mempunyai hak ata u kuasa serta kebebasan dari … alhamdulillah, walaupun proses pengauditan...

11
1 Dari Meja Rektor ssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga UiTM Kedah yang saya cintai sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka kita telah diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan khidmat di bumi UiTM Kedah yang amat kita sayangi ini. Saya menyeru kepada warga UiTM Kedah untuk kita senantiasa dan terus berdoa agar Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, dalam perutusan Y.Bhg Tan Sri Naib Canselor, tema tahun ini adalah berlandaskan kepada elemen transformasi yang perlu dicetuskan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, academia, industri dan kemasyarakatan, kepimpinan dan keusahawanan. Justeru, seluruh warga UiTM Kedah perlu bersatu padu dan memberi komitmen yang tinggi untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berketrampilan, berinovatif dan beriman melalui pelestarian kepada elemen transformasi tersebut. Dalam usaha merealisasikan transformasi tersebut, saya percaya bahawa perencanaan matlamat dan misi UiTM Kedah haruslah dipupuk dan dimantapkan dengan nilai dan kasih sayang serta rasa hormat sesama warga UiTM Kedah tanpa ada sifat prejudis dan prasangka. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, dibawah Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), autonomi merupakan salah satu agenda kritikal yang bertujuan untuk memperkasakan IPT supaya setaraf dengan universiti bertaraf dunia. Autonomi UiTM bermaksud UiTM Negeri mempunyai hak atau kuasa serta kebebasan untuk merangka strategi tadbir urus operasi masing-masing. Susulan dari plan tersebut, tahun 2015 merupakan tahun yang memberi impak bersejarah kepada UiTM Kedah dimana pada 10 Februari 2015 yang lalu, kita telah diberikan status autonomi yang berteraskan kepada 4 tadbir urus utama iaitu (i) Pentadbiran Institusi, (ii) Pengurusan Kewangan, (iii) Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia dan (iv) Pengurusan Akademik & Pelajar. Untuk makluman warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, perlaksanaan 4 tadbir urus tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 September 2015. Insha Allah, pada tarikh tersebut, saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci konsep `Multiversity 1 UiTM: 13 Solutions’ yang akan menjadi teras utama tadbir urus UiTM Kedah. Sekilas pandang tema pada tahun yang lepas iaitu menjurus kepada kebajikan dan amalan terbaik telah berjaya kita terjemahkan walaupun masih ada ruang-ruang untuk diperbaiki. Saya amat gembira melihat kepada usaha-usaha kebajikan melalui bantuan derma dan kutipan tabung yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 melalui semua unit, bahagian, fakulti, persatuan dan kelab staf dan pelajar. Tabung MAYS sebagai contoh, sedikit sebanyak telah mengurangkan beban penerima di kalangan warga UiTM Kedah. Tidak dilupakan kepada masyarakat luar melalui tabung untuk A Penyampaian Watikah Autonomi

Upload: doanh

Post on 26-Apr-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Dari Meja Rektor

ssalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga UiTM Kedah yang

saya cintai sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka kita telah diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan khidmat di bumi UiTM Kedah yang amat kita sayangi ini. Saya menyeru kepada warga UiTM Kedah untuk kita senantiasa dan terus berdoa agar Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, dalam perutusan Y.Bhg Tan Sri Naib Canselor, tema tahun ini adalah berlandaskan kepada elemen transformasi yang perlu dicetuskan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, academia, industri dan kemasyarakatan, kepimpinan dan keusahawanan. Justeru, seluruh warga UiTM Kedah perlu bersatu padu dan memberi komitmen yang tinggi untuk melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berketrampilan, berinovatif dan beriman melalui pelestarian kepada elemen transformasi tersebut. Dalam usaha merealisasikan transformasi tersebut, saya percaya bahawa perencanaan matlamat dan misi UiTM Kedah haruslah dipupuk dan dimantapkan dengan nilai dan kasih sayang serta rasa hormat sesama warga UiTM Kedah tanpa ada sifat prejudis dan prasangka. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, dibawah Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), autonomi merupakan salah satu agenda kritikal yang bertujuan untuk memperkasakan IPT supaya setaraf dengan universiti bertaraf dunia. Autonomi UiTM bermaksud UiTM Negeri

mempunyai hak atau kuasa serta kebebasan untuk merangka strategi tadbir urus operasi masing-masing. Susulan dari plan tersebut, tahun 2015 merupakan tahun yang memberi impak bersejarah kepada UiTM Kedah dimana pada 10 Februari 2015 yang lalu, kita telah diberikan status autonomi yang berteraskan kepada 4 tadbir urus utama iaitu (i) Pentadbiran Institusi, (ii) Pengurusan Kewangan, (iii) Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia dan (iv) Pengurusan Akademik & Pelajar.

