autonomi guru

Upload: nur-raili-akhmal-kiplie

Post on 13-Jan-2016

157 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Tugasan ABincangkan sejauhmanakah anda bersetuju dengan pertanyaan bahawa pengamal professional memerlukan autonomi individu yang tinggi.Dalam dunia pendidikan di Malaysia, guru merupakan tunjang utama penggerak dalam segala aspek bermula dari sistem kurikulum, pelaksanaan, pentadbiran sekolah dan lain-lain. Guru antara individu yang memainkan peranan dalam membangunkan modal insan selain ibu dan bapa. Hal ini kerana di sekolah guru sebagai individu yang bersama-sama dengan pelajar dan individu yang bertanggungjawab menggilap potensi pelajar, pembimbing, pembentuk akhlak, penjana perubahan dalam diri pelajar.pendorong dalam mencetus kreativiti pelajar dan sebagainya. Namun tugas guru bukan sahaja meliputi aspek perkembangan pelajar semata-mata. Keluasan bidang ataupun skop tugas seorang guru turut meliputi aspek pentadbiran di sekolah. Dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 dimana perubahan paradigma terbesar merupakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menuntut guru mengukur pemahaman murid berdasarkan pengajaran harian. Di sini akan memerlukan autonomi individu yang tinggi dimana KPI yang ditetapkan oleh pihak atasan menginginkan semua pelajar mendapat A dan pihak yang lain mahu markah sekolah yang tinggi. Terdapat beberapa pro dan kontra sekiranya pengamal professional menggunakan autonomi individu yang tinggi.Pengamal professional memerlukan autonomi yang tinggi bagi memastikan keputusan dapat dibuat untuk perkembangan individu tanpa banyak melalui kerenah birokrasi. Tan Sri Musa Muhamad (2003) menyatakan kuasa autonomi ini mampu membebaskan pihak sekolah daripada terlalu terkongkong di bawah mana-mana pihak. Ini memberi ruang yang besar kepada sekolah untuk bergerak lebih bebas menggunakan kreativiti dalam mentadbir urusan masing-masing. Contohnya pelajar dari sebuah sekolah ingin mempelajari mengenai astronomi maka pakar dari luar sekolah sama ada dalam atau luar negara dijemput untuk memberi pendedahan mengenai perkara tersebut. Guru dan pakar terlibat boleh saling bekerjasama dalam membina kaedah PdP yang lain daripada biasa.Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati sistem persekolahan Malaysia telah mengalami proses pembirokrasian yang melampau. Pertama berlaku pembirokrasian menegak dengan aliran kawalan dan proses pembuatan prosedur 3 yang berlapis dari agensi pusat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah yang mengawal pengurusan sekolah secara terus. Kedua berlaku proses pembirokrasian secara mendatar. Banyak bahagian Kementerian Pelajaran mengawal dan memberi tunjuk ajar kepada penguruspengurus sekolah apa yang perlu dilakukan dengan cara preskriptif. Sungguhpun kawalan dari bahagianbahagian tersebut bertujuan meningkat keupayaan pengurusan sekolah tetapi masalahnya ialah peraturan dan prosedur yang berlebihan yang dipaksa terhadap sekolah telah menghimpit kemungkinan pengurusan sekolah untuk bertindak menggunakan budi bicara. Secara tidak langsung peraturan dan prosedur kewangan yang terlalu ketat serta kepatuhan kepada aliran kuasa berasaskan sistem hierarki berautoriti berlaku secara meluas di semua peringkat sebenarnya mencabar kewibawaan pengetua untuk mengurus sekolah menggunakan budi bicara serta menjadi salah satu faktor kepada timbulnya ketidakhirauan dan keterbiaran sumber pembangunan fizikal di sekolah (Ibrahim Ahmad Bajunid, 2000).Selain itu autonomi individu yang tinggi membolehkan seseorang merancang pelan strategik yang relevan bagi mengatasi kelemahan dan mengekalkan kekuatan individu lain. Dengan memberi kepercayaan kepada guru di dalam menilai dan metaksir pencapaian pelajar, guru dapat mengetahui standard pengetahuan dan kemampuan pelajar secara individu. Sejajar dengan itu guru mampu merancang PdP yang sesuai bagi standard pelajar di dalam kelas. Guru bebas merancang proses pembelajaran yang diingini selaras dengan kurikulum yang mampu mengatasi kelemahan pelajar dan mengekalkan kekuatan individu tersebut. Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Profesor Dr Othman Lebar (2014) di dalam akhbar Metro menyatakan Guru bebas menggunakan apa jua cara dalam proses PdP kerana secara dasarnya PBS memberi kebebasan kepada guru.Kuasa autonomi menonjolkan kreativiti dan kredibiliti guru sebagai seorang pemimpin. Mereka yang mempunyai autonomi individu yang tinggi mejadikan autonomi sebagai KPI keberkesanannya mengurus individu yang lain menggunakan pendekatan mereka tersendiri. Contohnya pengetua sekolah kluster. Mereka antara pihak atau guru yang diberi autonomi dalam setiap perkara. Namun setiap autonomi yang diberikan merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada pematuhan piawaian Akta Pendidikan 1996, Sistem Pendidikan Kebangsaan, Akta Tatacara Kewangan !957, Pekeliling perbendaharaan serta SKPM (Yahya Don 2007). Terbukti beberapa buah sekolah yang mendapat pengiktirafan kluster masih mengekalkan prestasi pencapaian GPS sekolah yang meberangsangkan kerana autonomi yang diberikan.Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah ditentukan oleh kemampuan pengetua menggembleng staf dibawahnya dengan cekap lagi berkesan ke arah mencapai matlamat sekolah tersebut (Rusmini Bt Ku Ahmad, 2004). Malah menurut Rusmini Bt Ku Ahmad (2004) lagi pengetua yang cemerlang ialah pengetua yang tahu hala tuju ke arah memposisikan organisasinya serta berkeupayaan mencungkil dan memperkasakan potensi yang ada pada stafnya bagi faedah organisasi. Seterusnya berupaya menunjukkan keprihatinan terhadap kualiti kerja dan kebajikan stafnya serta berani memperjuangkan hak sebagai sokongan organisasi terhadap stafnya.Selain daripada itu pengamal professional memerlukan autonomi individu yang tinggi mampu memastikan komitmen dan motivasi yang tinggi dalam organisasinya serta meningkatkan kesediaan guru untuk menerima tanggungjawab terhadap hasil pengajaran mereka, dan lebih penting ialah memperbaiki pencapaian para pelajar (Lee, 1999). Dalam pada itu Hussein Mahmood (1993) menegaskan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja serta tanggapan positif guru terhadap kepimpinan dan sokongan organisasi (pengetua) terhadap mereka. Justeru, para guru digalakkan untuk mengambil bahagian dan ikut serta dalam proses pengurusan atau pembuatan keputusan di peringkat sekolah. Sehubungan itu sokongan organisasi perlu dimantapkan dengan melaksanakan pengupayaan dengan melibatkan guru dalam proses membuat keputusan serta memikirkan sesuatu yang luar biasa dan kreatif dalam menyelesaikan masalah sekolah (Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin, 1993). Pengetua juga digalakkan bertindak sebagai seorang pemikir yang berupaya menyepadukan segala aspek fakta dan pengalaman yang releven bagi membina kemahiran hubungan manusia dan teknikal serta memiliki set kecekapan seperti kemahiran, kebolehan dan 6 keterampilan (Mohd Salleh Lebar, 2000).Autonomi yang tinggi juga memastikan perbelanjaan dapat diurus oleh seseorang bagi memastikan peruntukan terus ke atas perancangan sebenar. Akan