraf

Apabila murid telah menyiapkan pengisian BoGraf seperti Rajah 2 di atas, cantumkan semua ayat jawapan dalam satu perenggan seperti paparan di bawah:

25

Untuk membina perenggan isi berikutnya, murid akan mengulangi proses bertanya dan menjawab soalan itu dalam BoGraf lain pula. Bagi murid yang lebih cemerlang, guru boleh menambah bilangan soalan dan juga bilangan BoGraf yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak huraian dan idea.

METODOLOGI KAJIAN Penerangan reka bentuk kajian, sampel, instrumen, prosedur, kaedah pengumpulan dan kaedah menganalisis data terkandung dalam metodologi kajian.

Reka bentuk Kajian Kajian ini merupakan penyelidikan tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk ini adalah sesuai dengan jenis kajian tindakan kerana kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan tindakan yang dilakukan terhadap masalah yang dihadapi (Cohen, Manion, & Morrison, 2007). Kajian tindakan ini akan melalui empat fasa utama, iaitu membuat perancangan, melaksanakan, memerhati dan membuat refleksi sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 3 (Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992).

Rajah 3: Reka Bentuk Kajian (adaptasi daripada Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992)

Sampel Kajian Kajian ini melibatkan dua orang murid tahun 5 dari sebuah sekolah rendah daerah Puchong, Selangor. Pemilihan responden kajian adalah secara pensampelan mudah berdasarkan pencapaian mereka dalam Penulisan Karangan Bahagian C semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT). Kedua-dua responden merupakan seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan berbangsa Melayu yang berprestasi sederhana dengan mendapat skor di bawah 20 markah daripada markah keseluruhan 25 markah. Kedua-dua responden telah dikenal pasti oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah berkenaan berdasarkan kriteria yang disenaraikan oleh pengkaji iaitu; menguasai kemahiran membaca dan menulis ayat mudah, mempunyai masalah menyiapkan karangan, lemah dalam penulisan karangan; dan bersikap positif untuk membaiki kelemahan mereka.

Instrumen Kajian Kajian ini merupakan penyelidikan tindakan yang menggunakan teknik pengutipan data secara deskriptif. Pendekatan ini membolehkan pengkaji mendapat maklumat terperinci yang melibatkan proses kajian tindakan dilaksanakan terhadap responden. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan berperanan sebagai instrumen utama yang hadir sendiri di tempat kajian bagi melaksana PdP BoGraf dan mengutip data yang diperlukan. Pengkaji dapat melihat secara langsung tentang apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh responden kajian (Merriam, 1990). Selain itu, catatan lapangan dan analisis dokumen juga dijadikan instrumen kajian untuk menyokong dapatan kajian ini.

26

Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan dengan berpandukan model kajian tindakan yang telah dicadangkan oleh Lewin, (1946) dan Laidlaw, (1992). Penyelidikan tindakan ini bermula setelah pengkaji mengenal pasti permasalahan yang berlaku di dalam kelas. Dalam kajian ini, pengkaji dapati masalah murid adalah untuk mengeluarkan idea-idea bagi menulis karangan. Hasil pemerhatian terhadap tingkah laku, buku latihan hasil karangan, dan pencapaian dalam PPT murid, pengkaji mengambil tindakan untuk melaksanakan intervensi bagi mengatasi masalah ini. Secara ringkas, prosedur kajian ditunjukkan seperti dalam Rajah 4 di bawah:

Rajah 4: Prosedur Kajian (adaptasi daripada Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992)

Peringkat Merancang Tindakan

Pada peringkat ini, pengkaji mendapatkan contoh-contoh alat berfikir yang lain seperti peta minda dan peta pemikiran untuk membentuk BoGraf. Pengkaji juga mendapatkan analisis kelemahan murid berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Setelah mendapati masalah murid adalah menjana idea dan menyusun huraian isi, maka pengkaji membentuk borang yang berstruktur dan mencuba beberapa kali kepada murid sehingga mendapatkan maklum balas yang positif daripada mereka.