Untuk makluman warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, perlaksanaan 4 tadbir urus tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 September 2015. Insha Allah, pada tarikh tersebut, saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci konsep `Multiversity 1 UiTM: 13 Solutions’ yang akan menjadi teras utama tadbir urus UiTM Kedah. Sekilas pandang tema pada tahun yang lepas iaitu menjurus kepada kebajikan dan amalan terbaik telah berjaya kita terjemahkan walaupun masih ada ruang-ruang untuk diperbaiki. Saya amat gembira melihat kepada usaha-usaha kebajikan melalui bantuan derma dan kutipan tabung yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 melalui semua unit, bahagian, fakulti, persatuan dan kelab staf dan pelajar. Tabung MAYS sebagai contoh, sedikit sebanyak telah mengurangkan beban penerima di kalangan warga UiTM Kedah. Tidak dilupakan kepada masyarakat luar melalui tabung untuk

A

Penyampaian Watikah Autonomi

2

misi banjir pantai timur yang telah kita salurkan melalui beberapa siri konvoi ke kawasan mangsa banjir.

Para pelajar kita juga mendapat sumbangan makanan melalui tabung `Sadaqah Untuk Sedeqah’ yang digerakkan oleh MPP. Alhamdulillah pada tahun ini Pusat Islam kita telah dilengkapi dengan penghawa dingin dan dinding berkaca di sekeliling Pusat Islam. Masih ada lagi beberapa penambahbaikan akan diteruskan pada tahun ini bagi tujuan mencantikkan dan memberi keselesaan kepada warga UiTM Kedah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang budiman untuk projek pelestarian Pusat Islam.

Untuk makluman warga UiTM Kedah, Pusat Islam telah mempunyai Jawatankuasa Pusat Islam (JPI) yang terdiri dari kalangan warga UiTM Kedah yang akan membantu pihak pengurusan dalam urusan pembangunan modal insan warga pelajar dan staf serta pembangunan Pusat Islam melalui pelbagai aktiviti pengimarahan yang akan dijalankan nanti. Saya juga menyeru kepada warga UiTM Kedah yang berkemampuan untuk bersedekah melalui potongan gaji bulanan kepada Tabung Pusat Islam. Sehingga kini, hampir 100 orang staf telah membuat potongan melalui pelbagai jumlah potongan yang termampu. In Sha Allah, setiap sumbangan dalam tabung tersebut akan digunakan untuk aktiviti pengimarahan dan kebajikan. Berkaitan dengan tema ‘amalan terbaik’ pula, seperti yang sering saya tekankan pada setiap perjumpaan bersama warga di setiap peringkat, bahawa ia merupakan suatu kaedah yang boleh membantu dalam membekalkan momentum baharu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Secara ringkasnya, terdapat dua elemen dalam amalan terbaik iaitu yang pertama ialah menghasilkan satu prosedur / tadbir urus yang baharu dan yang kedua ialah menggunakan prosedur / tadbir urus sedia tetapi mengaplikasikannya dengan efisien, berintegriti dan beretika. Kedua-dua elemen amalan terbaik ini adalah bersesuaian dengan proses untuk mendapatkan autonomi.

Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir

Sumbangan Bantuan Zakat Kepada pelajar UiTM Kedah

Audit Tadbir Urus

3

Alhamdulillah, walaupun proses pengauditan autonomi dilakukan sebanyak 3 kali pada tahun lepas, akhirnya kita berjaya memperbaiki sistem tadbir urus kita lebih-lebih lagi dengan terhasilnya manual tadbir urus dan akhirnya melayak kita untuk memenuhi keperluan untuk memperolehi autonomi pada tahun ini. Pihak pengurusan sangat peka terhadap pelaksanaan transformasi dan pergerakan momentum baru demi mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam urusan pentadbiran institusi dan governan, serta komitmen dalam apa jua tugas. Tema tahun 2014 masih dianggap relevan serta akan terus digerakkan dan dilestarikan pada tahun 2015. Saya percaya warga UiTM Kedah sentiasa memiliki sifat inovatif dalam usaha merealisasikan suatu momentum positif berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi. Pada tahun 2014, kebanyakan unit, bahagian dan fakulti telah bertanding dalam pelbagai bentuk program dan pertandingan dan telah banyak anugerah yang telah kita perolehi. Sebagai kesediaan warga UiTM Kedah untuk membudayakan tadbir urus berautonomi, maka budaya yang perlu diberi penekanan ialah budaya integriti. Terdapat beberapa elemen integriti yang perlu diberi penekanan termasuklah elemen amanah, ikhlas, tekun, berdisiplin, sabar, adil, patuh, taat, boleh dipercayai serta jati diri yang utuh.

Bahagian pentadbiran akan ditugaskan untuk terus memberi penghayatan kepada nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang. Selain itu juga pengurusan aduan dan pengesanan tingkah laku akan dimantapkan lagi pengoperasiannya bagi menyokong usaha pembudayaan integriti. Kerjasama dari ketua-ketua bahagian dan unit juga amat diperlukan dalam memastikan pengawalan dan pemantauan integriti. Kursus-kursus berkaitan pembudayaan integriti untuk semua warga UiTM Kedah akan dilaksanakan secara berperingkat. Saya percaya bahawa pembudayaan integriti merupakan usaha yang bersifat kolektif dan bersatu. Penglibatan semua staf merupakan kunci kepada kejayaan pembudayaan integriti. Saya yakin sekiranya kita semua mampu menjadikan integriti sebagai pakaian kita maka cantiklah kita, cantiklah kita di mata rakan-rakan, cantiklah kita di mata ketua dan yang paling penting cantiklah kita disisi Allah SWT. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, pada tahun ini, banyak tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada UiTM Kedah. Tugas dan tanggungjawab ini merupakan suatu ujian kesediaan kita dalam menghadapi pelbagai tugas besar yang sekaligus dapat mengukur sejauhmana nilai ukhuwah dan kerjasama yang pernah kita lahirkan sebelum ini. Tahun ini kita menjadi tuan rumah untuk Sukan KARISMA 2015 dan Sukan PEWANI SeMalaysia.

Ceramah Integriti Kepada Staf Pentadbiran Penyerahan Bendera Tuan Rumah KARISMA oleh TNC HEP

4

Kita bukan sahaja perlu bekerjasama dalam memastikan kelancaran kedua-dua sukan tersebut malah kita perlu buktikan kehebatan kita dalam bertanding. Dua cabaran iaitu mengorganisasikan sukan dan bertanding dalam sukan yang sudah tentunya mempunyai nilai juang yang berbeza. Kita perlu pastikan keselesaan dan perjalanan sukan yang lancar dan kita juga perlu berusaha melahirkan lebih ramai para pejuang sukan di kalangan pelajar dan staf demi memekarkan lagi nama UiTM Kedah. Saya menyasarkan agar UiTM Kedah menjadi antara 5 pasukan yang terbaik dari seluruh UiTM Negeri yang akan bertanding untuk kedua-dua sukan tersebut. Selain daripada penganjuran sukan, UiTM Kedah juga diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) peringkat UiTM SeMalaysia. Pertandingan KIK sudah menjadi lumrah pada setiap tahun dan saya percaya UiTM Kedah mempunyai ramai warga yang hebat di dalam menginterpretasikan kreativiti dan inovasi tertentu. Kumpulan-kumpulan KIK UiTM Kedah sebelum ini telah banyak memenangi pelbagai anugerah dalam pelbagai pertandingan KIK dan pada tahun ini, saya berharap akan lebih ramai lagi kumpulan-kumpulan KIK yang diwujudkan bagi mewakili unit, bahagian dan fakulti. Tambahan pula, selaku tuan rumah, kita mempunyai pelbagai kelebihan dari segi keperluan logistik dan gerak kerja. Saya menyeru agar ketua-ketua unit, bahagian dan KPP untuk mencuba mewujudkan kumpulan KIK berlandaskan kemampuan pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Dan yang paling istimewa sekali, tahun ini juga buat julung kalinya kita akan menganjurkan konvokesyen pertama UiTM Kedah iaitu pada bulan November. Jawatankuasa Konvokesyen telah kita wujudkan dan pihak pengurusan amat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan untuk membantu melancarkan Konvokesyen kita. Marilah kita bersama-sama bersatu hati bergabung tenaga untuk menjayakan program majlis ini.