tetapi perkara seperti kewangan perlu kepada audit untuk terus memantau agar tidak wujud sebarang penyelewengan berlaku dalam sesebuah institusi. Melalui autonomi yang tinggi, guru dapat menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan mempunyai hubungan komunikasi dengan pelajar yang baik dalam membentuk suasana bilik darjah yang kondusif. Aspek fizikal merupakan perkara penting dalam membentuk suasana bilik darjah yang diharapkan. Susunan meja, kerusi, papan tulis dan sebagainya seharusnya sesuai dengan keadan pelajar agar memudahkan serta meberi ruang yang selesa untuk pelajar berkomunikasi. Kemudian sikap guru yang tidak membezakan pelajar berdasarkan latar belakang. Setipa pelajar mempunyai hak dilayan secara adil, bukan berdasarkan hierarki keluarga. Kegagalan guru mewujudkan suasana yang kondusif dan positif dalam biliik darjah akan merencatkan sistem pembelajaran. Sekiranya Berjaya mewujudkan suasana yang kondusif dan positif guru akan lebih mudah menjalankan aktiviti yang menarik dan menjadikan sistem pembelajaran lebih bermakna.Tambahan pula kuasa autonomi guru diperlukan di kelas adalah untuk mengawal keadaan kelas. Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohd, dan Abdul Ghani Abdullah (2007) menyatakan autonomi yang dimaksudkan merangkumi aspek penyelesaian masalah, membuat keputusan, dan mengambil tindakan untuk kebaikan dan pencapaian murid. Pendek kata, pengupayaan sewaktu berada dalam bilik darjah adalah penggunaan kuasa yang telah diberikan kepada setiap guru bagi menjalankan tugas yang diarahkan dan dipertanggungjawabkan disamping mengawal pelajar.Walaupun terdapat banyak pro sekiranya pengamal professional mempunyai autonomi individu yang tinggi, tidak kurangnya membawa kepada kontra perkara tersebut. Antaranya adalah individu tersebut akan menjadi pemimpin yang autokratik. Abdul Ghani Abdullah, Abd Rahman Abd Aziz dab Mohamad Zohir (2008), menyatakan tidak dinafikan bahawa kebanyakan pemimpin sekolah yang mempunyai stail kepimpinan autokratik memberi impak yang bagus terhadap pencapaian sekolah kerana keputusan yang tepat dan tegas. Namun faktor yang diambil kira adalah hilang kreativiti dan kredibiliti di dalam pengurusan atau pentadbiran. Anak buah di bawah kepimpinan mula hilang semangat dan minat kerana dibebani tugas yang banyak. Guru besar atau pengetua tidak mengambil kira pendapat atau cadangan orang lain walaupun usul tersebut memberi impak yang baik terhadap perkembangan pelajar. Kepimpinan berpusatkan tugas, pengeluaran hasil, pencapaian matlamat dan kepimpinan paksaan merupakan ciri penting terhadap individu ini.Selain itu, autonomi individu yang tinggi menyebabkan segala tindakan yang dilaksanakan tersasar daripada visi dan misi organisasi. Hal ini kerana individu ini akan mementingkan matlamat diri melebihi matlamat organisasi. Segala perancangan yang dirancang atau dilaksanakan menurut kepentingan diri. Contohnya dalam sistem PBS. Secara teorinya PBS memberi ruang untuk guru menilai sendiri prestasi pelajar, memerhati perkembangan pelajar melalui PdP dan mentaksir pencapaian pelajar. Walaupun PBS mencakupi keseluruhan keperluan untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing selain mempunyai pemikiran yang tinggi dalam berfikir dan menyelesaikan masalah, namun PBS masih mempunyai kelemahan akibat faktor manusia, kualiti ujian dan teknikal. Ini tidak dapat dielakkan contohnya, guru memberi penilaian pelajar yang baik kerana faktor peribadi sedangkan pelajar itu tidak mencapai keupayaan yang sebenar. Kadar autonomi guru mendatangkan