Peringkat Melaksanakan Perancangan Tindakan

Pada peringkat pelaksanaan, responden diberikan pendedahan dan latihan sebanyak 4 kali, iaitu seminggu sekali, semasa sesi mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Murid ini diberi 3 BoGraf setiap kali perjumpaan, dan semakan dibuat oleh pengkaji sendiri. Setelah itu, pengkaji akan menunjukkan kesilapan dan apa yang cara penulisan yang sepatutnya. Peneguhan ini sangat penting pada peringkat pelaksanaan supaya murid mengetahui kesilapan mereka. Hasnah (2016) menegaskan, murid perlu diberitahu dan diterangkan tentang kesalahan yang dilakukan oleh mereka semasa menulis karangan. Hal ini kerana, tanpa keterangan tentang sesuatu kesalahan, akan menyebabkan mereka terus mengulangi kesalahan yang sama. Kedua-dua responden juga diberi motivasi dan sebab akibat kenapa mereka perlu menguasai kemahiran penulisan ini. Setelah responden mengenal pasti kelemahan mereka, latihan pengukuhan akan diberikan. Setelah 4 kali latihan, murid diberikan ujian penulisan dalam masa 40 minit.

Peringkat Pengumpulan Data & Analisis

Pengkaji mengumpulkan skrip penulisan murid, helaian latihan BoGraf, salinan karangan responden semasa PPT, salinan karangan dalam buku latihan, gambar-gambar, rakaman PdP dan borang refleksi

27

kedua-dua responden. Semua bahan ini dianalisis dengan menggunakan kaedah manual dan juga perisian komputer.

Peringkat Refleksi

Refleksi pengkaji bagi kajian ini dicatatkan dalam bentuk nota lapangan selepas setiap kali perjumpaan dan kesimpulan yang diperoleh menunjukkan impak yang positif kepada responden. Interaksi, perbualan, tingkah laku dan emosi murid dicatatkan. Setelah melaksanakan 5 kali perjumpaan, pengkaji telah berjaya mengumpulkan data yang menunjukkan hasil peningkatan dalam kitaran pertama penyelidikan. Setelah 4 kali (4 minggu) pengajaran, bimbingan dan peneguhan dibuat, kedua-dua responden telah menunjukkan peningkatan kemahiran menulis. Hasil ujian penulisan karangan yang diberikan pada minggu ke-5, menunjukkan responden kajian telah memahami dan dapat menulis dengan olahan idea yang baik. Oleh itu, untuk penyelidikan kajian ini, kitaran kedua tidak dilakukan oleh pengkaji.

Kaedah Pengumpulan Data Bagi memastikan kesahan data kajian, pengkaji menggunakan triangulasi sumber data. Kesahan adalah satu keperluan untuk memastikan keberkesanan kajian kualitatif (Cohen, Manion & Morrison, 2000). Data bagi kajian ini diperoleh melalui analisis dokumen, catatan nota lapangan dan pemerhatian secara tidak langsung semasa proses PdP dilaksanakan. Pelbagai dokumen digunakan seperti buku latihan murid, skrip jawapan PPT, hasil latihan BoGraf dan skrip karangan murid selepas 6 kali didedahkan dengan penggunaan BoGraf. Buku latihan dan skrip jawapan PPT dijadikan data take of value (TOV) yang akan dibandingkan pencapaiannya dengan skrip karangan responden selepas intervensi dijalankan. Selain itu, data pemerhatian dicatatkan menggunakan format nota lapangan, segala tingkah laku serta interaksi responden dicatatkan. Data juga dikumpulkan daripada catatan ulasan dan skor daripada pemeriksa yang menandai skrip jawapan murid mengikut rubrik sebenar peperiksaan UPSR.

Kaedah Menganalisis Data Kajian ini adalah berasaskan kepada analisis kandungan dokumen yang bertujuan meneroka peningkatan kemahiran mengolah huraian idea berdasarkan isi utama karangan. Oleh itu, hasil karangan responden telah diserahkan kepada pemeriksa karangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk disemak. Pemeriksa merupakan guru Bahasa Melayu yang berpengalaman selama 12 tahun menandai kertas penulisan berformat UPSR sebenar. Catatan kelemahan dan kekuatan karangan responden turut dianalisis dalam kajian ini. Manakala skor yang diberikan oleh pemeriksa karangan berkenaan akan dibandingkan dengan pencapaian sebelum mereka mempelajari teknik BoGraf.