Pihak fakulti perlu memastikan setiap program akademik yang ditawarkan adalah menepati permintaan dan kehendak pihak industri. Justeru itu, aktiviti konsolidasi program haruslah dijalankan secara berkala dan berterusan. Antara pendekatan yang boleh diberi sasaran ialah mengantarabangsakan kokurikulum; persilangan program; menilai kembali program sedia ada; membangunkan program baharu; menggabungkan program; dan menjenamakan semula bidang dan program. Ketetapan dan prosedur berkaitan perkara tersebut akan dibentangkan kepada semua Ketua Pusat Pengajian dalam sedikit masa lagi. Selain itu juga Bahagian HEA akan memastikan kelestarian dalam beberapa penambahbaikan yang telah dijalankan sebelum ini seperti pengurusan yang lebih sistematik untuk kelulusan aktiviti yang menggunakan Tabung TAPA; pengurusan peperiksaan akhir; sistem penasihat akademik dan juga pengurusan hal ehwal akademik. Pihak pengurusan juga akan turut memastikan halatuju ke arah melahirkan graduan kelas pertama akan terus disokong melalui kemantapan elemen-elemen seperti berikut:

Meningkatkan prestasi akademik dan kemahiran insaniah pelajar.

Menambahbaik kualiti kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kualiti staf akademik melalui kemampanan dalam aspek penulisan dan penyelidikan.

Memperkenalkan program baharu yang bersifat kompetitif dan futuristik.

Dalam memberi sokongan kepada pusat i-Learn, setiap fakulti juga perlu memastikan ada sekumpulan pensyarah terpilih untuk terlibat dengan pembangunan e-kandungan. Kita telah memperolehi RM50 ribu untuk membangunkan 7 kod dimana satu fakulti perlu membangunkan 1 kod terpilih yang dibangunkan oleh sekumpulan pensyarah. Penghasilan e-kandungan ini menyamai penerbitan sebuah buku.

5

Warga UiTM Kedah yang dihormati sekalian.

Para mahasiswa UiTM Kedah juga telah

menunjukkan kecemerlangan dalam liga

tersendiri. Kecemerlangan dan prestasi yang

terbaik dalam aktiviti kokurikulum telah

dibuktikan melalui kejayaan sebagai Juara

Keseluruhan Komander KESATRIA Endurance

Challenge 2014 peringkat UiTM SeMalaysia.

Begitu juga dengan bidang sukan melalui

kejayaan menggondol pingat emas dan perak

dalam Kejohanan Sukan Malaysia, Kejohanan

Majlis Sukan Universiti (MASUM) dan

International Boat Race. Malah di kejohanan

PaintBall World Cup Asia 2014 di Langkawi,

pasukan dari UiTM Kedah menjadi peserta

tunggal dari IPT seluruh Malaysia bertanding

dengan pasukan-pasukan dunia bertaraf

profesional. Sukan KARISMA 2015 yang akan

diadakan dari 24 hingga 30 Oktober 2015 yang

merupakan acara sukan yang berprestij dan

tertinggi di seluruh sistem UiTM akan turut

menguji kompetensi para atlet UiTM Kedah dan

pengurusan UiTM Kedah sebagai tuan rumah

pada tahun ini. Semua kejayaan ini dituntaskan

oleh komitmen yang tinggi oleh semua warga

UiTM Kedah yang tidak berbelah bahagi. Dalam

usaha melahirkan graduan yang cemerlang,

Bahagian HEP sentiasa fokus ke arah elemen

kepimpinan dan kebajikan pelajar. Pelbagai

program pembangunan pelajar yang bersepadu

dan berterusan dijalankan bagi memberi nilai

tambah kepada aspek Kepimpinan Survival

Bangsa, Kepimpinan Professional dan Ikon

Kepimpinan. Pihak pengurusan UiTM Kedah

sentiasa memastikan agar perkhidmatan dan

kemudahan yang menyeluruh dan sempurna

sentiasa diutamakan bagi mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria

dan selamat. Mulai tahun 2015, pelbagai

elemen tranformasi telah direncanakan seperti

dalam aspek kemudahan fizikal dimana

beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan

dengan menaiktaraf semua perabot yang lama

kepada yang baharu di ketiga-tiga kolej

kediaman Masria, Mahsuri dan Malinja. Demi

untuk memberi keselesaan kepada pelajar,

tandas annexe akan dilaksanakan di kolej

Masria dan Mahsuri dalam masa yang terdekat.

Demi menjaga kesihatan pelajar yang lebih baik,

pihak pengurusan UiTM Kedah akan

membangunkan sebuah klinik kesihatan yang

dianggarkan sebanyak RM1.5 juta. Dalam aspek

sukan, demi mewujudkan semangat kesukanan

Juara Keseluruhan KKEC 2014

Pasukan PaintBall UiTM Kedah untuk Kejohanan PaintBall World Cup Asia

6

dan kesihatan yang baik, pengurusan UiTM

Kedah telah mengisytiharkan UiTM Kedah

sebagai Kampus Bersukan. Antara pengisian

kampus bersukan ini adalah melanjutkan masa

bersukan sehingga 10.00 malam pada hari Rabu

setiap minggu. Selain itu, di antara dasar dan

polisi yang baharu sahaja diputuskan oleh Majlis

Pengurusan Eksekutif (MPE) UiTM Kedah dan

atas faktor keselamatan pelajar-pelajar yang

berada di luar kawasan kolej kediaman yang

sering terdedah kepada bahaya dan bencana,

pihak pengurusan akan merealisasikan satu

polisi kolej kediaman untuk semua pelajar.

Semua pelajar Diploma di UiTM Kedah adalah

digalakkan untuk menetap di kolej-kolej

kediaman bermula semester hadapan dan

diwajibkan pada dua semester akan datang.

Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, kita juga akan melakukan transformasi dari segi pembangunan profesionalisme melalui peningkatan intelektual, spriritual, kemahiran serta mutu kerja yang lebih bersignifikan. Kursus, ceramah, latihan, bengkel dan program

akan dilaksanakan dengan lebih intensif dan menyeluruh. Sejumlah peruntukkan telah diberikan kepada Bahagian Pentadbiran untuk merancang tugas trsebut. Ini merupakan suatu manisfestasi terhadap komitmen warga UiTM Kedah dalam memastikan kelestarian kecemerlangan UiTM Kedah. Bertepatan dengan saranan saya sebelum ini bahawa warga UiTM Kedah yang mempunyai kepakaran tertentu digalakkan untuk memberi sumbangan kepakaran dalam bentuk latihan dalam usaha untuk meningkatkan kompetensi staf. Sebagai contoh, penglibatan pensyarah sebagai penceramah telah bermula pada program latihan yang dianjurkan mulai Januari 2015. Dengan peruntukan Tabung Latihan & Pembangunan yang terhad saya dan Panel Pembangunan Sumber Manusia akan mencuba sedaya upaya untuk mengagihkan peruntukkan secara efektif dan efisien bagi pembangunan profesionalisme semua warga UiTM Kedah. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, UiTM telah menerima Anugerah Universiti Keusahawanan pada tahun 2012 dan 2013. Semenjak itu pelbagai inisiatif telah dirancang oleh MASMED demi memastikan kecemerlangan dalam aspek keusahawanan berlangsung dengan lancar. Di antara isu yang akan diketengahkan dalam proses transformasi ialah usaha untuk memanifestasikan UiTM sebagai universiti keusahawanan sebenar.