keburukan kerana PBS itu sendiri untuk menyokong pembelajaran dan menghargai perbezaan keupayaan pelajar.Tidak dilupakan juga sekiranya kuasa autonomi tiada pada sekolah atau guru maka akan lahir sistem yang tidak telus. Ini disebabkan wujud beberapa kepentingan pihak atasan menjadikan virus taksub A suatu KPI yang wajib dicapai oleh guru di sekolah. Sedangkan pencapaian pelajar tidak setara dengan apa yang diingini. Maka ketelusan atau integriti seorang guru akan dipertikaikan demi mendokong aspirasi pucuk kepimpinan. Ini telah jauh dari matlamat PBS yang mengutamakan penilaian yang holistik kepada pelajar kerana gred A yang ingin dicapai.Pengurus sekolah atau pengetua bagi tujuan memenuhi kehendak dan arahan atasan tidak berupaya melakukan peraturan dan kawalan yang tersendiri. Sehubungan itu peranan dan tanggungjawab seseorang pengetua menjadi seolah olah muthlak dalam memberi sokongan mahupun membuat keputusan mewakili organisasinya tanpa soal (Razali Mat Zin, 2001). Akibat yang nyata dari tindakan birokratik ini ialah wujudnya budaya pengurusan yang menafikan pengaruh penglibatan warga guru dalam menentukan sesuatu keputusan pengurusan sekolah.Autonomi guru di bilik darjah seharusnya mempunyai batasan terutama melibatkan emosi dan fizikal. Ini disebabkan akan wujud guru yang melakukan keganasan. Isitlah keganasan tidak sesuai digunakan untuk menggambarkan kesungguhan guru melahirkan modal insan yang berkualiti. Seperti kes tahun 2012 seorang murid pecah gegendang telinga setelah ditampar oleh guru di sebuah sekolah di Padang Sera. Kementerian telah menggariskan panduan bagaimana menangani pelajar yang bermasalah dan bukannya dengan emosi yang tidak terkawal. Masalah yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang tipikal adalah saling menunding jari kesalahan mana-mana pihak. Akan tetapi perkara sebegini merupakan penyengat kepada setiap golongan masyarakat untuk melihat semula peranan mereka dan mencari penyelesaian.Dalam aspek kewangan autonomi individu mendorong kemungkinan penyalahgunaan kuasa atau wang amanah yang disediakan. Ini disebabkan tiada wujud pemantauan dari pihak yang bertanggungjawab. Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Kumpulan Wang Amanah Saham Pelajar Miskin (KWAPM) dilaporkan lapan kes kehilangan dan penyelewengan hilang berjumlah RM 196550 dilaporkan pada tahun 2004 sehingga 2008. Semua kes dilaporkan melibatkan guru besar.Dr Mohd Puad Zarkashi (2013) dalam Utusan Malaysia mendedahkan bahawa terdapat beberapa sekolah di semenanjung menyalahgunakan wang bantuan awal persekolahan. Pihak sekolah menarik wang tersebut untuk digunakan di dalam PIBG dan ini sangat bertentangan dengan tugas pendidik. Pemimpin di sekolah ini seolah-olah menafikan hak pelajar dan ibu bapa dalam mengawal selia wang bantuan terutama dalam kalangan pelajar miskin bagi tujuan awal persekolahan.Kesimpulannya, pengamal professional lebih baik mempunyai autonomi individu yang tinggi kerana apa yang dititikberatkan adalah kualiti sesuatu usaha serta kreativiti dalam melaksanakan sesuatu. Aspek penyalahgunaan kuasa atau wang boleh diatasi dengan membuat pemantauan berkala oleh audit. Seorang guru di kelas perlu menguasai bilik darjah untuk memastika guru tersebut mampu melahirkan atau membentuk suasana yang positif dan kondusif di bilik darjah. Tambahan sistem PBS itu sendiri meletakkan autonomi guru sebagai pengajar, pendidik, dan penilai murid itu sendiri agar guru dapat merancang atau menggunakan pelbagai kaedah PdP yang sesuai dengan standard pengetahuan dan kemampuan pelajar.