Selain itu, data juga dianalisis dari aspek pengolahan idea dan huraian dalam setiap perenggan karangan responden. Perbandingan olahan karangan sebelum dan selepas penggunaan teknik BoGraf dicatatkan dan dilaporkan dalam bentuk huraian terperinci. Analisis data bagi pemerhatian pula dibuat dengan menganalisis catatan nota lapangan pengkaji dan refleksi yang dibuat oleh responden setiap kali sesi PdP dijalankan. Kod dan tema yang terhasil dalam catatan nota lapangan di tanda dan disenaraikan dalam senarai semak dapatan.

ANALISIS DAPATAN Analisis dapatan bagi kajian ini dibuat berdasarkan dua aspek yang dikaji. Antaranya adalah perbezaan bilangan idea dan cara olahan isi, serta susunan huraian penulisan kedua-dua responden.

Analisis Latihan BoGraf Responden Bagi memastikan responden kajian dapat memahami dan menggunakan teknik BoGraf, pengkaji memberikan tiga latihan setiap kali perjumpaan. Hasilnya setiap responden telah menyiapkan 12 BoGraf sepanjang tempoh 4 minggu pelaksanaan kajian. Dapatan pengkaji berdasarkan latihan yang dibuat pada pertama kali pengajaran iaitu pada 27 Jun 2018, dan dibandingkan dengan hasil latihan kali ke-4 yang dijalankan pada 26 Julai 2018 seperti paparan Rajah 5 di bawah:

Latihan Minggu Pertama, 27 Jun 2018 Latihan Minggu ke-4, 26 Julai 2018

28

Rajah 5 (a)

Rajah 5 (b)

Rajah 5 (a) dan 5 (b): Latihan Pengolahan Idea R1

Rajah 5 (a) menunjukkan hasil latihan Responden Pertama (R1) pada minggu pertama pengajaran, manakala Rajah 5 (b) adalah hasil latihan selepas 3 kali pengajaran teknik BoGraf. Permulaannya R1 tidak dapat menulis ayat-ayat berdasarkan teknik yang diajar. Pembinaan idea bagi ayat ke-2 dan ke-3 dalam Rajah 5 (a), memperlihatkan kelemahan R1 menggabungkan idea ‘mengisi masa lapang’ dalam isi utama ‘dapat menambah ilmu pengetahuan’. Sepatutnya isi mengisi masa lapang boleh dijadikan isi utama yang kedua. Bagi ayat 3, pemilihan kata soal dan padanan jawapan adalah tidak tepat. Peneguhan terus diberikan kepada R1 dengan menunjukkan cara penulisan yang betul.

Setelah beberapa kali latihan dan peneguhan dibuat, Rajah 5 (b) menunjukkan hasil olahan ayat R1. Pengkaji mendapati R1 telah menguasai teknik BoGraf dan boleh menulis ayat penegasan isi, ayat huraian 2 dan ayat huraian 3 dengan baik. Tiada lagi pengulangan idea dan pertindihan isi karangan berlaku. Hasil pemerhatian dan refleksi responden, pengkaji mendapati responden kajian dapat menguasai teknik ini. Oleh itu, pengkaji telah meminta responden menulis satu karangan lengkap di dalam buku latihan tanpa menggunakan BoGraf. Seterusnya ujian penulisan bagi Bahagian C telah dilaksanakan pada minggu berikutnya dan hasilnya juga akan dianalisis dalam kajian ini.

Perkara yang sama dialami oleh Responden Ke-2 (R2). Rajah 6 (a) di sebelah menunjukkan pada minggu pertama pengajaran dilakukan, R2 melakukan beberapa kesilapan. R1 telah menbuat kesilapan menyoal tajuk karangan dan bukannya isi karangan. Kesilapan ini akan membuatkan idea karangan berulang dan akan berlaku pertindihan idea dalam karangan. Ayat 3 juga berlaku kesilapan soalan diajukan, dan akan menyebabkan tidak berlaku kesinambungan olahan karangan bagi isi yang diberikan. Ayat 2 dan ayat 3 mestilah menanyakan isi utama dan mengaitkan dengan tajuk karangan yang diberikan. Kesilapan ini telah ditegur dan hasilnya pada Rajah 6 (b). R2 telah berjaya menggunakan BoGraf untuk menyusun olahan idea dan huraian bagi isi utama, malah R2 menambah huraian ke-4 pada ayat 3 dalam BoGraf berkenaan.