Perjumpaan Bersama Warga Kolej Kediaman

Winner of Student Engagement (Campus Category)

7

Sekali lagi pada tahun ini, kita perlu memastikan agar pengiktirafan Ministry of Education Entrepreneurial Award (MEA 2015) dapat dikekalkan. Agenda ini adalah selaras dengan hasrat dan visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti keusahawanan berintensifkan penyelidikan pada tahun 2018. Kita mensasarkan bahawa setiap warga UiTM Kedah samada staf ataupun pelajar perlu mempunyai minda keusahawanan. Pelbagai inisiatif telah dirancang melalui unit-unit di bawah bahagian PJI dalam memastikan mahasiswa UiTM Kedah mempunyai nilai holistik, pemikiran dan elemen ke arah nilai-nilai keusahawanan. Antara inisiatif yang dijalankan oleh pihak MASMED termasuklah pembangunan Dataran MASMED, penjenamaan semula KOSISWA serta beberapa siri projek pemborongan di luar negara. Festival Muamalat yang dijalankan baru-baru ini merupakan suatu contoh aktiviti keusahawanan yang banyak memberi impak yang signifikan kepada pelajar dan staf untuk diterapkan dengan minda keusahawanan.

Berdasarkan satu penyelidikan yang mengkaji perlaksanaan ciri-ciri Universiti Keusahawanan, UiTM Kedah berada dalam kategori dan kelompok yang amat baik melalui elemen-elemen seperti berikut.

Elemen Keusahawanan Kedudukan UiTM Kedah

(Kategori Kampus Negeri)

antara 12 kampus negeri

1 Leadership & Governance 3

2 Organizational Capacity, People & Incentives

2

3 Entrepreneurship Development in Teaching & Learning

5

4 Pathway for Entrepreneurs

4

5 University-Business / External Relationships for Knowledge Exchange

3

6 The Entrepreneurial University as an Internationalized Institution

4

7 Measuring the Impact of the Entrepreneurial University

2

Untuk tahun 2015, setiap unit, bahagian dan fakulti perlu merancang dan memikirkan apakah kaedah dan alternatif yang boleh diaplikasikan untuk menjana pendapatan. Setiap unit, bahagian dan fakulti perlu mempunyai tabungan sendiri melalui keuntungan yang diperolehi. Sebagai contoh, pihak fakulti boleh memfokuskan kepada penganjuran konferensi, kursus dan bengkel akademik mengikut bidang masing-masing. Insha Allah pada tahun ini juga, pihak pengurusan UiTM Kedah sedang merancang beberapa projek penjanaan pendapatan, antaranya penubuhan kedai cenderahati, sangkar ternakan ikan di Tasik Merbok, Kem Bina Semangat (di tepi Tasik Merbok dan kawasan rempuh halangan), tanaman semula di kawasan ladang getah, gelanggang sukan Paint Ball dan beberapa lagi projek. Sama-samalah kita berdoa agar projek penjanaan ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Penubuhan URI (Unit Rekabentuk & Inovasi) di bawah pejabat

Projek Pemborongan di Vietnam

8

Rektor juga akan turut berusaha untuk mempromosikan Batik Merbok dan Agro-Batik di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sebagai contoh, Batik Merbok kini sedang menjalankan usahasama bersama pihak Regency Hotel Jerai dalam merekacipta Batik Jerai serta turut memperkenalkan inovasi baru dalam penghasilan lukisan dan cenderahati digital. Agro-Batik pula telah mendapat satu projek penghasilan baju batik untuk pejabat Menteri Besar Kedah dan persatuan BIDARA Kedah. Sebelum ini juga, kemunculan Agro-Batik telah mulai dikenali di peringkat nasional melalui penglibatan dalam Fashion Show MAHA 2014.

Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, dalam aspek pengantarabangsaan, sepanjang tahun 2014 dan 2015, pihak UiTM Kedah sudah mempunyai hubungan dengan 9 universiti luar Negara seperti Thesaptri Rajabhat University, Thailand; Prince of Songkla University; Universiti Padjadjaran, Bandung; Universiti Telekom, Bandung; Universiti Airlangga, Surabaya; Institut Teknologi Bandung; De La Salle University, Manila; University Trakya, Edirne, Turkey; dan University Technology, Ho Chi Minh, Vietnam.

