digital bh di malam. edisi di tiga bandar baru mulai 2022 · dangan lanjut tentang bagaimana kami...

1
EMPAT bulan sebelum majlis konvokesyennya berlang- sung dua tahun lalu, Encik Nur Hafiz Mohamed Ramlan (gambar kiri), sudah pun diterima bekerja sebagai perancang harta bersekutu di DBS Bank. Lulusan ijazah pengurusan dengan Kepujian Kelas Dua atas daripada SIM Global Education-Universiti Birmingham itu teruja menjalankan tugas mencabar itu yang membuka ru- ang baginya menebarkan rangkaian kenalan. Jika sesetengah siswazah masih memikirkan pekerjaan yang sesuai dengan kecenderungan mereka, Encik Nur Hafiz, kini 29 tahun, awal-awal lagi sudah mengenal pasti kerjaya idaman dalam sektor perbankan. Beliau yang kini dinaikkan pangkat sebagai pengurus ka- nan perancangan harta (bersekutu) adalah antara siswa yang membuat perancangan awal sebelum memohon kerjaya ida- man. Antara yang dilakukannya adalah menghadiri sesi kaun- seling imej dan bengkel permohonan kerja di Pejabat Pem- bangunan Kerjaya, Institut Pengurusan Singapura (SIM). Encik Nur Hafiz juga mengkaji tugasan dan sektor yang ingin disertai bagi membolehkannya tahu skop kerja yang diperlukan. Beliau malah pernah membantu bapanya, se- orang ejen hartanah, mengurus pinjaman bank dan gadai janji buat pembeli rumah. Hasilnya kini, Encik Nur Hafiz lebih yakin berinteraksi dengan pelanggan di POSB Cawangan Bedok sehinggakan sesetengah mereka berasa selesa, malah menjadi seperti ra- kan karib atau anggota keluarganya. Kunci utama yang dipegangnya sehingga dua kali dinaik- kan pangkat dalam masa sesingkat dua tahun serta me- menangi anugerah adalah sikap gigih dan tidak mengira. Ikuti laporan lanjut di Muka 9. Awal-awal dah dapat kerja sebelum tamat pengajian Foto BH oleh ZAINAL YAHYA

Upload: duongtram

Post on 13-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDUDUK dan pekerja di tiga kawasan ban-dar baru akan menjadi kumpulan pertama di Si-ngapura yang bakal menaiki bas tanpa pemandu ba-gi perjalanan harian mereka mulai 2022.

Pemerintah telah mengenal pasti kawasan Pung-gol, Tengah dan Daerah Inovasi Jurong (JID) se-bagai kawasan di mana penduduk dan pekerja boleh menaiki bas ulang alik tanpa pemandu bagi perjalanan awal dan penghujung mereka.

Mengumumkan demikian semasa pembukaan pusat ujian pertama bagi kenderaan tanpa pe-mandu semalam, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata bas tanpa pemandu itu akan ber-operasi semasa waktu tidak sibuk.

“Kami menjangkakan kenderaan autonomi ini akan meningkatkan aksesibiliti dan kesambungan sistem pengangkutan awam kita, terutamanya bagi warga emas, keluarga yang mempunyai anak kecil, dan mereka yang menghadapi masalah pergerakan.

“Lebih penting sekali, kami boleh meraih pan-dangan lanjut tentang bagaimana kami boleh mem-bangunkan kawasan bandar baru atau memberi nafas baru kepada bandar yang wujud kini bagi pengerahan besar-besaran kenderaan autonomi yang selamat,” kata beliau.

Demi mengumpulkan pandangan daripada ra-kan industri dan institusi kajian bagi khidmat kende-raan autonomi perintis di tiga bandar baru itu, Ke-menterian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pe-ngangkutan Darat (LTA) melancarkan Permintaan Untuk Mendapatkan Maklumat (RFI) semalam.

RFI itu dibuka sehingga 31 Mei tahun depan.Encik Khaw berkata:“Cabaran terbesar bagi kenderaan autonomi bu-

kanlah pembangunan teknologinya, namun bagai-mana kami boleh dengan selamat menggabungkan-

nya ke dalam sekitaran kehidupan kita menerusi pe-raturan sesuai dan perancangan bandar.”

Beliau berkata teknologi kenderaan autonomi (AV) akan mengubah mobiliti bandar dan bagaima-na orang ramai bergerak dalam bandar.

Beliau menambah perkembangan itu akan mem-bantu Singapura menangani masalah keterbatasan tanah dan tenaga kerja yang kini mengekang sistem pengangkutan darat.