Berbeza dapatan setelah R2 melalui beberapa sesi pengajaran dan latihan. Rajah 6 (b) menunjukkan perubahan cara olahan idea dan susunan ayat-ayat responden ini. R2 juga telah menambah bilangan ayat dari 3 kepada 4 ayat setelah dia memahami teknik dan menggunakannya dalam menyiapkan perenggan

29

isi berkenaan. Dapatan ini menunjukkan R2 telah berjaya menguasai kemahiran membuat olahan isi karangan menggunakan cara penyoalan yang dimasukkan dalam teknik BoGraf ini.

Latihan Minggu Pertama, 27 Jun 2018 Latihan Minggu ke-4, 26 Julai 2018

Rajah 6 (a)

Rajah 6 (b)

Rajah 6 (a) dan 6 (b): Latihan Pengolahan Idea R2

Kesimpulan daripada analisis latihan yang dibuat, kedua-dua responden dapat menguasai olahan dan susunan idea menggunakan teknik BoGraf selepas beberapa kali latihan diberikan. Tindakan paling utama yang perlu dilakukan adalah tindakan peneguhan dan bimbingan yang diberikan dengan membuat teguran terhadap kesilapan murid serta memberi contoh penulisan yang terbaik. Perkara ini penting agar murid dapat membentuk asas penulisan yang kukuh serta menggunakan teknik yang tepat.

Analisis Hasil Penulisan Responden 1 Bagi soalan kajian sejauh manakah peningkatan kemahiran mengolah huraian dan susunan idea dalam karangan mereka? Dapatan menunjukkan penulisan karangan bagi responden pertama (R1) seperti dalam Rajah 5 (a) dan Rajah 5 (b). Sebelum intervensi, bilangan ayat karangan R1 adalah terhad kepada satu ayat bagi satu perenggan seperti berikut:

Rajah 5 (a): Olahan Idea R1 Sebelum Intervensi

30

Rajah 5 (a) jelas menunjukkan bahawa ayat penulisan R1 amat terhad, tidak berlaku pengolahan, huraian dan idea utama juga kurang penegasan. Keadaan ini akan mempengaruhi skor yang diperoleh dalam aspek penulisan karangan. Berdasarkan rubrik pemeriksaan UPSR 2016, untuk mendapat skor yang tinggi seharusnya murid perlu menyatakan isi utama, huraian bagi isi utama dan disertakan dengan contoh yang bersesuaian. Ayat ‘antaranya, kita boleh menabung pada setiap hari dengan duit belanja sekolah yang tidak digunakan” yang ditulis pada perenggan ke dua hanya mengandungi satu idea sahaja. Begitu juga dengan perenggan yang lain. Ulasan daripada pemeriksa karangan R2 juga menyatakan responden boleh mengemukakan isi karangan, tetapi kelemahannya adalah tidak mengolah isi dengan konsep “IKC” iaitu isi – keterangan/huraian – contoh. Oleh itu R2 hanya diberi skor 17 markah untuk karangan ini.

Selepas empat kali sesi intervensi dilakukan menggunakan teknik BoGraf ini, R1 telah boleh menulis isi utama, berserta tiga ayat huraian yang berkaitan dengan isi yang dikemukakan seperti yang dipaparkan dalam Rajah 5 (b) di bawah:

Rajah 5 (b): Olahan Idea R1 Selepas Intervensi

Setelah menjalani intervensi teknik BoGraf, cara penulisan R1 telah berubah. Dapat dilihat dalam Rajah 5 (b) di atas, pernyataan isi utama boleh dikenal pasti dengan jelas di dalam ayat-ayat penulisannya. Bagi tajuk cara-cara menjadi murid cemerlang, pada perenggan pertama, responden telah menyatakan dengan jelas isi utama adalah ‘belajar bersungguh-sungguh’. Kemudian diikuti dengan huraian kepada kenapa perlu belajar bersungguh-sungguh. Ayat ke tiga pula huraian lain yang menunjukkan contoh lokasi di mana murid boleh belajar. Ketiga-tiga ayat pada perenggan pertama itu adalah saling berkait, tersusun ideanya dan tidak dicampur aduk dengan idea lain.