Daripada jumlah tersebut 3 universiti telah dilaksanakan MOU / Letter of Collaboration. Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti aktiviti pertukaran budaya (Kelab Kebudayaan, Bahagian HEP); syarahan umum (Akademi Pengajian Bahasa) dan penganjuran bersama konferensi antarabangsa (Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Komputer &

MOU Bersama MADA & PPK (Agro Batik)

Perjumpaan Bersama Menteri Besar Untuk Promosi Batik Merbok & Agro Batik

Menandatangani MOU Bersama Thesaptri Rajabhat University, Thailand

9

Matematik). Banyak lagi program dan aktiviti yang sedang dirangka berserta dengan penyediaan MOU/LOC.

Insha Allah, pada 22 April sehingga 30 April 2015 saya akan melawat beberapa universiti di Turki (Hacettepe University & Ticaret University) dan Bulgaria (Sofia University & University of Library Studies and Information Technologies). Misi lawatan ini adalah untuk memperkenalkan program-program di UiTM Kedah, merangka bentuk hubungan yang sesuai, mempromosikan Batik Merbok dan Agro Batik serta memperkenalkan konsep `edu-tourism’. Saya juga amat menggalakkan projek khidmat masyarakat dan komuniti (CSR) agar dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Hampir 30% daripada perbelanjaan Tabung Aktiviti Pelajar dan TAPA telah diperuntukkan untuk kegunaan aktiviti CSR melalui kelab dan persatuan pelajar yang berdaftar selain dari mendapat sumbangan dari pihak luar.

Alhamdulillah, pihak UiTM Kedah telah mendapat banyak penghargaan atas pelbagai usaha murni yang bersifat kemasyarakatan terutamanya oleh pihak Kerajaan negeri Kedah. Sebagai contoh, kita diberi kepercayaan untuk bekerjasama dalam aktiviti dan program seperti berikut:

Penganjuran bersama `World Bamboo Day’ dan dalam masa yang sama kemunculan kumpulan orkestra buluh (pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka) pertama di Kedah dan mungkin di Malaysia.

Pembabitan pelajar Kelab Mandarin dalam Minggu Pelancangon Kedah Tua iaitu salah satu program kerajaan negeri Kedah.

Penglibatan pensyarah melalui SIG PICE (salah satu unit di bawah pejabat Rektor) turut memberi sumbangan dalam penghasilan buku sejarah Merbok dan Kedah Tua dan Insha Allah akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri Kedah untuk penganjuran bersama International Conference on Malay Cultural & Heritage pada bulan November 2015.

Kajian Herba & Paya Bakau dan sumbangan rekabentuk kereta solar (oleh pensyarah Seni Lukis & Seni Reka) bersama kerajaan negeri dan tempatan.

Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, saya dan pihak pengurusan amat menyokong penuh sebarang bentuk aktiviti dan program berbentuk khidmat masyarakat dan komuniti. Saya juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan penjanaan idea dalam usaha memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar. Untuk tahun 2015, usaha berbentuk kemasyarakatan akan terus dimantapkan dan dilestarikan sebaik mungkin. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, untuk melestarikan hubungan yang baik antara sesama warga maka elakkan daripada berlaku perpecahan di dalam setiap unit, bahagian dan fakulti. Perpecahan atau salah faham yang