Pusat ujian AV dua hektar baru itu, yang terle-tak di luar kawasan berdekatan Universiti Teknolo-gi Nanyang (NTU), akan menguji keupayaan ken-deraan pandu sendiri dengan adanya litar ujian yang mencontohi jalan raya dan keadaan trafik negara ini.

Litar itu juga ada simulator hujan dan zon banjir untuk menguji keupayaan pemanduan arah AV di bawah keadaan cuaca berlainan.

Pusat ujian itu dibangunkan bersama oleh NTU, LTA dan JTC sebagai sebahagian Pusat Kecemer-langan bagi Ujian dan Kajian AV atau NTU (Cet-ran) yang dilancarkan pada Ogos 2016.

Encik Khaw berkata, ia akan menyediakan seki-taran ujian yang “selamat, terkawal dan boleh dia-turkan” untuk pembangun AV menguji teknologi mereka menggunakan pelbagai senario simulasi jalan raya.

“Senario ini boleh merangkumi cara memandu yang agresif selain berinteraksi bersama pengguna jalan raya lain, termasuk penunggang berbasikal dan pengguna alat mobiliti peribadi,” tambah En-cik Khaw.

Pusat ujian itu akan mempunyai rangkaian tujuh kamera litar tertutup (CCTV) 360 darjah di lokasi strategik yang akan menayangkan rakaman masa nyata ke sistem pengawasan dan penilaian.

EMPAT bulan sebelum majlis konvokesyennya berlang-sung dua tahun lalu, Encik Nur Hafiz Mohamed Ramlan (gambar kiri), sudah pun diterima bekerja sebagai perancang harta bersekutu di DBS Bank.

Lulusan ijazah pengurusan dengan Kepujian Kelas Dua atas daripada SIM Global Education-Universiti Birmingham itu teruja menjalankan tugas mencabar itu yang membuka ru-ang baginya menebarkan rangkaian kenalan.

Jika sesetengah siswazah masih memikirkan pekerjaan yang sesuai dengan kecenderungan mereka, Encik Nur Hafiz, kini 29 tahun, awal-awal lagi sudah mengenal pasti kerjaya idaman dalam sektor perbankan.

Beliau yang kini dinaikkan pangkat sebagai pengurus ka-nan perancangan harta (bersekutu) adalah antara siswa yang membuat perancangan awal sebelum memohon kerjaya ida-man.

Antara yang dilakukannya adalah menghadiri sesi kaun-seling imej dan bengkel permohonan kerja di Pejabat Pem-bangunan Kerjaya, Institut Pengurusan Singapura (SIM).

Encik Nur Hafiz juga mengkaji tugasan dan sektor yang ingin disertai bagi membolehkannya tahu skop kerja yang diperlukan. Beliau malah pernah membantu bapanya, se-orang ejen hartanah, mengurus pinjaman bank dan gadai janji buat pembeli rumah.

Hasilnya kini, Encik Nur Hafiz lebih yakin berinteraksi dengan pelanggan di POSB Cawangan Bedok sehinggakan sesetengah mereka berasa selesa, malah menjadi seperti ra-kan karib atau anggota keluarganya.

Kunci utama yang dipegangnya sehingga dua kali dinaik-kan pangkat dalam masa sesingkat dua tahun serta me-menangi anugerah adalah sikap gigih dan tidak mengira.

Ikuti laporan lanjut di Muka 9.

Mendaki lantik dua Timbalan

CEO– Muka 2

Bas tanpa pemandu diperkenaldi tiga bandar baru mulai 2022

SOLAT Subuh 5.28 Syuruk 6.50 Zuhur 12.53 Asar 4.16 Maghrib 6.53 Isyak 8.07

Poliklinik Punggolbakal dibuka– Muka 4

Awal-awal dah dapat kerjasebelum tamat pengajian

Gunung Agungdi Bali akhirnya meletus– Muka 18

MCI (P) 027/09/2017 60 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di

BeritaHarian.sg

KENDERAAN TANPA PEMANDU: Encik Khaw (keluar dari kenderaan) meninjau bas pandu sendiri bersama Pengarah Program NTU (Cetran), Encik Niels de Boer (depan), dan Ketua Pegawai Inovasi dan Teknologi LTA, Encik Lam Wee Shann (kiri), semasa pembukaan pusat ujian pertama bagi kenderaan tanpa pemandu semalam. – Foto BH oleh GAVIN FOO

Foto BH oleh ZAINAL YAHYA

KHAMIS, 23 NOVEMBER 2017 (4 RABIULAWAL 1439)