Begitu juga dengan perenggan yang kedua. Isi kedua R1 menulis “mengulang kaji pelajaran”. Huraian ayat kedua dihuraikan sebab kenapa perlu mengulang kaji dan seterusnya diberikan huraian bila masa yang sesuai untuk melakukan ulang kaji. Jika dibandingkan dengan penulisan karangan R1 sebelum intervensi, dapat dilihat telah berlaku peningkatan idea karangan dan juga pertambahan olahan idea yang agak ketara bagi murid ini. Skor karangan sebelum adalah 17 markah, dan untuk karangan selepas intervensi telah meningkat kepada 23 markah. Peningkatan dari tahap sederhana kepada tahap cemerlang menyebabkan R1 berasa gembira dan bersemangat untuk terus membuat latihan. Ulasan yang diterima daripada pemeriksa juga menyatakan isi karangan R1 adalah lengkap.

Dalam sorotan refleksi responden, R1 telah menulis bahawa beliau berasa gembira kerana tidak perlu susah-susah memikirkan idea menulis setelah menggunakan teknik BoGraf. “Saya sebelum ini susah menulis karangan kerana perlu berfikir sendiri. Karangan yang saya tulis hanya dua ayat dan sangat

31

susah”. Setelah didedahkan dengan teknik BoGraf, pandangan R1 telah berubah. R1 memaklumkan “Saya dapat menulis dengan mudah. Saya dapat mengetahui maklumat dan senang untuk menulis tiga ayat. Maklumat yang saya dapat ialah mengikut isi karangan”.

Analisis Hasil Penulisan Responden 2 Rajah 6 (a) dan 6 (b) pula merupakan karangan bagi responden ke-2 (R2). Perbandingan karangan R2 juga menunjukkan peningkatan idea dan olahan ayat yang lebih baik. Karangan sebelum intervensi menunjukkan R2 telah mencampur beberapa idea di dalam satu ayat. Ini akan menyebabkan mereka tidak mendapat skor karangan yang cemerlang, kerana salah satu kriteria bagi karangan cemerlang dalam rubrik pemeriksaan adalah berdasarkan bilangan idea yang diberikan. Idea bagi karangan kepentingan perpustakaan ini dicampur aduk seperti “mengulang kaji, tiada gangguan, prestasi merosot dan semakin baik”. Empat idea ini adalah lebih baik jika diasingkan dalam ayat-ayat yang berlainan agar isi utama murid dihuraikan dengan baik.

Rajah 6 (a): Olahan dan Susunan Idea R2 Sebelum Intervensi

Rajah 6 (a) secara jelas responden ketiga telah mencampurkan semua idea di dalam satu ayat yang panjang. Isi utama adalah ‘perpustakaan tempat murid mengulang kaji’. Isi ini terus digabungkan dengan idea kedua iaitu ‘supaya lebih fokus mengulang kaji’. Pengulangan idea juga berlaku antara dua perenggan yang ditulis iaitu mengenai ‘peningkatan prestasi’, menunjukkan R2 tidak boleh memberikan idea lain dalam karangan tersebut. Tindakan sebegini akan menyebabkan murid kehilangan skor. Ayat huraian berbeza perlu ditulis bagi memastikan murid tidak kerugian kerana kehilangan markah. Aspek kosa kata juga akan dinilai kerana penggunaan perkataan yang agak terhad dalam karangan ini.