Lawatan ke Universitas Padjadjaran, Indonesia

Sumbangan Derma Kepada Penduduk Sekitar Merbok

10

berlaku adalah daripada sifat seseorang yang suka melahirkan persepsi yang kurang baik. Individu-individu inilah yang kita gelar sebagai virus atau petualang yang sering melahirkan suasana yang tidak selesa sesama warga. Saya menasihatkan agar kita semua sentiasa berprasangka baik kepada semua pihak. Jangan lahirkan fahaman, pembawaan atau pendapat yang bersifat individualistik kepada rakan-rakan sekerja. Amalkan budaya bertanya untuk mencari kesahihan daripada melahirkan tanggapan yang negatif. Usahlah menunding jari kepada setiap kesalahan sesuatu pihak. Gunakan konsep bermesyuarah dan berbincang dengan baik. Janganlah kita menjadi segolongan yang diibaratkan melalui peribahasa ‘Baling Batu Sembunyi Tangan’ dimana golongan ini hanya sibuk mencanang keburukan orang lain, menentang dari kejauhan dan menghasut orang lain untuk mengikut fahaman dan persepsinya. Inilah golongan yang menjadi duri dalam daging dan akan meruntuhkan sesebuah organisasi. Berhati-hatilah dengan individu yang seperti ini. Saya juga akui, kadangkala akan timbul suasana dimana pihak pengurusan juga berhadapan dengan percaturan dan perancangan yang tidak sistematik. Tidak ada perancangan yang sempurna disebabkan oleh tidak ada kesempurnaan kepada setiap manusia. Namun begitu pihak pengurusan akan sentiasa mencuba memberi perkhidmatan yang terbaik dan seperti yang saya sebutkan tadi, konsep rundingan dan teguran secara personal adalah lebih tepat dan baik. Datanglah berbincang dengan saya atau ketua unit dan bahagian masing-masing. Namun saya percaya, warga UiTM Kedah sentiasa menyayangi UiTM dan sentiasa bersatu padu untuk menghadapi apa jua rintangan. Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, jika mahu menjadi juara atau seorang yang hebat, buktikan kepada UiTM Kedah. Jika anda tuan-tuan & puan-puan dari kalangan pensyarah, buktikan dengan kehebatan dalam aktiviti penulisan; aktif menghadiri pembentangan seminar & konferens; hebat

dalam menjadi pakar rujuk; hebat dalam aktiviti penyelidikan; popular di kalangan pelajar kerana banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti dan program pelajar; hebat dalam menganjurkan aktiviti dan program bersifat holistik untuk pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar dan hebat dalam aktiviti kemasyarakatan. Begitu juga dengan staf pentadbiran, pamerkan sifat tangungjawab yang tulus dan ikhlas; berikan perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti kepada semua warga dan libatkan diri dengan segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan. Saya percaya ramai juara yang boleh dilahirkan jika kita memahami tanggungjawab dan falsafah sebenar untuk berada di UiTM yang kita cintai ini. Akhir kalam, saya ingin membuat kesimpulan berkaitan peranan pihak pengurusan serta warga UiTM Kedah seperti dibawah:

Melahirkan lebih ramai para pensyarah yang tersohor dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan intelek dan kemantapan dalam pengajaran & pembelajaran

Menambahkan bilangan penyelidikan, inovasi & produk yang terkehadapan dan diiktiraf

Melahirkan graduan yang cemerlang dalam aspek rohani, beretika dan menjadi idaman majikan

Memperteguhkan nilai dan pegangan agama Islam melalui pelbagai aktiviti dan program Islamik

Memantapkan jaringan dan keterlibatan dengan industri dan masyarakat

Memupuk kasih sayang dan budaya saling menghormati sesama warga

Mempunyai nilai integriti yang tinggi

Pengamalan penjagaan kesihatan melalui aktiviti dan gaya hidup yang sihat

Menjana pendapatan universiti Warga UiTM Kedah yang saya hormati sekalian, marilah kita sama-sama untuk terus melipatgandakan lagi usaha dan komitmen yang

11

berterusan dalam usaha untuk mengekalkan kecemerlangan dalam tanggungjawab dan tugas masing-masing dan seterusnya memberi kebanggaan kepada UiTM Kedah. Saya percaya kejatuhan, kemunduran malah kebanggaan dan kejayaan sesebuah organisasi itu bukannya terletak di tangan pengurusan tertinggi malah dipengaruhi oleh semangat, komitmen dan ukhwah warga UiTM Kedah. Pengurusan UiTM Kedah akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga UiTM Kedah. Tidak pernah terlintas di pemikiran kami untuk membebankan warga UiTM Kedah tetapi kadangkala keputusan yang dibuat adalah perlu melihat kepada konsep makro dan lebih bersifat majoriti. Jika ada cadangan ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan kampus, datanglah berbincang dengan saya kerana setiap daripada warga UiTM Kedah berhak untuk menzahirkan kemajuan dan kecemerlangan UiTM Kedah yang kita cintai ini. Saya berdoa agar Allah SWT akan sentiasa memberkati dan merahmati nikmat kesihatan yang baik, kesejahteraan dan keberkatan dalam apa jua tugas yang kita lakukan. In Sha Allah, segala tanggungjawab yang kita lakukan walaupun sebesar zarah sekalipun merupakan suatu ibadah kepada kita dan bekalan untuk hari kemudian.