32

Rajah 6 (b): Olahan dan Susunan Idea R2 Selepas Intervensi

Rajah 6 (b) merupakan hasil penulisan responden ketiga selepas menjalani latihan menggunakan BoGraf. Pengkaji mendapati responden kajian telah membina tiga ayat yang berlainan untuk menjelaskan tentang isi karangan cara menjadi murid cemerlang. Ayat pertama merupakan pernyataan idea utama dan disokong oleh dua ayat huraian kepada isi utama seperti dalam gambar rajah. Tidak juga berlaku pertindanan idea atau campur aduk isi dalam satu perenggan yang ditulis. Dapatan ini menjelaskan bahawa penguasaan R2 dalam mengolah dan menyusun idea adalah lebih berstruktur. Kepelbagaian ayat huraian ini akan menjadi penentu kepada kecemerlangan karangan mereka.

Dapatan refleksi daripada R2 menyatakan “saya berasa susah dan mengambil masa yang lama untuk membuat ayat dan perenggan yang lengkap”. Setelah menggunakan BoGraf, R2 menegaskan “Saya menggunakan BoGraf untuk menyiapkan karangan saya, adalah lebih senang untuk membuat ayat. Ianya membantu saya untuk membuat karangan, saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat ayat”.

Berdasarkan dapatan di atas, dapat dirumuskan bahawa kedua-dua responden menunjukkan perubahan cara penulisan mereka. Kesilapan responden dalam karangan awal seperti kekurangan idea, olahan isi utama yang terhad, pengulangan idea dan gabungan isi utama dalam satu perenggan telah dapat diatasi dalam karangan mereka selepas pendedahan teknik BoGraf. Karangan responden juga menjadi lebih tersusun dengan format pemerengganan yang sepatutnya iaitu pendahuluan, empat perenggan isi dan satu perenggan penutup.

PERBINCANGAN Penggunaan bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dialog, dan catatan dalam PdP karangan boleh mencetuskan idea murid, (Norliza dan Wan Muna Ruzzana, 2018). Hasil dapatan bagi responden kajian ini menunjukkan penggunaan BoGraf dalam PdP juga memberi kesan yang positif terhadap penguasaan karangan responden kajian. Ini adalah kerana BoGraf jelas menunjukkan langkah-langkah pemetaan idea dan olahan huraian secara tersusun dalam pemikiran responden kajian. Oleh itu responden kajian dapat menulis olahan idea berpandukan isi utama karangan dengan mudah selepas diperkenalkan dengan teknik BoGraf. Dapatan kajian ini menyamai kajian yang dibuat oleh Rohaida dan Zamri (2015).

Rohaida dan Zamri mendapati perkara yang sama iaitu sekiranya murid diajar menggunakan kaedah peta pemikiran, mereka lebih banyak mengemukakan idea dan olahan isi berbanding murid yang diajar

33

menggunakan pendekatan konvensional. Penggunaan kaedah alat pemikiran ini mampu merangsang penghasilan idea terhadap penulisan karangan. Rohaida dan Zamri juga mendapati murid mampu menyusun idea menjadi sebuah karangan dengan ayat yang gramatis. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Yahya dan Azemy (2012) yang mendapati bahawa peta minda dapat meningkatkan penulisan karangan murid. Dapatan Yahya dan Azemi ini menyamai kajian yang dilaksanakan oleh Morrission Jement (2010), dan Wong Phui Chze (2009).

Hasil kajian juga menunjukkan kedua-dua responden kajian berjaya meningkatkan kemahiran mengolah huraian dan menyusun idea penulisan menggunakan teknik BoGraf. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Noor Hidayu & Yahya Othman (2016). Perkara ini disebabkan penggunaan alat berfikir berunsur grafik menyebabkan pemikiran murid lebih terarah dan terancang mengikut fungsi yang digambarkan. Begitu juga dapatan kajian Lee dan Gan (2012), juga mendapati kaedah pengajaran berbentuk grafik ini memberi kesan positif terhadap murid, bahan grafik seperti peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu murid membentangkan idea-idea bernas dan baru.

Tindakan yang dilakukan oleh pengkaji adalah mengubah kaedah PdP sedia ada di dalam kelas. Perubahan kaedah pengajaran menggunakan teknik BoGraf terhadap responden kajian telah berjaya meningkatkan mutu olahan dan susunan idea murid. Dapatan ini menyamai kajian Rohaida dan Zamri (2015) yang juga mendapati bahawa kaedah PdP yang berbeza akan menghasilkan idea dan olahan isi dalam penulisan karangan murid. Kaedah ‘Tinta Emas’ hasil kajian Zaleha & Zuraida (2014) juga menunjukkan peningkatan kemahiran menulis murid. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Norliza dan Wan Muna Ruzzana (2018), penjanaan idea menggunakan modul PERHALUS adalah merupakan perubahan daripada cara konvensional dan menghasilkan kesan yang positif terhadap peningkatan penulisan karangan murid. Perubahan kaedah pengajaran ini seharusnya dijadikan panduan kepada semua guru Bahasa Melayu agar PdP Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berimpak tinggi.

IMPLIKASI KAJIAN Implikasi kajian ini menunjukkan pentingnya alat berfikir digunakan dalam PdP Bahasa Melayu khususnya bagi mengajar kemahiran menulis. Murid yang lemah dalam penulisan karangan sepatutnya diberikan kaedah pengajaran yang lebih konkrit supaya mereka lebih senang memahami dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2013) telah menetapkan mulai tahun 2015, semua sekolah diarahkan untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir serta melaksanakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan perkembangan murid seperti yang terkandung dalam. Namun hasil kajian A. Rahman, Jamaludin dan Zamri (2015) menyatakan bahawa kebanyakan guru tidak menekankan kemahiran berfikir kepada murid-murid dalam pengajarannya. Guru lebih kepada usaha untuk mencapai objektif pengajarannya dan menghabiskan sukatan pelajaran. Hal ini pastinya memberi kesan kepada pencapaian kemahiran penulisan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan masalah murid tidak menguasai kemahiran menulis akan berterusan.

Implikasi kedua ialah pentingnya gaya pengajaran guru yang berbentuk konvensional ditukar kepada pembelajaran abad ke-21 (PAK21). PAK21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (KPM, 2016). Lima standard asas PAK21 telah digariskan dalam Panduan PAK21, dan salah satunya adalah kreativiti, yang bermaksud berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti. Oleh itu, guru seharusnya lebih kreatif untuk menyediakan bahan mengajar yang khusus dalam melaksanakan pengajaran menggunakan teknik peta pemikiran, peta minda mahu pun pengurusan grafik yang lain. Para guru juga boleh menggunakan landasan Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Professional Learning Communities (PLC) untuk berkongsi atau mendapatkan pendedahan tentang teknik, kaedah dan pendekatan PdP yang relevan dan bersesuaian dengan kemahiran penulisan karangan dalam dunia pendidikan global.

34

CADANGAN UNTUK KAJIAN LANJUTAN Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji permasalahan dalam aspek menjana dan olahan idea semata-mata. Namun terdapat beberapa masalah lain yang tidak diteliti oleh pengkaji iaitu kesukaran mencari isi karangan, kesalahan penggunaan tanda baca, dan kosa kata yang terhad. Dapatan kajian ini menunjukkan responden dapat meningkatkan kemahiran penulisan karangan mereka dengan menggunakan bahan grafik. Oleh itu disarankan agar lebih banyak kajian dibuat terhadap bahan pengajaran berbentuk pengurusan grafik bagi mengatasi kelemahan murid dalam aspek berkenaan.

Selain itu, kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap responden kajian bagi melihat kelestarian kemahiran menulis mereka. Ini penting untuk melihat keberkesanan pemetaan kognitif menggunakan teknik BoGraf diaplikasikan dalam penulisan karangan selepas sesi kajian dijalankan. Responden merupakan murid tahun 5, dan akan menduduki UPSR pada tahun berikutnya, oleh itu kajian lanjutan penggunaan teknik BoGraf dilakukan untuk melihat adakan responden masih menggunakan teknik ini dan adakah mereka mengabung jalinkan kemahiran mereka dalam penulisan membina ayat (Bahagian A) dan membuat ulasan (Bahagian B).

Teknik ini juga menyasarkan responden yang sederhana pencapaian dalam penulisan karangan dan kriteria murid yang boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan skor markah penulisan di bawah 20 mata. Kajian lanjutan boleh menggunakan kriteria responden yang lemah iaitu yang mendapat markah di bawah 10 mata. Kebolehlaksanaan teknik untuk membantu murid yang lemah ini akan dapat diketahui setelah kajian tersebut dijalankan.

KESIMPULAN Penggunaan alat berfikir yang terkandung dalam kemahiran berfikir merupakan aspek penting dalam penguasaan kemahiran menulis dan kajian-kajian lepas membuktikan secara signifikan kesan positifnya terhadap pencapaian murid. Penggunaan BoGraf dalam kajian ini juga memberi impak positif terhadap peningkatan kemahiran menulis responden kajian. Penghasilan BoGraf ini merupakan satu tindakan bagi menyelesaikan masalah murid kajian yang lemah mencari idea untuk menulis karangan lengkap. Sekali gus mengubah cara pengajaran guru dengan menggunakan kaedah PAK21 dengan mengambil kira tahap kognitif murid. Suzana (2015) menyatakan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir murid.

Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk semua warga pendidik dalam usaha mencari bahan pengajaran tambahan bagi mengatasi masalah penulisan karangan murid. Selain itu, para pendidik juga disarankan agar menggunakan pelbagai alat berfikir lain dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu seharusnya menjadikan aktiviti mengarang dalam PdP penulisan karangan sesuatu pembelajaran dan pengalaman yang menyeronokkan untuk murid. Peranan guru juga sangat penting di sekolah sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada murid-murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Justeru, pelaksanaan PdP kemahiran menulis harus menggunakan pelbagai alat pemikiran yang berimpak tinggi agar usaha untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid dapat dicapai.

35

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1–12.

Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Malay Language Education Journal (MyLEJ), 1(1), 67–87.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Creswell, J. W. (2012). Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Educational Research. Ohio: Prentice Hall.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Review: Research Methods in Education. British Journal of Educational Studies. London: Routledge Falmer.

Denzin, NK. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods. McGraw-Hills: New York.

Hasnah Mohamed. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis Melalui Penggunaan Track Changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13 (2016), 135–159.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Menengah: Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Enam. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran Inovatif Melalui ‘Thinking Maps’. Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa Malaysia-Indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Oktober 2012.

Lewin, K. (1948). Resolving Social Conflicts: Selected Papers on Group Dynamics. New York: Harper & Row.

Morrission Jement Anak Jonathan Kibing. (2010). Kesan Peta Minda dalam Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Isi Utama dan Isi Huraian Karangan Bahasa Melayu Murid Tahun Lima. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010. IPG KBL, (BM Pendidikan Rendah), 211-223

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: 2180–4842.

36

Noor Hidayu Mohd Rahim & Yahya Othman. (2016). Keberkesanan Peta Bulatan Dan Peta Alir Dalam Meningkatkan Penguasaan Menulis Karangan Naratif Murid-Murid Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: 66–77.

Norliza Nazeer & Wan Muna Ruzzana Wan Mohammad. (2018). Penjanaan Idea Dalam Penulisan Karangan Dengan Menggunakan Modul PERHALUS. Prosiding Seminar Penyelidikan Peringkat Kebangsaan 2018.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan; Teori dan Amalan. Tanjung Malim: Penerbitan UPSI.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2012). Program i-Think: Membudayakan Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (i-Think) Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Malay Language Education Journal – MyLEJ 5(2): 2180–4842.

Saemah Rahman & Zamri Mahamod. (2017). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa: Mengoptimumkan Pembelajaran Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Fatimah Zainol. (2011). Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Membuat Ulasan Nilai Murni Dengan Menggunakan Pengurusan Grafik . Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif. Selangor: Longman.

Suzana Md. Hassan. (2015). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman, Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: FH Freemind Horizons

Wong Pui Chze. (2009). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Prestasi Penulisan Karangan Naratif Bahasa Cina Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009:135- 145

Yahya Othman & Azemy Othman. (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Agumentatif Di Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (9): 32-45.

Zaleha Ahmad & Zubaidah Othman. (2014). Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran Dalam Kalangan Pelajar Melalui Program ‘Tinta Emas.’ Seminar Bahasa Melayu:146–155.

Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod & Yahya Othman. (2016). Penulisan Akademik Dalam Bidang Sains Sosial. Bangi UKM Press.